JOM MASUK AHLI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DENGARKAN KOBAT FM ONLINE

Jumaat, 27 April 2012

BERSIH 3.0 - MEMANG BANGSAT !!



Memang sahih bangsat punya Datuk Bandar Kuala Lumpur.  Baru berkuasa pegang jawatan Datuk Bandar, beliau sudah merasakan Kuala Lumpur milik mak bapak beliau. 

"Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan menutup selama 48 jam Dataran Merdeka - yang mahu digunakan oleh BERSIH untuk mengadakan perhimpunan bantah duduk Sabtu ini - berkuatkuasa jam 6 pagi esok. Arahan tersebut dikeluarkan oleh Datuk Bandar Kuala Lumpur, Tan Sri Ahmad Fuad Ismail dalam satu kenyataan petang ini" (Malaysiakini).

Rakyat mahu DUDUK DAN BANTAH di Dataran Merdeka, apa masalahnya buat DBKL?  Kalau kamu tutup Dataran Merdeka sewaktu puak-puak kaki maksiat lepak sewaktu menyambut Tahun Baru atau apa jua pesta dan hiburan, aku orang pertama akan cium tangan Datuk Bandar.  Tetapi, maksiat bermaharajalela di Dataran Merdeka setiap hari dan malam.  Apabila tiba musim Hari Raya, disaat warga kota balik ke kampong dan Ibu Kota lenggang, puak-puak pendatang asing dari Indon, Bangla, Nepal dan yang lain akan berkampong di Dataran Merdeka dengan mabuk-mabuk mereka.  Pada waktu itu apakah Datuk Bandar tidak teringin untuk menutup Dataran Merdeka?

Sebab itu aku kata Datuk Bandar ini memang bangsat, pencacai yang tidak mahu kalah dengan SPR sebagai pencacai nombor Wahid kepada parti lembu kondo itu.  Adakah rakyat peduli dengan amaran dari si bangsat tersebut?  Jawabnya kirim salam, malahan rakyat telah bersedia untuk merempuh Dataran Merdeka milik rakyat semua.  Tunggulah masanya, si bangsat ini akan kita campakkan jauh-jauh dari menerajui Kuala Lumpur.


Jumaat, 20 April 2012

TERKINI!! Anwar Lawat Mahasiswa Di Dataran Merdeka!

Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim sebentar tadi hadir ke Dataran Merdeka bagi memberi sokongan kepada mahasiswa yang berkhemah menuntut supaya PTPTN dimansuhkan.

Anwar yang tiba jam 10:25 malam ini berkesempatan mendengar taklimat Sidang Rakyat yang membincangkan agenda bagaimana perkhemahan mereka dapat dipertahankan selain memberi kata-kata semangat kepada mereka yang sudah enam hari berada di sini.

Ketibaan Anwar disambut Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali dan Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mohd Akin.

Anwar dalam amanatnya kepada mahasiswa mengatakan jika pendidikan percuma dilaksanakan maka PTPTN dengan sendirinya terhapus.

Anwar sempat menurunkan tandatangan di salah satu kain rentang dengan disaksikan ratusan rakyat yang mengikutinya ke mana sahaja beliau pergi, walaupun polis dilihat cuba membuat sesuatu terhadap kelompok besar yang berada di sini.

Anwar menambah, beliau memuji semangat dan ketabahan anak muda yang sanggup berpanas dan berhujan semata-mata agar tuntutan supaya PTPTN dimansuhkan didengar rejim Umno-APCO.

Anwar meninggalkan kawasan Dataran Merdeka kira-kira 11 malam.

Unit Amal PAS yang diketuai Ketua Pemudanya, Nasrudin Hassan tiba dari ibu pejabat agung parti itu di Jalan Raja Laut, kira-kira 1.3 kilometer dari sini.

30 orang ahli pergerakan itu akan bertugas menjaga keselamatan mahasiswa susulan insiden serangan awal pagi tadi oleh samseng dipercayai didalangi Ezam Mohd Noor./jalanpulang

Rabu, 21 Mac 2012

HASSAN AKIDAH - SAYANG RAJA TAPI TIDAK HADIR SANTAPAN DIRAJA?

Ke hulu ke hilir bercakap pasal IMR.  Islam, Melayu dan Raja.  Walaupun di dalam ceramahnya di merata-rata tempat yang banyak adalah berkisar pasal buruknya PAS, buruknya Anwar yang membawa maksud hebatnya Umno.  Mana isu tentang Islam, Melayu dan Raja?  Itulah perjuangan Hassan Akidah.

