JOM MASUK AHLI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DENGARKAN KOBAT FM ONLINE

Khamis, 16 Julai 2009

JAMBATAN BELUM SAMPAI, SATU LAGI HADIAH UNTUK RAKYAT

Oleh: Mandor.blogspot.com

TERIMA KASIH. Sejurus Bn `menang' sorak di Manek Urai, maka tanpa berlengah lagi kerajaan pun mengumumkan kenaikan tambang bas dan teksi. Maka, terbukti lagi betapa prihatinnya kerajaan pada rakyat terbanyak dan rakyat mesti bersyukur dengan nikmat yang diberi oleh kerajaan Bn ini. Itu tandanya `Rakyat Didahulukan'. Prestasi? Malas nak komen pasal prestasi teksi dan bas ini pasal semua dah tahu. Janji, rakyat telah diutamakan dengan kenaikan tambang bas ini.

Maka, agak-agaknya bersorak sorailah ibu bapa yang menghantar anak-anak mereka ke sekolah dengan menggunakan bas sekolah. Bagaimana orang-orang Manek Urai? Tentu mereka tersenyum gembira kerana jambatan tak lama lagi akan dapat pasal Manek Urai Baru dan Manek Urai Lama peti undi mereka Umno menang, jadi jambatan tu sekarang mungkin sedang dalam perjalanan dari Putrajaya. Belum sempat jambatan itu tiba, pengumuman yang ditunggu-tunggu pula muncul iaitu tambang teksi dan bas dinaikkan. Tahniah, inilah berkatnya Bn memerintah.


HIKAYAT UMNO TERKANGKANG DI MANEK URAI

Oleh: Mandor.blogspot.com

ADAPUN diceriterakan orang, di dalam media termasuk dalam blog pro Umno menyebut Peraih Ikan Calon Pas di Manek Urai menang `nyawa-nyawa ikan'. Ertinya Umno akui juga Pas menang walaupun pahit dan terketar-ketar lidah mereka nak sebut Pas telah menang. Lagi lah terkelu lidah nak sebut Umno `terkangkang' di Manek Urai. Jadi, nak menyedapkan hati, mereka pun sebut Pas menang nyawa-nyawa ikan. Maknanya Pas masih bernyawa, Umno bagaimana? keh!keh!keh!

Biar aku jawab soalan aku tadi pasal puak-puak Umno tak akan jawab punya. Umno sebenarnya sudah tidak bernyawa!! Terimalah hakikat bahawa Umno telah pun menjadi `mendiang' di Manek Urai. Takpe, sabar je lah wahai pewaris-pewaris dan kaum kerabat `mendiang' Umno. Mungkin Tuhan lebih kasih kepada Umno maka diambilnya Umno. Tak sia-sia sebelum ni aku pesan kat orang-orang Pas di Manek Urai untuk siapkan batu nisan dan gali siap-siap lubang lahad untuk persemadian Umno. Alhamdulillah, jangkaan aku tepat sekali.

Cuma jangkaan aku sikit meleset pasal Umno kat Manek Urai ini. Aku mati-mati ingat Umno akan disemadikan dengan luka yang parah sekali akibat penangan Peraih Ikan. Rupa-rupanya tidak, Umno selamat disemadikan dengan cedera yang agak ringan. Tapi, mati tetap mati. Sasaran kita pun nak matikan Umno kat Manek Urai. Mungkin kecederaan ringan tu adalah kerana senjata yang digunakan oleh Peraih Ikan kurang berkesan dan mungkin agak tumpul sikit. Takpe, lain kali kita tajamkan sikit. Yang penting Peraih Ikan sudah membuatkan Umno `terkangkang' di Manek Urai. Sebelum aku tutup hikayat `Umno Terkangkang' ini, aku nak tanya sikit komen korang semua. Agak-agak korang raja katak Pasir Mas lepas ni nak cakap apa?

