tag:blogger.com,1999:blog-27181315401206140362024-03-13T10:50:41.970+08:00MANDOR.BLOGSPOT.COMBIAR BUTA MATA JANGAN BUTA HATIWFAUZDIN NShttp://www.blogger.com/profile/04002965862660467380noreply@blogger.comBlogger1689125tag:blogger.com,1999:blog-2718131540120614036.post-28486627794755594852020-06-05T16:04:00.001+08:002020-06-05T16:04:43.671+08:00MAKAN GAJI, ELAUN 'HARAM" ? Simpati dengan menteri sampah alam sekitar. Kesian kat duta khas bertaraf menteri. Naya je kat ramai pengerusi GLC yang baru pegang jawatan. Dan ramai yang kempunan merasai gaji dan imbuhan, mungkin sempat makan gaji dan elaun 'haram' tu sebulan saja.

Ye lah, tak lama lagi tumbanglah kerajaan tebuk atap tu. Kebenaran pasti akan menang melawan kebathilan. Itu janji Allah. Eh, mengapa gaji dan elaun itu dikatakan 'haram'? Haram, sebab yg bayar gaji dan elaun kamu tu rakyat. Kamu dipilih oleh rakyat ke untuk jadi kerajaan? Mudah je, tak perlu nak pusing2 dan spin hadis atau al-quran pun. Meletakkan sesuatu bukan kepada tempatnya itu adalah satu kezaliman. Full stop !!WFAUZDIN NShttp://www.blogger.com/profile/04002965862660467380noreply@blogger.com11tag:blogger.com,1999:blog-2718131540120614036.post-60132380376780298302019-10-28T22:03:00.003+08:002019-10-28T22:03:47.103+08:00SAAT GETIR BUAT AZMIN DAN ZURAIDAH, TAPI MASA BELUM TERLAMBAT

Akhirnya Tun M sendiri akur bahawa peralihan kuasa di antara beliau dengan Anwar akan diputuskan oleh Majlis Presiden PH, bukan soal siapa selepas Tun M kerana semuanya jelas bahawa Anwar adalah PM ke 8 selepas Tun M, cuma Majlis Presiden akan berbincang soal bila waktu yang paling sesuai dan taktikal untuk peralihan ini.

Mimpi Azmin bersama Umno dan Pas, termasuk Zuraidah untuk mengekalkan Tun M sehingga PRU15 nampaknya tinggal sebagai mimpi sahaja. Azmin dan Zuraidah tidak boleh mengatasi Majlis Presiden PH. mereka mungkin boleh menyedapkan hati Umno dan Pas sahaja, dan juga cuba untuk meyakinkan para penyokongnya yang semakin susut itu bahawa Tun M akan lebih lama menjadi PM bagi melindunginya.

Aku nasihatkan Azmin dn Zuraiah agar cepat-cepat buat "U-Turn" kerana waktu masih ada. Jangan tunjuk hebat dan keras kepala. Jika lambat bertindak, maka jangan menyesal jika sebelum PRU15 kamu akan bersara awal dari politik. Rakyat sedang memerhatikan tingkah laku kelian berdua yang sedang asyik bersenggama dengan Umno dan Pas serta beberapa kerat pemimpin di dalam Bersatu serta PKR yang mempunyai masalah.

Kembalilah ke pangkal jalan.

WFAUZDIN NShttp://www.blogger.com/profile/04002965862660467380noreply@blogger.com131tag:blogger.com,1999:blog-2718131540120614036.post-36012129591638136292019-08-22T22:36:00.001+08:002019-08-22T22:36:17.026+08:00ROMBAKAN ATAU TUKAR PORTFOLIO KABINET, TUKAR MENTERI BARU YANG LEBIH SEGAR Ramai yang menunggu Tun M buat rombakan Kabinet. Beberapa Menteri dan Timbalan Menteri jelas gagal berfungsi dengan baik. Menteri Ekonomi, Azmin Ali terlalu lembab, mungkin terganggu dengan isu Semburit yang telah berbulan masih tidak selesai lagi. Zuraidah, Menteri yang jaga perumahan pun gagal, isu rumah terbengkalai warga tentera pun tidak boleh diselesaikan dengan baik, sibuk dengan mahu bantu Lynas cari tapak pembuangan sisa toksid je.

Menhan, Mat Sabu mengecewakan. Warga tentera yang mulanya mengharapkan beliau kini mula percaya Timbalannya, YB Chin Tong lebih berwibawa. Ada orang hina tentera, Mat Sabu terlena, Chin Tong bersuara dua tiga kali, baru Mat Sabu mahu ulas. Baiknya Chin Tong ini, walaupun dia berbangsa Cina yang sering dituduh macam-macam oleh puak2 Umno dan Pas, beliau kelihatan begitu ke hadapan membela warga tentera.

Rina Harun, lebih terserlah gagalnya. Isu MPKK dan Ketua Kampung pun terhegeh2 mahu selesai. Maszlee Malik, bukan orang politik, dia orang akademik, sebab itu banyak dasar dalam kementerian pendidikan seperti diumumkan tanpa ada plan atau perancangan. Sering berubah2 pendirian kerana ideanya tidak masak. Menteri Penerangan, Gobind turut gagal untuk menjadikan media perdana suara kerajaan. Banyak dasar-dasar penting tidak diketahui oleh rakyat dan banyak tuduhan2 pembangkang tidak mampu diberi jawapan jitu melalui media perdana. Mohd Redzuan, menteri yang sepatutnya jaga keusahawanan, sibuk bercakap pasal Lynas juga. Kipasnya begitu kuat kepada PM. M. Kulasegaran pun mengecewakan. Masih tidak oleh menahan mulutnya dari bercakap isu2 yang sensitif sedangkan kakitangan awam menunggu sesuatu yang baik darinya.

Menteri2 yang lain tu bukanlah bagus sangat, tetapi layaklah jadi Menteri. Cuma beberapa orang tu saja yang jauh dari memenuhi kreteria sebagai menteri. Elok sangat Tun M buat rombakan kabinet atau PM mahu PM ke 8, Anwar Ibrahim untuk lakukan? WFAUZDIN NShttp://www.blogger.com/profile/04002965862660467380noreply@blogger.com2tag:blogger.com,1999:blog-2718131540120614036.post-29950985147689640102019-08-11T01:11:00.003+08:002019-08-11T01:11:28.173+08:00LEPAS RAYA HAJIKAH MAHU SELESAIKAN KES VIDEO SEMBURIT?

Aku dulu yakin KPN yang baru ni, datuk Hamid Bador memang cekap dan berani buat kerja. Bayangkan dia berani lawan Najib dulu atas prinsipnya menentang kleptokrasi. Keyakinan itu masih ada sampai sekarang tetapi bergantung kepada kesudahan siasatan kes atau skandal terlarang Video yang diviralkan iaitu video di Hotel di Sandakan.

Kita diberitahu video itu tulen. Ketulenan video itu disahkan juga oleh pakar dari Indonesia yang dibawa untuk ujian oleh Lokman Adam. Aku tidak percaya apa yang Loman perkatakan tetapi aku tidak boleh tolak hasil ujian yang beliau bawa dari pakar Indonesia tersebut, apatah lagi ujian berkenaan bertepatan dengan ujian di negara ini seperti yang diberitahu oleh KPN kita. Ertinya, video itu memang tulen tanpa edit.

Jika di Indonesa ianya mengesahkan bahawa Haziq dan Azmin adalah sepadan dengan pasangan di dalam video tesebut seperti kata Lokman Adam, aku tidak boleh terima kata-kata Lokman itu namun aku tidak pula menolak kepakaran pihak yang membuat ujian berkenaan. Tentunya aku lebih yakin jika pihak kita di Malaysia ini yang boleh mengesahkannya. Malangnya, ujian di Malaysia gagal menemukan siapa identiti yang menjadi pasangan Haziq. Jangan lupa, Haziq telah pun mengaku dan tidak perlu kita tunggu pengesahan ujian terhadapnya. Siapa pasangannya yang dikatakan mirip Azmin tersebut?

