JOM MASUK AHLI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DENGARKAN KOBAT FM ONLINE

Selasa, 20 April 2010

`HANG JEBAT' GHAIB SAMA SEPERTI TAMING SARI ?

Johan Mohd Diah 'ghaib'

20 Apr 2010

Selepas mengumumkan menarik diri daripada bertanding pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor atas tiket Bebas, Johan Mohd Diah terus 'ghaib'.

Laman blog talianjohanrakyat.blogspot.com yang baru dilancarkan semalam, iaitu kira-kira tiga jam sebelum mengumumkan pendiriannya, ternyata tiada sebarang entri terkini daripada pengendali laman berkenaan.

Johan yang menggelarkan dirinya 'Hang Jebat' mengumumkan menarik diri kira-kira pukul 9 malam semalam dan perkara tersebut disahkan oleh Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad WanOmar.

Usaha mStar Online menjejaki Johan gagal apabila telefon bimbitnya dimatikan sejak semalam.

Bagaimanapun terdapat dua komen terkini dalam blognya di bawah entri bertajuk 'Pemuda Shah Alam Memberi Sokongan Padu' bertarikh 19 April yang meluahkan perasaan kecewa dengan tindakan Johan itu.

"Nak jadi Jebat tang (dekat) mana ni bang (abang)? Belum stim lagi dah tarik diri dari PRK (pilihan raya kecil) Siapa saya nak sokong ni... PR (Pakatan Rakyat) tak nak, BN (Barisan Nasional) lagi la," kata salah seorang pelawat blog berkenaan yang tidak memperkenalkan diri.

Selain itu, terdapat juga komen yang dipercayai rakan baiknya sendirimenyatakan akan memberi undi kepada Johan jika bekas Exco Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Shah Alam itu terus bertanding.

"Pengundi ramai untuk kau Johan... silent votes ramai, kenapa kau tarik diri? Ramai kawan-kawan sekolah tak nak balik mengundi pasal kau tarik diri.

"Apa la bikin panas tarik diri pulak... lantak pi la PRK kali ni," katanya yang dipetik dari blog berkenaan.

'Kehilangan' Johan menimbulkan tanda tanya hingga ada yang mengatakan beliau 'dibeli' oleh pihak-pihak tertentu kerana kehadirannya sebagai calon Bebas akan mengganggu undi kepada BN dan Parti Keadilan Rakyat(PKR).

Selain Johan, V.S Chandran yang sebelum ini turut bertanding atas tiket Bebas juga menarik diri pada pilihan raya kecil kerusi Parlimen Hulu Selangor yang akan diadakan pada 25 April ini.

Pilihan raya berkenaan akan menyaksikan saingan satu lawan satu antara BN yang diwakili Ketua Penerangan MIC, P. Kamalanathan dan PKR mempertaruhkan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim./KLPost

CERAMAH PKR CUBA DIGANGGU

Aziz Muda

HULU SELANGOR, 20 April: Umno-BN didakwa telah mengambil langkah songsang dalam siri kempen mereka menghadapi pilihanraya kecil Parlimen Hulu Selangor dengan melakukan tindakan yang jelas melanggar peraturan pilihanraya, malam semalam.

Kesalahan tersebut dapat dikesan dilakukan di kawasan Bukit Sentosa, apabila pihak Umno-BN mengadakan ceramah di tempat yang amat dekat iaitu sekitar 50 meter sahaja dengan kawasan ceramah Pakatan Rakyat yang telah mengatur siri ceramahnya terlebih dahulu dari pihak BN di kawasan itu.

Ceramah yang diadakan oleh pihak Pakatan Rakyat itu sememangnya telah menepati peraturan yang ditetapkan. Lebih jauh dari itu, ceramah itu pula diadakan di kawasan premis mereka sendiri iaitu di persekitaran Pejabat PAS Bukit Sentosa 2.

Menyedari Pakatan Rakyat akan mengadakan ceramah di tempat itu malam semalam, Umno terus mengambil langkah drastik dengan turut mengadakan ceramah di tempat yang sama dan didakwa bagi mengganggu ceramah Pakatan Rakyat.

Namun, langkah Umno-BN itu ternyata mengundang aib kepada mereka sendiri apabila ceramah mereka hanya didengari kurang 10 orang, berbanding ceramah yang diadakan Pakatan Rakyat yang berjaya menarik perhatian ratusan penduduk di kawasan itu.

