JOM MASUK AHLI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DENGARKAN KOBAT FM ONLINE

Sabtu, 5 Disember 2009

'Nik Aziz tidak merujuk pada mana-mana pemimpin'


Jimadie Shah Othman
Dis 5, 09
3:06am

Ucapan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak merujuk kepada mana-mana pemimpin tetapi hanya mahu menjelaskan bahawa bala Tuhan boleh berlaku dalam pelbagai bentuk, kata setiausaha politiknya, Anual Bakhri Haron.

Beliau berkata, persoalan hukum, hanya Tuhan sahaja yang dapat menentukannya.

"Itu terpulanglah kepada Allah SWT. Tetapi orang yang dizalimi berhak berdoa," katanya menjelaskan kekeliruan berhubung ucapan Nik Abdul Aziz dalam satu perhimpunan di Kota Bharu semalam.

Perhimpunan di Jalan Dato' Pati, Kota Bharu itu, diadakan sebagai membalas bantahan sekumpulan penyokong Umno terhadap Nik Abdul Aziz Selasa lalu.

Dalam ucapannya, Nik Abdul Aziz dilapor menyifatkan penafian terhadap bayaran royalti minyak yang dituntut kerajaan Kelantan, sebagai "melanggar keadilan asasi".

Beliau yang juga mursyidul am PAS berkata, selagi tuntutan royalti itu tidak diberikan, "kita doa sampai pecah perut".

Ketika dihubungi Malaysiakini malam tadi, Anual Bakhri berkata, perkataan "pecah perut" yang diucapkan Nik Aziz hanyalah analogi dan tidak boleh diterjemahkan secara langsung.

"Itu analogi. Bukan maknanya pecah perut (perdana menteri) Datuk Seri Najib Razak atau (timbalannya) Tan Sri Muhyiddin Yassin, tetapi siapa sahaja yang buat aniaya. Dalam konteks ini (penafian royalti minyak), kezaliman berlaku," katanya.

Semalam, Nik Abdul Aziz bercerita tentang bantahan masyarakat bukan Islam yang menentang peraturan kawalan arak di negeri itu ketika beliau baru memimpin Kelantan, 19 tahun lalu.

Mengulas perkara itu, Anual Bakhri berkata, Nik Aziz ingin menegaskan bahawa larangan meminum arak diharamkan kepada orang Islam, tetapi terpulang kepada masyarakat bukan Islam jika mahu menikmatinya.

"Tetapi bukan maknanya kita hendak galakkan orang minum arak," katanya.

Katanya, respons itu diberikan ekoran hasrat beberapa masyarakat bukan Melayu daripada Perak yang mahu datang ke Kelantan untuk minum arak./Malaysiakini

Rabu, 25 November 2009

BLOG PRO UMNO PASANG JERAT BODOH !!

Seorang blogger terkenal Umno, Ruang Bicara Faisal telah menfitnah Pakatan Rakyat khususnya Anwar Ibrahim menawarkan RM 5 juta kepada Saiful untuk menarik balik kes liwat...

Bagaimanapun artikel atau entry berkenaan (boleh dilihat di sini) telah dipadam oleh tuan punya blog, Ruang Bicara Faisal...buktinya bolehlah dirujuk dalam laman forum MYKMU, dengan tajuk, "Panazzz.... Saiful ditawar 5 juta utk tarik kes"....

Ternyata mereka yakni puak gerombolan sanggup melakukan apa cara sekalipun termasuk menyebar fitnah dan tohmah semata-mata mahu menjatuhkan lawan mereka..mereka sanggup mereka cerita dan menjaja berita palsu tersebut demi kelangsungan survival parti mereka..

Tetapi 'usaha' mereka gagal sama sekali, apabila mereka dilihat 'tidak sehaluan' dalam mengatur strategi...orang yang dibela mereka selama ini terpaksa mendedahkan fitnah blogger Umno....semoga dengan ini, kita lebih berhati-hati untuk menerima dan mendengar maklumat dari pihak gerombolan khusunya blogger 'Pembela Negara' ini..wallahua'lam.. /Detikdaily

http://ruangbicarapriamalaya.blogspot.com/2009/11/fitnah-anwar-tawar-5-juta-saiful-nafi.html

EXCO AGAMA SELANGOR BERTINDAK SEGERA !!

