JOM MASUK AHLI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DENGARKAN KOBAT FM ONLINE

Jumaat, 5 Jun 2020

MAKAN GAJI, ELAUN 'HARAM" ?

Simpati dengan menteri sampah alam sekitar.  Kesian kat duta khas bertaraf menteri.  Naya je kat ramai pengerusi GLC yang baru pegang jawatan.  Dan ramai yang kempunan merasai gaji dan imbuhan, mungkin sempat makan gaji dan elaun 'haram' tu sebulan saja. 

Ye lah, tak lama lagi tumbanglah kerajaan tebuk atap tu.  Kebenaran pasti akan menang melawan kebathilan.  Itu janji Allah.  Eh, mengapa gaji dan elaun itu dikatakan 'haram'?  Haram, sebab yg bayar gaji dan elaun kamu tu rakyat.  Kamu dipilih oleh rakyat ke untuk jadi kerajaan?  Mudah je, tak perlu nak pusing2 dan spin hadis atau al-quran pun.  Meletakkan sesuatu bukan kepada tempatnya itu adalah satu kezaliman.  Full stop !!

Isnin, 28 Oktober 2019

SAAT GETIR BUAT AZMIN DAN ZURAIDAH, TAPI MASA BELUM TERLAMBAT

Akhirnya Tun M sendiri akur bahawa peralihan kuasa di antara beliau dengan Anwar akan diputuskan oleh Majlis Presiden PH, bukan soal siapa selepas Tun M kerana semuanya jelas bahawa Anwar adalah PM ke 8 selepas Tun M, cuma Majlis Presiden akan berbincang soal bila waktu yang paling sesuai dan taktikal untuk peralihan ini.

Mimpi Azmin bersama Umno dan Pas, termasuk Zuraidah untuk mengekalkan Tun M sehingga PRU15 nampaknya tinggal sebagai mimpi sahaja.  Azmin dan Zuraidah tidak boleh mengatasi Majlis Presiden PH.  mereka mungkin boleh menyedapkan hati Umno dan Pas sahaja, dan juga cuba untuk meyakinkan para penyokongnya yang semakin susut itu bahawa Tun M akan lebih lama menjadi PM bagi melindunginya.  

Aku nasihatkan Azmin dn Zuraiah agar cepat-cepat buat "U-Turn" kerana waktu masih ada.  Jangan tunjuk hebat dan keras kepala.  Jika lambat bertindak, maka jangan menyesal jika sebelum PRU15 kamu akan bersara awal dari politik.  Rakyat sedang memerhatikan tingkah laku kelian berdua yang sedang asyik bersenggama dengan Umno dan Pas serta beberapa kerat pemimpin di dalam Bersatu serta PKR yang mempunyai masalah.  

Kembalilah ke pangkal jalan.

Khamis, 22 Ogos 2019

ROMBAKAN ATAU TUKAR PORTFOLIO KABINET, TUKAR MENTERI BARU YANG LEBIH SEGAR

Ramai yang menunggu Tun M buat rombakan Kabinet.  Beberapa Menteri dan Timbalan Menteri jelas gagal berfungsi dengan baik.  Menteri Ekonomi, Azmin Ali terlalu lembab, mungkin terganggu dengan isu Semburit yang telah berbulan masih tidak selesai lagi.  Zuraidah, Menteri yang jaga perumahan pun gagal, isu rumah terbengkalai warga tentera pun tidak boleh diselesaikan dengan baik, sibuk dengan mahu bantu Lynas cari tapak pembuangan sisa toksid je. 

Menhan, Mat Sabu mengecewakan.  Warga tentera yang mulanya mengharapkan beliau kini mula percaya Timbalannya, YB Chin Tong lebih berwibawa.   Ada orang hina tentera, Mat Sabu terlena, Chin Tong bersuara dua tiga kali, baru Mat Sabu mahu ulas.  Baiknya Chin Tong ini, walaupun dia berbangsa Cina yang sering dituduh macam-macam oleh puak2 Umno dan Pas, beliau kelihatan begitu ke hadapan membela warga tentera. 

