JOM MASUK AHLI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DENGARKAN KOBAT FM ONLINE

Isnin, 21 Jun 2010

Bloger: 'Ada pemimpin PAS tak boleh ditegur'


Salhan K Ahmad
Jun 21, 10


Nasihat yang disuarakan oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang supaya anggota parti berhati-hati dengan maklumat daripada blog, mengundang reaksi negatif daripada penggiat media berkenaan.

Salah seorang pengendali blog berpendapat, pandangan Abdul Hadi seperti itu menunjukkan sikap hipokrit pemimpin PAS yang pada ketika yang lain, sibuk menguar-uarkan mengenai kebebasan media.

Mat Saman Kati, pengendali Perak Express berkata PAS sepatutnya menggunakan peluang untuk lebih mendekati golongan penulis blog dan bukannya mengambil sikap bermusuhan dengan mereka.

Katanya lagi, sikap yang ditunjukkan itu dilihat sebagai satu perkembangan baru di kalangan pemimpin PAS yang mula menyedari realiti semasa.

"Dulu tidak ada macam ini, tidak ada orang yang berani tegur pemimpin PAS atau beri peringatan. Sekarang jadi fenomena baru apabila ahli PAS kritik presiden sendiri tanpa berselindung lagi," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Tambahnya, semakin ramai penyokong Pakatan Rakyat yang menulis blog apabila melihat kemenangan besar calon-calon mereka dalam pilihan raya Mac 2008.

"Harapan mereka tidak tinggi. Mereka cuma mahu lihat janji pilihan raya itu ditunaikan - janji-janji tentang kebebasan media, kebebasan berfikir dan kebebasan bersuara," katanya lagi.

Bagaimanapun, ramai di kalangan penulis blog yang berasa kecewa apabila pandangan yang diketengahkan melalui blog mereka tidak dihargai oleh para pemimpin.

"(Penulis blog) rasa sumbangan mereka ini sia-sia saja, sedangkan blogger Pakatan Rakyat inilah yang giat untuk tingkatkan imej Pakatan, tapi tidak dihargai.

"Pandangan kita dibakulsampahkan, dipanggil dengan nama 'luncai', 'pengkhianat', sedangkan kita bukan hendak kutuk semata-mata. Kita juga sedia dikutuk," katanya.

Jelasnya, pemimpin berkenaan bagaimanapun enggan bekerjasama dengan mereka, sebaliknya lebih cenderung untuk bermusuhan.

"Dalam PAS, cukup jelas siapa yang menentang dan menyokong blogger. Yang menentang itu ialah geng-geng yang (usaha membentuk) kerajaan perpaduan oleh Datuk Seri Abdul Hadi Awang, (timbalannya) Nasharuddin (Mat Isa).

"Mereka inilah yang teruk dihentam oleh penulis blog kerana promosi kerajaan perpaduan (dengan Umno)," katanya lagi.

Pemimpin berkenaan juga telah dijemput menghadiri satu majlis dialog dengan penulis blog berkenaan, namun jemputan itu ditolak.

Tindakan tersebut, menurut seorang lagi penulis blog, menunjukkan sikap hipokrit oleh pemimpin tersebut.

Mohd Fauzi Mohd Azmi, yang juga dikenali sebagai Topeng Perak berkata, perhimpunan berkenaan sepatutnya menjadi satu peluang untuk pemimpin berkenaan untuk menjelaskan kedudukan sebenar kepada penulis blog - khususnya berhubung dakwaan kerjasama untuk menubuhkan kerajaan perpaduan dengan Umno.

"Mereka tidak kata (pertemuan dengan pemimpin Umno) itu tidak pernah berlaku, mereka cuma melarikan diri daripada menjawab.

"Akhirnya, kongres penulis blog PAS itu menjadi medan untuk mentarbiah penulis blog supaya tidak mendedahkan isu melibatkan parti dalam blog. Perbuatan ini sebenarnya menyekat kebebasan penulis blog," katanya.

