JOM MASUK AHLI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DENGARKAN KOBAT FM ONLINE

Ahad, 20 Mac 2011

GERTAKAN GOBALA TIDAK MENJADI

Oleh: WFAUZDIN NS

MP Padang Serai, Gobalakrishnan telah mengemukakan tuntutan mohon maaf terhadap MP Machang, YB Saifuddin Nasution di dalam tempoh 7 hari berkaitan dakwaan Saifuddin kemungkinan Gobala mendapat habuan setelah keluar dari PKR. Sekiranya Saifuddin gagal untuk memohon maaf, beliau akan berhadapan dengan saman berjumlah RM 12 juta.

Gertakan Gobala terhadap Saifuddin nampaknya langsung tidak diendahkan oleh Setiausaha Agung PKR tersebut malahan beliau bersedia untuk berjumpa dengan Gobala di mahkamah. Jawapan rengkas Saifuddin seperti berikut, " “Alasan saya ialah saya telah ketengahkan beberapa fakta yang mengukuhkan kenyaaan awal saya mengenai punca dan sebab musabab kenapa beliau telah mengkhianati parti walaupun bertanding atas tiket KEADILAN kemudian mereka-reka segala alasan melalut untuk mengesahkan atau mensahihkan tindakannya mengkhianati parti," Katanya, sepanjang 12 tahun mengenali Gobala dalam PKR, beliau tahu kemampuan kewangan wakil rakyat itu.

Sebelum meminta Saifuddin memohon maaf, sewajarnya Gobala terangkan di mana beliau memperolehi wang sebanyak itu. Tetapi Gobala memilih untuk menyelesaikan isu ini di mahkamah. Mungkin ada harapan buat Gobala menjadi jutawan segera jika memenangi kes ini, atau Gobala akan dibuktikan sebagai pengkhianat rakyat Di Bagan Serai. Apa pun keputusan di mahkamah nanti, yang jelas pengundi-pengundi di Bagan Serai sudah pasti akan menolak beliau di dalam PRU nanti. Sebelum Gobala istiharkan diri keluar dari PKR, saya telah pun menulis bahawa orang ini sedang mencipta alasan untuk keluar parti dan jangkaan saya memang tepat.

Syabas buat Saifuddin yang tegas dengan pendiriannya di dalam isu ini. Pembongkaran hendaklah terus dilakukan terhadap beberapa orang lagi Adun/MP dari PKR yang telah berubah menjadi `spesis katak' ini. Inilah tempoh terakhir mereka berada di kerusi masing-masing sebelum mereka dicampakkan oleh rakyat ke tong sampah./wfauzdin.blogspot.com

Jumaat, 18 Mac 2011

KALAU DNA ZUL KULIM DI DUBUR BABI , AMACAM ?

Oleh: WFAUZDIN NS

SINAR hari ini menyiarkan kenyatan YB Zul Kulim yang mencabar DS Anwar untuk menyerahkan DNA nya sepertimana desakan beberapa kumpulan yang jahil berhimpun baru-baru ini. Jelas motif YB Zul Kulim hanyalah untuk mengampu Najib dan sekutu Apco walaupun beliau sedar apa sebenarnya yang berlaku.

YB Zul yang sinonim digelar `firaun besar' ini dahulunya adalah salah seorang dari Tim Peguambela DS Anwar di dalam kes fitnah liwat I walaupun banyak dilihat hanya membawa beg dan fail sahaja. Begitu juga di dalam setiap ceramahnya, Zul Kulim ini menjajaja ke hulu ke hilir menyebut kezaliman Kerajan Umno/Bn kerana menfitnah DS Anwar sehinggakan beliau berucap seperti mahu menangis kerana terlalu sedih mengenangkan nasib DS Anwar dan keluarganya. Di dalam kes fitnah liwat terbaru ini, beliau juga awalnya terbabit di dalam peguam DS Anwar di dalam kes qazaf yang mahu difailkan di dalam mahkamah Syariah yang akhirnya ditolak atas bantahan yang dikemukakan oleh Jamil Khir, seorang menteri yang kununnya tokoh Islam di dalam Umno. Soalnya, mengapa sekarang YB Zul begitu lapar kepada DNA DS Anwar?

Semuanya berubah setelah tidak lagi berjuang dengan kebenaran. Beliau dipecat dari PKR, dan semenjak itu mulutnya terkunci dari menceritakan kebenaran. Jika dahulu beliau dilihat seperti menyanjung tinggi perundangan Islam, kini beliau `beriman' dengan DNA. Al-Quran tidak lagi dijadikan hujah untuk mengadili kes-kes seperti ini sebaliknya DNA dijadikan dalil atau nas terkuat. Saya tidak dapat bayangkan jika ada pihak yang meletakkan DNA Zul Kulim pada dubur babi, dan Zul Kulim dikatakan ada melakukan perbuatan liwat dengan babi tersebut. Apakah Zul Kulim redha dengan tuduhan sedemikian? Jika ada yang percaya bahawa DNA adalah bukti kukuh melebihi dari keadilan Islam itu, sudah tentu mereka akan percaya bahawa Zul Kulim telah meliwat seekor babi.