Rina Harun, lebih terserlah gagalnya.  Isu MPKK dan Ketua Kampung pun terhegeh2 mahu selesai.  Maszlee Malik, bukan orang politik, dia orang akademik, sebab itu banyak dasar dalam kementerian pendidikan seperti diumumkan tanpa ada plan atau perancangan.  Sering berubah2 pendirian kerana ideanya tidak masak.  Menteri Penerangan, Gobind turut gagal untuk menjadikan media perdana suara kerajaan.  Banyak dasar-dasar penting tidak diketahui oleh rakyat dan banyak tuduhan2 pembangkang tidak mampu diberi jawapan jitu melalui media perdana.  Mohd Redzuan, menteri yang sepatutnya jaga keusahawanan, sibuk bercakap pasal Lynas juga.  Kipasnya begitu kuat kepada PM.  M. Kulasegaran pun mengecewakan.  Masih tidak oleh menahan mulutnya dari bercakap isu2 yang sensitif sedangkan kakitangan awam menunggu sesuatu yang baik darinya.

Menteri2 yang lain tu bukanlah bagus sangat, tetapi layaklah jadi Menteri. Cuma beberapa orang tu saja yang jauh dari memenuhi kreteria sebagai menteri.  Elok sangat Tun M buat rombakan kabinet atau PM mahu PM ke 8, Anwar Ibrahim untuk lakukan? 

Ahad, 11 Ogos 2019

LEPAS RAYA HAJIKAH MAHU SELESAIKAN KES VIDEO SEMBURIT?


Aku dulu yakin KPN yang baru ni, datuk Hamid Bador memang cekap dan berani buat kerja.  Bayangkan dia berani lawan Najib dulu atas prinsipnya menentang kleptokrasi.  Keyakinan itu masih ada sampai sekarang tetapi bergantung kepada kesudahan siasatan kes atau skandal terlarang Video yang diviralkan iaitu video di Hotel di Sandakan.

Kita diberitahu video itu tulen.  Ketulenan video itu disahkan juga oleh pakar dari Indonesia yang dibawa untuk ujian oleh Lokman Adam.  Aku tidak percaya apa yang Loman perkatakan tetapi aku tidak boleh tolak hasil ujian yang beliau bawa dari pakar Indonesia tersebut, apatah lagi ujian berkenaan bertepatan dengan ujian di negara ini seperti yang diberitahu oleh KPN kita.  Ertinya, video itu memang tulen tanpa edit.

Jika di Indonesa ianya mengesahkan bahawa Haziq dan Azmin adalah sepadan dengan pasangan di dalam video tesebut seperti kata Lokman Adam, aku tidak boleh terima kata-kata Lokman itu namun aku tidak pula menolak kepakaran pihak yang membuat ujian berkenaan.  Tentunya aku lebih yakin jika pihak kita di Malaysia ini yang boleh mengesahkannya.  Malangnya, ujian di Malaysia gagal menemukan siapa identiti yang menjadi pasangan Haziq.  Jangan lupa, Haziq telah pun mengaku dan tidak perlu kita tunggu pengesahan ujian terhadapnya.  Siapa pasangannya yang dikatakan mirip Azmin tersebut?

Pihak polis berulangali menyatakan pihaknya tidak akan berkompromi dengan sebarang kesalahan jenayah.  Kes semburit seperti yang didakwa telah berlaku ini merupakan satu kesalahan jenayah.  Biarpun ada yang berkata ini soal politik dan konspirasi, namun sekiranya soal politik atau kononnya konspirasi itu betul berlaku, adakah ianya boleh menghalalkan jenayah dilakukan?

Sekarang ini rakyat tertunggu-tunggu sampai bila kes ini boleh diselesaikan dan mereka yang terlibat iaitu pelakunya, perakam dan pengedarnya boleh dikenakan tindakan?  Beberapa orang telah dipanggil untuk siasatan dan ditahan beberapa hari termasuk Haziq.  Farhash, pegawai Anwar juga turut ditahan beberapa hari.  Pasangan Haziq yang dikatakan menyerupai Azmin itu masih bebas di luar sana.  Di sinilah ujian terhadap tahap profesionalisma PDRM.  Apakah PDRM di bawah Datuk Hamid Bador lebih berwibawa atau sama malahan lebih rendah dari sebelumnya?  

Kita tunggu dan lihat selama mana kes ini akan disiasat.

Jumaat, 21 Jun 2019

BIARKAN POLIS SIASATAN KES VIDEO TETAPI AZMIN WAJIB SAMAN HAZIQ

Lebih baik letak jawatan berbanding jika menunggu untuk dipecat.  Kalau Azmin rasa memang beliau melakukan perbuatan bersama Haziq (Haziq telah mengaku bersama Azmin), Azmin tiada pilihan selain dari umum letak jawatan dari sebarang jawatan di dalam kerajaan dan parti.  Itu keputusan terbaik buat beliau.