Satu lagi faktor yang menjengkelkannya, katanya, ialah tindakan PAS mengamalkan 'double standard' dalam memberikan ruang kepada media dan blogger untuk membuat liputan ketika muktamar ke-55 parti itu berlangsung pada awal bulan ini.

Mohd Fauzi berkata, golongan penulis blog sepatutnya diberikan akreditasi untuk menghadiri muktamar itu sebagai petugas media ataupun sebagai pemerhati.

"Sedangkan akhbar Utusan Malaysia diberikan pas media sedangkan mereka banyak menyerang PAS.

"Penulis blog yang banyak mempertahankan PAS pula dianggap munafik, hendak memecahbelahkan parti dan hendak melaga-lagakan kepemimpinan," katanya lagi./Malaysiakini

TIDAK LAYAN KJ, MP BEBAS JAGA PRINSIP - YUSMADI

Tidak layan Khairy

SHAH ALAM – Cabaran yan:g diberikan Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin kepada Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mendedahkan bukti UMNO terlibat memberi RM2 juta kepada wakil rakyat bebas dianggap sebagai satu cabaran murahan.

Ahli Parlimen Balik Pulau dari PKR, Yusmadi Yusoff berkata, Anwar tidak akan menyahut cabaran tersebut kerana beliau jelas mengatakan akan mendedahkan bukti tersebut pada waktu dan tempat yang sesuai.

“Hari ini terdapat banyak lagi isu lain yang lebih penting dari isu-isu murahan seperti ini, oleh itu saya seru kepada seluruh pemimpin politik negara supaya meninggalkan politik murahan yang tidak menguntungkan rakyat.

“Cabaran Pakatan Rakyat (PR) supaya Rancangan Malaysia Kesepuluh dibahaskan di Parlimen untuk untung nasib negara dan masyarakat lebih penting dari cabaran murahan Khairy,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.

Ditanya mengenai kepercayaan ahli parti terhadap Anwar, Yusmadi menjelaskan isu ini tidak akan menggugat kesetiaan ahli PKR.

Kelmarin, Khairy memberi tempoh 48 jam kepada Anwar untuk mengeluarkan bukti bahawa wakil rakyat yang keluar dari PR menerima imbuhan sebanyak RM2 juta dan cabaran tersebut berakhir hari ini.

Sementara itu, Yusmadi turut menegur gabungan Konsensus Bebas yang terdiri dari ahli parlimen bebas supaya kekal kepada prinsip mereka yang asal iaitu berjuang untuk rakyat dan bukannya menimbulkan isu-isu murahan.

“Mereka dibentuk demi rakyat, bukannya untuk serang orang lain, oleh itu sila kekal kepada prinsip asal,” katanya.

Konsensus Bebas terdiri dari Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim, Ahli Parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong, Ahli Parlimen Kulim Bandar Bharu, Zulkifli Noordin, Ahli Parlimen Nibong Tebal, Tan Tee Beng dan Ahli Parlimen Bagan Serai, Mohsin Fadzli Samsuri.

Ahli-ahli konsensus ini terdiri dari bekas Ahli Parlimen PKR dan mereka sering bertembung dengan pemimpin PR dalam banyak isu sehingga mereka digelar ‘askar upahan BN’./Sinar

Ahad, 20 Jun 2010

US ASRI, JANGAN TERSILAP BUAT KEPUTUSAN

BENARKAH Us Asri akan menyertai Umno? Berita tersebut anda boleh baca di sini. Meskipun Us Asri masih belum membuat keputusan samada untuk menyertai Umno atau tidak, selaku orang berpegang kuat kepada agama dan telah mengenali Umno juga begitu lama, berniat sahaja untuk bersama Umno saya rasa tidak bijak.

Apakah Us Asri pun bercita-cita untuk membaiki Umno dari dalam sepertimana hasrat dan cita-cita DS Anwar sewaktu menyertai Umno dahulu? Mungkin juga Us Asri ingin mendampingi Najib dan menjadi pendakwah kepadanya? Cuba sebutkan berapa orang Muftikah yang bekerja bersama Najib yang berjaya mendakwah Najib? Pada ketika rakyat menolak kerjasama dengan Umno, di saat itu pula Us Asri ingin bersama Umno?