TPM KATA PENYOKONG PAS KATA LUCAH, GAMBAR INI BAGAIMANA?




TPM kata penyokong-penyokong Pas berkata lucah dan mengejek beliau semasa di Manek Urai. Apa yang aku tahu penyokong-penyokong Pas dan PR cuma menyebut perkataan `rasuah! rasuah!' semasa TPM tiba di tempat berkumpul kedua-dua penyokong. Bukankah itu benar belaka? Sogokan jambatan Manek Urai jika Umno menang bukan berunsur rasuah ke? Di dalam Umno masih ada pemimpin yang memegang jawatan penting seperti Ketua Pemuda Umno dan di dalam kerajaan Ketua Menteri mereka adalah pesalah rasuah politik wang, tidakkah itu benar? Memang patut pun TPM terasa sangat. Tapi cuba kita lihat gambar di atas. Kelakuan sebegini lucah atau tidak? Penyokong Pas ke tu? Puteri Pas ke tu? Ini gambar semasa penamaan calon di Permatang Pauh. Baru lagi tu. Takkan Umno dah lupa kot.....

Rabu, 15 Julai 2009

PENGAJARAN DARI MANEK URAI - UMNO TIDAK BOLEH DIJADIKAN SAHABAT

Oleh: Mandor.blogspot.com

APA pengajaran yang kita perolehi di Manek Urai baru-baru ini? Bukan soal kita menang hanya 65 majoriti dan bukan soal Umno tingkatkan majoritinya. Apa yang lebih penting untuk dijadikan pengajaran adalah bagaimana kita melihat Umno bermain dengan politik mereka. Butakah mata kita melihat betapa bersungguh-sungguhnya Umno untuk menjatuhkan Pas di Kelantan sehinggakan mereka sanggup melanggar apa jua semangat demokrasi. Apakah kita hanya patut mengeluh dan berkata,'oohh..itu biasa bagi Umno...," apabila kita lihat dengan mata kepala kita sendiri bagaimana mereka `membuli' dan `memperbudakkan' rakyat di Manek Urai? Tidakkah janji untuk memberi pembangunan dan jambatan JIKA Umno menang adalah merupakan satu unsur rasuah dan `buli'?Justify Full
Lihat pula bagaimana provokasi yang telah berlaku sehingga tercetusnya peristiwa berdarah membaling botol dan batu. Siapakah pihak pertama yang ditangkap serta dihebohkan di media-media kerajaan sebagai pengganas dan pencetus pergaduhan? Ahli dan penyokong Pas bukan? Maknanya penyokong-penyokong mereka yang datang ke Manek Urai semuanya baik-baik seperti Malaikat belaka. Pas sedar atau tidak permainan mereka ini? Pas sedar atau tidak bahawa kemenangan Pas yang mampu memperolehi majoriti kecil ini sebenarnya adalah hasil dari segala permainan mereka ini? Kita bernasib baik kerana masih mempunyai penyokong yang begitu istiqamah dengan perjuangan. Syabas buat mereka.

Setelah kita menyaksikan semua ini, aku nak bertanya semula kepada sesiapa yang sudi membaca tulisan aku kat sini. Apakah Pas masih serasi untuk berbincang dengan Umno selepas ini? Apakah Umno sudah semakin berubah atau sekurang-kurangnya telah menunjukkan sikap untuk berubah? Benarkah Umno begitu ikhlas inginkan perpaduan Melayu setelah apa yang mereka perlihatkan di Manek Urai ini? Nasib baik Umno kalah, jika Umno menang aku tak tahu berapa jilo sehari dan semalam mereka mengutuk Pas. Dalam keadaan kalah pun, kita lihat media-media mereka tetap menganggap Pas samseng dan bertindak ganas sampai berdarah-darah Puteri Umno kesayangan mereka oleh perbuatan Pas. Inikah rupanya parti yang ingin kita dampingi?

