JOM MASUK AHLI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DENGARKAN KOBAT FM ONLINE

Isnin, 15 Oktober 2012

DR HARON DIN TIDAK KEMARUK JAWATAN SEPERTI KAMU, HASSAN JATI !!

Apabila sudah lama tidak bersuara, maka bersuara semula Hasan Jati.  Kali ini beliau lupa bahawa beliau telah disepak oleh PAS keluar dan menjadi Jati seterusnya melantik dirinya jadi Presiden kepada dua tiga ekor spesis sepertinya.  Beliau lupa beliau bukan ahli PAS lagi, sebab itu beliau bersuara agar Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Aziz melepaskan jawatannya kepada Prof Dr Haron Din.

Alasan bangang beliau adalah Dr Haron Din setara dengan Tuan Guru Nik Aziz.  Jika sudah setara, maka perlu apa ditukar?  Lojiknya kalau Dr Haron Din lebih hebat ilmunya atau pengaruhnya di dalam PAS, barulah wajar ditukar, itu pun kena Majlis Syura PAS sendiri yang buat keputusan bukannya kerana mendengar saranan orang yang sudah kena sepak seperti Hasan Jati.

Hakikatnya, hasad dan dengki tak hilang-hilang dari hati hitam Hassan Jati.  Dendam masih membara kerana Mursyidul Am PAS ini sejak dari dahulu lagi selalu terbau taktik Hassan Jati nak musnahkan PAS dengan isu Kerajaan Perpaduan dengan Umno.  Semua orang tahu kisah kemaruknya si Hassan ini mahu jadi MB Selangor jika PAS dan Umno bersatu di Selangor selepas PRU 2008 dulu.  Cita-cita besar Hassan ini terhidu oleh Mursyidul Am PAS, maka sebab itu dendam membara hingga membarah dan membusukkan hati.

Tambah perit lagi bila hilang jawatan Pesuruhjaya PAS Selangor, bertambah sakit di hati bila ada yang mendedahkan bahawa nama beliau mungkin tidak tercalon di dalam PRU nanti.  Sebab itu, beliau mula membuat hal dan melakukan kerja-kerja bodohnya sehingga beliau terpaksa ditendang keluar dari PAS.  PAS tidak perlukan parasit sepertinya yang tidak menghormati Majlis Syura PAS, sedangkan Presiden PAS sendiri terpaksa akur dengan Majlis Syura.  Siapa Hassan yang hebat sangat mahu melanggar keputusan Majlis Syura?  Justeru itu, beliau dipecat.

Bila dipecat, beliau terus jadi meroyan.  Beliau ingat PAS takkan berani pecat beliau kerana beliau rasa amat hebat.  Beliau silap.  PAS pernah hilang Presidennya iaitu Us Asri Muda yang keluar dari PAS dan juga Us Nakhaie Ahmad, Naib Presiden yang keluar dari PAS juga.  PAS tetap maju jaya selepas itu dan bertambah kuat sekarang.  Jadi, siapa sangatlah si Hassan ini pada PAS?

Beliau terus meroyan dengan menyalahkan Anwar dan DAP menjadi penyebab beliau dipecat.  Kemudian salahkan pula kononnya ada parasit yang membuatnya terpelanting dari PAS.  Beliau lupa, PAS tidak pernah ada sejarah parasit sebelum beliau hadir di dalam PAS.  Beliaulah bapak segala parasit dan warisannya masih ada lagi seekor dua di dalam PAS sekarang.  Tidak lama lagi kita kenallah siapa warisan parasit itu.

Sakit hati beliau terhadap PAS kini tidak terhingga sehingga sanggup menyuruh Tuan Guru Nik Aziz letak jawatan digantikan dengan Dr Haron Din.  Siapa dia mahu menilai ketokohan kedua-dua Ulamak PAS ini?  Adakah beliau ingat Dr Haron Din itu sama seperti beliau yang kemaruk kuasa?  Beliau lupakah Dr Haron Din beberapa kali pernah menarik diri dari bertanding di dalam jawatan tertinggi di dalam PAS sedangkan beliau dikatakan punyai harapan cerah untuk menang.  Ini menunjukkan Dr Haron Din tidak kemaruk jawatan, maka usahlah Hassan Jati mahu lagakan Dr Haron Din dengan Tuan Guru Nik Aziz.  

