JOM MASUK AHLI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DENGARKAN KOBAT FM ONLINE

Ahad, 31 Januari 2010

KJ DIDESAK LETAK JAWATAN ?

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 30 Jan: Mesyuarat Exco Pergerakan Pemuda Umno malam kelmarin kecoh ekoran terdapat desakan supaya ketuanya, Khairy Jamaluddin berundur untuk menyelamatkan pergerakan itu.

Harakahdaily difahamkan, punca utama desakan beberapa anggota Exco pergerakan itu kerana Khairy dilihat gagal menterjemahkan hala tuju Pemuda Umno Malaysia selari dengan kepimpinan Presiden parti yang juga Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Seorang Exconya, Mohd Hishamuddin Yahaya dilaporkan membentangkan beberapa bukti yang menunjukkan kepimpinan pergerakan yang diterajui Khairy itu tidak berminat untuk membantu parti dan kerajaan menarik sokongan sebaliknya mengugut agar diberi jawatan.

Difahamkan, Hishamuddin mencadangkan dua usul sama ada Khairy meletakkan jawatan dan membenarkan Ketua Pemuda dipangku oleh Datuk Razali Ibrahim atau keseluruhan Exco meletakkan jawatan bagi membolehkan satu pemilihan baru dibuat secepat mungkin.

Sungguhpun mendapat sokongan tetapi tiada undian atau keputusan dicapai tetapi difahamkan dua pertiga Exco Pemuda bersedia meletakkan jawatan untuk pemilihan semula pergerakan itu jika selari dengan kehendak perlembagaan parti.

Mengikut Perkara 5.7 Perlembagaan Pergerakan Pemuda Umno, jika dua pertiga atau lebih bilangan Ahli-ahli Jawatankuasa Pemuda berhenti, maka jawatankuasa itu dianggap telah bubar dan Majlis Tertinggi bolehlah mengadakan Perhimpunan Khas Pemuda Umno Malaysia bagi menubuhkan semula Jawatankuasa Pemuda dan Majlis Tertinggi berkuasa menentukan tempoh perkhidmatan jawatankuasa yang baru dipilih itu.

Selain isu kemelut yang melanda beberapa Pemuda Umno negeri yang gagal ditangani oleh Khairy, beliau juga dianggap gagal apabila kursus Perdana Pemuda di Janda Baik hujung tahun lalu hanya dihadiri tidak sampai separuh ketua-ketua pemuda bahagian.

Kursus yang sepatutnya menjadi medan menunjukkan kekuatan kepimpinan Khairy untuk mendesak Perdana Menteri memberi jawatan kabinet akhirnya menjadi masalah besar kepadanya apabila hanya separuh jemputan sahaja yang hadir.

Pada mesyuarat malam kelmarin juga, beberapa Exco Pemuda turut mempersoalkan kegagalan Khairy menjadi suara pemuda dan menggerakkan jentera pemuda dalam banyak isu nasional yang sepatutnya dipergunakan bagi mengenakan tekanan ke atas Pakatan Rakyat.

Ada di kalangan mereka yang membangkitkan jika dahulu Khairy yang juga Ahli Parlimen Rembau berjanji mengorbankan harta benda untuk pergerakan Pemuda jika menang, tetapi setelah menang lain pula alasannya./Harakahdaily

Kecewa Mungkin Sebabkan Zahrain Naik Berang Dengan Lim Guan Eng

30 Januari, 2010

PULAU PINANG, 30 Jan (Bernama) -- DAP Pulau Pinang berkata bekas pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Zahrain Mohd Hashim yang naik berang terhadap Ketua Menteri Lim Guan Eng mungkin berpunca daripada sebab peribadi.

Pengerusi DAP negeri Chow Kon Yeow berkata beliau percaya Zahrain kecewa berhubung keenganan Lim untuk tidak menyokong tender bagi pengurusan kelab golf Bukit Jalil kepada sebuah syarikat.

"Lim telah memaklumkan kepada saya bahawa Zahrain kecewa dengan kerajaan negeri kerana enggan menyokong syarikat itu untuk menjalankan pengurusan kelab golf," katanya kepada pemberita di sini Sabtu.

Chow juga berkata Zahrain juga kecewa berhubung penyingkirannya sebagai pengerusi PKR negeri.

Beliau berkata DAP negeri dan semua wakilnya melahirkan sokongan penuh terhadap LIM bagi meneruskan kepimpinannya sebagai ketua menteri.

Semalam, laporan akhbar menyebut Zahrain yang juga Anggota Parlimen Bayan Baru menuduh setiausaha agung DAP itu sebagai seorang diktator dan cauvinis dan berfikiran komunis.

-- BERNAMA


Sabtu, 30 Januari 2010

Khalid yang kena…dah agak dah!

Jan 30th, 2010

Oleh: Oleh Huzaifah AY

Apabila keputusan JK Dispilin PAS ditangguh dari Jumaat lepas ke Jumaat ini (22 Jan - 29 Jan), aku sudah meletakkan persepsi yang tak enak kepada JK Disipilin berkenaan. Kenapa la lambat sangat mereka nak buat keputusan. Ini baru keputusan dalam parti, belum lagi PAS jadi kerajaan Malaysia, kena uruskan perlantikan hakim dan buat keputusan dengan adil yang melibatkan kesalahan lebih besar lagi kompleks. Kenapa lambat…sudah berbulan-bulan, sudah beralih masuk tahun baharu…dan ditunda pula.

Lebih menyedihkan aku, bila Khalid Samad tulis dalam blog dia, bahawa dia diarahkan oleh JK Disiplin berkenaan untuk hadir ke HQ PAS di Jln Raja Laut hanya pada pagi berkenaan, sedangkan Khalid sudah diterima mengadap Sultan Selangor, petangnya pula dia ke Johor…Aih…takkanlah JK Disiplin buat kerja last minute, nak jumpa orang dan-dan terus arahkan…takkan tak ada prosedur, berapa hari minimum notis nak panggil orang…ini menambahkan lagi rasa ‘tak bestnya’ aku kepada JK Disiplin ini.Takkan lah tak boleh urus betul-betul…ini bukan isu Khalid seorang…tapi ramai pihak memerhatikannya dengan penuh minat!

Lepas tu, bila aku dok sembang dengan kawan-kawan, depa kata jika Khalid yang kena lebih daripada Hasan Ali, memang tak patut sungguh. Aku menung dan menung…hati aku berat dok kata, memang Khalid akan kena lebih berat dari Hasan Ali. Sebabnya…aku tak tau. Tapi dari firasat aku, Khalid akan kena lebih teruk dari Hasan Ali, antara sebabnya kerana:

1. Dia bukan some body dalam PAS Pusat - dia bukan AJK PAS Pusat…sebab aku teringat masa Mohd Sabu kena tangkap khalwat dulu, PAS Pusat bela dia dan bagi moral support kat dia..kebetulan Mohd Sabu adalah aset PAS Pusat masa tu

2. Khalid bukan PJ - Sedangkan Hasan Ali adalah PJ. PJ orang Presiden…pasai Presiden yang pilih PJ, bukan ahli PAS Selangor yang pilih PJ depa…so, logiknya Hasan Ali dah ada credit kat situ… Jika Hasan Ali kena tindakan berat, misalnya kena buang dari jawatan maka ia membabitkan Presiden, maknanya Presiden tak cekap dan bijak pilih PJ

3. Khalid tak dak jawatan dalam negeri - Hasan Ali exco negeri - tindakan disiplin kepada Khalid tak beri kesan kepada kerajaan negeri berbanding kepada tindakan ke atas Hasan Ali. Maknanya lebih ringan risiko ke atas Khalid berbanding Hasan Ali…so logik la dia kena lebih berat dari Hasan Ali.

4. Khalid dilihat terlalu out spoken dalam isu-isu yang ‘panas’ berbanding Hasan Ali yang lately ni lebih ’senyap’ - isu Kalimah Allah misalnya…

5. Khalid berani kritik JK Disipilin tapi Hasan Ali keep silent…Malaysiakini melaporakn kenyataan Khalid…”Jangan lama sangat buat keputusan”…yakni Khalid seakan-akan ‘perli’ JK Disiplin, jangan jadi macam BN…LEMBAB…Hasan Ali mana ada komen apa-apa…aku lihat dia ‘PLAY SAFE’ je…

Okay…cukuplah aku senaraikan lima sebab kenapa Khalid wajar kena hukuman lebih berat berbanding Hasan Ali. The rest hangpa fikir le sendiri…

Now, meh kita buat analisis sikit kesan hukuman ke atas Khalid ni:

1. Persepi diteguhkan jadi FAKTA - yang ni la aku bimbang. Maka, PAS pun akan dilabel parti jaga kroni…sama la macam UBN…kan teruk ni

2. Khalid didapati bersalah antara lain kerana dia kritik PJ secara terbuka dan JK Disiplin PAS ini salah? Aduh…teruk la…dah nak jadi macam Umno la pulak, no one can critic pemimpin…ikut je!

3. Tapi akan ada orang kata, Khalid kritik tak ikut channel, tak follow saluran! Alah…tok sah cakaplah ikut saluran…buat benda betul tak ikut saluran SALAH; buat benda salah tapi IKUT saluran Orait…hangpa pikirlah sendiri.

4. Khalid kena gantung enam bulan…ini sudah cukup jadi modal kepada musuh politik PR untuk belasah PAS…maknanya, PAS tok sah gebang la soal kredibeliti…we’re more or less same…kat Umno

5. Khalid mungkin enggan buat rayuan - dan ini menyerlahkan bahawa KHALID ada prinsip dan aku yakin pendokong Khalid akan berdiri teguh di belakang Khalid…dan tidakkah ini akan memungkin wujudnya GAP yang lebih besar di antara penyokong Khalid dan Hasan Ali?

Okay, aku rasa cukup…ada masa next time aku tulih lagi, insya-Allah.

Nota: Aku dapat bayangkan perasaan Khalid, dia bela PAS tapi PAS belaSAH dia!!!

Sumber: Perakexpress

KES SERANGAN KE ATAS GEREJA - PAS KESAL DENGAN HISHAMMUDDIN

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 30 Jan: PAS menyelar kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang melarang polis mengambil keterangan daripada Naib Presiden PKR, Azmin Ali, yang sebelum ini mendakwa mempunyai bukti bahawa ahli Umno terlibat dalam kes membakar dan mendalangi serangan ke atas gereja Metro Tabernacle, baru-baru ini.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad berkata, sebagai Menteri Dalam Negeri, Hishammuddin tidak boleh memberikan arahan sedemikian demi untuk melindungi ahli partinya.

“Setiap kali ada kes jenayah dilaporkan, polis sering meminta bantuan orang ramai untuk mengumpul maklumat. Tetapi bila sudah ada orang yang mahu tampil memberikan maklumat dan bukti, kenapa perlu dihalang?” ujarnya kepada Harakahdaily.

Katanya, walaupun Hishammuddin adalah menteri yang bertanggungjawab, namun bila wujud kes yang melibatkan kepentingan parti dan ahli Umno, maka beliau wajar mengumumkan untuk tidak masuk campur dan menyerahkan urusan siasatan kes berkenaan di bawah tanggungjawab Ketua Polis Negara dan Peguam Negara sepenuhnya.

Dalam keadaan sebegitu, ujarnya lagi, rakyat jelas melihat bahawa beliau cuba untuk menafikan maklumat Azmin, dan cuba untuk menghalang bukti-bukti disalurkan kepada pihak polis untuk mendakwa suspek.

Idris mengambil contoh dalam Kes Teoh Beng Hock sebelum ini di mana Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dengan pantasnya dipanggil memberikan keterangan berikutan dakwaan beliau bahawa Beng Hock dibunuh.