Sudahlah wahai Pas. Cukuplah sampai di sini. Rakyat naik bosan dengan sikap kita yang terlalu berbaik sangka dengan musuh yang terang-terang menganiayai kita. Ini pengajaran sebenarnya agar kita lebih kenal siapa itu Umno. Aku harap sangat agar Pas jangan sebut lagi untuk berbincang atau bersemuka dengan Umno. Simpati aku pada rakyat di Manek Urai terlebih tinggi daripada simpati aku terhadap Umno yang nazak itu. Kini, rakyat di Manek Urai terkontang kanting dengan igauan janji pembangunan dan sebuah jambatan yang tidak akan wujud di Manek Urai. Tiada pembangunan, tiada jambatan kerana Umno tewas. Tidak zalimkah ini? Berhajat lagikah Pas untuk berbincang dengan Umno?

Apabila Tuan Guru Nik Aziz pelawa Najib untuk berdebat aku masih menaruh harapan agar Umno ikhlas. Namun Najib menolaknya dengan berbagai alasan. Apabila YB Husam Musa mempelawa Umno bersama Petronas untuk sertai debat atau forum berkaitan royalti minyak di Kelantan, mereka menolaknya lagi. Sampai bila kita nak tunggu dan melihat Umno ikhlas? Percayalah, Umno akan tetap mainkan kita sehingga menjelang pilihanraya umum ke 13 nanti dan mereka akan pergunakan isu perpaduan ini sebagai senjata utama mereka. Ini telah dilakukan di Manek Urai dan terbukti ianya amat berkesan buat Umno.

Aku tidak berani bercakap banyak kerana nanti dikatakan sebagai tidak berjiwa Islam dan menghalang perpaduan pula. Orang yang berjiwa Islam ini seperti MSO (Mohd Sayuti Omar) yang sampai sekarang mengulas tentang kerajaan perpaduan dan perbincangan Umno-Pas. Tulisan beliau yang terbaru mengulas tentang keputusan PRK Manek Urai tidak tinggal dari menyebut perkara tersebut, sehinggakan beliau menganggap penolakan Pas Kelantan terhadap Us Nasha adalah faktor Pas kehilangan sokongan. Soalnya, betulkah Pas menolak kehadiran Us Nasha untuk berkempen atau Us Nasha sakit? Aku rasa orang yang `sakit' paling serius adalah MSO sendiri.

UMNO TETAP TIDAK DITERIMA PENGUNDI MELAYU

Oleh: Mandor.blogspot.com

UMNO sebelum ini bermegah kononnya parti sekular tersebut mendapat sokongan orang-orang Melayu walaupun banyak negeri telah ditawan oleh PR. Mereka menyangka bahawa kekuatan PR hanyalah terletak kepada kaum-kaum lain dan sokongan Melayu tetap bersama Umno. Setelah beberapa pilihanraya kecil sebelum ini, Umno masih segan untuk mengakui bahawa parti tersebut tidak lagi releven untuk mana-mana kaum sekali pun.

Atas keyakinan Umno tersebut, maka PRK Manek Urai ini amat penting buat Umno untuk membuktikan apa yang Umno perkatakan selama ini. Manek Urai adalah kawan pengundi yang hampir 100 % Melayu dan di sinilah Umno cuba mengambil peluang untuk menunjukkan kehebatan parti tersebut. Malang sekali, Umno tidak bangun dengan kekuatan sendiri di Manek Urai tetapi masih berpaut kepada cara lama mereka berkempen. Tanpa bantuan media kerajaan dan tanpa janji serta sogokan pembangunan apalah yang ada pada Umno. Umno telah berusaha sedaya upaya mereka sehingga ke tahap sanggup turun menoreh getah di ulu-ulu kampong. Umno terpaksa mengumpan sebuah jambatan berharga buat Manek Urai jika pengundi-pengundi di Manek Urai memberikan kemenangan kepada Umno. Apakah selepas ini jambatan tersebut akan dibina? Sudah tentu tidak. Jika ada mana-mana Wakil Rakyat di Kelantan yang akan meninggal dunia selepas ini, maka muncul kembali janji jambatan tersebut.