Azamin Amin

KUALA LUMPUR, 24 Nov: Bekas Mufti Perlis Dr Asri Zainul Abidin mempersoalkan tindakan seorang pegawai JAIS yang terlibat dalam kes beliau, yang turut mengutuk Mursyidul Am PAS Tuan Guru Dato' Nik Aziz Nik Mat dan Presiden PAS Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Pegawai terbabit yang juga AJK Pegawalan Aqidah Majlis Agama Islam Selangor dikatakan turut menyesatkan kedua-dua tok guru itu dengan tuduhan wahabi.

"Dii sini disertakan tulisan-tulisan pegawai JAIS yang terlibat dalam kes saya. Tulisan-tulisan ini dipetik dari blognya. al-Subki adalah nama penanya.

"Tulisan-tulisan menunjukkan beliau juga turut menyesatkan YAB Nik Aziz dan YB Hj Abd Hadi dengan tuduhan wahabi. 'Anak Pak Wahab' itu merujuk ke pengikut wahabi." kata Dr Asri kepada Harakahdaily.

Tinjauan Harakahdaily mendapati terdapat satu carian alsubki2.blogspot.com di bawah nama Ustaz Mahfuz Muhammad @Hj. Khalil, dipercayai AJK Pegawalan Aqidah Majlis Agama Islam Selangor terbabit.

Terdapat satu tulisan Mahfuz bertarikh 18 March 2009 dibawah tajuk "Dari blog Ahli Sunnah Wal Jamaah Diari - Mesyuarat Anti Wahabi" berhubung penentangan untuk mengekang gerakan fahaman Wahabi di negara ini.

"Untuk penjelasan lanjut, boleh layari laman blog sahabat saya al-subki.blogspot.com. yang membicarakan dengan lebih terperinci lagi mengenai fahaman ini. Atau sekiranya ada soalan, saya akan cuba memberi jawapan sebaik mungkin," tulis Mahfuz dalam blognya.

Harakahdaily bertanya kenapa blog asal al-subki ini telah bertukar, Dr Asri menjawab ianya disebabkan oleh satu kes yang berlaku, yang tidak mahu didedahkan beliau.

"Dia ini telah mengutuk dan menghina Ustaz Nik Aziz dan Ustaz Hadi lebih dulu daripada saya.

"Orang seperti ini tidak boleh dibiarkan, sehingga ramai marah dan jika dibiarkan akan semakin melampau," katanya yang merujuk keratan yang diemaikan kepada Harakahdaily.

Tiga keratan antaranya bertarikh 26 Jun 2008, membabitkan kutukan beliau terhadap Nik Aziz dan Abdul Hadi.

Salah satu keratan di bawah tajuk "Nik Aziz dan Allah duduk lendik atas arash" memuatkan petikan dipercayai daripada tulisan pegawai terbabit yang antaranya berbunyi :"Kalau di lihat sejarah beliau di Kelantan sejak pulang dari luar negeri telah dilihat membawa fahaman songsang..."

Dr Asri membangkitkan apakah pegawai JAIS 'dibiarkan' oleh Kerajaan Selangor dengan tujuan tertentu dan sewajarnya satu tindakan perlu diambil berhubung isu ini.

"Apakah ini pendirian Kerajaan Selangor, atau hanya JAIS?" katanya yang mahu perkara ini didedahkan untuk pengetahuan umum./Harakahdaily

Selasa, 24 November 2009

'Husam letih harungi politik dalaman PAS'


Jimadie Shah Othman


Exco kanan kerajaan negeri Kelantan, Datuk Husam Musa yang dilihat "keletihan" dalam mengharungi politik dalaman PAS negeri itu, menjadi punca tercetusnya spekulasi beliau mahu meletak jawatan dalam parti dan kerajaan, kata seorang pemimpin PAS negeri itu.

"Sampai satu masa, dia pun letih, banyak masalah, banyak tanggungjawab yang dipegangnya. Saya dengar sudah dua tahun dulu lagi perkara ini sudah disebut," kata anggota jawatankuasa PAS negeri yang enggan dikenali.