Pihak polis berulangali menyatakan pihaknya tidak akan berkompromi dengan sebarang kesalahan jenayah. Kes semburit seperti yang didakwa telah berlaku ini merupakan satu kesalahan jenayah. Biarpun ada yang berkata ini soal politik dan konspirasi, namun sekiranya soal politik atau kononnya konspirasi itu betul berlaku, adakah ianya boleh menghalalkan jenayah dilakukan?

Sekarang ini rakyat tertunggu-tunggu sampai bila kes ini boleh diselesaikan dan mereka yang terlibat iaitu pelakunya, perakam dan pengedarnya boleh dikenakan tindakan? Beberapa orang telah dipanggil untuk siasatan dan ditahan beberapa hari termasuk Haziq. Farhash, pegawai Anwar juga turut ditahan beberapa hari. Pasangan Haziq yang dikatakan menyerupai Azmin itu masih bebas di luar sana. Di sinilah ujian terhadap tahap profesionalisma PDRM. Apakah PDRM di bawah Datuk Hamid Bador lebih berwibawa atau sama malahan lebih rendah dari sebelumnya?

Kita tunggu dan lihat selama mana kes ini akan disiasat.

WFAUZDIN NShttp://www.blogger.com/profile/04002965862660467380noreply@blogger.com5tag:blogger.com,1999:blog-2718131540120614036.post-56729061255538619362019-06-21T14:57:00.000+08:002019-06-21T14:57:06.273+08:00BIARKAN POLIS SIASATAN KES VIDEO TETAPI AZMIN WAJIB SAMAN HAZIQ

Lebih baik letak jawatan berbanding jika menunggu untuk dipecat. Kalau Azmin rasa memang beliau melakukan perbuatan bersama Haziq (Haziq telah mengaku bersama Azmin), Azmin tiada pilihan selain dari umum letak jawatan dari sebarang jawatan di dalam kerajaan dan parti. Itu keputusan terbaik buat beliau.

Sekiranya beliau tidak melakukannya dan anggap ini satu fitnah dari Haziq, lebih baik beliau buat laporan polis untuk menyekat video ini disebarkan dan siasatan boleh dilakukan oleh pihak polis untuk mencari penyebar video lucah tersebut . Tindakan laporan polis ini aku rasa Azmin telah buat melalui Setiausaha beliau. Tindakan ini bagus. Tetapi ramai yang bertanya, mengapa Haziq dibiarkan terus bercakap memburukkan nama Azmin?

Isu video hal lain. Siapa perakam video itu satu bab lain. Siapa pelaku di dalam video itu, setakat ini hanya seorang dari dua orang telah mengaku. Haziq telah mengaku, dan paling parahnya dia sebut pula nama pasangannya iaitu nama Azmin. Sehingga sekarang, Haziq masih berani menyebut nama Azmin terlibat.

Apa tindakan Azmin pada Haziq? Mengapa Azmin sibuk tuding jari kepada kepimpinan parti, lembaga disiplin parti bahkan menuding kepada ahli-ahli parti (dalaman parti) kononnya menjadi dalang video ini? Parti telah bertindak dengan sewajarnya. Parti tidak pecat atau gantung Azmin kerana siasatan masih berjalan. Haziq pula telah diminta untuk menjawab surat tunjuk sebab mengapa beliau bertindak membuat kenyataan terbuka yang menjejaskan imej parti. Kalau pun Haziq nanti akan dikenakan tindakan oleh parti, ianya bukan kerana Haziq melakukan perbuatan liwat walaupun dia telah mengaku, kerana liwat tidak boleh berlaku bersendirian. Tindakan terhadap Haziq nanti mungkin kerana perbuatannya mendedahkan satu isu yang aib berbentuk tuduhan yang boleh menjejaskan nama baik parti. Itu saja. Itu tindakan parti setakat ini, selebihnya tunggulah siasatan polis.

Sekarang kita mahu tanya Azmin. Yang dituduh itu kamu. Yang disebut oleh Haziq itu kamu. Mengapa sibuk meroyan minta parti menjawab untuk kamu? Mengapa tuding jari merata-rata untuk bernafas? Tidak cukupkah parti bertindak sekarang? Kamu mahu parti pecat Haziq kerana meliwat diri sendiri? Kalau kamu seorang manusia yang ada akal dan maruah, kamu tidak akan menyalahkan parti dan orang lain, sebaliknya berterima kasih kepada parti dan ahli-ahli yang masih yakin kamu tidak bersalah. Apa yang paling WAJB kamu buat adalah SAMAN Haziq. Dia tuduh kamu bersamanya. Benar atau tidak? Tidak benar? Saman Haziq.

Biarkan Haziq menjadi seperti penfitnah Papagomo yang telah disaman oleh Anwar dulu. Tidak pasal-pasal Papagomo kena bayar RM 1 Juta kepada Anwar. Papagomo jatuh bankrap sekarang. Dulu, penulis buku "50 Dalil Anwar Tidak Boleh Jadi PM", Arwah Khalid Jafri juga jatuh bankrap disaman oleh Anwar kerana menfitnahnya. KJ pun kena saman oleh Anwar dan beliau kena bayar RM 150K kepada Anwar kalau tidak silap, kerana menfitnah Anwar di dalam satu ceramahnya. Itu cara Anwar lawan kaki fitnah. Adik Azmin Umi Hafilda pun bukan main galak memburukkan abangnya, Azmin di dalam kes ini. Boleh Azmin bertindak seperti Anwar di dalam menghadapi apa yang beliau katakan sebagai fitnah itu?

Azmin perlu keberanian untuk menjadi pemimpin. Kalau hanya mahu bergantung kepada orang lain membela masalah dirinya, dan hanya pandai menuding jari kepada pihak lain, Azmin tidak layak menjadi pemimpin.

WFAUZDIN NShttp://www.blogger.com/profile/04002965862660467380noreply@blogger.com5tag:blogger.com,1999:blog-2718131540120614036.post-33988129496940867812019-02-18T02:42:00.001+08:002019-02-18T02:42:36.178+08:00KEMASUKAN BEKAS MP UMNO KE DALAM BERSATU TIDAK SAMA DENGAN PH MENERIMA MAHATHIR DULU

Menerima kemasukan ramai bekas MP Unmo ke dalam Bersatu, tidak sama dengan PH terima Mahathir dulu. Mahathir dulu pun tidak mudah mahu masuk PH, walaupun dia lawan Najib lama selepas PRU13. Mengapa?

Sebab, waktu itu Mahathir kata dia hanya mahu jatuhkan Najib saja. Dia masa tu masih sayangkan Umno. Maka, PH tidak berselera untuk mengutip Mahathir, cuma PH tumpang guna peluru yang Mahathir guna 'tembak' Najib. Mahathir hanya bergerak secara kelompok dengan beberapa orang saja untuk melawan Najib. Najib pun tidak hairan dengan Mahathir kerana dia tahu walaupun Mahathir orang yang ada pengaruh, tetapi pengaruh "Cash is King" lebih power dari Mahathir.

Mahathir cuba juga untuk lebih 'garang' menyerang Najib. Dia wujudkan 'deklarasi rakyat' untuk kempen kutip tandatangan bagi mendesak Najib letak jawatan. Tidak sampai sejuta berjaya dikumpulkan tandatangandi kalangan rakyat, dan Najib masih boleh 'jentik-jentik' telinga Mahathir ketika itu. PH masih enggan terlibat dengan "deklarasi rakyat" kerana melihatkan Mahathir masih konsisten hanya untuk jatuhkan Najib semata-mata, sedangkan PH punya misi lebih besar iaitu rejim Umno/Bn mesti diturunkan dari Putrajaya. Hanya dua tiga orang dari pimpinan PH secara indvidu menyokong 'deklarasi rakyat' tajaan Mahathir itu.