Di mana ilmu yang Allah kurniakan kepada Zul Kulim selama ini? Ilmunya terus hancur lebur dan tiada keberkatannya lagi setelah bersekongkol dengan puak yang zalim serta sekutu Apco. Mengapa YB Zul tidak menyoal Saiful siapakah pemilik DNA yang lain yang dikatakan berterabur pada punggung pemuda yang pernah tidak mencuci duburnya selama beberapa hari itu? Mengapa sasarannya DS Anwar sahaja? Itu sudah cukup menunjukkan betapa rendahnya moral Zul Kulim yang mudah dibeli.

Saya sarankan kepada Zul Kulim, jika kamu lapar sangat kepada DNA DS Anwar, sila kutip DNA tersebut pada tilam yang pernah diusung oleh Musa Hassan sewaktu kes fitnah Liwat I dahulu. Kamu boleh simpan dan buat perhiasan atau tangkal di rumah kamu. /wfauzdin.blogspot.com

Khamis, 17 Mac 2011

MAT SABU TIMBALAN PRESIDEN PAS ?

Oleh: WFAUZDIN NS

TERAMATLAH setujunya saya apabila membaca laporan di dalam Malaysiakini yang menyebut bahawa ada sekumpulan di dalam PAS ingin membawa Mat Sabu ke jawatan lebih tinggi di dalam kepimpinan PAS di dalam Muktamar Pemilihan PAS akan datang. Saya berpendapat tempat paling baik dan sesuai buat tokoh yang `vokal' dan `radikal' seperti beliau adalah sebagai Timbalan Presiden PAS.

Di dalam menghadapi situasi politik di negara ini di masa-masa akan datang memerlukan tokoh seperti Mat Sabu. Jika di zaman Nabi Muhammad S.A.W, beliau mempunyai pejuang yang berbagai watak samada yang lembut mahu pun yang berpewatakan keras. Ini penting untuk `Uslub' perjuangan Islam bergantung kepada situasi yang dihadapi. Sayyidina Omar R.A sebagai contoh adalah sahabat Nabi yang terkenal dengan `tegas dan keras' di dalam membela Islam. Beliau amat digeruni oleh musuh-musuh Islam ketika itu.

PAS perlu tokoh yang seperti Mat Sabu untuk mempertahankan PAS di dalam menghadapi musuh politiknya. Tidak dapat dibayangkan jika semua pimpinan PAS berperwatakan seperti Tuan Guru Nik Aziz atau pun seperti Tuan Guru Haji Hadi. Mereka sebagai Ulamak yang mempunyai cukup kesabaran di dalam menghadapi serangan musuh. Sudah tentu musuh PAS amat gembira jika kesemua pimpinan PAS bersikap sedemikian.

Justeru itu, Mat Sabu boleh diangkat sebagai pengimbang di dalam pendekatan dakwah PAS. Beliau juga layak kerana tidak mempunyai ramai `seteru' samada di dalam parti mahu pun di luar parti. Hubungan rapat beliau dengan pemimpin DAP seperti Lim Guan Eng akan dapat memberi kebaikan bersama kepada PAS dan DAP. /wfauzdin.blogspot.com

Rabu, 16 Mac 2011

BIK MAMA MEMALUKAN KITA SEMUA

Oleh: WFAUZDIN NS

Kata-Kata Azimat Sewaktu Di Kerdau - " Lihat Betul-Betul wajah Saya, Ada Rupa Penipu Tak?"

MENGAPALAH gatal sangat mulut Bik Mama ni nak bercakap? Kalau tak tahu apa-apa lebih baik diam, sekurang-kurangnya orang tak tahu bahawa kita ni tak tahu. Bila gatal mulut nak bercakap, tidak pasal-pasal jadi malu.

Bik Mama mendakwa kejadian Tsunami di Jepun baru-baru ini sebagai pengajaran kepada Kerajaan Jepun yang tidak menitikberatkan faktor alam sekitar dan perubahan iklim dalam pembangunannya. Kejahilan Bik Mama disensasikan oleh CNN dan di laman FaceBook serta Twitter seluruh dunia. Kalau Bik Mama tidak merasa malu dengan kenyataannya itu, kita sebagai rakyat Malaysia mesti merasa malu kerana beliau dikatakan `First Lady Of Malaysia'. Siapa Bik Mama untuk mengajar Jepun? Sedarkah kita bahawa negara kita ini masih `disuap' oleh Jepun untuk memberi makan rakyat negara ini? Bukan sedikit pelaburan Jepun di negara kita dan berapa banyak Jepun mengajar kita tentang teknoloji?