Beliau sepatutnya berterima kasih kepada PAS sebelum ini yang memberi beliau jawatan Pesuruhjaya PAS Selangor agak lama sedangkan jika diikutkan beliau tidak layak memegang jawatan tersebut dari segi keilmuan Islamnya.  Almarhum Us Hassan Shukri jauh lebih layak dari beliau tetapi ketika itu Almarhum Us Hassan Shukri bersetuju untuk menaikkan Hassan Jati sebagai tokoh muda untuk memimpin PAS Selangor.  

Cukup-cukuplah Hassan Jati mahu musnahkan PAS.  Cukup-cukuplah kerja kamu sebagai Sub kontrak Umno.  Jika yakin rezeki di tangan Umno, masuk sajalah ke dalam Umno seperti bekas Imam Masjid Negara, Firdaus Ismail tu. 

Rabu, 26 September 2012

HUDUD SEMAKIN DITERIMA, US NASHA TIDAK PERLU MENJADI JAGUH

Satu kajian oleh UM telah menunjukkan 42 % kaum Cina kini mula yakin dengan Hukum Hudud.  Satu berita baik bukan saja sepatutnya kepada PAS, tetapi kita umat Islam patut bersyukur dengan berita ini.  Bayangkan jika 42 % kaum Cina yang telah dibuat kaji selidik, itu merupakan satu angka yang besar.  Di dalam Umno pun belum tentu dapat sejumlah itu yang yakin dengan hukum Hudud, sebaliknya mereka akan mencari alasan untuk menolak hukum tersebut.  

Alasan paling popular buat Umno untuk menolak hukum tersebut adalah mereka mengatakan itu Hudud PAS.  Oleh kerana itu Hudud PAS, maka Umno tolak.  Itu yang diajar oleh Mahathir sejak dulu lagi.  Masalahnya, bila ditanya mana Hudud Umno yang kononnya hudud Islam itu, sehingga kini satu baris dari hukum tersebut Umno tidak mampu buat.

Sekarang ini pemimpin-pemimpin PAS kena bersabar sedikit dari terlalu ghairah mahu memperkatakan tentang hukum ini.  Jangan berebut-rebut mahu jadi juara kononnya mahu memperjuangkan hukum tersebut.  Di dalam dasar PAS, hukum tersebut masih kekal maka tunggu masa dan saat yang paling sesuai untuk dilaksanakan.

Hasil dari kesabaran PAS, kita sudah dapat melihat bagaimana sedikit demi sedikit kaum Cina yang bukan Islam sudah mula merasa yakin dengan hukum tersebut.  Jangan dihiraukan sangat rungutan dari beberapa pimpinan DAP kerana apa yang paling penting majoriti rakyat yang bukan Islam di negara ini semakin memahami hukum tersebut.  Apabila rakyat bukan Islam telah semakin selesa dengan isu Hudud ini, percayalah, pemimpin-pemimpin DAP yang selama ini agak kritikal tentang Hudud akan menerima hakikat tersebut.

Oleh itu, Us Nasha tidak perlulah cuba menjadi jaguh di dalam isu ini.  Tidak guna menjadi jaguh di dalam parti yang akhirnya apa yang parti bina runtuh dan PAS kembali terasing seperti dahulu.  Strategi PAS atau pendekatan PAS sekarang ini sudah amat bijak dan ianya terbukti sekarang di mana Hudud semakin mendapat perhatian dari rakyat yang bukan Islam. 

Isnin, 3 September 2012

SYAITAN PELIHARAAN APCO YAHUDI MULA BEKERJA

Nampaknya terjerat lagi umno apabila cuba bermain dengan isu bendera.  Mereka dakwa jika PR jadi Kerajaan Pusat, maka Jalur Gemilang akan bertukar.  Ini semua hanya mereka lihat seorang dua yang membawa bendera Sang Saka dua helai sewaktu rakyat berkumpul meraikan Janji Bersih di Dataran Merdeka baru-baru ini.