Akhirnya, menyedari beliau tidak boleh menentang Najib secara bersendirian, maka Mahathir tubuhkan parti baru bernama PPBM atau Bersatu. Bersatu juga tidak mampu berdepan dengan Najib, jauh sekali untuk menjatuhkan Umno/Bn. Mahathir sedar, suka atau tidak, beliau harus melupakan hasratnya untuk hanya menjatuhkan Najib semata-mata tetapi mesti bersama PH untuk menumbangkan Umno/Bn. Maka, Mahathir pun membawa Bersatu untuk memohon menyertai PH.

Di dalam proses penerimaan Bersatu untuk menyertai PH tidak semudah itu. PH menghadapi tentangan yang agak hebat dari dalaman kerana semua parti di dalam PH iaitu PKR, Dap dan Amanah masing-masing ada kisah pahit dengan Mahathir. Tidak semudah itu untuk menerima Mahathir dan Bersatu. Mahathir sedar hal ini dan beliau tabah menghadapinya dan sanggup untuk berdepan dengan kumpulan dari dalaman PH yang tidak selesa beliau bersama PH. Mahathir dengan beraninya hadir di dalam Konvensyen Reformis yang terdiri dari otai-otai Reformasi yang rata-ratanya menolak Mahathir untuk berada di dalam saf PH. Di hadapan ribuan para reformis di Konvensyen di Selangor tersebut, Mahathir tampil berucap. Di dalam ucapan nya yang sesekali terdengar riuhan segelintir reformis yang mengejeknya, Mahathir dengan tenang menyatakan bahawa Umno/Bn wajib dijatuhkan. Buat pertama kalinya Mahathir tidak lagi menyebut hanya nama Najib. Beliau juga kerap turun di dalam demontrasi anjuran Pembangkang waktu itu. Sanggup berhujan panas dan berdiri berjam-jam lamanya di tengah puluhan ribu pendemo

Selepas itu, ramai yang merasa lega kerana Mahathir telah menampakkan kesungguhan untuk bersama-sama menjatuhkan Umno/Bn. Permohonan maaf dari Mahathir kepada semua dan ucapan terima kasihnya kepada Anwar dan keluaga kerana menerima Bersatu berada di dalam PH telah meyakinkan ramai orang bahawa Mahathir kini layak untuk bersama PH.

Rengkasnya, tidak mudah untuk Mahathir diterima ke dalam PH. Beliau telah diuji sekian lamanya untuk membuktikan keikhlasannya bagi menjatuhkan Umno/Bn. Oleh itu, menyamakan kemasukan beberapa bekas MP Umno ke dalam Bersatu dan PH sama seperti PH menerima Mahathir adalah satu perbandingan yang tidak tepat. Bekas-bekas MP Umno ini tidak diuji sekian lama, mereka hanya berada di luar Umno untuk beberapa minggu sahaja kemudian diterima menyertai Bersatu. Mereka tidak turun membantu kempen kita di PRK Cameron Highland, bagaimana mereka mahu tunjukkan komitmen mereka kepada Bersatu atau PH?

Justeru itu, wajarlah sesiapa pun mempertikaikan Bersatu menerima kesemua bekas MP Umno ini. Mereka mahu Bersatu kuat dan kukuh tetapi bukan dengan cara semudah ini. PH bimbang Bersatu akan dijangkiti 'virus' Umno yang dibawa oleh mereka ini. Mereka belum benar-benar nampak pulih dan tubuh mereka masih terbau tengit Umno nya lagi.

WFAUZDIN NShttp://www.blogger.com/profile/04002965862660467380noreply@blogger.com5tag:blogger.com,1999:blog-2718131540120614036.post-20799143074643450182018-01-14T22:42:00.003+08:002018-01-14T22:42:55.780+08:00AZMIN TAWARKAN TUN M DI GOMBAK, KAWASAN YANG TELAH 'ROSAK'?

Dikatakan Azmin cadangkan kepada Tun M untuk bertanding di Gombak dan beliau bersedia untuk beri laluan kepada Tun M. Tentulah kita berterima kasih kepada Azmin kerana budi baiknya, tentang keikhlasan dan nawaitunya jangan kita telek kerana apa yang ada dalam hati seseorang, itu kerja Allah menilainya. Kita diminta bersangka baik saja.

Aku melihatnya dari zahir dan atas kertas. Gombak dulu memang benar kubu Pembangkang dan semua tahu Gombak mempunyai kekuatan Pas, ditambah pula sokongan dari kaum2 Cina. Itu dulu punya kisah. Setelah Pas umum mahu bermusuh dengan PKR dan Dap bahkan tidak sehaluan lagi di dalam PH, maka kekuatan dulu sudah kurang, yang tinggal hanya penyokong2 tegar Pas dan mereka ini lebih ramai dari penyokong2 PKR. Di kalangan Pas, ramai yang beralih kepada Amanah. Di kalangan PKR pula berpecah kepada dua, iaitu penyokong parti yg menolak Azmin dan penyokong Azmin.

Mengapa Azmin ditolak? Semua tahu semuanya kerana sikap Azmin yg tidak fokus kepada agenda PH. Azmin dilihat lebih pro kepada Pas, itu tidak dinafikan. Maka, di Gombak Azmin telah hilang sokongan dari sebahagian penyokong Pas yg telah sertai Amanah, sebahagian penyokong PKR yang tidak suka Azmin terus memelihara Pas di dalam Exconya, dan Azmin 100% hilang sokongan kaum Cina kerana Azmin tidak fokus kepada PH. Penyokong2 Pas pula, walaupun Azmin dilihat pro mereka, tetapi jika Pas bertanding di Gombak dan Azmin kekal bertanding di Gombak, sudah pasti penyokong2 tegar Pas ini tetap memangkah calon mereka iaitu Pas.

Ertinya, Azmin tidak dapat sokongan dari kaum Cina atau Dap, hilang sokongan dari penyokong2 Amanah dan sebahagian dari penyokong2 PKR. Azmin hanya dapat undi dari penyokong2 peribadi beliau sahaja. Jika itu keadaannya, maka tidak pelik jika Azmin merasa tidak lagi selamat di Gombak.

Apa yang peliknya apabila tempat yang Azmin rasa tidak lagi selamat buat beliau, beliau mahu serahkan kepada Tun M ? Apakah beliau mahu lagakan Tun M dengan Pas? Tun M tetap akan bertemu dengan Pas di mana saja Tun M akan bertanding samada di Langkawi, Kubang Pasu, Kedah atau di Putrajaya. Ini tiga kawasan yang Tun M sebut yang beliau fikir akan bertanding. Ketiga2 tempat ini pastinya Tun M punyai harapan cerah untuk menang. Tetapi tidak di Gombak kerana Gombak telah 'rosak' angkara Azmin. Tempat yang telah rosak, tidak manis jika diberikan kepada orang lain.

Wajarnya Azmin kekal di Gombak kerana beliau boleh buktikan bahawa tindakannya dan pendekatannya dengan Pas itu bijaksana dan menguntungkan PH. Pada pandangan orang lain, Gombak telah dirosakkan. Azmin mesti buktikan dakwaan orang lain itu silap. Azmin perlu tunjukkan bahawa Pas akan membalas budi baiknya dengan menyokong beliau dalam PRU14 nanti.

Apakah Pas rela undi Azmin dan menolak calonnya sendiri?

WFAUZDIN NShttp://www.blogger.com/profile/04002965862660467380noreply@blogger.com3tag:blogger.com,1999:blog-2718131540120614036.post-1933807538752344352017-11-30T04:32:00.001+08:002017-11-30T04:32:28.834+08:00DUA PROGRAM SERENTAK DI MENTAKAB, TEMERLOH AHAD INI !!

Dua program di Mentakab Ahad (03/12/17) ini. Petang untuk bekas2 perajurit, sesi dialog bersama KOBAT. Sebelah malamnya, YB Khalid Samad akan memanaskan pentas ceramah dengan isu2 semasa.

Orang Temerloh jangan lepaskan peluang ini.

WFAUZDIN NShttp://www.blogger.com/profile/04002965862660467380noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-2718131540120614036.post-10422793967159404352016-11-09T22:33:00.001+08:002016-11-09T22:33:22.508+08:00KALAU TAK SUKA PERANGAI LEBAI, AYUH TURUN !!