“Tetapi kenapa bila Azmin berkata beliau mempunyai bukti bahawa ahli Umno terlibat membakar gereja, beliau tidak dipanggil memberikan keterangan,” ujarnya.

Sehubungan itu, katanya, PAS mendesak supaya polis bersikap profesional dan tidak tunduk kepada arahan menteri dan bersubahat menafikan maklumat dan keterangan rakyat.

Menurutnya, jika perkara itu dibiarkan, tidak mustahil selepas ini, ahli-ahli Umno boleh melakukan apa sahaja jenayah dan tidak perlu disiasat walaupun ada rakyat yang mempunyai maklumat dan bukti.

Tambahnya, PAS bertegas agar polis mengambil keterangan Azmin bagi mengesahkan sama ada dakwaan beliau benar atau tidak.

Jika benar, katanya ahli Umno terlibat merancang perbuatan itu, maka PAS dan rakyat Malaysia melahirkan rasa sedih di atas perbuatan yang memalukan negara./Harakahdaily

Zulkifli: Tidak Pernah Terfikir Nak Sertai Umno

Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Zulkifli Nordin dengan tegas menolak pelawaan Umno untuk menyertai parti itu sekiranya Parti Keadilan Rakyat memecat keahliannya.

Mengulas pelawaan Timbalan Menteri Pelajaran, Dr.Mohd Puad Zarkashi yang mengatakan UMNO sedia membuka pintu untuknya, beliau berkata Umno tidak perlu membuang masa kerana perjuangan mereka berbeza.

“Tak payalah UMNO buang masa nak buka pintu, nak jual pintu, atau nak jual pintu pada saya sekalipun," katanya.

Beliau berkata, prinsipnya adalah memperjuangkan Islam dan di dalam PKR, dia masih boleh menyuarakan pendapatnya berbanding jika di dalam UMNO.

“Saya punya perjuangan, perjuangan Islam. Dalam Pakatan Rakyat saya masih lagi boleh bercakap tentang Islam. Saya masih lagi diberi ruang untuk mengemukakan pandangan malahan membawa beberapa usul di dalam Parlimen yang saya rasa saya tak boleh buat begitu di dalam UMNO," tegasnya.

Sehubungan itu katanya, tidak timbul isu beliau ingin menyertai UMNO. Sebagai ahli, beliau tetap menghormati apa saja keputusan yang bakal diambil PKR terhadapnya.

Zulkifli kini sedang menunggu hukuman daripada PKR berikutan pendiriannya yang tidak sehaluan dengan dasar parti.

“Saya ucapkan terima kasih kepada kawan saya Puad Zarkashi, tapi simpan la pintu tu” katanya.

TVSelangor [tvselangor.com]

SAMBUT THAIPUSAM SAMPAI BEREBUT ?

Selangor dakwa polis sabotaj Thaipusam
Aidila Razak
Jan 29, 10


Polis petang semalam merobohkan pentas yang telah siap dibina oleh kerajaan negeri Selangor untuk menyambut perayaan Thaipusam di Batu Caves.

Pentas berkenaan bertujuan digunakan bagi Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim menyampaikan bantuan RM1 juta kepada sekolah-sekolah Tamil dan kuil-kuil Hindhu di negeri itu.

“OCPD Gombak (Abdul Rahim Abdullah) dan pegawai polis lain datang pada jam 6.30pm dan mendakwa ia (perobohan) untuk tujuan keselamatan," kata penyelaras program itu yang juga Ahli Majlis Tempatan Selayang, George Gunaraj.

Beliau juga mendakwa Abdul Rahim telah memberikan kebenaran lisan bagi pembinaan pentas itu ketika mesyuarat menganjurkan sambutan Thaipusam itu.

Exco Selangor Dr Xavier Jayakumar juga mendakwa mereka telah mendapat kebenaran dari Majlis Perbandaran Selayang.

Beliau berkata arahan pihak polis itu amat mencurigakan dan berkemungkinan besar menjurus kepada lawatan Perdana Menteri Najib Razak hari ini.

Beliau bersama-sama Adun Batu Caves Amirudin Shaari bergegas ke lokasi untuk meninjau tindakan polis ini, dan meminta penjelasan namun polis enggan bekerjasama.

"Kita telah angkat program ini di laman sesawang kerajaan negeri, promosi besar-besaran telah dibuat, ribuan pengunjung tahu akan program ini. Selepas perbincangan dibuat dan persetujuan dicapai, mengapa disaat-saat akhir polis mahu berhentikan acara ini," kata Xavier.

Sambutan Thaipusam adalah sebahagian daripada program pelancongan Selangor Shines yang diusahakan kerajaan negeri bersama Tourism Selangor dan syarikat telekomunikasi Digi.

Sambutan mesra rakyat kerajaan negeri sempena Thaipusam telah dirancang sejak tiga minggu lalu bersama-sama Majlis Perbandaran Selayang, penduduk dan pihak keselamatan.

Sementara itu, Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar dilaporkan berkata pentas konsert itu didirikan di kawasan untuk kenderaan-kenderaan polis.

Khalid berkata polis tidak membantah sekiranya pentas diadakan di lokasi berbeza.

Beliau turut berkata alasan ini telah dimaklumkan kepada Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

"Kita telah pun rancang program ini bersama-sama barisan penganjur, dan Majlis Perbandaran Selayang tiga minggu sebelum Thaipusam.

"Dalam masyuarat itu, pihak polis telah tunjukkan penempatan unit polis sepanjang acara Thaipusam. Pihak MPS telah meluluskan tempat ini untuk acara kerajaan negeri, dan saya bersama-sama polis telah melawat lokasi ini," jawab Xavier.

Xavier menjelaskan tapak dan waktu yang dipilih untuk menganjurkan pesta Thaipusam ini tidak bercanggah dengan aturcara Perdana Menteri Najib Razak.

Katanya, jika Najib turut melawat pesta ini, kerajaan negeri akan mengalu-alukan kedatangan beliau sebagai tetamu kehormat./Malaysiakini

Khamis, 28 Januari 2010

Himpunan 10 ribu pemuda PAS Perak

Harakahdaily
IPOH, 28 Jan: Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) mengambil kesempatan untuk memperkatakan agenda Himpunan 10,000 Pemuda PAS Perak yang telah di rancang akan diadakan pada hari Ahad, 31 Januari 2010 ini di Darul Taa’lim, Kubu Gajah, Selama, Larut.

Majlis akan bermula dengan perasmian oleh Ustaz Haji Abu Bakar Hussien, Pesuruhjaya PAS Negeri Perak pada jam 10.00 pagi. Pengisian di sebelah pagi ialah persembahan pentas dan juga aturcara pertunjukan. Akan ada juga beberapa gerai pameran yang telah di jemput hadir selain gerai jualan dan juga bahagian derma darah oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

DPPN Pk juga akan mengadakan majlis kenduri pemuda setelah kita berhenti berehat untuk makan tengahari dan bersolat Zohor jamaah. Pada sebelah petangnya kita akan mendengar beberapa ucapan pimpinan tertinggi kita. Antaranya ialah Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi selaku Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat yang juga akan merasmikan Jentera Pilihanraya Pemuda PAS Perak.

Selepas itu ucapan daripada Menteri Besar kita, Datuk Seri Ir Haji Mohammad Nizar Jamaluddin. YB Datuk Haji Mahfuz Haji Omar, Naib Presiden PAS juga akan memberikan ucapan pada sebelah petang tersebut. Dan akhir sekali ialah ucapan penutup daripada YB Haji Salahuddin Haji Ayub, Naib Presiden PAS dan majlis di jangka berakhir pada jam 5.00 petang.

DPPN Pk menjemput dan mempersilakan seluruh Ahli Pemuda PAS Perak dan penyokong muda PAS untuk hadir beramai-ramai dengan sasaran kita sebanyak 10,000 orang pada hari tersebut. Program yang julung-julung kali ini diadakan adalah menyatakan persediaan Pemuda PAS Perak dengan pembubaran Dewan Undangan Negeri Perak pada bila-bila masa sahaja.

DPPN Pk yakin dengan program tersebut akan membuktikan bahawa Pemuda PAS telah bersedia untuk berdepan dengan UMNO dan Barisan Nasional dalam pilihan raya tersebut. Ayuh Pemuda bersama kami, gerakkan kawan, sahabat dan rakan anda untuk hadir demi menunjukkan kepada seluruh rakyat bahawa PAS cintakan demokrasi.

DPPN Pk meminta supaya semua yang hadir, memakai baju berwarna hijau, simbolik kepada PAS yang kita dokongi ini. Saya mengalu-alukan kehadiran semua pada hari tersebut. Sekian terima kasih.


SALMAN HAJI SALEH
Naib Ketua,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.

Isu MB Perak: Kenapa 9/2?

Ajijoi

Mahkamah Persekutuan yang bersidang pada 5 November 2009 yang lalu untuk mendengar kes siapa Menteri Besar Perak yang sah masih belum memberikan keputusan mengenai kes tersebut.
Mengapa perlu mengambil masa yang begitu lama untuk diumumkan keputusannya oleh 5 orang panel hakim yang bertugas?

Ada yang mengatakan bahawa keputusan sebenar dipendamkan kerana daripada 5 orang panel hakim tersebut, 3 orang memilih Nizar, 1 memilih Zambry manakala seorang lagi mengambil sikap berkecuali.

Keputusan ini begitu mengejutkan serta menakutkan BN sehingga perlu dilakukan sesuatu bagi memperbetulkan keputusan itu sebelum diumumkan.

Selama 3 bulan keputusan itu dipendam daripada pengetahuan rakyat Malaysia khususnya Perak, mengapa tiba-tiba tarikh 9 Februari dipilih untuk mengumumkan keputusan yang dinanti-nantikan selama ini?

Bagi saya, selama 3 bulan ini, BN terutamanya Umno Perak mengatur strategi dalam menghadapi kemungkinan pembubaran Dun yang sudah pasti tidak dapat dihalang lagi.

Selama 3 bulan inilah segala jentera kerajaan, media perdana dan kerja-kerja 'underground' diatur bagi memastikan sokongan rakyat kembali kepada mereka.

Kesemua sumber kewangan negeri juga dipergunakan sepenuhnya bagi memastikan misi ini berjalan dengan lancarnya.

Ini juga bermakna, Umno dan BN telah bersiap sedia dalam semua perancangan mereka untuk tetap berkuasa di Perak samada cara 'by hook or by crook'.

Persoalan lain yang perlu diberikan perhatian SERIUS adalah "Adakah Pakatan Rakyat telah bersedia untuk menghadapi pembubaran DUN Perak?"/Harakahdaily

Rabu, 27 Januari 2010

4 Ulama Tersohor Sokong QAZAF Terhadap Saiful

Empat lagi ulama muktabar dalam bidang fekah menyusul Sheikh Yusuf al-Qaradawi (gambar) dan Dr Wahbah Az-Zulaili, mahukan permohonan mendengar aduan qazaf yang dikemukakan Datuk Seri Anwar Ibrahim (gambar) terhadap Saiful Bukhari Azlan disegerakan.

Mereka ialah ialah Dr Saud Al-Fanisan, Dr Muhammad Ali Zaghul, Dr Muhammad Fuad Al-Barazi dan Dr Taha Jabir Al-Alwani.

Mereka sebulat suara menegaskan bahawa undang-undang Islam mensyaratkan penuduh (Saiful) untuk mengemukakan bukti kukuh berupa empat saksi bagi menyokong tuduhan liwat yang dibuatnya.

Jika beliau gagal berbuat demikian, Saiful harus berhadapan dengan hukuman hudud, menurut pakar-pakar agama itu.