Sekiranya beliau tidak melakukannya dan anggap ini satu fitnah dari Haziq, lebih baik beliau buat laporan polis untuk menyekat video ini disebarkan dan siasatan boleh dilakukan oleh pihak polis untuk mencari penyebar video lucah tersebut .  Tindakan laporan polis ini aku rasa Azmin telah buat melalui Setiausaha beliau.  Tindakan ini bagus.  Tetapi ramai yang bertanya, mengapa Haziq dibiarkan terus bercakap memburukkan nama Azmin?  

Isu video hal lain.  Siapa perakam video itu satu bab lain.  Siapa pelaku di dalam video itu, setakat ini hanya seorang dari dua orang telah mengaku.  Haziq telah mengaku, dan paling parahnya dia sebut pula nama pasangannya iaitu nama Azmin.  Sehingga sekarang, Haziq masih berani menyebut nama Azmin terlibat.  

Apa tindakan Azmin pada Haziq?  Mengapa Azmin sibuk tuding jari kepada kepimpinan parti, lembaga disiplin parti bahkan menuding kepada ahli-ahli parti (dalaman parti) kononnya menjadi dalang video ini?  Parti telah bertindak dengan sewajarnya.  Parti tidak pecat atau gantung Azmin kerana siasatan masih berjalan.  Haziq pula telah diminta untuk menjawab surat tunjuk sebab mengapa beliau bertindak membuat kenyataan terbuka yang menjejaskan imej parti.  Kalau pun Haziq nanti akan dikenakan tindakan oleh parti, ianya bukan kerana Haziq melakukan perbuatan liwat walaupun dia telah mengaku, kerana liwat tidak boleh berlaku bersendirian.  Tindakan terhadap Haziq nanti mungkin kerana perbuatannya mendedahkan satu isu yang aib berbentuk tuduhan yang boleh menjejaskan nama baik parti.  Itu saja.  Itu tindakan parti setakat ini, selebihnya tunggulah siasatan polis.

Sekarang kita mahu tanya Azmin.  Yang dituduh itu kamu.  Yang disebut oleh Haziq itu kamu.  Mengapa sibuk meroyan minta parti menjawab untuk kamu?  Mengapa tuding jari merata-rata untuk bernafas?  Tidak cukupkah parti bertindak sekarang?  Kamu mahu parti pecat Haziq kerana meliwat diri sendiri?  Kalau kamu seorang manusia yang ada akal dan maruah, kamu tidak akan menyalahkan parti dan orang lain, sebaliknya berterima kasih kepada parti dan ahli-ahli yang masih yakin kamu tidak bersalah.  Apa yang paling WAJB kamu buat adalah SAMAN Haziq.  Dia tuduh kamu bersamanya.  Benar atau tidak?  Tidak benar?  Saman Haziq.

Biarkan Haziq menjadi seperti penfitnah Papagomo yang telah disaman oleh Anwar dulu.  Tidak pasal-pasal Papagomo kena bayar RM 1 Juta kepada Anwar.  Papagomo jatuh bankrap sekarang.  Dulu, penulis buku "50 Dalil Anwar Tidak Boleh Jadi PM", Arwah Khalid Jafri juga jatuh bankrap disaman oleh Anwar kerana menfitnahnya.  KJ pun kena saman oleh Anwar dan beliau kena bayar RM 150K kepada Anwar kalau tidak silap, kerana menfitnah Anwar di dalam satu ceramahnya.  Itu cara Anwar lawan kaki fitnah.  Adik Azmin Umi Hafilda pun bukan main galak memburukkan abangnya, Azmin di dalam kes ini.  Boleh Azmin bertindak seperti Anwar di dalam menghadapi apa yang beliau katakan sebagai fitnah itu?

Azmin perlu keberanian untuk menjadi pemimpin.  Kalau hanya mahu bergantung kepada orang lain membela masalah dirinya, dan hanya pandai menuding jari kepada pihak lain, Azmin tidak layak menjadi pemimpin.    


Isnin, 18 Februari 2019

KEMASUKAN BEKAS MP UMNO KE DALAM BERSATU TIDAK SAMA DENGAN PH MENERIMA MAHATHIR DULU



Menerima kemasukan ramai bekas MP Unmo ke dalam Bersatu, tidak sama dengan PH terima Mahathir dulu.  Mahathir dulu pun tidak mudah mahu masuk PH, walaupun dia lawan Najib lama selepas PRU13.  Mengapa?