Ceramah yang diadakan pihak Pakatan Rakyat itu melibatkan beberapa penceramah termasuk Menteri Besar Pakatan Rakyat Perak, Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang dan Adun Batu Caves, Amirudin Shari.

Manakala ceramah dari pihak BN pula melibatkan penceramah dari Melaka. Di samping berceramah, mereka turut menyediakan makanan yang diyakini menggunakan wang rakyat, tetapi tetap juga gagal menarik perhatian penduduk tempatan atau pengundi di kawasan itu.

Sebelum itu, pihak polis telah mengingatkan parti-parti yang bertanding serta mereka yang terbabit dengan penganjuran ceramah serta kempen agar tidak mengadakan ceramah di tempat yang berdekatan antara satu sama lain, bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.

Malah, ingatan itu juga turut disuarakan oleh pihak SPR. Ia juga dinyatakan turut digariskan dalam peraturan kempen pilihanraya, sejajar dengan amalan demokrasi.

Namun, segala peraturan dan ingatan itu tidak juga dihiraukan oleh pihak Umno-BN. Mereka didakwa hanya mementingkan diri mereka sendiri sahaja tanpa memikirkan peraturan dan perasaan orang lain./Harakahdaily

KAEDAH YAHUDI MEMBUATKAN SYAITAN DAN IBLIS TERKEJUT

Tuesday, April 20, 2010

Ini Gambar asal....

Menggunakan akal yang diberi oleh Allah, mereka lakukan kerja yang Syaitan sendiri tidak mampu lakukan..

APABILA fitnah berkenaan arak yang mengaitkan foto Dato' Zaid kantoi, mereka beralih pula kepada fitnah kedua iaitu judi. Selepas ini kita tidak tahu apa pula. Walaupun Dato' Zaid secara jujur memaklumkan bahawa beliau melakukan kesilapan dan dosa sewaktu bersekongkol dengan Umno dan telah pun insaf setelah berada di luar Umno, puak-puak ini terus mengada-ngadakan cerita tentang keburukan Dato' Zaid terdahulu. Jika dilihat cara puak-puak sekutu APCO Yahudi laknatullah ini, seolah-olah pihak mereka paling anti kepada arak dan judi.

Kilang arak terbesar di Shah Alam didirikan atas kelulusan siapa? Shah Alam memang di bawah kerajaan PR di Selangor tetapi kuasa mengeluarkan lesen itu hak siapa? Pusat judi di Genting, Pahang itu pula atas kelulusan siapa? Dan, siapa yang tahu dan kenal pemimpin yang mempunyai saham atau memiliki kilang arak di luar negara? Kita lupakan persoalan ini kerana semua sudah tahu jawapannya termasuk para-para Mufti yang mulia di negara ini.

Berbalik kepada isu Dato' Zaid. Kita ingin bertanya kepada para-para Mufti yang mulia dan bijaksana terutamanya kepada Dato' Harussani yang dilihat lebih arif serta sensitif dengan isu agama sebelum ini. Seseorang yang telah melakukan kesalahan dan telah bertaubat, harus atau haram sekiranya kita menghebahkan atau menceritakan kesalahan-kesalahan lampaunya? Apatah lagi dengan mengada-adakan gambar yang dicipta untuk mengaibkannya? Tentu ada hukumnya yang para Mufti lebih arif. Jika ada, mengapa para Mufti diam seribu bahasa? Bukankah sebelum ini bukan main lancar mulut berbicara?

Fitnah akan menjadi lebih merebak sekiranya mereka yang alim atau para Ulamak menjadi `Syaitan Bisu'. Puak-puak ini adalah di dalam golongan jahil apatah lagi berada di dalam kelompok sekutu Yahudi laknatullah, maka kewajipan para alim ulamak memberikan tunjuk ajar dan nasihat serta teguran terhadap mereka. Makhluk yang tidak suka atau benci kepada manusia yang bertaubat kepada Allah hanyalah Syaitan. Percayalah, selepas ini puak-puak itu akan terus menjaja cerita buruk kisah silam seorang manusia yang ingin menuju ke arah kebenaran. Seandainya Sayyidina Omar masih hidup dan menentang puak-puak sekutu Yahudi ini, nescaya puak-puak itu akan menyiarkan gambar atau cerita Sayyidina Omar meminum arak sewaktu zaman jahilliyyahnya.