Mantan Dekan Fakulti Syariah daripada Universiti Al-Imam Al-Sa’ud, Arab Saudi, Dr Saud Al-Fanisan menegaskan, pertuduhan liwat yang dibawa oleh Saiful secara langsung bertujuan mencemar keperibadian dan rekod baik Anwar.

Justeru, aduan qazaf itu harus didengar secepat mungkin bagi memberi keadilan kepada pihak berkenaan mengikut hukum syarak Islam, kata beliau.

Dr Saud mengenali Anwar sebagai orang baik dengan rekod perjuangan terpuji dan yakin permusuhan politik di peringkat tertinggi menyebabkan beliau diasak dengan pelbagai fitnah.

“Asas keadilan adalah seseorang itu bebas daripada pertuduhan sehingga ia dibuktikan di muka pengadilan. Kaedah ini terpakai pada sudut syarak dan perundangan sivil,” katanya.

Dekan Fakulti Syariah Universiti Mu’tah dari Jordan, Dr Muhammad Ali Zaghul pula menegaskan, jika pendakwa (Saiful) tidak mengemukakan bayyinah (bukti), seperti mengemukakan empat saksi, beliau dianggap pembohong dan penqazaf boleh dikenakan hukuman hudud.
“Dia (Saiful) (gambar) mesti mengemukakan bukti atau dalil terhadap dakwaannya. Jika gagal, kesaksiannnya tidak akan diterima,” katanya.

Dr Zaghul menyatakan pertuduhan itu adalah pengharaman paling keras jika berpunca daripada permusuhan politik dan memerlukan bukti yang benar-benar jelas untuk proses pendakwaan.

“Penegasan secara sumpah dalam kes ini tidak wajib dilakukan oleh Anwar. Mengikut kaedah Syariat Islam, bayyinah perlu dibawa pendakwa (Saiful) terlebih dahulu sebelum diikuti sumpah.

“Ia juga tidak harus bersandarkan ujian DNA sebagai bukti… ujian DNA hanya petunjuk, bukan bayyinah dalam syariat,” tambah beliau.

Ahli Majlis Kajian dan Fatwa Eropah merangkap Pengerusi Rabitah Islamiah Denmark, Dr Muhammad Fuad Al-Barazi berkata, pihak berkuasa harus merujuk kepada keperluan syarak Islam untuk mensabitkan seseorang atas tuduhan zina atau liwat.

“Jika ada pengakuan, maka tuduhan itu boleh disahkan. Jika tiada, Islam menuntut empat saksi yang melihat pelakuan zina atau liwat secara jelas dan terang, tanpa sebarang keraguan. Jika tidak, maka ia dikira qazaf. Malah, jika disaksikan tiga orang, kemudian saksi keempat mengingkari kesaksian itu, maka tiga saksi berkenaan dihukum sebat,” tegas beliau.

Pakar Feqah dan Usul Fekah, Pengarah Institiut Pemikiran Islam Antarabangsa dan mantan Pengarah Majlis Fekah Amerika Utara, Dr Taha Jabir Al-Alwani, pula secara asas menolak pertuduhan itu.

Hujahnya, Ibnu Qayyim dalam bukunya, Al-Turuq Al-Hukmiah dan ulama lain menolak dakwaan yang dibuat oleh orang yang diragui keperibadiannya.

“Dakwaan terhadap orang yang ada kedudukan dalam masyarakat dianggap qazaf manakala pendakwa adalah qazif (penuduh), mengikut al-Quran ayat 4 Surah An-Nur,” katanya.
- Fazallah Pit/Duniacacamerba.blogspot

TOK PA AKUI KELANTAN LAYAK

Mohd Nor Yahya
KOTA BHARU, 27 Jan: Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Mustapa Mohamed menjelaskan Kelantan berhak mendapat bayaran hasil pengeluaran petroleum di kawasan PM301 bermula 2008 dan 2009.

Jumlah keseluruahan yang perlu dibayar kepada Kelantan adalah RM20 juta dan akan dibayar Mac ini oleh Petronas melalui Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP).

Mustapha berkata demikian pada satu majlis forum Royalti Minyak ”Antara Retorik Politik Dan Keperluan Rakyat” di salah sebuah hotel, di sini malam tadi.

“Kerajaan Pusat dan Petronas telah bermesyuarat dan Petronas telah memaklumkan bahawa Kelantan layak untuk mendapat wang ihsan sebanyak RM20 juta dan ini adalah bersamaan lima peratus daripada hasil gas di kawasan PM301 dan PM301 ini adalah dalam perairan Malaysia dan Kerajaan Pusat boleh memberi wang ihsan kepada Kelantan,” ujar beliau.

Turut menjadi ahli panel pada forum tersebut ialah Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussin dan dan Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali.

Bagaimanapun, mereka langsung tidak menyentuh Akta Kemajuan Petroleum(PDA) sedangkan Akta Perlombongan Petroleum sebelum ini tidak lagi berfungsi apabila Akta Kemajuan Petroleum 1974 (PDA) diluluskan oleh Parlimen dan berkuatkuasa.

Ahli panel juga tidak mengupas hal yang berkaitan dengan Akta Kemajuan Petroleum 1974 dan ini telah menimbulkan persoalan mengapakah mereka menyembunyikan fakta ini.

Beliau juga menegaskan bahawa Kelantan tidak mempunyai hak terhadap minyak yang dikeluarkan di kawasan bertindih di antara Malaysia dan Thailand yang diusahakan bersama iaitu (MTJDA) dan menurut beliau lagi Petronas hanyalah sebagai kontraktor yang dilantik oleh Malaysia untuk bersama-sama kerajaan Thailand dalam mendapatkan hasil tersebut.

Forum itu bagaimanapun tidak dibuka kepada sesi soal jawab./Harakahdaily

Selasa, 26 Januari 2010

KES LIWAT - WAN AZIZAH DIPANGGIL BERI KETERANGAN SELEPAS 2 TAHUN

Dzulfikar Mashhor

PETALING JAYA, 26 Jan: Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dipanggil polis ke balai polis Tropicana untuk diambil keterangan sebagai saksi perbicaraan ke atas suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau yang ditemani peguamnya, Sivarasa Rasiah keluar dari ibu pejabat PKR jam 2.30 petang untuk ke balai itu.

Wan Azizah keluar meninggalkan bilik mesyuarat pejabat PKR yang sedang bersidang ekoran kes laporan polis anggota Parlimen, Zulkifli Nordin terhadap anggota Parlimen PAS, Khalid Samad.

Beliau dipercayai dipanggil untuk memberikan keterangan sebagai saksi ekoran tindakan mendakwa Anwar atas tuduhan melakukan seks luar tabii. Namun tindakan polis memanggilnya untuk memberikan keterangan selepas dua tahun berlalu menimbulkan pelbagai tanda tanya.

Ketika ditemui wartawan, Wan Azizah melahirkan rasa hairan dengan tindakan polis ini

"Kalau sudah cukup bukti dan dah dakwa Datuk Seri Anwar, buat apa panggil dan siasat saya lagi sebagai saksi," soal Wan Azizah.

Mohd Saiful Bukhari bin Azlan menurut laporan polisnya menyatakan dia telah beberapa kali diliwat oleh Anwar secara paksa.

Menurut Saiful kejadian terakhir telah berlaku pada 26 Jun 2008 di Unit 1151, Kondominium Desa Damansara, Jalan Setia Kasih, Kuala Lumpur.

Susulan daripada laporan polis tersebut Anwar Ibrahim telah membuat kenyataan media menafikan dakwaan Saiful Bukhari itu.

Beliau turut menyatakan bahawa tindakan ini juga ada kaitan dengan bukti yang beliau perolehi mengaitkan Ketua Polis Negara Musa Hasan dan Peguam Negara Gani Patail dengan perbuatan salah laku, termasuk usaha pemalsuan bukti-bukti kes yang melibatkan beliau pada tahun 1998-99.

Anwar kemudiannya didakwa atas tuduhan ini dan akan mula dibicarakan 2 Februari nanti.

Perbicaraan kes iru ditangguhkan sehingga 2 Februari ini bagi membolehkan Mahkamah Persekutuan memutuskan dahulu rayuannya untuk mendapatkan semua dokumen penting pendakwaan bagi menyediakan pembelaan.

Perbicaraan tersebut yang sepatutnya didengar di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Isnin lepas sehingga 25 Februari ditangguhkan bagi memberi laluan mahkamah tertinggi itu menentukan rayuan Anwar pada 29 Januari ini./Malaysiakini

TUTUP MULUT YB ZUL - PKR

PKR arah Zulklifi 'tutup mulut'
Jan 26, 10 4:28pm
TERKINI Biro politik PKR hari ini mengeluarkan arahan 'tutup mulut' ke atas ahli parlimen kontroversialnya, Zulklifi Noordin, sementara menunggu keputusan jawatankuasa disipilin yang dijadualkan tidak lama lagi.

Biro politik yang berkuasa itu bermesyuarat tengahari tadi bagi menentukan nasib ahli parlimen dari Kulim-Bandar Baharu itu yang dibidas kerana membuat laporan polis ke atas rakan Pakatan Rakyat, Khalid Samad.

Mesyuarat berlarutan selama dua jam, bermula jam 2 petang selepas taklimat khas bagi perwakilan yang dilantik.

Tindakan 'tutup mulut' itu dipercayai kali pertama yang dikenakan ke atas Zulklifi yang terkenal dengan tindakan dan kenyataannya yang dianggap membelakangkan parti.

Pada Ogos 2008, beliau dan beberapa yang lain menyerbu forum Majlis Peguam berhubung pertukaran agama. Forum berkenaan kemudiannya terpakasa dibatalkan.

November tahun lalu pula, Zulklifli bertikam lidah dengan naib presidennya, R Sivarasa./Malaysiakini

Isnin, 25 Januari 2010

Bubar DUN, PAS Perak gesa rakyat bersiap sedia


Jan 25, 10

PAS Perak hari ini menggesa seluruh rakyat negeri itu bersiap siaga menghadapi kemungkinan berlakunya pilihanraya semula berikutan desas-desus yang bertiup kencang akan berlakunya pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN).

Pesuruhjaya PAS Perak, Abu Bakar Hussain, ketika mengulas isu
itu turut menggesa seluruh rakyat khususnya mahasiswa dan anak muda yang masih belum mendaftar untuk segera berbuat demikian bagi memastikan mereka tidak terkecuali dalam membuang undi sekiranya pilihanraya berkenaan benar-benar berlaku.

"Saya dengan ini merayu dan menggesa seluruh mahasiswa, belia dan
mana-mana golongan rakyat di negeri ini (Perak) yang belum mendaftar sebagai pemilih untuk berbuat demikian secepat mungkin.

Ini kerana jika DUN dibubarkan, kita tidak mahu mereka yang layak mengundi tidak dapat berbuat demikian disebabkan kelewatan
mereka untuk mendaftar" jelas beliau.

"Oleh itu sebagai anak muda, kita perlu sedar akan peranan dan suara kita yang sangat berkuasa dalam menentukan jatuh bangunnya sesebuah kerajaan" tambahnya lagi.


Dalam pada itu, beliau juga berharap agar konflik yang berlaku di
Perak selama ini akan terlerai dengan pembubaran DUN demi menjamin kestabilan politik dan pembangunan di Perak.

"Apa yang lebih penting bagi kita adalah apabila mandat diserahkan
semula kepada rakyat melalui pilihanraya, kestabilan politik di Perak akan dapat dikembalikan demi menjana pembangunan dan ekonomi
yang mapan" jelas beliau./Malaysiakini

APA SUDAH JADI YB ZUL ?

