JOM MASUK AHLI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DENGARKAN KOBAT FM ONLINE

Jumaat, 9 Oktober 2009

AWAS JUMLAH UNDI POS SEMALAM


Berapa pengundi pos semalam? PAS mesti waspada!
Sofi Wahab, Melaka.
Fri | Oct 09, 09

Saya tidak dapat mengetahui jumlah sebenar pengundi pos yang membuang undi semalam. Hanya Polling Agent PAS, BN dan Pegawai SPR yang mengetahuinya.

Hari ini dan esok pengundi pos yang belum membuang undi boleh menunaikan tanggungjawab mereka di Pusasda, Kem Sirusa.

Semalam SPR membuat kenyataan bahawa hanya 2,000 pengundi pos yang tinggal di dalam kem. Ini bermakna 2,571 anggota tentera lain tidak tinggal di kem tersebut. Mereka ini mungkin sudah pencen, berpindah ke kem lain ataupun anggota tentera yang masih berkhidmat tetapi tinggal di luar kem.

31 pengundi pos lagi adalah dari anggota polis dan 2 anggota tentera yang berada di luar negara.

Persoalannya kini adakah anggota tentera yang sudah pencen dan berhenti boleh membuang undi di dalam kem.?

SPR tidak menjelaskan beberapa perkara berkaitan dengan isu ini.

Berapa jumlah pengundi pos yang sudah tidak layak menjadi pengundi pos.?

Apakah mereka yang pencen boleh mengundi di dalam kem?

Apakah mereka yang tinggal di luar kem boleh mengundi di dalam kem?

PAS mesti berhati-hati dan berwaspada dengan isu ini. Jika benar hanya 2,000 pengundi pos yang tinggal maka semestinya hanya 2,000 undi pos sahaja yang sepatutnya dikeluarkan bukannya 4,604 undi. _/Harakahdaily

Khamis, 8 Oktober 2009

VIDEO - PENDEDAHAN CHEKGU BARD TENTANG KES ORANG GILA MENGAMUK DI BAGAN PINANG

MISI BALAS DENDAM ? PETANDA BN AKAN TEWAS

Markas Pemuda PAS diceroboh, petugas ditetak
Nazri Abdullah
Thu | Oct 08, 09
KEMASKINI: BAGAN PINANG, 8 Okt: Lebih enam orang petugas Dewan Pemuda PAS (DPP) dipukul dan ada yang ditetak dangan parang oleh sekumpulan lelaki ketika sedang bertugas di beberapa tempat termasuk di markas induk DPP di Bagan Pinang.

Bercakap pada sidang media tergempar di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut siang tadi, Ketua DPP Pusat, Ustaz Nasaruddin Hassan berkata, kejadian itu berlaku lebih kurang jam 1.30 pagi.

Sekumpulan 100 lelaki bermotosikal dikatakan memakai baju BN telah menyerbu dan menceroboh markas induk DPP dan menumbuk petugas yang berada di situ.

Sewaktu kejadian lebih kurang 40 orang petugas berada di markas tersebut.

Selain ditumbuk, kesemua mangsa juga dihalau keluar meninggalkan markas itu.

Turut difahamkan ramai lagi petugas PAS di pukul malah ada juga yang dikejar dengan parang hingga ke rumah.

Ekoran itu DPP pusat akan membuat laporan polis jam 6 petang ini di Balai Polis Port Dickson.

"Sekarang ini kita sedang mengumpul semua maklumat berkaitan. Kita diberitahu banyak kes serupa berlaku di tempat lain juga. Kita kumpul semua dan buat satu laporan petang ini," Ujar Nasaruddin lagi.

Nasarudin turut mempersoal sikap pihak keselamatan yang lambat bertindak sedangkan semalam insiden serupa telah berlaku dan telah dimaklumkan kepada pihak polis.

"Semalam sudah berlaku perkara ini, kita dah maklum kepada pihak polis supaya ketatkan keselamatan, tapi malam tadi berlaku lagi, yang ini kita sangat kecewa," katanya.

Seorang Exco DPP, Suhaizan Kayat yang maklum berkenaan kejadian tersebut berkata, penyokong Umno BN terbabit tidak berpuas hati kerana mandakwa pemuda PAS telah menjatuhkan bendera dan kain rentang parti mereka.

