JOM MASUK AHLI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DENGARKAN KOBAT FM ONLINE

Isnin, 4 Julai 2011

BERSIH BUKAN `KOTOR' - PENGERUSI PKR PAHANG

Oleh: WFAUZDIN NS

TITAH Sultan Pahang semalam berkenaan Perhimpunan BERSIH mendapat reaksi berbeza dari beberapa pihak. Akhbar Sinar hari ini menyiarkan komen daripada Pengerusi PKR Pahang, Dato' Fauzi Abd Rahman berkaitan isu yang sama.

Beliau mengatakan bahawa Perhimpunan BERSIH mempunyai matlamatnya yang tersendiri yang menggariskan 8 perkara yang menjadi tuntutan BERSIH. Sehingga kini, tiada pihak yang dapat membuktikan perhimpunan tersebut `kotor' seperti dakwaan pihak kerajaan dan digembar gemburkan oleh media pro kerajaan.

"Pihak yang menuduh perhimpunan ityu `kotor' adalah mereka yang takutkan pembersihan di dalam pendaftaran pengundi". "Bagi saya, tujuan BERSIH ini murni. Orang politik yang menjadikannya perhimpunan ini `kotor' serta sengaja mencetuskan huru-hara", katanya.

Dato' Fauzi menambah, "BERSIH hanya mahu memastikan proses undian dalam pilihanraya akan datang tiada sebarang unsur penipuan. Jika tujuan itulah yang dikatakan motif buruk, maka jelaslah pihak kerajaan mempunyai agenda sendiri dalam pilihanraya akan datang", tegasnya.

Kenyataan media Dato' fauzi jelas membuktikan bahawa tiada niat yang tersembunyi dari hasrat BERSIH untuk mengadakan perhimpunan ini nanti. Sehingga artikel ini ditulis, saya difahamkan pimpinan PR bersedia untuk bertemu dengan Ke Bawah DYMM Seri Paduka YDP Agung untuk menyatakan hasrat suci BERSIH.

Jelas, matlamat BERSIH ini semestinya ditentang oleh sang Penguasa yang takut kehilangan kuasa sekiranya mandat sebenar diberikan kepada rakyat untuk memilik kerajaan. Seandainya mereka merasa tidak bersalah, mengapa perlu takut untuk menghadapi BERSIH?/wfauzdin.blogspot.com

ALI RUSTAM - CUKUPLAH LEMBU MENJADI LEMBU

Oleh: WFAUZDIN NS

ALI Rustam, KM Melaka semua kita tahu salah seorang pemimpin Umno yang rasuah untuk menjadi pemimpin di dalam Umno. Bukan Pembangkang yang tuduh, malah Umno sendiri istiharkan beliau seorang perasuah yang seangkatan dengan Isa Samad, Adun Bagan Pinang dan Pengerusi Felda serta KJ, Ketua Pemuda Umno sekarang. Kesemua mereka yang pernah melakukan rasuah ini dilantik memegang jawatan di dalam Umno.

Hari ini, Ali Rustam menunjukkan sifat baculnya bercampur dengan kebodohan beliau apabila mahu kerakyatan Datuk S. Ambiga, Pengerusi BERSIH dilucutkan. Tidak mampu menjawab secara berhujah dengan fakta, pemimpin rasuah ini mahu kerajaan gunakan kuasa dan tindakan zalim ke atas orang yang tidak pernah dibuktikan bersalah.

Datuk S. Ambiga tidak pernah lakukan rasuah, beliau tidak makan wang rakyat, tidak lesapkan saham Bumiputera, tidak mempunyai satu pun saham judi di Genting atau sebarang penyelewengan, berbeza dengan beberapa pimpinan di dalam Umno yang melakukan berbagai bentuk kemungkaran dan menjadi pengkhianat kepada orang-orang Melayu bahkan Islam itu sendiri.

