JOM MASUK AHLI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DENGARKAN KOBAT FM ONLINE

Khamis, 5 Mei 2011

SEBENARNYA WANITA ITU `DIROGOL' OLEH ANWAR ?

Oleh: WFAUZDIN NS

MUDAH untuk dibaca mengapa Eskay mengeluarkan perkataan ini, “Saya tidak pernah menuduh Anwar berzina. Bila saya tuduh dia berzina? Soal dia zina atau tidak berzina tidak ada kena mengena dengan saya," kata Eskay (Malaysiakini). Kerana apa? Sebab utamanya tentulah beliau mahu mengelak dari dibicarakan di dalam kes qazaf. Lojik tak?

Sekarang ini majoriti rakyat termasuk yang Non Muslim menolak dan mentertawakan sumpah laknat Eskay. Umat Islam, termasuk beberapa tokoh ugama dan Mufti meminta isu ini diadili mengikut Islam iaitu di dalam Mahkamah Syariah berkaitan hukum Qazaf. Apa itu Qazaf? Qazaf adalah satu bentuk perundangan Islam yang mana barang siapa yang menuduh seseorang itu berzina tanpa membawa 4 orang Saksi yang adil, maka hendaklah dibicarakan di bawah kes qazaf.

Ini lah yang amat ditakuti oleh Eskay kerana Qazaf memperuntukkan 80 kali sebatan jika sabit kesalahan. Ketika sebatan dilakukan, tentunya tidak dibenarkan memakai baju besi atau kalis peluru. Justeru itu, cerita mesti diubahsuai bahawa beliau tidak menuduh Anwar berzina tetapi jelas, terang dan nyata di dalam sumpahnya beliau menyebut Anwar yang beraksi di dalam video seks berkenaan kerana beliau ada di situ. Menambahkan bukti lagi, beliau mengugut agar Anwar dan Azizah meletakkan jawatan di dalam politik sekiranya tidak mahu video seks berkenaan diedarkan.

Ada seorang teman FB saya berhujah, mengapa bukti video tidak boleh diterima di dalam kes zina ini dan mengapa perlu 4 orang saksi? Beliau memberi contoh kisah Nabi Allah Yusof AS dengan Zulaikha yang mana hanya baju koyak dijadikan bukti, tiada pun menggunakan 4 orang saksi. Inilah pertanyaan puak-puak yang sudah sebati dengan Umngok yang tidak pernah serius dengan hukum hakam Islam yang membuatkan mereka terus jahil.

Saya bukan mahir untuk menjawab hujah teman saya ini, tetapi saya katakan padanya adakah Nabi Allah Yusof dan Zulaikha itu berzina? Kisahnya secara rengkas, Zulaikha cuba menggoda Nabi Yusof tetapi tidak dilayan oleh Nabi Yusof lantas ketika terdesak, Zulaikha menuduh Nabi Yusof cuba mencabul atau merogolnya. Maka, perlu apanya 4 orang saksi di dalam kes ini? Memang ketika itu apa jua bukti yang ada boleh digunakan kerana tidak melibatkan kes zina. Justeru itu, baju yang koyak di bahagian belakang Nabi Yusof dijadikan bahan bukti. Satu lagi, adakah Syariat Nabi Allah Yusof boleh digunakan di dalam Syariat Nabi Muhammad S.A.W?

Jika Eskay masih berhajat untuk mengenakan Anwar juga, patutnya beliau mengubah cerita baru yang lain iaitu wanita di dalam video berkenaan sebenarnya dirogol oleh Anwar. Jika itu ceritanya, maka terpakailah video itu untuk dijadikan bahan bukti termasuk DNA dan tidak perlu lagi 4 orang saksi. Mungkin tidak terlambat untuk Eskay mengubah cerita, cuma wanita itu kena cepat sedikit membuat laporan Polis mengatakan sebenarnya beliau dirogol oleh Anwar. Masalah kita lihat di dalam video berkenaan wanita itu melawan atau tidak, itu masalah lain janji Anwar mesti dikenakan. Tidakkah Saiful juga dikatakan `dirogol' dari belakang oleh Anwar walaupun selepas itu Saiful makan karipap dan goreng pisang? Ada orang kisah?