Di dalam perhimpunan tersebut ratusan bendera Jalur Gemilang dibawa oleh penyokong-penyokong Janji Bersih, tetapi kepala otak lembu itu tetap fokus kepada dua helai bendera yang amat mereka takuti.  Mengapa takut?  Takut sejarah difahami?

PR tetap bertegas tidak akan menukar bendera Jalur Gemilang kerana bendera itu tidak berdosa.  Yang rasuah dan merompak hak rakyat bukan Jalur Gemilang.  Tiada sebab bendera mahu ditukar walaupun mungkin ada hujah untuk berbuat demikian, tetapi hujah itu boleh dianggap hujah "dhaif" yang tidak begitu penting berbanding objektif kita untuk menukar kerajaan.  

Gagal dengan isu bendera, puak haramjadah ini menukar arah kepada tindakan samseng yang dipelajari dari Apco Yahudi.  Bas Merdeka Rakyat dirosakkan di Kota Bharu.  Tidak puas dengan itu, tazkirah DS Anwar diganggu di sebuah masjid di Kedah.  Atas alasan tiada tauliah, puak anti agama ini menyekat usaha dakwah yang diwajibkan Islam iaitu saling ingat mengingati hatta satu ayat.  Perlukah tauliah untuk kita saling mengingati?  Mungkin itulah ajaran Apco Yahudi yang sememangnya tidak suka melihat lembu peliharaan mereka ditolak di dalam PRU akan datang.

Selasa, 28 Ogos 2012

ZAHID HAMIDI AKHIRNYA AKUI KEHEBATAN PEMERINTAHAN PR

Terbaca aku Sinar semalam (27 Ogos 2012).  Bekas orang kuat Anwar Ibrahim dulu yang belot dari kumpulan reformasi setelah ditahan beberapa hari, Zahid Hamidi mengeluarkan kenyataan yang secara tidak langsung mengakui kehebatan pemerintahan di bawah PR.  

Kata beliau, PR hanya dapat tunaikan 15% sahaja dari janji-janji mereka sejak PR perintah iaitu tahun 2008.  Itu pun jika 15 % itu Zahid kira betul dan telah pun habis di ejas oleh beliau untuk menurunkan peratusnya.  Baiklah, kita anggap betul lah kiraan Zahid tersebut.  

Bagaimana pula dengan Bn?  Zahid pun dengan bangganya menyebut Bn telah menunaikan 87 % janji-janji mereka, bukan semenjak 2008 tetapi semenjak 1959 lagi.  Waktu itu aku pun belum lahir lagi, silap-silap si Zahid ini pun belum lahir kot.  Bayangkan sejak 1959, Bn hanya dapat tunai janji 87% sahaja, sedangkan PR telah tunai janji 15% di dalam masa sepenggal sahaja yang tak sampai pun lima tahun.

Ertinya apa?  Ertinya terlalu jauh hebat PR perintah dari Bn perintah.  Oleh itu, buat apa rakyat menjadi bodoh sehingga sanggup mengundi Bn lagi sedangkan menteri Bn sendiri akui PR memerintah jauh lebih baik dari Bn?  Ini bukan aku yang kata, ini Zahid yang kata dan saudara boleh baca di dalam akhbar Sinar semalam.

Aku tidak fikir Zahid ini terlalu bodoh untuk membuat perkiraan.  Aku yakin Zahid ikhlas di dalam kenyataannya itu.  Atau, adakah Zahid ingin memberitahu Najib bahawa sudah sampai masanya Bn dikuburkan?


Sabtu, 18 Ogos 2012

US NASHA AKAN DIPECAT OLEH PAS KERANA HASUTAN ANWAR DAN DAP?

Bernama memetik Tok Guru Nik Aziz minta Us Nasha keluar je dari PAS setelah MP Bachok ini keluarkan kenyataan di dalam media agar PAS berpisah dari PR semata-mata kerana DAP tidak bersetuju dengan Hudud.

Sebaliknya Tok Guru menafikan beliau ada mendesak Us Nasha keluar dari PAS.  Bagi aku, jika betul pun Tok Gutu sda berkata demikian, aku sokong penuh kerana memang layak Us Nasha keluar dari PAS. Pertamanya, dia tidak pernah merujuk kepada parti atau Majlis Syura terlebih dahulu sebelum buat kenyataan seperti orang bodoh itu.  Kita semua tahu Us Nasha adalah salah seorang dari Ahli Majlis Syura, mengapa susah sangat dia nak rujuk kepada badan tertinggi PAS tersebut?  Dia takut?

