JOM MASUK AHLI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DENGARKAN KOBAT FM ONLINE

Rabu, 30 September 2015

AZMIN DALAM PERHATIAN

Azmin Ali nampaknya masih percaya kepada Pas yang akan menyokong calon-calon PKR di dalam PRU14 nanti.  Sebab itu Azmin masih mahu Pas berada di dalam kerajaan Selangor walaupun Pakatan Harapan telah wujud.  Pakatan Harapan tiada kaitan di Selangor.  Itu kata Azmin.

Aku tak tahu samada tindakan Azmin ini akhirnya akan memakan diri beliau sendiri.  Dia tahu rakyat sudah semakin menjauhi Pas kerana kepimpinan Pas sekarang bukan lagi dipandu oleh Almarhum Tok Guru Nik Aziz.  Pas sekarang dikendalikan oleh Hj Hadi, manakala Mursyidul Am Pas, Dr Haron Din pula banyak membisu tidak seperti Mursyidul Am sebelum ini.  Boleh dikatakan Pas 100% ditentukan oleh Hj Hadi.

Jika Azmin betul-betul sayang dan kasihkan Anwar sebagai idolanya, menyimpan orang yang sering memusuhi batang tubuh Anwar adalah satu tindakan pelik.  Hj Hadi dikenali sebagai orang yang tidak begitu suka dengan Anwar.  Bahkan isteri Anwar pun Hj Hadi boleh kata tidak layak untuk jadi pemimpin.  Namun, Azmin masih percaya Pas tidak akan khianat dengan PKR.  

Aku cuma mahu berpesan dengan Azmin, jika beliau mencatatkan sejarah sebagai MB yang paling singkat, jangan salahkan sesiapa.  Beliau jangan anggap dengan kekayaan Selangor beliau boleh beli segala-galanya.  Kini dikhabarkan sudah ada gerakan untuk menyerang Azmin.  Apakah berbaloi kerana berkasih sayang dengan Pas maka karier politiknya akan gelap? 

Jumaat, 4 September 2015

"NYAMUK" PEMBUNUH NAMRUD, TAPI GHB BUKAN PEMBUNUH PAS

Haji Hadi kata GHB sekumpulan 'nyamuk' saja dan tidak menjejaskan Pas.  Betul ke?  

Teringat aku kisah Namrud yang ajalnya kerana "nyamuk'.  Tidak mengapalah, itu pendapat Presiden Pas dan beliau ada hak untuk menggelar apa pun.  Sebelum ini pun disebut umpama 'salakan anjing dan serigala'.  Kali ini kecil sedikit perbandingannya iaitu 'nyamuk'.

Cuma, kecil-kecil nyamuk pun jelas kelihatan Hj Hadi tidak lagi boleh berehat seperti dulu.  Kalau dulu amat sukar untuk kita melihat beliau rajin mengelilingi Malaysia untuk berceramah meskipun menjelang pilihanraya.  Namun kali ini, selepas pilihanraya hatta kerana nyamuk, beliau mulai rajin.  Itulah hikmahnya ada 'nyamuk' ini.

Haji Hadi kata, Pas umpama pepohon yang subur (suburkah?).  Jika dicantas pokoknya akan tumbuh tunas yang lebih banyak dan baik.  Betul juga.  GHB mungkin salah satu tunasnya. GHB semakin baik nampaknya dan semakin mendapat sambutan berbanding di dalam usia beberapa bulan saja.  Berbeza dengan penubuhan Berjasa atau Hamim dulu.  Sakit Berjasa dan Hamim ingin mencari ahli.  Tapi GHB tidak susah-susah mencari ahli.  Setiap hari ada saja dari Pas yang sertai GHB.  Itu belum dikira dari yang tidak berparti sebelum ini telah sertai GHB.

Bagusnya, GHB tidak sasarkan Pas sebagai musuh.  Saban hari GHB ini menyerang Umno/Bn.  Jika ada disentuh tentang Pas pun hanya sekadar mahu menjawab apa yang Pas kata pada mereka.  

Semoga GHB terus berjaya dan semakin kuat semangat mereka untuk meneruskan perjuangan rakyat marhaen.