BERSIH pun puak ni tolak, walaupun satu dunia tahu sistem pilihanraya negara kita macam mana. Puak-puak lebai tetap kata, tidak syarie BERSIH itu. Syarienya waktu zaman arwah Tok Guru Nik Aziz ada saja. Sekarang hukum tu dah tak terpakai. BERSIH zaman arwah tok guru dulu, semua peserta BERSIH menutup aurat. Sekarang, semuanya telanjang. Maka, haram, kata lebai.

Bajet Najib baru2 ni pun lebai 'berkecuali'. Ertinya, syurga pun tak mahu, Neraka pun takut nak masuk. Walhal semua tahu Najib bentang Bajet dlm keadaan duit takde. Hutang 1MDB tak terbayar, buat hutang baru kat China. Peruntukan untuk kementerian banyak yg dipotong tertutamanya yang melibatkan kebajikan rakyat. Mana peruntukan untuk kesihatan rakyat? Jangan tanyalah lagi peruntukan untuk syiar Islam. Tapi, lebai sanggup berkecuali. Rakyat pilih dia duduk atas kerusi empuk dalam Parlimen itu hanyalah untuk isi perut lebai saja. Mereka jadi pasu bunga atau CCTV dalam parlimen.

Maka, aku sokong gerakan dan kempen ini !! Sesiapa yang meluat dengan lebai, jom beramai-ramai turun!!

WFAUZDIN NShttp://www.blogger.com/profile/04002965862660467380noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-2718131540120614036.post-22753123773037485262016-09-20T02:08:00.002+08:002016-09-20T02:08:30.689+08:00MB-MB PATUT TUKAR PM SEBELUM PM TUKAR MEREKA

Khabarnya Najib becadang mahu tukar 4 orang MB. Pahang, N.Sembilan, Terengganu dan Kedah, kalau tak silap. Sebab apa kena tukar? Kalau Kedah, mungkin atas faktor kesihatan. Tapi bagaimana dengan yang lain?

Tentu ada sebab. Di Tganu, mungkin untuk perkuatkan Umno Tganu atau untuk menguatkan kerajaan Umno/Bn di negeri tersebut kerana sekarang ini Umno di Tganu bagaikan telor dihujung tanduk . Selepas Mat Said dicampak dari Kerusi MB Tganu, kerajaan Umno/Bn di Tganu semakin kritikal. MB Negeri Sembilan dan Pahang jelas tidak begitu lantang bahkan hampir tidak bersuara untuk mempertahankan Najib di dalam isu 1MDB. Samada mereka faham apa yang berlaku menyebab mereka tidak vokal membela Najib disaat PM diserang dari dalam dan luar negara.

Najib kini perlukan sokongan padu, perlukan banyak orang untuk mempertahankannya. Rosmah sudah tidak mampu mempertahankan suaminya kerana Rosmah juga menjadi liabiliti kepada Najib. Beberapa Menteri telah mula mengampu dan mempertahankan Najib dan ini tidak cukup selagi terdapatnya MB yang dipilih oleh Najib tidak ikut serta mempertahankannya.

Atas sebab ini aku rasa memang wajar Najib berkira-kira untuk menukar beberapa orang MB. Najib semakin terdesak dan tertekan. Sehubungan itu, jika MB-MB ini bijak, mereka harus tukar PM sebelum PM menukar mereka. Bukankah begitu?

WFAUZDIN NShttp://www.blogger.com/profile/04002965862660467380noreply@blogger.com3tag:blogger.com,1999:blog-2718131540120614036.post-5077644287141059412016-04-26T10:49:00.003+08:002016-04-26T10:49:41.250+08:00PRN Sarawak: Pengerusi DAP S’wak gesa terus sokong calon KEADILAN

KUCHING 26 APRIL: Pengerusi Parti Tindakan Demokratik (DAP) Sarawak Chong Chieng Jen mahu penyokong parti itu menyokong calon Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) khasnya di kawasan DAP tidak meletakkan calonnya.

Jelasnya ini kerana Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini mempunyai misi untuk menumbangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berbandinguntuk kepentingan parti semata-mata tetapi

“Ini (PRN) adalah pertarungan proksi untuk Najib. Ini kerana kerjaya dan masa depan politik beliau amat bergantung kepada keputusan pilihan raya Sarawak, tambahan ini adalah pilihan raya pertama selepas pelaksanaan GST (Cukai Barang dan Perkhidmatan),” katanya kepada pemberita.

Terdahulu beliau mengemukakan borang penamaan calon untuk kerusi Kota Sentosa di pusat penamaan calon, Perpustakaan Awam Kota Sentosa dekat sini, semalam.

Chong, 45, bakal bersaing dengan calon Barisan Nasional (BN) Wilfred Yap daripada Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) untuk mempertahankan kerusi itu yang dimenangi sejak PRN Ke-9 (2006).

Sementara itu, dalam perkembangan serupa, Pengerusi KEADILAN negeri, Baru Bian turut mahu rakyat negeri itu bersatu dalam usaha menyerang dan menumbangkan BN dengan terus meraih sokongan rakyat.

“Kami nyatakan sekali lagi bahawa musuh kita yang utama ialah Barisan Nasional.

“Kami gesa warga Sarawak untuk mengundi dengan bijak dan memilih calon yang telah bekerja keras selama ini dan mempunyai peluang lebih cerah untuk menang,” katanya dalam satu kenyataan media.

Sumber: Keadilan Daily

WFAUZDIN NShttp://www.blogger.com/profile/04002965862660467380noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-2718131540120614036.post-69498433851655630152016-03-23T05:41:00.002+08:002016-03-23T05:41:45.703+08:00HADI AWANG SUKA 'U-TURN"

Pelik ke kalau Hadi Awang kata, Guan Eng tak bersalah selagi belum dibuktikan bersalah? Mana nak pelik sebab itulah caranya yang sebenar. Masalahnya, Hadi ikut cara itukah?

Kes fitnah calon Keadilan edar pil kuda tanpa disebut nama, mana bukti? Tapi Hadi hebahkan juga kerana mahu Kerusi untuk bertanding. Waktu itu, Hadi guna hukum mana?

Sebab itu aku tak pelik Hadi boleh 'U-Turn" dengan berbagai cara. Ikut sedap dia saja. Dulu kata, Hudud tak boleh tangguh dan Kelantan dah bersedia nak buat Hudud. Baru-baru ini pula Hudud boleh tunda sebab mahu perkasakan dulu Mahkamah Syariah. Eh, sudah sama pula dengan apa yang Keadilan sebut sebelum ini. U-Turn lagi Hadi.

WFAUZDIN NShttp://www.blogger.com/profile/04002965862660467380noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-2718131540120614036.post-72992796674646766792015-10-20T14:28:00.001+08:002015-10-20T14:28:22.786+08:00KEWUJUDAN KERAJAAN PH DI SELANGOR, ITU KEHENDAK AKAR UMBI

Meja Bulat telah putuskan Pakatan Harapan (PH) adalah gabungan Pembangkang yang baru menggantikan Pakatan Rakyat (PR). Parti Keadilan juga di dalam mesyuarat MPPnya sebanyak dua kali telah mengesahkan kewujudan PH.

P.Pinang di bawah Dap telah merealisasikan kehendak tersebut apabila mengistiharkan P.Pinang adalah negeri di bawah Pakatan Harapan, iaitu di bawah Dap, Keadilan dan Amanah. Selangor masih berdiam diri dan beberapa desakan telah dibuat agar Azmin segera melaksanakannya walaupun tiada arahan khusus dari PH atau Keadilan sendiri untuk berbuat demikian. Sewajarnya Azmin selaku MB dan juga Timbalan Presiden Keadilan bijak membaca kehendak akar umbi. Jika beliau gagal melaksanakannya, aku yakin Azmin akan mendapat masalah besar di dalam mempertahankan kerjaya politiknya dan lebih malang lagi jangka hayat Selangor di bawah PH mungkin sukar untuk dipertahankan.

