JOM MASUK AHLI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DENGARKAN KOBAT FM ONLINE

Sabtu, 28 Januari 2012

ANWAR TIDAK PERLU SAMAN ORANG GILA ATAU ORANG BODOH

Aku terbaca satu tulisan dari SuaraPakatan di dalam Tranungkite.  Penulis begitu sibuk mendesak agar DS Anwar menyaman beberapa blog yang sering membuat fitnah terhadap beliau memandangkan DS Anwar telah menyaman akhbar sampah iaitu Utusan. 

Aku tidak setuju DS Anwar habiskan masa menyaman Blogger pelacur yang pro Umporno itu.  Tidak perlu disaman kerana akhirnya pasti terbongkar.  Sebagai contoh, beberapa bulan yang lalu Blogger sampah tersebut sibuk meminta DS Anwar menunjukkan jam Omega.  Blogger haramjadah berkenaan mencabar DS Anwar menyaman blog lacur mereka sekiranya jam Omega yang disebutkan oleh mereka bukan jam DS Anwar.

DS Anwar tidak mengendahkan kerja bodoh puak-puak upahan berkenaan.  Akhirnya, pihak Polis sendiri sahkan isu jam ditutup.  Kononnya jam Omega dari Kerajaan Arab Saudi untuk DS Anwar, tetapi tanpa dilayan oleh DS Anwar terbongkar bahawa jam Omega tersebut adalah dari Taiwan.  Kebathilan terhapus dengan sendirinya.

Justeru itu, DS Anwar harus banyak habiskan masa memperkuatkan Pakatan Rakyat bukan menghabiskan masa melayan kerja bodoh upahan berkenaan.  Lagi pun, kerja saman menyaman di dalam mahkamah Malaysia ini sudah kita maklum selagi melibatkan DS Anwar.  Lihat sahaja kes DS Anwar menyaman Ketua Pemuda Umno, KJ.  Sudah berapa tahun masih belum selesai.  Adakah DS Anwar perlu buang masa lagi dengan kerja menyaman tanpa faedah ini?

Jika rakyat sudah meluat dan jijik dengan Umno dan rakyat tahu Umno dan fitnah tidak boleh dipisahkan, buatlah berapa banyak video lucah sekali pun, DS Anwar tidak perlu melayannya rakyat tetap memilih ABU (Asalkan Bukan Umno).  Tidakkah kita terfikir mengapa puak-puak balaci itu mahu sangat DS Anwar menyaman mereka?  Ini adalah kerana mereka mahu DS Anwar hilang tumpuan untuk menyerang Najib dan Rosmah serta lembu-lembu Fidlot di dalam kondo. 

Justeru itu, kita cabar mereka yang kononnya ada beberapa kotak lagi video lucah agar tampil membuat laporan agar DS Anwar boleh menjawabnya di mahkamah, walaupun mahkamah di negara ini semua faham situasinya.  Bukan susah sangat buat kerja fitnah.  Buat tuduhan, kemudian cabar orang yang dituduh menyamannya.  Kerja bodoh itu selalunya adalah kerja kumpulan Ezam sesumpah, Umi Hafilda dan sekutu-sekutunya yang kini mencari sesuap nasi di dalam kondo lembu Umno.

Selasa, 17 Januari 2012

BELUM PUN HASSAN ALI DEDAHKAN SIAPA `PARASIT' DI DALAM PAS, KITA SUDAH TAHU ORANGNYA

Dr Hassan Ali merepek seminggu dua ini menunjukkan beliau terkilan dipecat oleh PAS.  Tetapi kerana ego dan sombong, beliau dikatakan tidak akan merayu untuk dikekalkan bersama PAS.  Aku pun menyokong 200% jika Hassan Ali tidak merayu kepada PAS kerana bagi aku selagi manusia hina ini berada di dalam PAS, selagi itulah PAS akan rosak.

Beliau sebut mengapa beliau dipecat.  Beliau juga hairan mengapa beliau dipecat.  Tidak dapat dibayangkan betapa busuknya hati manusia ini apabila menganggap kes yang dihadapi oleh DS Anwar baru-baru ini yang telah diputuskan tidak bersalah itu sebagai kes peribadi.  Apa yang Hassan Ali sebut adalah, "Pemecatan saya bukan atas dasar kesilapan yang saya lakukan yang telahpun diharmonikan tetapi semata-mata menegur pimpinan PKR yang menghadapi kes mahkamah yang saya katakan bersifat peribadi," katanya dalam satu sidang media di kediamannya hari ini (Malaysiakini).