Inilah yang berlaku di depan mata kita. Pelik bin ajaib, tukang bina kilang arak dan judi menjaja dan menghina orang yang pernah meminum arak dan judi ciptaannya semata-mata orang itu telah insaf. Syaitan dan Iblis pasti terkejut dengan perilaku puak-puak ini kerana Syaitan dan Iblis tidak sehebat mereka. Semoga Allah laknat ke atas mereka yang menghalang seseorang Hamba Allah yang ingin mendekati Tuhannya. Mereka ini sanggup menyanjung seorang yang tidak beriman dengan Allah daripada menyanjung seseorang yang ingin menghampiri Allah.

Tidak mendukacitakan sekiranya Dato' Zaid tewas di tangan pengaruh puak-puak seperti ini kerana Dato' Zaid dianggap pemenang di sisi Allah kerana keberaniannya mengakui kesilapan serta bertaubat kepada Allah. Mudah-mudahan Allah akan terus memberikan taufik dan hidayah kepada Dato' Zaid dan kita semua. Biarkan mereka mempraktikkan apa jua cara dan kaedah yang mereka pelajari dari Yahudi laknatullah itu./wfauzdin.blogspot.com

CERAMAH DR HALILI HAMBAR, PENGANTIN TUA PULA MENGAKU TUDUH ANWAR LIWAT KERANA MAHATHIR

Ucapan Halili lesu, pengantin baru jadi tarikan
Salhan K. Ahmad
Apr 20, 10


Kehadiran Dr Halili Rahmat di sebuah program anjuran Umno di Bandar Sungai Buaya sekadar menjadi satu tarikan kepada beberapa ratus orang yang hadir malam ini.

Dr Halili (kanan) yang terdahulu mengumumkan keluar PKR untuk menyertai Umno semalam, hadir di program berkenaan dan berucap selama beberapa minit.

Namun, beliau tidak membuat apa-apa 'pendedahan' sebagaimana yang diuar-uarkan penganjur dan juga pengerusi majlisnya ketika program berlangsung.

Pakar bedah otak itu sekadar berkata sokongan perlu diberikan kepada 'pihak yang betul.'

Tambahnya, beliau tidak mempunyai apa-apa cita-cita politik dan tidak pandai "mengata orang."

Dengan nada merayu, beliau juga berharap dapat diterima ke pangkuan Umno setelah meninggalkan PKR apabila tidak terpilih menjadi calon parti tersebut bagi pilihan raya kecil Hulu Selangor.

"Saya cuma ikut apa yang benar," katanya tanpa memberikan apa-apa penjelasan.

Majlis tersebut dilihat aneh kerana selain menjadi pentas ceramah BN, ia juga merupakan satu keraian bagi Tan Sri Isa Samad yang baru melangsungkan perkahwinan baru-baru ini.

Isa dan isterinya Puan Sri Bibi Sharliza Mohd. Khalid, yang juga bekas setiausaha Puteri Umno, disambut dengan paluan kompang dan dilayan bagai pengantin baru dalam majlis berkenaan.

Para hadirin yang kebanyakannya penduduk tempatan juga dijamu dengan pelbagai juadah.

Isa juga berucap dalam ceramah berkenaan, selain dua menteri kabinet -- Datuk Shaziman Abu Mansor (kerja raya) dan Datuk Seri Shafie Apdal (pembangunan luar bandar).

Anwar jadi sasaran

Bekas menteri besar Negeri Sembilan itu menjadikan ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai sasaran utamanya.

Dengan gaya pengucapan yang bersahaja, beliau menerangkan bagaimana beliau mencadangkan supaya Datuk Seri Anwar Ibrahim dipecat daripada jawatan timbalan perdana menteri.

Katanya, cadangan itu dibuat dalam satu mesyuarat Umno yang dipengerusikan Tun Dr Mahathir Mohamad, perdana menteri dan presiden Umno pada masa itu.

Tambahnya, beliau telah bertanya kepada Dr Mahathir sama ada Anwar benar-benar meliwat, seperti yang didakwa pada masa itu.

