JOM MASUK AHLI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DENGARKAN KOBAT FM ONLINE

Isnin, 3 Ogos 2009

CALON PERMATANG PASIR, MAT SABU?

03 Aug 2009

Oleh Faisal Tehrani

AL-FATIHAH untuk ADUN Permatang Pasir, Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman yang meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) di Kuala Lumpur.

ADUN PAS itu dilaporkan meninggal dunia akibat sakit jantung.

Berikutan itu, Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) perlu mengadakan pilihanraya kecil bagi DUN Permatang Pasir dalam tempoh 60 hari.

Oleh kerana Permatang Pasir adalah di bawah parlimen Permatang Pauh, calon yang paling sesuai, serasi dan intim dengan ahli parlimen Permatang Pauh tentulah abang Mat Sabu kita.

Ya, abang Mat di Permatang Pasir./KLpost

PRK DUN PERMATANG PASIR - BERI LALUAN KEPADA PAS, KATA ANWAR

Pemimpin akar umbi mahu PKR di Permatang Pasir

BUKIT MERTAJAM- Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata terdapat permintaan daripada pemimpin dan akar umbi parti itu supaya PKR meletakkan calonnya untuk bertanding pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir.

Beliau berkata, cadangan itu dibuat berikutan gerakan PKR di kawasan Permatang Pasir adalah kuat dan mantap.

Katanya, mereka telah mengemukakan cadangan itu kepada beliau untuk dibincangkan di peringkat kepimpinan tertinggi pakatan pembangkang dan berharap ia diberikan pertimbangan yang sewajarnya.

Ketika bercakap kepada pemberita semasa menghadiri majlis perkahwinan seorang penduduk di Permatang Pauh, di sini hari ini, beliau bagaimanapun menasihatkan mereka agar menerima siapa sahaja yang diputuskan oleh kepimpinan tertinggi gabungan pembangkang kelak.

"Secara peribadi, saya nasihatkan mereka supaya memberi laluan kepada Pas untuk bertanding di kawasan itu berdasarkan prestasi Anggota Dewan Undangan Negerinya (ADUN) Allahyarham Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman yang cukup baik dan kerjasama yang diberikan Pas kepada pakatan selama ini di Permatang Pasir," katanya.

Bagaimanapun, katanya, pandangan dan hasrat akar umbi itu akan dibincangkan dengan presiden parti dan kepimpinan pakatan pembangkang sebagai menghormati permintaan mereka itu.

"Kita perlu memberi ruang kepada mereka menyuarakan pandangan walaupun secara peribadi berpendapat mereka harus mengambil kira kerangka pakatan pembangkang yang lebih besar," katanya.

Anwar, yang juga Anggota Parlimen Permatang Pauh berkata, walaupun kecenderongan sokongan rakyat kepada gabungan pembangkang terutamanya di

Semenanjung meningkat, namun faktor calon memainkan peranan penting dalam menentukan kejayaan pada pilihan raya kecil itu.

Katanya, calon yang bakal diketengahkan perlu mempunyai kewibawaan dan boleh berkhidmat kepada masyarakat.

Ketika ditanya sama ada keputusan pilihan raya kecil DUN Manek Urai, Kelantan boleh menjejaskan sokongan rakyat terhadap pembangkang di sini, beliau yakin rakyat akan terus menyokong mereka kerana keadaan dan latar belakang penduduk Manek Urai amat jauh berbeza dengan Permatang Pasir.

Apapun, katanya, kemenangan Pas di Manek Urai perlu dihormati kerana parti itu tidak pernah memenangi pilihan raya kecil di Kelantan sebelum ini.

Pilihan raya kecil DUN Permatang Pasir akan diadakan berikutan kematian Allahyarham Mohd Hamdan, 63 di Institut Jantung Negara (IJN) Kuala Lumpur Jumaat lepas akibat sakit jantung.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dijangka mengumumkan tarikh penamaan calon dan pengundian selewat-lewatnya pada 10 Ogos.

Mengenai isu Kampung Buah Pala, Anwar berkata, beliau yakin dengan kemampuan Ketua Menteri, Lim Guan Eng untuk menyelesaikan isu berkenaan dan berpuas hati dengan kaedah penyelesaian yang dikemukakan kerajaan negeri Pulau Pinang setakat ini.

Oleh itu, katanya, Lim dan kerajaan negeri harus diberi peluang untuk menyelesaikan isu itu dan tiada keperluan baginya untuk turun padang dan bertemu dengan penduduk ketika ini.

