JOM MASUK AHLI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DENGARKAN KOBAT FM ONLINE

Jumaat, 17 September 2010

SEMUA AHLI PKR ADALAH TEAM SAYA - YB AZMIN

Azmin: Pertandingan tak akan pecahkan PKR
Sep 16, 10


Naib Presiden PKR Azmin Ali berkata, keputusannya bertanding merebut jawatan timbalan presiden tidak akan sesekali memecahkan parti itu kerena ia akan berlangsung dalam suasanan sihat dan penuh semangat kekeluargaan.

"Saya tidak setuju pemilihan ini akan pecahkan parti kerana kita akan melangsungkan pemilihan kepimpinan ini dalam suasana sihat dan semangat kekeluargaan sepanjang proses kempen dan pemilihan parti.

"Kita ambil langkah berani utuk beri kuasa dan mandat kepada anggota untuk buat pilihan. Ini bukan kali pertama kita membuat pemilihan (parti)," katanya ketika ditanya pertembungannya dengan penyelaras Pakatan Rakyat Zaid Ibrahim untuk jawatan nombor dua itu.

Azmin Ali hari ini menawarkan diri bertanding kerusi timbalan presiden PKR setelah penyandangnya Syed Husin Ali membuat keputusan tidak mempertahankan jawatan itu.

Katanya, keputusan itu diambil setelah mengambil kira pandangan pimpinan tertinggi parti, anggota-anggota, termasuk perbincangan terus dengan Syed Husin.

Dalam sidang media di sebuah hotel di Kota Kinabalu hari ini, Azmin yang juga bekas setiausaha sulit Anwar Ibrahim juga enggan menyentuh tentang 'taktik' Zaid sebagai pesaingnya.

Azmin bagaimanapun menegaskan pemilihan parti kali ini harus mampu menjana perubahan untuk pilihan raya umum yang akan datang serta bebas daripada politik wang.

"Kita mahukan pemilihan yang adil," katanya yang juga wakil rakyat Gombak dan Bukit Antarabangsa.

Ditanya tentang 'pasukan regunya' dalam pemilihan ini, Azmin hanya menjawab:

"Kesemua anggota (PKR) adalah team saya, tiada yang terkecuali kerana ini adalah pemilihan yang adil. Tidak ada soal pasukan ini atau pasukan itu."/Malaysiakini

SETELAH BERJAYA MEMIMPIN PEMUDA, KINI SHAMSUL MAJU SETAPAK

Shamsul Iskandar: Saya didokong Azmin, semua ahli

Ketua Pemuda PKR Shamsul Iskandar Mohd Akin hari ini mengumumkan bertanding merebut jawatan naib presiden dalam pemilihan parti itu hujung tahun ini.

Katanya, keputusan itu diambil supaya orang muda dapat melangkah setapak lagi ke atas bagi memainkan peranan lebih penting dalam mempromosikan demokrasi dalam PKR.

Peguam muda itu mengumumkan kesediannya itu dalam satu sidang media di Kampung Baru sebentar tadi.

Menurut Shamsul lagi, PKR memerlukan lebih penyertaan orang muda dan wanita di peringkat naib presiden memandangkan pencapaiaan mereka dalam pilihan raya umum dua tahun lalu memberangsangkan.

"Mereka kini berkhidmat sebagai ahli parlimen dan ADUN. Dan saya tegaskan, tiada seorang pun orang muda yang melompat parti," katanya.

Ditanya sama ada beliau mendapat dokongan Naib Presiden PKR Azmin Ali bagi bertanding jawatan itu, Shamsul sambil senyum berkata:

"Saya dapat sokongan daripada Azmin dan semua anggota parti." /Malaysiakini

Khamis, 16 September 2010

NAJIB, MUHYIDDIN DAN PERKASA

Perkasa serlah perbalahan Najib,Muhyiddin

KUALA LUMPUR, 15 SEPT- Tindakan berdiam diri Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam isu Pertubuhan Pribumi Perkasa(PERKASA) yang diminta dijauhi oleh Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak menyerlahkan ketidaksefahaman kedua-dua pihak.

Sebelum ini, Utusan Malaysia media milik Umno yang membelakangi saranan Najib agar parti itu menjarakkan diri dari PERKASA demi menjaga survival parti bagi meraih sokongan dari komponen Barisan Nasional(BN).

Bagi Timbalan Angkatan Muda KEADILAN Pusat(AMK) Faris Musa, sikap Muhyiddin ini adalah lanjutan daripada kenyataan-kenyataan beliau sebelum ini yang bertentangan dengan slogan 1 Malaysia yang dibawa 'bosnya' itu.