Mahathir menjawab, Anwar benar-benar melakukan perbuatan tersebut, katanya dan ini mendorongnya untuk membuat cadangan tersebut.

Walaupun perkara ini sudah kerap diulangnya di pentas-pentas ceramah, ia tetap menerima reaksi positif daripada hadirin sehingga ada di antara mereka yang menyambut dengan laungan dan pekikan.

"Orang yang sokong (cadangan) itu sudah dapat Tun. Saya belum lagi," katanya.

Isa dan penceramah lain juga menyebut mengenai kelemahan dan sikap PKR serta pemimpinnya sehingga menyebabkan tokoh seperti Dr Halili meninggalkan parti tersebut.

Mereka juga mengggunakan platform tersebut untuk mengulas mengenai cadangan pembinaan laluan masuk dan keluar ke lebuhraya utara-selatan yang melalui kawasan itu.

Isa berkata, penduduk bagaimanapun tidak seharusnya menganggap plaza tol itu akan dibina dalam masa terdekat.

Beliau juga mengulas mengenai projek pembinaan sebuah perumahan untuk pekerja ladang di Teluk Kemang, yang dijanjikan BN semasa pilihan raya kecil kawasan itu pada September tahun lalu.

Isu berkenaan dijadikan modal ceramah di pentas Pakatan Rakyat dalam kempen di Hulu Selangor.

Isa berkata, kerajaan Negeri Sembilan perlu mengikut proses untuk mengadakan tender semula.

"Kalau kita buat secara rundingan terus, kata (beri kepada) kroni pula. Inilah dia perangai pembangkang," katanya./Malaysiakini

Blogger:

Kerana Mahafiraun itu kata Anwar melakukan liwat, maka si pendek ini pun percaya. Bila suruh masuk mahkamah sapina jadi saksi Mahafiraun kecut telor.


AKIBAT TEKANAN, UTUSAN MELOYA TERPAKSA CETAK SEMULA BERITA LAMA

OLEH kerana terlalu ghairah ingin menipu dan putar belit serta terlalu ingin mencacai, maka akhbar Utusan Meloya bertarikh 19 April 2010 telah menyiarkan berita lama. Cuba anda lihat pada muka surat 24 Utusan Malaysia bertarikh 19 April 2010, berita bahagian tengah muka surat tersebut; TAJUK - `Khalid pun kena letak jawatan'.

Berita tersebut dipetik dari Pasir Mas (18 April). Petikan seperti berikut, " Mohammad Fairus meletakkan jawatan sebagai ADUN Penanti berkuatkuasa semalam atas alasan memberi tumpuan sepenuhnya kepada pelajaran peringkat pasca siswazah dan sekaligus memberi masa bersama keluarga yang selama ini terpaksa berkorban dalam memenuhi tugas. (Utusan Malaysia bertarikh 19 April 2010).

Berita tersebut adalah berkaitan kenyataan dan komen dari raja katak Ibrahim Ali kepada pemberita selepas Majlis Memukat Ikan, Pemimpin Bersama Rakyat Dun Chetok di Tasik Dana, Tok Uban, Pasir Mas, Kelantan. Keseluruhan berita berkenaan jelas berita tersebut adalah berita yang mungkin telah disiarkan lama dahulu sewaktu berlaku kontroversi perletakan jawatan Muhammad Fairus. Berita tersebut juga mengisahkan raja katak Ibrahim Ali mempertikaikan MB Selangor Tan Sri Khalid dengan isu lembu korban dan kos pembaikan keretanya. Ini jelas berita yang sudah terlalu lama sedangkan kedua-dua kes yang melibatkan MB Selangor itu sudah lama selesai.

Persoalannya, apakah tugas editor Utusan? Tiada lagikah berita terbaru untuk dipaparkan kepada pembaca setia totok mereka itu? Masakan sudah habis idea untuk memutar belit berita sehinggakan berita lama di `copy' dan `paste' semula untuk disiarkan? Adakah editor/Pengarang Utusan sekarang berada dalam tekanan kerana dipaksa untuk menyiarkan apa jua berita asalkan dapat memburukkan pembangkang hatta cerita basi sekalipun?

