Sikap ego, sombong dan bongkak KM ini adalah kerana rakyat Melaka sendiri memberi peluang kepada beliau berkuasa. Beliau akui, sekiranya ada rakyat yang memohon kerja atau memohon jalan, beliau akan mengutamakan penyokong Bn dahulu. Kununnya, keutamaan dan kebajikan harus bermula di dalam rumah. Ertinya, selain dari penyokong Bn di Melaka mereka bukan ahli keluarga Ali Rustam. Jika mereka bukan ahli keluarga Ali Rustam, tidakkah malu Ali Rustam meminta cukai dari mereka yang tidak menyokong Bn ini?
Wang cukai diminta, tetapi mengaku bukan ahli keluarga. Di mana maruah Ali Rustam? Di mana maruah mereka yang masih menyokong Ali Rustam dan partinya itu? Jika ini lah yang diamalkan oleh Tuan Guru Nik Aziz di Kelantan, juga di Selangor, alangkah malang nasib mereka yang menyokong Umno/Bn. Tetapi, ini bukan amalan kita di dalam PR. Jika begini lah pengakuan Ali Rustam, anda sendiri boleh jatuhkan hukum kepada sesiapa yang mengundi parti Ali Rustam ini.
Di dalam kenyataannya itu juga, beliau turut meminta rakyat berterima kasih kepadanya. Memang benar, kita wajar berterima kasih kepada sesiapa yang membantu kita. Tetapi jika kita yang membantu seseorang, agama melarang kita untuk menuntut agar orang yang kita bantu itu mengucapkan terima kasih. Sekiranya kita menuntut, ini menimbulkan sifat riak atau bermegah dan menunjukkan tiadanya keikhlasan kita. Di dalam aspek mendidik anak-anak atau murid di sekolah, memang wajar kita mengajar mereka untuk berterima kasih.
Pembangunan atau sebarang peruntukan yang disalurkan kepada rakyat di Melaka, adakah datang dari duit poket Ali rustam? Tidak, ia datangnya dari Kerajaan yang mendapat hasil dari cukai semua rakyat di Melaka. Sudahlah duit tidak datang dari poket beliau, tidak malu pula menuntut rakyat agar berterima kasih. Inikah pemimpin yang diharapkan mentadbir Melaka?
Nampaknya Ali Rustam semakin tertekan dengan pilihanraya di Merlimau. Justeru itu, beliau seperti orang hilang akal dan pertimbangan dengan mengeluarkan kenyataan seperti orang yang tidak berugama. Malang sungguh orang Melaka./wfauzdin.blogspot.com