"Perpecahan dalaman Umno makin jelas, Muhyiddin mungkin makin selesa kerana mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad secara jelas telah mengarahkan kiblat sokongannya kepada Muhyiddin yang disifatkan sebagai berani dan paling layak menjadi Perdana Menteri kerana berjaya mendesak Abdullah Badawi berundur sebelum ini," katanya.

Tambahnya lagi, ini adalah detik terbaik bagi Muhyiddin menghalakan serangannya kerana ketika ini Najib semakin jelas menunjukkan sepupunya Datuk Seri Hishammuddin Hussein sebagai regunya bagi menghakis pengaruh Muhyiddin dalam Umno.

"Sebagai ahli politik yang berpengalaman saya merasakan Muhyiddin tahu permainan ini dan beliau perlu melakukan sesuatu bagi menjamin politiknya terutama menjelang pilihan raya umum ke-13 yang akan datang," ujarnya.

Ditanya berkenaan ada desakan-desakan dari Umno sendiri agar Najib mengambil tindakan terhadap Utusan kerana dilihat lebih menyokong PERKASA. Faris yang juga Ketua AMK Terengganu menjelaskan perkara itu sukar dilakukan Perdana Menteri.

"Dalam keadaan ini Najib perlu menghormati mentornya iaitu Dr Mahathir yang masih berpengaruh terhadap Utusan ketika ini," katanya.

Untuk rekod, Pengerusi Eksekutif Utusan sekarang Tan Sri Mohamad Hashim Ahmad Makaruddin adalah seorang yang rapat dengan Dr Mahathir dan pernah menjadi setiausaha politik beliau./TVSelangor

ANAK TOYO TIDAK MAHU JADI MB SELANGOR KERANA BELIAU TAHU ITU MUSTAHIL

Justify FullOleh: WFAUZDIN NS

UWEEKK...tiba-tiba je aku termuntah bila membaca kenyataan mantan MB Selangor anak Toyo yang menyebut beliau tidak mahu lagi menjadi MB Selangor jika Umno/Bn menguasai Selangor semula. Alasannya adalah beliau tidak mahu mewarisi kerajaan yang teruk selepas PR memerintah Selangor.

Hanya orang yang tiada akal dan gila sahaja mungkin mempercayai dakwaan anak Toyo bahawa kerajaan Selangor sekarang lebih teruk dari kerajaan di bawah Umno dahulu. Rakyat Selangor sudah tahu segala rahsia anak Toyo sewaktu mentadbir Selangor dahulu hanya dengan mengikuti persidangan atau siasatan SELCAT sahaja. Anak Toyo enggan hadir apabila dipanggil memberi keterangan di dalam SELCAT kerana beliau tahu akibatnya jika beliau hadir. Tanpa kehadirannya pun kita tahu apa yang anak Toyo ini buat semasa memerintah Selangor. Kita juga tahu siapa yang dapat hadiah jam tangan ratusan ribu ringgit dan siapa yang pergi `melancung' ke Disney Land kununnya sebagai lawatan kerja.

Anak Toyo megah kerana beliau menjadi MB Selangor 8 tahun. Tentulah beliau boleh megah kerana beliau memiliki banglo mewah jutaan ringgit hasil dari `mencabut gigi' pesakit dan `bukannya rasuah'. Itu belum dikira harga baju, tudung, selendang dan banyak lagi yang dibeli atas nama BALKIS kununnya. Semua itu terdedah di dalam siasatan SELCAT, rakyat Selangor tahu semua ini. Beliau juga megah sepanjang 8 tahun menjadi MB Selangor, rakyat Selangor tidak pernah merasai air percuma walaupun gaji dan elaun Pengerusi Syabas mengalahkan gaji Menteri bahkan mungkin gaji PM. Pegawai Kerajaan Negeri ketika beliau menjadi MB mungkin patut bersyukur jika tidak menerima penyapu anugerah bernilai dari anak Toyo.

Sebenarnya anak Toyo bukan tidak mahu menjadi MB Selangor, tetapi beliau tahu bahawa Umno/Bn sudah tidak berdaya lagi untuk merampas Selangor. Daripada asyik berangan, lebih baik anak Toyo berterus terang sahaja. Biarkan sahaja Noh Omar atau raja sesumpah Ezam yang menjadi Mat Jenin./wfauzdin.blogspot.com

PEMILIHAN PKR - SOKONG SHAMSUL NAIB PRESIDEN, CHEGU BARD KETUA AMK

Oleh: Mandor

Tertarik saya membaca tulisan sahabat di dalam blog beliau di sini. Satu tulisan yang berani dan penuh kejujuran di mana beliau mengulas betapa akrabnya hubungan dua tokoh pemuda PKR yang dikatakan bakal bertanding di dalam pemilihan Ketua AMK tidak lama lagi. Beliau menceritakan hubungan akrab memang sudah lama terjalin di antara Ketua AMK sekarang iaitu Sdr Shamsul Iskandar dan juga Sdr Badrul Hisham (Chegu Bard).