Perjuangan Islam apa jika sahabat kita berada di dalam kesusahan dan dizalimi kita anggap masalah peribadi?  Sebagai Pakar Motivasi, di mana letaknya ilmu Hassan Ali?  Tidak terbayangkah oleh kamu jika suatu hari nanti kamu teraniaya, atau anak beranak kamu dizalimi dan teraniaya, kemudian rakan-rakan kamu tidak berbuat apa-apa kerana mengangap itu adalah masalah peribadi?  Jenis orang seperti Hassan Ali ini layak tinggal di dalam hutan jauh dari bermasyarakat.

Beliau dikatakan akan membuat `road show' merata negara kononnya untuk dedahkan siapakah `parasit-parasit' di dalam PAS yang menyebabkan beliau tercampak keluar ke lubang najis.  Tidak perlu buat road show kerana kita semua tahu `parasit' sebenar di dalam PAS adalah orang yang bernama Hassan Ali.  Beliau dari awal menjadi `parasit' yang kemaruk kuasa. 

Selasa, 10 Januari 2012

ANWAR BEBAS - ZUL KULIM MENGULAS CARA BODOH

Apabila Ulama Zul Kulim mengupas!


Oleh: umnopenyangak

"Assalamualaikum,,.
Respon serta merta ulamak Zul berok Kulim mengenai pembebasan DSAI mencakupi banyak perkara dan aspek termasuk “Imam Mahdi” ,wudhu dan beristikharah, anti kaum Seks Bebas LBGT, Saidina Ali, syaitan & iblis, berdoa kepada ALLAH memberikan petunjuk, barulah teman mula menaip komen ini,memeranjatkan beruk di Zoo Negara, politik dualam, berkembar dengan Abdullah bin Ubay, “rumah kata pergi, kubor kata mari”, Mahkamah Rakyat, Cuma malangnya slogan mereka ialah DemoKrazy4DemoKerusi!


Semenjak dua menjak ni Ulamak Zul Berok Kulim semakin pandai mengolah.Tulisan penuh boleh dibaca di blognya 

Sekali imbas Zul memang betul, apatah lagi dia semacam menyerah dengan humble kepada ALLAH dan menyedari bahawa ALLAH mengetahui semua perkara yang dia lakukan.Sikap yang bagus bagi hamba ALLAH dalam mengharungi kehidupan yang diredhai.Tetapi dalam pada itu, Zul tetap bersikap macam beruk seperti katanya, keputusan ini memeranjatkan beruk di zoo negara, bukan zoo negara sebenarnya tetapi beruk yang ada di Kulim!Memeranjatkan beruk Kulim yang menyamar sebagai ulamak atau mungkin juga ular dalam semak!

Apa tidaknya, Zul cuba mengolah dan mahu orang ramai tahu bahawa DSAI walaupun dibebaskan ialah seorang peliwat hanya dengan mendasarkan hujahnya kepada hujah pembelaan Karpal Singh sedangkan sebagai seorang peguam, Zul amat amat tahu bahawa hujah itu hanyalah hujah pembelaan berdasarkan keterangan saksi utama yang belum ada kesohihan tentang kebenarannya.

Inilah elemen gagalnya Zul jadi ulamak dan elemen yang jelas menunjukkan pembohongannya tetapi Zul sanggup berlindung dengan ALLAH dan menuduh seseorang tanpa bukti dan saksi yang dikehendaki ALLAH!ZUl dah tak takut mati walaupun dia menasihati DSAI dengan nasihat rumah kata pergi, kubur kata mari, sedangkan dia sendiripun tergolong dalam seruan itu.

Zul nak tunjuk hebat kerana istikharahnya tetapi Zul semacam ingat rakyat negara ini jahil tentang istikharah yang menjadi amalan hakim hakim di zaman daulah Islam dulu, yang menjadi amalan tetap iman Bukhari sebelum menulis hadis dalam sahihnya.Zul ingat dia sorang saja tahu pasal istikharah sedangkan ramai anak anak dara yang melaksanakannya serta mendapat ilham selepas itu.Apakah Zul juga mendapat ilham sebelum menulis sedemikian rupa?Tapi kenapa Zul selambanya menggunakan istilah dan ayat ayat sinis untuk memperkecilkan orang yang dibencinya?Kenapa Zul menggunakan hujah Karpal untuk terus konsistant menuduh DSAI sama seperti kebanyakan pemimpin dan pencacai UMNO termasuk Mahathir?Apakah ini penulisan dengan hidayah seperti imam Bukhari menulis hadisnya?