Kita menyokong Datuk S. Ambiga hanya atas satu isu iaitu beliau mahu membersihkan SPR dari sistem yang kuno, kotor dan jijik. Ada yang berpendapat Datuk S. Ambiga pernah menimbulkan isu sensitif berkaitan isu murtad. Kita memang menentang sebarang tindakan atau undang-undang yang memberi keringanan atau kebebasan untuk sesiapa sahaja dari kalangan umat Islam yang murtad. Namun, haruskah kita menyalahkan Datuk S.Ambiga sedangkan kita tahu segala perundangan Syariah atau Perlembagaan Negara ini siapa yang tentukan. Adakah Datuk S.Ambiga? Siapa yang tidak sensitif dengan hukum-hakam Islam? Kita mahu Non Muslim sensitif dengan Islam atau kita yang mengaku Islam ini perlu sensitif?

Justeru itu, apa yang baik yang mahu diusahakan oleh BERSIH wajib kita sokong. Pelik apanya Ali Rustam seorang perasuah ini benci kepada pilihanraya yang adil. Adakah Ali Rustam tidak takut jika Pakatan Rakyat memerintah negara ini nanti beliau akan diseret ke mahkamah? Jika Melaka dapat ditawan oleh Pakatan Rakyat, mustahilkah Ali Rustam akan menerima nasib seperti Khir Toyo, bekas MB Selangor itu?

Peduli apa Ali Rustam mahu hasut pesilat-pesilat di bawah naungannya. Kenyataannya di petik berkata, "Biar hilang seorang, jangan hilang semua... Kenapa nak jatuhkan kerajaan sekarang," katanya. "Dia boleh masuk pilihan raya, tubuh parti, kenapa nak berdemonstrasi. Kalau nak jadi seperti negara luar, biar (dia) jadi rakyat negara luar," katanya dalam satu sidang media (Malaysiakini).

Inilah rupanya pemimpin yang bangsat takut kepada kebangkitan rakyat. Rakyat bangkit hanya untuk menyuarakan hak yang termaktub di dalam Perlembagaan. BERSIH hanya menuntut 8 perkara, tetapi yang diwar-warkan oleh media celaka adalah BERSIH ada kaitan dengan ejen asing, masalah Anwar, dana dari Pertubuhan Kristian, perusuh dan akhir sekali Komunis. Mana satu yang mereka mahu labelkan kepada BERSIH?

Di pihak mereka, tercetusnya isu sensitiviti keagamaan kununnya Kristian akan menjadi ugama rasmi negara ini dibawa oleh Blogger pro Umno dan disiarkan oleh akhbar celaka milik mereka, namun siapa yang ditahan dan didakwa? Ibrahim Ali cuba untuk menjadi `hero katak' dengan berucap menimbulkan provokasi perkauman iaitu meminta kaum Cina menyimpan stok makanan di rumah. Sebelum ini, MP Pasir Mas yang `menumpang makan' dari PAS ini pernah bercita-cita untuk `Syahid' di dalam `Perang Salib'. Hanya orang Kristian sahaja yang menyebut istilah `Perang Salib', orang Islam hanya menyebut `Perang Sabil'. Tidak pasti saya ugama apakah beliau.

Wujud pula `Patriot' kununnya untuk menyaingi BERSIH nanti. Kumpulan ini seperti `Serigala malam' datang berduyun di tengah malam berkumpul di hadapan Ibu Pejabat PKR, Tropicana tatkala tiada orang di situ. Mereka `menyalak' bersahut-sahutan disaksikan oleh tembok bangunan. Apakah tindakan pihak berkuasa waktu itu? Tidak cukup dengan itu, seorang Guru Silat OKU tampil untuk menunjukkan kehebatannya. Sanggup berdepan dengan kumpulan BERSIH nanti, katanya. Masalahnya, siapa yang mahu berdepan dengan kumpulan silat ini? Bukankah lebih baik tawarkan diri untuk menunjukkan silat mereka di Palestine, atau sekurang-kurangnya bersilat di hadapan Pengantin, dapat juga bunga telor.