Mengapa tidak Us Asri bersama PAS? Adakah kerana PAS tidak berkuasa, maka tidak beruntung Us Asri bersama parti yang meletakkan Islam sebagai dasar pemerintahan ini? Adakah kerana Umno itu parti yang sedang berkuasa, maka Us Asri ingin bersama Umno walaupun terang dan nyata Umno tidak pernah komited untuk menegakkan Islam. Pada ketika negara ini hangat dengan isu lesen judi bola yang diluluskan oleh pemerintah, masihkah terdapat orang kuat agama tergamak berselimut dengan puak ini?

Kita berharap Us Asri berfikir lebih panjang lagi sebelum menyertai Umno. Sejarah telah membuktikan golongan agama yang ingin membaiki Umno dari dalam kesemuanya gagal malahan mereka sendiri terpedaya dengan budaya Umno. Cuba lihat Us Nakhaie bekas pemimpin kanan PAS, Us Firdaus bekas Imam Besar Masjid Negara dan Us Mashitah serta beberapa orang lagi. Apa yang mereka lakukan untuk menyedarkan Umno? Apakah Umno bertambah menuju Islam atau semakin jauh?

Mudah-mudahan Us Asri diberi pertunjuk oleh Allah SWT./wfauzdin.blogspot.com

CERITA UG DAN PROJEK LANGGAR HADI KERJA ORANG BODOH

AMAT menyedihkan beberapa blogger yang mengaku pro Pakatan Rakyat telah menghabiskan banyak masa untuk `berperang' sesama rakan mereka. Ada yang memerah kepala otak untuk menulis tentang benda yang sudah tidak wujud lagi atau cerita basi seperti kisah UG (Kerajaan Perpaduan). Bukan mereka tidak tahu kisah itu sudah ditutup buku oleh PAS, malahan tidak lagi pernah disentuh oleh pemimpin-pemimpin PAS. Malangnya Blogger ini tidak suka kisah ini ditutup begitu sahaja.

Apabila ada Blogger yang gatal mulut untuk bercerita lagi kisah yang telah dilupakan orang, tentunya ada Blogger yang kurang senang apatah lagi banyak cerita yang mengarut dan dipenuhi dengan putar belit itu. Maka, berperanglah mereka. Siapa yang untung?

Terdapat juga Blogger yang kerjanya asyik dok fikir plan projek `langgar Hadi' (Tuan Guru Presiden PAS). Kita siang malam dok fikir mahu langgar Bn, dia dok fikir mahu `langgar Hadi'. Hebat sangatkah sehingga sanggup memerah otak untuk kerja yang sia-sia itu? Apabila ditegur atau dikritik, maka keluarlah hujah bahawa Tuan Guru bukan maksum. Oleh kerana dia bukan Maksum, maka kita sewenang-wenangnya boleh menghina atau merendah-rendahkan beliau? Di mana adab dan akhlak kita apabila berdepan dengan pemimpin yang memimpin parti yang kununnya kita mengaku kita sokong itu?

Pemimpin bukan tidak boleh dikritik atau ditegur, tetapi bukan untuk dihina atau diaibkan. Blogger yang hari ini menyerang Umno, esoknya memijak kepala pemimpin PAS bukan Blogger yang waras. Blogger seperti ini bukan sahaja boleh membantu kita dalam perjuangan yang masih jauh ini, bahkan akan memperlambatkan atau menyukarkan misi perjuangan kita bersama. Tidakkah mereka ini kenal mana satu musuh yang harus kita serang?