"Datuk Seri Najib tak pi jumpa, anda tak sibuk, Muhyiddin tak pi jumpa, anda tak sibuk. Apa pasal saya nak jumpa (mereka)? Saya yakin dengan cara Ketua
Menteri dan Kerajaan Negeri Pulau Pinang buat. Tak semestinya saya jumpa semua. Permatang Pauh memang kawasan saya dan saya datang.

"Kalau dirasakan perlu, saya boleh jumpa tetapi kalau jumpa untuk motif politik, ini bukan kaedahnya melainkan tidak ada penyelesaian,"katanya ketika ditanya mengapa beliau tidak menemui penduduk Kampung Buah Pala sedangkan semasa kempen pilihan raya umum 2008, beliau ada menemui penduduk di situ dan berjanji untuk membantu mereka jika gabungan pembangkang memenangi pilihan raya itu.

-- BERNAMA

Ahad, 2 Ogos 2009

NIK AZIZ SAMBUT PM, BUKAN PRESIDEN UMNO

Budi Bahasa Tinggi - MB Kelantan menyambut PM Di Kota Bharu

Oleh: mandor.blogspot.com

DI WAKTU sekitar Kuala Lumpur di`serang' oleh FRU dengan kepulan asap dan gas serta air, Najib melangkah pergi ke Kelantan sebuah negeri yang terlalu diidamkan oleh Umno. Negeri ini juga banyak memalukan Umno dan kali terakhir Umno di`telanjangkan' adalah di Manek Urai. Namun, Najib tiada arah lagi kerana tidak mungkin Najib sanggup melihat dengan mata kepalanya sendiri kebangkitan rakyat menentang Akta zalim ISA pada Sabtu lalu. Kehadiran Najib di bumi Serambi Mekah disambut oleh MB Kelantan Tuan Guru Hj Nik Abdul Aziz bagi menunjukkan betapa budi bahasa dan adat pemimpin.

Sudah tentu Umno bersorak gembira apabila melihat Presiden mereka disambut oleh Mursyidul Am Pas yang sebelum ini memperkenalkan slogan `pergi jahanam Umno'. Begitulah jadinya orang yang perasan dan terlalu mengharap. Umno terlalu mengharap agar Pas bersimpati dengan parti yang nazak tersebut. Mereka silap dan mereka patut malu apabila berfikiran demikian. Tuan Guru Nik Aziz hadir menyambut Najib di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Kota Bharu bukan di atas kapasitinya selaku Mursyidul Am Pas, tetapi atas kapasiti beliau sebagai MB Kelantan. Najib juga disambut bukan atas jawatan beliau sebagai Presiden Umno, tetapi kerana Najib adalah PM Malaysia. Umno tetap `jahanam' dihati Tuan Guru Nik Aziz, tetapi hubungan negeri dan pusat mesti diteruskan. Itulah kebijaksanaan dalam berpolitik dan Umno perlu diajar semua ini.

Oleh yang demikian, usahlah Umno terlalu mengharap ihsan dari Pas untuk menyambung nyawanya. Umno tidak perlu perasan sendiri kerana yang pasti Umno tetap akan di`telanjang'kan lagi oleh Pas di Permatang Pasir pula selepas ini. Maka, bersedialah./K

Sabtu, 1 Ogos 2009

TANGKAPAN DEMO DAN PRK DUN PERMATANG PASIR

Oleh: Mandor.blogspot.com

SEHINGGA artikel ini ditulis, difahamkan seramai 67 orang peserta demontrasi anti Akta ISA telah ditahan di sekitar KL. Jumlah ini dijangka meningkat dan mungkin akan menambahkan rekod tangkapan oleh pihak berkuasa. Biar pun negara ini tidak boleh meningkatkan ekonomi dan taraf hidup rakyatnya, tapi kita boleh berbangga dengan peningkatan jumlah tangkapan kepada rakyat sendiri Ini lah kelebihan negara SATU MALAYSIA yang diimpikan oleh Najib. Syabas Najib, jasamu dikenang.

PRK Dun Permatang Pasir akan diadakan akibat kematian Allahyarham YB HJ Hamdan. Apa yang pasti, wakil dari PAS akan bertanding di kerusi tersebut dan lawannya tidak lain tidak bukan adalah parti yang hampir lapok yang sentiasa menyokong kezaliman akta ISA iaitu Umno. Umno baru-baru ini telah selamat disemadikan di Manek Urai. Luka mereka di Manek Urai mungkin kurang parahnya tidak seperti di Bukit Gantang atau di Kuala Terengganu. Tetapi, apakah di Permatang Pasir Umno masih mampu mengelakkan dari mengalami luka yang parah sebelum sekali lagi ditalkinkan? Kita menanti keputusan di sana nanti.