Kesemua yang mereka lakukan di atas cukup merbahaya kepada perpaduan rakyat di negara ini. Namun demikian, berapa banyak yang mereka lakukan tetapi yang jelas hampir setiap hari yang ditahan dan diberi amaran adalah dari kumpulan BERSIH. Memakai pakaian BERSIH menjadi satu kesalahan yang lebih besar dari menayang atau mengedar video seks. Sehinggakan baju tanpa tulisan BERSIH, asalkan berwarna KUNING sahaja sudah cukup untuk menyusahkan anda jika anda memakainya.

Itulah negara ku. Hanya orang yang tidak berakal dan yang telah menjadi `lembu' sahaja yang bersetuju dengan kezaliman ini. `Cukuplah lembu menjadi lembu, jangan kita pula menjadi lembu". /wfauzdin.blogspot.com

Ahad, 3 Julai 2011

PERHIMPUNAN AMAN - TAHNIAH LIM GUAN ENG YANG MENGAJAR KERAJAAN PUSAT ERTI HAK BERSUARA

Jumaat, 1 Julai 2011

Oleh: WFAUZDIN NS

HARI ini marilah kita mengucapkan tahniah dan syabas kepada Kerajaan Negeri P.Pinang yang dipimpin oleh KM, Lim Guan Eng kerana berjaya `mengajar dan mendidik' Kerajaan Pusat bagaimana memerintah dan menghidupkan demokrasi khususnya di dalam aspek hak asasi manusia.



Siang tadi, satu demontrasi jalanan telah diadakan di negeri tersebut oleh kumpulan yang anti-Kerajaan PR P.Pinang berbaju merah diketuai oleh raja sesumpah, Ezam. Apa yang cantiknya pada masa dan tarikh tersebut tiada satu pun kumpulan dari penyokong-penyokong PR yang membuat demontrasi jauh sekali untuk membuat provokasi. Ini adalah kerana Kerajaan Negeri di bawah PR menghormati hak berhimpun secara aman seperti yang termaktub di dalam Artikel 10, Perlembagaan Persekutuan.

Melihat kepada situasi perhimpunan itu, tiada setitik pun air kimia (water canon) atau rempuhan dari FRU berlaku. Perhimpunan tersebut berjalan dengan aman walaupun mereka tiada modal langsung untuk memburukkan KM P.Pinang, melainkan menaikkan sepanduk dengan tuduhan liar. Namun, kumpulan ini dibenarkan bebas berhimpun secara aman. Mengapa perhimpunan kumpulan ini berjalan dengan lancar tanpa ada sebarang kekecuhan? Ini adalah kerana tiada provokasi dari pihak lain, samada dari penyokong-penyokong PR dan juga tiada provokasi atau semburan air/gas dari FRU.

Menonton melalui TV 3 sebentar tadi, saya terasa mahu ketawa apabila melihat raja sesumpah, Ezam yang berkokok umpama tiada tenaga lagi seperti waktu beliau berada di pihak pejuang rakyat. Beliau tiada hujah yang mantap untuk menunjukkan penyelewengan, kezaliman atau salah laku kepimpinan Lim Guan Eng. Sejurus selesai perhimpunan, seolah-olah seperti `VIP' Ezam sesumpah tanpa digari, tanpa diheret atau dikasari dengan `rela' masuk sendiri ke dalam kereta Polis dengan senyuman.

Kesimpulannya, selepas PERKASA di bawah raja katak Ibrahim Ali, kemudiannya Pemuda Umno di bawah KJ, seterusnya Lokman Adam dengan `Patriot' yang datang membuat `rombongan' di tengah malam ke Ibu Pejabat PKR di Tropicana bersama lebih kurang 300 budak-budak suruhannya, dan yang terbaru menampilkan raja sesumpah Ezam, jelas menunjukkan mereka memasang strategi untuk mengagalkan Perhimpunan BERSIH. Lojikkah untuk menentang perhimpunan atau demontrasi mesti dibuat dengan cara demontrasi juga? Hipokrit.