Justeru itu, Azmin perlu bijak menangani isu ini. Mewujudkan PH di Selangor tidak semestinya membuang Pas begitu saja. Selangor perlu dilihat diwakili oleh Keadilan, Dap dan Amanah, manakala Pas boleh saja meneruskan peranan parti tersebut selagi PH dan Keadilan tidak memutuskan hubungan dengan parti berkenaan.

PRU 14 tidak dijangka akan diadakan dua tahun atau lebih. Di dalam situasi Najib selaku PM dan Presiden Umno sekarang berada di dalam keadaan amat kritikal, PRU14 bila-bila masa saja akan diadakan dan mungkin diadakan serentak dengan PRN Sarawak. Jika ini berlaku, PH tidak banyak masa untuk bersatu dan saling bekerjasama. Jika Pas dan PSM merasakan mahu terlibat di dalam menentukan kejatuhan rejim di dalam kerjasama ini, ruang masih terbuka untuk kedua-dua parti ini.

Semoga Azmin tidak dilihat cuba melambat-lambatkan kerjasama baik ini.

WFAUZDIN NShttp://www.blogger.com/profile/04002965862660467380noreply@blogger.com3tag:blogger.com,1999:blog-2718131540120614036.post-49231884756730054232015-10-06T20:49:00.004+08:002015-10-06T20:49:34.551+08:00PETISYEN MAHU TUNJUK HEBAT?

Atas apa nawaitu sekalipun untuk mengadakan Mesyuarat Tergempar MPP dengan menggunakan petisyen oleh samada 25 ahli MPP atau kurang, ianya jelas menunjukkan sikap tidak bertanggungjawab ahli-ahli MPP terhadap Presiden.

Apakah itu cara untuk menunjukkan pengaruh kamu? Aku mahu tanya, mesyuarat MPP diadakan sekerap bila? Mesyuarat Biro Politik pula diadakan sekerap bila? Apakah kamu tidak terlibat langsung di dalam mesyuarat tersebut? Apakah Presiden tidak terlibat di dalam kedua-dua mesyuarat itu?

Adalah lebih mudah dan bijak jika menggunakan kesempatan itu untuk menyuaakan apa jua permasalahan mahupun cadangan. Mengapa perlu wujudkan petisyen dan mesyuarat tergempar? Penting sangatkah idea kamu? Adakah lebih penting dari kewujudan Pakatan Harapan?

Jangan rosakkan nama kelian dengan melakukan kerja sedemikian rupa. Ahli-ahli di akar umbi memerhatikan gelagat kamu semua. Bertindak biadab terhadap Presiden bukan amalan parti reformasi ini. Melakukan petisyen seolah-olah suara kamu disekat sebelum ini sedangkan setiap bulan parti mengadakan mesyuarat MPP dan lebih kerap lagi adalah Mesyuarat Biro Politik. Mengapa tidak gunakan saluran yang sedia ada?

Jangan tunjuk hero di dalam parti ini. Kamu bakal dicampakkan pada waktu dan ketikanya.

WFAUZDIN NShttp://www.blogger.com/profile/04002965862660467380noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-2718131540120614036.post-75815391003256036022015-09-30T03:23:00.001+08:002015-09-30T03:23:34.598+08:00AZMIN DALAM PERHATIAN

Azmin Ali nampaknya masih percaya kepada Pas yang akan menyokong calon-calon PKR di dalam PRU14 nanti. Sebab itu Azmin masih mahu Pas berada di dalam kerajaan Selangor walaupun Pakatan Harapan telah wujud. Pakatan Harapan tiada kaitan di Selangor. Itu kata Azmin.

Aku tak tahu samada tindakan Azmin ini akhirnya akan memakan diri beliau sendiri. Dia tahu rakyat sudah semakin menjauhi Pas kerana kepimpinan Pas sekarang bukan lagi dipandu oleh Almarhum Tok Guru Nik Aziz. Pas sekarang dikendalikan oleh Hj Hadi, manakala Mursyidul Am Pas, Dr Haron Din pula banyak membisu tidak seperti Mursyidul Am sebelum ini. Boleh dikatakan Pas 100% ditentukan oleh Hj Hadi.

Jika Azmin betul-betul sayang dan kasihkan Anwar sebagai idolanya, menyimpan orang yang sering memusuhi batang tubuh Anwar adalah satu tindakan pelik. Hj Hadi dikenali sebagai orang yang tidak begitu suka dengan Anwar. Bahkan isteri Anwar pun Hj Hadi boleh kata tidak layak untuk jadi pemimpin. Namun, Azmin masih percaya Pas tidak akan khianat dengan PKR.

Aku cuma mahu berpesan dengan Azmin, jika beliau mencatatkan sejarah sebagai MB yang paling singkat, jangan salahkan sesiapa. Beliau jangan anggap dengan kekayaan Selangor beliau boleh beli segala-galanya. Kini dikhabarkan sudah ada gerakan untuk menyerang Azmin. Apakah berbaloi kerana berkasih sayang dengan Pas maka karier politiknya akan gelap?

WFAUZDIN NShttp://www.blogger.com/profile/04002965862660467380noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-2718131540120614036.post-51825678024131687742015-09-04T13:51:00.001+08:002015-09-04T13:51:47.648+08:00"NYAMUK" PEMBUNUH NAMRUD, TAPI GHB BUKAN PEMBUNUH PAS

Haji Hadi kata GHB sekumpulan 'nyamuk' saja dan tidak menjejaskan Pas. Betul ke?

Teringat aku kisah Namrud yang ajalnya kerana "nyamuk'. Tidak mengapalah, itu pendapat Presiden Pas dan beliau ada hak untuk menggelar apa pun. Sebelum ini pun disebut umpama 'salakan anjing dan serigala'. Kali ini kecil sedikit perbandingannya iaitu 'nyamuk'.

Cuma, kecil-kecil nyamuk pun jelas kelihatan Hj Hadi tidak lagi boleh berehat seperti dulu. Kalau dulu amat sukar untuk kita melihat beliau rajin mengelilingi Malaysia untuk berceramah meskipun menjelang pilihanraya. Namun kali ini, selepas pilihanraya hatta kerana nyamuk, beliau mulai rajin. Itulah hikmahnya ada 'nyamuk' ini.

Haji Hadi kata, Pas umpama pepohon yang subur (suburkah?). Jika dicantas pokoknya akan tumbuh tunas yang lebih banyak dan baik. Betul juga. GHB mungkin salah satu tunasnya. GHB semakin baik nampaknya dan semakin mendapat sambutan berbanding di dalam usia beberapa bulan saja. Berbeza dengan penubuhan Berjasa atau Hamim dulu. Sakit Berjasa dan Hamim ingin mencari ahli. Tapi GHB tidak susah-susah mencari ahli. Setiap hari ada saja dari Pas yang sertai GHB. Itu belum dikira dari yang tidak berparti sebelum ini telah sertai GHB.

Bagusnya, GHB tidak sasarkan Pas sebagai musuh. Saban hari GHB ini menyerang Umno/Bn. Jika ada disentuh tentang Pas pun hanya sekadar mahu menjawab apa yang Pas kata pada mereka.

Semoga GHB terus berjaya dan semakin kuat semangat mereka untuk meneruskan perjuangan rakyat marhaen.

WFAUZDIN NShttp://www.blogger.com/profile/04002965862660467380noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-2718131540120614036.post-56419444009100010122015-08-17T02:34:00.000+08:002015-08-17T02:34:07.407+08:00KAWAN HILANG, HUDUD ENTAH KE MANA

Pas mahu kepada Hukum Hudud, tapi tak kisah jika bersendirian di dalam Pilihanraya. Sama juga dengan seseorang yang ingin ke K/Lumpur tetapi tidak kisah jika tiada kenderaan yang boleh membawanya ke ke sana dan sedia menolak pelawaan sesiapa saja yang ada kenderaan atas sebab memikirkan orang itu tidak ikhlas untuk membawanya ke sana. Takut sesat jalan, katanya.