Memang wajar Utusan Meloya ini ditolak oleh rakyat. Akhbar ini sentiasa menipu dan sentiasa menganggap pembaca bodoh seperti Pengarang dan editor mereka. Memalukan!!

TAK DAPAT KENCING PKR, KENCING UMNO PUN JADILAH!!

Tuesday, April 20, 2010

Tuhan Selamatkan PKR Dari Dikencing Halili


Tulisan MSO

TUHAN Maha Kaya dan Maha Mengetahui. Kalau Tuhan ingin menolong sesuatu pihak mudah saja, cukup bagi-Nya dengan mengatakan kun fayakun, jadi maka jadilah. Pengumuman Dr Halili Rahmat keluar darip PKR dan menyertai Umno hari ini adalah atas kehendak Tuhan.

Langkah Dr Halili dilihat pahit untuk ditelan, tetapi kalau diselami ia bertimbun dengan rahmat. Tuhan mengawalkan Halili menyertai Umno sebelum beliau menjadi ahli parlimen atau dalam keadaan beliau sudah menjadi ahli parlimen.

Apa kata, kalau beliau dipilih jadi calon Hulu Selangor dan kemudian menyertai Umno, tentu luka hati penyokong dan ahli PKR makin parah. Sungai Choh, Ampang Pecah di Kuala Kubu Baru akan menjadi merah kerana disimbah darah kekecewaan ahli. Ahli akan menangis atas tindakan itu kelak.

Apabila Tuhan mengawalkannya membawa Halili ke dalam Umno ini bermakna Tuhan tidak mahu ahli PKR dan Pakatan Rakyat merasai kesedihan atasnya lebih parah lagi. Sekurang-kurangnya dengan Tuhan membuka pintu hati Halili menyertai Umno ia membolehkan ahli PKR cepat mencari ubat merawati dan mbaluti kelukaan itu. Ahli PKR dan penyokong PKR kena bersujud syukur kepada Terima atas apa yang berlaku ke atas Halili.

Saya cukup yakin, dan dari sumber yang diperolehi kenapa beliau tidak dipilih sebagai calon kerana sudah ada keraguan dan kesetiaan beliau kepada parti. Itulah yang menjadi dilema kepada Anwar Ibrahim dalam menimbangkan Halili dan calon lain menjadi calon. Anwar juga sudah tahu ke mana sahabat karibnya itu. Dan ia tidak menghairankan kalau Ezam Mohd Noor yang dikembangbiakkan oleh Anwar pun boleh meninggalkan dan mencerca Anwar sambil berlari-lari ke rumah Umno semula. Jadi apalah sangat dengan Halili dan orang-orang sejenis dengannya. Bagaimana cara Ezam mengentuk pintu belakang Umno begitulah juga Halili.

Apa lah Halili berbanding dengan Ezam dan lain-lain. Seorang pakar bedah saraf boleh dan pakar membedah tetapi dia tidak pakar dalam menilai saraf politik yang lebih shofiketed dari saraf kepala manusia. Saya sebelum ini pun tidak pernah menulis dan mencatat nama Dr Halili ini menunjukkan nama itu hama dalam kamus politik saya. Dia menjadi sebutan hanya kerana diambil Anwar menjadi doktor peribadi.

Yang tinggal dalam Keadilan adalah mereka yang kental. Mereka yang suci hati dan nekad berjuang untuk melakukan perubahan demi rakyat. Pun begitu kesetiaan seseorang tidak boleh diukur. Hari ini mungkin setia esok mungkin memungkiri segala persetiaan. Itulah manusia. Mereka yang rapuh, lemah semangat dan tidak tahan diugut dengan api perjuangan, akan menggeletar dan mengaku kalah kepada musuh.

Sekali lagi terima kasih kepada Halili kerana bersikap gentlemen menyertai Umno tidak dalam mendapat mandat rakyat. Pasti ahli PKR akan lebih kecewa kalau beliau bertindak seperti beberapa yang lain setelah berjaya memasuki ke parlimen yang dihampar karpet merah oleh rakyat kemudian berak dan kencingnya atas laluan itu.

Dalam usaha menganggui semangat dan jentera PKR saya percaya selepas ini ada bebera individu lain akan mengikut jejak Halili. Kalaupun tidak orang besar tetapi pembantu Halili semasa dalam bilik pembedahan pasti akan menurut jejak bosnyanya.