Beliau diminta mengulas laporan sebuah akhbar media arus perdana kelmarin mengenai spekulasi Husam yang juga pengerusi jawatankuasa perancangan ekonomi, kewangan dan kebajikan negeri mahu meletakkan semua jawatannya dalam parti dan kerajaan negeri.

Husam yang juga ADUN Salor itu bagaimanapun menafikan dakwaan itu dan menyifatkannya sebagai agenda untuk 'mematikan karier politiknya' yang belum berakhir sejak muktamar PAS Jun lalu, selepas beliau tewas dalam pertandingan kerusi timbalan presiden.

Ketika dihubungi Malaysiakini semalam, anggota jawatankuasa PAS Kelantan itu berkata, desas-desus Husam 'sudah keletihan' akibat politik parti, sudah lama kedengaran tetapi ia telah dinasihatkan oleh Menteri Besar Datuk Seri Nik Abdul Aziz Nik Mat supaya 'bertahan'..

"Tok Guru (Nik Aziz) kata, kalau hendak kata letih, dia lagi letih, dia lagi banyak tanggungjawab," kata pemimpin tersebut.

Ketika diminta menjelaskan lebih lanjut maksud 'keletihan' tersebut, beliau berkata: "Bukan letih lawan dengan Umno. Lawan dengan Umno tidak ada masalah. Yang letih ni sok-sek (bisik-membisik - merujuk kepada politik dalaman) sesama sendiri.".

Tambahnya, Husam menjadi sasaran kerana bekas naib presiden PAS itu agak menonjol di Kelantan berbanding pemimpin lain PAS di negeri itu.

Sementara itu, setiausaha PAS Kelantan, Mohamad Zaki Ibrahim pula ketika dihubungi berpendapat, serangan terhadap Husam didalangi musuh politiknya, Umno.

"Biasalah, mereka hendak serang Tok Guru tidak dapat. Jadi, mereka seranglah orang yang dilihat rapat dengannya," katanya yang juga ADUN Kelaboran.

"Datuk Husam ni kalau kita lihat macam perisai (kepada Nik Aziz dan PAS Kelantan)," tambahnya.

Bagaimanapun, Mohamad Zaki menolak terdapat sabotaj dalaman yang mahu menghancurkan karier politik Husam./Malaysiakini

Nasharuddin dikejarkan ke IJN selepas mengadu sakit dada

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Bachok, Nasharuddin Mat Isa, 47, dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) di sini selepas mengadu sakit dada ketika persidangan Dewan Rakyat sedang berlangsung hari ini.

Timbalan Presiden Pas itu dikejarkan ke IJN selepas menjalani pemeriksaan di klinik kesihatan di bangunan Parlimen setelah mengadu kepada Ahli Parlimen Tumpat, daripada Pas Datuk Kamaruddin Jaffar.

Beliau kemudiannya dilihat dibawa dengan kerusi roda ditemani Kamaruddin dan Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar pada pukul 11.40 pagi k IJN.

Mahfuz ketika ditemui pemberita berkata, Nasharuddin pada mulanya mengadu sakit otot di bahagian dada dan selepas pemeriksaan di klinik tadi, beliau dinasihatkan untuk ke IJN bagi pemeriksaan selanjutnya.

Beliau bagaimana pun enggan mengulas lebih lanjut mengenai keadaan Nasharuddin./Sinar

Isnin, 23 November 2009

MANA PERJUANGAN SAYA ? - YB HUSAM

Sunday, November 22, 2009


Exco Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Husam Musa turut menafikan yang beliau telah meletakkan jawatan dalam kerajaan dan PAS, sambil menyifatkan agenda menamatkan kerjaya politiknya oleh pihak luar “belum berakhir”.

Justeru, Husam menegaskan, beliau sama sekali tidak akan meninggalkan PAS di pertengahan jalan dan “sebagai murid dan ‘budak’ Tok Guru tidak akan mengangkat bendera putih” semata-mata kerana agenda Utusan.

Penafian serupa juga dibuat oleh Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pagi tadi.

Mursyidul Am PAS itu juga menolak dakwaan perkembangan terbaru itu sebagai berlaku episod terbaru perpecahan dan kekusutan dalam parti itu.