"Mereka tuduh kita jatuhkan berndera dan poster Umno BN. Mereka semua datang ke markas induk, terus tumbuk petugas kita bertubi tubi. Bayangkan dari luar mereka tumbuk sampai la ke dalam markas," ujar Suhaizan yang juga Ketua Penerangan DPP.

Kejadian sama juga berlaku di beberapa lagi markas pemuda yang lain, namun semua bukti dan maklumat lengkap sedang dikumpulkan.

Image(GambarSalah seorang mangsa yang ditetak dengan parang)

Suhaizan juga kesal di atas kejadian itu menganggap penyokong Umno BN tersebut bertindak membelakangi undang-undang.

"Sepatutnya kalau ada bukti, buat lah laporan Polis, bukannya datang serang macam ni," katanya.

Ekoran kejadian tersebut juga, DDP telah mengarahkan semua pemuda di seluruh negeri datang ke Bagan Pinang hari ini bagi membantu gerak kerja kempen di sini.

Satu taklimat khas kepada pemuda yang hadir akan di adakan malam ini di markas induk mereka.

"Kita arahkan semua pemuda seluruh negeri datang bantu kita di sini, kita bukan nak buat kacau, tapi kita nak berkawal untuk keselamatan," ujar Suhaizan lagi.

Mereka juga yakin tindakan penyokong Umno tersebut sebgai terdesak dan cuba memerangkap pemuda PAS agar bertindak agresif bagi dijadikan modal kempen mereka.

Image"Kita yakin, ini satu provokasi dan perangkap mereka. Modus operandi sama sebelum ini diguna Abdul Azeez, tapi nampaknya tak berjaya. Jadi ini dia agenda mereka seterusnya," ujarnya lagi.

Dalam perkembangan lain, seorang saksi mendakwa dia melihat kumpulan samseng tersebut menggunakan senjata semasa melakukan serangan di beberapa tempat lain.

"Saya nampak mereka guna kayu, topi keledar, pedang dan senjata lain seperti besi semasa melakukan serangan," dakwa seorang saksi yang tidak mahu namanya didedahkan.

Selain mengoyakkan poster dan kain rentang PAS, samseng terbabit juga dikatakan turut memecahkan cermin dan merosakkan kereta milik penyokong Pakatan.

Sila hantar komen anda untuk berita ini ke: urespons@gmail.comAlamat email ini telah dilindungi dari spam bots, anda perlukan Javascript enabled untuk melihatnya

_______________________

KOMEN PEMBACA

_______________________

1. Ini baru betul kena tumbuk bukan macam siazeez tu...minta pemuda pas jangan berlengah...bawa pihak yg bertanggungjawab ke muka pengaduilan dengan segera. - teropong jauh.

2. sungguh biadap dan kurang ajar orang yang melakukan angkara ini.. semoga Allah memberi balasan kepada mereka yang tidak bertanggungjawab ini.. ingatlah wahai pemimpin dan penyokong UMNO, doa orang teraniaya selalu akan dimakbulkan Allah.- Hunt, Segambut.

3.Minta PM dan TPM jawab kes ini. Panggil TV3 buat ulasan dan berita terkini. Mereka ni selalu lapor berita yang paslu dan menghebohkan seakan berita benar dan tepat. Menegakkan benda yang salah. -Aziz Ahmad.

4.Inilah hasil budaya Menteri Dalam Negeri yang menghunus keris semasa menjadi Ketua Pemuda Umno, Maka oleh kerana Mentri Dalam Negeri dah menjadi menteri Keselamatan Dalam Negeri maka sistem pembelajaran budaya sudah mampu dilakukan kerana semasa dia bukan menteri dalam negeri dia sanggup menghunus keris,Pemuda yang taksub dengan budaya itu mempraktikkannya samaada terikut ikut atau membuktikan kenyataan "langkah mayat Pemuda Umno dahulu" nak dibuktikan di Batang Pinang. Dalam kes ini Ketua Polis Negara sepatutnya segera turun padang,Perdana Menteri Satu Malaysia perlu segera turun padang bagi membuktikan Rakyat didahulukan pencapaian diutamakan. Rakyat dah pun kena TETAK (didahulukan-undang-undang buang belakang) dan Kecederaan ,pendarahan (pencapaian utama) dah terbukti. -shah.

