JOM MASUK AHLI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DENGARKAN KOBAT FM ONLINE

Rabu, 24 November 2010

SEKAT ANWAR KE LUAR NEGARA SATU KERJA BODOH

Oleh: WFAUZDIN NS

MAKA hebohlah di dalam Parlimen beberapa orang pengampu Najib meminta Kerajaan membuat undang-undang agar melarang DS Anwar ke luar negara. Kununnya, perbuatan DS Anwar memburuk-burukkan negara di luar sana akan menjejaskan kehadiran para pelabur ke negara ini. Lucu sekali. Semata-mata DS Anwar seorang maka perlu wujud undang-undang? Memang hebat DS Anwar.

Bukankah Najib sebelum ini berkata tiada negara yang sudi mendengar apa jua yang diperkatakan oleh Ketua Pembangkang itu? Dan, beberapa Menteri pengampu Najib pun berkata bahawa cakap DS Anwar sudah tidak laku di luar negara. Jika begitu, mengapa percaya pula bahawa para pelabur tidak akan datang ke Malaysia kerana DS Anwar dibenarkan bebas bercakap di luar negara? Ini bermakna, apa jua yang diperkatakan oleh DS Anwar berkaitan salah laku, penyelewengan dan rasuah yang berlaku di negara ini diterima oleh mereka di luar sana. Sebab itulah, pemimpin-pemimpin Umno amat takut tembelang parti mereka pecah dan membusuk di luar negara.

Lebih mereka takut apabila kebanyakan pelajar kita di luar negara sudah mula menghormati Ketua Pembangkang ini. Di era IT ini, mereka kadangkala lebih tahu dari rakyat yang berada di dalam negara kita darihal rasuah termasuk beberapa skandal yang cuba disorokkan oleh pemimpin negara. Tidak hairan lagi, mereka lebih arif tentang kisah Altantuya jika dibandingkan dengan rakyat di negara ini terutamanya yang berkitabkan Utusan Malaysia dan berkiblatkan TV 3.

Justeru itu, usahlah Kerajaan bercita-cita untuk melakukan kerja bodoh dengan membuat undang-undang menyekat DS Anwar ke luar negara. Lebih baik buat undang-undang menyekat pemimpin atau Ketua Menteri yang mengumpul harta berbilion ringgit di luar negara kalau pun tidak mahu membuat undang-undang agar menyekat isteri PM atau isteri Menteri-Menteri dari berbelanja di luar negara./wfauzdin.blogspot.com

SIAPA `PENGKHIANAT PARTI' YANG MAHU DIHAPUSKAN OLEH AZMIN ?

Oleh: WFAUZDIN NS

DI DALAM wawancara YB Azmin dengan Malaysiakini di Parlimen semalam, bakal Timbalan Presiden PKR ini berjanji akan menunaikan semua manifestonya sepanjang kempen pemilihan di dalam parti baru-baru ini. Sebelum ini di dalam program Rapat Perdana PKR di MBSA, Shah Alam beliau telah berjanji akan menghapuskan semua pengkhianat di dalam parti sejurus selepas Kongres PKR Jumaat nanti.

Ada yang tertanya-tanya siapakah yang dimaksudkan oleh Azmin sebagai `pengkhianat' parti itu? Adakah mereka yang menyokong Zaid atau Mustafa Kamil dianggap pengkhianat parti? Jika ini yang dikatakan pengkhianat parti yang dimaksudkan oleh Azmin, maka PKR akan kehilangan hampir separuh keahliannya jika mereka ini yang mahu dihapuskan oleh Azmin.

Mungkin bukan itu yang Azmin maksudkan pengkhianat parti, kerana Azmin pun tahu setiap ahli punyai kebebasan untuk memilih pemimpin yang mereka suka. Pengkhianat parti yang mungkin dimaksudkan oleh Azmin adalah manusia yang berpewatakan dan tingkah lakunya seperti Zaid Ibrahim, bukan penyokong Zaid Ibrahim. Penyokong Zaid Ibrahim bukan pengkhianat parti, begitu juga penyokong Mustafa Kamil Ayub.