Persoalan yang masih bermain di fikiran kita, adakah Kerajaan Pusat atau PDRM boleh belajar dari perhimpunan di P.Pinang siang tadi? Susah sangatkah untuk mengawal perhimpunan aman? Sekali lagi, tahniah kepada Kerajaan Negeri P.Pinang yang memberi ruang untuk rakyat yang kebanyakannya seperti `mamak' itu untuk berhimpun. /wfauzdin.blogspot.com

Foto: Ihsan Blog Manjung Mari

Jumaat, 1 Julai 2011

AYUH, KITA BERSIHKAN IMEJ PDRM SEGERA

Oleh: WFAUZDIN NS

KITA tiada pilihan lain sekiranya ingin melihat imej Polis menjadi bersih dan profesional. Kita yang terpaksa mengubahnya kerana mereka sendiri tidak mampu mengubahnya walaupun sedikit. Silih berganti Ketua Polis Negara menerajui PDRM, namun kita masih gagal melihat imej PDRM bertambah baik malahan semakin jelek di mata rakyat.

Semua menyangka bahawa setelah Musa Hassan meninggalkan Bukit Aman, mungkin imej Polis akan mulai menyinar dengan kehadiran Ismail Omar. Melihat pada raut wajahnya yang agak lembut dan seolah-olah mempunyai sikap yang jujur, kita mulanya yakin beliau mampu melakukan transformasi di dalam Pasukan Keselamatan itu. Itulah janji beliau ketika mula mengambil alih jawatan KPN.

Rupa-rupanya kita terlupa satu perkara, bahawa kita masih menyimpan orang yang berkuasa penuh ke atas PDRM iaitu Menteri Dalam Negeri. Menteri yang sama sewaktu Musa Hassan menjadi KPN. `Menukar tayar kereta atau steering kereta' tidak mencukupi untuk memandu dengan baik dan lancar jika keadaan injin kereta masih teruk dan berkarat".

Siapakah Menteri Dalam Negeri yang berkuasa ke atas PDRM? Menteri ini adalah pemimpin Umno iaitu parti yang menjadi musuh utama kepada Pakatan Rakyat. Memang benar, kita menentang Umno bukan PDRM, tetapi kita mungkin lupa bahawa PDRM itu di bawah siapa? Apabila Hishamuddin, Menteri Dalam Negeri mengeluarkan `fatwa' haram memakai baju kuning berlambangkan BERSIH, `fatwa' ini diimani oleh PDRM malahan lebih dari itu di mana baju kuning yang tidak berlambangkan BERSIH pun ditahan. "Lebih sudu dari Kuah". Baca di sini. (Foto di atas, di tahan hanya memakai baju kuning walaupun tiada logo BERSIH)

Akhbar hari ini menyiarkan kenyataan KPN bahawa terdapat tanda-tanda akan berlaku kekecohan sekiranya Perhimpunan BERSIH diadakan juga pada 09 Jul nanti. Apa kata jika kita pula mendakwa bahawa akan ada tanda-tanda Perhimpunan 2 Juta Belia yang akan dianjurkan oleh kerajaan nanti akan berlaku huru-hara? Agak-agaknya Najib akan batalkan perhimpunan itu atau tidak, atau adakah KPN mengeluarkan arahan agar jangan diadakan Perhimpunan 2 Juta Belia? Kita semua tahu jawapannya.

Terlalu pantas `deria bau' KPN kita ini. Patut lah kadar jenayah di negara ini jauh menurun dan patutlah video seks pun dihantar ke luar negara dengan pantas untuk diuji `ketulenan'nya. Mungkin sudah banyak kes kanak-kanak yang dilaporkan hilang telah ditemui oleh pihak Polis kerana kepantasan `deria' KPN yang baru ini. Mungkin Ayah Pin pun sudah ditemui. Itulah hebatnya PDRM di bawah KPN sekarang.