Betul ke dia sayang sangat kepada Raja?  Jika betul, mengapa beliau sengaja berpuasa sunat sewaktu majlis santapan Diraja Dun Selangor baru-baru ini?  Beliau tidak hadir pada majlis tersebut bahkan tidak hadir perbahasan hari itu.  Baca di SINI.  

Ikut Islam, jika sudah tahu tetamu mahu datang makan di rumah kita, janganlah kita berpuasa sunat pada hari itu.  Hassan Ali tahu jadual tentang adanya Majlis Santapan Diraja pada hari tersebut.  Jika benar ikhlas menghormati Raja, mengapa dipilih hari itu untuk berpuasa?  Dan, mengapa jika berpuasa tidak boleh hadir perbahasan?  

Takut atau malu?  Takut segala yang beliau hujahkan di dalam setiap ceramahnya akan dipersoalkan di dalam Dun?  Begitulah jadinya jika seseorang bersikap ego dan sombong.  Akhirnya jadi kera sumbang.

Jumaat, 9 Mac 2012

JOM KE FELDA BKT MENDI, BERA : Pada 10 Mac 2012 jam 9.30 malam

Penceramah:

1. Sdr Chegu Bard ( SAMM )

2. Sdr Mazlan Aliman ( Penyelaras PR Parlimen Bera / PRESIDEN ANAK )

3. Sdr Musaniff Ab Rahman ( TYDP PAS BERA )

Semua dijemput hadir!


Isnin, 6 Februari 2012

HASSAN JATI - SURUH ORANG WALA' MASA DIA JADI KETUA SAJA....

Thiqah, Wala' dan Road-Show

Kedengaran juga ada pihak yang ingin membuat road-show ke seluruh Negara. Bagi saya itu adalah hak dia dan lagi banyak dia cakap, lagi jelas pendiriannya yang dangkal. Hanya dia perlu ingat, kesalahannya kali ini bukan kesalahan kali pertama. Dulu dia pernah ditegur dan sudah pun diberi amaran. Kali ini dia lajak lebih jauh lagi maka dan bagi yang menganggap pemecatan beliau agak drastik; perlu diberi amaran dulu dan sebagainya, harap ingat kembali peristiwa lampau.

Mungkin dia akan mencanangkan bahawa dia dipecat kerana DSAI. Itu jelas satu pembohongan. Dia dipecat kerana sikap dirinya sendiri. Semasa road-show boleh cakap apa yang dia suka, reka cerita dan sebagainya, tapi semua tahu, dia dipecat kerana sikapnya. Sikapnya yang tidak mahu terima pendirian parti dan kesungguhannya membawa mesej UMNO/BN untuk mempengaruhi ahli PAS dan rakyat jelata.

Dulu dia juga yang menjadi juara wala’ dan thiqah. Tetapi itu hanya ketika dia sebagai ketua. Semua kena dengar cakap dia. Kalau tidak maka tidak wala’, tidak thiqah serta tidak cukup tarbiyyah dan sebagainya. Tetapi apabila dirinya bukan ketua, nampak gayanya konsep tersebut tidak lagi releven.

Mungkin itulah yang berlaku apabila dikuasai hawa nafsu. Terlalu membesarkan diri, dengan beranggapan bahawa dirinya sahaja yang betul dan yang lain semuanya bagaikan parasit. Parasit ini sebenarnya hidup di atas kekuatan yang lain dan secara perlahan merosakkan pihak yang menanggungnya. Itulah apa yang ingin dilakukan. Tetapi, Alhamdulillah, Allah sayangkan PAS dan memberi PAS kemampuan untuk ‘nyah-parasit’ dan inilah yang telah berlaku.

Parasit sudah pun dinyahkan dan dengan itu PAS akan mara ke hapadan bagi memenuhi kehendak rakyat dan ummat Islam untuk menggantikan UMNO dengan menjadi wadah politik ummat Islam yang utama di negara Malaysia.

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD
 

Rabu, 1 Februari 2012

VIDEO - ARTIS INI PUN MAHU JADI PENGAMPU DAN PENCACAI?



Apabila artis yang tidak tahu apa-apa pun tentang politik dan hak asasi di dalam sesebuah negara, malahan tidak pernah menjenguk pun Fasal-Fasal di dalam Perlembagaan Persekutuan, apabila mereka masih mahu bercakap tentang politik maka ternampaklah kebodohan mereka.