Pengkhianat parti di antaranya adalah mereka yang melanggar peraturan atau arahan parti, tidak menghormati ketua, mengkritik parti secara terbuka di dalam media milik Umno seperti Utusan atau TV 3, melakukan protes terbuka dan tidak beradab di hadapan media yang menjadi musuh parti. Pengkhianat parti juga adalah mereka yang sengaja mensabotaj parti agar nama parti terjejas dengan tuduhan yang tidak berasas.

Sekiranya orang-orang seperti ini yang Azmin mahu hapuskan dari parti, saya amat setuju kerana orang-orang begini tidak boleh berada di dalam parti. Azmin perlu elakkan dirinya dari berdendam dengan sesiapa pun, bahkan Azmin mesti kembali menyatukan kesemua ahli parti sebaik sahaja beliau disahkan sebagai Timbalan Presiden PKR. Jika perlu ada rombakan di dalam parti, rombakan hendaklah dibuat untuk memperkuatkan parti bukan bertujuan untuk menganiayai sesiapa./wfauzdin.blogspot.com

AZMIN, CHEGU BARD BILA NAK BAYAR UPAH AKU? AKU NAK DERMA NI...

Oleh: WFAUZDIN NS

AKU bukan pejuang reformis dan jauh sekali pernah `berkampung' di rumah Anwar sewaktu mula-mula Anwar dipecat. Aku tidak pernah bawa anak bini aku melepak atau `menebeng' kat rumah Anwar pun. Anak aku pun tidak pernah bermain dengan anak Anwar, samada main kucing atau pun anjing. Aku cuma penyokong PR, dan penyokong Anwar. Itu saja.
Kecilnya aku ini, namun aku berterima kasih di atas `popularti' yang diberikan oleh seorang kawan di dalam blognya. Siap letak gambar aku lagi, terima kasih banyak. Gambar terbaru aku tak nak ke? Aku ada letak gambar terbaru dalam blog aku tu, jika mahu aku izinkan untuk dicopy.

Dalam blognya dia kata aku Blogger upahan Azmin. Blogger Barua katanya. Pasal `upahan' yang dia dok kata tu, aku dah jawab lama dah berapa juta aku terima dari Azmin. Chegu Bard pun `upah' aku juga semasa kempen pemilihan baru-baru ini, juta juga Chegu Bard kasi.

Itulah, bila kita hentam orang macam orang takde akal kita sedap saja menulis. Bila kita kena tegur, kita melenting dan tuduh orang itu barua atau Blogger upahan. Hujah takde pun. Aku malas nak link semua tulisan aku tentang Azmin atau Chegu Bard, dan aku juga malas nak link tulisan aku tentang apa yang dikatakan kepincangan di dalam pemilihan parti. Bahkan, aku siarkan dalam blog aku email dari seseorang yang tidak puas hati tentang pemilihan kali ini. Walaupun aku dikatakan mendapat `upah' oleh Azmin, aku tulis dan siarkan juga laporan salah laku yang dibuat oleh Chegu Bard dan beberapa teguran kepada parti yang ada faktanya. Aku harap Azmin tetap `bayar' aku walaupun aku menulis tentang kepincangan pemilihan yang baru berlalu.

Sebab itu, aku malas nak layan atau delete segala komen pengunjung blog aku walaupun komen itu hentam aku balik. Aku tak kisah kerana itu hak pembaca. Takkan kita nak paksa orang setuju dengan semua yang kita tulis. Takkan aku nak cop dia orang tu barua semata-mata tidak setuju dengan pendapat aku. Cuma, aku akan delete komen yang ada unsur lucah terlampau kerana tidak baik untuk ditatap.

Aku seronok kalau pandangan aku dikritik atau dibalas dengan hujah. Jika aku rasa hujah dia lebih tepat, aku akur dan tidak akan menjawabnya. Aku pernah berhujah dengan Blogger Batu-Api@firestone, dan aku seronok berhujah dengannya. Dia membalas hujah aku dengan hujahnya. Malangnya, dia selalu menang dengan aku dan aku `surrender' dan tidak menjawab tulisannya. Itulah baiknya ber`blog' ini, jika kita cerdik. Tapi, jika kita anggap ber`blog' macam budak-budak berkelahi, buang masa je.

Sekali lagi aku ucapkan terima kasih banyak kepada rakan aku yang `promote' aku di dalam blognya itu. Aku halalkan lah gambar itu walaupun rakan aku tu tak minta izin pun. Sebagai membalas `jasanya', aku seru korang semua masuklah blog rakan aku tu, korang boleh baca macam-macam cerita tentang seorang pejuang reformasi yang tulin lagi ikhlas. Kisah beliau pelihara kucing dan minta derma pun ada. Kisah dia maki orang tak kasi derma pun ada. Kisah dia caci bekas beberapa majikan yang pernah kasi makan anak bini dia pun ada...Macam-macam adaaaa.......

InsyaAllah, kalau Azmin dan Chegu Bard dah buat payment `upah' menulis aku nanti, aku dermalah sikit untuk kucing-kucing beliau bela tu....No hal.

Selasa, 23 November 2010

TANGGUH DULU PENGUMUMAN PEMENANG JAWATAN DI DALAM PKR

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Oleh: WFAUZDIN NS

PEMILIHAN pemimpin di dalam PKR telah pun berakhir. Sepatutnya berakhirnya pemilihan kepimpinan di dalam parti yang julung kali mempraktikkan amalan demokrasi terbaik secara teorinya setakat ini haruslah melegakan kita semua.

Namun mengapa ianya tidak berlaku? Secara amalannya, mungkin pemilihan kali ini dipandang sinis oleh sebahagian ahli-ahli parti sendiri. Bukan sedikit rungutan atau protes yang dapat kita lihat pada mata kasar, dan tidak kurang juga banyak aduan serta bukti yang telah dikemukakan. Kesemuanya itu memerlukan perhatian serius dari pimpinan parti.

Pedulikan mereka yang mendedahkan segala kelemahan parti kepada pihak media yang dikuasai oleh Umno. Kita perlu sedar, bukan semua mengadu kepada media haprak tersebut. Ada lagi ahli yang setia dengan parti yang tidak mahu bersubahat dengan media tersebut. Tetapi, adakah saluran dalaman yang mereka telah gunakan berkesan setakat ini?

Kita tidak mendakwa kesemua yang mereka laporkan berkaitan kepincangan yang berlaku sepanjang pemilihan ini betul kesemuanya. Tetapi, mampukah kita menolak kesemua dakwaan tersebut tanpa dilakukan siasatan dengan adil? Inilah yang dipersoalkan sekarang.

Saya berharap agar parti tidak mengumumkan sebarang keputusan di dalam pemilihan yang baru diadakan itu melainkan setelah parti menyiasat dan mengumumkan hasil siasatan ke atas semua laporan dan dakwaan oleh beberapa pihak. Cara paling baik dan berkesan adalah pimpinan parti hendaklah memanggil kesemua calon yang bertanding terutamanya di peringkat MPP termasuk AMK dan Wanita untuk diberi taklimat terperinci bagaimana siasatan dilakukan dan hasil siasatan yang telah dijalankan.

Setelah dapat dikenalpasti beberapa kepincangan samada di peringkat Cabang mahu pun peringkat Pusat, maka pemilihan perlu diadakan semula di peringkat mana yang didapati berlakunya kepincangan tersebut. Mungkin ini adalah salah satu jalan keluar untuk menjernihkan keadaan./wfauzdin.blogspot.com

JIKA KITA BUKAN SAMPAH DALAM PARTI, BUAT APA NAK EMOSI SANGAT?

