JOM MASUK AHLI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DENGARKAN KOBAT FM ONLINE

Jumaat, 22 Oktober 2010

EZAM LEBIH MINAT CERITA TENTANG ANWAR DARI ULAS `BA JET SELUAR DALAM'

Oleh: WFAUZDIN NS

RAJA Sesumpah Ezam nampaknya masih belum semboh dari penyakit `meroyan'nya. Di kala parti yang dia `melutut' sedang sibuk mengadakan perbahasan di PWTC kununnya membicarakan nasib orang-orang Melayu yang telah di`layu'kan oleh mereka sendiri, raja sesumpah masih `mengigau' nama DS Anwar. Senatak (Senator Katak) yang kaki bersumpah ini seperti akan `mati' jika tidak menyebut nama DS Anwar.
Semalam raja katak muncul di kaca TV. Bicaranya tetap serupa dengan hujah yang serupa semenjak maruahnya `dijual' kepada parti sekular itu. Nama DS Anwar disebut lagi. Nama Mahathir dipujanya. Kata Ezam, tindakan Mahathir mengambil tindakan itu tepat dan sebab itulah Ezam sesumpah keluar dari KeADILan. Kita mahu tanya, Mahathr mengambil tindakan ke atas DS Anwar bila? Raja sesumpah keluar dari KeADILan bila pula?

Bukankah sebelum ini raja sesumpah bagitahu dia percaya DS Anwar melakukan `perkara itu' apabila mendengar sendiri dari mulut Saiful pemuda yang tidak cuci dubur 3 hari itu. Tiba-tiba semalam dia beritahu dia yakin tuduhan ke atas DS Anwar itu benar apabila Mahathir mengambil tindakan ke atas mantan TPM itu, dan juga apabila mahkamah melepaskan DS Anwar kerana `teknikal' sahaja. Teknikal apanya kalau pertuduhan pun dipinda sebanyak tiga kali? Tidak tentu arah Ezam bercakap sekarang.

Beliau tidak mengambil tahu lagi nasib rakyat bawahan. Beliau tidak lagi bicara tentang rasuah, penghinaan ke atas agama Islam, kezaliman Akta ISA dan tidak juga mahu bercerita pasal `Bajet Seluar Dalam'. Beliau lebih senang bercerita tengan peribadi DS Anwar kerana ia tidak memerlukan hujah yang berfakta, tidak perlu kajian dan lebih penting lagi Najib seronok mendengarnya. Tidak hairanlah ceramah raja sesumpah di Selangor tidak lagi dihiraukan orang kerana ramai yang sudah tahu apa yang bakal dikeluarkan dari mulut busuk Ezam itu.

Hakikatnya Ezam sudah tahu, kekuatan PR terletak kepada kekuatan DS Anwar bersama Tuan Guru Nik Aziz dan Lim Guan Eng khususnya. Langkah awal, musnahkan kredibiliti DS Anwar dengan cerita fitnah. Raja sesumpah terus menghasut sekutu PKR terutamanya PAS untuk menjauhi DS Anwar. Beliau lupa bahawa PAS menyokong perjuangan DS Anwar selagi DS Anwar tidak melakukan kesalahan terhadap hukum Islam. Sebab itu juga PAS tidak mahu menyokong Umno kerana Umno berterusan memusuhi Islam.

Setakat mahu bercerita, buat fitnah tanpa ditampilkan bukti, sesiapa pun boleh sebut Ezam juga pernah `meliwat' kambing. /wfauzdin.blogspot.com

GALAS - ANWAR, HADI DAN NGEH KOO HAM HADIR PENGUMUMAN CALON PAS

Dr Zulkefli calon PAS di Galas
Abdul Rahim Sabri
Okt 21, 10

Dikemaskini 11.55pm Pemangku yang dipertua PAS Gua Musang, Dr Zulkefli Mohamad telah diumumkan sebagai calon PAS untuk pilihan raya kecil DUN Galas pada 4 November ini.

Pemilihan beliau diumumkan oleh Menteri Besar Datuk Nik Aziz Nik Mat di Dataran Ilmu yang terletak bersebelahan dengan Masjid Faiz di Gua Musang malam ini.

Dr Zulkefli adalah bekas calon PAS yang bertanding menentang Ketua Umno Bahagian Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah dalam pilihan raya umum 2008.

Berusia 44 tahun, Dr Zulkefli merupakan anak ketujuh daripada 10 adik beradik.

Beliau adalah lulusan ijazah sarjana muda perubatan dan pembedahan, Universiti Malaya pada tahun 1992.

Dr Zulkefli mengendalikan klinik sendiri di Chiku 3, Gua Musang.

Kerusi DUN Galas kosong selepas kematian penyandangnya, Chek Hashim, 48, akibat barah usus pada 27 September lalu.

Pada pilihan raya umum 2008, Chek Hashim, berjaya merampas DUN Galas yang terletak dalam kawasan pilihan raya Parlimen Gua Musang daripada BN, dengan mengalahkan calon BN Mohd Saufi Deraman, dengan majoriti 646 undi.

Chek Hashim mendapat 4,399 undi, menewaskan penyandang dari BN, Mohd Saufi Deraman 3,753 undi.

Selain Nik Aziz yang juga mursyidul am PAS, turut hadir di majlis pengumuman calon tersebut ialah ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim; presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; timbalan presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa dan pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham.

DUN galas mempunyai 10,330 pengundi yang terdiri daripada 65.4 peratus Melayu, 22.3 peratus Cina dan 1.8 peratus India

Bakinya 10.5 peratus terdiri daripada pengundi dari kalangan Orang Asli yang seramai kira-kira 2,000 orang.

Galas adalah salah satu daripada tiga DUN dalam parlimen Gua Musang yang diwakili oleh Tengku Razaleigh, yang dianggap sebagai kubu kuat BN.

Kerusi tersebut jatuh ke tangan PAS dalam pilihan raya umum 2008, dilaporkan kerana peralihan undi bukan Melayu.

Sementara itu, BN akan mengumumkan calonnya untuk pilihan raya kecil DUN Galas dan parlimen Batu Sapi Ahad ini.

Tengku Razaleigh bersetuju menjadi pengarah pilihan raya kecil BN bagi DUN Galas, tetapi menolak dilantik sebagai calon./Malaysiakini

Khamis, 21 Oktober 2010

PKR TURUN DARJAT JIKA MEMBELA DS ANWAR ?

Oleh: WFAUZDIN NS

BENARKAH PKR akan jatuh darjatnya jika memperjuangkan kes DS Anwar? Secara jujurnya kita semua tahu PKR wujud berasaskan perjuangan yang menuntut keadilan ke atas DS Anwar dan ianya meliputi semua aspek, samada institusi kehakiman, kebebasan media dan segala yang bersifat zalim ditentang. Ini asas yang sepatutnya semua ahli PKR mesti tahu dan parti ini berkembang sehingga dihormati dan digeruni lawan sehingga kini.

Dato Zaid menyebut PKR tidak harus semata-mata berjuang untuk DS Anwar kerana ianya boleh menjatuhkan darjat parti. Saya bersetuju bahawa PKR tidak boleh berjuang hanya untuk individu bernama Anwar, tetapi tidak bersetuju jika darjat PKR boleh jatuh kerana memperjuangkan nasib yang menimpa Ketua Umum PKR ini.

Di samping PKR berjuang untuk menegakkan keadilan untuk semua, PKR tidak boleh melupakan nasib atau penganiyaan yang dilakukan terhadap mantan Timbalan Perdana Menteri itu. Bagaimana PKR boleh meyakinkan rakyat untuk menyelamatkan mereka dari kezaliman dan ketidak adilan, sedangkan PKR sendiri gagal untuk menyelamatkan tokoh utama mereka? "Bagaimana kamu boleh bantu kami, sedangkan bos kamu pun teraniaya?" Mungkin itulah yang akan mereka perkatakan kepada kita. Tergamakkah kita biarkan DS Anwar bersendirian untuk melepaskan dirinya dari kezaliman terhadap beliau?

Pada saya, mereka yang cuba untuk melupakan apa yang berlaku terhadap DS Anwar adalah mereka yang hanya pentingkan diri mereka sendiri. Apabila parti ini telah kuat sehingga berjaya memerintah sebuah negeri yang terkaya, terdapat segelintir pemimpin yang ingin menghasut agar tidak tumpukan lagi perjuangan membela nasib DS Anwar. Di kalangan mereka ini baru `dua hari' berada di dalam parti kemudiannya ingin memanjat tinggi dalam haraki kepimpinan. Pemimpin seperti ini tidak layak dipilih bahkan mungkin tidak sesuai berada di dalam PKR./wfauzdin.blogspot.com

Rabu, 20 Oktober 2010

YB GOBALA, JANGAN BERLIDAH BIAWAK CUKUPLAH

Oleh: Mandor

SETELAH dihentam oleh beberapa blog, akhirnya YB Gobala menyebut beliau bukan berniat untuk keluar parti apabila mengkritik JPP di dalam pemilihan pimpinan PKR baru-baru ini. "Belum terfikir buat masa ini untuk keluar parti', begitu lebih kurang kata-kata YB Gobala. Buat masa ini? Masa akan datang, belum tahu.

Apa pun kata beliau, kita lihat dahulu setakat mana pendiriannya terhadap parti. Sejarah ada bukti orang yang bercakap begitu, akhirnya `lidah menjadi biawak'. YB Zul Kulim dahulu pun pernah sebut tidak akan tinggalkan parti, tetapi beliau terus mencari jalan untuk `dikeluarkan' dari parti. Akhirnya `doa' YB Zul Kulim dimakbulkan. Mungkinkah YB Gobala telah berguru dengan MP Kulim Bandar Baru itu? Jika tidak, bagus lah dan jika benar pun bagus juga./mandor.blogspot.com

PIALA MALAYSIA - AYUH, KIBARKAN BENDERA BULAN TANDA KEDAH - KELANTAN `BERSATU'

Tiada rezeki untuk Selangor tahun ini..(Foto - Ikhsan Kedahlanie)

Oleh: WFAUZDIN NS


KELANTAN adalah pilihan popular untuk melangkah ke Final Piala Malaysia dan mungkin akan bertemu dengan Negeri Sembilan yang bakal bertemu Johor FC pada perlawanan S/Akhir Pertama malam ini. Kelantan walau bagaimanapun terpaksa menumpaskan Kedah juga pada malam ini di dalam perlawanan S/Akhir Pertama di Alor Star sekiranya ingin mencerahkan peluang ke Final.

Menanti kunjungan Kelantan di Stadium Darul Aman, Kedah pastinya ingin mencapai kemenangan selesa untuk menjadi bekalan ke Stadium Sultan Mohammad IV, Kota Bharu sebuah stadium yang amat digeruni oleh mana-mana pasukan yang berkunjung ke stadium tersebut. Mungkin pertembungan kedua-dua pasukan dari negeri di bawah Kerajaan PR ini yang diterajui oleh PAS tidak sepanas seperti perlawanan di antara Kelantan - Selangor tempohari. Jangan kita lupa, Selangor juga adalah negeri di bawah PR tetapi diterajui oleh PKR.

Kelantan, Kedah dan Selangor adalah di antara 3 negeri di bawah PR yang berjaya mara ke Suku Akhir, seterusnya 2 negeri iaitu Kedah dan Kelantan meneruskan kemaraan mereka ke Separuh Akhir. Sayangnya, mereka bertemu sesama mereka di peringkat ini. Pasukan yang bakal ditemui di Final nanti sudah pastinya di antara 2 buah negeri di bawah Umno iaitu Negeri Sembilan atau Johor FC. Yang pasti Final nanti adalah pertarungan 2 buah negeri yang berlainan `ideologi'.

Apa pun, adalah diharapkan perlawanan di antara Kedah dan Kelantan nanti tidak akan dicemari dengan pergaduhan, rusuhan atau apa jua bentuk keganasan. Selaku penyokong, mereka mestilah menghormati budaya dan adab sopan yang sentiasa dipertahankan oleh kerajaan negeri mereka. Meriahkan perlawanan ini nanti dengan mengibarkan bendera bulan sebanyak yang mungkin sebagai tanda Kedah dan Kelantan `bersatu'.

Memang benar, sukan tidak harus dipolitikkan tetapi semangat politik tidak salah dibawa ke dalam sukan selagi kita mempunyai semangat kesukanan yang tinggi. Mungkin dengan berkibarnya bendera bulan di kedua-dua belah penyokong Kedah dan Kelantan, diharapkan dapat mengendurkan suasana `panas' di dalam stadium. Tidak kira siapa pemenang, apa yang penting adalah salah satu negeri di bawah PR berjaya ke Final. Itu pasti./wfauzdin.blogspot.com

WAHAI MAHATHIR, SEBELUM PAK LAH PULA SIAPA ?

Oleh: WFAUZDIN NS

TUN MAHATHIR sendiri merasa kurang yakin Najib mampu memperolehi 2/3 majoriti di dalam Pilihanraya Umum ke 13 akan datang. Mantan PM itu berkata ini adalah disebabkan Najib mewarisi kerajaan yang lemah daripada Pak Lah. Cumanya, beliau tidak sebut pula Pak Lah mewarisi kerajaan diktator itu daripada siapa.

Adakah Pak Lah telah mewarisi kerajaan yang kuat daripada Mahathir? Hakikatnya Pak Lah menerima jawatan PM daripada Mahathir di dalam keadaan Bn tidak lagi kuat dan berlakunya perpecahan orang-orang Melayu sehingga tertubuhnya Parti KeADILan Nasional atau sekarang Parti Keadilan Rakyat (PKR). Di zaman Mahathir beliau banyak mencipta kerosakan politik orang-orang Melayu bermula dengan tertubuhnya Parti Melayu Semangat 46. Mahathir telah menjadikan Umno sendiri diharamkan, dan beliau tubuhkan semula Umno (Baru) dan Umno (Baru) inilah sebenarnya yang diwariskan kepada Pak Lah seterusnya kepada Najib.

Mahathir yang dahulu sinonim digelar `Mahafiraun' mencetuskan perpecahan di kalangan rakyat akibat perbuatannya yang rakus untuk mengekalkan kuasa. Pemecatan DS Anwar dari kerusi Timbalan Perdana Menteri dan juga Timbalan Presiden Umno adalah kemuncak kezaliman Mahathir. Semenjak itu kerosakan dan perpecahan di kalangan rakyat tidak dapat dibendung lagi. Justeru itu, mahu atau tidak Mahathir terpaksa lepaskan jawatan sebagai PM dengan meninggalkan kesan daripada `kediktatoran'nya kepada pengganti beliau iaitu Pak Lah.

Pak Lah hampir sahaja mampu memperbaiki imej Umno apabila slogan `Islam Hadhari'nya berjaya mempengaruhi rakyat terutamanya di kalangan orang-orang Melayu. Maka, di dalam Pilihanraya Umum tahun 2004, Pak Lah berjaya tingkatkan imej Umno/Bn dengan mendapat keputusan cemerlang di dalam pilihanraya tersebut. Sememangnya sudah menjadi tabiat Umno, mereka lupa dan sombong apabila mempunyai kuasa yang besar. Pak Lah yang digelar sebagai PM yang `suka tidor' itu mengambil kesempatan dengan prestasi Bn yang semakin meningkat untuk terus melakukan sesuka hati beliau. Kerajaan di bawahnya banyak dibayangi oleh menantunya iaitu KJ. Pak Lah gagal mengurus ekonomi negara dengan baik dan beliau tampil dengan gelaran PM yang banyak menyusahkan rakyat. Akhirnya, rakyat kembali menolak Umno dan Bn apabila merasakan dua PM sebelum ini tidak boleh diharapkan. Pembangkang mencipta rekod kemenangan besar di dalam Pilihanraya Umum tahun 2008.

Najib mengambil alih kerusi PM daripada Pak Lah secara `lembut'. Malangnya ketika Najib berkuasa, rakyat sudah tidak percaya dan mengharapkan lagi Umno/Bn. Apatah lagi, Kerajaan PR yang berjaya mentadbir beberapa buah negeri telah berjaya meyakinkan rakyat dengan sistem pemerintahan yang adil dan telus. Najib sudah terlalu lewat memperkenalkan slogan `1 Malaysia'. Rakyat sudah mula memandang kepada slogan Negara dan Negeri Berkebajikan yang dibawa oleh PR.

Kesilapan Pak Lah seterusnya Najib untuk tidak memperbaiki imej negara yang tercalar di mata dunia akibat fitnah terhadap DS Anwar menjadi salah satu faktor mengapa negara ini masih ketinggalan. Najib gagal lakukan perubahan dan kepimpinan beliau kini digelar sebagai kepimpinan Rosmah. Bahkan, bajet 2011 yang baru diumumkan baru-baru ini digelar orang `Bajet RM' atau `Bajet Rosmah Mansor'. Maka, memang wajar Mahathir tidak lagi percaya Najib mampu mengembalikan 2/3 majoriti di dalam Pilihanraya Umum Ke 13 nanti./wfauzdin.blogspot.com

AZMIN TIMB PRES PKR, CHEGU BARD KETUA AMK BAKAL MENAKUTKAN UMNO ?


Justify FullOleh: WFAUZDIN NS

BENARKAH Azmin bakal menjadi Tun Mahathir di dalam PKR suatu masa nanti? Inilah jangkaan yang dibuat oleh sebuah web Umno-reform2 yang kemudiannya dijadikan bahan kempen oleh blog pro PR yang tidak menyokong Azmin. Artikel itu menyifatkan Azmin telah mula menjadi `diktator' di dalam PKR khususnya di dalam pemilihan pimpinan PKR sekarang.

Paling tidak munasabah, dikatakan bahawa Azmin menyokong Sdr Shamsul Iskandar dan ingin melihat Chegu Bard jatuh di dalam pemilihan Ketua AMK. Saya menyokong Azmin untuk Timbalan Presiden PKR dan menyokong Chegu Bard untuk jawatan Ketua AMK. Saya tidak melihat hubungan Azmin dan Chegu Bard `pelik' jauh sekali dianggap `bermusuh'. Begitu juga hubungan Azmin dengan Sdr Shamsul Iskandar, dan hubungan Sdr Shamsul Iskandar dengan Chegu Bard. Walaupun Sdr Shamsul Iskandar dianggap melakukan `U Turn' kerana kembali ke `tapak asal'nya sedikit menyusahkan Chegu Bard, tetapi komen Chegu Bard bahawa beliau meraikan kehadiran Sdr Shamsul Iskandar untuk bersama di dalam pertandingan ini merebut jawatan Ketua AMK adalah satu komen yang positif.

Tidak menjadi masalah dan salah jika Azmin menyokong Sdr Shamsul Iskandar tetapi ini bukan bererti Azmin tidak suka atau `anti' kepada Chegu Bard. Begitulah juga sebaliknya. Kenyataan terbuka Chegu Bard yang boleh menerima sesiapa sahaja yang dipilih oleh ahli sebagai Timbalan Presiden PKR adalah satu kenyataan dan sokongan yang juga positif. Chegu Bard hanya mengiktiraf Umno/Bn sebagai musuh politiknya bukan pemimpin-pemimpin PKR. Mungkin ada yang berpendapat Chegu Bard mengambil jalan tengah yang `selamat' di dalam kempen beliau. Pada saya itu silap kerana jika Chegu Bard menyokong salah seorang dari calon yang bertanding itu, timbul juga anggapan buruk terhadap Chegu Bard.

Ini membuktikan mereka yang anti Azmin atau anti Chegu Bard tetap akan mencari jalan untuk menjatuhkan kedua-dua pemimpin berkebolehan ini. Hakikatnya, musuh PKR sudah semestinya tidak ingin melihat Azmin terus diangkat sebagai pemimpin di dalam PKR dan mereka amat bimbang kekuatan Azmin akan lebih mantap apabila Chegu Bard berada di barisan hadapan bersamanya./wfauzdin.blogspot.com