JOM MASUK AHLI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DENGARKAN KOBAT FM ONLINE

Rabu, 26 Jun 2013

SPESIS PEROSAK DALAM HIMPUNAN DI HADAPAN PARLIMEN

Siapalah yang buat kerja tidak cerdik yang maki hamun MP-MP yang angkat sumpah baru-baru ni?  Korang kalau nak berjuang cara korang, berjuanglah dengan ikhlas rakyat pasti sokong, tapi kalau berjuang untuk tunjuk korang hebat sangat dengan memperlekehkan perjuangan orang lain, korang sebenarnya tidak hebat.  Korang sebenarnya mahu dapat nama semata-mata.

Tidak semua.  Hanya segelintir je yang berperangai seperti orang gila meroyan tidak tentu pasal di Parlimen baru-baru ni.  Aku tahu lah korang sakit hati pasal korang mungkin kena belasah atau kena tangkap, tetapi bukankah itu semua risiko yang terpaksa korang hadapi dalam perjuangan korang?  Tentu korang sudah bersedia dengan semua risiko tersebut.  Tetapi bila korang dah rasa serik, korang nak lepaskan marah korang kat MP-MP dari PR tu mengapa?  

Nasib baik tak semua yang berhimpun depan Parlimen tu bodoh macam korang.  Kalau korang ni terdiri dari Mahasiswa, malang sungguh lah.  Memang patut pun majoriti Mahasiswa di negara ini masih 'termakan' dengan Umno kerana korang sendiri gagal di dalam memimpin Mahasiswa.  Jika untuk menarik mahasiswa pun korang gagal, usah bicaralah pasal nak jatuhkan kerajaan di jalanraya dan sebagainya.  

Aku pun respek kepada yang berhimpun dan berkhemah di Padang Merbok.  Aku juga sokong mereka berarak hingga ke Parlimen pada hari MP-MP angkat sumpah 24 Jun baru-baru ni.  Tidak pula aku tahu ada di antara mereka yang berhimpun itu masih bodoh nak berfikir dengan matang.  Lain yang dirancang, lain yang mereka buat. 

Jumaat, 17 Mei 2013

SESIAPA TIDAK SETUJU "BLACK 505" ELOK DUDUK DIAM, JANGAN MENYIBUK!!

Aku nak bagitahu pimpinan di dalam PR samada PAS, PKR atau DAP yang tidak bersetuju dengan pendekatan DS Anwar Ibrahim yang menjelajah ke seluruh negeri di dalam kempen "BLACK 505 " eloklah duduk diam.  

Kalau kamu ni jenis penakut atau pemalas mahu berjuang, elok duduk di dalam opis kamu yang berhawa dingin tu.  Mungkin kamu dah rasa selesa sebab dah menjadi YB, tapi ingat, rakyat sedang memerhatikan kamu.  Kalau Azmin atau Zuraida malas mahu berhimpun, elok kamu berdua berlegar-legar sahaja di dalam kawasan kamu sambil buat jamuan meraikan kemenangan kamu.  Biarlah DS Anwar, Tian Chua, Johari Abdul, Chegu Bard, Siti Aishah Serikandi atau beberapa orang yang lain tu mengambil risiko bersama rakyat.

Betul ke Dewan Ulamak PAS pun tidak bersetuju dengan "BLACK 505"?  Jika betul, elok juga Dewan Ulamak PAS bantah demo tuntutan royalti.  Tapi aku tak percaya Dewan Ulamak PAS tidak setuju kerana sepatutnya badan itulah yang menggalakkan perjuangan menuntut keadilan sehingga ke tahap berjihad.  Tak mungkin Dewan Ulamak tidak bersetuju perkara yang betul. 

Khamis, 18 April 2013

CHEGU BARD DI DUN SG ACHEH - BELUM PASTI, TAPI.....

Kempen PR di Sg Acheh Giat Dijalankan

che'GuBard hari ini menafikan khabar berita yang mengatakan terdapat masalah di antara PAS dan PKR di DUN Sg Acheh.
 

Kempen menyantuni rakyat di Sg Acheh sedang giat dijalankan ketika ini oleh semua pihak dari Pakatan Rakyat. Kempen kesedaran juga dilaksana bagi memastikan Pulau Pinang dipertahan dan mendapat mandat lebih besar.

Seperti jaminan awal che'GuBard sebelum ini, tidak akan ada pertembungan 3 penjuru di Sg Acheh. Pasti hanya ada seorang calon PR sahaja akan berdepan dengan BN dan diyakini dalam tempoh 48 jam pimpinan PR (Majlis Presiden) akan putuskan siapa yang bakal mewakili PR di Sg Acheh. che'GuBard yakin pertimbangan yang dibuat adalah secara menyeluruh.

che'GuBard juga menyeru semua jentera khususnya PKR agar bersedia menerima apa jua keputusan itu nanti dan akan terus bekerja malah akan lebih agresif mendekati pengundi saat akhir bagi kemenangan PR.

