JOM MASUK AHLI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DENGARKAN KOBAT FM ONLINE

Khamis, 30 Julai 2009

DEMO - TAK PAYAH TUNGGU JAM 5, KATA GMI

Thursday, July 30, 2009

PETALING JAYA - Majlis Gabungan NGO Pembela Negara (Magaran) dan Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) tetap dengan pendirian untuk mengadakan himpunan masing-masing - pro dan anti-ISA - Sabtu ini walaupun polis memberi amaran keras agar membatalkannya. Penasihat Undang-undang Magaran, Mohd Khairul Abdul Aziz berkata, pihaknya akan tetap meneruskan perhimpunan pada Sabtu ini dan bersedia menerima sebarang tindakan termasuk ditahan polis. "Kami akan teruskan juga hasrat mahu mengadakan perhimpunan pada Sabtu ini, kami tak kisah walaupun akan ditahan pihak polis. "Demi mahu tegakkan pendirian agar ISA terus dikekalkan, kami sanggup teruskan misi kami ini," katanya. Kelmarin, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Wira Muhammad Sabtu Osman berkata, kedua-dua perhimpunan itu yang masing-masing membantah dan menyokong ISA merupakan perhimpunan haram kerana pihak polis tidak mengeluarkan sebarang permit untuk tujuan itu atas sebab keselamatan dan ketenteraman awam.

Malah beliau turut memberi amaran kepada orang ramai agar tidak menyertai perhimpunan itu kerana boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 27 (5) Akta Polis 1967 dan Seksyen 141 Kanun Keseksaan. Bagaimanapun Mohd Khairul berkata pendirian mereka itu bergantung kepada GMI kerana jika pihak berkenaan membatalkan hasrat untuk berhimpun, mereka juga akan mengambil langkah yang sama. "Buat masa ini kita akan teruskan juga apa yang telah dirancang, tapi jika GMI batalkan niat mereka, kita juga akan batalkan...ia bergantung kepada mereka. "Kita beri mereka tempoh sehingga pukul 5 petang esok untuk nyatakan pendirian mereka, kalau mereka tarik diri, kita sedia tarik diri," katanya. Sementara itu Timbalan Pengarah Sekretariat Himpunan Mansuh ISA, Kamaruzaman Mohamad berkata, mereka akan teruskan juga perancangan untuk mengadakan perhimpunan bagi membantah penggunaan ISA. Beliau berkata perhimpunan yang bakal diadakan tersebut merupakan kemuncak kepada bantahan mereka sebelum ini mengenai akta berkenaan. "Kita akan teruskan juga, perhimpunan ini telah kita rancang begitu lama. "Malah ini adalah kemuncak kepada apa yang kita bantah sebelum ini kerana kita sudah menggunakan pelbagai cara termasuk menghantar memorandum, dialog, referendum dan mengumpul tandatangan rakyat yang membantah penggunaan ISA."Pelbagai kaedah diplomasi telah kita gunakan, jadi inilah kemuncaknya," katanya.

Beliau berkata, walaupun GMI tidak mendapat permit daripada pihak polis, namun beliau yakin perhimpuan berkenaan tidak akan mencetuskan masalah kerana ia adalah perhimpunan aman. "Kita minta polis hormati hak kita untuk berhimpun secara aman, malah kita kita minta polis membantu kita mengawal keadaan lalulintas agar perhimpunan itu nanti berjalan dengan aman dan teratur," katanya. Mengenai permintaan Magaran yang memberi tempoh kepada GMI sehingga pukul 5 petang esok bagi membuat pendirian sama untuk membatalkan atau meneruskan misi mereka, Kamaruzaman berkata keputusan GMI adalah muktamad. "Kita tegas dengan pendirian kita sebelum ini, Magaran tak perlu tunggu hingga pukul 5 petang esok kerana sekarang juga saya ingin tegaskan kami tetap akan teruskan. "Jadi kita minta mereka hormati hak kita untuk berhimpun sepertimana kami menghormati hak mereka untuk mengadakan perhimpunan," katanya.

[Maklumat diterima, sekatan demi sekatan telah diadakan oleh pihak polis bagi menggagalkan perhimpunan terbesar rakyat selepas BERSIH ini]

KHIR TOYO MENGIGAU LAGI?

Khir Toyo didesak buktikan 4,000 pusat hiburan haram di Selangor
Saidah Hairan
Thu | Jul 30, 09

KUALA LUMPUR, 30 Julai (Hrkh) - Ketua Pembangkang, Dato' Seri Dr Mohd Khir Toyo didesak menyenaraikan tempat dan kawasan yang didakwanya mempunyai pusat judi, hiburan dan spa haram yang berjumlah sebanyak 4,000 buah di seluruh Selangor sejak kerajaan Pakatan Rakyat memerintah.

Pengerusi Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan, Ronnie Liu Tian Khiew mempersoalkan bagaimana Khir boleh mengetahui terdapat 4,000 pusat hiburan haram beroperasi di negeri Selangor.

Beliau mendakwa adakah pusat hiburan haram dibuka oleh kroni Khir, jika tidak bagaimana beliau boleh mengetahui banyak pusat hiburan haram wujud di Selangor.

Ini kerana katanya, semua permit pusat hiburan haram dikeluarkan oleh kerajaan Pusat dan tidak ada satu pun yang dikeluarkan oleh kerajaan negeri.

Pihak Majlis Berkuasa Tempatan (PBT) tambah beliau tidak mempunyai kuasa untuk menangkap dan menghukum pemilik pusat hiburan haram.

"Semua kuasa untuk menangkap dan menghukum pemilik pusat hiburan haram terletak di tangan pihak polis malangnya pihak polis tidak melakukannya," dakwa beliau.

Tambah beliau kuasa PBT hanya boleh menyita pusat hiburan tersebut tetapi kebanyakan selepas disita pemilik hiburan itu akan membuka semula dan beroperasi seperti biasa.

Menurut beliau, polis memang mempunyai kuasa untuk menghalang pusat hiburan haram daripada beroperasi tetapi polis negeri Selangor tidak memberi kerjasama yang baik dalam masalah ini.

Katanya, mereka lebih mendengar arahan daripada pihak kerajaan Pusat bukan daripada kerajaan negeri.

Khir Toyo mendakwa terdapat lebih 4,000 tempat judi, hiburan dan spa beroperasi secara haram sejak pakatan pembangkang memerintah negeri itu.

Menurutnya, sebelum ini lesen pusat hiburan, judi dan spa dihadkan kepada 700 sahaja tetapi mengikut Majlis Keselamatan Negara (MKN) terdapat lebih 4,000 pusat itu di Selangor sekarang.

"Saya yakin kewujudan banyak pusat seperti ini di Selangor kerana ada ahli politik bertindak sebagai pelindung kepada kumpulan-kumpulan kongsi gelap memandangkan semasa (BN), lesen untuk pusat hiburan, judi dan spa dihadkan kepada 700 buah.

"Secara rasmi memang lesen pusat-pusat tersebut tidak dikeluarkan lagi tetapi kalau kita lihat pusat judi, hiburan dan spa tumbuh macam cendawan di Selangor, saya percaya kesemuanya dibuka secara haram," dakwanya. - lanh _

PECAT KETUA POLIS NEGARA - PR

Pakatan Rakyat desak Ketua Polis Negara dipecat!
Wan Nordin Wan Yaacob
Wed | Jul 29, 09

KUALA LUMPUR, 29 Julai (Hrkh) - Pakatan Rakyat semalam sebulat suara mendesak agar Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan tidak dilanjutkan lagi khidmatnya dan perlu digantikan dengan KPN yang lebih berwibawa.

ImageMenurut Ketua Umum KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim, desakan itu dibuat selepas dalam mesyuarat Pakatan Rakyat yang dihadiri seluruh kepimpinan parti DAP, PAS dan KeADILan menyetujui bahawa Musa Hassan tidak berjaya mengurangkan kadar jenayah di negara ini.

Beliau berkata demikian dalam sidang medianya bersama wartawan di Bilik Jawatankuasa 1, Bangunan Parlimen pada petang semalam.

Turut hadir ialah, Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Presiden KeADIlan, Dato' Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; Penasihat DAP, Lim Kit Siang; Naib-naib Presiden PAS, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man, Salahuddin Ayob dan Dato' Mahfuz Omar; Naib Presiden KeADILan, Azmin Ali, Dr Lee Boon Chye dan Sivarasa Rasiah; Setiausaha Agung PAS, Dato' Kamarudin Jaffar; Ketua Muslimat PAS, Ustazah Nuridah Salleh; Ketua Wanita KeADILan, Zuraida Kamaruddin; Ketua Pemuda PAS, Ustaz Nasrudin Hassan dan ketua AMK, Shamsul Iskandar Mat Akin selain beberapa pimpinan PR lagi.

Menurut Anwar, masalah jenayah dan rasuah masih terus membelenggu negara hingga persepsi negara lain buruk terhadap Malaysia.

Tambahnya, Pakatan Rakyat akan meminta satu pertemuan diadakan dengan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak berhubung hal tersebut, dan meminta Perdana Menteri mempertimbangkan tuntutan itu.

Musa juga dakwa Anwar, terbabit dengan beberapa skandal yang hingga kini masih disangsikan beberapa siasatan yang tiada keputusan ke atasnya.

Pakatan Rakyat juga melihat, kegagalan Musa mengatasi kemelut jenayah yang berpanjangan dan semakin parah adalah satu kegagalan besar membuatkan rakyat kini semakin bimbang dengan masalah jenayah, katanya.

Sementara itu, Pakatan Rakyat turut memutuskan beberapa resolusi antaranya; Musa tidak sepatutnya memohon perkhidmatannya sebagai Ketua Polis Negara disambung dua tahun lagi; pelantikan ketua polis negara yang baru; Perdana Menteri patut memasukkan Indeks Prestasi (KPI) bagi pencegahan jenayah pelbagai kategori yang dicadangkan dalam Laporan Suruhanjaya Diraja Polis Dzaiddin dan Menubuhkan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC). - mks. _

Rabu, 29 Julai 2009

Pakatan Rakyat mohon mengadap Seri Paduka Baginda YDP AGONG.

29 Jul 2009

Majlis Mesyuarat Pakatan Rakyat yang berlangsung semalam memutuskan antaranya memohon kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong bagi membolehkan saya bersama Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang dan Sdr. Lim Kit Siang mengadap Seri Paduka Baginda. Permohonan untuk mengadap YDPA juga demi untuk menzahirkan kebimbangan kami kerana Suruhanjaya DiRaja gagal menjadi wahana serius menangani permasalahan berbangkit. Kegagalan sebegini memperlihatkan peranan Suruhanjaya DiRaja dengan sengaja diremehkan dan penggunaan nama Di Raja diperalatkan hanya untuk menutup kebobrokan yang berlaku.

Selain itu permintaan agar pertemuan segera diadakan di antara saya, Tuan Guru Haji Hadi dan Sdr Lim Kit Siang dengan Dato’ Sri Najib Razak juga disampaikan sebentar tadi kepada pejabat beliau. Menyedari ketidakpuasan hati rakyat semakin hari semakin memuncak, terutamanya, apabila acapkali dikecewakan dengan penjelasan yang seumpama melepas batuk di tangga, Pakatan Rakyat memutuskan untuk mengadakan pertemuan ini bagi membincangkan beberapa perkara yang mendesak kerana ianya membabitkan integriti beberapa institusi kenegaraan seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia(SPRM) dan Polis DiRaja Malaysia(PDRM).