Peliknya, tidak kisah jika tidak tiada rakan perjuangan tetapi melutut kepada amno untuk mendirikan Hudud atas alasan amno yang sedang berkuasa. Macamlah baru kenal amno.

Benar, PKR dan Dap tidak macam Pas yang setiap hari berzikir tentang Hudud. PKR mahu masalah dan kebajikan rakyat diperjuangkan. Mungkin itu tidak Islamik bag Pas. PKR mahu pulihkan sistem kehakiman dan hak asasi bersuara. Itu pun tidak Islamik. PKR mahu benteras kemiskinan. Juga tidak Islamik. Begitu juga Dap yang sentiasa mahukan ketelusan dan integriti di dalam pentadbiran. Mungin jauh dari kehendak Islam kerana pemimpin Dap itu bukan Islam, maka semua perjuangan Dap itu berbentuk kuffar.

Islam itu Hudud, Hudud itu Pas. Ada yang sudah beranggapan begitu terhadap Pas. Mahu salahkan siapa? Lagi pelik, benci sangat kepada Dap tetapi sampai sekarang tidak berani umumkan secara resmi putus hubungan dengan Dap walaupun telah melepasi Dewan Ulamak, Muktamar dan MSU. Flip flop yang menampakkan Pas semakin terpinggir dari hala tuju politiknya. Hanyut dengan angan-angan mat jenin.

WFAUZDIN NShttp://www.blogger.com/profile/04002965862660467380noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-2718131540120614036.post-55770750165733619012015-07-31T14:00:00.002+08:002015-07-31T14:00:52.753+08:00ULAMAK YANG TIDAK KENAL SIAPA MUSUH LEBIH BAIK JANGAN BERPOLITIK

Baru-baru terbaca berita dari Haron Din, Mursyidul Am Pas yang menyatakan bahawa Pas bersedia untuk tinggalkan PKR jika parti itu bekerjasama dengan Gabungan Harapan Baru (GHB).

Bagi aku, PKR tidak pernah berdiri dengan ugutan atau arahan pihak lain. PKR tentunya bersedia untuk berbaik dengan sesiapa saja yang mempunyai matlamat yang sama untuk menjatuhkan rejim, samada ianya dari parti politik mahupun NGOs.

Ugutan Haron Din itu menunjukkan beliau terlalu tertekan dengan masalah dalaman yang berlaku di dalam partinya. Sepatutnya Pas tidak boleh meluahkan amarahnya pada PKR akibat kegagalan partinya menyelesaikan kemelut yang berlaku.

Sewaktu Pas menubuhkan DHPP dulu, PKR sedikitpun tidak merasa terancam dengan sokongan kaum Cina dan India yang berada di dalam DHPP kerana bagi kami DHPP juga memainkan peranan untuk menjatuhkan rejim. PKR yakin lebih banyak NGOs yang menentang rejim, itu adalah lebih baik.

Pas sepatutnya menunjukkan sikap atau prestasi yang lebih baik selepas mereka berjaya menyusun barisan kepimpinan ulamaknya. Ulamak mesti lebih arif mengenal siapa musuh dan siapa kawan. Jika Ulamak gagal mengenali siapa musuh sebenar, maka lebih baik ulamak itu tidak berada di dalam kancah politik kerana politik juga merupakan satu medan perjuangan atau peperangan yang memerlukan kita kenal musuh dan tahu mengatur strategi untuk memenangi peperangan.

WFAUZDIN NShttp://www.blogger.com/profile/04002965862660467380noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-2718131540120614036.post-88656015958257267102015-06-28T23:16:00.000+08:002015-06-28T23:16:07.608+08:00JANGAN MARAH PKR KERANA TIDAK TINGGALKAN PAS, SELAGI.....

Aku tengok ramai juga yang bengang dengan PKR kerana tidak ikut macam Dap yang terus menolak Pas setelah Pas sendiri menolak Dap di dalam muktamarnya.

Bagi aku, sebelum kita mahu marah kepada PKR, kita kena lihat dulu mengapa kita mahu PKR memutuskan hubungan dengan Dap. Tentunya, kita mahu PKR bersama-sama dengan kumpulan G18 iaitu ingin memperkukuhkan PR, sama juga dengan matlamat PasMa. Bukankah begitu? Kita tidak suka PKR terus berada bersama Pas yang sebelum ini menunjukkan tiada keserasian lagi bersama PKR, sebelum PRU 13 lagi kita sudah nampak jelas langkah-langkah pincang Pas ini.

Baiklah, jika benar kita mahu PKR memutuskan hubungan dengan Pas kerana kita mahu sokongan kuat diberikan kepada parti baru yang dipimpin oleh pimpinan G18 bagi menggantikan Pas, kita kena tekan pimpinan-pimpinan yang bersama G18 itu yang kini masih lagi bersama Pas. Mana lojiknya jika PKR memutuskan hubungan dengan Pas, sedangkan Mat Sabu, Khalid Samad, Dr Hatta, Mujahid, Hanipa, Dr Mariah, Suhaizan dan ramai lagi itu masih sayang kepada Pas? Itu tidak lojik. Mengapa PKR perlu lebih-lebih sedangkan mereka masih sayangkan Pas?

Mereka mesti berani tinggalkan Pas dan tubuhkan parti baru bagi menggantikan Pas, barulah PKR mesti bertindak tinggalkan Pas. Ini baru betul dan realistik. Soalnya, bila?

WFAUZDIN NShttp://www.blogger.com/profile/04002965862660467380noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-2718131540120614036.post-35349044792483687952015-06-02T17:15:00.002+08:002015-06-02T17:15:53.190+08:00TANTAWI TARIK DIRI

Khabarnya Tantawi tidak jadi masuk bertanding Naib Presiden. Katanya, nak beri tokoh lain lebih berwibawa.

Elok sangatlah tu kerana kita pun bimbang kalau-kalau dia tewas di dalam PRU14 nanti, tentu amat memalukan jika Naib Presiden tewas. Jadi, untuk menjaga air muka parti kena juga berkorban. Patut kita puji langkah Tantawi ini.

Begitu juga dengan Nik Amar. Dia kini Timbalan MB Kelantan, jika dia kalah sekali lagi mungkin dia tak merasa apa-apa sebab Timb MB masih dia juga. Begitulah hebatnya pertembungan di dalam PAS. Macam-macam kita dengar sehinggakan sesiapa yang melawan Presiden, itu adalah geng-geng DAP. Taktik juga tu untuk berkempen. Soal menepati akhlak Islam, itu lain kira.

WFAUZDIN NShttp://www.blogger.com/profile/04002965862660467380noreply@blogger.com2tag:blogger.com,1999:blog-2718131540120614036.post-90236105613165238122015-05-16T01:37:00.002+08:002015-05-16T01:37:20.392+08:00KAKI FITNAH BAWA HUDUD DENGAN HARAPAN AKAN DIBANTU OLEH KAKI FITNAH JUGA?

Kamu dari parti Islam. Kamu pemimpin yang mengaku ulamak dari parti Islam. Tiada kah rasa sedikit pun perasaan bersalah setidak-tidaknya malu bila Non Muslim mengatakan kamu kaki fitnah?

Jangan marah jika DAP amat sukar mahu terima Hudud yg mahu kamu bawa itu kerana yang ingin membawa hukum Allah ini di kalangan kaki fitnah. Mengapa parti kamu berantakan tidak henti-henti? Ini semua patut kamu hisab sendiri, mungkin kerana perjuangan kamu telah lari dari perjuangan asal. Kamu bawa Hudud bukan kerana Allah tetapi kerana ingin melihat pakatan kamu berpecah. Apabila berpecah, kamu ada harapan cerah untuk bersama rejim amno. Itu saja.