Hakikatnya, Umno akan berdepan dengan isu yang sekarang ini berlaku di sekitar KL. Kezaliman ke atas peserta-peserta demo Anti ISA yang semakin rancak sekarang ini akan menjadi `pembunuh kejam' kepada Umno di Permatang Pasir. Silap besar jika Umno ingin bertanding di Permatang Pasir. Umno dilihat bertambah cerdik jika mengambil keputusan menarik diri dari bertanding di Permatang Pasir nanti. Bukan sukar untuk mencari alasan untuk Umno tidak bertanding. Gunakanlah alasan yang sama seperti Umno lakukan sewaktu menarik diri dari PRK Penanti sebelum ini.

Semangat PR semakin tinggi. Terlalu banyak isu akan dijaja di Permatang Pasir. Mampukah Umno menjawab isu tentang kematian Mendianf Beng Hock? Apakah Umno bersedia untuk berhujah betapa keganasan tidak dilakukan di dalam perhimpunan Anti ISA yang sedang berlangsung sekarang? Dan, masih banyak lagi isu yang pastinya membuatkan Umno sekali lagi terpaksa menggunakan media mereka di samping segala jentera kerajaan termasuk kewangan untuk menghadapi PR nanti. Jambatan emas apakah yang bakal diumumkan di Penanti nanti? Apakah bertambah lagi `anak emas' atau `anak angkat' Umno selepas Manek Urai? Atau, berapakah jumlah jentera Umno yang akan menjadi penoreh getah, nelayan mahu pun pencuci pinggan `sukarela' di Permatang Pasir nanti? Ini akan kita lihat nanti./Kembali ke Laman Utama.

DUN PERMATANG PASIR - UMNO VS PAS

Umno bertanding di Permatang Pasir
Abdul Rahim Sabri


Umno akan bertanding dalam pilihanraya kecil DUN Permatang Pasir ekoran kematian penyandangnya dari PAS, Mohd Hamdan Abdul Rahman pagi ini.

Keputusan itu diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga presiden Umno selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno di ibunegara petang ini.

"Ia sesuai dengan pendirian kita apabila kerusi kosong atas sebab keperluan perlembangaan, maka Umno dan BN akan bertanding," tambahnya.

Sehubungan itu, katanya, Umno dan BN akan memilih calonnya apabila Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) menetapkan tarikh penamaan calon dan pengundian bagi pilihanraya kecil tersebut.

Mohd Hamdan, 60, yang mewakili kawasan tersebut selama tiga penggal sejak 19999, meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) awal pagi ini kerana sakit jantung.

SPR mempunyai tempoh 60 hari untuk mengadakan pilihanraya kecil di Permatang Pasir - pilihanraya kecil yang kelapan selepas pilihanraya umum tahun lalu.

Permatang Pasir - kerusi tunggal PAS di Pulau Pinang - adalah salah sebuah DUN dalam parlimen Permatang Pauh yang diwakili oleh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ditanya mengenai ciri-ciri calon BN, Najib berkata ia masih terlalu awal dan beliau menyerahkan perkara itu kepada pengerusi Umno Pulau Pinang sebelum dirujuk kepadanya.

Najib juga berkata, Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan pengerusi Umno Kelantan, Datuk Mustapa Mohamed telah membentangkan penilaian pilihanraya kecil Manek Urai yang lalu.

"Kita puas hati dengan usaha yang telah dilakukan walaupun kita tidak percaya. Pencapaian Umno sangat menggalakkan," katanya.

Ditanya sama ada BN akan memfail petisyen pilihanraya, Najib berkata: "Kita tidak tentukan, kita serah kepada peguam Umno."

Usaha rebut kerusi

Pagi tadi, pengerusi Umno Pulau Pinang, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata Umno akan berusaha untuk merebut kerusi tersebut.

Ini merupakan kali pertama Ahmad Zahid berdepan dengan pilihanraya di negeri itu, selepas dilantik menerajui Umno Pulau Pinang, lapor Bernama

Mengulas lanjut mengenainya, Ahmad Zahid menganggap "ini sebagai ujian Allah kepada saya dan untuk melihat sejauh mana kekuatan sebenar Umno."

Bercakap kepada pemberita di ibunegara, Ahmad Zahid turut menolak dakwaan kononnya terdapat masalah dalaman jentera Umno di Permatang Pauh dan menyifatkannya sebagai "khabar angin."

Naib presiden Umno itu juga berkata beliau akan turun padang untuk memantau keadaan dan memastikan sebarang masalah yang timbul akan dapat diatasi dengan sebaik mungkin.