Laporan Polis kepada YB Khalid Samad yang dibuat Zulkifli Nordin adalah tindakan yang cukup melampau kepada seorang Muslim yang lain. Zul Nordin yang pernah terlibat dalam pembicaraan Liwat 1 tahu bahawa Anwar Ibrahim meringkuk 5 tahun dalam penjara Sungai Buloh hasil dari laporan polis yang dibuat oleh Anwar sendiri ke atas penulis buku “50 Dalil…”.

Jelas, tindakan Zul Nordin ini mahu mengulangi kezaliman yang dikenakan ke atas Anwar Ibrahim ke atas YB Khalid Samad. Zulkifli Nordin mahu YB Khalid Samad meringkuk dalam penjara. Inikah dia akhlak dan perangai seorang yang mengaku diri beliau berjuang Islam?

Yang lebih menyedihkan, sewaktu di rumah Anwar Ibrahim, Zul Nordin tak berani pula bersuara menegur Khalid Samad di atas kenyataan beliau. Dalam isu kalimah Allah juga, kita tak nampak asas yang jelas penolakan Zul Nordin terhadap penggunaannya oleh orang Katholik? Malahan, sewaktu di rumah Anwar Ibrahim, telah dijelaskan bahawa Sheikh Yusuf Qardhawi sendiri mengizinkan penggunaan kalimah Allah oleh orang Kristian.

ADAKAH ZUL NORDIN MAHU BERLAGAK LEBIH PANDAI AGAMA DARI DR YUSUF QARDHAWI?

Dari apa yang kita nampak, itulah dia tafsiran yang kita boleh buat terhadap tindakan Zulkifli Nordin ini. Beliau tidak layak digelar sebagai MP Pakatan Rakyat dan juga beliau tidak layak digelar sebagai saudara dalam Islam.

Seperti yang didedahkan oleh Mahaguru58 dalam email beliau sebelum ini, JAKIM dan IKIM telah merancang membesarkan isu ini sejak awal 2009 lagi. Ertinya, isu ini keseluruhannya adalah permainan UMNO dan tipu daya mereka untuk meraih sokongan dari orang Melayu dan orang Islam. Dan jelas, Zul Nordin telah mem”barua” kan diri beliau kepada UMNO dan kepada IKIM/JAKIM demi membantu UMNO mengembalikan tahap sokongan mereka. Apa bezanya ZUl Nordin dengan Aziz Sheikh Fadzir kalau kedua-duanya bergerak untuk member keuntungan kepada UMNO?

Tindakan YB Khalid Samad adalah sah dari segi syarak dan dari segi undang-undang. Kalau Zul Nordin orang Islam, sepatutnya hujjah dilawan hujjah. Zul Nordin malangnya, telah kehabisan hujjah, maka terpaksa lah menggunakan polis Malaysia untuk menutup kelemahan dan kebodohan beliau dalam isu “Kalimah Allah” ini. Zul Nordin sememangnya dari mula lagi tiada hujjah untuk mengharamkan perkara yang tidak pernah diharamkan oleh Allah SWT.

Hakikatnya, Zul Nordin adalah pembuat “Bidaah” kerana bersemangat sekali mengharamkan perkara yang tidak diharamkan oleh Allah SWT. Ingatan saya pada Zul Nordin, jangan kamu lupa amaran Nabi SAW supaya umatnya “Menakuti doa orang yang dizalimi”. Kita tunggu sahaja keputusan serta tindakan dari Allah SWT.

Tulang Besi

Ahad, 24 Januari 2010

NIK AZIZ RAIKAN PIMPINAN BERBAGAI AGAMA

Salmah Mat Husain
KOTA BHARU, 23 Jan: Seramai 200 orang ketua-ketua agama seluruh negara yang mewakili lima agama utama negara dijangka akan menghadiri majlis Jamuan Muhibbah Antara Agama anjuran Kerajaan Kelantan yang akan diadakan 28 Januari ini.

Majlis yang diadakan bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan antara masyarakat Islam dan pelbagai agama itu akan dihadiri oleh ulama Islam, ketua agama Hindu, Buddha, Kristian dan Sikh.

Seramai 16 orang daripadanya adalah ketua-ketua paderi Kristian dari seluruh negara yang sedang bersidang di Kota Bharu, ibu negeri yang negerinya ditadbir oleh Parti Islam Se-Malaysia (PAS)

Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, berkata majlis yang diadakan di sebuah hotel itu akan diadakan bermula pukul 10.45 pagi dan dijangka berkahir 12.00 tengahari.

"Majlis makan ini adalah lambang kita meraikan tetamu bagi orang Islam. Masa kita dapat anak kita adakan majlis aqiqah, kahwin kita buat kenduri. Semuanya sebagai tanda kita meraikan tetamu dan kegembiraan bukannya permusuhan," kata Nik Aziz dalam wawancara khas dengan tiga wartawan termasuk dari Harakahdaily.

“Kita terpaksa menganjurkan program berkenaan agak awal bagi menghormati sebahagian penganut agama yang tidak boleh makan tengahari melebihi pukul 12.00 tengahari,” ujarnya.

Menurutnya, biarpun kerajaan negeri pernah meraikan golongan berkenaan beberapa tahun dahulu, namun majlis yang bakal berlangsung nanti lebih besar apa lagi kerana ianya melibatkan ketua agama dari seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak.

Jelas Tuan Guru lagi, kerajaan negeri meraikan golongan berkenaan bukan sahaja untuk mengeratkan hubungan yang telah sedia terjalin tetapi juga untuk mengekalkan suasana aman di negeri itu yang telah ditadbir oleh parti yang berlandaskan Islam.

Tambahnya, lagipun Islam menggalakkan umatnya berbuat baik kepada semua bangsa dan agama termasuk meraikan mereka dengan jamuan.

“Mudah-mudahan dengan cara ini masyarakat bukan Islam dapat menyaksikan sendiri bagaimana Islam mengajar penganutnya meraikan golongan bukan Islam,” ujarnya./Harakahdaily

Jumaat, 22 Januari 2010

KHALID SOKONG ISMAIL KAMUS, HARON DIN

Jais, Mais perlu dirombak: Khalid

SHAH ALAM - Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad meminta supaya kepimpinan yang menerajui Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan Majlis Agama Islam Selangor (Mais) dirombak semula agar ia selari dengan perubahan pentadbiran yang berlaku di negeri ini.

Menurut Khalid, pentadbiran agensi itu perlu ditukar dengan mereka yang berpengetahuan agama serta bebas dari kefahaman politik selain politik Islam.

“Saya berkeyakinan bahawa masanya telah tiba untuk ulama-ulama yang selama ini dipinggirkan oleh pentadbiran lama (UMNO) atas sebab kepentingan politik mereka, diberi peluang dan kedudukan yang sewajarnya di dalam institusi keagamaan di Selangor.

“Kita kena ingat keadaan sudah berubah dan rakyat hendak lihat perubahan itu. Sepatutnya Jais, Mais perlu juga berubah dan perlu ditukar selari dengan perubahan pentadbiran di Selangor,” katanya ketika sidang media di pejabatnya di sini semalam.

Katanya, ramai ulama yang berpengalaman seperti Daeng Sanusi Daeng Mariok, Datuk Ismail Kamus dan Datuk Haron Din, boleh diberi peluang untuk menerajui pentadbiran baru.

“Hanya orang-orang yang mempunyai pengetahuan agama (ulama) kerana apabila timbul isu-isu seperti ini (kalimah Allah), mereka mampu beri jawapan yang sebaiknya,” katanya.

Khalid yang juga Yang Dipertua Pas Shah Alam juga turut meminta pihak berkenaan supaya Enakmen Agama Bukan Islam 1998 itu dikaji semula dan menyifatkannya (enakmen) sudah ketinggalan zaman.

“Bagi pandangan saya, ya (ketinggalan zaman). Ia (enakmen) merupakan undang-undang pentadbiran keagamaan dan bukanlah hukum yang bersifat ‘Qatii’ yang tidak boleh berubah.

“Ia bercanggah dengan dakwah Islam dan tiada sebab enakmen-enakmen tersebut tidak boleh dikaji semula dan diubahsuai,” katanya.

Bagaimanapun katanya, ia haruslah dibuka kepada perbincangan terlebih dahulu sebelum diambil sebarang tindakan selanjutnya.

Sementara itu, beliau turut menafikan bahawa beliau tidak menghormati Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dengan mengheret institusi di bawah naungan baginda ke kancah politik.

“Saya ingin menafikan tuduhan tersebut, dengan sekeras-kerasnya. Pada hakikatnya ucapan saya bertujuan untuk menghalang golongan yang berkepentingan daripada menggunakan institusi di bawah naungan DYMM Sultan Selangor untuk tujuan politik mereka.

“Peringatan dan teguran saya bertujuan untuk menghalang nama baik baginda Sultan dari tercemar atas perbuatan yang tidak bertanggungjawab ini.

“Malah, usaha untuk mengheret institusi di bawah naungan Sultan Selangor, dilakukan oleh golongan ini, bukan saya,” katanya.

Khalid berkata demikian ketika mengulas laporan polis yang dibuat terhadapnya pada 18 Januari lalu oleh 16 NGO di Shah Alam yang menuduhnya tidak menghormati Sultan Selangor sebagai pemerintah dan sultan di negeri./Sinar

Rabu, 20 Januari 2010

Keputusan rayuan Anwar 29 Jan, bicara kes liwat 2 Feb


Jan 20,


TERKINI Mahkamah Persekutuan sebentar tadi menangguh keputusan rayuan permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mendapatkan dokumen pendakwaan dan DNA Mohd Saiful Bukhari Azlan kepada 29 Januari ini.

Mahkamah juga memutuskan perbicaraan kes liwat Anwar yang dijadual bermula di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 25 Januari ini ditangguhkan kepada 2 Februari depan.

Keputusan itu dibaca oleh Hakim Besar Malaya, Datuk Arifin Zakaria./Malaysiakini

Husam nafi ada kaitan dengan Kickdefella



KOTA BHARU - Timbalan Pesuruhjaya II Pas Kelantan, Datuk Husam Musa menafikan dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan beliau adalah individu yang bertanggungjawab menyalurkan maklumat kepada blogger Kickdefella di dalam blognya.

Husam sebaliknya menyifatkan ia adalah ‘kerja-kerja kecil seperti pemain bola sepak kampung’ dan ia adalah satu luahan yang bersifat peribadi oleh penulisnya Syed Azidi Syed Abdul Aziz terbabit.

“Kita ambil Kickdefella menyertai Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) adalah disebabkan kepakarannya dalam bidang media. Kalau ikutkan blog dia...saya sendiri tidak puas hati. Tetapi dalam dunia blog, kita tidak boleh campur tangan dalam hak orang lain.

“Ini hak personal, kita kena hormat ke atas kebebasan blogger. Jadi apa yang dia tulis tidak ada kena mengena dengan saya bahkan saya sendiri tidak puas hati dia puji saya melambung-lambung. Tetapi dia buat juga nak buat macam mana, kadang-kadang dia serang orang, mereka anggap sebagai saya suruh,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas menghadiri mesyuarat Harian Pas Kelantan di JKR 10 di sini, semalam.

Husam yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan berkata, orang yang ingin mengaitkan beliau dengan Kickdefella perlu menyediakan bukti yang kukuh bahawa mereka mempunyai hubungan sebelum berbuat demikian.

“Apabila dia (Syed Azidi) ditamatkan perkhidmatan, dia jadi personel. Kita tidak boleh kawal dia sampai hari ini saya tak boleh berhubung dengan dia,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan sesetengah pihak mengenai hubungan beliau dengan Kickdefella memandangkan beliau dilihat sebagai orang yang bertanggungjawab membawa masuk blogger terbabit ke dalam pentadbiran Kerajaan Negeri.