Sekarang, kamu jawab pertanyaan pemimpin DAP ini. Mengapa kamu harus lakukan fitnah hanya kerana kamu tidak menyukai DAP? Ini bukan cara Islam. Kalau akhlak Islam pun kamu gagal jaga, usah bicara soal Hudud. Tiada siapa lagi yang akan mempercayai seseorang kaki fitnah mahu bawa Hudud dengan bantuan kaki fitnah dan perompak.

Parti kamu akan hancur tidak lama lagi kerana kamu sudah berperangai seperti amno yg zalim itu.

WFAUZDIN NShttp://www.blogger.com/profile/04002965862660467380noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-2718131540120614036.post-59518929655283116872015-03-12T05:00:00.001+08:002015-03-12T05:00:56.699+08:00DEBAT YB KHALID - DR ZUHDI MALAM TADI BONGKAR RAHSIA LAMA

Malam tadi ada forum menemukan YB Khalid Samad (MP Shah Alam) dengan Dr Zuhdi jentik-jentik. Aku sempat mendengar live di Radio D'Pedas FM.

Rengkasnya, malam tadi terbongkar sekali lagi bahawa;

1. Memang wujud usaha PAS untuk bersama Umno pada tahun 2008 di Selangor dan melantik Dr Hassan Ali untuk menjadi MB Selangor. Namun usaha itu gagal apabila dibantah oleh YB Khalid Samad sendiri yang hadir selaku Timb Pesuruhjaya PAS Selangor waktu itu yang beliau pun turut hadir bertemu Khir Toyo dan Pak Lah. Pemimpin PAS yang hadir waktu itu adalah Us Nasa, ketika itu Timbalan Presiden PAS dan Mustafa Ali.

2. Memang benar, tahun 2009 di Perak masih cuba diusahakan gabungan PAS - Umno ketika MB Perak waktu itu adalah YB Nizar. Malang lagi, usaha itu gagal juga apabila dihalang oleh Pesuruhjaya PAS Perak ketika itu iaitu Ustaz Ahmad Awang. Turut membantah adalah Mursyidul Am Pas ketika itu, Allahyarham Tok Guru Nik Aziz.

Khabarnya yang menghubungi Pesuruhjaya PAS Perak untuk bergabung dengan Umno itu adalah yang sekarang katanya telah dilantik sebagai Mursyidul Am Pas yang baru menggantikan Almarhum Tok Guru Nik Aziz. Apakah sesuai untuk beliau? Jawapannya memang sesuai sebab usaha untuk bersama dengan Umno tidak mustahil terhenti.

Alhamdulillah, bagusnya PAS ini adalah kerana tidak semua bodoh untuk bergabung dengan Umno. Yang ingin bergabung itu mereka mahu cepat naik dan tidak mahu mengalami kesusahan dalam perjuangan.

WFAUZDIN NShttp://www.blogger.com/profile/04002965862660467380noreply@blogger.com3tag:blogger.com,1999:blog-2718131540120614036.post-68323754903312421692015-03-06T03:43:00.002+08:002015-03-06T03:43:49.786+08:0052% MAHU TUKAR KERAJAAN TETAPI BERAPA PERATUS SANGGUP BERSUARA?

Soalnya bukan jumlah sedikit atau banyak yang akan berhimpun di Sogo pada petang 07 Mac (Sabtu) ini nanti. Soalnya ada atau tidak hatta seorang pun yang berani menuntut keadilan di dalam negara ini secara terbuka?

Ya, memang kita sedar lebih dari 52% rakyat Malaysia mahu negara ini berubah, tetapi berapa ramai dari sejumlah itu yang berani suarakannya secara terbuka? Aku akur, yang tidak datang berhimpun pada petang itu nanti bukan bererti mereka tidak menyokong pembebasan Anwar, tetapi sikap mereka yang suka melawan secara diam-diam. Itu lebih baik dari menyokong kezaliman secara terang-terangan. Namun, memadaikah itu sahaja untuk kita merubah negara ini.

Aku pun tidak setuju jalanan dipilih untuk jatuhkan rejim. Kita belum sampai tahap itu tetapi aku amat tidak bersetuju jika rejim ingin dijatuhkan hanya kita berdiam diri. Gunakan hak kita untuk berhimpun dan bersuara secara aman. Tiada siapa pun mahu hura-hara berlaku di dalam negara ini. Amat bodoh jika ada yang berangapan negara ini boleh berubah ke arah yang lebih baik apabila berlaku huru-hara.

Sehubungan itu, marilah kita beramai-ramai tunjukkan bahawa kita mahu negara ini diselamatkan dari tangan-tangan penzalim. Kita mahu mereka sedar bahawa kemenangan 47% yang mereka perolehi di dalam PRU 13 yang lalu bukan bererti mereka bebas lakukan apa saja.

Ayuh !! Bangkit #KitaLawan !!

WFAUZDIN NShttp://www.blogger.com/profile/04002965862660467380noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-2718131540120614036.post-10200277503448494042015-02-15T02:10:00.002+08:002015-02-15T02:10:42.424+08:00PRK DUN CHEMPAKA - PAS TIDAK MUNGKIN MENANG TANPA BERTANDING

Khabarnya amno tidak berminat untuk bertanding di PRK Dun Chempaka, Kelantan setelah Kerusi tersebut dikosongkan akibatkan pemergian Almarhum Tok Guru Nik Aziz ke Rahmatullah. Tok Pa Mohamad, bos amno Kelantan kata, amno mungkin tidak bertanding demi menjaga penyatuan umat kerana jika bertanding tentu ada kempen dan berlaku sedikit sebanyak perbalahan.

Dun Chempaka sebelum ini diwakili oleh Mursyidul Am PAS yang juga mantan MB Kelantan, Almarhum Tok Guru Nik Aziz apabila almarhum menang di dalam PRU 13 yang lalu dengan majoriti lebih kurang 6,000. Ertinya, amno tahu parti keris telanjang tak bersarung ini pasti terlentang lagi apatah lagi rakyat Kelantan masih di dalam keadaan 'berkabung' dan bersedih, tentunya semangat untuk memenangkan Kerusi tersebut amat tinggi. Amno pasti tidak mahu menjejaskan imejnya setelah berjaya di PRK Pengkalan Kubur yang lalu.

Alasan amno tidak mahu bertanding kerana untuk menjaga perpaduan satu alasan yang lucu. Jika betul begitu, apa kata amno juga tidak perlu bertanding di PRK Permatang Pauh setelah Kerusi tersebut turut dikosongkan kerana Anwar Ibrahim kini di dalam penjara. Jika amno memang tidak akan bertanding, percayalah amno akan meletakkan calon 'proksi'nya untuk 'test market'. Ada yang berkata amno sekarang cuba untuk menunjuk baik kepada PAS kerana amno sedar ada sekumpulan UG yang tidak sabar untuk bersama amno. Oleh itu, amno perlu ber'taktik' untuk memperdaya PAS.

Aku yakin PAS tidak akan mudah terpedaya dengan amno.

WFAUZDIN NShttp://www.blogger.com/profile/04002965862660467380noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-2718131540120614036.post-74896511661883875462015-02-08T05:22:00.003+08:002015-02-08T05:22:47.570+08:00HJ HADI FOKUS HARI INI....MENGAPA?

Esok bagi sesetengah mereka yang menaruh harapan tinggi kepada
kelangsungan kerjasama tiga buah parti pembangkang menerusi Pakatan
Rakyat mengharap mesyuarat Majlis Pakatan yang dijangka dijudualkan
diadakan esok berjalan lancar dan mencapai tujuan diharapkan.

Paling diharapkan mesyuarat itu sempurna dengan dihadiri presiden
ketiga-tiga parti pakatan berkenaan; PKR, DAP dan Pas. Katanya sudah
hampir setahun mesyuarat majlis pakatan tidak dapat diadakan secara
"ideal" apabila presiden Pas Abdul Hadi Awang sering kali absen dengan
berbagai sebab dan alasan.

Untuk esok katanya presiden parti agama itu akan hadir. Jaminan untuk
beliau hadir diberikan oleh sekurang-kurang dua pemimpin tertinggi parti
Pas, Timbalan Presiden Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung Mustapa Ali.