5.UMNO BN mmg sangat kurang ajar, saya berada disana sejak khamis sebelum penamaan calon dan pulang semula ke kl pada hari selasa bg membantu jentera PAS, apa yg menyedihkan sy apabila sy lalu di hadapan rumah UMNO Rembau dlm keadaan cermin kereta terbuka sy diludah oleh pemuda UMNO Laknatullah. -shahriful.

6. Cabar pihak media terutamanya RTM dan TV3 menyiarkan berita ini sekiranya RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN (1 MALAYSIA). Sekiranya pihak media, polis dan kerajaan Barisan Nasional tidak mengambil tindakan, bermakna mereka perlu menukar cogankata tersebut menjadi RAKYAT BN DIUTAMANKAN, RAKYAT LAIN DIPINGGIRKAN. - pas perlis/Harakahdaily

Selasa, 6 Oktober 2009

MOHON DERMA UNTUK AZEEZ YANG TENAT?

05 October 2009

Terbaring dalam keadaan yang amat parah dan nazak. Mangsa amat memerlukan penderma tulang tengkuk, kulit muka dan leher dengan kadar yang segera.


Perikatan Belia Bersatu Malaysia (Pembela) sebuah badan bukan kerajaan yang bergerak aktif di Kedah ingin menawarkan harga sejumlah RM 1000.00 kepada sesiapa sahaja yang memiliki gambar Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim yang medakwa ia kena tumbuk ketika hari penamaan calon pilahanraya kecil Dun Bagan Pinang hari Sabtu lalu.

Menurut Timbalan Presiden Pembela, Mohd Dzohir Hamid bahawa, mesyuarat Ahli Majlis Eksekutif Pembela petang tadi telah mengambil keputusan untuk menawarkan wang sejumlah RM 1000.00 kepada sesiapa sahaja yang memiliki ataupun mahu menjual gambar ketika insiden Datuk Azeez di tumbuk.

Di petik dari media online, Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) di sini sejak kelmarin setelah cedera di muka, leher dan tengkuk ekoran insiden ditumbuk dipercayai penyokong parti pembangkang.

Katanya lagi, bayaran tersebut akan dilakukanj secara tunai kepada pihak berkenaan”.

Sehubungan itu, pihak yang berkaitan bolehlah menghubungi Mohd Dzohir di talian 019-498 0230 pada bila-bila masa./bloglist-malaysia

Isnin, 5 Oktober 2009

Mayat 30 tahun ditemui tak reput

Oleh Adha Ghazali
adha@bharian.com.my

Jenazah misteri kejutkan tiga penggali kubur

KANGAR: Tiga penggali kubur tergamam menemui mayat dipercayai berusia lebih 30 tahun dalam keadaan elok dan sempurna, ketika menggali liang lahad untuk tujuan pengebumian di Tanah Perkuburan Islam Tok Paduka, di sini, semalam.

Mayat lelaki tidak dikenali itu ditemui jam 11.30 pagi sebaik ketiga-tiga penggali kubur berkenaan menggali liang lahad terbabit pada kedalaman 1.5 meter. Berdasarkan maklumat, mayat lelaki itu bukan saja masih elok dari segi fizikal, malah kain kafan jenazah juga masih sempurna, kecuali sedikit kotor akibat diselaputi lumpur.

Bagaimanapun, kayu keranda yang digunakan untuk melindungi mayat sudah reput dimamah usia.

Penggali kubur, Desa Sulaiman, 74, berkata penemuan jenazah itu mengejutkan kerana sepanjang pengetahuannya liang lahad yang digali itu memang kosong. Katanya, keadaan jenazah itu tidak berbau dan masih sempurna dengan kulit serta isi yang terlekat pada tubuh jarang dilihat, apatah lagi dengan usia jenazah yang dipercayai mencecah puluhan tahun.

"Saya 30 tahun menggali kubur di sini, tetapi tidak pernah menemui kejadian sedemikian, walaupun pernah mendengar cerita mengenainya sebelum ini.

"Sepanjang pengetahuan saya, mayat yang masih elok dan sempurna walaupun berusia ratusan tahun kebiasaannya milik orang alim kerana jenazah mereka dilindungi Tuhan berikutan amalan baik yang dilakukan sepanjang hayat," katanya.