Sebab, waktu itu Mahathir kata dia hanya mahu jatuhkan Najib saja.  Dia masa tu masih sayangkan Umno.  Maka, PH tidak berselera untuk mengutip Mahathir, cuma PH tumpang guna peluru yang Mahathir guna 'tembak' Najib.  Mahathir hanya bergerak secara kelompok dengan beberapa orang saja untuk melawan Najib.  Najib pun tidak hairan dengan Mahathir kerana dia tahu walaupun Mahathir orang yang ada pengaruh, tetapi pengaruh "Cash is King" lebih power dari Mahathir.  

Mahathir cuba juga untuk lebih 'garang' menyerang Najib.  Dia wujudkan 'deklarasi rakyat' untuk kempen kutip tandatangan bagi mendesak Najib letak jawatan.  Tidak sampai sejuta berjaya dikumpulkan tandatangandi kalangan rakyat, dan Najib masih boleh 'jentik-jentik' telinga Mahathir ketika itu.  PH masih enggan terlibat dengan "deklarasi rakyat" kerana melihatkan Mahathir masih konsisten hanya untuk jatuhkan Najib semata-mata, sedangkan PH punya misi lebih besar iaitu rejim Umno/Bn mesti diturunkan dari Putrajaya.  Hanya dua tiga orang dari pimpinan PH secara indvidu menyokong 'deklarasi rakyat' tajaan Mahathir itu.

Akhirnya, menyedari beliau tidak boleh menentang Najib secara bersendirian, maka Mahathir tubuhkan parti baru bernama PPBM atau Bersatu.  Bersatu juga tidak mampu berdepan dengan Najib, jauh sekali untuk menjatuhkan Umno/Bn.  Mahathir sedar, suka atau tidak, beliau harus melupakan hasratnya untuk hanya menjatuhkan Najib semata-mata tetapi mesti bersama PH untuk menumbangkan Umno/Bn.  Maka, Mahathir pun membawa Bersatu untuk memohon menyertai PH. 

Di dalam proses penerimaan Bersatu untuk menyertai PH tidak semudah itu.  PH menghadapi tentangan yang agak hebat dari dalaman kerana semua parti di dalam PH iaitu PKR, Dap dan Amanah masing-masing ada kisah pahit dengan Mahathir.  Tidak semudah itu untuk menerima Mahathir dan Bersatu.  Mahathir sedar hal ini dan beliau tabah menghadapinya dan sanggup untuk berdepan dengan kumpulan dari dalaman PH yang tidak selesa beliau bersama PH.  Mahathir dengan beraninya hadir di dalam Konvensyen Reformis yang terdiri dari otai-otai Reformasi yang rata-ratanya menolak Mahathir untuk berada di dalam saf PH.  Di hadapan ribuan para reformis di Konvensyen di Selangor tersebut, Mahathir tampil berucap.  Di dalam ucapan nya yang sesekali terdengar riuhan segelintir reformis yang mengejeknya, Mahathir dengan tenang menyatakan bahawa Umno/Bn wajib dijatuhkan.  Buat pertama kalinya Mahathir tidak lagi menyebut hanya nama Najib. Beliau juga kerap turun di dalam demontrasi anjuran Pembangkang waktu itu.  Sanggup berhujan panas dan berdiri berjam-jam lamanya di tengah puluhan ribu pendemo

Selepas itu, ramai yang merasa lega kerana Mahathir telah menampakkan kesungguhan untuk bersama-sama menjatuhkan Umno/Bn.  Permohonan maaf dari Mahathir kepada semua dan ucapan terima kasihnya kepada Anwar dan keluaga kerana menerima Bersatu berada di dalam PH telah meyakinkan ramai orang bahawa Mahathir kini layak untuk bersama PH.  

Rengkasnya, tidak mudah untuk Mahathir diterima ke dalam PH.  Beliau telah diuji sekian lamanya untuk membuktikan keikhlasannya bagi menjatuhkan Umno/Bn.  Oleh itu, menyamakan kemasukan beberapa bekas MP Umno ke dalam Bersatu dan PH sama seperti PH menerima Mahathir adalah satu perbandingan yang tidak tepat.  Bekas-bekas MP Umno ini tidak diuji sekian lama, mereka hanya berada di luar Umno untuk beberapa minggu sahaja kemudian diterima menyertai Bersatu.  Mereka tidak turun membantu kempen kita di PRK Cameron Highland, bagaimana mereka mahu tunjukkan komitmen mereka kepada Bersatu atau PH?

