JOM MASUK AHLI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DENGARKAN KOBAT FM ONLINE

Jumaat, 4 September 2015

"NYAMUK" PEMBUNUH NAMRUD, TAPI GHB BUKAN PEMBUNUH PAS

Haji Hadi kata GHB sekumpulan 'nyamuk' saja dan tidak menjejaskan Pas.  Betul ke?  

Teringat aku kisah Namrud yang ajalnya kerana "nyamuk'.  Tidak mengapalah, itu pendapat Presiden Pas dan beliau ada hak untuk menggelar apa pun.  Sebelum ini pun disebut umpama 'salakan anjing dan serigala'.  Kali ini kecil sedikit perbandingannya iaitu 'nyamuk'.

Cuma, kecil-kecil nyamuk pun jelas kelihatan Hj Hadi tidak lagi boleh berehat seperti dulu.  Kalau dulu amat sukar untuk kita melihat beliau rajin mengelilingi Malaysia untuk berceramah meskipun menjelang pilihanraya.  Namun kali ini, selepas pilihanraya hatta kerana nyamuk, beliau mulai rajin.  Itulah hikmahnya ada 'nyamuk' ini.

Haji Hadi kata, Pas umpama pepohon yang subur (suburkah?).  Jika dicantas pokoknya akan tumbuh tunas yang lebih banyak dan baik.  Betul juga.  GHB mungkin salah satu tunasnya. GHB semakin baik nampaknya dan semakin mendapat sambutan berbanding di dalam usia beberapa bulan saja.  Berbeza dengan penubuhan Berjasa atau Hamim dulu.  Sakit Berjasa dan Hamim ingin mencari ahli.  Tapi GHB tidak susah-susah mencari ahli.  Setiap hari ada saja dari Pas yang sertai GHB.  Itu belum dikira dari yang tidak berparti sebelum ini telah sertai GHB.

Bagusnya, GHB tidak sasarkan Pas sebagai musuh.  Saban hari GHB ini menyerang Umno/Bn.  Jika ada disentuh tentang Pas pun hanya sekadar mahu menjawab apa yang Pas kata pada mereka.  

Semoga GHB terus berjaya dan semakin kuat semangat mereka untuk meneruskan perjuangan rakyat marhaen. 




Tiada ulasan:

Catat Ulasan