Agenda kita memperkukuh kerajaan PR P.Pinang yang diiktiraf pentadbiran terbaik harus jelas dan mengatasi semua kepentingan lain. Hasrat Rakyat tidak wajar dikhianati.

Malah jika tidak terpilih che'GuBard tetap akan mengekalkan momentum jentera dan sendiri akan turun berkempen demi kemenangan rakyat. Kita bukan seperti BN yang dikenalpasti banyak tempat berlaku penutupan bilik gerakan kerana kecewa.

Kesempatan ini juga, che'GuBard menyeru untuk semua jentera BN yang kecewa untuk bersama dalam jentera rakyat dan membantu kemenangan Pakatan Rakyat.

che'GuBard

Isnin, 18 Mac 2013

PKR, PAS DAN DAP DI PAHANG - TIADA MASALAH MAHU UMUM KERUSI

Takde masalah PKR Pahang umum kerusi di Pahang.  Bukankah DAP juga dah umum kerusi di Bentong?  PAS juga pernah umum kerusi di Pahang termasuk Presiden mereka pernah menyebut Parlimen Pekan sebagai kerusi yang dipilihnya.  Bukankah Bentong kerusi PKR asalnya dan Pekan pun begitu?

Tetapi tidak menjadi masalah pun sebenarnya kerana tetap juga lawan kita Umno/Bn.  Di alam maya, ada yang sebut PKR umum kerusi di Pahang sebagai tidak menghormati rakan-rakan lain di dalam PR di Pahang.  Adakah DAP dan PAS sentiasa menghormati sesama PR?  Sekali lagi aku nak beritahu sebenarnya tiada masalah pun kerana masing-masing tentu ada sebab berbuat demikian, tetapi akhirnya pimpinan di atas yang buat keputusan.

Aku setuju dengan kenyataan Us Tuan Ibrahim Tuan Man, Pesuruhjaya PAS Pahang yang sebut bahawa pengumuman oleh PKR Pahang tentang kerusi-kerusi yang ditandingi oleh parti tersebut belum muktamad kerana ada kerusi-kerusi yang masih di dalam perbincangan.  Ertikata lain, tidak mustahil akan berlaku perubahan disaat-saat akhir, begitu juga di Bentong.  Memanglah di Bentong dikira lojik bahawa DAP dapat kerusi Parlimen, maka berbaloi juga PKR dapat dua kerusi di Dun Ketari dan Tanah Rata.  Ertinya ada 'tukar ganti' yang adil.

Harus diingat, andainya pimpinan atasan tetap juga mahu DAP bolot kedua-dua kerusi berkenaan iaitu di Ketari dan Tanah Rata, tidak bijak pula PKR mahu letak calon disitu kerana yang pasti Umno/Bn akan menang mudah.  Tetapi lebih tidak bijak lagi kita serah semuanya kepada DAP yang sebelum ini masuk 'rumah' kita dan 'halau' kita keluar bilik.  Jadi, pimpinan perlu bijak untuk mengatasi hal ini.

Pada aku PAS memang ada hak minta kerusi di mana-mana kawasan yang parti tersebut rasa boleh menang.  PKR pun begitu juga kerana menjaga 'amanah' iaitu kerusi ini bukan mudah dan boleh diserah begitu sahaja.  Tentu ada imbang tara, untung rugi dan hikmahnya jika pertukaran kerusi dibuat.  PKR pula jangan cepat melatah jika PAS sebut mahu bertanding di mana-mana yang mereka suka kerana PKR juga telah luahkan selera mereka di beberapa buah kerusi.  Jadi sekarang, semuanya adil buat PKR, PAS dan DAP kerana masing-masing ada hajat masing-masing.

Siapa yang boleh tunaikan hajat-hajat PKR, PAS dan DAP ini?  Tentunya kita berbalik kepada pimpinan parti masing-masing.  PKR wajib patuh pada pimpinan Pusat, PAS dan DAP juga mesti begitu.  Pimpinan Pusat pula pastinya akan buat keputusan yang menguntungkan PR.  Selepas itu, kita mesti bekerjasama untuk memenangkan mana-mana kawasan yang rakan-rakan kita tandingi walaupun dahulunya itu kerusi kita.

Jika mahu tunjuk ego, sudah pasti ego kita akan menguntungkan Umno/Bn.

Isnin, 11 Mac 2013

MANA HILANG 'TANDA' DI DAHI SEPOL ?


Ingat tak dulu waktu mula mula fitnah liwat, Saiful Bukhari ke sana ke mari dengan dahi bertanda. Kononnya dia seorang yang rajin bersolat tahajjud dan sujud kepada Allah SWT.

Tujuannya adalah untuk memberi gambaran kononnya dia adalah seorang yang kuat beribadat dan beramal soleh. Ia untuk memudahkan dia menyebar fitnah dan dusta berkaitan Dato Seri Anwar Ibrahim.

Walaupun Tulang Besi yakin tanda di dahi itu tidak lebih dari make up semata-mata. Semalam agaknya tergesa2 si Saiful buat kerja terlupa nak make-up dahi dia kot.