Beliau percaya masalah yang didakwa wujud itu sengaja ditimbulkan dengan didalangi pihak membangkang bertujuan untuk mengacau-bilaukan Umno bahagian berkenaan./Malaysiakini

DEMO ISA - SEPERTI DIDUGA, TANGKAPAN BERMULA

helikopter Polis Raja di Malaysia sudah dua tiga kali berlegar-legar di ruang udara berdekatan dengan Sogo

helikopter Polis Raja di Malaysia sudah dua tiga kali berlegar-legar di ruang udara berdekatan dengan Sogo

Anti ISA: 20 Ditahan

Penangkapan telah bermula. seawal jam 9.45 pagi lagi, kira-kira 20 orang telah ditahan di perkarangan Masjid Negara. Manakala 200 orang telah dihalau pergi dari situ.

Wartawan kami di lapangan turut melaporkan ketumbukan Unit Simpanan Persekutuan telah dikerah ke Dataran Merdeka.

Manakala sekumpulan kecil peserta Himpunan Mansuhkan ISA berada di sekitar Masjid Jamek.

Hari ini, 1 Ogos 2009, Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) dan Pakatan Rakyat perhimpunan aman Himpunan Mansuhkan ISA di ibu negara.

Mereka akan berarak dari Sogo, Masjid Jamek dan Masjid Negara menuju ke Istana Negara bagi menyerahkan Deklarasi Mansuhkan ISA ke bawah Duli Tuanku Agong.

Manakala kumpulan Pro-ISA dijangka berhimpun di dua lokasi iaitu Padang Merbok dan Pasar Seni, sebelum berarak ke Istana Negara. TVAntara/Pink Turtle

PERANAN RAJA SESUMPAH DI SELANGOR, MAMAT EZAM

AKHIRNYA! Ezam, UMNO mulakan operasi rampas Selangor

Oleh: musafir_lapar

"TERBARU, Gerakan Demokrasi dan Anti Korupsi (GERAK) yang diasaskan oleh EZAM membuat laporan di pejabat SPRM dan mendesak siasatan dan tangkapan dibuat ke atas seorang ADUN Pakatan dari Selangor kerana menyalahguna peruntukan. Sebelum ini, laporan polis dan siasatan telah dibuat ke atas MB Selangor berikutan laporan Khir Toyo berhubung 'rasuah' lembu korban. Apa kita kita melihat kronologi tindakan Ezam dan langkah berikutnya oleh UMNO untuk merampas Selangor seperti yang dilakukan ke atas Perak:

April 2008- Berita-berita berhubung pergaduhan dan perselisihan pendapat antara Ezam dan kepimpinan muda dalam PKR dilaporkan semakin serius.

Mei 2008 - Ezam masuk UMNO selepas mendakwa PKR tidak Islamik dan UMNO lebih Islamik dan senada dengannya. Ezam juga melahirkan keyakinan bahawa UMNO bersih dari rasuah dan usaha Pak Lah cukup ikhlas dan menyentuh hatinya.

Ogos 2008- Ezam membuat kenyataan bahawa Anwar Ibrahim seorang racist yang suka bermain isu perkauman.

19 Ogos 2008- Ezam dakwa Anwar Ibrahim beri rasuah RM15 billion kepada rakan-rakan. Selepas didesak membuktikan dan meneruskan tuduhannya, Ezam menukar fikiran lalu diam.

Ogos 2008- Ezam melahirkan keyakinan penuhnya bahawa Anwar Ibrahim meliwat Saiful kerana 'MUSTAHIL UMNO MENUDUH DENGAN ALASAN SAMA JIKA TIDAK BENAR". Ezam juga menyelar PAS kerana tidak memberi sokongan kepada Saiful yang BERSUMPAH di masjid.

September 2008- Ezam menghina Anwar Ibrahim sebagai tamak kuasa apabila 16 September tidak berlaku apabila ahli-ahli PArlimen BN tidak berani masuk Pakatan (berikutan pelbagai skandal rasuah). UMNO pula dilihat cukup tidak tamak kuasa apabila merampas kuasa di Perak. Psiko mamat Ezam ni.

November 2008- Ezam menggesa PAS mengambil alih kerajaan Selangor kerana PAS lebih ISlamik.

2009- EZam berkempen secara berterusan dan UMNO kalah secara berterusan. Apabila Ezam berhenti berkempen di Manek Urai, UMNO nyaris menang.

30 Julai 2009- GERAK yang diasaskan oleh Ezam membuat laporan kepada SPRM dan mendesak ADUN Pakatan ditangkap. Samada desakan turut dibuat agar ADUN tersebut dicampak dari tingkat 14 bangunan, hanya Allah yang tahu../tranungkite.net