Sejarah telah mencacatkan imam Bukhari meninggalkan banyak hadis hadis kerana beliau tidak yakin walaupun selepas berwudhu dan beristikharah sehingga hadis hadis tersebut dikutip semula olah Al Hakim.Tak kan Zul tak tahu mengenai perkara ini?

Banyak perkara yang boleh dikutip dari tulisan yang nampak cantik dan santai untuk dihujahkan semula tetapi cukuplah setakat ini,Selebihnya masing masing nilailah sendiri cuma satu perkara lagi yang menjadi back fire kepada Zul ialah tentang mahkamah rakyat yang Zul ajak untuk menghukum orang yang durjana.Mahkamah rakyat sedang menghukum dan antara senarai orang yang durjana yang tersenarai dalam mahkamah rakyat sekarang ini ialah Zul Berok Kulim.Yang terbaru seorang doktor falsafah bernama Hassan Ali.

Jadi Zul tak usah cuba memutar arah mahkamah rakyat kerana arahnya sudah kemas disetkan, tetapi sekadar nasihat kepada Zul bertukarlah balik wajah beruk tu kepada manusia sementara masa masih ada!Ajak kekawan sekali!

Selasa, 27 Disember 2011

DAH TAKDE ORANG LAIN DAH KE? BETINA LUCAH PUN DAPAT SELENDANG?

Terbaru!Perempuan Lucah Nih Dapat Sandang Serikandi Silat Weh!


 Korang lihatlah gambar diatas nih.Peristiwa bersejarah nih baru saja berlaku kelmarin di negeri aku kedah.Banyak persoalan yang boleh ditimbulkan kenapalah Perempuan yang suka berlucah nih mendapat keistimewaan dalam persatuan yang terkenal nih??Kah,kah,kah,Dapat sandang serinkandi weh!Serikandi apa nih?Serikandi lucah ka?Aku jumpa berita nih dalam suratkhabar pujaan Umno nih...

Ummi Hafilda Ali (dua dari kiri) dipakaikan sandang Seri Cahaya Pelangi oleh Faridah Abu Johan di Alor Setar, kelmarin.

ALOR SETAR 26 Dis. – Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia (PSSGM) menganugerahkan Ummi Hafilda Ali sandang srikandi di atas perjuangan ikhlasnya menegakkan kebenaran.
 
Ibu Gayong Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia, Datin Faridah Abu Johan berkata, pihaknya bangga kerana dapat menganugerahkan sandang srikandi itu kepada individu yang sentiasa bersemangat seperti Ummi Hafilda.
\
“Kita tidak mahu orang seperti lalang dan kita nampak Ummi Hafilda ikhlas dalam perjuangannya.
 
“Sandang srikandi ini memang wajar dianugerahkan kepada Ummi Hafilda agar dia terus berjuang demi negara,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian hadiah Kejohanan Pencak Silat Kebangsaan Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia di Sekolah Menengah Teknik Alor Setar di sini semalam.
 
Faridah berkata, pihaknya akan terus menganugerahkan sandang srikandi itu kepada individu yang berjuang demi negara.
 
Dalam pada itu, Ummi Hafilda berkata, dia terharu dan bangga dengan anugerah daripada Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia.
 
Katanya, sandang srikandi itu menjadikan dia lebih bersemangat untuk menjelajah negara bagi memberi penerangan mengenai mereka-mereka yang menjadi pengkhianat negara.
 
“Saya bersyukur akhirnya perjuangan saya selama 14 tahun menegakkan kebenaran diterima ramai.
 
“Banyak lagi perkara yang perlu dilakukan dan saya akan terus berusaha menyelamatkan negara daripada pihak yang ingin memusnahkannya,” jelasnya.
Tambah Ummi Hafilda, dia juga berharap kerajaan akan memberikan kelulusan kepadanya untuk menjelajah ke institut pengajian tinggi (IPT) bagi memberi penerangan kepada pelajar pengalamannya.
 
“Saya perlukan platform ini bagi berdialog dengan pelajar-pelajar di universiti agar mereka faham apa yang sebenarnya berlaku. Saya sanggup hadapi apa sahaja asalkan kebenaran terbukti,” katanya

Persoalan aku..
Apa jasa minah nih?
Menjaja cerita lucah adalah hobinya...Nanti aku senaraikan kejelekkan yang dibawa oleh Minah lucah nih..../Siasahkini











Khamis, 22 Disember 2011

ZAHID MD ARIP KINI DITEKAN - PESANANNYA JANGAN LAGI PERCAYA PADA BELIAU


Zahid Md Arip yang kini telah menyertai Umno dan bergiat di dalam PERKASA, di dalam ucapannya sewaktu berada di dalam Keadilan menyuarakan harapan beliau untuk melihat Mahathir mati. 