Justeru itu, wajarlah sesiapa pun mempertikaikan Bersatu menerima kesemua bekas MP Umno ini.  Mereka mahu Bersatu kuat dan kukuh tetapi bukan dengan cara semudah ini.  PH bimbang Bersatu akan dijangkiti 'virus' Umno yang dibawa oleh mereka ini.  Mereka belum benar-benar nampak pulih dan tubuh mereka masih terbau tengit Umno nya lagi.
 

Ahad, 14 Januari 2018

AZMIN TAWARKAN TUN M DI GOMBAK, KAWASAN YANG TELAH 'ROSAK'?


Dikatakan Azmin cadangkan kepada Tun M untuk bertanding di Gombak dan beliau bersedia untuk beri laluan kepada Tun M.  Tentulah kita berterima kasih kepada Azmin kerana budi baiknya, tentang keikhlasan dan nawaitunya jangan kita telek kerana apa yang ada dalam hati seseorang, itu kerja Allah menilainya.  Kita diminta bersangka baik saja.

Aku melihatnya dari zahir dan atas kertas.  Gombak dulu memang benar kubu Pembangkang dan semua tahu Gombak mempunyai kekuatan Pas, ditambah pula sokongan dari kaum2 Cina.  Itu dulu punya kisah.  Setelah Pas umum mahu bermusuh dengan PKR dan Dap bahkan tidak sehaluan lagi di dalam PH, maka kekuatan dulu sudah kurang, yang tinggal hanya penyokong2 tegar Pas dan mereka ini lebih ramai dari penyokong2 PKR.  Di kalangan Pas, ramai yang beralih kepada Amanah.  Di kalangan PKR pula berpecah kepada dua, iaitu penyokong parti yg menolak Azmin dan penyokong Azmin.   

Mengapa Azmin ditolak?  Semua tahu semuanya kerana sikap Azmin yg tidak fokus kepada agenda PH.  Azmin dilihat lebih pro kepada Pas, itu tidak dinafikan.  Maka, di Gombak Azmin telah hilang sokongan dari sebahagian penyokong Pas yg telah sertai Amanah, sebahagian penyokong PKR yang tidak suka Azmin terus memelihara Pas di dalam Exconya, dan Azmin 100% hilang sokongan kaum Cina kerana Azmin tidak fokus kepada PH.  Penyokong2 Pas pula, walaupun Azmin dilihat pro mereka, tetapi jika Pas bertanding di Gombak dan Azmin kekal bertanding di Gombak, sudah pasti penyokong2 tegar Pas ini tetap memangkah calon mereka iaitu Pas.  

Ertinya, Azmin tidak dapat sokongan dari kaum Cina atau Dap, hilang sokongan dari penyokong2 Amanah dan sebahagian dari penyokong2 PKR.    Azmin hanya dapat undi dari penyokong2 peribadi beliau sahaja.  Jika itu keadaannya, maka tidak pelik jika Azmin merasa tidak lagi selamat di Gombak.  

Apa yang peliknya apabila tempat yang Azmin rasa tidak lagi selamat buat beliau, beliau mahu serahkan kepada Tun M ?  Apakah beliau mahu lagakan Tun M dengan Pas?  Tun M tetap akan bertemu dengan Pas di mana saja Tun M akan bertanding samada di Langkawi, Kubang Pasu, Kedah atau di Putrajaya.  Ini tiga kawasan yang Tun M sebut yang beliau fikir akan bertanding.  Ketiga2 tempat ini pastinya Tun M punyai harapan cerah untuk menang.  Tetapi tidak di Gombak kerana Gombak telah 'rosak' angkara Azmin.  Tempat yang telah rosak, tidak manis jika diberikan kepada orang lain.

Wajarnya Azmin kekal di Gombak kerana beliau boleh buktikan bahawa tindakannya dan pendekatannya dengan Pas itu bijaksana dan menguntungkan PH.  Pada pandangan orang lain, Gombak telah dirosakkan.  Azmin mesti buktikan dakwaan orang lain itu silap.  Azmin perlu tunjukkan bahawa Pas akan membalas budi baiknya dengan menyokong beliau dalam PRU14 nanti.  

Apakah Pas rela undi Azmin dan menolak calonnya sendiri?