Pertemuan juga dijangka membincangkan kontroversi kematian mendiang Teoh Beng Hock dan bidangkuasa suruhanjaya yang terbatas. Turut disentuh di dalam surat kepada perdana menteri ialah, adanya pembabitan agensi kerajaan untuk menggugat kestabilan kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor. Hasrat untuk bertemu Dato’ Sri Najib juga adalah untuk menuntut agar tempoh perkhidmatan Tan Sri Musa Hassan tidak dilanjutkan, terutamanya apabila nama beliau dikaitkan dengan kongsi gelap pelbagai skandal seumpama pembelian Eurocopter. Manakala selari dengan kehendak rakyat dan perkembangan semasa, adalah wajar untuk negara ini memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri(ISA)./anwaribrahim.blog

ANWAR IBRAHIM

ISA: Dr Asri minta fatwa

29 Jul 2009

Majlis Fatwa Kebangsaan perlu mengeluarkan fatwa mengenai ISA. Ini kerana isu ini telah berulang kali diminta oleh Umat Islam agar dilihat di sudut agama.

Namun fatwa itu hendaklah adil, bebas dari keterikatan dengan mana-mana pihak, dibahaskan secara saksama dengan kehadiran pakar perundangan, pihak berkuasa dan mangsa.

Juga ahli-ahli politik yang bersetuju dan yang membantah perlu dijemput memberikan pandangan.

Penilaian adil perlu untuk panduan kerajaan. Malanglah jika isu-isu pinggiran dibincangkan sedangkan isu-isu besar yang membabitkan kepentingan umat ditinggalkan.

Majlis Fatwa Kebangsaan menggunakan wang awam, maka pastikan faedahnya balik kepada awam secara jelas.

Mesyuarat yang biasanya berlangsung di hotel-hotel yang hebat itu perlu mengeluarkan pandangan-pandangan yang hebat untuk kemaslahatan umum.

Hari ini rakyat berbagai pendapat tentang ISA, berikan pandangan para mufti pula. Masakan mungkin mereka tidak peka, sedangkan semua rakyat berbicara.

Saya secara peribadi semasa menjadi mufti telah mengeluarkan pandangan dalam Bulan Ramadhan lepas di Perlis, Kelantan, Kuala Lumpur dan berbagai tempat.

Media tempatan telah berulang kali menyiarkannya. Kali ini kita menuntut pandangan rasmi agensi agama kerajaan pusat pula.

Dr. Mohd Asri Zainul Abidin, Lampeter, UK.

Ibarat "Melepaskan Ibrahim Ali Tersepit"

Oleh: addin_77

"
Ibarat "melepaskan Ibrahim Ali tersepit". Itulah peribahasa baharu yang diperkenalkan untuk ahli Parlimen Pasir Mas itu. Ia adalah kemuncak kepada kemarahan para penyokong Pakatan Rakyat kepada beliau ekoran kenyataan dan tindakan beliau sejak akhir-akhir ini. Yang terbaru ugutan beliau terhadap para penyokong perhimpunan besar-besaran Gerakan Mansuhkan ISA 1 Ogos ini. Ibrahim memberi amaran, "batalkan demonstrasi atau bersedia bertembung dengan armada Perkasa."

Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) telah mengumumkan perancangan mereka untuk mengadakan demonstrasi Mansuhkan ISA pada 1 Ogos 2009 nanti di ibu kota Kuala Lumpur. Demonstrasi ini antara lain bertujuan untuk menghantar memorandum kepada Yang di-Pertuan Agung bagi memohon campurtangan dalam usaha memansuhkan akta tersebut. Setakat ini GMI telah mendapat sokongan dari pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan dan parti-parti politik, kesemuanya parti politik pembangkang, kecuali kesediaan mengejutkan yang disuarakan oleh Pemuda Gerakan, salah sebuah komponen parti pemerintah BN.

Presiden Pertubuhan Perkasa Pribumi Negara (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali, yang juga bekas tahanan ISA telah keluar dengan kenyataan kata duanya kepada GMI, batalkan demonstrasi atau bersedia bertembung dengan armada Perkasa. Mengulas isu ini, Rizan Haji Ali, Setiausaha PKR Bera, menyifatkan tindak-tanduk Ibrahim Ali ini tidak lebih sekadar melontar idea songsang dalam usaha mencari populariti untuk dirinya sendiri.

Kebelakangan inipun, tambah Rizan, Ibrahim Ali cuba kembali mewarnai persada politik negara dengan seringkali “secara gedebenya” mengeluarkan kenyataan-kenyataan keras, yang secara jelas kuat berbau perkauman, dengan niat yang sama, mencari populariti. Maka, menurut Rizan, tidaklah menghairankan bila kebelakangan ini juga Ibrahim Ali kerap diberi ruang oleh akhbar Utusan Malaysia, akhbar yang diketahui umum mempunyai kepentingan Umno.

Bagi Rizan betullah peribahasa baharu yang selama ini didengarnya, “ibarat melepaskan Ibrahim Ali tersepit.” Beliau ternyata dalam keadaan tersepit sekarang kerana sudah lelah menjadi Ahli Parlimen Bebas, terus memasuki Umno bermakna beliau akan disahkan sebagai “katak” tersohor, sementara kalau berpaling kepada Pakatan Rakyat, seperti menjilat dan menelan kembali kahaknya.

Tindakan dan suara-suara dari Ibrahim Ali kebelakangan ini termasuklah tentangannya terhadap rancangan demonstrasi oleh GMI, ulas Rizan lagi, dilihat seumpama langgam “ayat mengorat” Ibrahim Ali supaya beliau sekali lagi dilepaskan Umno dari kedudukan tersepitnya kini. Soalnya apakah Umno akan tergoda kali kedua?
Rizan bersyukur kerana selepas menang sebagai Ahli Parlimen Pasir Mas dalam pilihanraya umum yang lepas, Ibrahim Ali tidak mengambil keputusan menyertai PAS atau PKR, kerana dengan latar belakang terkenal Ibrahim Ali dari hal lompat-melompat parti memungkinkan untuk beliau menjaja jawatan Ahli Parlimen Pakatan Rakyatnya dalam “political barter trade.” Jika ini berlaku, jelas Rizan ia sudah tentu memalukan Pakatan Rakyat, kerana Pakatan Rakyat akan dilihat sebagai tidak belajar dari sejarah dan lupa peribahasa “melepaskan Ibrahim Ali tersepit."/Tranungkite/http://addin77.blogspot.com"

DEMO - PEWARIS JADI PAK TURUT?

GMI teruskan demo, Pewaris ikut
Jimadie Shah Othman
Jul 28, 09
5:46pm

Majlis Permuafakan Ummah (Pewaris) akan meneruskan hasratnya untuk mengadakan demonstrasi menyokong ISA sekirannya kumpulan penentang ISA - Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) - meneruskan perhimpunan mereka Sabtu ini, walaupun polis memberi amaran supaya mereka membatalkannya.

Manakala GMI pula, ketika dihubungi Malaysiakini, berkata perhimpunan yang dirancangkan itu akan tetap diteruskan Sabtu ini.

Pewaris dan GMI menegaskan demikian ketika diminta mengulas amaran keras Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Muhammad Sabtu Osman supaya mereka membatalkan perhimpunan tersebut.

Dalam sidang akhbarnya hari ini, Muhammad Sabtu berkata ia dikhuatiri menimbulkan ketegangan dan mengancam keselamatan awam, di samping ia merupakan satu perhimpunan haram.

Katanya, beliau telahpun memanggil Pewaris semalam untuk memaklumkan perkara itu manakala pihaknya akan menemui GMI esok.

Sementara itu, Timbalan Presiden II Pewaris, Rahimuddin Md Harun berkata, mereka hanya akan membatalkan perhimpunan itu sekiranya GMI sebagai kumpulan yang menentangnya, turut mengambil tindakan yang sama.

"Kita akan teruskan (perhimpunan itu). Kalau GMI tarik diri, baru kita tarik diri. Perjuangan rakyat bukan pada polis saja, kita cuma hendak pertahankan hak kita," katanya kepada Malaysiakini hari ini.

Minta polis timbang semula

Manakala Pengerusi GMI, Syed Ibrahim Syed Noh pula berkata, pihaknya berpendirian, perhimpunan itu sejak awal lagi tidak bertujuan untuk mencetuskan huru-hara.

"Setakat ini kita masih setuju teruskan. Ini hak rakyat berhimpun secara aman. Mungkin kehendak kumpulan satu lagi (pro-ISA) yang menyebabkan polis ambil tindakan itu.

"Kita mahu berhimpun secara aman, kita telah keluarkan panduan kepada peserta kita," katanya ketika dihubungi Malaysiakini petang ini.

Sehubungan itu, Syed Ibrahim berharap pihak polis dapat menimbang semula arahan tersebut atas semangat demokrasi.

Ditanya mengenai kenyataan ketua polis Kuala Lumpur untuk menemui GMI esok berhubung arahan tersebut, beliau berkata:

"Ianya tidak perlu sebab kita telah maklumkan (kepada polis)"./Malaysiakini

Selasa, 28 Julai 2009

RUNDINGAN TAIK KUCING

Pewaris hulur tangan rundingan...
Jimadie Shah Othman
Jul 28, 09
12:21pm

Kumpulan pendokong Akta Keselamatan dalam Negeri (ISA) hari ini menyatakan kesediaan mereka untuk berunding dengan pihak yang menentang akta itu bagi mengelakkan pertembungan dalam demonstrasi besar kedua pihak Sabtu ini.

"Terpulanglah kepada mereka (anti-ISA). Kita sentiasa membuka pintu untuk berunding," kata Timbalan Presiden II Majlis Permuafakatan Ummah (Pewaris), Rahimuddin Md Harun kepada Malaysiakini pagi ini.

Beliau diminta mengulas kesediaan Pewaris dan sepuluh lagi NGO Melayu yang merancang berdemonstrasi Sabtu ini di ibu negara, serentak dengan perhimpunan besar anjuran Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) dan pakatan pembangkang.

Mengulas lanjut tentang aspek yang sedia dibincangkannya, Rahimuddin berkata, Pewaris bersedia membatalkan demonstrasi mereka sekiranya GMI juga bersedia berbuat demikian.

"Kerajaan sedang kaji, kita belum tahu hasilnya. (Jadi,) piket buat apa? Kalau kerajaan boleh mansuhkan dasar Pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (P PSMI), kenapa kali ini tidak sabar (tunggu keputusan)," katanya.

Bagaimanapun, Rahimuddin menolak sebarang perbincangan sekiranya itu bertujuan meminta Pewaris mengubah laluan demonstrasinya.

"Kata kebebasan untuk semua, orang yang sokong (dasar) kerajaan juga patut dibenarkan (berhimpun)," katanya.

Ribuan penyokong pembangkang dan aktivis 83 NGO bersama GMI merancang bergerak mulai 2 petang dari tiga lokasi - kompleks membeli-belah Sogo, Masjid Jamek dan Masjid Negara - dengan berpakaian hitam dan merah - sebelum bergerak ke Istana Negara.