Fahamlah kita mengapa jalan cerita ini sentiasa berubah. Jangan pelik jika jalan cerita ini akan berubah dari zina kepada rogol pula. Sekiranya kali ini gagal juga untuk mengenakan Anwar, tidak perlu bimbang kerana Eskay telah memberitahu ada yang lain untuk didedahkan. Ada kita kisah?/wfauzdin.blogspot.com

VIDEO SEKS - SAYA TIDAK TUDUH ANWAR, KATA ESKAY? PUTARAN 360 DARJAH

Oleh: WFAUZDIN NS

HARI ini di Malaysiakini, Eskay membuat kenyataan mengelirukan lagi. Eskay berkata, " Ia rakaman biasa dengan catatan masa sahaja. Saya bukannya menuduh Anwar tetapi wartawan yang telah menonton video yang membuat penilaian,” kata Eskay (Malaysiakini).

Mula-mula dulu dia kata dia terjumpa kamera tersembunyi, dia buka dan terperanjat melihat Anwar melakukan adegan itu. Beliau menjemput beberapa rakannya untuk menonton untuk mengesahkan adakah itu Anwar. Kemudiannya, dijemput beberapa wartawan dan editor akhbar menonton video hitam putih tersebut di Seri Carcosa. Ertinya, beliau mungkin tidak tahu itu adalah Anwar jika tidak menjumpai kamera tersembunyi tersebut.

Kemudian terbaru, beliau di dalam sumpahnya mengaku Anwar yang terlibat di dalam aksi tersebut kerana beliau bersama Anwar ketika kejadian. Pulak dah. Dan, hari ini seperti yang dilaporkan Malaysiakini, beliau berkata beliau tidak menuduh Anwar tetapi wartawan-wartawan yang telah menontonnya membuat penilaian. Tidak disebut pula oleh Eskay, apakah penilaian wartawan itu semua? Adakah kita mendengar mana-mana wartawan yang mengesahkan lelaki itu adalah Anwar? Yang ada kita dengar, beberapa orang yang menontonnya menafikan dan tidak percaya itu adalah Anwar.

Cukuplah Eskay, banyak keterangannya yang berputar 360 darjah. Mungkin Zul Kulim yang percaya 110 % cerita putaran 360 darjah ini. Diberitakan beliau dipanggil Polis untuk siasat tentang kejadian sumpah laknat di dalam masjid. Bagaimana dengan kes menayangkan video lucah? Jangan dilupakan sudahlah./wfauzdin.blogspot.com

Rabu, 4 Mei 2011

APA MASALAH NI, ESKAY? DIMAKAN SUMPAH KE?

Eskay nafi tuduh Anwar lakukan seks

KUALA LUMPUR: Ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah hari ini menafikan beliau menuduh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim terlibat dalam video seks yang didedahkannya.

Pengakuan itu bercanggah sama sekali dengan dakwaan beliau sebelum ini. “Saya tidak pernah menuduh Anwar berzina. Bila saya tuduh dia berzina? Soal dia zina atau tidak berzina tidak ada kena mengena dengan saya,” kata Eskay selepas memberi kenyataan di Balai Polis Kepong petang tadi, lapor Malaysiakini.com.

Eskay juga dilapor cuba meletakkan beban dakwaan kononnya Anwar adalah pelaku dalam video itu kepada wartawan. Menurutnya, beliau menjemput wartawan terpilih untuk menonton video itu di Hotel Carcosa pada 21 Mac lalu kerana mahukan mereka membuat penilaian sama ada pelaku dalam rakaman itu adalah Anwar. “Saya menghubungi wartawan untuk tanya sama ada orang dalam rakaman itu adalah Anwar, itu sahaja. Anda yang paling rapat dengan dia, selalu mewawancara dia,” kata Eskay kepada pemberita yang kelihatan tercegang dengan kenyataan beliau.

Anwar sebelum ini membuat laporan polis terhadap Eskay, bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan bekas Bendahari Perkasa Shuib Lazim kerana menfitnah beliau bersabit rakaman 21 minit itu. Mereka turut mengugut untuk menyebarkan video itu kepada rakyat jika Anwar dan isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tidak berundur dari politik dalam tempoh seminggu. Video fitnah berkenaan kemudian disebar secara meluas di internet oleh blogger Umno- Barisan Nasional./KeadilanDaily

OSAMA PENGGANAS? DI NEGARA KITA SIAPA PENGGANAS?