Kelmarin, Husam memberitahu The Malaysian Insider bahawa wujud konspirasi untuk menjatuhkan beliau dari kerajaan negeri.

“Mingguan Malaysia sekali lagi ‘memandang tinggi’ pada saya dengan berita provokatif muka depan.

“Beratus SMS, kegelisahan begitu ramai orang dan deringan telefon sejak awal pagi adalah bukti ‘berita’ yang sengaja dimasak sebegitu rupa telah mencetuskan kesan negatif yang bukan sedikit,” kata Husam yang juga Timbalan Pesuruhjaya II PAS Kelantan dalam blognya hari ini.

Husam juga menambah, beliau lega dengan penjelasan Nik Aziz yang menafikan laporan media hari ini.

“Saya amat terharu dengan penjelasan segera bos, guru, rakan dan bapa saya — Tok Guru Nik Aziz,” ujar Husam.

Dalam tulisannya, Husam juga menjelaskan bahawa beliau kini mengalami sakit belakang dan doktor menasihatkannya agar kurangkan aktiviti.

“Saya sakit belakang. Jumpa doktor dan doktor minta saya dapatkan rawatan, rehatkan tulang belakang saya dan kurangkan aktiviti.

“Bila saya nak masuk wad untuk rawatan itu saya boleh tentukan sendiri ikut kelapangan saya, tetapi jangan kurang dari lima hari penuh. Jangan lambat, kata doktor.

“Saya maklumkan pada bos saya (Nik Aziz). Lima hari sebelum raya haji amat sesuai. Tetapi program saya kena tangguh dan mana mesyuarat yang saya ditugaskan wakili Tok Guru kena tukar kepada rakan yang lain,” katanya.

Husam mengakui telah mengadakan pertemuan Nik Aziz pada Khamis lalu, yang meminta agar beliau tidak menangguhkan rawatan.

“Saya bercadang masuk hospital hari Isnin. Keluar petang Khamis. Apa kena-mengena sakit belakang saya dengan letak jawatan?

“Letak semua pulak tu?” soal beliau.

Bagi memperkukuhkan hujahnya, Husam yang tewas dalam pemilihan jawatan Timbalan Presiden PAS pada Jun lalu menjelaskan: “Mana perjuangan saya? Mana parti dan kerajaan yang saya membantu menjayakannya sekian lama?”

“Di hujung jalan kami akan berpisah? Membuka ruang pada lawan menerobos masuk dalam detik yang kritikal ini?” tambah Husam dalam tulisannya.

(TheMalaysianInsider)

Ahad, 22 November 2009

Exco P.Pinang Nafi Letak Jawatan

22 November, 2009 12:48 PM

PULAU PINANG, 22 Nov (Bernama) -- Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Alam Sekitar Dan Masyarakat Penyayang Pulau Pinang Phee Boon Poh pada Ahad menafikan khabar angin yang beliau meletak jawatan sebagai Exco dan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN).

Phee, yang juga ADUN Sungai Puyu, berkata sistem khidmat pesanan ringkas (SMS) yang disebarkan sejak beberapa hari lepas menyatakan beliau telah meletak jawatan termasuk dalam parti DAP.

"Saya tidak pernah melepaskan apa-apa jawatan dipegang terutama sebagai ADUN dan Exco kerajaan negeri dan penyebaran SMS berkenaan berniat jahat serta cuba menjatuhkan saya," katanya pada sidang akhbar di sini Ahad.

Menyifatkan penyebaran itu cuba melemahkan parti pakatan yang memerintah beberapa negeri termasuk di Pulau Pinang, beliau berkata: "Ini semua spekulasi dan saya tidak menolak kemungkinan ia dilakukan oleh musuh politik yang mahu memecahbelahkan jalinan persefahaman dalam pakatan."

Ketua Menteri Lim Guan Eng yang turut hadir pada sidang akhbar itu berkata tidak timbul isu peletakan jawatan Phee, yang sebelum ini dikatakan berselisih faham dengan beliau.

"Isu perselisihan faham antara saya dan Phee telah lama selesai. Tidak timbul lagi masalah itu sekarang. Ini semua permainan pihak yang cemburu dengan kesepakatan kami," katanya tanpa menyatakan perselisihan faham yang timbul sebelum ini.

-- BERNAMA