Sementara penyokong ISA berhimpun di tiga lokasi di tengah Kuala Lumpur sebelum kesemuanya bergerak ke Dataran Merdeka dan seterusnya ke Istana Negara./Malaysiakini

KALAU KJ `AYAM DAGING', SIAPA `IBU AYAM'?

Oleh: Mandor.blogspot.com

BETAPA marahnya puak-puak yang sokong Akta zalim ISA tu kat KJ, Ketua Pemuda Umno. Ini semua pasal KJ telah arahkan agar semua ahli Pemuda Umno jangan turut terlibat di dalam demontrasi menyokong akta tersebut pada 01 Ogos nanti. Berita tersebut boleh dibaca di sini.
Kali ini terpaksa aku sokong KJ pasal sekurang-kurangnya KJ tak mahu libatkan diri menjadi`beruk-beruk jalanan'. Tetapi tak mahu jadi `beruk', KJ tetap dianggap seperti `ayam daging' pulak. Tunggu masa nak sembelih, kata puak-puak tu. Kira ok lah jadi `ayam daging' daripada jadi `beruk'.

Puak-puak tu anggap KJ macam `ayam daging', maka kita pula ingin bertanya puak-puak tu seperti apa pula? Kalau kita tanya kat KJ, dia macam `ayam daging', puak-puak yang gelar dia `ayam daging' tu apa pulak? Aku rasa KJ mungkin akan jawab, "Tentulah mereka `Ibu Ayam". Wah!! besar martabatnya tu. Kalau puak-puak tu dah ada raja katak Pasir Mas, kini ada pula `Ibu Ayam". Mana lebih mulia, `ayam daging' atau `ibu ayam'? Ayam daging ni kalau disembelih kena dengan syaratnya, halal untuk dimakan. Kalau `Ibu Ayam' pula bagaimana? Itu kena tanya geng-geng kat Lorong Hj Taib.

Belum apa-apa, puak-puak tu dah bertekak. Punyalah semangat nak pertahan akta zalim ISA tu. Agak-agaknya kalau tiba-tiba bapak atau adik beradik mereka ditangkap, ditahan seterusnya tidak dibicarakan, apa pula pendapat mereka tentang akta tersebut? Senang cerita camni lah, sedang kita berjalan-jalan ada seorang tua tiba-tiba jatuh depan kita. Belum sempat kita nak tolong orang tua tersebut, datang seseorang dari belakang tiba-tiba `luku' kepala kita. Kita pun bertanya, "mengapa luku kepala saya?". Orang yang luku kepala kita pun menjawab," Awak kan yang langgar orang tua tersebut?". Kita kata balik, "Ehh..bukan saya, saya tengok dia tiba-tiba jatuh, jadi saya cuba nak tolong dia..". Orang itu pun kata," Awak jangan tipu.." Kita pun bertanya balik kat orang tu, "Awak nampak ke saya langgar?". Dia jawab, " Tidak".

"Habis tu, kenapa awak kata saya yang langgar dia?" soal kita. "Awak yang berjalan belakang dia, awaklah yang langgar" jawabnya. "Saya tak langgar, mungkin dia terlanggar batu dan jatuh sendiri", balas kita. "Ahhh...kalau betul pun dia jatuh sendiri, elok juga saya luku kepala awak tadi", jawab orang yang dah macam tak betul tu. " Kenapa pulak?", kita tanya dia balik. " Hmm..sekurang-kurangnya luku kepala awak tadi boleh MENCEGAH awak dari melanggar orang tua tersebut", jawabnya rengkas sambil berlalu. Kita pun pening dibuatnya kalau macam tu. Adik beradik la tu ngan ISA. /Kembali Ke Laman Asal.

`SPEAKER' DUN PERAK DIPANGGIL J/KUASA HAK DAN KEBEBASAN AWAM

Ganesan dipanggil Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Awam

IPOH - Speaker Dewan Undangan Negeri, R Ganesan akan dipanggil pada mesyuarat Hak dan Kebebasan Awam Khamis ini bagi mendapatkan penjelasan beberapa isu berhubung perjalanan persidangan DUN pada 7 Mei lalu.

Bekas Speaker DUN, V Sivakumar berkata, beliau menerima aduan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pokok Assam, Yee Seu Kai mengenai isu sub-Dewan atau Dewan kecil pada tarikh itu.

Katanya, menurut Perintah Tetap 72, apabila Speaker (Sivakumar) menerima aduan wujudnya prima facie, maka Speaker itu boleh merujuk kepada Hak dan Kebebasan Awam mengenai aduan berkenaan.

“Pada 13 Julai lalu, saya ada menerima aduan daripada Seu Kai mengenai perkara tidak sepatutnya berlaku dalam sidang DUN pada 7 Mei iaitu selain sub-Dewan, ia juga berkaitan dengan kehadiran anggota polis dalam Dewan itu.

“Berdasarkan kenyataan Menteri Keselamatan Dalam Negeri (KDN), Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein di Parlimen, beliau ada menyebut bahawa Ganesan telah menjemput polis untuk masuk ke dalam Dewan,” katanya pada sidang media selepas mengadakan mesyuarat Hak dan Kebebasan Awam di sebuah hotel di sini, semalam./SH

Isnin, 27 Julai 2009

Soi Lek 'hentam' Tee Keat

26 Jul 2009

GEORGETOWN: Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek membidas Presidennya, Datuk Seri Ong Tee Keat kerana berterusan menimbulkan suasana tidak menentu dalam parti dengan mendakwa ada pihak cuba menjatuhkannya.

Dr Chua berkata, Ong seharusnya lebih memfokuskan kepada usaha mengukuhkan parti dan tanggungjawabnya sebagai Menteri Pengangkutan.

"Tapi sampai sekarang beliau asyik bercakap yang ada orang cuba menjatuhkannya atau mengugut untuk membunuhnya.

"Kalau betul ada apa diperkatakannya itu, beliau harus membuat laporan kepada polis atau memberitahu rakan Kabinetnya. Saya pasti beliau akan dibantu," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Dr Chua yang juga Ketua Penyelaras Barisan Nasional (BN) sebelum itu mempengerusikan mesyuarat dengan BN Bukit Gelugor./KLPost.com

PERTEMBUNGAN DI ANTARA YANG HAK DAN BATHIL

Oleh: Mandor.blogspot.com

SUKA atau tidak, pertembungan bakal berlaku di antara yang memperjuangkan hak dengan puak yang memperjuangkan yang bathil. Ini bererti terdapat dua puak, iaitu puak yang ingin melaksanakan perintah Allahdengan puak yang memperjuangkan perkara yang dilaknat Allah. Tanggal 01 Ogos ini, demontrasi dan perarakan kumpulan yang mendesak agar akta zalim ISA itu dimansuhkan akan berdepan dengan puak yang jahilliyah menyokong akta ISA tersebut kononnya negara ini selamat dan aman jika akta ISA itu terus dikekalkan.

Alasan mereka, akta ISA tidak perlu dimansuhkan tetapi cukup sekadar diubahsuai atau dipinda perkara-perkara tertentu sahaja. Bak kata KJ Ketua Pemuda Umno, akta tersebut masih releven walaupun bapa mertuanya telah mulai sedar dari tidor menyatakan akta tersebut perlu dimansuhkan. Siapa yang mahu mendengar lagi kata-kata orang yang sudah tiada kuasa ini? Apabila gigi sudah tiada, usahlah cuba nak mengaum. Menantu pun dah tak peduli lagi apa yang beliau katakan. Maklumlah, menantu pun nak cari makan juga.

Hujah mereka yang sokong akta ISA ini adalah kerana akta ini banyak memberi kesejahteraan pada negara ini terutamanya orang-orang Melayu. Mereka berhujah, akta ini perlu dipinda sahaja iaitu jika dahulu tahanannya begitu lama, kini mungkin boleh dipendekkan. Mengapa dungu sangat pemikiran mereka-mereka ini? Rakyat bukan membantah pasal berapa lama tahanan mereka yang ditahan di bawah akta tersebut, tetapi yang dibantah dan ternyata zalim adalah tahanan tanpa bicara di bawah akta berkenaan. Sampai sekarang pun ada yang sudah bertahun-tahun masih merengkok dalam penjara tanpa bicara. Bukan pula masalah makanan di penjara itu sedap atau tidak, masalahnya mereka ditahan tanpa dapat membela diri. Adilkah itu? Diutamakan rakyatkah itu?

Apa pula pendapat para-para Mufti tentang akta ini? Takkan Mufti nak berfatwa atau berhukum tentang sebatang lilin sahaja? Takkan kita nak guna hujah pengendali blog `Kuda Kepang' untuk menghalalkan akta tersebut. Kuda Kepang setahu saya, semakin laju tarinya semakin mabuk jadinya. Kadang-kadang Kuda Kepang dirasuk hantu pula. Takkan `fatwa' dia kita nak guna? Di mana suara Jamil Khir dan Mashitah? Tak tahu nak beri hukumkah atau masih tak jumpa kitab untuk dirujuk?

Pedulikan raja katak yang nak bawa geng-geng dia. Pedulikan juga jika PEKIDA nak memperbodohkan ahli-ahli mereka. Tugas kita terus berjuang selagi adanya akta tak berhati perut ini. Nasib baik kita tolak Kerajaan Perpaduan yang dicadangkan itu. Jika tidak, `comfirm ' kita juga terlibat bersubahat `memakan darah daging' sesama kita manusia ni./ Kembali ke Laman Utama.

Ahad, 26 Julai 2009

APA YANG TAK KENA DENGAN KOTA BHARU?

Oleh: Mandor.blogspot.com

AKU baru sampai ke Kota Bharu, Kelantan dua hari lepas. Memang dan lama aku tak sampai ke sini. Semalam aku tiba dengan kawan aku ke sini kerana ada urusan. Sampai di sana, aku berjumpa dengan blogger kira sifu lah kat aku iaitu pengendali blog Pink Turtle. Sampai malam aku lama bersama beliau. Hensem gak orangnya. Dia banyak tolong aku kat sini, maklumlah aku bukan tahu jalan kat bandar Kota Bharu ni. Terima kasih buat Sifu.

Dulu, aku terbayang jugak Kota Bharu ni tentunya teruk sangat bandarnya. Maklumlah, Kelantan negeri paling miskin bak kata Shahrizat dan beberapa pemimpin Umno tu. Pemimpin Umno Kelantan sendiri pun kata Kelantan ni miskin termasuklah raja katak Pasir Mas tu. Kalau sesiapa yang tak pernah pergi Kota Bharu atau dah lama tak ke sana, mungkin termakan jugak dengan pembohongan bodoh puak-puak tu. Aku ni banyak dah merantau ke negeri-negeri lain kecuali Sabah dan Sarawak je. Bila aku sampai ke Kota Bharu, puas jugak aku nak cari di mana aku boleh fikir Kota Bharu ni teruk. Tapi, tak jumpa langsung. Bukan aku nak kata Kota Baru ni bandar yang terbaik, tapi Kota Bharu tak kalah dengan bandar-bandar di negeri lain.