Harapannya apabila orang lihat dahi nya yang bertanda itu, maka orang ramai akan lupa berkaitan dengan fakta kes.

Misalnya, ramai orang tidak sedar yang sehingga hari ini TIADA SATU RAKAMAN CCTV wujud untuk membuktikan Saiful masuk ke apartment di mana kejadian liwat itu dikatakan berlaku. Yang ada hanyalah gambar Saiful keluar dari lif sahaja. Ertinya, tiada bukti Saiful masuk ke dalam apartment tersebut. Kalau dia tak masuk, macamana kejadian liwat berlaku?



Sumber:  TULANG BESI
--
Posted By Tulang Besi to Malaysia Waves

Rabu, 6 Mac 2013

GANDINGAN TOKOH LAMA DAN ANAK MUDA DI INDERA MAHKOTA PASTI GOYANGKAN UMNO/BN

Heboh disebut bahawa calon PR di kawasan Dun Semambu, salah satu Dun di Parlimen Indera Mahkota, Kuantan adalah seorang anak muda yang aktif di dalam gerakan Kumpulan Hijau menentang Lynas, Sdr Lee Chean Chung.  Berita ini hampir tepat jika dilihat sekarang ini beliau semakin aktif di dalam gerak kerja parti apatahlagi beliau adalah Pemangku Cabang Keadilan Indera Mahkota dan juga Penyelaras Dun Semambu.

Jentera Dun Semambu di bawah Lee Chean Chung telah mula bergerak
Apa yang pasti, kerusi Dun Semambu tidak menjadi rebutan samada dari PAS mahu pun DAP.  Ini kerusi terbaik untuk Keadilan menangi selain dari kerusi Dun Teruntum, seperti juga PAS berpeluang besar di Dun Beserah dan Tanjung Lumpur.  Maka, tepat sekali Sdr Lee Chean Chung berhadapan dengan calon samada dari MCA mahupun Umno.  Di Dun Semambu, Umno mungkin cuba untuk merampasnya dari MCA atas alasan kononnya untuk meraih undi kaum Melayu sekiranya sudah pasti Sdr Lee Chean Chung bertanding mewakili PR.  Namun, adakah MCA begitu mudah untuk menyerahkan kerusi yang kini disandangnya?

Anak muda dan aktivis yang disukai semua kaum di Semambu
Secara umumnya, Parlimen Indera Mahkota boleh dikatakan hampir pasti dikekalkan oleh PR.  Calon Parlimen Indera Mahkota sudah semestinya adalah Dato' Fauzi Abd Rahman, Pengerusi Keadilan Pahang.  Beliau mempunyai pengaruh yang cukup besar di kawasan tersebut khususnya di kawasan Beserah dan Semambu.  Dikatakan juga tidak kurang yang mahukan Dato' Fauzi bertanding di Dun Tanjung Lumpur tetapi lebih baik dan berpeluang cerah jika beliau terus mencuba di kerusi Parlimen Indera Mahkota.

Gandingan tenaga muda, Sdr Lee Chean Chung dan tokoh penuh berpengalaman yang juga bekas tokoh Umno Pahang itu pastinya menyumbang sesuatu yang menggembirakan buat PR di Pahang ini.  Nampaknya jika ada cubaan calon Bebas berbangsa Melayu untuk memecahkan undi Melayu di kedua-dua kerusi ini termasuk di Dun Teruntum pasti akan kecundang dan tidak mustahil bakal kehilangan deposit.  

Kali ini rakyat hanya fikirkan untuk menolak Umno/Bn dan menabalkan PR ke Putrajaya, bukan lagi isu perkauman apatahlagi calon Bebas yang bakal muncul nanti dilihat ingin mengambil kesempatan untuk menguji ketaatan para penyokong PR terhadap Pakatan.

Sabtu, 23 Februari 2013

FAZILAH KAMSAH JANGAN BANGSATKAN ILMUNYA

Betul ke Fazilah Kamsah telah mohon maaf setelah kutuk PAS?  Beliau mohon maaf kepada siapa?  Sebab apa tiba-tiba dia gelisah bila aib keluarganya didedahkan di dalam Blog dan FB?  Mengapa dia tidak fikir dia juga telah aibkan satu Jemaah yang mempunyai ahli puluhan Juta itu?  

Merujuk kepada berita di SINI, Fazilah Kamsah seorang pakar motivasi sepatutnya mempunyai otak yang sihat dan bukan meletakkan dirinya setaraf pencacai jalanan.  Alasannya bahawa dia bukan ahli politik, tetapi mahu bercakap soal politik itu siapa suruh?  Adakah Fazilah Kamsah mahu asingkan politik dengan agama?  Kutukan beliau kepada PAS melukakan jutaan orang tetapi kutukan beberapa blog terhadap keluarganya hanya ada berapa ekor semuanya?

Fazilah Kamsah mesti minta maaf secara terbuka kepada PAS dan jangan cuba nak berdalih-dalih lagi seperti perangai pemimpin parti sekular bangsat itu yang selalu baling batu sembunyi tangan.  Fazilah Kamsah jangan membangsatkan ilmunya.