Kerajaan Negeri Kelantan dilanda pelbagai konflik apabila Kickdefella mendedahkan pelbagai isu dan kepincangan kerajaan negeri dalam blognya yang dilihat menyerang kepimpinan negeri sehingga mencalar imej Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Minggu lalu, Kickdefella mendedahkan kerugian yang didakwa terpaksa ditanggung oleh Kerajaan Negeri dalam urusan projek Bazar Tok Guru berjumlah lebih kurang RM50 juta yang diakui sendiri oleh Nik Abdul Aziz namun ia dinafikan oleh pimpinan kanan Kerajaan Negeri.

Sementara itu, mengulas dakwaan Majlis Tindakan Rakyat Kelantan (MTRK) bahawa Pas cuba mengalih perhatian dari isu kerugian itu dengan menimbulkan persoalan siapa yang membocorkan maklumat Exco, Husam berkata, dalam hal itu pihak berkenaan sepatutnya tidak menyusahkan Nik Abdul Aziz.

“Apa yang dia tidak faham saya akan jelaskan. Dalam isu-isu seperti ini jangan susahkan Tok Guru (Nik Abdul Aziz) tanya Exco-exco serupa saya, saya akan jawab.

“Dalam kes ini, PMBK ada bahagian dia, pemaju ada bahagian dia bahagian...yang PMBK dapat ialah tingkat satu dan dua bazar yang bernilai RM40 juta di samping itu PMBK dapat wang tunai lebih RM5 juta,” katanya.

Mengenai perjanjian persefahaman (MoU) di antara PMBK dengan peniaga di Arked Uda dan Bazar MPKB yang menyatakan lot perniagaan tersebut akan dijual dengan harga subsidi sebanyak RM40,000, Husam berkata, perkara tersebut boleh dibincangkan.

“Itu boleh bincang balik tak ada masalah tetapi kita tidak mahu peniaga bila diberi betis hendakkan paha pula, tetapi mana peranan UMNO kenapa tidak minta dengan UDA, UMNO, Datuk Fatmi Che Salleh (Setiausaha Politik Perdana Mentri) dan Datuk Seri Mustapha Mohamed.

“Mereka pegang agensi Pusat yang ada dana yang besar, bila mereka tidak buat (membantu peniaga) maka kerajaan negeri kena buat,” katanya.

Husam berkata, UDA Holdings sepatutnya membina lot perniagaan untuk peniaga kecil di bandar ini sejajar dengan tujuan penubuhannya dahulu./Sinar

Selasa, 19 Januari 2010

PIDATO `KEADILAN UNTUK ANWAR' DI KERAMAT 24 JAN 10

Harakahdaily
HULU KLANG, 19 Jan: Satu majlis pidato bertajuk ‘Keadilan Untuk Anwar’ akan diadakan di Dewan Serbaguna MPAJ AU2, Taman Keramat, di sini pada 24 Januari ini, bermula jam 9.00 malam.

Selain Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, turut berucap ialah Bendahari PAS Pusat dan Ketua Pemuda, Dr Mohd Hatta Ramli dan Nasruddin Hassan, Ketua Wanita dan AMK, Zuraida Kamaruddin dan Shamsul Iskandar serta Anthony Loke.

Perkara itu dimaklumkan oleh Setiausaha MTD Hulu Klang, Mohd Misri Sarmon./Harakahdaily

Isnin, 18 Januari 2010

KEJAM !!

Pencuri dibelasah kejam di Haiti


GAMBAR yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) kelmarin
menunjukkan seorang lelaki memukul seorang pencuri (berbaring) di Petion Ville, Haiti.


PORT-AU-PRINCE - Sekumpulan lelaki dan kanak-kanak melihat mayat pencuri yang berdarah selepas dia dipukul oleh beberapa lelaki dengan kayu di Petionville, Port-au-Prince, Haiti.

Gambar itu yang disiarkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menunjukkan mayat lelaki tersebut berada dalam keadaan bogel sebelum dibakar.

Lelaki itu dipukul oleh sekumpulan lelaki selepas dia dituduh mencuri semasa penduduk Haiti berada dalam kelaparan untuk mencari makanan selepas banyak kedai dan pasar raya runtuh ekoran gampa bumi yang berlaku pada Selasa lalu.

Kumpulan-kumpulan bersenjata parang turut berkeliaran untuk mencari makanan manakala insiden bergaduh berebutkan makanan turut berlaku.


GAMBAR yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) kelmarin menunjukkan seorang lelaki yang dituduh perompak dibakar di Petion Ville, Haiti.


Kira-kira 4,000 banduan yang terlepas dari penjara yang runtuh akibat gempa bumi di Haiti kini berkeliaran di bandar raya tersebut.

Tentera Amerika Syarikat (AS) turut menggugurkan bantuan makanan di beberapa kawasan dari helikopter.

Gempa bumi sekuat 7.0 pada skala Richter menyebabkan lebih 200,000 orang dilaporkan terkorban.

Setakat ini punca sebenar kematian akibat gempa bumi itu tidak diketahui. - Kosmo

Khamis, 14 Januari 2010

NEGARA TIDAK STABIL, PM DAN TPM KE LUAR NEGARA

Dzulfikar Mashoor
KUALA LUMPUR, 14 Jan: Ekoran politik Malaysia yang dilihat tidak stabil, Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar petang tadi mempertikai tindakan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin keluar negara.

Bagi beliau, salah seorang pemimpin tersebut sewajarnya berada dalam negara kerana isu kalimah ‘Allah’ dan beberapa insiden pengeboman gereja masih gagal ditangani kerajaan.

“Wajarkah Perdana Menteri dan timbalannya meninggalkan negara, ketika negara diambang bahaya...(iaitu) isu kalimah (Allah) tak selesai-selesai dan beberapa gereja terus dibom sehingga masyarakat berasa seperti tak selamat,” jelasnya.

“Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri tak ada dalam negara. Najib baru bertolak semalam (ke Arab Saudi) dan Muhyiddin sekarang berada di Landon...siapa yang perlu dipertanggungjawabkan kalau apa-apa tercetus di dalam negara? KDN?”

“Dalam keadaan tenang pun, mesti sekurang-kurangnya Perdana Menteri atau Timbalannya mesti tidak boleh meninggalkan negara, inikan pula pada waktu yang begitu kecoh.”

Beliau yang juga Ahli Parlimen Sena mendakwa, tindakan Najib dan Muhyiddin tersebut menunjukkan bahawa mereka berdua tidak serius mahu menangani ketidakstabilan politik dalam negara.

Tambahnya lagi, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammudin Tun Hussein wajar dipersalahkan juga kerana dilihat lebih bermain politik dari memastikan kestabilan dalam negeri kembali pulih belakangan ini.

“Sampai sekarang tiada penyelesaian (dari KDN), paling tidak tangkap saspek...kata wajah sudah dikenal pasti...(Polis perlu) siasat dan dakwa, jangan sekadar buat kenyataan politik, kerana ini (kes gereja dibom) isu keselamatan negara,” tegasnya.

“Mereka kata (keselamatan dalam negeri) terkawal-terkawal, tetapi hari ini ada lagi Gereja (Katholik St. Elizabeth) di Kota Tinggi pula yang disimbah pula dengan cat.”

Dalam perkembangan berkaitan, Muhyiddin berada di Pusat Pengajian Islam Oxford (OSFIC), United Kingdom kerana menyampaikan suatu syarahan.

Manakala, Najib dengan ditemani Hishammudin pula berada di Arab Saudi kerana menandatangani suatu perjanjian dengan kerajaan tersebut./Harakahdaily

Rabu, 13 Januari 2010

PROGRAM JUARA RAKYAT, DAPAT PITIH MANA?

Umno diminta jelas pembiayaan Juara Rakyat
Salhan K Ahmad
Jan 13, 10



PAS meminta Umno menjelaskan sumber peruntukan untuk membiayai pelancaran program Juara Rakyat oleh Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak hujung minggu lalu.

Naib presidennya, Datuk Mahfuz Omar berkata penjelasan tersebut dapat mengelak tanggapan bahawa wang rakyat disalahgunakan bagi kepentingan politik parti Umno.

Program Juara Rakya titu dilancarkan Najib yang juga perdana menteri di Tapak Ekspo Bandar Bukit Sentosa di Hulu Selangor.

Mahfuz berkata, Umno perlu menjelaskan bahawa keseluruhan program itu dibiayai dengan sumber kewangannya sendiri.

Katanya, ia termasuk peruntukan berjumlah RM15.6 juta bagi membaiki sebuah pangsapuri di kawasan berkenaan.

"Umno kena jelaskan kepada rakyat bahawa semuanya projek dan program Umno dalam siri kempen Juara Rakyat adalah menggunakan wang, kepakaran dan jentera Umno sendiri," kata Mahfuz dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, sekiranya perkara itu dapat dijelaskan, maka barulah Umno boleh mendabik dada sebagai juara rakyat, seperti yang diuar-uarkan.

"Kalau tidak mereka hanya jadi juara menyalahgunakan wang rakyat untuk kepentingan politik Umno yang kian pudar dan mulai pupus," katanya lagi.

Mahfuz yang juga ahli parlimen Pokok Sena turut mempertikaikan peruntukan untuk membaiki pangsapuri itu yang disalurkan melalui Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) di bawah Jabatan Perdana Menteri itu.

"Adakah gaji pegawai ICU untuk projek ini dibayar oleh Umno. Begitu juga dengan program dan projek-projek lain, apakah mereka tidak membabitkan wang negara dan jentera kerajaan?

"Persoalannya ialah kalau Umno hendak mengaku mereka juara rakyat, adakah program dan projek yang mereka buat dalam kempen Umno juara rakyat menggunakan wang, tenaga, kepakaran dan lainnya dari Umno sendiri?

"Datuk Seri Najib mengumumkan peruntukkan RM15.6 juta untuk membaiki bumbung (pangsapuri di Taman Bukit Sentosa). Adakah ini duit dari tabung Umno atau duit negara yang merupakan duit rakyat?" soalnya lagi./Malaysiakini

Selasa, 12 Januari 2010

SUDAH KENAL PASTI, TANGKAP JE LAH !!

Abdul Aziz Mustafa
KUALA LUMPUR, 12 Jan: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar mempersoalkan tindakan kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak melengah-lengahkan penangkapan mereka disyaki terbabit dalam serangan ke atas gereja walaupun mengakui mempunyai petunjuk dan maklumat.

"Ini yang menghairankan saya, kalau (Menteri Dalam Negeri Datuk Seri) Hishammuddin (Tun Hussein) kata dah kenal pasti siapa yang melakukannya apa yang susah sangat nak tangkap?"

"Saya sangat hairan kenapa hingga kini masih belum ada penangkapan ke atas mereka yang melakukan pengeboman dan pembakaran gereja?" soal beliau.

Sebuah akhbar harian melaporkan Hishammuddin mendedahkan bahawa polis mempunyai petunjuk dan maklumat untuk mengecam suspek yang disyaki terbabit dalam kebakaran di Gereja Metro Tabernacle di Desa Melawati Hulu Klang, Jumaat lalu.

"Siapa mereka atau pihak mana yang mendalangi semua insiden ini, semuanya akan diketahui di mahkamah nanti," akhbar tersebut memetik menteri itu berkata ketika mengulas persepsi bahawa kerajaan tidak bertindak tegas dalam menangani kejadian itu berikutan masih ada serangan terhadap rumah ibadat.

Mengulas tindakan melengah-lengahkan penangkapan walaupun mempunyai petunjuk dan maklumat, Mahfuz bimbang jika dibiar tanpa penangkapan segera tidak mustahil akan memungkinkan lebih banyak kejadian seumpama akan berulang.