Keduanya, Us Nasha sudah mempunyai banyak rekod yang butuk menjejaskan imej PAS.  Semenjak hilang jawatan dari Timbalan Presiden PAS, beliau seolah-olah berpuyus arang dengan PAS.  Orang yang gila jawatan seperti beliau dan Hassan Jati ini jika disimpan di dalam PAS akan merugikan PAS.
Lepas ini jika Us Nasha dipecat dari PAS, percayalah beliau akan tuduh bahawa pemecatannya iyu sdalah kerana PAS telah dihasut oleh Anwar dan DAP, bukannya kerana kebodohannya sendiri.  Percayalah!!

Khamis, 16 Ogos 2012

BERANI POTONG ANU LA.......

Cukup-cukuplah Hassan Akidah, buatlah kerja yang berfaedah untuk perjuangan Islam.  Jangan buat kerja yang menampakkan kamu tu ejen umno.  Bila kamu menyalak siang malam minta Pas keluar dari PR tu sudah cukup orang kenal kamu.

Hanya mereka yang berotak lembu je yang termakan hasutan kamu.  Semua orang tahu Hassan Akidah memang gila nak jadi MB Selangor.  Andainya sekarang dia jadi MB Selangor, agak-agak korang dia suruh tak Pas keluar dari PR?

Jawabnya berani potong anu la.....

Rabu, 8 Ogos 2012

SIAPA LEBIH KHIANAT, MANOHARAN ATAU PEMIMPIN UMNO?

Samasekali kita tidak bersetuju dan membantah keras Adun Kota Alam Shah, M. Manoharan beberapa hari yang lalu memperkecilkan Lee Chong Wei yang telah membawa kepada negara satu pingat Perak di dalam Badminton Perseorangan Sukan Olimpik yang sedang berlangsung.

Seperti yang telah dijangka, isu ini dipergunakan oleh media haprak kerajaan yang menggambarkan seolah-olah perbuatan Adun tersebut satu `dosa besar' kepada negara, walaupun secara jujurnya Adun tersebut telah pun memohon maaf secara terbuka di atas ketelanjurannya.  

Beliau silap di dalam mengeluarkan kenyataannya dan ianya telah dikritik hebat oleh rata-rata pimpinan PR bagi membuktikan bahawa PR tetap menyanjung Lee Chong Wei yang telah bekerja keras untuk membawa pulang Pingat buat Malaysia.  Namun, gelaran pengkhianat dan tidak patriotik yang dilabelkan kepada Manoharan adalah keterlaluan samasekali.

Kita mahu bertanya, mana lebih besar khianatnya kepada negara samada kenyataan Manoharan itu lebih khianat atau berbahaya jika dibandingkan dengan perbuatan membawa pendatang asing begitu ramai di Sabah, Sarawak dan Semenanjung bahkan ada di antara mereka boleh mengundi bagi menentukan pucuk pimpinan negara ini?  Tidak merbahayakah pendatang asing ini yang ramai di antara mereka ini terlibat di dalam kegiatan jenayah di negara ini?

Tidakkah khianat namanya jika pemimpin Umno merembat tanah rezab orang-orang Melayu dan diserahkan kepada bangsa lain?  Khianat juga namanya apabila pemimpin Melayu di dalam Umno yang menghilangkan imuniti raja-raja Melayu malahan sampai ke tahap menabalkan raja Melayu sesuka hati seperti yang berlaku di Ketereh beberapa tahun dahulu.  Siapa yang boleh mengatakan tidak khianat apabila ada sekumpulan orang politik yang menggelar raja sebagai "natang'?

Ini semua adalah lebih khianat dan begitu merbahaya jika dibandingkan dengan dua tiga patah perkataan Manoharan terhadap Lee Chong wei.  Apa pun tindakan Manoharan memohon maaf boleh disanjung kerana keberanian dan rasa rendah dirinya jika dibandingkan dengan puak-puak mereka yang tidak pernah mahu memohon maaf di atas pengkhianatan yang telah mereka lakukan.