Saya cuma ingin menyatakan sokongan yang sama seperti yang dinyatakan oleh penulis melalui blog nya itu. Sekiranya benar bahawa Sdr Shamsul Iskandar berhajat untuk bertanding merebut kerusi Naib Presiden PKR, itu merupakan satu pilihan yang tepat kerana PKR tentunya lebih hebat dan kelihatan lebih agresif dan berani andainya Sdr Shamsul Iskandar menang kerusi Naib Presiden manakala sahabatnya Chegu Bard juga menang kerusi Ketua AMK. Kedua-dua tokoh ini hampir mempunyai pendekatan perjuangan yang sama iaitu `menyerang' pihak lawan. Taktik banyak menyerang lebih baik dan berkesan daripada taktik banyak bertahan, apatah lagi musuh utama PKR bukan calang-calang musuh.

Dikatakan juga YB Azmin menyatakan sokongan terbuka kepada Sdr Rafizi untuk mengetuai Ketua AMK. Walaupun saya secara terbuka menyokong YB Azmin untuk kerusi Timbalan Presiden PKR, namun saya tidak menyokong Sdr Rafizi untuk kerusi Ketua AMK. Bagi saya tiada calon lain yang lebih berwibawa dan berani serta mempunyai gerak kerja yang cemerlang untuk menerajui AMK selain dari Chegu Bard. Biarpun dikatakan Chegu Bard punyai hubungan kekeluargaan dengan DS Anwar, saya tidak pernah melihat Chegu Bard mendapat sokongan peribadi daripada DS Anwar. Bahkan beliau tidak mempunyai apa-apa selain dari menjadi Ketua Cabang PKR Rembau. Samada DS Anwar di dalam penjara mahupun DS Anwar kini di luar penjara, Chegu Bard terus berjuang. Walaupun suatu ketika dikatakan Chegu Bard amat rapat dengan Ezam, tetapi Chegu Bard bukan berjuang mengikut cara mudah Ezam sesumpah.

Meskipun dikatakan punyai kekeluargaan dengan DS Anwar, Chegu Bard bukan melalui jalan mudah di dalam PKR. Beliau kerap kali ditahan, malahan dipukul sepanjang perjuangannya. Beliau tewas di dalam Pilihanraya, tetapi tidak pernah berputus asa dan tidak mengharapkan DS Anwar untuk naik dengan mudah dan selesa.

Justeru itu, sesiapa pun yang berhajat untuk menduduki kerusi Ketua AMK seandainya Sdr Shamsul tidak mempertahankan jawatannya sekarang haruslah dilihat lebih berwibawa, lasak dan teruji seperti yang dimiliki oleh Chegu Bard. Melainkan jika Sdr Shamsul ingin mempertahankan jawatannya sekarang, pilihan tentunya menjadi sukar tetapi tidak merugikan jika salah seorang di antara mereka tewas. /mandor.blogspot

Rabu, 15 September 2010

PEMILIHAN PKR - DATO ZAID MASIH UNGGUL, AZMIN SEMAKIN RAPAT

Justify FullOleh: WFAUZDIN NS

MEDIA massa arus perdana juga kelihatan amat prihatin terhadap pemilihan pimpinan PKR yang diadakan tidak berapa lama lagi, terutamanya akhbar Utusan Meloya. Akhbar ini sedang menanti penuh harapan agar pemilihan di dalam PKR kali ini akan memecah belahkan ahli-ahli dan penyokong parti yang dipimpin oleh musuh ketat Umno iaitu DS Anwar Ibrahim.

Sebagaimana awal dulu saya melahirkan sokongan peribadi saya terhadap calon yang bertanding di dalam merebut jawatan Timbalan Presiden PKR dan juga Ketua AMK. Saya tidak akan berselindung untuk menyatakan sokongan saya kepada YB Azmin Ali untuk jawatan Timbalan Presiden PKR dan Chegu Bard untuk jawatan Ketua AMK. Namun demikian, saya suka untuk melihat selera orang lain terutamanya pengunjung blog saya ini, maka Poll di atas telah dibuka untuk undian anda semua.