Difahamkan, penemuan mayat itu menyebabkan urusan pengebumian jenazah seorang wanita berusia 53 tahun yang dijadualkan sebelum Zuhur, ditangguhkan beberapa jam untuk memberi laluan kepada urusan pengebumian semula jenazah yang ditemui itu. Desa dan dua lagi rakannya terpaksa menguruskan pengebumian semula jenazah terbabit di sebelah liang lahad yang digali, sebelum meneruskan urusan penggalian liang lahad baru untuk pengebumian jenazah wanita yang baru meninggal itu.

Rakannya, Mohd Hafiz Abdan, 20, berkata beliau tergamam melihat wajah serta tubuh mayat yang masih elok seperti baru meninggal dunia ketika mengangkat mayat terbabit untuk dialihkan ke liang lahad baru.

"Saya sempat melihat keadaan susuk tubuh mayat berkenaan yang berkulit sawo matang, namun tidak berani menatapnya terlalu lama.

"Apa pun, penemuan mayat berkenaan bagi saya suatu misteri kerana jarang dilihat walaupun oleh penggali kubur," katanya.

BANDAR TENTERA DARAT TEPI LAUT ? NAJIB BOHONG?

Isytihar Bandar Tentera Darat, Najib terus berbohong
Dzulfikar Mashoor
Mon | Oct 05, 09
TELOK KEMANG, 5 Okt: PAS meminta Umno BN menghentikan pembohongan politik dengan mengisytiharkan Port Dickson sebagai Bandar Tentera Darat, demi memenangkan Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad.

Naib Presidennya, Salehuddin Ayub pagi tadi menegaskan bahawa rakyat N31 kian celik dengan taktik tidak bermaruah itu, setelah melihat sendiri nasib yang menimpai rakyat di Dun Manek Urai dan Permatang Pasir.

"Rakyat...termasuk di Bagan Pinang sedar dan tahu itu semua (Bandar Tentera Darat) pembohongan untuk memenangkan Isa," tegas Salehuddin dalam Markaz Induk PAS, di sini.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian menasihatkan Umno BN agar tidak lagi memperbodoh rakyat; dengan menjadikan Bagan Pinang Anak Emas Kerajaan Persekutuan.

Tambahnya lagi, taktik tersebut tidak lagi berbisa kerana rakyat kian yakin bahawa janji Umno menjadikan Manek Urai sebagai Bandar Agropolitan Malaysia pertama adalah pembohongan belaka.

Kritikan Salehuddin itu bukanlah bermakna beliau tidak mahu tentera diberi penghormatan, tetapi Najib perlu realistik meletakkan keutamaan pembangunan secara adil; bukannya sekadar memenuhi citarasa politik sempit Umno semata-mata.

Sebaliknya, Salehuddin menjelaskan bahawa calon Pakatan Rakyat, Zulkefly Mohamad Omar mampu melaksanakan suatu agenda perubahan yang lebih realistik, bukan janji politik pembohongan seperti Umno.

"Najib baru bercadang memulihara alam semula jadi dan pantai yang kita (Pakatan) bangkitkan ini; sedangkan calon Pas Pakatan Rakyat Zulkefly telah lama bergiat memperjuangkan bumi hijau melalui beberapa NGO, termasuk No Incenirator Borga dan Teras Pengupayaan Melayu (TERAS)."

Jelas Salehuddin lagi, isu alam sekitar di Borga telah dipimpin sendiri oleh Zulkefly sehingga peringkat antarabanysa; yang akhirnya berjaya menyelamatkan alam sekitar dari aktiviti pencemaran.

Selehuddin yang juga Pengarah Jentera Induk N31 berkata, Zulkefly lebih berkemampuan berbanding calon taruhan Umno Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad.

"Kami (Pakatan) yakin Zulkefly mampu memperjuangkan isu perparitan, bau busuk, pembiakan lalat-nyamuk, air sungai-laut tercemar berbekalkan pengalaman menjadi aktivis, tokoh dan sukarelawan masyarakat sebelum ini."

Selain isu alam sekitar, Salehuddin memaklumkan bahawa Zulkefly juga bersedia mendesak pihak kerajaan negeri dan persekutuan untuk menyelesaikan projek penaiktarafan jalan utama sepanjang Port Dickson yang terbengkalai sejak enam tahun lalu.

Tegasnya, kerajaan negeri Umno BN tidak perlu lagi bersandiwara atas isu itu; yang menjadi rahsia umum semua penduduk tempatan.

"Rakyat tempatan semuanya tahu, sudah tiga kontraktor dilantik dalam kalangan kroni Umno untuk membaiki jalan utama ini. Jalan tidak juga siap. Duit rakyat entah ke mana perginya."