Apakah pilihan yang kita ada sekarang? Tiada jalan lain, rakyat perlu bangkit untuk tumbangkan Kerajaan Umno/Bn demi menyelamatkan negara ini. "Ikan busuk bermula dari kepala", satu pepatah Cina yang amat tepat untuk kita renungi. Imej PDRM hanya boleh dibaiki dengan hanya satu cara iaitu tukar pemerintah yang zalim sekarang melalui Pilihanraya Umum nanti. Adakah kita boleh menumbangkan mereka dengan keadaan Sistem Pilihanraya yang ada sekarang? Bagaimana untuk kita menang jika di dalam sebuah rumah terdapat 5 ke 6 pengundi yang menggunakan alamat yang sama sedangkan masing-masing tidak mengenali di antara satu sama lain?

Bolehkah kita menumbangkan rejim Umno/Bn dengan mereka menguasai media kerajaan? Bagaimana dengan sistem Undi Pos? Rasuah politik wang dan peruntukan kilat? Jawapannya, tidak mungkin. Justeru itu, apakah yang perlu kita buat? Jawapannya, kita mesti tunjukkan kepada mereka bahawa rakyat tidak lagi mahu ditipu untuk selama-lamanya. Tidak perlu memberontak, tidak perlu wujudkan huru-hara, memadai kita berhimpun menunjukkan rasa tidak puas hati kita dan mengadu kepada Raja yang berjiwa rakyat. Itu sahaja.

Jika usaha sedemikian pun kita gagal lakukan, maka kita harus bersedia untuk berada lebih lama lagi di negara ini dengan sistem yang kuno dan kita harus bersama bertanggungjawab mencemarkan imej Polis. Mudah-mudahan kita mampu memulihkan imej PDRM agar menjadi sebuah pasukan yang dihormati, disegani dan diberkati Allah. /PKR Pahang

GURU SILAT TIDAK PERLU LAH KALUT DENGAN BERSIH, JIKA HEBAT DAFTAR NAMA UNTUK KE PALESTINE

Oleh: WFAUZDIN NS

ADA seorang Guru Silat, terkenal dulu kerana pernah dibuang daerah ke Pulau Jerjak kalau tak silap kerana menunjukkan `gedebe'nya. Bila keluar dari pulau tersebut, menjadi pengampu nombor Wahid kepada Umno. Baru-baru ni, Guru Silat yang OKU ini bercakap bagaikan `Panglima Harimau Berantai' kununnya sanggup bermandi darah sekiranya BERSIH meneruskan perhimpunan.

Guru Silat ini dulu pernah menunjukkan `kehebatan'nya apabila beliau di`tanam' hidup-hidup selama beberapa minit. Setahu saya Silat yang sebenarnya bukan untuk dimegah-megahkan tetapi hanya digunakan untuk mempertahankan diri atau membantu orang yang dizalimi. Tetapi, sekarang ini Silat hanya sebagai pertunjukan sahaja lebih dahsyat lagi pertubuhan Silat kini banyak yang telah diperkudakan.

Adalah lebih baik Guru Silat ini tidak melibatkan diri dengan pihak yang zalim demi untuk mendapat nama. Untuk apa beliau mahu menunjukkan hebat kepada kumpulan BERSIH yang berniat baik? Jika mahu sangat berjuang, hantar sahaja nama dan kumpulkan anak-anak muridnya itu untuk berpencak silat di Palestine bagi menentang Israel. Di sana, bukalah berapa banyak `bunga atau langkah' sekalipun, mudah-mudahan dapat `mati syahid'.

Mengapa sibuk mahu tunjuk hebat kepada rakyat yang mahu membersihkan sistem yang kotor? Sebelum mahu ke medan juang, tentukan dahulu siapa musuh kamu yang sebenar. Jangan ikut rentak puak yang akan memperbodohkan petubuhan kamu itu. Adakah bila Guru Silat ini berkata akan menentang BERSIH, maka rakyat yang menyokong tuntutan BERSIH ini akan kecut? Jika pihak Polis yang memberikan berbagai amaran pun peserta BERSIH tetap istiqomah untuk berhimpun, apa sangat lah dengan Guru Silat ini.