Kalau Kota Bharu ni tak membangun atau tak berubah, mustahil aku boleh tak tahu jalan masuk bandar tersebut. Sampai bandar tu, aku dah mula pening dah tak tahu nak jalan lagi. Itu pasal aku lepak tunggu Pink Turtle kat depan KB Mall tu. Wah...hebat juga pembangunan di Kota Bharu. Aku tak boleh bayangkan kalau lah Kelantan diberi royalti minyak seperti yang sepatutnya berjumlah RM 1 billion tu, tentu bandar ini bertambah-tambah membangun lagi. Aku agak pasal tu la Kelantan ni tak diberi apa yang sepatutnya negeri ini dapat. Kalau maju Kelantan, abis modal la Umno nanti. Sedangkan dalam keadaan sekarang pun, Umno terkial-kial kat Kelantan. Kalau korang tak mahu ditipu oleh Umno, luangkan masa datanglah ke Kota Bharu. Sekali lagi terima kasih buat Pink Turtle. /kembali ke Laman Utama.

SAMMY VELLU BERMIMPI

Sunday, July 26, 2009

BUTTERWORTH [1.53 pm] - Parti MIC tidak rugi apa-apa dengan tindakan bekas Naib Presidennya Datuk S S Subramaniam yang keluar parti dan menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR), kata Presiden MIC Datuk Seri S Samy Vellu (foto). Secara sinis, pemimpin tertinggi parti itu mengucapkan "tahniah" kepada Subramaniam dengan tindakannya itu. "Kita (MIC) tidak rasa apa-apa atau rugi dengan tindakan itu dan selama ini pun beliau (Subramaniam) tidak aktif berkhidmat dalam memperjuangkan hak masyarakat India. "Malah apa yang dilakukannya (sertai PKR) itu bagus dan saya ucapkan tahniah kerana berjaya mendapat jawatan di sana (PKR)," katanya kepada pemberita sebelum merasmikan Konvensyen MIC Pulau Pinang Ke-63 di sini hari ini. Semalam, Subramaniam mengumumkan menyertai PKR dalam satu majlis di Taman Medan, Petaling Jaya, Selangor, sambil mendakwa 10 cawangan MIC di Lembah Klang membabitkan 1,700 anggota akan turut menyertai jejaknya dalam tempoh terdekat. Samy Vellu turut menafikan dakwaan Subramaniam kononnya 1,700 anggota MIC akan mengikut jejak langkahnya menyertai PKR, dan menegaskan sebenarnya kurang daripada 300 anggota saja yang terlibat. "Dakwaan beliau yang 1,700 anggota kita akan sertai PKR itu hanya temberang dan MIC percaya mampu menarik lebih ramai anggota baru terutama dari kalangan golongan muda yang semakin menunjuk minat terhadap parti ini," katanya. Dalam perkembangan lain, Samy Vellu berkata MIC bercadang meminda perlembagaan parti itu berhubung jumlah minimum anggota bagi mewujudkan sesebuah cawangan MIC. "Ketika ini jumlah minimum diperlukan adalah seramai 110 orang dan jika dipersetujui oleh parti pada mesyuarat agung 12 dan 13 September depan, ia akan dikurangkan kepada 60 orang. "Kita jangkakan dengan pindaan berkenaan, ia akan dapat menarik lebih ramai masyarakat India menyertai MIC terutama di kawasan tidak ramai penduduk India," katanya. MIC kini mempunyai 3,700 cawangan (630,000 ahli).

[Samy Tol ini sebenarnya "mengigau" agaknya. Kononnya beliau tidak takut bekas Naib Presidennya itu sertai PKR. Baginya SS Subramaniam tidak membela nasib kaum India. Masalahnya semasa itu SS Subramaniam duduk dibawah pentadbiran siapa?. Bukankah Samy Tol?. Ini bermakna, semasa dalam MIC memang jelas menunjukkan bahawa Subramaniam tidak dapat berbuat apa-apa kerana Samy Tol tidak berminat ke arah itu. Samy hanya berminat naikkan TOL dan kemudian merompak wang rakyat dengan sesuka hati, termasuk mengadkaan majlis perkahwinan anaknya dengan belanja mencecah RM2 juta ketika itu. Samy sepatutnya sudah dikapankan, kerana beliau tidak lagi diterima masyarakat kaum India. Malah, dirinya ditolak oleh rakyat di Parlimen Sungai Siput gara-gara perkara itu. Namun, Samy ini jenis manusia yang tidak sedar diri dan tidak tahu malu. Baginya, biarpun hanya seorang menyokong beliau bermakna dirinya masih mendapat sokongan. Sampai kiamat pun Samy akan terus memegang kuasa. Dia langsung tidak melihat, pemimpin BN seangkatan dengannya satu persatu mengundur diri seperti Mahathir (UMNO), Lim Kim Yeik (GERAKAN) dan Lim Liong Sik (MCA). Namun, hanya beliau sahaja yang masih mahu terus berkuasa dan ada hati ingin menarik golongan muda India menyertai parti karat itu. Samy memang "bermimpi disiang hari", dan ramai lagi sebenarnya masyarakat kaum India akan tinggal MIC selepas ini. Ketika itu barulah Samy Vellu tahu bahawa dirinya kini sudah tidak berguna lagi!!].
Sumber: Pahangdaily

ISU LILIN - JANGAN BERHUKUM KALAU TAK TAHU HUJUNG PANGKAL

Isu Lilin
Sunday, July 26

Oleh Misbahul Munir

Saya juga hadir dalam program yang menjadi isu hangat sekarang ini di Perak. Pimpinan UMNO mengambil kesempatan kononnya perbuatan Hj Nizar dan beberapa ADUN PAS yang lain melakukan amalan syirik yang bercanggah dengan Islam. Mufti Perak juga buat kenyataan yang sama. Ada juga pimpinan PAS yang turut memberi gambaran yang negatif dalam isu ini.



Pada pagi Jumaat seminggu yang lalu, Pakatan Rakyat Perak mengadakan sidang akhbar di Pejabat DAP Ipoh bagi menunjukkan rasa simpati terhadap insiden buruk yang sungguh menyayat hati itu. Dalam kenyataan bersama itu, Pakatan Rakyat melahirkan rasa terkejut dan simpati terhadap kejadian yang menimpa Teoh Beng Hock, PR Perak mendesak isu ini disiasat dan mahu SPRM bertanggungjawab sepenuhnya.

Selepas kenyataan akhbar, masing-masing yang hadir diberi lilin untuk dinyalakan. Saya sempat bertanya untuk apa ?. Mereka menjawab untuk menunjukkan rasa simapati dan berkabung di atas kematian Beng Hock. Saya bertanya lagi, adakah ini upacara agama Budha atau Kristian. Mereka menjawab bukan upacara agama, ini simbolik sahaja.
Kemudian lilinpun dinyalakan, masing-masing berdiam diri seketika sebagai tanda kesedihan dan simpati.

Esoknya keluar di dada-dada akhbar sehingga menjadi isu hangat. Yang tidak tahu menahu majlis tersebut juga turut membuat kenyataan, Zambry pula berlagak alim dan warak kononnya amalan ini bercanggah dengan Islam, beliau menyindir sinis Hj Nizar.

Saya bertanya dengan YB Khalil Lim dan juga Muhammad K. Y. Tiang yang sebelum ini mereka adalah penganut ajaran budha, Keluarga mereka penganut budha yang cukup taat kepada ajarannya. Mereka menafikan yang upacara menyalakan lilin putih ini sebagai upacara agama Budha, ini budaya dan adat resam sebagai tanda berkabung sahaja, begitu juga memakai baju hitam. Menurut Ann Wan Seng Abdullah yang sebelum ini juga penganut Budha, kalau upacara agama dalam kematian, mereka menyalakan colok merah, lilin putih yang dinyalakan tidak ada kaitan dengan agama, lagipun upacara itu diadakan di tempat lain yang mayat si mati tidak ada di situ.

Menurut YB Khalil yang sering berulang alik ke Cina, umat Islam di negeri Cina, juga menyalakan lilin dalam majlis-majlis tertentu sebagai satu budaya dan adat resam, malahan ketika umat Islam beramai-ramai ke Masjid untuk solat Sunat Aidil Fitri, mereka membawa lilin yang dinyalakan ketika berjalan ramai-ramai sambil bertakbir hari raya. Jadi menyalakan lilin selain adat resam dan budaya sesuatu kaum, ia juga sebagai tanda simbolik bagi kita menyatakan rasa simpati dan kesedihan terhadap kematian yang seumpama itu. Teoh Beng Hock bukan mati biasa, kematiannya mengejutkan dan penuh misteri serta menjadi tanda tanya. Kita mengesyaki kematiannya merupakan perbuatan jenayah dan khianat.

Lilin dalam upacara orang Melayu juga menjadi amalan biasa, orang Melayu yang terpengaruh dengan gaya hidup barat juga menggunakan lilin sewaktu menyambut hari jadi, lilin yang diucuk di tengah-tengah kek dinyalakan kemudian ditiup sambil orang ramai mengucapkan selamat hari jadi. Orang Melayu yang tinggi semangat kemelayuannya pula mengadakan majlis ulang tahun dengan pulut kuning. Semua majlis tersebut tidak ada kena mengena dengan agama, itu hanya adat resam budaya sahaja,selagi tidak ada unsur-unsur khurafat dan syirik dan menyalahi syariat, ia tidak bercanggah dengan agama.

UMNO menuduh pembangkang mempolitikkan isu ini, sebenarnya UMNOlah yang mempolitikkan isu ini, UMNOlah yang cuba mengambil kesempatan dalam isu bagi membangkitkan sentimen perkauman. Ini bukan persoalan siapa yang mati, tetapi punca kematian itu yang menimbulkan persoalan dan misteri yang SPRM dan kerajaan BN wajib memikul tanggungjawab ini.

Sebaliknya isu ini semakin menyatukan berbagai kaum di negara ini. Orang Melayu, Cina dan India begitu ramai menghadiri upacara pengkebumian jenazah Beng Hock di Alor Gajah Melaka bagi menunjukkan simpati, kesetiakawanan dan solidariti.

http://misabah.blogspot.com

BUKAN INDIVIDU, TAPI IDEOLOGI PARTI - NIK AZIZ

Nik Aziz tidak mahu bermusuh

KUALA LUMPUR - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan bahawa beliau tidak bermusuh dengan individu yang berada dalam pihak lawan sebaliknya permusuhan berlaku melibatkan ideologi yang dibawa oleh parti tertentu.

“Saya sebagai gerakan Islam tidak bermusuh dengan individu, dan tidak bermusuh dengan orang tertentu, (tetapi) kita bermusuh dengan ideologi parti,” katanya pada sidang media selepas hadir merasmikan majlis pelancaran Kelantan Fiesta 2009 di sebuah hotel di sini, semalam.

Hadir sama, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mustapa Mohamed yang juga ‘patron’ acara tersebut.

Menteri Besar Kelantan itu berkata demikian ketika ditanya mengenai kehadiran Mustapa yang juga pengerusi UMNO Kelantan dalam majlis julung-julung kali diadakan tersebut.

Pada sidang media itu, Nik Aziz mengucapkan penghargaan kepada Mustapa yang sudi hadir ke majlis demi melihat kemajuan industri pelancongan Kelantan.

Katanya, dengan penganjuran tersebut, sedikit sebanyak budaya dan tatacara hidup rakyat Kelantan dapat dipromosikan di seluruh negara dan dunia.

“Untuk tujuan itu saya sudah lama berfikir untuk belanja duit (peruntukan) untuk dedahkan kehidupan pondok di Kelantan khususnya pelancongan Eropah yang tidak mempunyai suasana tersebut di negara mereka,” katanya.

Dalam pada itu, Mustapa berkata, pihaknya tidak mempunyai masalah untuk bekerjasama dengan pihak berkepentingan jika ia dapat ia dapat memberi rakyat Kelantan.

Menurutnya, Kerajaan Pusat juga tidak pernah meminggir atau mendiskriminasikan mana-mana negeri dalam usahanya untuk menarik pelabur dari luar negara.

“Dalam soal ini terpulang kepada pelabur untuk memilih (negeri), mereka ada pertimbangan, seperti mahu kawasan yang berhampiran dengan pelabuhan, lapangan terbang dan sebagainya.

“Bagaimanapun, kita menyediakan inisiatif yang lebih kepada pelabur yang ingin melabur di negeri yang dianggap kurang maju dari segi pelaburan,” katanya./SH

Sabtu, 25 Julai 2009

ISU ARAK - SIAPAKAH YANG PATUT DISEBAT? SOAL DR LO'LO

Kenyataan YB Dr. Lo' Lo' isu hukuman sebat ke atas pesalah minum arak
Dr Lo Lo Dato' Mohd Ghazali
Fri | Jul 24, 09 | 12:02:25 pm MYT

Artikel Themalaysianinsider.com bertarikh 23 julai 2009 dengan tajuk-tajuk berikut 'Outrage Over Caning For Model' dan 'Syariah Lawyers Association Regrets Shahrizat's Statement On Whipping Of Model� adalah dirujuk.

Di dalam kedua-dua artikel tersebut ada menyiarkan seperti berikut: a) Titiwangsa MP Lo'lo Mohd Ghazali, who is also head of the women's wing of the opposition PAS, said that punishment should educate and not cause hurt. b) Shahrizat said she was shocked by the Syariah Court decision and called for a fair and just punishment. Meanwhile, Dr Lo'lo was surprised that whipping of women was sanctioned by the Malaysian syariah law adding punishment should be educational, and not to cause hurt.

Petang semalam saya telah dihubungi oleh wartawan meminta saya memberi sedikit komen berkaitan hukuman oleh Mahkamah Syariah Kuantan yang menjatuhkan hukuman sebat terhadap seorang model sambilan atas kesalahn meminum arak.

Saya telah memberikan komen saya dengan sucihati megikut pengetahuan saya berkaitan hukuman dan realiti masyarakat Malaysia. Malangnya terdapat pihak-pihak yang melihat kenyataan di akhbar dari konteks yang lain.

Pertama, saya terkejut dengan hukuman yang dijatuhkan oleh Mahkamah Syariah Kuantan ke atas model tersebut. Memang saya terkejut kerana ada juga Mahkamah Syariah di Malaysia yang berupaya menghukum pesalah dengan hukuman sebegitu walaupun peruntukkan tersebut telah lama ada.

Tetapi baru sekarang hukuman sebegitu dijatuhkan bagi pesalah kesalahan tersebut. Saya amat bersetuju dengan hukuman tersebut kerana sekurang-kurangnya hukuman tersebut begitu hampir dengan hukuman Hudud.

Di dalam Hudud, hukuman bagi pesalah minum arak adalah 40 kali sebatan malah ada ulamak yang mengatakan sehingga 80 kali sebatan. Sebelum ini tiada Mahkamah yang menjatuhkan hukuman sebegitu walau pun Mahkamah Syariah sepatutnya menghukum mengikut hukaman Allah tetapi di Malaysia ini hukuman yang dikenakan tidak seperti yang ditetapkan Allah dalam Al-Quran dan Sunnah Rasulullah S.A.W.

Apabila Mahkamah Syariah Kuantan menjatuhkan hukuman sebat ke atas model tersebut, ini membuatkan saya terkejut.

Bukan terkejut kerana hukuman tetapi terkejut kerana keberanian Hakim Mahkamah Syariah tersebut. Syabas kepada beliau.

Kedua, saya mengatakan sebarang bentuk hukuman yang dikenakan samada denda, sebatan atau penjara, semuanya hendaklah dalam bentuk untuk memberi pengajaran kepada pesalah, bukannya untuk mendera atau menyebabkan kecederaan kepada pesalah.

Hukuman di dalam Islam adalah untuk memberikan pengajaran kepada pesalah dan khalayak supaya menginsafi perbuatan itu.

Di dalam kes ini, saya berpendapat masyarakat umumnya masih tidak memahami kaedah bagaimana sebatan ke atas pesalah dilakukan.

Adakah ianya dilakukan sama seperti pesalah-pesalah jenayah lain di dalam undang-undang jenayah sivil. Masyarakat umum mengetahui bagaimana hukuman sebat dilakukan ke atas pesalah jenayah sivil seperti di dalam kes pengedaran dadah, merogol, meliwat dan sebagainya.

Adakah hukuman sebat di Mahkamah Syariah dilakukan dengan kaedah yang sama? Inilah kebimbangan yang saya sebutkan kepada wartawan tersebut bimbang hukuman sebat ini dianggap sebagai hukuman Mahkamah Sivil sehingga memberi tanggapan buruk kepada Mahkamah Syariah, lebih-lebih lagi yang dihukum seorang wanita.

Ini yang perlu diperjelaskan. Inilah maksud saya bila saya mengatakan hukuman sepatutnya untuk tujuan pengajaran, bukan untuk mendatangkan kecederaan.

Saya merujuk kepada Titiwangsa MP Lo'lo Mohd Ghazali, who is also head of the women's wing of the opposition PAS, said that punishment should educate and not cause hurt. Artikel ini dengan jelas tidak tepat kerana saya bukan

Ketua Muslimat PAS seperti yang didakwa. Justeru saya mengharapkan agar tiada pihak yang sewenang-wenangnya mempercayai sebarang tulisan di akhbar sebelum mendapat maklumat secukupnya.

Saya kira sudah sampai masanya pihak berkuasa di Malaysia iaitu Umno/BN 'merotan' Pengurus MAS yang menyebabkan semua mereka yang berada dalam satu-satu penerbangan terlibat secara langsung dengan arak, iaitu dari pramugara/i yang hidang arak sehinggalah pilot yang mengemudi kapal terbang tersebut.

Begitu juga perlu 'disebat' pihak yang terbabit berpuluh-puluh tahun membiarkan orang-orang Islam terlibat secara langsung dengan arak di hotel-hotel, 7- Eleven, pasaraya-pasaraya dan pekerja-pekerja Islam di kilang Carlberg.

Akhir sekali, SYABAS KEPADA MAHKAMAH SYARIAH KUANTAN dan Syukur Alhamdulillah kepada Puan Kartika Sari Dewi Shukarnor yang telah menginsafi perbuatan tersebut.

Moga Allah menerima taubat hambaNya yang menyesali kesalahan. DI SINI SAYA LONTARKAN PERSOALAN INI KEPADA SEMUA ORANG ISLAM DI MALAYSIA, SIAPAKAH YANG SEPATUTNYA DISEBAT DALAM ISU ARAK DI MALAYSIA?./wann _/Harakahdaily

AGAMA ATAU ADAT? - NIK AZIZ

Meragui tidak sama dengan haram

KOTA BHARU - Murysidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tetap mempertahankan tindakan Timbalan Pesuruhjaya Pas Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin menyertai majlis menyalakan lilin di Ipoh, Jumaat lalu walaupun Dewan Ulama Pas meragui perbuatan itu.

“Dewan Ulama Pas hanya meragui tapi ia tak sama dengan haram. Macam saya, selalu orang Hindu jemput saya pergi ke majlis mereka. Cina jemput pergi majlis dia, saya akan tanya ini agama ke atau adat resam.

“Saya kata kalau agama saya tak boleh pergi tapi kalau adat resam saya boleh buat,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Peringkat Negeri Kelantan 2009, di pekarangan Stadium Sultan Muhammad ke-IV, semalam.

Beliau berkata, tindakan meniup lilin merupakan satu simbolik untuk umur dan ia merupakan perkara biasa yang sudah merebak ke dalam budaya masyarakat di negara ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib yang menyifatkan penyertaan Mohammad Nizar pada majlis menyalakan lilin bagi memperingati kematian Teoh Beng Hock di Ipoh, Jumaat lalu sebagai meragukan.

Nik Abdul Aziz merupakan pemimpin kedua Pas yang mempertahankan tindakan Mohammad Nizar selepas Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Datuk Husam Musa yang turut mempertahankan tindakan itu dengan alasan ia tidak menyalahi ajaran Islam kerana ia sekadar tanda bantahan terhadap kejadian yang menimpa Beng Hock.

“Sebelum ini masyarakat sibuk, duduk bising fasal pemimpin Cina DAP membaca al-Quran. Sibuk kata haram. Jadi saya jawab, Nabi Muhamad SAW sewaktu dia menulis surat kepada raja dia menulis ayat al-Quran.

“Bagaimana Nabi menulis surat kepada raja kafir menggunakan ayat al-Quran tetapi tiba-tiba kita kata tak boleh Cina baca ayat al-Quran. Ini benda pelik,” katanya.

Sehubungan itu beliau berkata, masalah ini sengaja diuar-uarkan oleh golongan yang tidak terdedah kepada politik.

“Kalau begitu kita naik motokar sekarang tak boleh juga, itu akan dikaitkan dengan Inggeris. Teruk sangatlah begitu.

“Songkok Melayu ni kalau pergi ke Bombay atau Madras semua Hindu pakai songkok. Songkok Melayu ini bukan datang daripada Melayu tetapi mari (datang) daripada Hindu. Teruk kalau kita tidak mengikut politik,” katanya. /SH

TANGGUH KES 2 SEPT UNTUNGKAN DSAI

Friday, July 24, 2009
Penangguhan kes kepada 2 September iaitu tarikh beliau mula dipecat sebagai Timbalan Perdana Menteri dilihat sebagai satu langkah yang menguntungkan DSAI.Ini memberikan beliau peluang untuk beliau memberi penekanan kepada kerajaan untuk masa kini.

Mahkamah tinggi semalam memberikan beliau untuk mendapatkan lebih banyak akses keatas bahan bukti yang di perolehi dari mahkamah.Beliau dijangka akan terus menjadi pernghubung antara ketiga-tiga parti utama. namun menurut DSAI Pendakwaraya memohon penangguhan penyerahan dokumen itu atas alasan:

1)Perintah mahkamah supaya menyerahkan dokumen tersebut kepada tertuduh mempunyai implikasi dan kesan, bukan sahaja terhadap kes liwat tersebut, tetapi juga kes-kes jenayah yang lain.

2)Ia akan mengelak rayuan pendakwaraya di Mahkamah Rayuan daripada menjadi akademik, kerana ia membabit persoalan perundangan tertentu.

3)Perkara memberi salinan kenyataan saksi kepada Anwar, membabitkan persoalan undang-undang yang perlu diputuskan terlebih dahulu oleh mahkamah rayuan, sebelum Mahkamah Tinggi meneruskan perbicaraan kes tersebut.

Beliau sebelum ini agak tenggelam dan diasak hebat oleh kerajaan ,namun peangguhan ini memberikan beliau banyak masa untuk mengukuhkan semula kekuatan Pakatan Rakyat. /Sumber: WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

Jumaat, 24 Julai 2009

SURUHANJAYA DIRAJA - TUN SALLEH ABAS DIPILIH?