Pas juga mesti akui hakikat kemerosotan jumlah undi yang mereka perolehi. Pas harus bersyukur kerana Pas masih mempunyai ahli dan penyokong-penyokong mereka yang begitu kental iman dan tingginya maruah mereka. Tetapi, Pas mesti terus menyelidik mengapa masih terdapat pengundi-pengundi yang beralih arah hanya kerana pembangunan dan janji-janji Umno tersebut. Atau, jika mereka tidak mengundi Pas bukan kerana janji pembangunan tetapi kerana sebab-sebab lain yang mereka sendiri ketahui. Pas perlu mulakan gerak kerja menyelidik ini mulai sekarang terutamanya kepada golongan muda.

Pas juga perlu memikirkan kembali pendekatan mereka di dalam kempen pilihanraya. Tokoh yang dilantik bagi mengetuai jentera kempen hendaklah yang bersifat universal dan bukan lagi berfahaman tempatan. Tokoh yang berpengalaman amat penting bagi mengetuai jentera kempen. Bantuan nasihat serta pandangan dari mana-mana pihak di dalam rakan PR juga perlu diambil kira. Apa yang dapat dilihat di dalam pilihanraya kecil kali ini adalah kegagalan Pengarah Pilihanraya Kelantan sendiri yang kurang bijak di dalam percaturannya serta kelemahan dari segi komunikasinya. Peringkat akar umbi jentera kempen tidak harus dipersalahkan kerana terbukti mereka telah melaksanakan tugas mereka dengan baik.

Akhir sekali, Pas haruslah terus mendominasikan sokongan orang-orang Melayu terhadap Pas di samping memperkuatkan lagi usaha untuk mendapatkan sokongan dari orang-orang bukan Melayu. Pas mesti menunjukkan bukti jelas bahawa parti itu merupakan parti alternatif kepada Umno di masa-masa akan datang. Hentikan terus permainan `wayang kulit' bersama Umno kerana Umno sekarang tidak lagi releven untuk mewakili orang-orang Melayu. Pas mesti ke depan selepas ini.

UMNO SELAMAT DITALKINKAN DI MANEK URAI

Alfatihah....
Oleh: Mandor.blogspot.com

ALFATIHAH. Maka, secara sahnya Umno berjaya juga ditalkinkan di Manek Urai walaupun mengalami `kecederaan ringan' hasil pertarungan dengan Pas, namun sudah cukup untuk membuatkan Umno bersemadi di kawasan majoriti Melayu Islam itu. Kecederaan parah atau tidak tidak lagi penting, yang penting Umno berjaya ditamatkan riwayatnya sepertimana yang dijanjikan oleh Pas dan PR di Manek Urai. Maka, lengkaplah jaringan kemenangan 6 - 0 buat Pas memalukan Umno di Semenanjung termasuk di Penanti yang mana Umno langsung tidak `berketik' untuk melawan. Kemenangan dengan hanya majoriti 65 undi sudah cukup untuk Pas mencacakkan batu nisan Umno di Manek Urai.

Kemenangan Pas di Manek Urai lebih bergaya kerana ramai yang terfikir mana mungkin Pas boleh mempertahankan kerusi Dun Manek Urai kerana hampir 100 % pengundi di sana adalah Melayu yang Umno dakwa semakin menyokong parti tersebut. Bertambah lagi Pas sebenarnya bukan sahaja berdepan dengan Umno tetapi turut berdepan dengan jentera kerajaan. Saban hari siang dan malam media kerajaan digunakan berkempen untuk Umno dan memburukkan Pas di Kelantan sehinggakan RTM terpaksa mengadakan satu siri atau slot khas tentang Pakatan Rakyat yang dikatakan semakin retak itu. Akhir sekali, Umno terpaksa memainkan air liur mereka untuk berjanji bermacam janji kepada penduduk-penduduk di Manek Urai sehinggakan terpaksa menyogok sebuah jambatan bernilai 7 ke 10 juta jika Umno menang. Itulah yang dihadapi oleh Pas dan PR di Manek Urai.