Apa gunanya kita mengaku menjadi ahli yang terawal di dalam parti, tetapi menunjukkan sikap seperti orang yang tidak tahu adab berparti? Berbangga sangatkah kita dengan projek `langgar Hadi' ? Jangan kita berjuang dengan menunjukkan kebodohan kita sehinggakan lawan kita mentertawakan kita. Cukuplah dengan Kickdefella dengan perjuangan peribadinya yang membuat ramai orang tertawa. Takkan kita pun mahu menumpang semangkuk menjadi bodoh sepertinya? Cukuplah dengan kerja bodoh yang sia-sia itu./wfauzdin.blogspot.com

KJ TIDAK PERLU TUNJUK HEBAT, SELESAIKAN DULU YANG DIDEPAN MATA

BERNAMA memetik kenyataan KJ yang mencabar DS Anwar untuk dedahkan bukti tentang MP Bebas yang melompat mendapat imbuhan RM 2 juta. KJ memberi tempoh 48 jam kepada DS Anwar untuk berbuat demikian. Adakah DS Anwar gentar dengan cabaran bodoh dari KJ itu?

KJ tidak perlu menjadi bodoh sepertimana seorang wartawan RTM yang turut cuba menguji DS Anwar. KJ mesti sedar bahawa cabarannya itu bukannya terhadap pemimpin Umno yang semua kita ketahui terkenal dengan sikap pengecut dan baculnya.

Apa yang penting sekarang, KJ seharusnya menyelesaikan dulu bahan bukti yang telah banyak didedahkan oleh DS Anwar seperti isu video klip Linggam. Jangan sibuk hendak tahu bukti yang masih belum didedahkan sedangkan yang sudah terdedah didiamkan sahaja. Berapa banyak mereka mahu DS Anwar dedahkan tetapi kemudiannya disorok? Siasat dahulu yang telah didedahkan selama ini dan apa tindakan yang telah diambil.

DS Anwar bukan pak turut yang sentiasa melayani apa jua desakan atau cabaran yang datangnya dari orang yang lemah dan bacul untuk bertindak. Selaku Ketua Pemuda walaupun tanpa jawatan dalam kabinet, KJ mesti berani bertanya kepada Najib apa yang berlaku terhadap kesemua bukti salah laku yang telah DS Anwar dedahkan sebelum ini. Selesaikan dulu yang ada di depan mata, kemudian barulah boleh bercerita yang lain./wfauzdin.blogspot.com

Sabtu, 19 Jun 2010

YB ZUL, SEBELUM SURUH ANWAR TAUBAT, KOSONGKAN KERUSI HARAM ITU

YB ZUL Kulim yang telah dipecat oleh PKR dan kini menjadi MP Bebas yang tidak disokong pengundi-pengundi di kawasannya itu menasihatkan DS Anwar supaya bertaubat. Hebat YB Zul ini dan kita pelik mengapa YB Zul ini masih tebal mukanya menempek di kawasan yang diwakilinya itu. Kununnya DS Anwar perlu bertaubat demi maruah, lupakah beliau bahawa beliau juga langsung tidak bermaruah berada di kawasannya?

MP yang sinonim dengan Firaun besar ini nampaknya semakin hebat mengampu Najib. Apatah lagi baru-baru ini berpeluang bersama Najib ke luar negara. YB Zul yang sentiasa berkopiah itu lupa hendak bercakap tentang berbagai kemungkaran yang telah dilakukan oleh Najib termasuk dalam isu lesen judi bola. Apa yang ada di dalam kepala otak pengampu ini adalah untuk menarik perhatian Najib.

Kisah DS Anwar `membuli' wartawan RTM itu amat menyakitkan hati YB Zul. Nasib baik bukan YB Zul yang bertanya DS Anwar, jika tidak hilanglah kopiah YB Zul kena buli oleh DS Anwar. Sebenarnya YB Zul sakit hati di atas kebijaksanaan DS Anwar membuli wakil dari RTM itu. Memang lojik DS Anwar berkata demikian, kerana sudah terlalu banyak yang DS Anwar telah dedahkan tetapi Najib buat tidak nampak sahaja. Kini, minta bukti lain untuk didedahkan, siasat belum tahu lagi. Hipokrit namanya. YB Zul pun pun sokong kerajaan macam ini./mandor.blogspot.com

KITA CABAR ZAHRAIN DAN ZUL KULIM BERSUMPAH PULA, ADA BERANI?