Saran lantik Salleh Abbas anggota s'jaya diraja
Jul 23, 09 6:42pm
Gerakan Rakyat Integriti & Anti Korupsi (Gerak) mencadangkan agar bekas ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abbas dilantik menganggotai suruhanjaya diraja yang menyiasat prosedur Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ketika menjalankan siasatan.

"Gerak menyarankan agar individu yang berintegriti dilantik menganggotai suruhanjaya diraja itu," kata Pengerusinya, Mohd Nazree Mohd Yunus.

judiciary forum lingam tape 171107 salleh abbas"Bekas-bekas hakim yang terbukti prestasinya, boleh dipilih menganggotai dan mengetuai suruhanjaya diraja tersebut, seperti Tun Salleh Abbas," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Mohd Nazree, siasatan suruhanjaya diraja itu juga perlu merangkumi aspek hak asasi Teoh Beng Hock ketika disiasat SPRM.

Mayat Teoh ditemui Khamis lalu, selepas disoal siasat SPRM berhubung dakwaan salahguna peruntukan untuk DUN di Selangor.

Mohd Nazree berkata, inkues awam untuk menyiasat punca kematian TEoh juga adalah langkah bersepadu yang wajar diambil.

"Penubuhan suruhanjaya seumpama ini adalah langkah bijak bagi menyediakan suatu bentuk laporan yang boleh menjawab beberapa kemusykilan rakyat tentang tragedi kematian tersebut," kata Mohd Nazree./Malaysiakini

Bapa mendiang Teoh tidak percaya, anaknya bunuh diri di Pejabat SPRM itu!

Thursday, July 23

Teoh Leong Hwee, bapa kepada Setiausaha Politik Exco Selangor, Teoh Beng Hock, 30, yang ditemui mati secara misteri di Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyifatkan kematian penuh misteri anaknya itu disebabkan penganiayaan dan bukannya terjatuh atau bunuh diri, lapor Zaili Muhammad.

Menurut Leong Hwee, pemandu teksi, 62, beliau tidak dapat menerima tuduhan yang mengatakan anaknya terjatuh atau bunuh diri kerana Beng Hock sebelum itu kelihatan begitu gembira sekali menguruskan persiapan perkahwinan bersama tunangnya.

"Saya tak boleh terima! Dia kata anak saya terjatuh atau bunuh diri kerana beliau dijadualkan mendaftarkan perkahwinannya pada hari Jumaat (17 Julai) tetapi dia ditemui mati pada hari Khamis di pejabat SPRM.

"Mereka (SPRM) tahan anak saya. Kami sekeluarga pun tak tahu. Pada hari kejadian saya ada telefon dia tapi tak jawab. Biasanya dia akan telefon semula.

"Dia ditahan langsung tak ada berita. Hari Sabtu janji mahu kahwin dan barang-barang semua dah beli tiba-tiba kami dapat tahu dia meninggal dunia. Itupun hanya tahu dia mati melalui suratkhabar," kata Leong Hwee kepada Harakah.

Beliau mengakui Beng Hock merupakan seorang anak yang baik, selalu bertanya khabar dengan ibunya dan dia tidak pernah mempunyai masalah dengan sesiapapun.

"Saya marah! hati pun banyak sakit, kalau tuan punya anak jadi ini macam! apahal? Saya minta Yang Dipertuan Agong tubuhkan satu Suruhanjaya Siasatan DiRaja bagi menyiasat secara telus dan terbuka kes ini. Kerana kami sekeluarga ingin tahu punca sebenar kematian mendiang," ujarnya.

Harakah sempat menemui tunang mendiang, Beng Hock, Soh Cher Wei, 28, seorang guru, memberitahu beliau pun tidak dimaklumkan oleh sesiapa sewaktu Beng Hock ditahan dan hanya mengetahui kematiannya melalui suratkhabar.

"Kami berkenalan sejak lima tahun lepas ketika sama-sama belajar di UKM tetapi perhubungan kami mula serius sejak dua tahun kebelakangan ini. Kami mengambil keputusan bertunang pada minggu lepas dan dijangka berkahwin Jumaat lalu.

"Saya harap kerajaan buat siasatan secara menyeluruh berhubung kematian Beng Hock yang menimbulkan tanda-tanya kepada orang-ramai," tegasnya penuh hiba.

Beng Hock merupakan anak ke empat daripada lima adik-beradik sebelum ini bekerja di Sin Chew Daily sejak 2004 dan meletak jawatan selepas Pilihan Raya Umum ke 12 apabila ditawarkan sebagai Setiausaha Politik kepada Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Kampung Baru dan Penyelesaian Kilang Haram Selangor, Ean Yong Hian Wah./Detikdaily

Khamis, 23 Julai 2009

Polis didakwa ugut siswa kes 'puaka' UM

kemaskini 5.53pm. Seorang pelajar Universiti Malaya didakwa diugut dengan pistol polis sewaktu ditahan berhubung kes contengan "bini puaka" dan cubaan membakar di sebuah dewan kuliah, hujung bulan lalu.

Anggota polis yang berpakaian biasa itu, tanpa menunjukkan kad kuasanya dan juga waran tangkap, menayangkan senjata apinya yang terselit di pinggang sewaktu Mohd Syahruldeen Ahmad Rosli ditangkap di rumah sewanya di Kampung Kerinchi, 25 Jun lalu.

Mohd Syahruldeen yang dituduh bersama rakannya Mohd Izzuddin Hilmi Mohamad Zaini akan dibicarakan 7 Disember depan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.

Beberapa kumpulan mahasiswa akan membuat aduan berhubung perkara itu kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) jam 10 pagi esok.

Presiden Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (KAMI), Hilman Idham memberitahu Malaysiakini, kedua-dua tertuduh kes tersebut dijangka turut serta membuat laporan.

"Tidak sepatutnya berlaku perkara tersebut, polis ada etika dan cara untuk menjalankan soal siasat," katanya ketika dihubungi hari ini.

Mohd Izzuddin Hilmi dan Mohd Syahruldeen dituduh mengikut Seksyan 427, 436 dan 447 Kanun Keseksaan berhubung insiden awal pagi 24 Jun lalu, beberapa jam sebelum isteri perdana menteri Rosmah Mansor hadir untuk satu program di dewan berkenaan.

Mereka didakwa cuba melakukan perbuatan khianat di pintu dewan kuliah utama Akademi Pengajian Islam (API).

Kedua-duanya pelajar tahun dua jurusan syariah API Univerisiti Malaya.

Menurut Hilman lagi, selain aduan berhubung kes tersebut, kumpulan mahasiswa tersebut turut membuat aduan berhubung penahanan tujuh mahasiswa, termasuk dua wanitam pada Jumaat lalu.

Mereka ditahan berhubung perhimpunan untuk menyerahkan memorandum kepada kedutaan Thailand bagi membantah keganasan terhadap rakyat Islam Thailand di selatan negara itu.

Selain itu, tambah Hilman, aduan itu juga berkaitan penahanan dua aktivis Gerakan Demokratik Belia dan Pelajar Malaysia (Dema) yang didakwa menceroboh Universiti Malaya, 12 Julai lalu.

Kedua-dua pelajar tersebut – setiausaha Dema, Ong Jing Cheng dan penyelaras pelajar Dema Yap Heng Lung – ditahan di kampus kira-kira jam 9 malam.

Mereka ditahan reman selama dua hari.

Selain KAMI dan Dema, Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) dan Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis) akan hadir di pejabat Suhakam di Jalan Raja Laut./Malaysiakini

NIK AZIZ KETUAI DEMO ANTI ISA?

Nik Aziz, Anwar sertai demo anti-ISA
Abdul Rahim Sabri
Jul 23, 09
1:00pm

Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat dan penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim akan turut serta dalam himpunan besar-besaran mendesak kerajaan memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada 1 Ogos ini.

Pengerusi Gerakan Mansuhkan ISA (GMI), Syed Ibrahim Syed Noh berkata perhimpunan itu juga turut disertai pimpinan atasan Pakatan Rakyat, termasuk Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan pemimpin lebih 83 NGO dalam gabungan tersebut.

Beliau mengumumkan demikian dalam satu sidang media selepas menyerahkan surat pemakluman kepada Yang di-Pertuan Agong berhubung hasrat GMI menyerahkan “deklarasi rakyat” pada tarikh tersebut.

Surat tersebut diserahkan kepada pegawai perhubungan awam Istana Negara, Mohd Khairi Abdul Rahman di pondok pengawal, kira-kira jam 11.50 pagi tadi.

Syed Ibrahim diiringi Setiausaha Pemuda PAS Kamaruzzaman Mohamad./Malaysiakini

[Laporan lanjut menyusul]

TIBA-TIBA `GURKHA' INI BERHARGA BUAT UMNO


Oleh: Mandor.blogspot.com

ZAID IBRAHIM dalam blognya mempelawa Ku Li untuk sertai PKR atau PR. Dan, Ku Li dikatakan menolak pelawaan Zaid Ibrahim tersebut. Mungkin bagi Ku Li dia masih tidak puas lagi untuk menjadi `Gurkha' buat Umno. Semenjak Ku Li bubarkan Parti Melayu Semangat 46 dan memasuki Umno, terbukti Ku Li berjaya dengan cemerlang sebagai seorang `Gurkha'. Mungkin beliau dilahirkan semula di dalam Umno untuk menjadi `Gurkha' tak lebih dari itu.

Sebab itu bila Ku Li beberapa kali mencuba nasib untuk naik sikit darjatnya dari seorang `Gurkha', nasib selalu tak menyebelahinya. Umno pun seolah-olah sudah lama mengiktiraf Ku Li sebagai `Gurkha' sebab itulah Ku Li tidak pernah mendapat pencalonan cukup untuk bertanding jawatan tertinggi dalam parti semenjak memasuki Umno semula. Semasa kempen pemilihan jawatan tertinggi di dalam Umno, siapakah pemimpin di dalam Umno yang menghargai Ku Li atau menganggap Ku Li sebagai `permata berharga' di dalam Umno? Ku Li tetap dipandang `Gurkha' dan ada yang sanggup berkata zaman Ku Li sudah berlalu. Meskipun Ku Li berpusing merata negeri berkempen untuk mencukupkan pencalonan bagi bertanding jawatan Presiden Umno, tapi siapalah yang sudi memandang `Gurkha' veteren ini?

Apabila Zaid Ibrahim mempelawa Ku LI untuk sertai PKR dan PR, tiba-tiba Muhyiddin dan Rais Yatim berbuih mulut memuji memuja Ku Li. Macam-macam pujian diberikan kepada Ku Li seolah-olah Ku Li sekarang ini Presiden Umno pulak. Tak habis dengan itu, Muhyiddin marah kat Zaid pasal cuba mempengaruhi Ku Li untuk sertai PKR. Rais Yatim macam biasalah, bermadah berhelah memuji Ku Li. Oleh kerana terlalu melangit puji-pujian dari TPM dan Menteri dan kawan karibnya, maka Ku Li lupa diri sekejap. Dia lupa di mana Muhyiddin dan Rais ketika dia terkontang kanting seorang diri berkempen untuk menjadi calon dalam pemilihan jawatan Presiden Umno dahulu. Kalau di masa kempen itulah puji-pujian yang Ku Li dapat dari dua orang tu, mungkin Ku Li cukup pencalonan untuk masuk bertanding.