Beliau juga mempersoalkan adakah "memang Umno mahu keadaan lebih tegang untuk membolehkan ada alasan bagi kerajaan mengisytihar darurat"?

"Atau Umno dengan kerjasama pihak berkuasa sedang memujuk orang yang dikenal pasti itu untuk membuat pengakuan bahawa mereka adalah ahli atau penyokong Pakatan Rakyat (PR) khususnya PAS?"

Bagi Ahli Parlimen Pokok Sena itu, tidak mustahil apa beliau bimbangkan boleh berlaku kerana Umno berhempas pulas mahu membebaskan dirinya dari keadaan defensif kepada keadaan ofensif.

Beliau mengingatkan rakyat bahawa Umno kian terdesak dan akan cuba membersihkan imejnya yang tercalar.

"Umno nampaknya begitu tertekan dan defensif dalam menghadapi kesan dari provokasi mereka ke atas isu kalimah Allah serta pengeboman dan pembakaran gereja Kristian," katanya.

Beliau melihat Umno kini sedang mencari jalan bagaimana untuk melepaskan diri dari keadaan tersepit untuk membolehkan ia menerkam mangsanya, ibarat pepatah Melayu melepas anjing tersepit./Harakahdaily

Isnin, 11 Januari 2010

MUNGKINKAH AZMIN TIMBALAN PRESIDEN PKR ?

Syed Husin undur timbalan presiden, pemilihan PKR sengit?


Oleh G. Manimaran

Dr Syed Husin Ali yang baru-baru ini dilantik sebagai senator selepas lima dekad menceburi politik, sudah memutuskan untuk melepaskan jawatan timbalan presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR).The Malaysian Insider difahamkan keputusan itu jika diterima pucuk kepimpinan parti itu dijangka membuka laluan kepada persaingan “sengit” apabila PKR mengadakan pemilihannya pertengahan tahun ini



;">
Ia juga dijangka akan membawa kepada perubahan besar dalam barisan kepimpinan parti itu menjelang pilihan raya umum ke-13.

PKR, pertengahan tahun ini telah meminda perlembagaan parti bagi membolehkan pemilihan secara langsung melibatkan akar umbi.

Pada Mei 2007, Syed Husin mempertahankan jawatannya tanpa cabaran selepas Azmin Ali yang disebut-sebut akan mencabarnya menarik diri.

Tiga tahun sebelum itu beliau memenangi jawatan timbalan presiden dengan majoriti 533 undi.

Syed Husin, 73, merupakan bekas presiden Parti Rakyat Malaysia (PRM) dan kemudian menjadi orang nombor dua PKR susulan penggabungan PRM dan Parti Keadilan Nasional.

Beliau yang menyertai PRM pada 1958 pernah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) selama enam tahun sejak Dis 1974.

“Saya sememangnya sudah lama memutuskan untuk melepaskan jawatan timbalan presiden, meninggalkan politik yang aktif secara perlahan-lahan,” kata Syed Husin dalam temu bual khas dengan The Malaysian Insider sempena pelantikannya sebagai anggota Dewan Senat.

Syed Husin ditemui lebih awal sebelum Datuk Salehuddin Hashim mengumumkan keputusannya melepaskan jawatan setiausaha agung PKR berkuat kuasa 31 Jan ini.

Kata Syed Husin, beliau sebenarnya sudah lama untuk memutuskan untuk berundur dari arena politik tetapi belum mendapat lampu hijau.

“Kadangkala kepentingan dan kehendak politik mengatasi kehendak peribadi,” kata beliau yang pernah bertanding dalam tiga pilihan raya umum sebelum ini tetapi tewas dalam semua percubaan.

Bagaimanapun beliau tidak bertanding pada 8 Mac 2008.

Dengan pelantikan sebagai senator beliau akhirnya melangkah ke Parlimen.

Bekas pensyarah Universiti Malaya itu berpendapat PKR kini mempunyai lapisan golongan muda untuk mengambil alih kepimpinan parti itu yang ditubuhkan 11 tahun yang lalu.

“Kami sudah ada pemimpin-pemimpin muda untuk mengambil alih parti,” katanya.

Beliau memperoleh ijazah doktor falsafah daripada London School of Economics.

Pemimpin yang dilihat sentiasa mengamalkan kesederhanaan dalam hidupnya dilantik sebagai anggota Dewan Senat oleh kerajaan negeri Selangor.

Syed Husin yang masih menggunakan kereta Volvo 850 berusia 20 tahun, yang dibelinya 16 tahun lalu menggunakan wang royalti hasil buku “Two Faces: Detention Without Trial” berkata, beliau sebenarnya tidak berminat untuk memegang jawatan sebagai senator.

“Saya menerima tawaran keputusan kerajaan negeri Selangor ketika saya berada di Mekah untuk menunaikan haji baru-baru ini.

“Kalau boleh saya tidak mahu menerima tetapi apabila Sultan Selangor sudah memberi perkenan dan apabila saya diberikan masa yang singkat untuk membuat keputusan, saya tiada pilihan... saya menerima untuk memberi khidmat,” katanya.

Ditanya sama ada beliau berpuas hati dengan kedudukannya sebagai seorang ahli Parlimen, yang membolehkannya dikenali sebagai “Yang Berhormat”, Syed Husin dengan senyuman kecil berkata: “Sekarang saya ahli politik sepenuh masa tetapi sekarang saya sudah tua, sudah 73 tahun.”

Walaupun sudah berkecimpung lebih 50 tahun dalam politik, Syed Husin berkongsi pengalaman banyak kali ditahan dan dikasari polis tetapi belum berpuas hati sepenuhnya dalam perjuangannya mahu membantu rakyat miskini.

“Tanya saya berpuas hati, saya kata tidak,” kata Syed Husin yang mempunyai tiga orang anak.

“Saya mahu melihat perubahan dalam dasar dan sistem kerajaan, mahu kerajaan bertindak tegas untuk membantu rakyat... adakan dasar-dasar yang prorakyat, bagi membantu rakyat miskin,” kata anak kelahiran Batu Pahat, Johor ini.

Berkenaan dengan PR, Syed Husin yakin mempunyai ikatan DAP-PKR-PAS ini masa depan yang baik untuk menerajui kerajaan persekutuan.

“Dalam politik apa pun boleh berlaku. Saya sebenarnya telah yakin bahawa kami boleh mencapai yang terbaik pada 8 Mac 2008... kita lakukan lebih baik daripada disangkakan,” katanya.

“Sepanjang lima dekad ini saya sudah melihat banyak usaha untuk menyatukan parti-parti politik pembangkang, Pakatan merupakan gandingan terbaik setakat ini.

“Jika berpeluang (untuk memerintah), saya mahu Pakatan tidak mengulangi kelemahan dan kesilapan yang pernah dilakukan oleh Barisan Nasional selama ini,” katanya.

Syed Husin juga mengakui kerajaan-kerajaan negeri pimpinan PR, yang diterajui selepas pilihan raya umum ke-12, telah memperlihatkan prestasi baik walaupun masih ada ruang untuk diperbaiki./Detikdaily

Ahad, 10 Januari 2010

BAKAR GEREJA - GAGAL BERTINDAK AWAL JADI PUNCA

Salmah Mat Husain
KOTA BHARU, 10 Jan: Kegagalan kerajaan membendung dari awal kemarahan rakyat ekoran mahkamah membenarkan penggunaan perkataan Allah bagi penerbitan Herald, akhirnya mengundang padah.

Media pula seperti dibiarkan mengapi-api isu tersebut dengan memaparkan bantahan orang ramai, tanpa mengambil kira sentimen penganut agama lain.

Kegagalan menteri yang bertanggungjawab ke atas Kementerian Dalam Negeri (KDN) turut mempercepatkan maraknya perasaan tidak senang hati antara kaum.

Anggota parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd Yusof berkata, kerajaan dilihat hanya bertindak selepas berlaku peristiwa di luar kawalan sehingga gereja dibakar.

“Isu yang berlaku sekarang berjaya menutup kemarahan sebenar rakyat ekoran kenaikan harga barangan dan kos hidup.

“Mungkin juga sebagai satu pelan bagi mengelakkan rakyat terus bercakap kehilangan enjin jet pejuang yang begitu mengaibkan sekali kerajaan,” katanya di sini.

Beberapa gereja menjadi sasaran serangan pihak yang tidak bertanggungjawab sehingga merosakkan sebahagian prasananya. Antaranya Gereja Metro Tarbenacle, Gereja Assumption dan Gereja Chapel kesemua di Kuala Lumpur dan Selangor.

Sebelum itu, Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Lau Bee Lan membenarkan penerbitan milik Katholik menggunakan perkataan Allah sebagai ganti ‘god’ dalam bahasa Inggeris.

Siti Zailah yang juga Ketua Dewan Muslimat Kelantan berkata, isu berasaskan sentimen perkauman itu telah diperbesarkan begitu rupa sehingga mencetuskan suasana tidak senang.

Oleh itu beliau berharap mereka yang bertanggungjawab ke atas insiden terbabit dihadap ke muka pengadilan.

Kerajaan diingatkan tidak melindungi mana-mana pihak yang didapati bersalah.

Menurutnya juga isu perkauman di negara ini seperti sukar berakhir kerana ia sudah menjadi teras kepada perjuangan Umno yang hanya mengutamakan bangsa.

“Apabila rakyat tidak lagi menghormati hak asasi manusia dan kebebasan beribadat di kalangan rakyat berbilang kaum dan agama, maka tidak hairanlah berlaku perbuatan khianat terhadap rumah-rumah ibadat.

“Sedangkan Islam melarang keras tindakan sedemikian, bahkan Rasulullah saw pernah mengingatkan masyarakat di zamannya menghormati golongan bukan Islam termasuk tempat ibadat mereka.

“Ini menggambarkan betapa suci dan murninya Islam yang mementingkan keharmonian kehidupan masyarakat,” ujarnya./Harakahdaily

Jumaat, 8 Januari 2010

PAKATAN KUTUK SERANGAN KE ATAS GEREJA

Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 8 Jan: Pakatan Rakyat mengutuk keras tindakan pihak-pihak tertentu yang menyerang tiga gereja di sekitar Lembah Klang awal pagi tadi.

Demikian kenyataan pemimpin tertinggi Pakatan yang dikeluarkan petang ini. Kenyataan itu ditandatangani oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim, Lim Guan Eng dan Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Berikut adalah kenyataan penuh yang dikeluarkan oleh Pakatan.

KENYATAAN AKHBAR PIMPINAN TERTINGGI PAKATAN RAKYAT

8 JANUARI 2010

Kami mengutuk tindakan pihak tertentu yang menyerang 3 gereja di sekitar Lembah Klang awal pagi tadi. Serangan tersebut adalah satu perbuatan yang dikecam semua agama dan peradaban.

Perbuatan seperti itu tiada tempat dalam mana-mana negara pun di atas dunia ini. Kami percaya ianya berpunca dari politik amarah yang sempit, ditambah dengan unsur provokasi jahat yang semakin menular dan runtuhnya rasa saling hormat menghormati dalam negara kita yang tercinta ini.

Setiap rakyat dalam negara ini, tanpa mengira agama, kaum, keturunan dan etnik seharusnya dapat menikmati keamanan spiritual dan fizikal mereka. Seharusnya sebarang perbezaan pendapat dan pandangan tidak terus dilebarkan.

Kami yakin sebarang perselisihan dapat diselesaikan dengan menumpukan usaha untuk membawa semua pihak ke meja rundingan.

Oleh yang demikian, seluruh kepimpinan Pakatan Rakyat dengan tegas meminta supaya individu atau mana-mana kumpulan yang menyebarkan api kebencian dan kekerasan sebegini agar dihukum dengan setimpalnya.