Oleh: WFAUZDIN NS

MP Bayan Baru, Zahrain sudah mula hilang arah setelah DS Anwar berjaya meyakinkan rakyat betapa Zahrain adalah penipu besar setelah mendapat upah. Ini ekoran daripada cerita dongeng Zahrain bahawa DS Anwar pernah melihat VCD lucah kununnya melibatkan YB Eli. Seperti yang diduga, akhirnya Zahrain menggunakan `ilmu' yang diperturunkan oleh Senatak Ezam sesumpah iaitu mencabar DS Anwar bersumpah di dalam masjid. Baca di sini. Selaku orang yang jahil bukan sahaja di dalam agama bahkan jahil dari aspek undang-undang, Zahrain tetap yakin dengan acara `sumpah menyumpah' ini walaupun terpaksa `menjual' kemuliaan masjid asalkan agenda mereka tercapai.

Stail menuduh seseorang, kemudiannya mencabar orang yang dituduhnya itu bersumpah adalah stail Ezam sesumpah. Keberanian untuk mendedahkan serta menyertakan bukti atau hujah berfakta tiada pada Zahrain atau Ezam kerana jiwa mereka kini teramat kecil dan lemah untuk berbuat demikian. Bayangkan jika semua tuduhan yang orang lain buat terhadap kita, kita mesti bersumpah dan perkara itu selesai. Jika Najib dituduh mengambil komisyen kapal selam, kemudiannya Najib pun bersumpah menafikannya, adakah kes tersebut mahu terus ditutup? Terlalu dangkal orang yang beranggapan begini dan lebih malang lagi mereka teramat jahil di dalam menjaga hukum agama itu sendiri yang meletakkan sumpah sebagai acara mainan sesuka hati mereka.

Peliknya, tiba-tiba pula YB Zul Kulim pun menyampuk dalam isu ini. YB Zul Kulim yang sentiasa berkopiah itu pula terlibat di dalam tuduhan terhadap YB Eli. Orang yang dikatakan berugama seperti beliau ini terlalu mudah untuk menerima cerita seperti ini atau mungkinkah YB Eli melakukan aksi terlampau itu didepannya? Atau, YB Kulim ada menyaksikan VCD tersebut? Kenapa bila Zahrain bercerita pasal isu tersebut, tiba-tiba YB Zul pun menyatakan dia pun tahu kisah sebenar? Kenapa tidak dihebohkannya sewaktu berada di dalam PKR atau sewaktu mula-mula beliau dipecat dahulu?

Lagi pelik, tiba-tiba YB Zul pula terasa bila DS Anwar dedahkan bahawa MP yang melompat ada menerima tawaran RM2 juta. DS Anwar tidak menyebut namanya, dan YB Zul bukan melompat tetapi beliau dipecat, mengapa beliau terasa? Ini semua untuk mendapatkan publisiti murahan kerana tiada apa lagi isu yang boleh mereka perjuangkan untuk membela rakyat dan agama. Mengapa YB Zul atau Zahrain tidak pernah mencabar Najib untuk bersumpah di dalam masjid dan Najib mesti mengaku tidak ada hati atau hajat untuk luluskan lesen judi bola? Mengapa terima bulat-bulat kata-kata Najib di Parlimen? Apabila DS Anwar menafikan, tidak pula mahu terima bahkan kena bersumpah dulu? Inilah hipokritnya beliau setelah jiwanya dibeli dengan terlalu murah.

Mengapa sudah terlalu banyak pendedahan yang didedahkan oleh DS Anwar beserta bukti terang dan nyata seperti klip video Linggam dan banyak lagi kes itu tidak pula diperjuangkan oleh mereka? Tidak pula mereka sibuk untuk mencabar mereka yang terlibat dengan upacara sumpah karut itu? Teringin juga kita mencabar YB Zahrain dan YB Zul bersumpah di dalam masjid dan mengaku bahawa kesemua pengundi di kawasannya yang diwakilinya kini menyokong penuh beliau sebagai Wakil Rakyat. Ada berani ke? Mampus tak berani. /wfauzdin.blogspot.com