JOM MASUK AHLI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DENGARKAN KOBAT FM ONLINE

Khamis, 14 Jun 2012

SDR RAFIZI DI PANDAN, YB AZAN DI KEMAMAN

HEBOH diperkatakan bahawa Sdr Rafizi, Pengarah Strategi KEADILAN akan bertanding di Parlimen Pandan di dalam PRU ke 13 nanti.  Perkhabaran ini turut dikisahkan di dalam media rasmi KEADILAN sendiri iaitu Keadilan Daily.


Sdr Rafizi - Bertanding di Parlimen Pandan?
Maka, hampir pasti Sdr Rafizi tidak bertanding di Parlimen Kemaman, Terengganu sebagaimana yang heboh diperkatakan sebelum ini.  Di mana pun tempat Sdr Rafizi bakal bertanding, adalah diharapkan parti meletakkan beliau di tempat yang selamat.  Ini adalah kerana Sdr Rafizi amat diperlukan berada di Parlimen samada sebagai MP Kerajaan mahu pun Pembangkang.  Suara anak muda ini releven untuk kedua-dua fungsi beliau di Parlimen nanti.


YB Azan Ismail - Calon Parlimen Kemaman?

Tiada seorang pun yang boleh mempertikaikan kewibawaaan Sdr Rafizi selama ini.  Ketokohan beliau dilihat lebih hebat dari beberapa tokoh yang lebih lama di dalam parti.  Sebab itu kita perlu ingat, di dalam politik bukan lama atau senior menjadi ukuran tetapi konsisten dan istiqamah di dalam perjuangan itu penting.  Lebih penting lagi sanggup bersusah payah dan berkorban untuk parti walaupun baru dua tiga hari di dalam parti.  Apalah ertinya lama di dalam parti jika kita hanya berjuang untuk menuntut habuan dari parti.  Jika parti gagal berikan apa yang kita mahu, kita lari menjadi katak.  Banyak contoh spesis seperti ini.

Ertinya, Parlimen Kemaman kembali kosong jika Sdr Rafizi ke Pandan.  Persoalannya, siapakah yang layak bertanding di Parlimen Kemaman iaitu satu kawasan yang dianggap berpeluang cerah bagi KEADILAN di Terengganu.  Bagi saya, tidak lain melainkan YB Azan Ismail layak bertanding di situ.  Kerusi beliau sekarang di Parlimen Indera Mahkota, Kuantan, Pahang sudah pun ada calon yang sesuai di situ apabila YB Azan dilantik menjadi Pengerusi KEADILAN Terengganu.  Selaku Pengerusi MPN Terengganu, wajar YB Azan bertanding di Terengganu di kawasan yang selamat.  

Rabu, 6 Jun 2012

IBRAHIM AL KATAKI IBNU AL BAGHALI

Di dalam banyak-banyak katak, katak apa paling bodoh?  Jawapannya Berahim katak.  Bukan aku fitnah, tapi kalau korang baca kenyataan dia baru-baru dia kata Kerajaan buang masa tubuhkan Suruhanjaya Siasatan untuk menyiasat Himpunan BERSIH 3.0.  Katak bodoh ini kata, sudah terang-terang BERSIH 3.0 langgar undang-undang kerana melanggar perintah mahkamah agar tidak memasuki Dataran Merdeka.

Mana Berahim tahu?  Dia adakah masa Himpunan BERSIH 3.0?  Dia lihat sendirikah peserta perhimpunan melanggar undang-undang seperti yang dikatakannya?  Katak bodoh Pasir Mas ini hanya menonton TV3 Suku dan Utusan Meloya, media bangsat ini mengatakan peserta BERSIH 3.0 adalah pengganas dan perusuh.  Maka, Berahim katak pun percaya kerana kebodohannya.  Baghal sungguh.

Yang membuang masa itu adalah katak Pasir Mas.  Bukan setakat buang masa, bahkan buang duit saja untuk membayar elaun Wakil Rakyat yang tidak diredhai oleh rakyat di kawasannya.  Ertinya, buang masa Berahim Alkataki menjadi Wakil Rakyat `haram' atau `haramjadah' (pinjam kata Najib).  Sewaktu Himpunan BERSIH 2.0 dulu, bukan main katak ini memberi amaran kononnya PERKASAM akan berada di benteng hadapan untuk menghalang BERSIH.  Tapi, bila sampai waktunya katak ini duduk di bawah ketiak bininya di bawah tempurung.