Oleh: WFAUZDIN NS

APABILA membaca artikel ini, harus diakui di dalam PKR sememangnya ada sampah. Sampah inilah yang kita semua patut campakkan. Sebelum itu, kita kena kenalpasti siapakah dia sampah-sampah itu? Bukan main hentam tuduh orang ini dan orang itu sampah, silap-silap kita termasuk dalam golongan sampah tersebut.
Justify Full
Jujurnya kita akui terlalu ramai di antara kita yang terdiri dari reformis yang bersusah-payah berjuang untuk parti ini. Tetapi tidak semua reformis ini berjuang dengan ikhlas, ada yang mahu habuan dan pembalasan. Malahan, ada yang bercerita semula segala jasa baiknya terhadap DS Anwar dan keluarga. Semuanya memberi alasan berjuang untuk parti dan ingin melihat parti ini menjadi kuat.

Ezam juga bersusah payah dahulu, begitu juga dengan Roslan Kassim, Zahid Md Arip, Lokman Noor Adam, Hamdan Taha dan ramai lagi. Akhirnya ke mana mereka? Syabas, buat mereka yang dahulu susah tetapi masih setia dengan parti. Andaian jika Azmin menang, parti menjadi teruk adalah andaian dari persepsi yang salah. Parti menjadi teruk atau musnah jika yang menang itu mendapat kemenangan melalui jalan yang salah. Tidak kiralah samada Azmin atau siapa sahaja.

Mengapa diungkit penyatuan PRM ke dalam PKR? Apa silap dan salahnya Dr Syed Husin? Oleh kerana DR Syed Husin memberi menyebut agar parti membuang segala sampah yang ada di dalam PKR maka Dr Syed Husin patut dicaci? Jika kita merasakan kita bukan sampah, apa salahnya beliau berkata demikian? Jangan cepat terasa sangat. Berfikirlah dengan waras.
Jangan asyik berbangga dengan susahnya kita dahulu berjuang sehingga menganggap mereka yang baru masuk parti seolah-olah bukan pejuang. Itu ego namanya.

Kritiklah parti, tiada masalah. Mengapa dikaitkan dengan orang itu dan orang ini? Jangan bermain emosi semata-mata tidak suka kepada seseorang pemimpin. Perjuangan yang ikhlas, InsyaAllah akan diberkati dan disukai orang. Jangan kita suka berbuat baik, tapi mahu dipuji dan dipuja orang. Ibarat kita mohon derma, bila orang tidak mahu menderma kita maki hamun orang itu. Ikhlaskah?/wfauzdin.blogspot.com

KETUA AMK - KEMENANGAN TIDAK `GENTLEMAN' ?

Justify FullOleh: Mandor

ADA maklumat menyebut Chegu Bard tewas tipis kepada penyandang jawatan Ketua AMK sebelum ini iaitu Sdr Shamsul Iskandar di dalam pemilihan yang dianggap penuh `kontroversi'. Walau bagaimanapun, keputusan rasmi dijangka akan dimaklumkan semasa Kongres PKR Jumaat ini.

Dalam keputusan 14 November lalu, Shamsul memperoleh 3,981 undi manakala Badrul Hisham 3,273 undi, beza undi adalah sebanyak 708 undi. Perbezaan undi ini dikatakan semakin tipis di penghujung tempoh akhir pemilihan.

Apapun keputusannya, jelas bahawa sokongan terhadap Chegu Bard begitu kuat walaupun dikatakan terpaksa menempuh berbagai cabaran dan tekanan. Harapan penyokong-penyokong Chegu Bard untuk melihat anak muda ini mengemudi AMK jelas kelihatan sebelum musim pemilihan lagi. Harapan itu agak cerah apabila Sdr Shamsul Iskandar begitu bersungguh mengumumkan untuk bertanding jawatan Naib Presiden PKR atas alasan kununnya untuk memberi laluan kepada tokoh yang lebih muda.