Kita bukan mahu memperlekehkan pertubuhan silat, tetapi kita sedih bila melihat Pendekar-Pendekar yang terlatih ini diperbodohkan oleh puak yang ingin terus berkuasa dan menindas rakyat. Tergamakkah pertubuhan silat ini melanggar sumpah pendekar mereka sendiri? Masih banyak lagi pertubuhan silat yang tidak mahu menonjolkan diri dan mengampu kerana mereka tahu tujuan dan motif pihak yang menentang BERSIH ini.

Seandainya Guru Silat ini masih merasakan beliau hebat dan ingin menunjukkan egonya, kita tak mampu berbuat apa-apa. Kita tidak mahu beraduh dengan sesiapa tetapi kita juga tidak mempunyai sebab untuk tidak berhimpun hanya kerana Guru Silat ini./wfauzdin.blogspot.com

Rabu, 29 Jun 2011

MARI ISTIHARKAN `RAJA KATAK' ADALAH `BASTARD'

Sedapnya mulut raja katak sebut orang lain `Bastard' (anak haram). Aku pun boleh cakap raja katak Pasir Mas itu juga `Bastard'. Dia tuduh Majlis Peguam `double standard', aku pun boleh kata dia `double standard' gak pasal dia menang kerusi dipinjamkan oleh PAS, tetapi hentam PAS macam nak gila. Baca sini.



Majlis Peguam rata-ratanya cerdik, bukan macam raja katak yang kerjanya mengampu siang malam. Jadi, pelik apa jika kita istiharkan raja katak ini `Bastard' juga. Setuju?

Selasa, 28 Jun 2011

MAHKAMAH PUN TAYANG VIDEO LUCAH TANPA SEBAB?

Oleh: WFAUZDIN NS

SISTEM kehakiman negara sekali lagi tercemar apabila di dalam mahkamah itu sendiri tayangan video seks dipertontonkan tanpa ada keperluan dari segi undang-undang. Sistem ini rosak apabila institusi kehakiman diperbudak-budakkan oleh kuasa politik yang dikuasai oleh rejim yang zalim, angkuh dan dipimpin oleh pemimpin yang tiada didikan agama. Maka, rosaklah institusi kehakiman angkara mereka.

Di dalam kes Datuk T yang dituduh menayangkan video lucah, mereka telah pun mengaku bersalah dan video tersebut telah diperakui sebagai tulen, maka di mana keperluannya mahkamah untuk menayangkan video lucah tersebut di khalayak awam? Apa tujuan tayangan itu dan relevenkah dengan kes yang dibicarakan sedangkan sidituduh mengaku bersalah? Ertinya. sememang ianya sengaja dilakukan dan buktinya bak kata Nazri Aziz, Hakim menggunakan budi bicaranya untuk menayangkan video seks atau tidak di dalam mahkamah. Adakah budi bicara sewenang-wenangnya boleh digunakan tanpa mempunyai alasan yang kukuh? Kenyataan Nazri Aziz di sini.

Adakah selama ini sesiapa yang dituduh di mahkamah atas kesalahan menayangkan video lucah dan mereka mengaku bersalah, maka mahkamah tayangkan juga video berkenaan? Saya rasa inilah satu-satunya kes yang ganjil berlaku dan sememangnya apa jua kes yang melibatkan DS Anwar pasti berlaku beberapa keganjilan. Baru-baru ini seorang India pemandu lori yang didakwa atas kesalahan yang sama, mengaku bersalah dan dipenjarakan 3 tahun. Adakah video lucah kepunyaan beliau ditayangkan di mahklamah?

Sekiranya seseorang yangh dituduh tidak mengaku bersalah, ada lojik dan relevennya video tersebut ditayangkan sebagai bahan bukti di mahkamah. Itu pun kebiasaannya dibuat secara tertutup di dalam mahkamah. Berbeza dengan kes melibatkan DS Anwar ini. Apabila ini terjadi, mudah kita buat kesimpulan bahawa drama ini memang sengaja dilakukan untuk mengaibkan Ketua Pembangkang tersebut sedangkan sehingga kini mereka gagal menyabitkan DS Anwar./wfauzdin.blogspot.com