Saya memetik kisah Bik Mama ini mengikut seperti yang dinyatakan oleh Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin. Beliau berkata, " Malahan, dari insiden ini menunjukkan beliau sebagai isteri Perdana Menteri tidak layak untuk mewakili suara wanita Malaysia, apatah lagi mahu mengangkat diri beliau dengan gelaran First Lady of Malaysia (FLOM),” ujarnya . Katanya, kenyataan Rosmah yang dilaporkan kepada Awani, menjadi tajuk utama berita antarabangsa CNN, dan kini menjadi pendebatan hangat di laman sosial Facebook dan twitter menunjukkan bahawa Rosmah seolah tiada naluri sensitiviti kepada kesusahan rakyat dan kerajaan Jepun yang kini sedang dalam keadaan getir menghadapi bencana yang melanda.

Melihat kepada musibah yang melanda Jepun itu, kita amat kagum dengan rakyatnya yang begitu berdisiplin menghadapi keadaan yang amat genting tersebut. Kerajaan Jepun juga telah bertindak pantas dengan penuh tanggungjawab di atas tragedi yang menimpa. Terlalu jauh bezanya dengan negara kita walaupun menghadapi bencana yang kecil. Menghadapi banjir pun, bantuan kadangkala terhegeh-hegeh mahu sampai. Justeru itu, usahlah Bik Mama mahu memperlekehkan Jepun.

Betullah kata ramai orang bahawa kejatuhan Najib nanti adalah berpunca daripada Bik Mama yang tidak tahu apa-apa tetapi berlagak seperti terlalu pandai. Sekarang yang tidak suka atau meluat dengan Bik Mama bukan sahaja rakyat di negara ini, tetapi bertambah meluas ke luar negara. Di mana Bik Mama mahu sorokkan muka jika beliau mahu `bershopping' ke luar negara selepas ini?/wfauzdin.blogspot.com

BETINA MULUT CABUL BAKAL BERTEMU BUKU DENGAN RUAS

Oleh: WFAUZDIN NS

UMI Hafilda memulakan `peperangan' mengaibkan beberapa orang termasuk saudara sedarah sedaging dengannya. Betina tua yang mendakwa masih dara ini menjelajah ke seluruh pelusuk tanahair di atas pentas sekutu Apco hanya untuk bercerita tentang keaiban orang lain seolah-olah beliau `terlalu suci' lagi `menyucikan'.

Sasaran utama betina tua ini adalah DS Anwar dan abang kandungnya Azmin Ali. Berbagai cerita dibawa oleh sang betina ini termasuk menggunakan bahasa lucah yang tidak sepatutnya keluar dari mulut seseorang wanita kecuali wanita itu bersifat `jalang'.

Beberapa hari ini kita dimaklumkan bahawa ada insan lelaki yang akan mengikuti jejak betina ini untuk bercerita tentang hubungan `dalam kelambu' pula dan pasangannya adalah Ummi sendiri. Walaupun cerita ini sudah lama kita tahu, namun lelaki bernama Baginda Minda ini akan mengulanginya semula bagi menunjukkan kepada rakyat bahawa betina ini bukanlah `suci sesuci embun pagi.'

Baginda Minda, bekas rakan niaga Ummi dikatakan akan menjelajah ke seluruh negara bagi berceramah untuk mendedahkan apa yang dikatakan "skandal" wanita itu di masa lalu. Baginda mendakwa, ketika Ummi membuat pelbagai dakwaan, termasuk tentang moral ketua pembangkang itu, wanita itu sendiri mempunyai skandal dengannya di London. Kisah ini semuanya telah diceritakan oleh Baginda Minda sewaktu beliau memberi keterangan di mahkamah sebagai Saksi Pembela di dalam Kes Liwat I DS Anwar sebelum ini.

Norazman Abdullah @ Baginda Anak Minda pernah memberitahu mahkamah bahawa beliau ada mengadakan hubungan seks dengan Ummi ketika bersama di london. Hubungan mereka mula akrab pada Jun 1998 bersama seorang lagi ahli perniagaan yang disebut namanya di dalam mahkamah. Baginda juga turut menyebut bahawa Ummi ada memberitahunya bahawa apa yang terjadi ke atas DS Anwar ketika itu adalah fitnah semata-mata.