Kita cuma ingatkan Ku Li, peluang yang ditawarkan oleh Zaid ini mungkin datang hanya sekali. Jangan mudah termakan puji wahai Ku Li. Ku Li pun dah akui, Umno banyak yang tak betul, tapi beliau yakin Umno boleh dibaiki. Siapa nak baiki Umno, wahai Ku LI? Najib? Muhyiddin? Atau Ku Li sendiri nak betulkan Umno dengan `Gurkha'nya itu? Adakah Umno sekarang pada pandangan Ku Li bertambah baik? Gesek mata tu betul-betul Ku Li.

Apa pun, kita tengok apa akan jadi pada `Gurkha' Umno ini nanti. Cuma kita nak ingatkan Ku Li, peluang datang hanya sekali, malang datang mungkin berkali-kali. / Kembali ke blog asal.

Rabu, 22 Julai 2009

SERUAN DARI ANWAR IBRAHIM CLUB

AnwarIbrahimClub.Com - Untuk sebaran ahli

AIC/07/09

Himpunan ahli AIC di Mahkamah Jalan Duta.


Kelab Anwar Ibrahim (AIC) ingin mengajak seluruh ahli untuk turun menunjukkan sokongan kepada Dato' Seri Anwar Ibrahim (DSAI) yang sekarang berhadapan dengan fitnah licik dan manipulasi undang-undang di perkarangan Mahkamah Jalan Duta bermula daripada hari Jumaat (24 Julai 2009), pukul 8.00 pagi sehinggalah perkara ini diberi keadilan yang sewajarnya.

Rakan-rakan ahli AIC digesa mencari ruang dan peluang untuk berada di sana setiap kali perbicaraan. Untuk memudahkan gerakan dan perhimpunan, rakan-rakan AIC diminta menghubungi sekretariat AIC di talian 012-9300745 (Saudara Farhash) untuk maklumat lanjut.

Rakan-rakan AIC dinasihatkan untuk melakukan perkara-perkara berikut semasa di Mahkamah :

  1. Memakai baju AIC, atau baju bewarna HITAM.
  2. Sampai awal, selewat-lewatnya pukul 8.00 pagi.
  3. Berkumpul di ruang legar Mahkamah dengan rakan-rakan yang lain.
  4. Mengawal tingkah laku dan tidak termakan dengan provokasi oleh mana-mana pihak.
  5. Ikut arahan sekretariat.

Rakan-rakan AIC akan berpeluang untuk dibenarkan masuk ke dalam kamar mahkamah. Sila hubungi sekretariat untuk urusan ini. Jadual perjalanan mahkamah akan dikemaskini di laman web AIC dari masa ke semasa.

BANGUN DAN TUNJUKKAN SOKONGAN BAHAWA REFORMASI TIDAK PERNAH MATI!


AnwarIbrahimClub

17, Jalan 16/2,
Petaling Jaya
46350, Selangor,
Malaysia

e | info@anwaribrahimclub.com
w | http://www.anwaribrahimclub.com

Selasa, 21 Julai 2009

BERANIKAH UMNO HADAPI PRK MANEK URAI SEKALI LAGI?


Oleh: Mandor.blogspot.com

PRK MANEK URAI mungkin akan diadakan semula? Dengar ceritanya Umno ingin membuat bantahan di mahkamah agar PRK Manek Urai dapat diadakan sekali lagi kerana Umno mendakwa terdapat kesilapan di dalam perjumlahan undi baru-baru ini. Soalnya, beranikah Umno menghadapi Pas sekali lagi? Apakah dengan jumlah undi yang Umno perolehi baru-baru ini membuatkan Umno begitu yakin untuk menang kali ini? Tidakkah Umno nanti menyesal?

Bukankah Umno dikatakan tidak begitu berminat dengan banyak kali pilihanraya, membazir wang rakyat katanya. Jika begitu, tidak perlulah Umno bersusah payah untuk membuat petisyen pilihanraya tersebut. Bukan apa, takkan TPM nak membuat janji dua kali pula untuk membina jambatan kat Manek Urai itu. Tetapi jika Umno nak sangat bertarung sekali lagi, aku rasa Pas tak keberatan untuk menerimanya. Cuma, jangan menyesal sudahlah. Jangan jadi macam Firdaus, bekas Imam Besar Masjid Negara dulu semasa pilihanraya di Permatang Pauh. Terlalu nak sangat kira semula, bertambah banyak pula undi DS Wan Azizah dapat. Masa tu, sepak tong undi sampai bengkak hujung kaki pun dah tak guna lagi. /Lain berita kembali ke laman utama.

UMNO `CEDERA RINGAN' DI MANEK URAI PASAL EZAM TAK DATANG?

Oleh: Mandor.blogspot.com

UMNO mesti dah buat post mortem mengapa mereka `menang' dengan kekalahan di tangan Pas di Manek Urai. Umno merasa megah kerana hanya mengalami `cedera ringan' tatkala bertarung dengan Pas. Pada Umno kalah dan terkangkang di Manek Urai tak penting, janji tidak mengalami `kecederaan teruk' seperti sebelum ini. Meskipun, Umno tewas 0 - 6 di dalam PRK sebelum ini di tangan PR, namun Umno tetap Umno. Bukan Umno namanya kalau sanggup mengaku kelemahan parti mereka. Apakah kelemahan Umno sebelum ini dan apakah kekuatan Umno yang kononnya telah diperlihatkan di Manek Urai baru-baru ini?

Aku kaji berkali-kali mengapa kali ini Umno hanya mengalami `cedera ringan' di tangan Pas iaitu kalah dengan majoriti 65 undi. Setelah aku kaji, selain dari sebab janji dan sogokan pembangunan dan jambatan, anrara lainnya adalah kerana Umno berjaya mengelakkan diri dari mengalami `badi' atau sumpahan dari raja sesumpah Ezam. Mungkin agak lucu atau tak masuk akal, tapi jika kita fikirkan balik ada juga benarnya. Sebelum ini, di mana sahaja raja sesumpah itu datang, pasti akan membawa `badi' buat Umno. Memang `suwey' sungguh raja sesumpah ini buat Umno. Agaknya sudah dimakan sumpah kot budak tu.

Di Manek Urai, aku tunggu-tunggu juga mamat Ezam ni datang bersama kotak-kotaknya, atau paling tidak membawa bersama pencacai seperti Dato' Nalla, Roslan Kasssim atau pun Zahid Md Arip. Tetapi hampa. Raja sesumpah tak datang ke Manek Urai kerana mungkin beliau ingin mencuba samada tanpa beliau mampukah Umno untuk bernafas. Atau, mungkin juga raja sesumpah sudah kehilangan idea untuk berkempen di Manek Urai kerana segala-gala tentang keburukan DS Anwar semuanya dah beliau dedahkan sebelum ini. Malang sekali, kesemuanya yang beliau perkatakan terhadap DS Anwar menambahkan derita buat Umno.

Apabila raja sesumpah ini tak datang ke Manek Urai, hati aku dah mula rasa lain macam seperti ada yang tak kena. Aku memang harap sangat beliau datang untuk menambahkan `badi' atau `suwey' buat Umno di Manek Urai. Nasib Umno sedikit baik kerana raja sesumpah tidak muncul. Kotaknya pun tak nampak. Oleh kerana beliau tidak muncul, Umno dilihat agak baik sikit prestasinya dan kalah dengan mengalami `kecederaan ringan' sahaja. Cukuplah sekadar untuk mengurangkan sikit malu Umno. Mungkin lepas ini Umno akan belajar dari pengalaman bahawa jika Umno ingin menang atau kalah dengan sedikit kecederaan, tidak perlu bawa Ezam menyibuk berkempen.

Apa pun aku harap sangat agar Umno terus menggunakan raja sesumpah ini sekerap mungkin sehingga menjelang Pilihanraya Umum ke 13 nanti. Tanpa Ezam, mana mungkin kita boleh berjaya dengan cemerlang nanti. Hidup raja sesumpah!!/
Lain-lain berita kembali ke Laman Utama.

Ahad, 19 Julai 2009

PENING JUGA NAK FIKIR KES NI

Oleh: Mandor.blogspot.com

NAIK pening jugak aku fikir pasal misteri kematian Mendiang Teo Beng Hock. Ye lah, buat apa nak fikir, aku bukannya Pegawai Penyiasat ke atau pihak-pihak yang bertanggungjawab dalam siasatan kes tersebut. Tapi, hati tetap juga nak fikir pasal kes macam ini boleh terjadi pada sesiapa termasuk kaum keluarga aku. Dijauhkan Allah benda-benda macam ni. Tak kiralah samada kes bunuh diri ke, terbunuh ke atau dibunuh. Semuanya aku tak mahu berlaku atas kaum keluarga aku. Tu pasal aku cuba juga nak fikir macam mana kejadian seperti ini boleh berlaku. Apa puncanya?

Bila aku baca akhbar dan tonton TV, macam-macam andaian aku dapat. Bila buka blog kat internet pun macam-macam andaian. Ada yang lojik dan ada yang tak lojik langsung. Salah satu persoalan yang ditimbulkan oleh sebuah laman web, buat aku pening jugak nak fikir. Di sini aku petik sikit apa yang menjadi tajuk besar laman web berkenaan.

"Logikkah Teoh Beng Hock membunuh diri kerana mendiang mempunyai tunang dan hendak mendaftarkan perkahwinan dan sedang menunggu kelahiran cahayamata pertama? Jika mendiang telah dibebaskan, mengapa mendiang tidak menghubungi sesiapa menggunakan handsetnya sebaik-baik 'dibebaskan pada jam 3.30 pagi'.

"Jika mendiang telah dibebaskan, pastinya segala barangan milik mendiang termasuk handset akan dipulangkan semula. Tidakkah mendiang menelefon sesiapa memberi tahu mendiang ingin berehat terlebih dahulu di sofa pejabat SPRM? Adakah mendiang tidak langsung tergerak hati untuk menjawab begitu banyak SMS dan panggilan yang diterima yang dirakam oleh hanset mendiang..... Banyak persoalan yang perlu dijawab...." (http:www.marhaen.info./v2/)

Jadi, aku tak fikir susah sangat nak siasat kes ini. Aku yakin tahap profesional pihak berkuasa kita, tapi aku lebih yakin jika Badan Siasatan Bebas mengendalikan kes ini. Tak salah kalau mana-mana pihak prihatin akan apa yang berlaku terhadap mendiang. Sesiapa yang tak prihatin atau memandang ringan kes ini pada aku orang tu bukan manusia normal. Apa-apa pun, aku sedap hati sikit bila ada ura-ura kerajaan akur dengan tuntutan pihak pembangkang yang mahukan siasatan bebas. Harap-harap jangan ada pihak yang menghalang.

Sabtu, 18 Julai 2009

MANEK URAI - PAS MENANG, UMNO BERJAYA? DUNGU BETUL!!