Jika mereka tidak berminat untuk mengambil tahu tentang politik, hanya berminat untuk memikirkan tentang perut masing-masing maka jadilah mereka ini seperti ayam daging yang dipelihara oleh Umno.  Mereka dikurung di dalam reban atau kandang, diberi makan sehingga kenyang kemudiannya di timbang, dijual dan disembelih.

Lihat saja komen-komen dari beberapa artis di dalam video di atas.  Osman kering pun mahu bercakap pasal politik walaupun ideanya kering samasekali seperti keringnya tubuh beliau.  Faizal Hussin bercakap sebiji macam Ketua Umno Cawangan yang berkelulusan darjah enam.  Tetapi masih mahu bercakap soal politik. 

Jika artis ada yang bengap seperti ini mungkin kita tidak hairan.  Tetapi, orang yang ada ilmu agama dan dianggap ulamak muda (ular makk?) pun turut sama level dengan artis, ianya amat malang sekali.  Itulah jadinya jika dibiarkan Umno terlalu lama berkuasa.  Dari sejahil-jahil artis, sampai ke se `Ular mak' tinggi pun menjadi bodoh dibuatnya.

Sabtu, 28 Januari 2012

ANWAR TIDAK PERLU SAMAN ORANG GILA ATAU ORANG BODOH

Aku terbaca satu tulisan dari SuaraPakatan di dalam Tranungkite.  Penulis begitu sibuk mendesak agar DS Anwar menyaman beberapa blog yang sering membuat fitnah terhadap beliau memandangkan DS Anwar telah menyaman akhbar sampah iaitu Utusan. 

Aku tidak setuju DS Anwar habiskan masa menyaman Blogger pelacur yang pro Umporno itu.  Tidak perlu disaman kerana akhirnya pasti terbongkar.  Sebagai contoh, beberapa bulan yang lalu Blogger sampah tersebut sibuk meminta DS Anwar menunjukkan jam Omega.  Blogger haramjadah berkenaan mencabar DS Anwar menyaman blog lacur mereka sekiranya jam Omega yang disebutkan oleh mereka bukan jam DS Anwar.

DS Anwar tidak mengendahkan kerja bodoh puak-puak upahan berkenaan.  Akhirnya, pihak Polis sendiri sahkan isu jam ditutup.  Kononnya jam Omega dari Kerajaan Arab Saudi untuk DS Anwar, tetapi tanpa dilayan oleh DS Anwar terbongkar bahawa jam Omega tersebut adalah dari Taiwan.  Kebathilan terhapus dengan sendirinya.

Justeru itu, DS Anwar harus banyak habiskan masa memperkuatkan Pakatan Rakyat bukan menghabiskan masa melayan kerja bodoh upahan berkenaan.  Lagi pun, kerja saman menyaman di dalam mahkamah Malaysia ini sudah kita maklum selagi melibatkan DS Anwar.  Lihat sahaja kes DS Anwar menyaman Ketua Pemuda Umno, KJ.  Sudah berapa tahun masih belum selesai.  Adakah DS Anwar perlu buang masa lagi dengan kerja menyaman tanpa faedah ini?

Jika rakyat sudah meluat dan jijik dengan Umno dan rakyat tahu Umno dan fitnah tidak boleh dipisahkan, buatlah berapa banyak video lucah sekali pun, DS Anwar tidak perlu melayannya rakyat tetap memilih ABU (Asalkan Bukan Umno).  Tidakkah kita terfikir mengapa puak-puak balaci itu mahu sangat DS Anwar menyaman mereka?  Ini adalah kerana mereka mahu DS Anwar hilang tumpuan untuk menyerang Najib dan Rosmah serta lembu-lembu Fidlot di dalam kondo. 

Justeru itu, kita cabar mereka yang kononnya ada beberapa kotak lagi video lucah agar tampil membuat laporan agar DS Anwar boleh menjawabnya di mahkamah, walaupun mahkamah di negara ini semua faham situasinya.  Bukan susah sangat buat kerja fitnah.  Buat tuduhan, kemudian cabar orang yang dituduh menyamannya.  Kerja bodoh itu selalunya adalah kerja kumpulan Ezam sesumpah, Umi Hafilda dan sekutu-sekutunya yang kini mencari sesuap nasi di dalam kondo lembu Umno.