Kesemua ini akan didedahkan oleh Baginda sekiranya beliau mengambil keputusan untuk menjelajah ke seluruh pelusuk negara sepertimana yang telah betina ini lakukan. Sebenarnya saya tidak bersetuju dengan cara menjaja keaiban orang samada benar ataupun fitnah kerana Islam amat melarang perbuatan tersebut apatah lagi ianya merupakan satu fitnah. Namun, melihat kepada tindakan betina tersebut sejak kebelakangan ini sudah melampau batas dan diredhai pula oleh puak sekutu Apco, maka kita tiada upaya untuk melarang Baginda daripada `mengajar' betina ini.

Saya yakin, Baginda sudah pasti tidak akan mendapat `layanan istimewa' daripada pihak berkuasa sekiranya beliau bercadang untuk `menelanjangkan' betina yang tidak diakui anak oleh bapanya itu. Berbeza daripada `layanan first Class' yang diterima oleh si mulut cabul ini. Apa pun kita tunggu setakat mana minda masyarakat di negara kita terutamanya orang-orang Melayu berugama Islam boleh menerima cara berpolitik sedemikian rupa. /wfauzdin.blogspot.com

SERANGAN TERHADAP ANWAR, APA TINDAKAN AMK ?

Oleh: WFAUZDIN NS

MAKA hiruk pikuk lah puak-puak sekutu Apco mengadakan demontrasi mendesak agar DS Anwar menyerahkan sampel DNA nya, kunun untuk membuktikan samada benar atau tidak DS Anwar meliwat Saiful. Hakikatnya semua sudah maklum, DNA yang di dapati pada punggung Saiful bukan hanya satu atau dua DNA sahaja, tetapi DS Anwar tetap menjadi igauan puak mereka. Ertinya, apa?

Kita telah maklum, DNA DS Anwar telah lama diberikan sebelum ini iaitu bermulanya kes Fitnah 1 dahulu dan DNA tersebut telah dimanipulasikan. Adakah DS Anwar masih tidak belajar dari pengalaman lampau? Adakah data DNA akan berubah dari semasa ke semasa? Mengapa data DNA yang diperolehi dari DS Anwar di dalam kes fitnah Liwat 1 dahulu tidaj digunakan untuk kes kali ini? Semua jawapan tersebut kita biarkan puak sekutu Apco untuk menjawabnya.

Cuma, rasa terkilan sedikit kerana di mana suara Ketua AMK di dalam menghadapi serangan propaganda puak mereka? Kita lihat puak mereka semakin aktif memperbodohkan rakyat yang masih ramai tidak mengerti apa itu DNA. Lebih malang lagi, demontrasi puak mereka berjalan dengan aman tanpa kehadiran `sipembawa cotar' atau Water Canon. Apakah AMK tidak lagi berselera untuk membela bos mereka? Atau hanya sekadar berkokok berapi disaat pemilhan kepimpinan parti? Jangan dipersalahkan jika ada pihak lain selain dari AMK yang ke hadapan menjadi benteng kepada DS Anwar di dalam isu ini.

AMK harus berani bukan kerana ingin membodek Ketua Umum PKR tersebut, tetapi harus berani menegakkan kebenaran dan keadilan. Jika ada perasan takut, lebih baik Ketua AMK berundur segera dan berikan kepada yang lebih berani./wfauzdin.blogspot.com

Selasa, 15 Mac 2011

KENYATAAN MEDIA YB NURUL IZZAH

KENYATAAN MEDIA
UNTUK SEBARAN SEGERA
15 Mac 2011

Pagi ini kita dikejutkan lagi dengan berita letupan ketiga di loji tenaga nuklear Daiichi di Fukushima, Jepun. Mengikut laporan agensi berita Reuters serta The New York Times, letupan di reaktor No 2 telah berlaku jam 6:14 pagi waktu Jepun dan kerosakan yang timbul mungkin bersifat lebih kritikal, lalu menyebabkan senario “full meltdown” semakin mungkin berlaku. Reuters menambah bahawa kadar radiasi sekitar loji nuklear tersebut telah meningkat empat kali ganda.

Oleh itu, saya berharap agar pihak Kerajaan Pusat bertindak lebih pantas tetapi tepat dalam menerangkan situasi sebenar di Jepun serta apakah akibat yang mungkin dialami rakyat Malaysia di Semenanjung, Sabah, dan Sarawak. Apakah peratusan kemungkinan radiasi dari loji tenaga nuklear ini akan tiba di Malaysia, berdasarkan senario “full meltdown”? Apakah langkah berjaga-jaga yang harus diambil rakyat Malaysia? Adakah Kerajaan Pusat benar-benar bersedia menghadapi situasi pencemaran nuklear yang mungkin terjadi?

Pada masa yang sama, Kerajaan Pusat wajib menghentikan dahulu sebarang perancangan untuk membina loji tenaga nuklear mahupun pusat pemprosesan tanah jarang (rare earth refinery) di negara ini.

YB Nurul Izzah Anwar
Ahli Parlimen Lembah Pantai