Oleh: Mandor.blogspot.com

PELIK betul tajuk tulisan ni kan? Pelik tapi benar, benar tapi dungu!! Tuan-tuan tahu siapa yang berkata demikian? Penulis tu kata di Manek Urai, Pas menang tetapi Umno berjaya!! Siapa penulis yang dungu sangat tu? Aku tak kenal tapi tuan-tuan boleh baca kat sini. Perkataan tu saling tak tumpah macam anak Yatim si Rais tu kata masa Mahkamah Dunia buat keputusan Pulau Batu Putih menjadi hak Singapura, dan Batu Karang menjadi hak Malaysia. Si Rais tu punyalah cerdik dia kata itu adalah keputusan yang baik dan dianggap situasi `Win-Win'. Dungu tak?

Singapura dapat pulau yang bernilai tinggi, kita dapat batu karang maka itu dianggap `Win-Win'. Kalaulah Lee Kuan Yew dengar apa yang menteri dari Jelebu tu cakap, sahih Lee Kuan Yew akan terguling-guling ketawa sampai terkentut-kentut agaknya dia. Begitulah juga si penulis tu kata bila Umno dah terkangkang kat Manek Urai. Entah kenapa otak dia terfikir nak sebut di Manek Urai Pas menang tetapi Umno pula yang berjaya. Aku rasa kalau kata-kata ni diucapkan di depan orang gila, sah orang gila tu kata, "nasib baik aku gila, tapi tak bodoh cam engkau'.

Kenapa susah sangat nak mengaku bahawa Umno sudah tidak diterima majoriti orang-orang Melayu di Manek Urai? Berat sangat ke nak sebut bahawa orang-orang Manek Urai tidak termakan dengan umpan jambatan tu? Atau malu nak sebut? Kalau lah si penulis tu nak menggunakan portal nya untuk mengampu Umno sekali pun, biarlah cara mengampu tu nampak cerdik sikit. Lagi pun buat apa nak mengampu dah, kerana `nasi sudah menjadi bubur' dan Umno pun telah selamat di`talkin'kan dan kini telah bersemadi di bawah tapak jambatan yang tak jadi dibuat itu kat Manek Urai.

Katalah Umno perasan sangat sudah kuat walaupun telah 6 kali bertempur, 6 kali terkangkang, kita pelawa lagi Umno untuk bertempur amacam? Apa kata kita buka gelanggang kat Perak pula? Ok lah, mungkin kat Perak kaum Cina dan India ramai, mungkin Umno rasa menempah maut kalau bertempur di situ, kita cadangkan buka gelanggang di Terengganu pula. Mengapa aku cadangkan di Perak atau Terengganu? Ini adalah kerana kedua-dua negeri tersebut sekarang dilihat tidak stabil kerajaannya. Di Perak, Umno dapat kuasa melalui mahkamah. Di Terengganu pula, pimpinan Umno sesama mereka tidak pernah nak bersatu. Rapuhnya perpaduan sesama Umno di Terengganu boleh digambarkan dengan rapuhnya stadium yang runtuh kat Terengganu baru-baru ni.

Kadang-kadang aku rasa bodoh juga mencabar Umno untuk buka gelanggang pilihanraya ni. Aku rasa macam aku mencabar kambing supaya mandi dalam hujan je. Puas juga aku mencari peristiwa atau sejarah menunjukkan Umno itu berani. Kalau berani bercakap depan TV atau media mereka aku akuilah kehebatan mereka ni. Berdebat ? Huh...jauh sekali. Letaklah apa tajuk sekalipun. Kalau ada yang berani pun, tersembur pulak air liur masa berdebat. Takpelah, itu tahap paling berani gaban la tu dalam Umno. Macam mana nak berdebat kalau asyik kata Pas Menang, Umno berjaya. Cakap pun dah tak betul.

Di dalam pertarungan, boleh diumpamakan pendekar Umno memiliki semua senjata seperti keris dan pedang, manakala lawan mereka Pahlawan Pas sehelai sepinggang bertempur. Dalam perlawanan tersebut, pendekar Umno terkangkang dengan mengalami luka-luka yang kecil tetapi tidak boleh bangun. Maka, Pahlawan Pas pun diistiharkan sebagai pemenang. Selepas itu, Pendekar Umno merangkak keluar dari gelanggang dan berkata kepada penonton bahawa `memang Pahlawan Pas Menang, tapi Aku Berjaya" katanya. Salah seorang penonton pun bertanya," Kenapa engkau kata begitu?". Pendekar Umno pun menjawab," Sebab, dulu aku terkangkang gak, tapi luka aku lagi parah, tapi kali ini luka aku kecik je...". Agak-agak kalau tuan-tuan sebagai penonton di situ mahu tak terguling-guling ketawa? Kalau aku ada kat situ, aku akan pujuk pendekar Umno tersebut. Paling tidak aku akan kata," Betul, memang betul engkau berjaya,...berjaya kelentong!!"

Jumaat, 17 Julai 2009

CERAMAH DI KUANTAN MALAM INI (17 JUL09) - PEJ PKR NEGERI

CERAMAH UMUM `KEMBALIKAN NEGARA HUKUM DAN HAK RAKYAT'
ANJURAN PAKATAN RAKYAT

TARIKH: 17 JUL 2009 (JUMAAT)

MASA: 09.00 MALAM

TEMPAT: PERKARANGAN PEJ PKR NEGERI, BESERAH, KUANTAN.

PENCERAMAH:

YB ZULKIFLI NORDIN - PKR
YB FAUZIAH SALLEH - PKR
YB LEONG NGAH NGAH - DAP
US NASARUDDIN TANTAWI - KETUA PEMUDA PAS PUSAT

Sila Hadir Beramai-Ramai dan Hebahkan. Sebarang maklumat hubungi - 09-5137970/09-5177970.

APA KOMEN `BROKER' KERAJAAN PERPADUAN TERHADAP KES KEMATIAN DI BANGUNAN SPRM?

Oleh: Mandor.blogspot.com

TAKZIAH, pertama aku ucapkan pada keluarga mendiang Teo Beng Hock, yang mati ketika berada di bangunan SPRM sejurus selesai soal siasat oleh SPRM tentang kes rasuah Exco Selangor. Mendiang mati dikatakan jatuh dari bangunan yang terdapat di SPRM. Walaupun aku tak tahu mengapa beliau jatuh samada kemalangan atau tidak, tapi aku rasa amat sedih di atas apa yang berlaku.

Maka, sudah tentu kematiannya menjadi `misteri' buat keluarga, rakan-rakan dan tentunya parti politik yang sememangnya peka dengan kejadian seperti ini. Jika ini berlaku di atas keluarga kita pun, tentu kita akan berfikir macam-macam. Seorang penulis yang digelar oleh rakan aku sebagai `Broker Kerajaan Perpaduan" iaitu MSO (Mohd Sayuti Omar) dalam blognya menyebut sudah pasti parti-parti politik pembangkang terutamanya dari DAP akan mempolitikkan isu ini. Dan, MSO berharap semua ini hendaklah diserahkan kepada PSRM sahaja. Serah begitu sahaja? Bagus juga cadangan MSO ini sebagaimana bagusnya cadangan beliau agar Tuan Guru Nik Aziz terima saja Umno untuk Kerajaan Perpaduan tu.

Tahniah buat MSO yang percaya sepenuhnya kepada PSRM. Aku harap semua rakyat Malaysia akan mengikuti pandangan dan sikap MSO ini. Beliau adalah contoh terbaik rakyat Malaysia dan boleh kita tabalkan untuk anugerah `Tokoh Kerajaan Perpaduan'. Jom, kita pakat-pakat percaya pada SPRM. Lupakan je pasal sogokan jambatan kat Manek Urai tu, itu bukan rasuah, Muhyiddin bergurau je dulu tu.....Kalau tak, mesti MSO dah cadangkan SPRM siasat Muhyiddin, tak gitu MSO?

Khamis, 16 Julai 2009

JAMBATAN BELUM SAMPAI, SATU LAGI HADIAH UNTUK RAKYAT

Oleh: Mandor.blogspot.com

TERIMA KASIH. Sejurus Bn `menang' sorak di Manek Urai, maka tanpa berlengah lagi kerajaan pun mengumumkan kenaikan tambang bas dan teksi. Maka, terbukti lagi betapa prihatinnya kerajaan pada rakyat terbanyak dan rakyat mesti bersyukur dengan nikmat yang diberi oleh kerajaan Bn ini. Itu tandanya `Rakyat Didahulukan'. Prestasi? Malas nak komen pasal prestasi teksi dan bas ini pasal semua dah tahu. Janji, rakyat telah diutamakan dengan kenaikan tambang bas ini.

Maka, agak-agaknya bersorak sorailah ibu bapa yang menghantar anak-anak mereka ke sekolah dengan menggunakan bas sekolah. Bagaimana orang-orang Manek Urai? Tentu mereka tersenyum gembira kerana jambatan tak lama lagi akan dapat pasal Manek Urai Baru dan Manek Urai Lama peti undi mereka Umno menang, jadi jambatan tu sekarang mungkin sedang dalam perjalanan dari Putrajaya. Belum sempat jambatan itu tiba, pengumuman yang ditunggu-tunggu pula muncul iaitu tambang teksi dan bas dinaikkan. Tahniah, inilah berkatnya Bn memerintah.


HIKAYAT UMNO TERKANGKANG DI MANEK URAI

Oleh: Mandor.blogspot.com

ADAPUN diceriterakan orang, di dalam media termasuk dalam blog pro Umno menyebut Peraih Ikan Calon Pas di Manek Urai menang `nyawa-nyawa ikan'. Ertinya Umno akui juga Pas menang walaupun pahit dan terketar-ketar lidah mereka nak sebut Pas telah menang. Lagi lah terkelu lidah nak sebut Umno `terkangkang' di Manek Urai. Jadi, nak menyedapkan hati, mereka pun sebut Pas menang nyawa-nyawa ikan. Maknanya Pas masih bernyawa, Umno bagaimana? keh!keh!keh!

Biar aku jawab soalan aku tadi pasal puak-puak Umno tak akan jawab punya. Umno sebenarnya sudah tidak bernyawa!! Terimalah hakikat bahawa Umno telah pun menjadi `mendiang' di Manek Urai. Takpe, sabar je lah wahai pewaris-pewaris dan kaum kerabat `mendiang' Umno. Mungkin Tuhan lebih kasih kepada Umno maka diambilnya Umno. Tak sia-sia sebelum ni aku pesan kat orang-orang Pas di Manek Urai untuk siapkan batu nisan dan gali siap-siap lubang lahad untuk persemadian Umno. Alhamdulillah, jangkaan aku tepat sekali.

Cuma jangkaan aku sikit meleset pasal Umno kat Manek Urai ini. Aku mati-mati ingat Umno akan disemadikan dengan luka yang parah sekali akibat penangan Peraih Ikan. Rupa-rupanya tidak, Umno selamat disemadikan dengan cedera yang agak ringan. Tapi, mati tetap mati. Sasaran kita pun nak matikan Umno kat Manek Urai. Mungkin kecederaan ringan tu adalah kerana senjata yang digunakan oleh Peraih Ikan kurang berkesan dan mungkin agak tumpul sikit. Takpe, lain kali kita tajamkan sikit. Yang penting Peraih Ikan sudah membuatkan Umno `terkangkang' di Manek Urai. Sebelum aku tutup hikayat `Umno Terkangkang' ini, aku nak tanya sikit komen korang semua. Agak-agak korang raja katak Pasir Mas lepas ni nak cakap apa?