"Isa dan (Datuk Seri Utama) Mohamad Hassan (Menteri Besar Negeri Sembilan) sendiri tidak perlu menjalankan projek mee segera di kawasan terbabit hanya kerana mahu memenangkan Isa (calon)."

Turut menyertai Salehuddin, Zulkefly (calon), Pengarah Bersama Jentera Indduk N31 Dr. Dzulkefly Mohamad, Pengarah Jabatan Pilihanraya PAS Pusat (JPPP) Datuk Abdul Halim Abdul Rahman, Ketua Penerangan PAS Idris Hj. Ahmad serta beberapa pemimpin yang lain.

Beberapa hari lalu, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan di sini - Bagan Pinang akan dijadikan Bandar Tentera Darat.

Ogos lalu, Najib berjanji mahu menjadikan Dun Permatang Pasir sebagai Bandar Industri Kecil dan Sederhana pertama di Malaysia.

Jun lalu, Najib berjanji mahu menjadikan Dun Manek Urai sebagai Bandar Agropolitan pertama di Malaysia.

Dalam perkembangan berkaitan, Najib juga berjanji menjadikan semua Dun; termasuk di Kuala Terengganu, Bukit Gantang, Bukit Selambau, Batang Ai, Penanti yang menempuhi pilihanraya kecil - sebagai Anak Emas Kerajaan Persekutuan; jika Umno menang majoriti.

Janji politik Najib yang mula dikatakan sebagai pembohongan sedikit banyaknya turut menjejaskan kredibiliti calon taruhan Umno; Isa yang sebelum ini telah pun dipalitkan dengan pelbagai isu rasuah dan penyelewengan.-mna _/Harakahdaily

KENAPA PAS SUKA PUKUL AZEEZ SAJA?

Di Kuala Terengganu Azeez membuat dakwaan yang sama
Dzulfikar Mashoor
Sun | Oct 04, 09

TELOK KEMANG, 4 Okt: PAS berpendapat Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim layak dianugerahkan Tokoh Kontroversi Umno 2009 ekoran dakwaan Ketua Putera Umno itu kononnya dipukul lapan Pemuda PAS pada hari penamaan calon, di sini.

Ini kerana, semasa dalam pilihan raya kecil Kuala Terengganu, Azeez juga membuat dakwaan yang sama dengan menuduh penyokong PAS cuba mengkasarinya.

Sehubungan itu, Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub menyifatkan tindakan Azeez itu sekadar mencari publisiti murahan, sama seperti dalam beberapa pilihanraya kecil sebelum ini.

"Azeez datang kepada saya mengatakan dia dipukul oleh 8 orang pemuda PAS dalam wajah yang senyum, tiada kesan pukul, bajunya puteh bersih waktu menunggu pengumuman SPR.

"Inilah kerja provokasi jahat Azeez, menggunakan media. Sepatutnya pemimpin muda perlu membawa isu yang lebih integriti, bukannya berbohong sana-sini," tegasnya lagi.

Salahuddin yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian melahirkan keraguan demikian kerana beliau sendiri sempat bersemuka dengan Azeez di perkarangan Dewan Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD).

Tambahnya lagi, Azeez tidak seperti seorang yang dipukul, jika dilihat sendiri pada keratan sebuah akhbar harian semalam.

Januari lepas, Azeez dilaporkan menuduh penyokong PAS cuba mengkasarinya dalam pilihanraya kecil Kuala Terengganu.

Padahal, Azeez selaku salah seorang ejen yang membawa pengundi hantu di sana sebenarnya cuba meloloskan diri, apabila petugas-petugas PAS mula memburunya.

Salahuddin juga menyifatkan Azeez mempunyai niat yang sama, seperti di Kuala Terengganu dahulu.

Ditanya sama ada PAS akan mengambil tindakan undang-undang terhadap dakwaan tersebut, Salahuddin berkata, PAS dan Pakatan tidak ada masa melayan politik kebudak-budakan Ketua Putera Umno Malaysia itu.

Tindakan Azeez itu memperlihatkan Umno sedang mencari rentak isu membenamkan kempen bersih Pakatan.

Sedangkan, khalayak mula mempersoal integriti Umno serta calonnya Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad yang dipalit beberapa tuduhan rasuah dan penyalahgunaan kuasa. _/Harakahdaily