Kata Mustapa Ali, Abdul Hadi akan hadir manakala
Mohamad Sabu pula berseloka memberi jaminan kehadiran Abdul Hadi itu
sebab Abdul Hadi orang Islam. Ertinya jaminan Mohamad yang Hadi akan
hadir kerana beliau amanah dan akan memikul tanggungjawab yang
diamanahkan kepadanya sesuai dengan kepercayaan ajaran agamanya.

Manakala Lim Guan Eng pula awal-awal membayangkan yang mesyuarat esok
mungkin tanpa kehadiran Abdul Hadi. Beliau sudah memberi kata dua
sekiranya Hadi tidak hadir dia juga tidak akan tidak hadir. Iya, untuk
apa beliau hadir atau mesyuarat itu diadakan kalau keputusannya tidak
dicapai dengan bulat? Ia membuang masa sahaja disamping memberi model
kepada media PB.

Hanya Anwar Ibrahim sahaja yang bersangka baik dengan Abdul Hadi akan
hadir kerana baginya mesyuarat esok penting bagi merangka masa depan
Pakatan Rakyat sekiranya beliau dipenjara. Anwar nampaknya masih belum
serit dengan "politik renyok" Abdul Hadi dan terus mengharap sufaat
Abdul Hadi bagi menghidupkan Pakatan Rakyat. Naif sangatkah Anwar kini?

Sebelum ini sudah berlaku kesongsangan dalam mesyuarat Majlis Pakatan
Rakyat. Keputusan yang dicapai mesyuarat itu tidak diakur atau pun
dilanggar oleh Abdul Hadi sesuka hatinya. Misalnya dia menyerahkan
kepada Mohamad Sabu sebagai mewakilinya dan apabila keputusan dibuat
beliau menyanggah begitu sahaja. Beliau boleh menolak keputusan yang
tidak dihadirnya seratus peratus.

Kes paling klasik ialah berhubung keputusan dicapai dalam majlis Pakatan
Rakyat untuk menggantikan Abdul Khalid Ibrahim sebagai MB Selangor
dengan Dr Wan Azizah Wan Ismail. Mesyuarat sudah sepakat dengan pelan
itu. Tetapi malangnya keputusan itu "dirogol" oleh Abdul Hadi dengan
tindakannya mahu mengekalkan Khalid sebagai MB. Beliau tidak ada rasa
malu untuk membelakang keputusan sebuah majlis.

Tidak cukup itu apa lebih trajis lagi semasa majlis Pakatan Rakyat
bermesyuarat membincangkan hal untuk mengganti Khalid dia pula diam-diam
berjumpa dengan Khalid Ibrahim dan memberi alasan kenapa dia tidak
hadir kerana kononnya tidak ada dalam negeri? Apa lagi tindakan ini
kalau tidak boleh dikatakan munafik?

Berdasarkan senario dan kesongsangan itulah mungkin menyebabkan Guan Eng
membuat pendirian awal tidak guna hadir mesyuarat majlis Pakatan Rakyat
dijadualkan esok sekiranya Abdul Hadi tidak hadir kerana kalaupun
mesyuarat itu mencapai konsensus baik sekali pun tetapi ia akan dicabar
dan dinafikan oleh Hadi selepas itu.

Katakan esok Abdul Hadi membuang tabiat akan hadir ke mesyuarat
berkenaan. Mungkin malam ini ada "wahyu" baru turun dan diterimanya dan
dia akan hadir seperti biasa. Tetapi percayalah kehadiran beliau itu
tidak merubah keadaan yang ada hari ini; bahawa sikap acuh tidak acuhnya
dan pendirian tidak istiqamahnya kepada Pakatan Rakyat akan berterusan.
Dia akan terus menjadi bandut dalam politik Pakatan Rakyat bagi
menghibur hati pihak musuh pakatan itu.

Apa yang sudah ternyata hari ini daripada sikap, penerimaan dan
ulasan-ulasannya, secara peribadi Abdul Hadi sudah tidak dapat duduk
bersama, bukan hanya dengan DAP saja tetapi dengan Anwar Ibrahim juga.
Tidak perlu diluruhkan bukti-bukti menunjukkan kejengkilan beliau kepada
Anwar dan DAP. Hari ini yang menjadi "hidung tidak mancung dan pipi
terjolor" kepada Pas dan Hadi ialah dipihak Anwar. Ada kalanya sikap
Anwar ini merendahkan martabatnya sebagai politician ampuh.

Seperti yang saya catatkan dalam posting di bawah itu, sesiapa
tidak dapat melindungi yang kononnya Pakatan Rakyat tidak ada masalah,
dan masalah dihadapinya berpotensi untuk berpecah. Sesaiapa yang cuba
menafikan ianya samalah dengan aktiviti Pak Pandir yang menyembunyikan
guni garamnya dalam air itu.

Anwar sendiri mengakui perbalahan dalam Pakatan Rakyat bahaya dan ia
perlu ditangani sekiranya pakatan itu mahu terus hidup dan memberi
cabaran kepada BN dalam pilihan raya akan datang.

Ditegaskan kehadiran Abdul Hadi esok (kalau hadir) dalam mesayuarat itu
ia tidak membawa perubahan dan kemajuan. Kalau pun dia hadir, ia lebih
kepada satu kehadiran untuk beliau menyatakan pendirian tegasnya dan ia
boleh menyerabutkan perut. Dan kalau dia hadir esok, kehadiran itu
mungkin yang terakhir tidak lagi selepas ini.

Sikap Abdul Hadi terhadap konsensus dalam Pakatan Rakyat ini samalah
dengan perangai seorang perempuan tua yang diceritakan dalam Quran yang
kerjanya simpul tali kemudian rombak kemudian simpul semula kemudian
rombak semula.

Dalam penglihatan saya jalan depan Hadi dengan Pakatan Rakyat sudah
tertutup rapat dan gelap. Apa yang berkaca dan bersinar dalam matanya
kini ialah bergabung dengan Umno. Sunah politik Allahyarham Mohd Asri
Muda yang dikecam suatu masa dulu kini cuba dipraktikan dalam Pas.
Hakikat ini hendaknya disedari. Adalah sia-sia mengajak Hadi untuk
mengukuhkan Pakatan Rakyat kerana secara hakikinya jiwa dan hatinya
sudah kering untuk Pakatan Rakyat.

Hadir atau tidak esok, ia tidak membawa apa-apa makna kecualilah ia
hanya akan menjadi isu sebagai menyambung persoalan sebelum ini mengenai
sikap politik hadir yang pelik, tidak istiqamah dan adakalanya
kebudak-budakan.

Sejujurnya eloklah para penasihat politik Abdul Hadi menyarankan kepada
presiden Pas itu membuat kenyataan terbuka dan terus terang yang beliau
sudah "tidak amboh" lagi kepada Pakatan Rakyat tanpa berselindung
disebalik tindakan-tindakan politik persis "ombak dilaut sekejap naik
sekejap turun" ataupun puyuh yang menyembunykin kepala tetapi ekor
terjolor.

Hadi sendiri harus membuktikan kepada umum yang ahli Pas majoritinya
masih bersama beliau. Carilah apa juga kaedah untuk mendapat kepercayaan
dan sokongan itu. Tidak ada guna "mengelip" di sebalik tiang eletrik.
Belajarlah menjadi seorang yang gentlemen yang menempati maksud dalam
hadith atau firman yang selalu dibaca sejak berdekad lalu.

Jangan hanya tahu mengingatkan orang jangan cuba pecahkan kapal,
sedangkan kita sendiri sedang mengemudikan kapal ke destinasi yang
bertentangan dengan kehendak anak-anak kapal? Jujur dan beranilah
sebelum kapal dipukul ribut dan karam. Dan para penasihat 20% jangan
merobekkan maruah Hadi.

Sumber: http://wrlr.blogspot.com/2015/02/hadi-hadir-mesyuarat-atau-tidak-ia.html

WFAUZDIN NShttp://www.blogger.com/profile/04002965862660467380noreply@blogger.com1