Oleh: WFAUZDIN NS

"AMAN dunia bila Osama telah mati", itulah kata Najib di dalam mengulas isu kematian Osama Ben Laden seperti yang dilaporkan. Najib berkata demikian berasaskan bahawa Osama adalah pengganas dunia seperti juga ada dakwaan mengatakan Najib juga pernah mengecop Ulamak Muktabar As Syeikh Yusoff Qardhawi sebagai tokoh yang menggalakkan kegaganasan.

Ertinya, jika As Syeikh Yusoff Qadhawi meninggal dunia nanti, tentulah Najib akan merasa gembira sepertimana gembiranya beliau mendengar kematian Osama Ben Laden. Memang benar, apabila seseorang itu terbukti memang pengganas kematiannya memang menggembirakan mereka yang impikan keamanan dan kesejahteraan. Adakah Osama Ben Laden sememangnya pengganas apabila bermusuh dengan Amarika dan sekutu Yahudi dan Israel itu?

Di negara kita, rakyat juga akan turut bergembira dan berharap agar pengganas yang ada di negara ini cepat mati atau lenyap dari bumi Malaysia tercinta ini. Siapakah mereka? Mereka adalah yang zalim, yang mengekalkan pemerintahan zalim seperti Akta ISA. Pengganas di negara kita sedang diburu oleh rakyat iaitu dalang di sebalik pembunuh kejam Altantuya. Kita tidak tahu siapa, tetapi yang pasti orang yang terlibat mengarahkan Altantuya dibunuh mesti masih hidup. Kita cuma tahu pembunuh Altantuya, tetapi kita tidak tahu mengapa Altantuya dibunuh dengan kejam iaitu menggunakan bom C4 dan siapa yang mengarahkan mereka untukl berlaku kejam ke atas Altantuya. Adakah pengganas ini terlepas jika telah bersumpah laknat?

Justeru itu, keganasan tidak kira siapa mereka dan ugama apa sekalipun wajib kita tentang. Jika Osama Ben Laden dikatakan pengganas, kita jangan lupa di negara kita mungkin ada yang lebih zalim dan kejam tetapi masih berpura-pura seperti `Malaikat'. Kita boleh tahu siapa pengganas ini, setelah kita ditakdirkan berkuasa di Putrajaya dan ketika itu baru rakyat tahu pengganas sebenar di negara ini./wfauzdin.blogspot.com

Isnin, 2 Mei 2011

SUMPAH LAKNAT - SOKONG TINDAKAN AMK HALANG KEMUNGKARAN DAN APA KATA MUFTI?

Oleh: WFAUZDIN NS


DUNIA sudah mahu terbalik agaknya. Orang yang buat salah dan melakukan ajaran sesat buat laporan terhadap golongan yang mahu mencegah kemungkaran atau fahaman sesat di Rumah Allah. Itulah yang boleh dibayangkan apabila beberapa puak sekutu Apco membuat laporan Polis terhadap sekumpulan penyokong PKR yang membantah upacara sumpah laknat yang dilakukan oleh kumpulan `three strooges' diketua oleh Eskay.

Ada yang menyebut tindakan Ketua AMK yang mengetuai bantahan itu adalah satu tindakan tidak betul dan biadab kununnya mencemari kesucian masjid. Biadab kah kita jika kita cuba melarang seseorang atau kumpulan yang ingin melakukan satu upacara karut yang tidak diajar di dalam Islam dengan menggunakan masjid?

Ini bukan masalah kita takut Eskay mahu bersumpah, kita peduli apa dia mahu bersumpah jutaan kali pun tetapi jangan gunakan masjid dengan amalan karut marut itu. Jika beliau bersumpah di rumahnya atau di bawah jambatan mahupun di pasar malam, saya pasti AMK tidak akan memperdulikannya. Kalau Majlis Agama Islam atau JAWI sendiri gagal menjadi badan Amal Makruf Nahi Mungkar, salahkah AMK ingin mempertahankan kesucian Rumah Allah tersebut?