YB DATO SERI ANWAR IBRAHIM
Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia
Ketua Umum PKR


YAB LIM GUAN ENG
Setiausaha Agung DAP


YB DATO' SERI TUAN GURU HAJI ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS

Sumber: Harakahdaily

Himpunan Aman di Teruskan - Ustaz Nasruddin Hassan



Oleh Nasrudin Hassan at Tantawi

Ayuh ! saudara , jangan terpedaya dengan berita dan maklumat salah yang mengatakan Himpunan hari ini di batalkan . Kita akan terus melahirkan sokongan kita ke atas ummat islam yang tertindas dan mengutuk sekeras kerasnya Israel dan boneka mereka yang secara terang - terangan mencabul dan menceroboh hak asasi manusia dan hak ummat Islam penduduk pribumi Palestine hidup dengan aman .

1. Pagi ini bertalu - talu sms menerobos mencari ruang di inbox handphone saya yang bertanyakan : "jadi kah himpunan kita hari ini di hadapan kedutaan Mesir ? "

2. Kekeliruan ini timbul apabila tersebar berita mengenai langkah terkini Mesir yang telah membenarkan peserta konvoi VIVA Palestine memasuki GAZA .

3. Alhamdulillah , memang benar sebahagian peserta konvoi VIVA Palestine telah berjaya memasuki GAZA setelah desakan dari ummat Islam di seluruh dunia .

4. Pun begitu , Himpunan Aman dan penyerahan memorundum ke Kedutaan Mesir tetap diteruskan kerana masih banyak tuntutan ummat Islam dunia yang memerlukan perhatian dan tindakan segera kerajaan Mesir .

5. Sebagai contoh Mesir masih lagi meneruskan usaha membina tembok konkrit sepanjang 6 KM membentengi sempadan Mesir - Palestine dan ianya jelas membuktikan Mesir merelakan diri untuk menjadi boneka kepada Israel . Tindakan membina tembok tersebut sekali gus seperti membina sebuah penjara besar bagi ummat Islam Palestine yang senantiasa menjadi mangsa keganasan Yahudi Israel Laknatullah .

6. Sikap dan Layanan buruk yang diberikan oleh Mesir ke atas rombongan konvoi VIVA Palestine yang berkelana dalam siri kempen membebaskan Palestine , mesti dibantah agar ia menjadi peringatan kepada kerajaan Mesir selepas ini agar tidak mempermainkan kesengsaraan dan penderitaan ummat Islam di Palestine .

7. Antara desakan kita ialah menggesa supaya Mesir benar - benar memainkan peranan sebagai sebuah negara yang mampu membela nasib ummat Islam yang sering ditindas dan dianiaya oleh Israel . Sebagai sebuah negara ummat Islam yang besar dan bersempadan dengan Palestine , ia menjadi tanggungjawab penting dan utama bagi kerajaan Mesir .

8. Ayuh ! saudara , jangan terpedaya dengan berita dan maklumat salah yang mengatakan Himpunan hari ini di batalkan . Kita akan terus melahirkan sokongan kita ke atas ummat islam yang tertindas dan mengutuk sekeras kerasnya Israel dan boneka mereka yang secara terang - terangan mencabul dan menceroboh hak asasi manusia dan hak ummat Islam penduduk pribumi Palestine hidup dengan aman .

9. Solat jumaat di Masjid Tabung Haji dan sejurus solat jumaat insayaallah kita akan bergerak ke kedutaan Mesir bagi menyerahkan memorundum bantahan tersebut .

10. Semoga Allah swt memberikan kekuatan kepada kita untuk memberi apa yang kita mampu untuk ummat Islam Palestine sekaligus menyatakan kepada dunia semangat solidariti kita/Detikdaily

Khamis, 7 Januari 2010

Gubal undang-undang cegah murtad jika benar Umno sayang Allah


Abdul Aziz Mustafa

KUALA LUMPUR, 7 Jan: Jika para pemimpin Umno benar-benar sayangkan Allah, mereka hendaklah menggubal undang-undang mencegah murtad untuk diluluskan oleh Parlimen, kata Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Haji Mohamad Sabu.

"Dalam Dewan Rakyat kini terdapat 132 Ahli Parlimen yang beragama Islam. Saya yakin, kesemua mereka akan memberikan sokongan padu jika kerajaan yang diterajui Umno membentangkan rang undang-undang mengenai kesalahan murtad.

"Saya juga berharap mereka yang mahu berdemonstrasi membantah penggunaan kalimah Allah bagi agama lain turut mengemukakan tuntutan kepada kerajaan pimpinan (Datuk Seri) Najib (Tun Razak) supaya menggubal undang-undang mencegah murtad," kata beliau ketika diminta mengulas kenyataan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengenai demonstrasi tersebut.

Ketika diminta mengulas mengenai rancangan beberapa pertubuhan untuk mengadakan demonstrasi membantah penggunaan kalimah Allah bagi agama lain, Hishammuddin berkata, kerajaan tidak menghalang rakyat untuk menyuarakan pendapat mereka berhubung penggunaan kalimah "Allah" oleh majalah Herald-The Catholic Weekly.

"Oleh kerana kerajaan tidak menghalang demonstrasi tersebut dan tidak ada operasi seperti Operasi Lallang 1987 di mana saya dan rakan-rakan lain tidak fasal-fasal menjadi mangsa, tentulah kerajaan juga tidak menghalang mereka yang berdemonstrasi itu menuntut penggubalan undang-undang mencegah murtad," kata Mohamad.

PAS, kata beliau, bukan sahaja dizalimi ketika demonstrasi dan majlis-majlis ceramah, malah tidak dibenarkan membentang usul mengenai murtad atau rang undang-undang ahli persendirian untuk mencegah murtad di Parlimen.

Menurut beliau, pada 25 Mac 1988, Presiden PAS kini, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang selaku Ahli Parlimen Marang telah mengemukakan usul untuk membincangkan gejala murtad, tetapi ditolak.

Selepas itu, kata Mohamad lagi, pada 2 November 1999, Tuan Guru juga tidak dibenarkan membentang rang undang-undang ahli persendirian untuk mencegah murtad.

"Oleh kerana PAS buat semua tak boleh, saya yakin orang-orang Umno yang hendak berdemonstrasi itu boleh menuntut kerajaan menggubal undang-undang mencegah murtad.

"Mereka sepatutnya berbuat demikian jika benar mereka sayangkan Allah," kata beliau.

Mohamad juga menyokong saranan Mursyidul Am, Datuk Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat supaya diadakan dialog dengan pemimpin-pemimpin badan-badan Kristian bagi mencari jalan menyelesaikan pelbagai masalah.

"Saya harap dialog tersebut boleh disegerakan dan sebagai langkah awal, PAS boleh menginisiatifkan dialog tersebut.

"Saya yakin banyak perkara boleh dibincangkan dengan sikap yang lebih matang termasuk Perkara 11 (4) Perlembagaan Malaysia yang melarang penyebaran ajaran bukan Islam kepada orang-orang Islam," katanya.

Beliau juga yakin perbincangan tersebut boleh menjadi agenda berterusan di pihak PAS, bukan sahaja dengan badan-badan Kristian malah dengan badan-badan agama lain juga./Harakahdaily

Isu 'Allah' terus marak dengan demo


Jimadie Shah Othman
Jan 6, 10


kemaskini 2.23pm Bantahan terhadap penggunaan kalimah 'Allah' dalam mingguan Katholik terus marak dengan demonstrasi walaupun kerajaan menyeru semua pihak bertenang dan kes tersebut kini di peringkat rayuan.

Setelah Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) merancang mengadakan bantahan di seluruh negara Jumaat ini, sebuah lagi persatuan Islam berpengaruh, Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah (Pekida) juga akan menganjurkan bantahan yang sama.

Bantahan yang dinamakan 'Satu hati mempertahankan kesucian Islam' diadakan selepas solat di Masjid Negara dan akan diketuai presidennya sendiri Jamaluddin Yusof.

Selain itu, dua NGO Islam berpengaruh Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) dan Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) akan berhimpun di masjid Kampung Baru, Kuala Lumpur pada waktu yang sama.

Pada malam sebelumnya, Pekida juga merancang mengadakan solat hajat di Masjid Negara, tambah seorang pemimpinnya yang enggan dinamakan.

Pada 31 Disember lalu, keputusan mahkamah membenarkan majalah Herald The Catholic Weekly menggunakan nama Allah dalam penerbitannya, mengundang reaksi negatif banyak kelompok dalam masyarakat Islam.

Isu tersebut pada mulanya dijangkakan akan reda apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak meminta umat Islam bertenang dan tidak terlalu "memanaskan" isu sensitif tersebut kerana kerajaan akan menanganinya sebaik mungkin.

Sehari selepas arahan Najib dibuat, Pemuda Umno Selangor yang turut bercadang mengadakan perhimpunan besar-besaran Jumaat ini menangguhkan hasrat tersebut.

Bagaimanapun, terdapat ura-ura di laman blog bahawa bantahan di Selangor akan terus dilaksanakan di Masjid Shah Alam oleh satu kumpulan yang menamakan diri mereka Anak-anak Muda Islam Selangor (AMIS).

Manakala bantahan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan 13 lagi NGO – yang membuat aduan polis bagi membantah tindakan The Herald menggunakan perkataan Allah – masih belum jelas.

Setiausaha Agungnya Datuk Dr Maamor Osman dilaporkan berkata, jika isu terbabit tidak dapat diselesaikan segera, kesemua NGO tersebut akan mengadakan perhimpunan besar-besaran selepas solat Jumaat di masjid-masjid utama di Kuala Lumpur.

The Herald, yang diterbitkan dalam empat bahasa, telah menggunakan 'Allah' dalam seksyen bahasa Malaysia sebagai terjemahan perkataan God.

Perkataan 'Allah' digunakan secara meluas di kalangan suku kaum beragama Kristian di Sabah dan Sarawak, yang sebahagian besarnya bertutur dalam bahasa Malaysia, selain bahasa ibunda etnik masing-masing.

Penerbit mingguan itu mencabar keputusan Kementerian Dalam Negeri (KDN), yang melarang penggunaan perkataan 'Allah' dalam akhbar itu, di mahkamah pada 16 Februari tahun lalu.

KDN semalam memfailkan permohonan bagi menangguhkan perintah Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur itu berhubung kebenaran menggunakan kalimah tersebut. /Malaysiakini

Anwar dibenar tunda fail rayuan dokumen kes liwat


Jan 6, 10


Mahkamah Persekutuan hari ini menangguhkan rayuan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mendapatkan dokumen bagi perbicaraan
liwatnya ke satu tarikh yang akan ditetapkan bagi memberi beliau masa mencukupi untuk memfail petisyen dan membuat persiapan untuk kesnya.

Penangguhan diberikan kepada ketua pembangkang oleh panel terdiri daripada Hakim Besar Malaya Tan Sri Arifin Zakaria, Hakim Datuk Md Raus Sharif dan Hakim Datuk Abdull Hamid Embung.

Terdahulu semasa prosiding, peguam Karpal Singh bagi pihak Anwar memberitahu mahkamah mereka harus diberikan masa yang cukup untuk menyediakan rayuan oleh kerana mereka hanya menerima rekod rayuan dari Mahkamah Rayuan pada 30 Disember tahun lepas.

"Menurut peraturan, kami mempunyai 10 hari dari hari kami menerima rekod rayuan, bagi memfail petisyen rayuan. Kami akan fail petisyen menjelang Isnin.

"Kami juga menerima notifikasi dari mahkamah pada 29 Dis tahun lepas, memberitahu kami bahawa rayuan ini ditetapkan untuk pendengaran hari ini. Adalah tidak mengikut perlembagaan tarikh pendengaran ditetapkan sekalipun petisyen rayuan belum difailkan," kata beliau.