Beliau juga mengutuk akta ISA yang zalim .  Beliau juga menyebut, sekiranya suatu hari nanti beliau tampil memburukkan Keadilan, orang ramai jangan lagi percaya kepada kata-katanya kerana waktu itu beliau telah ditekan.

Allah Maha Besar dan Maha Agung.  Kini, kita lihat apa yang berlaku pada Zahid Md Arip yang pernah menggelarkan Tuan Guru Nik Aziz sebagai `Pu**Mak" itu.  Kehinaan untuk beliau.

Selasa, 20 Disember 2011

ALKISAH SI RUSLAN KASSIM MENCARI SESUAP NASI

Anak didik DSAI yang terkulai layu: Roslan Kassim


Oleh: umnopenyangak



Di zaman refomasi 1998, Terdapat beberapa personaliti yang beketrampilan hebat tampil menentang kezaliman Mahathir, di antaranya ialah Roslan Kassim, peguam muda yang berjiwa besar untuk menegak keadilan di bumi Malaysia.Di mana Roslan Kassim sekarang?Masih hebat berjuang demi generasi baru Malaysia?Masih kental mempertahankan keadilan untuk semua?Atau sudah jadi tahi lembu bersama Sharizat?Atau menjadi burung kakak tua macam Kamal saidin?Roslan hilang ari senario politk negara sejak keluar dari Keadilan(PKR) sesudah 5 tahun berjuang dengan sumpah setia bersama DSAI.

Roslan hilang dari kancah politik tetapi tidak hilang dari aktiviti politik cuma fokusnya berubah. Kalau dulu Roslan berpolitik untuk cita cita Malaysia baru, tetapi kini Roslan berpolitik untuk mengenyangkan perutnya semata mata. Roslan sudah tidak hirau kepada nasib generasi muda yang dirosakkan malah Roslan turut sama merosakkan generasi tersebut kerana Roslan sejak keluar dari PKR memilih menjadi burung kakak tua yang hanya pandai berkata kata tetapi tidak tahu makna apa yang dikatakan itu, asalkan selepas bercakap dia mendapat sebutir jagung untuk mengenyangkan perutnya sahaja. Apa berlaku pada orang lain sudah tidak dihiraukan oleh Roslan seperti satu masa dulu.

Pada 8-10 disember yang baru lalu, satu kursus dalam tugasan bagi guru guru dan kakitangan sekolah agama seluruh Terengganu telah diadakan di hotel COSTA Melaka dan di sana, Roslan Kassim muncul untuk menyanyi dan menari. Lagunya, DAP mahu menguasai Malaysia dengan menggunakan PAS dan PKR sebagai batu loncatan. Nyanyiannya di hadapan warga pendidik nampak sumbang, tetapi sebagai seeokor burung kakak tua, Roslan sudah tidak ada "feel" dan sudah hilang segan menyanyi di hadapan warga pendidik yang bermaklumat dan waras.

Nampaknya UMNO meneruskan agenda menipu kakitangan awam dan warga pendidik menerusi pendekatan BTN dengan menggunakan wang rakyat. Roslan mengajak warga pendidik supaya menolak DAP yang didominasikan oleh orang cina kerana orang melayu bakal hilang kuasa kalau DAP berkuasa. Lihatlah bagaimana UMNO menggunakan wang rakyat untuk mengajak rakyat membenci orang cina yang menyokong DAP. Dan burung kakak tua macam Roslan digunakan, di mana untuk menyakinkan warga pendidik yang mendengarnya, Roslan bercerita yang beliau pernah bersama DSAI dan pernah ditahan ISA selama sebulan kerana penglibatan dalam refomasi. Tetapi akhirnya beliau menyedari DSAI tidak boleh diharapkan,akhirnya beliau mengambil keputusan untuk keluar dan bersama UMNO demi orang melayu.

Sekali imbas, alasan yang diberi oleh Roslan hampir sama dengan alasan yang diberikan oleh beberapa "katak" yang melompat masuk ke tong taik UMNO seperti Sabree Cheek dan Fairuz yang dah jadi Dr sejak melompat masuk ke tong taik UMNO. Begitu juga dengan Luqman Nor Adam dan Ezam senatak.