Oleh sebab malu yang teramat sangat, maka sampai sekarang Berahim katak amat sakit hati dengan BERSIH.  Maklumlah, jiwa yang kotor berdaki memang tidak suka kepada bersih.  Aku cabar PERKASAM pula buat perhimpunan, dan kita sarankan peserta perhimpunan dibayar upah, kita lihat nanti walaupun dibayar upah setakat mana Berahim katak boleh kumpulkan orang.  Kalau dia boleh kumpul dalam 500 orang pun kita boleh kata Berahim katak ini hebat.

Jumaat, 27 April 2012

BERSIH 3.0 - MEMANG BANGSAT !!



Memang sahih bangsat punya Datuk Bandar Kuala Lumpur.  Baru berkuasa pegang jawatan Datuk Bandar, beliau sudah merasakan Kuala Lumpur milik mak bapak beliau. 

"Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan menutup selama 48 jam Dataran Merdeka - yang mahu digunakan oleh BERSIH untuk mengadakan perhimpunan bantah duduk Sabtu ini - berkuatkuasa jam 6 pagi esok. Arahan tersebut dikeluarkan oleh Datuk Bandar Kuala Lumpur, Tan Sri Ahmad Fuad Ismail dalam satu kenyataan petang ini" (Malaysiakini).

Rakyat mahu DUDUK DAN BANTAH di Dataran Merdeka, apa masalahnya buat DBKL?  Kalau kamu tutup Dataran Merdeka sewaktu puak-puak kaki maksiat lepak sewaktu menyambut Tahun Baru atau apa jua pesta dan hiburan, aku orang pertama akan cium tangan Datuk Bandar.  Tetapi, maksiat bermaharajalela di Dataran Merdeka setiap hari dan malam.  Apabila tiba musim Hari Raya, disaat warga kota balik ke kampong dan Ibu Kota lenggang, puak-puak pendatang asing dari Indon, Bangla, Nepal dan yang lain akan berkampong di Dataran Merdeka dengan mabuk-mabuk mereka.  Pada waktu itu apakah Datuk Bandar tidak teringin untuk menutup Dataran Merdeka?

Sebab itu aku kata Datuk Bandar ini memang bangsat, pencacai yang tidak mahu kalah dengan SPR sebagai pencacai nombor Wahid kepada parti lembu kondo itu.  Adakah rakyat peduli dengan amaran dari si bangsat tersebut?  Jawabnya kirim salam, malahan rakyat telah bersedia untuk merempuh Dataran Merdeka milik rakyat semua.  Tunggulah masanya, si bangsat ini akan kita campakkan jauh-jauh dari menerajui Kuala Lumpur.


Jumaat, 20 April 2012

TERKINI!! Anwar Lawat Mahasiswa Di Dataran Merdeka!

Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim sebentar tadi hadir ke Dataran Merdeka bagi memberi sokongan kepada mahasiswa yang berkhemah menuntut supaya PTPTN dimansuhkan.

Anwar yang tiba jam 10:25 malam ini berkesempatan mendengar taklimat Sidang Rakyat yang membincangkan agenda bagaimana perkhemahan mereka dapat dipertahankan selain memberi kata-kata semangat kepada mereka yang sudah enam hari berada di sini.

Ketibaan Anwar disambut Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali dan Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mohd Akin.

Anwar dalam amanatnya kepada mahasiswa mengatakan jika pendidikan percuma dilaksanakan maka PTPTN dengan sendirinya terhapus.

Anwar sempat menurunkan tandatangan di salah satu kain rentang dengan disaksikan ratusan rakyat yang mengikutinya ke mana sahaja beliau pergi, walaupun polis dilihat cuba membuat sesuatu terhadap kelompok besar yang berada di sini.

Anwar menambah, beliau memuji semangat dan ketabahan anak muda yang sanggup berpanas dan berhujan semata-mata agar tuntutan supaya PTPTN dimansuhkan didengar rejim Umno-APCO.

Anwar meninggalkan kawasan Dataran Merdeka kira-kira 11 malam.

Unit Amal PAS yang diketuai Ketua Pemudanya, Nasrudin Hassan tiba dari ibu pejabat agung parti itu di Jalan Raja Laut, kira-kira 1.3 kilometer dari sini.

30 orang ahli pergerakan itu akan bertugas menjaga keselamatan mahasiswa susulan insiden serangan awal pagi tadi oleh samseng dipercayai didalangi Ezam Mohd Noor./jalanpulang

Rabu, 21 Mac 2012

HASSAN AKIDAH - SAYANG RAJA TAPI TIDAK HADIR SANTAPAN DIRAJA?