Akhbar Sinar hari ini melaporkan, beberapa Mufti sependapat bahawa sumlah laknat Eskay itu amat bertentangan dengan Islam. Mufti Selangor Datuk Seri Mohd Tamyes menyebut, " seseorang yang menuduh individu lain melakukan perbuatan zina layak mendapatkan 4 orang saksi yang adil, tidak fasiq dan tidak pernah melakukan perbuatan terkutuk, tetapi TIDAK LAYAK melakukan sumpah laknat". Mufti Perak Tan Seri Harussani pula berkata, " Sepatutnya, selepas dia (Eskay) membuat tuduhan orang itu (Anwar) berzina, perlu kemukakan bukti bukannya bersumpah. "Menuduh orang itu berzina bermakna Qazaf, Qazaf ini bukannya bersumpah tetapi bawa bukti (saksi). "Cara yang dilakukan oleh Eskay itu membabitkan pertuduhan zina antara suami dan isteri".

Akhbar yang sama juga memetik kenyataan Presiden Persatuan Peguam Syarie, Muhammad Isa Abdul Ralip "Saya sendiri kurang jelas Eskay sumpah untuk tujuan apa kerana sumpah perlu berlandaskan pada hukum Syarak ditetapkan di dalam Islam. "Jangan sewenang-wenangnya angkat sumpah jika tidak tahu maksud sumpah sebenarnya, atau Eskay sebenarnya bermotifkan politik". Seorang lagi Pendakwah Bebas, Ustaz Md Daud Che Ngah pula berkata, "Berdasarkan Al-Quran sumpah laknat hanya boleh dilakukan oleh suami dan isteri sahaja". "Dalam isu sumpah laknat Eskay semalam, langsung tiada kena mengena kerana apa yang dilakukannya adalah pembohongan bersifat fitnah dalam masjid".

Jauh berbeza dengan kenyataan Jamil Khir, Senator yang dilantik oleh Najib. Jamil Khir mudah memberi hukum dengan menyebut, "Sumpah laknat Eskay adalah hak peribadi individu perpegang kepada katanya sebelum ini". Apabila ditanya oleh wartawan, adakah perbuatan Eskay itu menyalahgunakan masjid, Jamil Khir mudah menjawab, "Ini kerana sebaik-baik tempat untuk berbincang dengan orang ramai di masjid".

Betulkan apa yang dilakukan oleh Eskay kelmarin itu berbincang? Jika berbincang mengapa perlu ada Pegawai Polis dengan beberapa anggota membuat kawalan rapi? Perlukah Eskay hadir ke masjid untuk berbincang dengan memakai baju kalis peluru? Siapa yang mengetuai perbincangan itu jika benar ada? Tidak tahukah Jamil Khir bahawa apa yang berlaku di Rumah Allah itu adalah satu perbuatan yang bertentangan dengan Al-Quran di dalam isu tuduhan zina ini? Mengapa ianya dibenarkan berlaku jika tidak bertujuan politik dan untuk menyesatkan umat Islam?

Justeru itu, walaupun saya tidak banyak bersetuju dengan Ketua AMK di dalam beberapa tindakannya, tetapi di dalam isu ini saya menghormatinya kerana jika saya berada di situ sekalipun sukar untuk saya boleh membiarkan perkara karut dan sesat boleh dilakukan di dalam Rumah Allah. Pedulikan laporan Polis yang dibuat oleh sekutu Apco itu kerana kita semua maklum, Apco tidak akan senang jika ada yang menentang perbuatan mungkarnya./wfauzdin.blogspot.com

BERKAT SOLAT HAJAT - UMNO KINI KERA SUMBANG

Oleh: WFAUZDIN NS

BERKAT kita di dalam PR sering melakukan sembahyang hajat dan tidak putus-putus berdoa, maka hari ini kita dapat melihat kesannya ke atas musuh kita. Najib, Muhyiddin dan Umno kini kepanasan tidak tahu lagi arah haluan mereka.

Umno kini boleh diibaratkan sebagai kera sumbang. Di dalam Bn, Umno kini terpulau oleh MCA dan Gerakan akibat kelakuan Umno yang hanya pentingkan diri sendiri. MCA dan Gerakan telah melihat sendiri betapa kaum Cina yang diwakili oleh mereka selama ini telah berpaling kepada DAP. Kebijaksanaan kaum Cina berpolitik amat merunsingkan Umno, justeru itu akhbar milik mereka Utusan Malaysia serta dibantu oleh PERKASA terpaksa memainkan isu perkauman.

Najib berada di dalam dilema untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh Bn. Maka, tanpa rasa segan silu mereka cuba mempengaruhi DAP untuk menyertai Bn akibat tidak lagi percaya kepada MCA dan Gerakan. Apabila DAP tegas menolak cubaan Bn yang penuh tipu muslihat itu, maka mereka terpaksa beralih arah kepada PAS pula.

Di Terengganu semalam, Najib dengan wajah penuh harapan menyeru agar PAS keluar dari PR. Beliau sedar, mustahil buat PAS untuk bersama dengan Umno yang sekular dan meredhai politik lucah itu maka Najib berkata tidak perlu PAS bersama Umno asalkan keluar dari PR. Hujah Najib kununnya DAP yang mengganti PAS kini, malangnya Najib gagal menyebut satu pun bukti di atas dakwaannya itu. Seperti biasa Najib hanya berani menyalak di gelanggang sendiri, dan saya percaya 110 % jika pemimpin PAS cabar Najib berdebat atas isu ini Najib pasti akan menyorok di belakang Rosmah.

Inilah yang dikatakan keberkatan solat hajat kita selama ini. Sikit demi sedikit Allah telah tunjukkan kepada kita betapa Umno kini kepanasan dan hilang arah. Umno tidak lagi tahu siapa sebenarnya kawan yang boleh dipercayai. Umno kini kera sumbang./wfauzdin.blogspot.com

Sabtu, 30 April 2011

APA LAGI HAJAT KAMU ESKAY ?

Oleh: WFAUZDIN NS


PERTANYAAN untuk Eskay dan geng `three strooges', apakah lagi yang kamu mahu? Hajat kamu bersumpah laknat telah pun tertunai semalam. Adakah lagi hajat yang lain yang belum tertunai?

Jika kamu berhajat untuk melihat Anwar pula melakukan kerja bodoh seperti kamu itu, lebih baik kamu belajar menyebut `Bismillahirrahmanirrahim' dan belajar menyebut dua kalimah syahadah dengan betul tidak seperti semalam sehinggakan anak-anak sekolah PASTI pun ketawa mendengarnya.

Saya lihat semalam ada seorang pendakwah telah membekalkan kepada kamu sebuah buku agama mungkin berkaitan hukum menuduh orang lain melakukan zina. Maka, berpakatlah kamu bertiga mengaji dan berguru betul-betul bab berkaitan di dalam buku tersebut setelah kamu mampu menuturkan dengan betul dan lancar kalimah dua syahadah itu nanti.

Jika kamu sudah tamat mengaji, barulah kamu boleh menyalak menggesa Anwar bersumpah pula. Sekarang, apakah lagi hajat kamu selepas hajat bersumpah dan memakai baju kalis peluru tercapai? Ingin bersumpah di depan Kaabah pulakah? Kamu tentu banyak duit, bila-bila masa saja kamu boleh ke sana untuk bersumpah berapa ribu kali sekalipun.

Baiklah, setelah hajat kamu tertunai, saya rasa tibalah masanya hajat rakyat jelata yang ingin melihat orang yang menayangkan video lucah di Seri Carcosa itu ditangkap. Jangan ingat, bila sudah bersumpah maka isu tayangan video lucah akan ditenggelamkan. Rakyat tidak lupa dan tidak bodoh seperti kamu.

Jangan pula fikir apabila sudah bersumpah, maka kamu akan terlepas dari kes qazaf yang telah dibawa ke JAWI untuk dibicarakan. Mungkin kamu berharap ada sesuatu keistimewaan akan diberikan oleh JAWI ke atas kamu dan kes Qazaf tidak boleh dibicarakan sepertimana di dalam kes Liwat Saiful sebelum ini. Jika itu berlaku, kamu beruntung di dunia ini tetapi belum tentu kamu selamat di Akhirat kelak.

Kepada Jamil Khir, saya bukan tidak kenal beliau sewaktu di dalam KAGAT (Kor Agama Angkatan Tentera) dulu. Apa yang Jamil Khir buat semasa dia dalam KAGAT? Adakah tentera semakin kuat aspek kerohaniannya? Adakah tentera diwaktu itu tiada melakukan program maksiat? Jamil Khir tahu jawapannya.

Harap kali ini, Jamil Khir jangan ganggu urusan mahkamah syariah jika kes Qazaf dibawa oleh Anwar terhadap Eskay. Jika Jamil Khir masih berhajat untuk menganggu, lebih baik Jamil Khir belajar agama dari Eskay./wfauzdin.blogspot.com