Begitu juga dengan calon bebas Melayu itu saya saya dia juga akan mengistyharkan diri dan menyokong Umno. Hari ini Chandran sudah berbuat demikian. Membatalkan niat dan menyatakan sokongan kepada MIC. Dari awal sudah diduga kenapa dan mengapa Johan Mat Diah menyertai pilihan raya berkenaan ia adalah strategi dan motif yang jelas.

Orang sudah tahu di mana akar politiknya. Ia bertunjang di Shah Alam Selangor. Kalau akar tunjang sudah buruk sudah pasti akar cabang, akar rambut dan ranting serta daun-daun pokok berkenaan semuanya akan buruk dan akan layu yang mana akhirnya pokok itu akan menyembah bumi.

Saya percaya ahli PKR dan Pakatan Rakyat sudah memahami tribulasi ini. Makanya hadapilah hari-hari mendatang yang tersisa selama enam hari saja lagi dengan penuh semangat dan keyakinan kepada perjuangan yang tidak berbelah bahagi. Percayalah apa yang berlaku hari ini, esok dan lusa itu semua menandakan kedudukan UBN hari ini sudah benar-benar terdesak. UBN akan sedia menerima apa saja untuk menguatkan partinya hatta bangkai.

Ahli PKR dan penyokong Pakatan Rakyat perlu menjadikan tindakan berpaling tadah Halili itu sebagai penyuntik semangat baru untuk berkerja lebih kuat lagi demi kemenangan PKR. Jangan sesekali merasa cemas dan hilang tumpuan dengan kejutan yang kecil itu.

Ingatlah kemenangan sejati ialah bila kita mampu mempertahankan prinsip dan setia janji kepada rakyat bukannya bersikap hipokrit untuk melepaskan diri dan membalas dendam atas kekecewaan kerana sesuatu sebab. /

http://msomelayu.blogspot.com/

UTUSAN MELOYA PUN KENA KENCING? PATUT LA TAK LAKU!!

Utusan sepatutnya malu atau setidak-tidak ingin terasa malu. Namun mereka yang tak tahu malu dan tak pernah merasa malu, tak akan merasa malu juga kesudahannya. Kemaluannya sudah tiada.

Bagaimana Utusan boleh mempercayai dengan meletakkan di muka hadapan tentang blogger-blogger kurang akal. Kesahihan yang belum diperakui tetapi Utusan mendahului mengakui fitnah yang ingin dikemukakan. Begitu diperbesar-besarkan Utusan. Utusan boleh mengiyakan yang sememangnya belum jelas kebenarannya. Inilah nasib malang akhbar pemfitnah. Bagaimana pemfitnah akan mendahului pemfitnah-pemfitnah lainya dan inilah juara pemfitnah sepanjang zaman. Tahniah kepada Utusan kerana berjaya melahirkan suku-sakatnya sebagai pemfitnah melalui blogger bengap yang begitu berjaya dalam pasaran fitnahnya.

Blogger yang akan menyiarkan gambar Zaid memegang botol arak diakui dan didahului Utusan. Blogger yang merasakan betul walaupun berfikiran tidak betul dan tak tahu malu itu juga menyiarkan gambar yang dirasakan betul. Mulanya kembang-kembanglah hidung blogger tersebut kononnya kebenaran dapat dilaksanakannya. Namun hanya beberapa ketika kebenarannya dapat diketahui, tetapi jenis yang tak tahu malu, tak ada apa-apanya juga. Blogger yang semacam ini sememangnya layak bersama Utusan.

Kalaulah ingin menyatakan bahawa Zaid itu minum arak, carilah yang lebih lojik. Takkanlah menggengam arak begitu erat kedua-dua belah tangan. Inilah akibatnya otak letaknya di kepala lutut, hatinya berada di telapak kaki. Bawalah bertaubat, fitnah itu besar balanya. Mungkin Kamala terasa juga nanti, peminum arak tegar pun taklah memeluk erat botol arak begitu.

Blogger-blogger PR dan seluruhnya, ingat-ingatlah pasal fitnah. Jangan pula fitnah kita memakan diri nanti. Kena ingat-ingat juga bala fitnah tak jauh dari kita, Allah nak bagi tak lama, datanglah juga meranapkan kita./

Sumber: LINK