Peguam Cara Negara II Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden bagaimanapun meminta mahkamah menetapkan tarikh awal bagi pendengaran rayuan oleh kerana kes itu melibatkan kepentingan awam dan perbicaraan kes liwat di Mahkamah Tinggi akan bermula pada 25 Jan.

Karpal berkata: "Tidak perlu tergesa-gesa. Ini rayuan penting melibatkan interpretasi Seksyen 51A Kanun Prosedur Jenayah (CPC). Keputusan mahkamah ini akan mengikat dan menjejas mahkamah-mahkamah lain.

"Hanya kerana perbicaraan akan berjalan pada 25 Jan, tidak bermakna rayuan ini harus dilakukan tergesa-gesa. Kami harus diberikan masa mencukupi, sekurang-kurangnya sebulan".

Anwar, 62, dituduh meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan, 24, di sebuah kondominium di Bukit Damansara, Kuala Lumpur pada 26 Jun, 2008.

Pada 26 Julai tahun lepas, hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah membenarkan permohonan Anwar mendesak pendakwa membekalkan beliau dokumen di bawah Seksyen 51A CPC bagi membolehkan beliau membuat persiapan bagi pembelaan dirinya agar proses pendakwaan lebih terbuka dan adil.

Bagaimanapun, pada 6 Nov tahun lepas, Mahkamah Rayuan membenarkan rayuan pendakwa terhadap perintah Mahkamah Tinggi itu atas alasan dokumen yang diminta oleh Anwar tidak tertakluk di bawah Seksyen 51A CPC oleh kerana ada had bagi pendakwa membekal dokumen tertentu kepada tertuduh.

Dokumen yang diminta antaranya kenyataan saksi yang direkodkan daripada Mohd Saiful, Dr Osman Abdul Hamid dari Hospital Pusrawi dan tuan punya kondominium Hassanuddin Abdul Hamid, kenyataan tiga doktor dari Hospital Kuala Lumpur, nota ahli kimia dan laporan perubatan.

Mahkamah Rayuan juga menolak rayuan balas Anwar terhadap perintah Mahkamah Tinggi yang sama yang menolak permohonannya untuk mendapatkan sampel spesimen daripada Mohd Saiful.

- Bernama

Selasa, 5 Januari 2010

'Hampir semua dewan bedah hospital T'ganu gagal'


Jan 5, 10 3:12pm
Menteri Besar Terengganu Datuk Ahmad Said melahirkan rasa kecewa dengan keadaan hampir kesemua dewan bedah di hospital di Terengganu yang tidak dapat beroperasi seperti dijadualkan.

Beliau berkata keadaan itu bukan sahaja merugikan kerajaan daripada segi kos tetapi turut merisikokan nyawa pesakit.

"Hampir semua dewan bedah hospital di negeri ini gagal (tidak berfungsi dan lambat siap)... dewan bedah Hospital Besut hampir enam tahun, Hospital Kemaman tiga empat tahun, dewan bedah Hospital Setiu dah masuk tujuh tahun... teruk, rakyat marah kerajaan.

"Bukan sahaja kita rugi daripada segi kos, tapi ia juga melibatkan soal nyawa, pakar bedah pun kecewa sebab tak boleh nak buat kerja," katanya kepada pemberita selepas majlis Penyerahan Peralatan Tomografi Berkomputer Multislice (MSCT) kepada Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di Kuala Terengganu hari ini.

Katanya, kebanyakan masalah yang dihadapi oleh dewan bedah hospital di negeri ini hampir sama iaitu masalah hama dan kebocoran.

"Saya kecewa dengan apa yang berlaku, kalau sekali berlaku tak mengapalah, tetapi berulang kali, semua hospital mengalami masalah hampir sama," katanya.

Sehubungan itu beliau berharap Jabatan Kerja Raya (JKR) yang bertanggungjawab dalam pembinaan dan membaik pulih dewan bedah berkenaan mengambil perhatian dan tindakan segara.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata sebuah institut jantung akan diwujudkan di Kijal, Kemaman membabitkan kos RM27 juta.

Ahmad berkata kerajaan negeri telah membeli resort Strawberry Park Kijal untuk dijadikan institut tersebut dan kerja-kerja mengubahsuai akan dijalankan segera.

Sementara itu, Terengganu mencipta sejarah menjadi negeri pertama di Asia Tenggara menggunakan mesin MSCT.

Mesin berharga RM5.7 juta itu merupakan mesin pemeriksaan menggunakan sinaran X yang dapat menghasilkan imej radiografi digital struktur dalaman badan pesakit dengan pantas dan berupaya mengesan sebarang penyakit dengan lebih terperinci dan tepat.

Ia dapat menghasilkan 64 imej pada setiap imbasan dan dapat ditingkatkan keupayaannya kepada 128 imej.

- Bernama

Ahad, 3 Januari 2010

CUKUP LA TU WAHAI BATU API, TKO PATUT ADIL

Aku rasa sudah berapa hari nak masuk minggu dah TKO menyiarkan tulisan Batu Api2. Banyak betul nama Batu Api ni sehinggakan ada Batu Api2 pulak. Jika ada Batu Api2, mestilah ada Batu Api 1 atau Batu Api saja. Tak kiralah Batu Api berapa ratus pun, tapi Batu Api tetap Batu Api.

Serangan Batu Api nampaknya khusus kepada Tulang Besi TB) ni. Aku pun tak kenal TB ni kecuali aku membaca tulisan-tulisannya saja termasuk juga aku tak kenal Batu Api walaupun Batu Api dari No 1 hingga ke nombor berapa entah. Posting terbaru Batu Api2 aku baca bila dia beranggapan bahawa TB ini lah Blog `Celaka' yang dimaksudkan oleh Tok Guru Nik Aziz. Tulisan beliau boleh dibaca di sini.

Pandai juga Batu Api2 ini menyelami perasaan Tok Guru. Setakat TB tu lagi la mudah dia tahu niat TB tu sedangkan niat Tok Guru pun Batu Api2 tau. Tak hairanlah jika macam-macam Batu Api kata kat TB. Aku pun bukan semua yang aku setuju dengan TB ni sebagaimana aku juga tidak menolak semua yang Batu Api2 ni dok tulis. Tapi sikap dia yang tidak pernah puas menulis tentang TB ni menjelekkan. TB pun ada menulis tentang Batu Api2 dan juga tentang TKO, tapi ada juga masa TB ni berhenti menulis. Yang Batu Api2 ni tidak boleh berhenti walau sekejap ni kenapa? Masih tidak puas hati lagi ke dengan TB?

Cukup-cukup lah tu wahai Batu Api2. Tidak cukup dengan TB, awak hentam juga Perisik Rakyat. Kononnya Perisik Rakyat tu sekutu TB. Aku cuma harap Webmaster TKO janganlah biarkan benda ni berlarutan. Kalau nak menyerang pun, biar kita dulu diserang. Kalau orang dah sejuk, kita cubalah sejuk juga.

Najib bukan punca - Tun Mahathir


KUALA TERENGGANU - Bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad menganggap krisis dalaman yang melanda komponen parti kerajaan sebagai tidak pernah berlaku dalam sejarah Pengerusi Barisan Nasional (BN) sebelum kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak.

Bagaimanapun, beliau tidak menyalahkan Najib dan mengatakan ia bukan berpunca daripada kepimpinan Perdana Menteri sekarang.

Sebaliknya, beliau mengakui ia berpunca daripada peninggalan atau warisan daripada Pengerusi BN sebelumnya.

“Saya dapati seluruh BN hadapi masalah termasuk UMNO, MCA, Gerakan, PPP dan MIC. Ini adalah hasil bukan kerana Datuk Seri Najib, ini ‘warisan’,” katanya kepada pemberita ketika ditemui, semalam.

Menurutnya, BN hanya mempunyai masa dua tahun dari sekarang untuk memperbetulkan pelbagai perkara bagi memperkukuhkan kedudukan politik parti kerajaan di negara ini.

Ditanya pandangan beliau berhubung penyelesaiannya, Tun Mahathir menyerahkan sepenuhnya kepada Najib dengan cara beliau sendiri bagi memastikan BN tetap menang pada pilihan raya umum akan datang.

Beliau berkata, kemelut politik turut berlaku pada zaman Tun Abdul Razak Hussein yang juga bapa kepada Najib, namun dapat diselesaikan dengan menyatukan parti kerajaan dan pembangkang dalam BN.

“Tahun 1970 yang mana Tun Razak telah menguasai keadaan dengan membuka perikatan menjadi BN. Dengan itu diserap masuk parti lain, itu cara Tun Razak, jadi saya fikir tidak tahulah cara anak dia, Datuk Seri Najib, terpulang pada dialah,” katanya.

Mengenai konsep 1Malaysia, Tun Mahathir mengakui belum memahami sepenuhnya pendekatan yang dibawa Najib dan hakikat tersebut dilihat tidak seiring dengan apa yang berlaku dalam negara ketika ini apabila Malaysia dilihat menggunakan tiga bahasa pengantar ilmu dalam sistem pendidikan.

Menurutnya, keadaan itu perlu direalisasikan melalui cara tertentu yang mampu menyatukan semua kaum di Malaysia bagi menjadikan rakyat negara ini benar-benar bersatu dengan 1Malaysia.

“Kita hanya laung, tetapi benarkah 1Malaysia? Kalau benar, kita adalah orang Malaysia. Tiadalah Melayu, Cina, India, Melanau dan Iban (semuanya) belajar dalam satu bahasa,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan daripada salah seorang peserta dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sempena Konvensyen Mahasiswa Melayu 2010 (Konmam:) anjuran Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Universiti Malaysia Terengganu (UMT), di sini, semalam.

Pada majlis itu, Tun Mahathir membentangkan kertas kerja bertajuk Mahasiswa Melayu Cabaran dan Masa Depan.

Turut hadir isteri beliau, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali dan Naib Canselor UMT, Profesor Dr Aziz Deraman.

Mengulas lanjut, Tun Mahathir memberitahu, sebelum ini beliau pernah mencadangkan diwujudkan Sekolah Wawasan bagi menggabungkan sekolah kebangsaan, Cina dan India dalam satu kampus.

Katanya, sekolah berkenaan tidak sesekali bertujuan menggugurkan bahasa pengantar ketiga-tiga bahasa tersebut namun katanya, matlamat utama adalah penyatuan dalam kalangan pelajar berbilang kaum.

“Hanya ada satu sahaja dewan untuk perhimpunan dengan itu dapat bergaul dengan semua kaum tetapi ditolak oleh satu pihak (kerana) tidak mahu bercampur dengan kaum lain. Ia tidak menggugurkan bahasa, apa salahnya,” katanya.

Mengenai Penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan mingguan Herald-The Catholic Weekly pula, Dr Mahathir berkata, ia perlu dikenakan syarat ketat bagi mengelakkan kemarahan umat Islam di negara ini.

Beliau mengakui, penggunaan kalimah tersebut begitu sensitif terutama di Semenanjung Malaysia walaupun diakui sebelum ini digunakan di Sabah dan Sarawak.

“Ini akan menimbulkan kemarahan lagi. Kalau pun nak guna perkataan Allah, perlu gunakan syarat yang ketat. Kalau di Sabah dan Sarawak, saya fikir tidak boleh hilang. Di Semenanjung ini, kita tidak pernah dengar perkataan ini walaupun di Indonesia dan di Mesir (guna) tetapi bukan di Malaysia,” katanya.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur tiga hari lalu membenarkan Herald-The Catholic Weekly menggunakan perkataan Allah dalam penerbitannya atas alasan ia mempunyai hak dalam Perlembagaan./Sinar