Malang sekali, tidak semena-mena Sdr Shamsul membuat `U-Turn' dan bukannya `T-Junction' seperti yang didakwanya. Namun demikian, demi prinsip dan keikhlasan Chegu Bard terus nekad memasuki gelanggang. Keyakinan Chegu Bard terhadap sistem pemilihan yang adil dan telus membuatkannya merasa optimis untuk mencapai kemenangan. Beliau sedar selera anak muda mahukan perubahan, anak muda juga tidak mahu diperlekehkan sebagai `pejuang jalanan' semata-mata.

Beliau mahu membuktikan anak muda akan sanggup berada di mana sekalipun bukan hanya di jalanan untuk berdemontrasi. Sebab itu, beliau bersedia untuk berada di pentas debat terbuka dengan sesiapa sahaja untuk menerangkan aras dan misi yang ingin dibawanya. Ini menunjukkan anak muda bukan hanya berani di pinggir-pinggir jalan. Malangnya, sahutan demi sahutan oleh Chegu Bard untuk berdebat dipandang sinis.

Saya tidak berani untuk mengatakan kekalahan Chegu Bard adalah angkara penipuan atau ketirisan di dalam pemilihan ini. Tetapi saya bersetuju kemenangan yang mungkin diperolehi oleh Sdr Shamsul Iskandar itu adalah satu kemenangan yang penuh `kontroversi' dan dilihat tidak `gentleman'. Pada saya, masa depan Chegu Bard lebih cerah di masa hadapan dan beliau pastinya lebih bersedia untuk kembali ke gelanggang setelah sebegini hebat diuji.

KES LIWAT - KETERANGAN LUAR BIASA

Kes Anwar : Lagi Keterangan 'Luar Biasa' Dari Dr Razali(Kemaskini)
22/11/2010


KUALA LUMPUR 22 NOV: Pakar perubatan Dr Mohd Razali menegaskan bahawa dubur pengadu Saiful Bukhari Azlan “kosong’ walaupun Saiful mengadu tidak membuang air besar selama 48 jam.

Razali mendakwa bahawa walaupun seseorang tidak membuang air besar begitu lama, maka dubur beliau tidak boleh dalam keadaan kosong,

Peguam Anwar Sankara Nair menyifatkan keterangan Dr Razali sebagai “luar biasa.”

Dr Razali berkata beliau menjalankan pemeriksaan ke atas Saiful pada 28 June 2008 atau 56 jam selepas pengadu mendakwa di liwat.

Pada pemeriksaan itu, Dr Razali mendakwa walaupun dubur pengadu tidak mengandungi najis, namun beliau menjumpai sampel air mani tertuduh.

Dr Razali bagaimanapun tidak yakin samada sampel itu diletakkan dalam balang kalis udara kerana tugas itu dijalankan oleh doktor lain.

Pada sebelah pagi, Hakim Zabidin Mohd Diah menolak permohonan peguambela Anwar mendapatkan laporan awal pemeriksaan doktor terhadap Saiful ini.

Alasan yang diberikan hakim ialah laporan itu hanya boleh diperolehi jika dikemukakan oleh pendakwaraya atau jika Dr Razali merujuk kepadanya semasa memberi keterangan.

Laporan itu penting kepada peguambela kerana ia mengandungi pelbagai maklumat mengenai pemeriksaan ke atas Saiful yang tidak dimasukan dalam laporan perubatan yang dikemukakan kepada mahkamah.

Ketika memberi keterangan bulan lalu, Dr Razali enggan merujuk kepada laporan pemeriksaan awal itu walaupun gagal memberikan jawapan memuaskan kepada soalan yang diajukan oleh peguam Karpal Singh.

Mohamad Zabidin juga memutuskan bahawa laporan perubatan HKL yang muktamad diterima sebagai bahan bukti walaupun sebahagian daripada laporan itu tidak dikemukakan./TVNews