Dari segi lojik mustahil Pas boleh menewaskan Umno dengan keadaan sedemikian, apatah lagi Umno mengemukakan calon mereka yang bertaraf profesional dan bijak pandai itu. Manakala Pas mengambil risiko dengan menampilkan calon rakyat biasa yang hanya berpengalaman di dalam perniagaan sebagai Peraih Ikan. Maka, pada awal kempen Umno di Manek Urai calon Pas ini telah diperlekehkan. Tidak cukup dengan itu, sehinggakan MB Kelantan juga turut diperlekehkan oleh mereka serta dibantu juga oleh raja katak dari Pasir Mas yang tidak mengenang budi itu. Tidak lupa kita bagaimana Shahrizat Jalil memperlekehkan Kelantan dengan menyatakan Kelantan adalah negeri termiskin di negara ini sedangkan semua mengetahui bahawa Kelantan bukan berada di tangga pertama, kedua atau ketiga termiskin.

Atas semua tekanan ini, Pas masih mampu bertahan dengan mengharapkan bantuan dari Allah SWT di samping mengharapkan sokongan rakyat yang masih mempunyai harga diri dan maruah mereka untuk menyokong Pas di dalam pilihanraya kecil ini. Ternyata usaha Pas berbaloi kerana majoriti rakyat di Manek Urai tidak `lapar' kepada bayang-bayang `jambatan emas' tersebut. Jika Pas menang walau hanya kelebihan 1 undi sekali pun sudah cukup untuk membuat Umno derita sepanjang hayat. Umno sudah tidak mampu hidup tanpa talian hayat mereka iaitu `3 M' (Material, Machinery, Media). Tetapi di Manek Urai kali ini, talian hayat mereka hanya sekadar cukup untuk meringankan luka yang dialaminya daripada cedera yang lebih parah. Apabila ajal sudah sampai, ianya tidak kira samada luka itu parah atau ringan.

Esok, pastinya media mereka akan heboh memperkatakan Umno sudah semakin kuat kerana berjaya mengurangkan majoriti Pas di Manek Urai. Ibarat orang bertinju di dalam gelanggang, jika dahulu Umno tumbang di pusingan pertama, kali ini Umno hanya tumbang di pusingan kedua setelah dibantu dengan senjata-senjata dari luar yang dibenarkan pula oleh pengadil perlawanan untuk dibawa masuk ke gelanggang. Itukah yang dikatakan Umno semakin kuat? Jika Umno yakin sememangnya parti tersebut sudah betul-betul hebat dan kuat, ayuh, bubarkan Dun Perak pula selepas ini. Adakah Umno berani berbuat demikian? Jawapannya, kirim salam kalau Umno berani.

Selasa, 14 Julai 2009

MANEK URAI - PAS MENANG MAJORITI HAMPIR 2000?

Oleh: Mandor.blogspot.com

BENARKAH jambatan bernilai 7 ke 10 juta yang ditawarkan oleh TPM kepada penduduk Manek Urai kini telah hanyut? Berita tidak rasmi dari Manek Urai menyatakan bahawa Pas berjaya mengekalkan kerusi Dun Manek Urai dengan pertambahan majoriti menghampiri ke 2000 undi. Berita dari ADIL NEWS kepada pelanggan-pelanggan mereka pula menyebut Pas menang dengan majoriti 1700.

Jika ini menjadi kenyataan, maka penduduk-penduduk di Manek Urai telah melaksanakan tanggungjawab mereka dengan bijak. Ini bermakna mereka tidak mudah untuk menjual maruah diri dan agama mereka dengan hanya sebuah jambatan emas. Kita nantikan keputusan muktamad dalam beberapa jam lagi.