Ada beberapa komen dari pengunjung yang mendakwa bahawa keputusan Poll akan diubah di saat akhir agar bertepatan dengan kehendak saya. Terus terang, ikhlas dan jujur saya katakan bahawa saya tidak pernah dan tidak akan berbuat demikian kerana bagi saya kerja menipu seperti ini hanyalah mainan media perdana pengampu Umno sahaja. Saya percaya bahawa keputusan Poll di dalam mana-mana blog tidak boleh digunapakai untuk memenangkan mana-mana pihak, ia hanya sekadar pendapat pengunjung dari berbagai parti dan mungkin boleh digunakan sebagai panduan atau penilaian secara kasar sahaja.

Hari ini, saya ingin mengulas dahulu tentang pertandingan bagi jawatan Timbalan Presiden PKR. Tepat jam 12.44 (15 Sept 2010) malam tadi, saya mencatatkan keputusan Poll semasa bagi jawatan tersebut dengan jumlah pengundi seramai 1,565. Setakat ini Dato Zaid Ibrahim masih kekal mendahului tangga teratas dengan mendapat 40 %, diikuti rapat oleh YB Azmin dengan mendapat 30 % bagi jawatan Timbalan Presiden PKR. Menarik untuk diperhatikan, sekiranya Tan Sri Khalid Ibrahim yang mendapat undian 13 %, Mustafa Kamil Ayub 7 % menarik diri dari bertanding, siapakah yang dipilih oleh pengundi-pengundi Tan Sri Khalid dan Mustafa Kamil Ayub? Dr Syed Hussin Ali telah pun mengumumkan untuk tidak mengekalkan jawatan yang disandangnya itu dan sehingga kini beliau telah mendapat undian 10 %. Siapakah pula yang akan disokong oleh pengundi-pengundi Dr Syed Hussin selepas ini?

Tidak mustahil dijangkakan sekiranya Mustafa Kamil Ayub dan Tan Sri Khalid turut bertanding, salah seorang di antaranya mungkin mampu membuat kejutan. Mungkin sedikit kontroversi di dalam keghairahan berkempen oleh penyokong-penyokong YB Azmin dan Dato Zaid Ibrahim akan membuatkan pengundi beralih arah kepada Mustafa Kamil atau pun Tan Sri Khalid.

Sebenarnya untuk mencari kelemahan di antara semua calon yang bertanding itu tentunya amat mudah, tetapi keistimewaan setiap calon tersebut lebih banyak dari kelemahan masing-masing. Tidak rugi barang sedikit pun kepada sesiapa yang tewas di dalam pertandingan kali ini kerana mereka yang terpilih itu nanti pastinya mampu membawa PKR ke arah yang lebih baik dan lebih berani berdepan dengan Umno. Dalam hal ini, saya tetap yakin YB Azmin mempunyai senjata yang cukup berkesan berhadapan dengan Umno. /wfauzdin.blogspot.com

MB SGOR, PIMPINAN PKR MELAWAT WARIS SOSILAWATI

Pembunuhan Sosilawati, MB & Pimpinan PKR Berkongsi Kesedihan

Mohd Ezli Mashut

GOMBAK 14 SEPT - Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bersama pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini berkongsi kesedihan bersama ahli keluarga jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya di Gombak.

Abdul Khalid tiba di rumah keluarga Sosilawati di Lot 9933 Taman Harmonis,Gombak kira-kira jam 2.45 petang bersama rombongan pimpinan PKR lain.

Antara mereka ialah Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail; Ahli Parlimen Gombak, Mohamed Azmin Ali; Exco Kerajaan Selangor, Dr Xavier Jayakumar; Ketua AMK Pusat, Shamsul Iskandar Mat Akin dan Setiausaha Politik Menteri Besar, Faekah Hussin.

Pada majlis berkenaan, Abdul Khalid bersama-sama rombongan turut sama berteleku membaca surah Yassin bersama kira-kira 30 pengunjung lain, untuk disedekah kepada Allahyarhamah Sosilawati dan tiga individu lain.

Terdahulu, Abdul Khalid sempat beramah mesra dan bertanya khabar kepada anak-anak Sosilawati dan berharap mereka bersabar dan tabah dalam menghadapi dugaan berkenaan.

“Kami sama-sama rasa kesedihan anak-anak Sosilawati dan kami berharap penyelesaian kepada perkara ini dapat dilakukan dengan segera supaya dapat mententeramkan keadaan,”katanya ketika ditanya pemberita, hari ini.

Selepas meluangkan masa kira-kira sejam bersama keluarga Sosialwati, Abdul Khalid juga menyatakan harapan supaya polis segera mencari jawapan kepada kes pembunuhan kejam ini dan kesediaan pihak berkuasa itu pasti dihargai kerajaan Selangor./TVSelangor