Kepada yang memerhati dan memahami dengan hati yang tulus, alasan Roslan dan lain lain katak itu hanya menyembunyikan sesuatu kerana alasan melompat dari kem pembangkang ke tong taik UMNO demi kesinambungan survival bangsa melayu adalah janggal, janggal kerana apa yang sebenarnya berlaku ialah yang menyebabkan melayu semakin ke belakang ialah UMNO bukan pembangkang, baik PKR atau PAS atau juga DAP. Malah yang jelas memberi masalah kepada melayu ialah MCA, juga dikuasai oleh orang cina dan bersengkongkol pula dengan UMNO. Banyak kes kerosakan melayu yang berpunca dari MCA sudah dibangkitkan tetapi nampaknya tidak memberi kesan kepada orang orang seperti Roslan. Ini disebabkan Roslan telah ditransfom kepada burung kakak tua oleh UMNO menerusi kepakaran BTN yang menggunakan dana rakyat.

Roslan mengajak warga pendidik supaya jangan sokong DAP serta menolak PAS dam PKR kerana bekerjasama dengan DAP untuk menguasai negara tetapi Roslan buat selamba jer dengan MCA sedangkan MCA merupakan musuh orang melayu nombor satu sekarang ini kerana orang melayu yang beragama Islam umumnya(kecuali orang melayu yang masih bersama UMNO dalam tong taik) mahukan hudud dilaksana sebagai pemangkin carahidup Islam yang sudah lama ditinggalkan melayu, mendapati MCAlah penghalang utama hudud. Roslan juga buat selamba land dengan sikap presiden MCA yang merupakan seorang penzina yang disahkan dan pelakon filim biru tetapi Roslan lupa semasa beliau menyampaikan ceramahnya, warga pendidik di hadapannya membuat perbandingan setiap patah dan fakta yang disampaikan dengan apa sebenarnya berlaku, ini bermakna setiap kali Roslan mengajak warga pendidik menolak DAP maka setiap kali juga yang terbayang di kepala warga pendidik itu, yang patut ditolak ialah MCA. Ketika Roslan mengajak warga pendidik menolak PAS dan PKR maka setiap kali juga yang terbayang ialah UMNO yang patut ditolak.

Sebagai seekor bururng kakak tua, Roslan tidak kisah samaada yang disampaikan itu betul atau salah, samada orang yang mendengarnya menyedari klentongnya atau tidak. Inilah sikap membuncitkan perut yang ditunjukkan Roslan tanpa mengira lagi samaada ianya memberi menafaat kepada keadilan yang pernah Roslan cita citakan.

Roslan ialah antara anak didik DSAI yang akhirnya terkulai layu kerana tidak tahan lapar sama seperti yang lainnya yang men"evolusi"kan diri mereka kepada katak kemudian burung kakak tua dan kini tahi lembu bersama Sharizat. "

Rabu, 14 Disember 2011

Fitnah II: Pendakwa raya tiada bukti, saya wajib dibebaskan- Anwar

(Oleh: Ahmad Fadli)

KUALA LUMPUR 14 Dis: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau wajib dibebaskan dari tuduhan Fitnah II yang dihadapinya.

Menurut Anwar, kegagalan pendakwa raya mengemukakan bukti kukuh meskipun perbicaraan sudah memasuki peringkat penggulungan hujah, mewajarkan pembebasan beliau tanpa sebarang syarat.



“Bagi saya tidak ada fakta dan keterangan kukuh untuk mereka menghukum saya.  “Saya wajar dan wajib dibebaskan,” kata Anwar selepas mahkamah ditangguhkan petang semalam.

Anwar dalam pada itu mempertahankan tindakannya memberi keterangan membela diri dari kandang tertuduh sewaktu diperintahkan membela diri.  “Saya memilih untuk bercakap dari kandang tertuduh kerana itulah satu-satunya peluang saya untuk mengkritik sistem,” kata Anwar merujuk kepada sistem keadilan negara yang dilihat berat sebelah sepanjang perbicaraan Fitnah II berlangsung.

Bercakap lanjut, Anwar membidas pendakwa raya yang keupayaan saksi pakar pembelaan.  “Bagi saya kalau nak meremehkan keupayaan mereka (saksi pembelaan) tidak sukar.  “Itu sahaja yang mereka (pendakwa raya) lakukan,” kata Anwar.

Petang semalam pendakwa raya selesai membentangkan hujah penggulungan mereka selepas peguam bela Anwar selesai berbuat demikian.

Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah menetapkan Khamis, 15 Disember jam 930 pagi sebagai tarikh untuk peguam bela membentangkan bidasan kepada hujah penggulungan pendakwa raya.

Sumber:  http://www.keadilandaily.com/?p=24319