Ke hulu ke hilir bercakap pasal IMR.  Islam, Melayu dan Raja.  Walaupun di dalam ceramahnya di merata-rata tempat yang banyak adalah berkisar pasal buruknya PAS, buruknya Anwar yang membawa maksud hebatnya Umno.  Mana isu tentang Islam, Melayu dan Raja?  Itulah perjuangan Hassan Akidah.

Betul ke dia sayang sangat kepada Raja?  Jika betul, mengapa beliau sengaja berpuasa sunat sewaktu majlis santapan Diraja Dun Selangor baru-baru ini?  Beliau tidak hadir pada majlis tersebut bahkan tidak hadir perbahasan hari itu.  Baca di SINI.  

Ikut Islam, jika sudah tahu tetamu mahu datang makan di rumah kita, janganlah kita berpuasa sunat pada hari itu.  Hassan Ali tahu jadual tentang adanya Majlis Santapan Diraja pada hari tersebut.  Jika benar ikhlas menghormati Raja, mengapa dipilih hari itu untuk berpuasa?  Dan, mengapa jika berpuasa tidak boleh hadir perbahasan?  

Takut atau malu?  Takut segala yang beliau hujahkan di dalam setiap ceramahnya akan dipersoalkan di dalam Dun?  Begitulah jadinya jika seseorang bersikap ego dan sombong.  Akhirnya jadi kera sumbang.

Jumaat, 9 Mac 2012

JOM KE FELDA BKT MENDI, BERA : Pada 10 Mac 2012 jam 9.30 malam

Penceramah:

1. Sdr Chegu Bard ( SAMM )

2. Sdr Mazlan Aliman ( Penyelaras PR Parlimen Bera / PRESIDEN ANAK )

3. Sdr Musaniff Ab Rahman ( TYDP PAS BERA )

Semua dijemput hadir!


Isnin, 6 Februari 2012

HASSAN JATI - SURUH ORANG WALA' MASA DIA JADI KETUA SAJA....

Thiqah, Wala' dan Road-Show

Kedengaran juga ada pihak yang ingin membuat road-show ke seluruh Negara. Bagi saya itu adalah hak dia dan lagi banyak dia cakap, lagi jelas pendiriannya yang dangkal. Hanya dia perlu ingat, kesalahannya kali ini bukan kesalahan kali pertama. Dulu dia pernah ditegur dan sudah pun diberi amaran. Kali ini dia lajak lebih jauh lagi maka dan bagi yang menganggap pemecatan beliau agak drastik; perlu diberi amaran dulu dan sebagainya, harap ingat kembali peristiwa lampau.

Mungkin dia akan mencanangkan bahawa dia dipecat kerana DSAI. Itu jelas satu pembohongan. Dia dipecat kerana sikap dirinya sendiri. Semasa road-show boleh cakap apa yang dia suka, reka cerita dan sebagainya, tapi semua tahu, dia dipecat kerana sikapnya. Sikapnya yang tidak mahu terima pendirian parti dan kesungguhannya membawa mesej UMNO/BN untuk mempengaruhi ahli PAS dan rakyat jelata.

Dulu dia juga yang menjadi juara wala’ dan thiqah. Tetapi itu hanya ketika dia sebagai ketua. Semua kena dengar cakap dia. Kalau tidak maka tidak wala’, tidak thiqah serta tidak cukup tarbiyyah dan sebagainya. Tetapi apabila dirinya bukan ketua, nampak gayanya konsep tersebut tidak lagi releven.

Mungkin itulah yang berlaku apabila dikuasai hawa nafsu. Terlalu membesarkan diri, dengan beranggapan bahawa dirinya sahaja yang betul dan yang lain semuanya bagaikan parasit. Parasit ini sebenarnya hidup di atas kekuatan yang lain dan secara perlahan merosakkan pihak yang menanggungnya. Itulah apa yang ingin dilakukan. Tetapi, Alhamdulillah, Allah sayangkan PAS dan memberi PAS kemampuan untuk ‘nyah-parasit’ dan inilah yang telah berlaku.

Parasit sudah pun dinyahkan dan dengan itu PAS akan mara ke hapadan bagi memenuhi kehendak rakyat dan ummat Islam untuk menggantikan UMNO dengan menjadi wadah politik ummat Islam yang utama di negara Malaysia.

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD