JOM MASUK AHLI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DENGARKAN KOBAT FM ONLINE

Selasa, 30 November 2010

MENJAWAB TULISAN SALMANALBUSTANIY, PAS PERLU KETUAI PR

Oleh: WFAUZDIN NS

APABILA membaca artikel sahabat Salmanalbustaniy, saya bersetuju dengan pandangan beliau bahawa sekiranya berlaku sebarang kemungkinan buruk terhadap Ketua Pembangkang DS Anwar Ibrahim, maka sewajarnya pemimpin PAS ditampilkan sebagai Ketua Pembangkang sekaligus sebagai Ketua PR. Tidak perlu diragui bahawa pemimpin PAS mempunyai kredibiliti untuk memegang amanah besar ini.

Walaupun pada ketika ini DAP secara teorinya lebih layak memegang jawatan tersebut, tetapi secara praktikalnya pimpinan di dalam PR menggunakan akal dan kebijaksanaan maka DS Anwar diangkat sebagai Peneraju PR sebagai satu maslahah di dalam perjuangan. Oleh yang demikian, tidak salah sekiranya maslahah yang sama diguna pakai untuk melantik PAS pula sebagai Peneraju PR seandainya DS Anwar dikurung ke penjara.

Ini semua memerlukan sokongan dari semua pimpinan di dalam PR, terutamanya dari pimpinan PKR sendiri. Saya percaya, DAP tidak mempunyai masalah sekiranya PKR dan PAS ingin melantik pemimpin PAS sebagai Peneraju PR asalkan matlamat tetap sama iaitu ingin menguburkan Umno/Bn. Siapa yang layak dan berketrampilan sebagai pengganti DS Anwar itu akan boleh diperbahaskan kemudian oleh semua pimpinan PR.

Saya merasa agak terkilan sedikit di atas penulisan artikel sahabat itu tadi, di mana beliau seolah-olah memperlekehkan PKR hanya kerana ingin mencadangkan PAS sebagai Peneraju PR. Lebih tidak menyenangkan, apabila hujahnya terlalu remeh dan dangkal sekali. Beliau mempersoalkan mengapa AMK terlalu bersemangat ingin menentukan DS Anwar tetap menjadi PM sekiranya PR berjaya menguasai Putrajaya. Bagi saya, AMK bebas untuk berjuang atau berusaha ke arah itu sepertimana juga PAS tetap berusaha agar pemimpin PAS dapat diangkat menjadi PM.

Walau bagaimanapun, akhirnya kita perlu menerima keputusan pimpinan PR, siapakah yang boleh diangkat menjadi PM. Maka, tidak salah buat sesiapa ingin menyokong atau berusaha ke arah mengangkat pemimpin yang mereka kehendaki. Bukankah pimpinan PR sebelum ini telah buat keputusan untuk melantik DS Anwar sebagai PM jika berjaya ke Putarajaya? Bagi saya, di dalam PRU ke 13 akan datang, pimpinan PR tentunya akan membuat keputusan untuk meletakkan siapakah bakal PM sekiranya PR berjaya ke Putrajaya. Sudah semestinya keputusan yang bakal dibuat berdasarkan situasi semasa. Ini bermakna, belum tentu DS Anwar akan dipilih semula.

Di dalam tulisan sahabat saya itu, beliau juga meletakkan kesalahan ke atas calon PKR iaitu Sdr Shamsul Iskandar yang tewas bertanding di Terengganu. Beliau menulis "Shamsul Iskandar kalah di kerusi Parlimen Dungun kepada BN kerusi PAS yang dengan berat hati bagi kat PKR untuk pilihanraya lalu. PRU13 PAS kena ambil semula kerusi tersebut. PKR nak menang di P Dungun, jenguk kawasan parlimen Dungun pun tidak, tenaga kerja semua orang PAS." (Salmanalbustaniy). Pada saya pandangan ini negatif buat mereka yang ingin berpakat di dalam satu pakatan. Saya ingin bertanya, adakah hanya Sdr Shamsul seorang yang tewas ketika itu di Terengganu? Bukankah Terengganu pernah ditawan oleh PAS, kemudian tewas setelah sepenggal berkuasa? Mengapa kerusi lain yang PAS bertanding turut tewas juga? Sebenarnya, terlalu banyak faktor yang menyebabkan kita tewas ketika itu dan PAS sendiri pernah mengeluarkan laporan atau post mortem di atas kekalahan di Terengganu.

Satu lagi pandangan yang tidak boleh diterima langsung adalah apabila beliau di akhirnya menulis, "Banyak lagi nak disebut.. cukuplah PKR.. bagilah PAS yang leads.. PKR telah banyak menghasilkan katak lompat.. dan yang paling teruk menjahanamkan PERAK!"(Salmanalbustaniy). Kisah apa yang terjadi di Perak rupanya selama ini tidak difahami oleh Penulis ini. Mungkin Mantan MB Perak YB Nizar yang juga pemimpin PAS sendiri boleh memberi kefahaman kepada beliau, atau boleh meminta bantuan dari YB Idham Lim juga pemimpin PAS di Perak. Pandangan beliau bagi saya seolah-olah pandangan dari orang yang berada di bawah tempurung.

Masalah `katak lompat' ini berlaku di dalam semua parti. Kebetulan PR dilihat sekarang boleh menggugat Bn, maka kisah ini diperbesarkan seolah-olah lompat melompat ini hanya berlaku di dalam PKR. Tujuan mereka untuk menunjukkan PKR tidak baik buat PR, maka kita jangan mudah terpedaya dengan propaganda ini. Di dalam PR, parti mana yang tidak ada kisah lompat melompat ini? PAS pernah kehilangan Presiden, Naib Presiden malahan dari Dewan Ulamak yang melompat dari PAS. Cuma, diwaktu itu kisah melompat tidak begitu popular dan diperbesarkan kerana parti pembangkang ketika itu dilihat tidak mampu menggugat Bn.

Saya memuji DS Anwar kerana tidak menyalahkan pemimpin PAS Us Ahmad Awang yang mencadangkan agar Hj Mohsin Fadzli bertanding di Parlimen Bagan Serai menggunakan tiket PKR. Akhirnya, YB Mohsin melompat sehinggakan Us Ahmad Awang merasa amat dukacita. Namun, DS Anwar berlapang dada dan menganggap ini semua adalah ujian buat kita di dalam PR. DS Anwar faham, bukan silap Us Ahmad Awang di dalam hal ini. Sikap menuding jari sesama kita tidak baik untuk perjuangan bersama.

Masalah tenaga kerja dan kempen juga tidak perlu diperbesarkan. Di kawasan saya di Negeri Sembilan, ada beberapa kawasan yang PAS kuat dan banyak kawasan yang PKR dan DAP lebih kuat. Namun kerjasama amat baik, yang kuat bantu yang lemah. Tiada sifat sombong dan ego dengan kekuatan masing-masing. Keikhlasan membantu rakan seperjuangan itu penting, sebab itulah siapa boleh menyangka NS dapat menafikan 2/3 majoriti Dun dikuasai Bn? Mungkin Penulis menganggap kemenangan ini adalah kerana PAS yang banyak membantu jentera kempen di NS. Jika begitu andaiannya, siapa yang banyak membantu jentera kempen di Terengganu? Mungkin benar kerusi yang ditandingi oleh Sdr Shamsul Iskandar (PKR) di Terengganu itu banyak dibantu oleh jentera PAS, bagaimana kerusi-kerusi lain yang banyak juga PAS tewas?

Justeru itu, tidak perlu kita mencari jalan untuk merenggangkan persefahaman yang sedia ada sekarang. Saya yakin, pimpinan PAS sentiasa komited membantu rakan-rakan di dalam PR, mereka tidak pernah pertikaikan kerjasama yang diberikan selama ini. Cuma, penulisan dari sahabat saya ini mungkin mengguris hati rakan-rakan yang lain. Berilah kritikan atau cadangan untuk membina, bukan memperlekehkan sesama kita./wfauzdin.blogspot.com

TAHNIAH YB FUZIAH, ANUGERAH UNTUK RAKYAT PAHANG

Oleh: WFAUZDIN NS

TAHNIAH dan syabas saya ucapkan buat Ahli Parlimen Kuantan, YB Fuziah Salleh yang berjaya menduduki kerusi Naib Presiden PKR yang baru diumumkan di dalam Kongres PKR semalam dengan mendapat undian 8, 927. Turut memenangi jawatan itu adalah Ahli Parlimen Lembah Pantai YB Nurul Izzah Anwar, Ahli Parlimen Batu Tian Chua dan Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang Datu Dr Mansor Othman.

Sebagaimana DS Anwar Ibrahim yang dianugerahkan Allah SWT kepada seluruh rakyat Malaysia untuk berjuang membela nasib rakyat, pada saya YB Fuziah juga demikian yang pastinya akan berganding bahu bersama DS Anwar lebih-lebih lagi untuk membela nasib rakyat di Negeri Pahang khususnya. Tepat sekali ahli-ahli PKR memilih YB Fuziah walaupun di dalam pertandingan itu beliau bersaing dengan seorang lagi calon wanita iaitu YB Nurul Izzah.

Kebijaksanaan ahli-ahli PKR membuat pilihan harus dipuji kerana pilihan dibuat bukan berdasarkan kaum atau jantina, tetapi berdasarkan prestasi dan kebolehan. Saya cukup yakin, dengan gandingan dua tokoh wanita ini, maka PKR akan dapat menambah pengaruh khususnya di kalangan wanita tua dan muda untuk menyertai parti ini.

Sekali lagi, tahniah saya ucapkan dan saya sentiasa mendoakan agar YB Fuziah lebih bersemangat dengan jawatan baru serta cabaran yang baru beliau terima ini. Jawatan ini adalah amanah, dan YB Fuziah hendaklah memikul amanah ini sebaik mungkin./wfauzdin.blogspot.com

KERANA MEMILIH ALLAH, EZAM SESUMPAH MASUK UMNO ?

Ezam sesumpah melutut, Rafidah terlepas......

Oleh: WFAUZDIN NS

APABILA DS Wan Azizah menyebut bahawa DS Anwar adalah anugerah Allah kepada kita, dan disokong pula oleh Tuan Guru Nik Aziz kerana DS Anwar telah melalui berbagai ujian dan fitnah demi membela rakyat, maka merasa sakit dihati pemimpin-pemimpin Umno. Paling terluka sekali adalah bekas anak didik DS Anwar sendiri yang kini `mencari sesuap nasi' dari periuk Umno iaitu Ezam raja sesumpah.

Ezam sesumpah menyangkal bahawa DS Anwar anugerah Allah, tetapi sebaliknya ia adalah ujian dari Allah untuk menguji keimanan rakyat samada memilih Allah atau DS Anwar. Bahkan, beliau berkata beliau telah lulus ujian tersebut. " Kata Ezam, beliau bersyukur ke hadrat Ilahi kerana berjaya melepasi ujian tersebut dengan memilih Allah SWT daripada bekas ‘bos’ beliau sendiri." (AgendaDaily)

Oleh kerana Ezam sesumpah memilih Allah SWT, maka mamat kotak ini memilih Umno. Hebat sungguh parti pilihan Ezam sesumpah, mungkin padanya Umno lebih hampir dengan Allah daripada Apco. Ezam sesumpah memilih Umno kerana beliau memilih Allah SWT, sebab itulah segala lesen judi dan arak terbesar diluluskan oleh Kerajaan Umno/Bn. Dan, kerana Ezam sesumpah memilih Allah lah maka Ezam sesumpah menjadi Senator lantikan Najib yang mahukan `Hub Hiburan' di negara ini. Tahniah, Ezam.

Ezam sesumpah butakan mata dan telinganya dari melihat dan mendengar apa yang berlaku di dalam mahkamah tentang kes liwat DS Anwar sekarang. Ezam sesumpah tidak peduli bagaimana DS Anwar mahu agar kesnya dibicarakan mengikut Syarie walaupun ada Menteri Umno yang menghalang kes tersebut dari dibicarakan. Ini adalah kerana Ezam sesumpah memilih Allah, maka Mahkamah Syariah tidak perlu bicarakan kes liwat. Sekali lagi Tahniah, Ezam.

Raja Sesumpah ini terus berhujah kununnya Tun Mahathir sememangnya tahu benar perangai buruk DS Anwar itu, sebab itulah beliau memecat DS Anwar. Cuma, Ezam sesumpah `terlupa' mahu bercerita bagaimana Tun Mahathir memujuk DS Anwar meletak jawatan secara terhormat. Mungkin juga Ezam sesumpah terlupa kisah bagaimana tarikh kejadian Liwat 1 telah dipinda sebanyak 3 kali di dalam mahkamah kerana terkantoi apabila tarikh tersebut bangunan atau apartmen tempat yang dikatakan berlakunya liwat itu belum pun siap lagi. Ada Ezam sesumpah cerita kisah ini di dalam ceramahnya. Mustahil, ada.

Oleh kerana memilih Allah lah, Ezam sesumpah kini berada `satu kelambu' dengan Rafidah Aziz, bekas Ketua Wanita Umno yang fail rasuahnya dahulu didedahkan oleh Ezam sesumpah sehingga beliau masuk penjara. Akhirnya, Ezam sesumpah melutut di dalam parti Umno, Rafidah tertawa riang. Tahniah Ezam./wfauzdin.blogspot.com

TAHNIAH BUAT AZMIN, UMNO TERKEDU

Oleh: WFAUZDIN NS

PERTAMANYA, saya mengucapkan syukur ke hadrat Allah SWT kerana telah memelihara Kongres PKR yang baru berakhir dengan jayanya. Apa yang kita bimbangi bahawa Kongres kali ini gagal dilaksanakan akibat `tangan-tangan' pengkhianat parti yang bersekongkol dengan pihak musuh dan media pencacai untuk memporak-porandakan Kongres kali ini, namun Alhamdulillah, mereka gagal di dalam misi jahat mereka.

Tahniah, saya ucapkan kepada YB Azmin yang telah ditabalkan sebagai Timbalan Presiden PKR, sekaligus membuatkan Umno teramat dukacita di atas kemenangan pejuang gigih ini. Begitu juga kepada YB Nurul Izzah, YB Fuziah Salleh, YB Tian Chua dan YB Mansor yang juga berjaya menduduki kerusi Naib Presiden. Saya amat bersyukur juga apabila Dr Badrul Amin Bahrom Justify Fullberjaya terpilih di antara yang menduduki kerusi MPP dengan undian kedua tertinggi. Beliau mempunyai harapan cerah di masa akan datang untuk ditabalkan ke jawatan yang lebih tinggi lagi.

YB Azmin Ali hari ini diumumkan secara rasmi sebagai timbalan presiden PKR yang baru, selepas menang jawatan tersebut dalam pemilihan parti itu dengan majoriti besar. Berdasarkan keputusan yang diumumkan di Kongres PKR di Petaling Jaya semalam, Azmin mendapat 19,543 undi. Syabas diucapkan kepada Sdr Mustafa Kamil Ayub, walaupun tewas di dalam perebutan kerusi yang ditandinginya namun beliau berjaya melalui pertarungan yang dikatakan `kontroversi' itu sehingga ke akhirnya. Keberanian, keikhlasan dan kejujuran beliau menunjukkan beliau sememangnya tokoh yang bakal bangkit di suatu masa nanti. Bukan mudah untuk seseorang berani menegur parti dan pimpinan demi keutuhan parti. Sdr Mustafa Kamil telah berjaya melakukannya.

Kesemua mereka yang bertanding kali ini sebenarnya adalah pemenang dan telah berjaya menangkis dakwaan Umno bahawa PKR akan berpecah dan berkubur selepas ini. Walaupun saya kecewa dengan kekalahan Chegu Bard yang bertanding kerusi Ketua AMK, namun saya masih menganggap beliau adalah idola anak muda yang berani dan jujur di dalam perjuangannya membantu parti. Mungkin terdapat beberapa pihak atau kumpulan yang menyokongnya termasuk saya, melakukan langkah yang silap sehingga dilihat seperti `menentang' parti, menyebabkan imej Chegu Bard terjejas pada pandangan parti, diharapkan Chegu Bard sudi memaafkan. Mungkin, terlalu kuat kita menyokong seseorang sehingga orang yang kita sokong itu mendapat kesulitan.

Adalah menjadi harapan kita agar parti sentiasa memberikan keadilan kepada kita semua termasuk calon-calon yang tewas kali ini. Selagi mereka tidak melanggar disiplin parti dan menghidupkan amalan kebebasan bersuara secara beradab, maka parti tidak harus memandang serong kepada mereka.

Berikut adalah keputusan resmi pemilihan;

Presiden (menang tanpa bertanding)
Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail

Timbalan presiden
Azmin Ali - 19,543 undi

Naib presiden
Nurul Izzah Anwar - 13,211
Tian Chua - 11,744
Fuziah Salleh - 8,927
Mansor Othman - 8,576

Majlis pimpinan pusat
Elizabeth Wing 10,897
Badrulamin Bahron 9,672
Heee Loy Sian 8,473
Khalid Jaafar 7,889
Johari Abdul 7,719
Abdul Rahman Yusof 7,719
Haniza Talha 7,588
Fariz Musa 7,511
Zakaria Abdul Hamid 7170
Roland Chian Ming Shen 7,095
Siti Aishah 6,876
Ismail Yusof 6,332
Latheefa Koya 6,242S
Kesavan 6,139
Shuhaimi Shafie 6,095
MR Summugam 5,964
Yusmadi Yusoff 5,810S
Manikumar - 5,789
Mustafa Kamal Yusoff - 5,745
Christina Liew - 5,707


Dari
: wfauzdin.blogspot.com

Isnin, 29 November 2010

SETELAH MEREKA TUDUH, KINI ANWAR JAWAB

Oleh Suara Keadilan

ai_kongresPETALING JAYA 28 Nov - Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim berjanji parti akan menjalankan siastan terperinci ke ayas semua aduan yang berasas berhubung dakwaan penyelewengan yanmg berlaku semasa Pemilihan Pimpinan Pusat 2010 baru-baru ini.

Bercakap kepada Majlis Pimpinan Pusat serta perwakilan dari seluruh negara yang menghadiri Persidangan Kongres Nasional Tahunan Ke-7, 2010 di Dewan Sivil, Majlis Bandaraya Kuala Lumpur di sini malam tadi, Anwar tidak menolak kelemahan dalam perlaksanaan sistem'satu anggota satu undi' yang pertama kali dijalankan oleh KEADILAN dan julung kali oleh sebuah parti di negara ini dan memberi jaminan akan memberi perhatian serius terhadap dakwaan yang dibuat oleh anggota parti.

"Adakah terdapat kelemahan? Ya. Perlukah ada penambahbaikan? Ya. Sekiranya ada bukti penipuan dalam mana-mana proses pemilihan adakah tindakan akan diambil? Ya.

"Adakah sebarang cubaan untuk menutup mana-mana kes? Tidak. Adakah kita akan mengambil tindakan? Ya tetapi dengan syarat terdapat bukti penyelewengan," tegas Anwar kepada ahli MPP dan perwakilan.

Beliau menggesa anggota tampil membuat aduan kepada Jawatankuasa Pemilihan Pusat serta menambah parti tidak menggenakan kekangan terhadap mana-mana calon untuk berbuat demikian.

Sambil memuji kemampuan Setiausaha Agung Saifuddin Nasution Ismail menggalas tanggungjawab menjalankan pemilihan, Anwar juga mempertahankan jumlah anggota yang keluar mengundi seramai 70,000 daripada 400,000 keanggotaan parti.

Kata beliau berbanding dengan Suruhanjaya Pilihan Raya yang diperuntukkan sebanyak RM250 juta untuk melaksanakan pilihan raya di seluruh negara, Setiausaha Agung hanya mendapat bajet kecil bagi pemilihan.

Anwar juga membidas pihak media yang sentiaa mencari ruang untuk menyerang KEADILAN dengan memperbesar-besarkan dakwaan berhubung pemilihan parti.

"Kenapa kami digambarkan sebagai pihak yang bersalah. Ini kerana Utusan Malaysia yang mengatakan kita bersalah tetapi sejak bila Utusan pernah mengatakan kita betul," kata Anwar sinis.

Beliau menegur sesetengah anggota yang menyertai KEADILAN tetapi masih gagal memahami konsep kepelbagaian kaum yang diamalkan oleh parti dan melihat hanya dari perspektif perkauman.

Beliau menyeru anggota supaya bersiap sedia menghadapi Pilihan Raya Umu ke-13 dan tidak hilang tumpuan kepada objektif ini.

"Kita kalah Ijok tapi menang Selangor. Kita kalah di Batu Sapi tapi kita mampu tawan Sabah," katanya./SK

`TALKIN UNTUK UMNO' GAMATKAN DEWAN

Perwakilan PKR hadiah pantun 'talkin' untuk Umno

Abdul Rahim Sabri
Nov 28, 10

Perwakilan Kelantan hari ini (semalam) mencuit hati perwakilan PKR dengan membaca beberapa rangkap pantun yang didakwanya sebagai 'talkin' untuk Umno sewaktu membahaskan usul memartabatkan maruah bangsa.

Wan Ibrahim Wan Abdullah berkata rakyat perlu membentuk bangsa yang bermaruah dalam negara yang terdiri daripada perlbagai kaum dan etnik bagi menjadi sebuah negara merdeka dan berdaulat.

"Selagi tidak menguburkan Umno, cita-cita bangsa kita, (maka) negara kita terus dijajah lebih teruk daripada penjajahan British," katanya dalam Kongres PKR di Petaling Jaya.

Sehubungan itu, Wan Ibrahim membacakan pantun yang kemudiannya mendapat tepukan gemuruh para perwakilan yang hadir di kongres tersebut.

Sementara itu, pembinaan menara 100 tingkat di bawah projek pembangunan Warisan Merdeka terus dikecam sebagai projek membazir.

Perwakilan Pulau Pinang, Sim Tze Tzin mendakwa projek yang berharga RM5 bilion itu dilihat tidak memberikan sebarang faedah kepada rakyat.

Sebaliknya, kata beliau, wang sebanyak RM5 bilion itu boleh digunakan untuk membina 160,000 rumah mampu milik dan membantu sekurang-kurangnya hampir sejuta rakyat Malaysia.

Perwakilan Sabah, Gan Chee Chan pula mendakwa terdapat pihak-pihak tertentu yang sewenang-wenangnya memberikan taraf kewarganegaraan kepada mereka yang bukan penduduk asal negeri itu.

Beliau mendakwa pihak-pihak yang berkenaan sewenang-wenangnya memberi kewarganegaraan untuk kepentingan politik sendiri./Malaysiakini

JIKA PEMECATAN JENAPALA JIKA TIDAK SAH, PARTI BOLEH SAHKAN

Oleh: WFAUZDIN NS

SAH atau tidak `pemecatan' ' Jenapala dari PKR? Benarkah surat pemecatan yang didakwa sah oleh Setiausaha Agung PKR itu merupakan surat palsu seperti yang didakwa oleh bekas Setiausaha Agung PKR yang kini diluar PKR itu?

Jenapala mendakwa beliau tidak pernah dipecat dari parti. Jenapala juga mengapalai demontrasi di depan Ibu Pejabat PKR untuk menunjukkan protes terhadap pemilihan di dalam PKR baru-baru ini. Di dalam protes itu, terdapat sepanduk yang memburukkan Ketua Umum PKR dan individu di dalam parti. "Anwar `Love' Azmin" adalah sebahagian dari sepanduk yang terdapat di dalam demontrasi yang diketuai oleh Jenapala.

Manusia ini juga amat berminat untuk diwawancara oleh media haprak seperti TV 3 dan Utusan bagi meluahkan perasaan beliau terhadap parti bahkan memburukkan DS Anwar. Sebenarnya, bukan beliau seorang yang tidak berpuas hati terhadap pemilihan, tetapi mereka yang lain termasuk beberapa calon yang menawarkan diri bertanding jawatan tinggi di dalam parti pun ada yang tidak berpuas hati. Namun, mereka ini tidak berbuat kerja bodoh seperti Jenapala. Itu bezanya manusia cerdik dengan manusia bodoh.

Saya tidak mahu ulas samada Jenapala ini sah atau tidak dipecat dari PKR. Biar mahkamah yang menentukan setelah adanya aduan dibuat kepada pihak Polis. Jika ditakdirkan, Jenapala dipecat dari parti terbukti tidak sah, maka sukalah saya beri pandangan agar pemecatan itu disahkan. Ini adalah kerana Jenapala tidak layak berada di dalam parti sebagaimana Zaid juga. Masalah teknikal lain cerita, hakikatnya Jenapala tidak diperlukan oleh parti sebenarnya.

Bagi saya, seandainya pagi ini mahkamah memutuskan bahawa Jenapala masih sah sebagai ahli PKR, parti boleh memecat beliau sebelah petangnya nanti. Perkara yang tidak sah, boleh disahkan. Jika sememangnya benar keputusan pecat Jenapala itu adalah sah, Alhamdulillah./wfauzdin.blogspot.com

PROTES - JANGAN MALUKAN KAUM INDIA DI DALAM PKR



Oleh: WFAUZDIN NS

KONGRES PKR akan berakhir hari ini. Secara umumnya ia berjalan dengan baik, tiada berlaku huru-hara seperti yang diharapkan oleh Umno dan media pencacai mereka. Mereka cuma boleh bergembira dengan beberapa kumpulan kecil yang majorotinya `berkulit gelap' seperti gambar di atas.

Kumpulan itu sebenarnya `menumpang' tuah daripada beberapa pihak yang tidak berpuas hati Justify Fulldengan pemilihan PKR yang lalu. Kebanyakan yang tidak berpuas hati itu lebih bertanggungjawab untuk melahirkan rasa tidak puas hati mereka bukan seperti mereka di atas. Peliknya, mengapa dai awal dulu pun kumpulan `gelap' ini sahaja yang sering buat hal? Geng-geng Jenapala buat hal juga di Ibu Pejabat PKR sebelum ini. Pada kongres semalam pun, kumpulan `gelap' ini diketuai oleh pemimpin sebangsa dengan Jenapala juga.

Simpati juga saya kepada majoriti berbangsa India yang setia, cerdik dan bertanggungjawab di dalam PKR. Mereka pun mesti merasa malu dengan perbuatan kumpulan seperti di atas yang ingin menjadikan PKR seperti Hindraf. PKR bukan Hindraf walaupun PKR pernah berjuang membela Hindraf.

Saya harap pimpinan PKR mengenal pasti dalang yang membuat kerja bodoh seperti ini. Mereka ini cuma ingin menangguk di air keruh, bukan untuk menyelesaikan masalah atau membantu parti. Alasan yang diberi kununnya mereka berjuang untuk akar umbi, tetapi cuba lihat sepanduk atau risalah yang mereka bawa. Kebanyakannya cuma melepaskan dendam atau emosi terhadap peribadi pemimpin semata-mata. Pergi jahanam puak-puak `gelap' seperti ini./wfauzdin.blogspot.com

ISLAM LEBIH BAIK MENJADI `TUAN' DARIPADA MELAYU

Pemimpin Islam yang sanggup bersusah payah demi agama...mudah-mudahan Allah panjangkan usianya...

Oleh: WFAUZDIN NS

UCAPAN Presiden PKR, DS Wan Azizah sewaktu berucap di Kongres PKR semalam yang menariknya apabila beliau berkata `tinggalkan saja ketuanan Melayu'. Tentunya perkataan ini akan dijadikan modal besar Umno walaupun Umno sendiri gagal untuk meletakkan Melayu sebagai `Tuan' yang sebenar-benarnya `Tuan'. Maka, PKR akan dilabelkan sebagai `anti-Melayu' selepas ini.

Pada saya buat apa Melayu menjadi tuan kalau Melayu sendiri tertindas? Seronok apanya menjadi tuan kalau yang kaya raya di dalam lima terkaya di negara ini pun bukan Melayu? Untung sangatkah menjadi tuan kalau tulisan jawi yang dulunya terkenal sebagai tulisan orang-orang Melayu kini sudah tenggelam? Bukan MCA atau DAP yang melupuskan tulisan jawi ini dahulu. Jika mahu tahu, cuba tanya veteren-veteren Umno sezaman dengan Khir Johari.

Sepatutnya atau sewajibnya menjadi tuan di dalam negara ini adalah orang-orang Islam yang mengamalkan Islam dengan meletakkan Islam sebagai panduan dan hukum tertinggi di negara ini. Ini bermakna tiada ketuanan Melayu, tiada ketuanan Cina atau India atau apa jua kaum, melainkan meletakkan Islam sebagai tuan. Apabila Islam menjadi `tuan', percayalah, semua kaum dan agama lain akan terpelihara.

Jika begitu keadaannya, maka kita tiada pilihan lain melainkan memilih parti yang menjadikan Islam sebagai dasarnya. Setakat ini, hanya PAS sahaja sebuah parti yang meletakkan Islam sebagai dasar parti dan jika PAS berkuasa di Pusat, maka dasar negara ini akan berubah dari dasar peninggalan penjajah kepada dasar Islam. Di waktu itu, tiada satu kaum pun yang boleh mendakwa mereka `tuan' kepada negara ini.

Saya ditanya di dalam satu komen, mengapa saya menyokong PKR jika saya percaya PAS sebagai parti yang memperjuangkan Islam? Saya menyebut, oleh kerana saya sokong PAS lah maka saya juga menyokong PKR. Ini adalah kerana PKR juga menyokong PAS di dalam perjuangan mereka. Seandainya PKR tidak lagi mahu menyokong PAS, maka saya pun tidak akan menyokong PKR, malahan saya akan tentang PKR setakat termampu. Selagi PKR membuat ketetapan bahawa semua ahli dan penyokongnya hendaklah menyokong atau membantu PAS, selagi itulah saya akan membela PKR juga.

Mudah bagi saya, jika mengundi atau menyokong PAS sebagai berpahala, maka mustahil menyokong PKR yang ingin membantu PAS akan mendapat dosa. Saya percaya kepada pahala yang akan diberikan oleh Allah kerana Allah sendiri memberi jaminan pahala kepada mereka yang berbuat amalan yang baik termasuk menyokong mereka yang berbuat baik. Masakan Allah akan memungkiri janji? Apa yang penting, betulkan niat kita terlebih dahulu dengan ikhlas kerana Allah.

Justeru itu, ketuanan Melayu hanyalah `lagu dan irama' untuk melalaikan kita semua agar segelintir pemimpin Melayu yang zalim, rakus, rasuah dan kaya raya ini akan terus mendakap kuasa yang mereka miliki sekarang. Sebab itulah selama 50 tahun lebih mereka mendakwa negara ini tuannya adalah Melayu, hakikatnya kita lihat di mana Melayu sekarang berada? Kalau sudah Melayu pun mereka gagal martabatkan, jangan ditanya soal Islam./wfauzdin.blogspot.com

SEKADAR KOMEN MERUJUK KEPADA UCAPAN DASAR PRESIDEN

APABILA saya menulis artikel mengucapkan syabas kepada Sdr Mustafa Kamil Ayub yang berjanji akan komited dengan PKR, walaupun tewas di dalam perebutan kerusi Timbalan Presiden PKR yang penuh `kontroversi' itu, terdapat seorang pengunjung blog saya mengulas dan memberi komen beliau.

Saya tertarik dengan komennya yang matang dan positif. Berikut adalah komen beliau, malangnya beliau tidak menyertakan namanya. Terima kasih di atas komen yang bernas ini. /wfauzdin.blogspot.com
____________________________________________________________________

Oleh: Tanpa Nama

SEKADAR KOMEN MERUJUK KEPADA UCAPAN DASAR PRESIDEN

Mungkin inilah hikmahnya kak wan terus kekal sebagai Presiden, saya tertarik dengan ucapan dasar yang kak wan kemukakan, hujah yang agak mantap. Sambil berhujah sambil berdakwah, selitan dakwah Kak Wan memang penuh ayat-ayat tersirat dan tersurat.

Alhamdulillah KEADILAN masih bertahan walaupun diserang kiri, kanan, depan, belakang, atas, bawah, dalam dan luar. Saya tak dapat nafikan, kini keadilan dibarisi oleh gandingan Naib Presiden yang mantap iaitu Nurul Izzah, Fuziah Salleh dan Tian Chua.

Saya harap ada satu perubahan drastik akan berlaku. Cuma saya agak kecewa dengan kekalahan CheGuBard tetapi saya harap CheguBard tidak kecewa, saya yakin CheGuBard masing kurang mendapat sokongan dikalangan AMK sendiri.

Senario ini kita boleh lihat sendiri ketika pencalonan dimana masih dikuasai oleh SAM. Saya harap CheGuBard akan terus turun padang untuk mendamping anak-anak Malaysia terutamanya anak muda dikalangan ahli AMK. Saya akui CheGuBard memang agak famous dikalangan anak muda “siber dan marhean yang celik politik” tapi beliau masih kurang “famous” dikalangan anak muda AMK yang menjadi pengundi dalam Pemilihan AMK 2010.

Ini kerana beliau tidak terlibat dalam gerak kerja AMK secara rasmi pada sesi sebelum ini. Beliau lebih fokus terhadap SAMM dan posisi MPP Keadilan. Saya harap CheGuBard akan terus konsisten untuk bergandingan dengan AMK walaupun telah tewas dalam perebutan Ketua AMK.

Pola pengundian telah menunjukkan kemenangan nipis buat SAM. Ini menunjukkan pola penolakan terhadap SAM semakin meningkat dan dalam masa yang sama pola pengundian terhadap CheGuBard semakin meningkat. SAM perlu berkerja keras untuk meningkatkan semula sokongan terhadap beliau begitu juga CheGuBard.

Sepertimana yang selalu diwar-warkan, sebelum pemilihan kita masing2 berlawan hujah untuk memenangkan team masing-masing, kemudian setelah habis pemilihan kembalilah bersatu sebagai satu pasukan. Saya harap CheGuBard akan menjadi sebahagian daripada “team penggerak AMK” dan saya harap juga HafiziRamli dan Hasmi Hashim dijemput untuk mengisi ruang-ruang yang ada dalam AMK.

Kombinasi CheGuBard, Hafizi Ramli, Hasmi Hashim dan SAM insya Allah pasti akan memunculkan semula era reformasi versi kedua. Semoga calon yang tewas berlapang dada, semoga calon yang menang meraikan calon yang tewas. Kembalilah sebagai satu “pasukan”.

Tetapi sekiranya CheGuBard diketepikan dalam AMK. Saya cadangkan CheGuBard dilantik sebagai Naib Presiden Lantikan sebagai tanda pengiktirafan atas sumbangan beliau dalam KEADILAN. Saya tak nampak calon lain yang lebih layak untuk mengisi kekosongan tersebut melainkan CheGuBard dan Gobalakrishnan.

Ahad, 28 November 2010

MARI KETAWA.....KELAKAR GILER...

Oleh: Mandor

CUBA baca petikan dari akhbar pencacai yang tak laku dan rugi tu di sini;

PASIR PUTEH 27 Nov. – Seramai 103 bekas ahli Pas termasuk pemimpin dan ketua cawangan bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selising dalam Parlimen Pasir Puteh bertindak menyertai UMNO Cawangan Kampung Wakaf Bunut hari ini.

Mereka termasuk Ketua Penerangan Khas DUN berkenaan, Nordin Daud, 48, dan Ketua Cawangan Pas Kampung Wakaf Bunut, Mohd Soleh Mat Hasaan, 66. "Saya sedar perjuangan Pas selama ini hanya sia-sia, tidak memberi kebaikan kepada Islam,” kata Nordin kepada pemberita selepas menyerahkan borang keanggotaan kepada Ketua UMNO Bahagian Pasir Puteh, Zawawi Othman.

Nordin yang mula menyertai Pas selepas tamat perkhidmatan dalam angkatan tentera pada 1990 dan keluar parti pada 2008 berkata, parti itu cuma menggunakan Islam bagi kepentingan peribadi.
/Utusan

Wakakakaka....tahun 2008 keluar PAS, tahun ni baru nak keluar berita? Atau berita tu dah keluar dua kali? Kesihan akhbar ni kan.....patut le tak laku...

Kenapa tak ambil berita Presiden PAS, Dato Asri Muda keluar PAS, Naib Presiden PAS, Nakhaie keluar PAS masuk Umno, siarlah semula berita tu....Lagi gempak beb...Manalah tau kot-kot laku semula akhbar pencacai tu....

Udah le....stop sini dulu, sakit perut aku menahan ketawa dengan surat khabar bangang ni...Tapi peliknya, orang-orang Umno boleh baca pulak akhbar `standard' cam ini kan? Biasalah, otak dia orang pun sama gak....

Hanya 30 Hadir Cuba Ganggu Kongres



27/11/2010

PETALING JAYA 27 NOV: Hanya kira-kira 30 orang hadir pada bantahan yang dianjurkan oleh bekas Bendahari PKR Selangor, S Kottapan di luar dewan sivik Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), pagi tadi.

Mereka menjadi sasaran media arus perdana untuk kononnya mencerminkan rasa tidak puas hati akar umbi terhadap pemilihan PKR. Namun walaupun diuar-uarkan secara meluas, jelas ahli PKR menolak demostrasi itu.

Penunjuk perasaan membawa kain rentang sambil melaungkan slogan-slogan untuk menarik perhatian hadiran pada kongres tiga hari PKR.

Mereka bersurai setengah jam kemudian selepas campurtangan unit keselamatan PKR.

Dalam pada itu Setiausaha Agung Saifuddin Nasution Ismail berkata tanggapan kononnya PKR berpecah belah susulan pemilihan parti adalah berasaskan persepsi yang dibentuk daripada keputusan segelintir cabang-cabang parti.

Beliau menegaskan hanya empat peratus dari cabang yang mengadakan pemilihan terpaksa disiasat kerana aduan-aduan tertentu manakala cabang selebihnya menjalankan proses berkenaan tanpa masalah.

Ditanya mengenai tanggapan bahawa proses pemilihan PKR gagal, Saifuddin mengeluarkan fakta-fakta untuk membuktikan sebaliknya.

"Berapa cabang yang melaksanakan pemilihan secara tertib. 9. 9 daripada 218 baru 4 persen. Tapi empat inilah yang mendapat liputan akhbar media dan mengakibatkan membentuk tanggapan rakyat," katanya.

Beliau sekali lagi menegaskan bahawa aduan yang diterima ditangani mengikut perlembagaan parti dan dalam kes tertentu memerlukan masa untuk menyiasat sebelum tindakan dikenakan.

"Semua surat tunjuk sebab yang berkaitan aduan salah laku, pejabat saya telah keluarkan. Ada kes yang telah diputuskan oleh jawatankuasa disiplin, ada kes yang dirujuk lemabaga disiplin, ada yang melakukan salah laku serius. Perbuatan pelanggaran salah laku samada ia menerima tindakan tunjuk sebab di mana mereka akan dipanggil. kedua kita segera laksanakan 27/3 yang diberi kuasa parti menghukun penggantungan dan tertuduh dipanggil untuk beri keterangan," kata beliau yang juga Ahli Parlimen Machang./TVNews

UMNO JANGAN KECUT, AHLI PKR BARU 400 RIBU SAJA

PKR ada 400,000 anggota, kata Saifuddin Nasution
27/11/2010

PETALING JAYA, 27 Nov — Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR) Saifuddin Nasution Ismail hari ini mengulangi kenyataannya bahawa parti itu mempunyai 400,000 anggota di seluruh negara.

Beliau berkata daripada jumlah itu, 50 peratus adalah Melayu, India (22 peratus), Cina (13 peratus) dan kaum di Sabah dan Sarawak (15 peratus).

"Mengikut rekod keanggotaan parti, sehingga 25 Nov lepas, keahlian kita mencapai 370,000 anggota dan sebanyak 24,000 lagi permohonan dalam proses menjadi ahli parti," katanya ketika membentangkan laporan Setiausaha Agung di Kongres Nasional Tahunan Ke-7 PKR di sini.

Majlis perasmian kongres oleh Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail turut dihadiri dua Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub dan Datuk Mahfuz Omar, Penasihat DAP Lim Kit Siang dan Sasterawan Negara Datuk A. Samad Said.

Mengenai pemilihan parti, Saifuddin yang juga Anggota Parlimen Machang berkata sebanyak 99.7 peratus anggota PKR layak mengundi pada pemilihan tersebut yang melaksanakan kaedah "satu anggota satu undi".

Saifuddin juga berkata seramai 70,000 anggota di seluruh negara direkodkan keluar mengundi ketika pemilihan di peringkat Mesyuarat Agung Tahunan Cabang (MATC) yang menyaksikan seramai 13,000 calon mencuba nasib bagi merebut pelbagai jawatan termasuk ketua cabang.

Mengenai jumlah aduan yang diterima oleh Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) pada pemilihan Majlis Pimpinan Pusat (MPP), Saifuddin berkata sehingga Khamis lepas, sebanyak 18 aduan diterima.

Katanya, kesemua aduan itu masih dalam siasatan JPP dan ia tidak akan dipinggirkan. — Bernama

FOTO SEKITAR KONGRES PKR SEMALAM






Foto: Ihsan dari rakan di Tranungkite

PENGHARGAAN BUAT SDR MUSTAFA KAMIL Justify Full

Oleh: WFAUZDIN NS

PENGHARGAAN wajar diberikan kepada calon yang bertanding Timbalan Presiden PKR, Sdr Mustafa Kamil Ayub kerana berjanji akan terus komited terhadap parti. Kenyataan beliau itu membuktikan bahawa tidak semua pemimpin di dalam PKR mudah berputus asa dan kecewa sehingga sanggup menjual maruah diri.

Kemenangan YB Azmin sebagai Timbalan Presiden PKR di dalam pemilihan yang terdapat `kontroversi' ini tidak menunjukkan bahawa Sdr Mustafa `tewas' sebenarnya. Beliau mungkin tewas di dalam pertandingan ini, tetapi beliau menang di dalam melawan hawa nafsunya yang beliau sendiri akui begitu banyak tawaran yang datang.

Saya sendiri hampir kecewa apabila melihat Sdr Mustafa seolah-olah mendedahkan dirinya di dalam `game' yang diatur oleh Zaid Ibrahim. Namun, akhirnya Sdr Mustafa menyedari bahawa tiada gunanya mementingkan diri sendiri. Malahan, anggapan Sdr Mustafa bahawa terdapat kepincangan di dalam pemilihan parti kini menjadi isu utama yang parti berjanji akan selesaikan. Ini bererti Sdr Mustafa telah pun menjalankan peranan dan tanggungjawabnya tanpa memburukkan parti.

Saya sejak awal lagi menaruh harapan agar Sdr Mustafa berjaya menjadi Timbalan Presiden PKR sekiranya YB Azmin tewas, kerana bagi saya Zaid Ibrahim tidak layak berada di kerusi nombor dua itu. Saya masih menanti kemunculan Sdr Mustafa sebagai pemimpin atasan di dalam parti, cuma saya berharap selepas ini Sdr Mustafa lebih kerap bersama akar umbi di merata ceruk negara agar beliau lebih dikenali. Amat penting bagi sesiapa sahaja yang ingin berada di hariki kepimpinan parti terutamanya di peringkat tertinggi menonjolkan diri di peringkat akar umbi./wfauzdin.blogspot.com

PESANAN TERBUKA BUAT AMK

Oleh: WFAUZDIN NS

SEDIH juga apabila mendengar khabar bahawa dewan di mana berlangsungnya Kongres PKR agak lengang ketika mana Ketua AMK menyampaikan ucapan. Diberitakan hanya 200 perwakilan, dan ada yang kata 400 perwakilan sahaja yang berada di dalam dewan tersebut.

Ramai di antara kita faham mengapa situasi ini berlaku. Mungkin ada yang merajuk, berkecil hati, marah atau sebagai tanda protes kepada keputusan yang diumumkan bagi jawatan Ketua AMK. Mengapa demikian? Tidak perlu diulas lagi kerana sebelum ini di merata-rata blog telah menceritakan segalanya.

Saya cuma ingin mengulas samada AMK masih lagi dianggap barisan hadapan di dalam PKR. Jika dilihat suasana semalam, sukar untuk mencari jawapannya. Saya tidak tahu samada situasi ini terjadi diwaktu Ketua AMK berucap sahaja, mungkin pada ketika persidangan atau perbahasan nanti situasi bakal berubah. Sekiranya keadaan sedemikian berterusan sehingga tamatnya kongres nanti, maka berjayalah musuh parti untuk melihat AMK menjadi lemah dan lesu, lebih teruk lagi AMK bakal berpecah belah.

Jangan salahkan yang berbaju biru laut, tidak juga boleh disalahkan kepada yang `berbaju hitam' sepanjang kongres ini. Mereka semua adalah ahli parti, tetapi ada yang kurang sayang pada parti dan ada yang terlebih sayangkan parti. Ada golongan yang semenjak awal lagi mahu melihat parti ini menjadi parti yang bermaruah, telus dan adil. Terdapat juga golongan yang tidak berbuat apa-apa cuma menanti apa yang parti boleh berikan pada dirinya. Tetapi, mereka semua ahli parti.

Golongan yang mendapat tempat di dalam parti selepas pemilihan ini tidak boleh mendabik dada dengan apa yang mereka perolehi kerana kenyataannya boleh dilihat dari suasana sepi di dalam dewan. Adakah di dalam keadaan sedemikian, kita boleh meraikan kemenangan yang dicapai dengan rasa megah? Bagi satu pihak yang tidak bernasib baik pula, mereka juga tidak boleh mendakwa mereka `menang' dengan `menghukum' parti dengan tindakan seolah-olah memulaukan program parti.

Pemenang dan yang tewas, kedua-duanya tidak menang di dalam ertikata sebenar. Di dalam keadaan sedemikian, pemenangnya adalah musuh parti. Mereka sebenarnya tidak peduli siapakah Ketua AMK. Apa yang mereka mahu lihat adalah AMK tidak lagi seutuh dulu. AMK sudah tidak boleh berganding tangan dan bahu untuk melawan mereka. AMK sudah tewas di dalam gelanggangnya sendiri, bukan berdepan dengan Umno/Bn, tetapi tewas sesama mereka. Itu yang musuh parti mahu lihat.

Saya mengharapkan agar `kemenangan' yang diperolehi oleh musuh parti ini tidak lama dan kekal. AMK harus membuktikan bahawa musuh parti di luar sana silap jika ingin melihat AMK berpecah-belah. Pada waktu inilah jika kita ingin melihat mana-mana pemimpin atau ahli yang sanggup menjadi `lilin' untuk menerangi parti yang jauh lebih penting dari individu.

Setelah kita berusaha, kita patuhi arahan parti, kita kritik dan tegur parti, maka kita sudah dianggap berjaya sebenarnya sebagai seorang pejuang. Selebihnya, kita serah pada Allah yang maha kuasa. Tentulah ganjaran dari Allah lebih hebat dari apa yang sepatutnya kira terima di dunia ini. Selamat Berjuang Wahai AMK./wfauzdin.blogspot.com

Sabtu, 27 November 2010

ZAID IBRAHIM BERSALAM MESRA DENGAN ORANG YANG HINA DAN MAKI TOK GURU NIK AZIZ

Zaid jumpa Zahid…

Ada kelibat yang agak mencuri perhatian dicelah majlis makan malam Datuk Zaid Ibrahim dengan penyokongnya di rumahnya di Tropicana dekat Petaling Jaya Jumaat malam.

Orang yang dimaksudkan ialah Zahid Md Arip,bekas Naib Ketua Pemuda Keadilan yang kini aktivis penceramah UMNO yang cukup vokal menghentam Datuk Seri Anwar Ibrahim dan PKR.

Beliau kelihatan berbual mesra dengan Zaid di majlis itu.

Apa hal beliau pun hadir sama? Ketika disapa Agendadaily,Zahid ringkas berkata,” Datuk Zaid kawan lama saya…”/Agendadaily

AMBIL TINDAKAN SEGERA KE ATAS ADUAN ATAU TEGURAN - SHAMSUL ISKANDAR

Apa pun terjadi, AMK pertegas perkasakan parti
Hazayani Zakaria

PETALING JAYA, 26 Nov: Meski apa pun yang terjadi, Angkatan Muda Keadilan (AMK) hari ini mempertegaskan komitmen untuk terus memperkasakan Parti Keadilan Rakyat.

“Kita adalah barisan hadapan yang sejak sekian lama bersedia dan akan terus bersedia menghadapi apa sahaja serangan yang dilancarkan terhadap parti ini. Insya Alah kita tidak akan gentar, kita tidak akan goyah,” tegas ketuanya, Shamsul Iskandar Mohd Akin semasa menyampaikan ucapan dasar pada Kongres Nasional Tahunan Angkatan Muda Keadilan Malaysia Ketujuh, di sini, hari ini.

Katanya, jika aduan dan teguran dibuat demi memperbaiki kelemahan yang wujud dalam sistem yang digunakan parti, beliau menggesa diambil tindakan segera.

Menurutnya, sistem yang digunakan adalah ciptaan manusia yang sudah tentu tidak sempurna kerana pelaksananya juga manusia.

Beliau menambah, pengalaman akan menjadikan ahli lebih cekap dalam melaksanakannya sementara teguran dan saranan akan membantu memperbaikinya.

“Tetapi kita tidak akan sekali-kali kompromi dengan tindakan menyerang dan menghina parti, menggunakan media musuh untuk membuat pelbagai fitnah dan tohmahan tanpa sebarang bukti yang kukuh,” tegasnya.

Baginya, mereka itu menjadi perkakas Barisan Nasional menyerang untuk melemahkan parti.

Tegasnya lagi, Angkatan Muda Keadilan tidak akan bertolak ansur dengan sikap begitu.

“Kita percaya kepada misi perjuangan parti ini. Kita mempunyai keyakinan penuh terhadap nilai-nilai yang mendasari perjuangan ini. Kita komited untuk

menjayakan matlamat-matlamat perjuangan parti,” katanya.

Untuk itu, beliau dengan rendah hati mengajak semua anggota untuk merapatkan saf perjuangan, seperti kata pepatah Melayu air dicincang tak akan putus di samping mengamalkan pesan lama biduk lalu kiambang bertaut.

Menurutnya, meski mempunyai pandangan dan pendekatan yang berbeza, ahli parti harus insaf bahawa paksi perjuangan adalah sama.

Kerana itu, ujarnya semua anggota harus bekerjasama dan bekerja bersama demi menjayakan cita-cita besar perjuangan parti.

“Sebagai keluarga marilah kita manfaatkan kongres ini untuk saling bermaafan dan meletakkan segala pengalaman berkempen untuk pemilihan ini sebagai azimat yang mendewasakan kita dalam perjuangan politik,” katanya lagi.

Beliau berharap kongres dimanfaatkan sebagai latihan memantapkan jentera dan kemahiran anggota menghadapi pilihan raya./Harakahdaily

Jumaat, 26 November 2010

PAS TERAJUI PR, SATU CADANGAN BAIK TAPI....

BOLEHKAH PAS MENERAJUI PR?

Oleh: WFAUZDIN NS

KEMELUT di dalam PKR nampaknya ada harapan untuk penyelesaian memandangkan setakat ini kesemua mereka yang bertanding termasuk yang mungkin tewas baru-baru ini telah menggunakan akal yang bijak menangani masalah yang berlaku. Tiada yang memburukkan parti atau pemimpin setakat ini setelah berambusnya Zaid dari PKR.

Tahniah penyokong Zaid, syabas juga buat penyokong Sdr Mustafa Kamil dan Chegu Bard. Mereka telah menggunakan segala saluran yang ada untuk menegur dan memperbetulkan parti. Apa jua hasilnya, kita doakan semoga PKR terus mantap dan terus mara bersama PR ke Putrajaya, InsyaAllah.

Apabila berlakunya kemelut PKR yang diperbesarkan oleh media haprak, maka ada segelintir dari kita yang mencadangkan agar PR diberi peluang untuk diterajui oleh PAS. Ada asasnya cadangan ini dibuat memandangkan situasi yang berlaku, tambahan pula PAS kini giat di dalam mempromosikan parti tersebut sebagai parti yang bakal menggantikan Umno. Menggantikan Umno bukan bermakna meneruskan dasar atau budaya Umno, tetapi sebagai parti pilihan bagi masyarakat Melayu dan Islam di negara ini. Satu cadangan yang baik dan patut dipertimbangkan semasak-masaknya.

Saya cuma tidak bersetuju jika alasan PAS menerajui PR semata-mata kerana kemelut yang dihadapi oleh PKR atau masalah yang dihadapi oleh Ketua Pembangkang, DS Anwar Ibrahim. Alasan ini tidak kukuh untuk menjadi faktor mengapa PAS perlu memimpin PKR. Pada saya, pemimpin PAS boleh menggantikan DS Anwar sekiranya pemimpin itu dilihat mempunyai ketokohan, wibawa dan mempunyai intelektual yang tinggi sehingga dihormati oleh rakan-rakan di dalam PR. Sekarang, dari segi disiplin jemaah, PAS jauh meninggalkan PKR kerana zaman pemimpin dan ahli yang keluar dari PAS telah lama berlalu. PAS banyak belajar dari peristiwa itu sebagaimana PKR baru belajar mengenainya.

Disiplin ahli yang kuat dan jitu dari PAS merupakan salah satu faktor untuk kita yakin dan percaya PAS boleh memimpin PR. Walau bagaimanapun, terdapat faktor yang lebih besar perlu dilihat oleh PAS. Adakah PAS boleh meyakinkan rakannya seperti DAP untuk menerima pemimpin PAS sebagai ketua? Bagi PKR, pada pendapat saya ahli-ahli di kalangan Melayu dan berugama Islam mungkin tiada masalah menerima pemimpin PAS sebagai peneraju PR. Cuma, mungkin masih ada di kalangan pemimpin atau ahli yang terdiri dari Non Muslim agak sukar menerimanya.

Justeru itu, PAS mulai sekarang mesti lebih bijak mendekati golongan ini. Pemimpin PAS mesti membuktikan segala tindak tanduk mereka tidak mendatangkan keraguan kepada rakan di dalam PR. Tentulah ada di kalangan mereka ini gusar sekiranya PAS menerajui PR, kesempatan ini akan digunakan oleh PAS untuk mendekati Umno. Bagi saya, mustahil PAS akan bertindak sedemikian kerana sehingga kini PAS tidak pernah mengkhianati rakan mereka. Tetapi, mungkin tidak kepada beberapa pemimpin di dalam DAP dan PKR.

Faktor penting juga, pemimpin yang boleh menerajui PR ini mestilah tokoh yang bukan sahaja ternama di dalam negeri, tetapi ternama juga di luar negara. Kebijaksanaan dan kepintaran di dalam mengatur strategi politik juga amat penting sebagai peneraju PR. DS Anwar telah berjaya menyatukan PAS dan DAP dan memimpin PR dengan stategi yang baik serta berkesan. Walaupun DS Anwar tidak sempurna mana, namun kejayaannya itu banyak membantu PR keseluruhannya.

Seandainya DS Anwar perlu diganti, sudah tentu kita mahu melihat penggantinya kalau tidak dapat melebihi ketokohannya sekurang-kurangnya berjaya menyamai kepimpinannya. Saya akur sekarang ini DS Anwar diasak sedemikian rupa, sudah tentulah di peringkat usia beliau yang semakin tua sedikit sebanyak `stamina'nya berkurangan.

Maka, amat baik juga jika cadangan untuk memberi laluan kepada PAS memimpin PR difikirkan semasak-masaknya. Siapakah tokoh PAS itu? Bagi saya tidak kira siapa pun asalkan mempunyai ketokohan, kebijaksanaan dan mempunyai pandangan yang jauh dan tajam dengan situasi politik di negara ini. Pendek kata, mestilah lebih hebat dari yang ada sekarang./wfauzdin.blogspot.com

BOIKOT KONGRES KERJA PENGKHIANAT

Justify FullOleh: Mandor

Kongres PKR bermula hari ini sehingga Ahad nanti. Tentu sudah ramai perwakilan dari semua Cabang PKR mula berkampung di Shah Alam, Selangor untuk merayakan perhimpunan besar parti ini yang dinamakan `Kongres Parti Keadilan Rakyat'.

Ada yang datang nanti dengan wajah suka dan ceria, ada yang datang dengan wajah tenang, juga ada yang datang dengan wajah suram dan duka. Di sebalik wajah itu tentu ada sesuatu yang ingin diperolehi dari kongres berkenaan. Umumnya, tentu mereka ingin melihat PKR bangkit dan bersatu semula untuk menjatuhkan Umno/Bn. Itu sasaran masing-masing.

Jangan terperanjat jika ada yang tidak datang langsung. Bukan kerana ada masalah atau keuzuran lain, mereka tidak datang untuk menunjukkan `protes' mereka kepada parti. Meskipun dijangka jumlahnya tidak ramai, tetapi itulah dia wajah-wajah pengkhianat parti. Tabik buat ahli-ahli yang selama ini tegas dengan pendirian mereka, ikhlas dengan teguran dan kritikan mereka terhadap parti tetapi mempunyai kekuatan dan moral hadir Kongres yang diadakan.

Kritikan dan rasa tidak puas hati itu aspek yang berbeza jika dibandingkan dengan rasa kasih, sayang dan setia kepada perjuangan parti. Apalah ertinya jika disebalik kita lantang mengkritik parti kununnya untuk memperbaiki parti, tetapi kita lah orangnya yang sebenar melakukan sabotaj terhadap parti. Sewajarnya mereka menggunakan peluang ini untuk menyuarakan pendapat dan teguran mereka kepada parti, di samping mereka juga akan dapat mendengar penjelasan oleh pimpinan parti dalam apa jua permasalahan yang timbul.

Mari kita lihat siapakah pengkhianat-pengkhianat parti yang disebut oleh Timbalan Presiden PKR Dr Syed Husin Ali sebagai `sampah' itu. Apabila sudah dikenal pasti, campakkan sahaja `sampah-sampah' ini keluar dari parti. Jika ingin protes sekalipun, datanglah ke Kongres sebagai tanda hormat kepada disiplin parti dan lakukan protes di sana dengan apa cara atau simbolik pun asalkan penuh adab dan bersopan. /mandor.blogspot.com

ADUAN - SAIFUDDIN SERAH PADA JPP

Komplen Chegu Bard: Saifuddin serah JPP

Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail nampaknya macam sudah penat nak layan soalan pasal pemimpin dan ahli parti itu yang komplen kata pemilihan pucuk pimpinan tidak telus dan campur tangan Ketua Umum Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didakwa mahu memenangkan Azmin Ali.

Ketika diminta ulas kritikan terbaru kepincangan pemilihan oleh calon Ketua Angkatan Muda Keadilan, Badrul Hishsm Shaharin atau Chegu Bard, Saifuddin jawap ringkas, biar Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) yang teliti. “Saya tidak mahu jawab. Itu biar JPP dan Datuk Seri Anwar jawab,” katanya kepada Agendadaily di Lobi Parlimen, Selasa.

Menurut Saifuddin, Kongres parti tetap berjalan mengikut jadual mulai Jumaat ini. Sebelum ini, banyak pihak yang tidak puashati dengan proses pemilihan PKR minta ditangguhkan termasuk ada membawa kes itu ke mahkamah.

Mengenai kes Naib Setiausaha PKR, P Jenapala yang mohon pemilihan jawatan timbalan presiden diisytiharkan tidak sahkan dan ditangguhkan, Saifuddin berkata, apa juga tindakan parti seterusnya bergantung kepada keputusan mahkamah/AgendaDaily

CERAMAH ANWAR DI PAHANG - DAKYAH MEDIA UMNO TERSASAR





Oleh: WFAUZDIN NS

DS Anwar telah membuat lawatan rasmi ke Ibu Pejabat PKR Pahang di Beserah pada 23 Nov 10 baru-baru ini. Pada sebelah malamnya, Ketua Umum PKR tersebut telah memberikan ceramah umum di tapak ceramah di dalam kawasan Ibu Pejabat PKR tersebut.

Turut hadir pada malam tersebut di antaranya adalah Pengerusi PKR Pahang, Dato Fauzi Abd Rahman, MP Kuantan bakal Naib Presiden PKR YB Fuziah Salleh, MP Indera Mahkota YB Azan Ismail, Adun Triang dari DAP YB Leong Ngah Ngah, Adun Beserah dari PAS dan beberapa pimpinan negeri dari PKR juga pimpinan PR Pahang. Saya tidak dapat meramalkan kehadiran orang ramai pada malam tersebut, tapi apa yang pasti tapak ceramah dipenuhi oleh ribuan para penyokong PR sehingga di bahagian atas berhampiran pentas ceramah juga padat dengan orang ramai yang ingin mendengar pidato dari DS Anwar dan juga pemimpin PR Pahang.

Sebelum ini, jangkaan ramai pihak bahawa DS Anwar akan menggunakan kesempatan malam itu untuk membelasah Dato Zaid Ibrahim yang akan meninggalkan PKR akibat tidak yakin dengan kepimpinan parti. Ternyata jangkaan itu meleset, DS Anwar sebaliknya menghormati pilihan Dato Zaid. Beliau menerangkan apa yang terjadi kepada PKR sekarang, telah lama berlaku di dalam semua parti samada PAS, DAP malahan Umno juga.

PAS kata beliau, lebih teruji apabila Presidennya sendiri keluar parti seperti Dato Asri Muda dan juga Naib Presiden PAS, Nakhaie Ahmad yang menyertai Umno. Begitu juga dengan DAP seperti Dato Lee Lam Thye dan beberapa tokoh DAP lainnya. Namun, parti PAS dan DAP masih mampu bertahan sehingga kini malah semakin kuat.

DS Anwar turut menyebut bahawa Umno lebih dahsyat lagi kerana bekas Presiden Umno dan PM sendiri pun di akhir hayat mereka di luar Umno. Pengasas Umno, Dato Onn Jaafar juga mati di luar Umno. Bekas PM, Tunku Abdul Rahman dan Tun Hussein Onn juga tidak bersama Umno hingga hujung nyawa. Mantan PM Tun Mahathir pula, sedikit pelik kerana beliau lebih suka keluar masuk Umno. DS Anwar yakin, Tun Mahathir akan memasuki PKR apabila PR menghuni Putrajaya nanti.

Sepanjang lebih kurang 1 jam setengah beliau berucap, DS Anwar juga menyindir Utusan Malaysia yang setiap hari akan membawa cerita berkenaan dirinya. "Utusan Malaysia perlu ditukar kepada nama Utusan Anwar", selorohnya.

Sebelum DS Anwar berucap, saya ternanti-nanti akan ucapan dari bakal Naib Presiden PKR YB Fuziah SAlleh yang saya minati itu. Malangnya beliau tidak sempat berucap kerana memberi peluang kepada DS Anwar untuk berucap lebih panjang. YB Azan Ismail juga turut berucap sebelum DS Anwar dan beliau banyak menceritakan apa yang berlaku dalam perbahasan bajet di Parlimen. Kerajaan Bn katanya, sudah tidak releven lagi di mana terlalu banyak perbelanjaan membazir sehingga terpaksa meminta peruntukan yang lebih besar kali ini. `Bajet seluar dalam' seperti yang dikatakan oleh YB Azan meriuhkan suasana ceramah malam tersebut.

Walaupun ceramah malam itu tidak diwar-warkan lebih awal, namun sambutan orang ramai yang hadir amat memberangsangkan. DS Anwar amat berpuas hati di atas sambutan malam itu dan beliau mengucapkan tahniah kepada PKR Pahang serta PR yang berjaya melaksanakannya walaupun tidak dirancang lebih awal. Saya yang hadir malam itu tidak berkesempatan untuk mengambil gambar suasana malam itu kerana sibuk merakam melalui video kamera. Gambar-gambar yang saya siarkan di sini hanya sempat diambil sambil lalu sahaja melalui kamera telefon bimbit sahaja.

Kesimpulannya, ceramah malam itu membuktikan dakyah pihak media mereka bahawa PKR dan PR semakin goyah tidak tepat. Jangkaan mereka bahawa DS Anwar atau beberapa pemimpin PKR Pahang akan menyerang Zaid Ibrahim habis-habisan ternyata meleset. Ini adalah kerana PKR mahu menumpukan kepada agenda yang lebih besar untuk rakyat. /wfauzdin.blogspot.com

MENYANGKAL TUDUHAN KE ATAS DR SYED HUSIN ALI

TAHNIAH DAN SYABAS BUAT DR SYED HUSIN ALI

Oleh: WFAUZDIN NS

TABIK dan syabas buat Timbalan Presiden PKR, Dr Syed Husin Ali yang baru-baru ini ada buat kenyataan bahawa `pengkhianat' di dalam parti adalah sampah sarap yang mesti dibuang dari parti. Terhindarnya sampah sarap ini nanti, maka InsyaAllah, parti lebih baik. Siapakah `pengkhianat @ sampah' yang dimaksudkan oleh beliau? Perkataan yang mudah sebegini pun ada yang tidak faham.

Di dalam kenyataannya, sedikitpun beliau tidak menyebut bahawa pengkritik parti itu adalah pengkhianat yang dipanggil sampah. Pengkritik lain, pengkhianat pun lain, Jauh bezanya. PKR parti yang sering dikritik dari dalam dan luar. Sehingga kini pun, masih ramai anggota parti yang mengkritik parti tanpa menggunakan `lidah syaitan' iaitu media milik Umno/Bn, dan mereka bukanlah pengkhianat atau sampah yang dimaksudkan oleh Timbalan Presiden PKR itu.

Pengkhianat dan mereka yang bergelar sampah itu adalah mereka yang menggunakan saluran `haram' yang disepakati oleh semua pimpinan PR sebagai media yang tidak boleh diguna pakai langsung untuk menyuarakan kritikan ke atas parti. Utusan Malaysia atau TV 3 umpamanya, adakah pernah media seperti ini menyanjung walau sedikitpun apa yang PR telah buat? Tepatlah apa yang dikatakan oleh Dr Syed Husin Ali, bahawa pengkhianat patut keluar atau dibuang jauh-jauh dari parti kerana mereka bersekongkol dengan `musuh' parti.

Sekiranya kita mahu kritik parti tanpa menggunakan saluran haram tersebut, tiada masalah asalkan apa yang dikritik itu untuk kebaikan parti. Apakah menghina bekas Presiden PRM serta ahli-ahli PRM yang bergabung dengan PKR itu satu kritikan untuk kebaikan parti? Jika parti boleh menerima kemasukan kesemua ahli PRM untuk digabungkan bersama PKR, hanya beberapa kerat yang tidak bersetuju maka terpulanglah samada untuk terus bersama parti atau keluar sahaja dari parti. Buat apa perlu diulas kisah gabungan PRM ke dalam PKR? Mengapa diperlekehkan Dr Syed Husin dengan mengatakan beliau tidak pernah menang pilihanraya? Itu kritikan terbaikkah?

Apakah PKR perlu hidup dengan `geng-geng reformasi' sahaja tanpa ada usaha untuk memperluaskannya? Berapa ramai orang-orang kuat dari kumpulan reformasi dahulu tiada masalah dan boleh menerima gabungan PRM dengan PKR. Walaupun mungkin ada yang membantah, namun keputusan parti menerima gabungan itu ternyata bijak. Cuma, mereka yang merasa `tertinggal' atau ada tujuan lain sahaja yang sanggup mengungkit penggabungan ini.

Justeru itu, amat cetek fahaman sesiapa yang menganggap kenyataan Dr Syed Husin Ali itu adalah satu kenyataan biadab. Sila beri hujah apa yang biadabnya kenyataan itu, tetapi sebelum kemukakan hujah baca balik apa yang diperkatakan oleh Timbalan Presiden PKR tersebut.

Sekali lagi, tahniah dan syabas buat Dr Syed Husin Ali yang masih komited terhadap parti walaupun jangkamasa beliau sebagai Timbalan Presiden PKR tinggal beberapa hari lagi. Pedulikan kata-kata mereka yang sentiasa mencari salah orang lain tanpa sedar kesilapan sendiri itu biarpun mereka menggelar dirinya pejuang reformasi yang terlalu banyak jasanya. Mungkinkah tulisan saya kali ini juga mendapat `bayaran' dari tokoh yang tidak bertanding ini? Wallahu Aklam. /wfauzdin.blogspot.com

Khamis, 25 November 2010

APA CERITA NI, SPRM ?

SPR Jangan Tunjukkan Sikap Berat Sebelah

Oleh Mohd Sayuti Omar

BERKATALAH Timbalan Pengerusi SPR, Wan Ahmad Wan Omar (gambar) kalau pilihan raya Dewan Undangan Negeri (Dun) diadakan berasingan dengan pilihan raya Parlimen ia membazirkan wang rakyat. Beliau juga mengingatkan negeri-negeri yang hendak mengadakan pilihan raya berasingan dengan pilihan raya umum terpaksa menanggung sendiri wang perbelanjaannya.

Wan Ahmad berkata demikian sebagai mengulas cadangan negeri-negeri di bawah pemerintah Pakatan Rakyat mungkin tidak bersedia untuk mengadakan pilihan raya serentak dengan pilihan raya umum. Mereka bercadang untuk mengadakan pilihan raya berasingan di peringkat negeri masing-masing. Mereka akan menggunakan kuasa mutlak mereka untuk berbuat begitu.

Kalau ini berlaku bermakna negeri-negeri Kelantan, Pulau Pinang, Kedah dan Selangor tidak akan membubarkan Dun masing-masing bagi membolehkan pilihan raya diadakan serentak Parlimen dan negeri-negeri di seluruh negara. Kita faham kenapa Pakatan Rakyat bercadang untuk berbuat demikian. Jawabnya, demi memastikan mereka terus berkuasa di negeri-negeri berkenaan.Sebelum ini ada cakap-cakap dan cadangan kalangan pemimpim negeri Pakatan Rakyat untuk tidak sedia membubarkan Dun bagi membolehkan pilihan raya diadakan berasingan. Bagi Pakatan Rakyat tindakan itu baik sekiranya dengan cara itu mereka dapat terus mengekalkan kuasa di negeri berkenaan. Tindakan itu tidak boleh dilihat sebagai menyusah atau membazirkan wang rakyat.

Tindakan tersebut mungkin anih tetapi ia tidak pelik malahan wajar. Sebagai parti yang menguasai negeri-negeri berkenaan menjadi tanggungjawab Pakatan Rakyat mempertahankan kemenangan itu. Mereka akan melakukan apa saja selagi dihalalkan mengikut kitab dan peraturan demokrasi bagi memastikan negeri berkenaan dimiliki mereka. Hal ini sama juga dengan pihak BN yang memegang kerajaan di beberapa negeri dan federal. BN akan menasihati Yang Diperetuan Agong membubarkan Parlimen bila mana mereka dalam keadaan selesa dan yakin menang. Selagi keadaan tidak memihak kepada mereka Parlimen tidak akan dibubarkan dan kemungkinan ia akan dibiarkan hingga tamat tempoh. Begitu juga kalau keadaan kondusif buat mereka Parlimen dan Dun dibubarkan walaupun tempoh tamatnya masih lambat lagi. Tindakan BN itu juga tidak salah dan wajar bagi menyelamatkan sisa-sisa kekuasaan mereka.
Pilihan raya berasingan itu membazirkan wang memang benar. Bukan saja pengasingan mengadakan pilihan raya tetapi beberapa kegiatan dan tindakan lain juga membazirkan wang. SPR boleh membendung mengenai pembaziran ini. Salah satu ialah menghadkan penggunaan poster dan juga bahan kempen dalam pilihan raya. Begitu juga menghadkan ruang media terutamanya tv untuk kempen parti kerajaan.

Penggunaan ruang media itu yang sepatutnya dimanfaatkan dengan segmen yang berkuliti telah disalah gunakan setiap kali menjelang pilihan raya. Ia menjadi alat kempen untuk BN. Apakah ini bukan satu pembaziran?

Anihnya juga bila setiap kali SPR membuat teguran dan kritikan ia ditujukan kepada parti Pakatan Rakyat sahaja. Semua masalah atau risiko bakal dihadapi rakyat diletak dan dicampakkan ke atas bahu oposisi? Apakah BN tidak penyumbang ke arah kemudaratan dan pembaziran itu? Rasanya orang-orang besar di SPR harus menukar kaca mata mereka daripada glass kepada kanta multi fokus.

Selalunya SPR tidak akan bercakap perkara yang sama kalau ia terkena kepada pihak BN. Seperti mana nasihat atau pandangan Wan Omar itu kenapa ia ditujukan kepada Pakatan Rakyat sahaja. Kenapa beliau tidak cuba memberi pandangan dan teguran sama terhadap BN?

Misalnya mengenai pilihan raya di Sarawak dan Sabah yang diadakan berasingan dengan pilihan raya umum. Kejadian ini bukan berlaku hanya sekarang tetapi sejak beberapa penggal dulu. Apakah itu bukan pembaziran? Ataupun SPR menggunakan air laut untuk mengurus pilihan raya itu bukannya wang?Begitu juga kali ini Dun Sarawak akan dibubarkan paling lewat pertengahan tahun depan. Kenapa beliau tidak mencadangkan supaya Parlimen dibubarkan serentak dengan Dun Sarawak bagi diadakan pilihan raya serentak dan dengan itu menjimatkan wang? Apakah kerana Sarawak memiliki Ketua Menteri yang kaya dan dapat membiayai pilihan raya itu tanpa menggunakan wang kerajaan? Begitukah?

Bila Wan Ahmad hanya nampak segala masalah disebabkan Pakatan Rakyat, maka nyata beliau tidak berlaku adil dan saksama. Sebagai orang bertanggungjawab dan berkuasa ke atas badan bebas (SPR) beliau seharusnya bersikap profesional dan adil sepanjang masa. Kalaupun di lubuk hatinya ada rasa simpati kepada BN, tetapi janganlah pamerkan menerusi kedudukan kita selaku timbalan pengerusi, tetapi cakap atau sebut saja di jerung dapur di rumah. Biar anak beranak memahami dan mengetahui sikap buruk kita itu dan bukannya rakyat.

Pada saya bersikap tidak profesional, berat sebelah itu adalah sebahagian daripada pembaziran yang terpaksa ditanggung oleh kerajaan./http://msomelayu.blogspot.com

JANGAN SALAHKAN MAHATHIR, DIA TUA SUDAH RABUN

"Wahai ahli-ahli PKR, bertaubatlah dan masuk Umno....."

Ini pun `parti' juga....Mukhriz tak nak pelawa join je?" Tak bertaubat ke...

Oleh: WFAUZDIN NS

MAHATHIR berkata ahli-ahli PKR perlu bertaubat dan kembali kepada Umno. Lucu sungguh saranan mantan PM yang DS Anwar dakwa keluarganya ada memiliki kilang arak terbesar di luar negara itu. Mahu bertaubat kena masuk Umno? Maksudnya kena masuk `geng' dengan Apco Yahudi itu kah? Pada saya lebih baik mati, daripada masuk Umno.

Sekiranya PKR sudah teruk sangat dan jika Mahathir seru semua ahli PKR menyertai PAS, itu saranan yang betul dan bijak. Mahathir ingat ahli-ahli PKR seperti beliau, ikut suka bila mahu masuk Umno dan keluar Umno? Mahathir pernah keluar Umno semasa Pak Lah jadi PM, kemudiannya melutut kembali kepada Umno apabila Najib jadi PM. Habuannya, anak Mahathir dilantik menganggotai kabinet Najib walaupun tewas bertanding Ketua Pemuda Umno di tangan KJ.

Mahathir mungkin sudah lama tidak membaca perkembangan luar negara, maklumlah orang tua biasanya mata sudah rabun. Mahathir tidak tahu bahawa berapa ramai Ahli Parlimen di luar sana yang menuntut agar kes liwat DS Anwar digugurkan. Terbaru, Setiausaha Amerika Syarikat sendiri menghubungi DS Anwar dan berjanji akan memantau kes yang dihadapi oleh Ketua Umum PKR itu. Masakan Mahathir tidak tahu ada suara dari tokoh perniagaan atau syarikat pelaburan luar negara yang terang-terang mendakwa kezaliman kerajaan ke atas DS Anwar adalah menjadi punca mengapa pelabur semakin tidak berselera datang ke Malaysia.

Dendam Mahathir terhadap DS Anwar tidak pernah luntur. Mungkin beliau masih terasa malu dan aib teramat sangat bagaimana suatu ketika Naib Presiden Amerika Syarikat, Al-Gore menjatuhkan air muka Mahathir di khalayak ramai apabila Al-Gore menyanjung semangat reformasi ketika itu. Itulah puncanya sampai sekarang Mahathir merapu dan meroyan tidak tentu hala.

Kununnya tidak mahu Melayu dan Islam berpecah, tetapi tangan beliaulah yang bersejarah memecahkan penyatuan orang-orang Melayu bahkan menghancurkan institusi Raja-Raja dengan pindaan perlembagaan yang dibuat untuk kepentingannya. Melayu berpecah ketika wujudnya Parti Melayu Semangat 46, angkara muslihat jahat siapa? Melayu berpecah lebih teruk lagi apabila Mahathir memecat DS Anwar dari kabinet dan menjalankan konspirasi jahat untuk mengaibkan DS Anwar. Sehingga kini, Umno tidak tertebus dengan semua angkara tangan Mahathir.

Usah bercerita pasal kedaulatan Islam dizaman Mahathir kerana manusia inilah yang terkenal dengan anti-Islamnya. Tangan manusia inilah yang menulis surat kepada Kerajaan PAS Kelantan untuk menghalang perlaksanaan Hukum Hudud di negeri tersebut. Mulut busuk manusia inilah yang sering menghina Sunnah Nabi dan hukum Islam. /wfauzdin.blogspot.com

LAPORAN TELAH DIMAJUKAN MELALUI SALURAN, PARTI MESTI BERTINDAK

Oleh: WFAUZDIN NS

TAHNIAH buat Blogger Sharpshooter, kerana membantu kita mengenalpasti secara fakta apa yang didakwa kepincangan pemilihan PKR yang baru berakhir ini. Laporan secara fakta begini amat memudahkan kita memikirkan samada perlu atau tidak siasatan dan tindakan susulan dibuat oleh kepimpinan PKR dan mereka yang bertanggungjawab. Anda dikehendaki membaca laporan tersebut jika ingin mengetahui apa yang dilaporkan.

Pimpinan PKR tiada pilihan lain, kecuali meneliti laporan berkenaan, menyiasat, mengambil tindakan dan memaklumkan kepada semua ahli parti apa yang sebenarnya berlaku. Saya simpati dengan calon Ketua AMK yang berkemungkinan besar tewas (difahamkan telah pun tewas) iaitu Chegu Bard kerana beliau terpaksa melalui semua ini bukan di dalam parti Umno, tetapi di dalam parti yang beliau sendiri istiqamah berjuang selama ini. Bukan masalah kalah atau menang, tetapi masalahnya mengapa tiada ketelusan.

Kita tahu, kita tiada upaya untuk memaksa pimpinan parti mengambil tindakan ke atas laporan yang dikemukakan. Selaku penyokong parti, sudah tentu kita mahu melihat parti ini bersih walaupun tidak sebersih `Malaikat' yang memimpinnya. Namun, sekurang-kurangnya tidak seperti Umno ataupun SPR yang sentiasa dilihat tidak bersih.

Saya percaya, Presiden Parti, Ketua Umum dan Setiausaha Agung tidak buta lagi. Mereka mahu segala aduan dan laporan dikemukakan mengikut saluran dan tidak melalui media haprak milik Umno. Nah, aduan telah dikemukakan mengikut saluran beserta fakta yang boleh disemak. Justeru itu, parti mestilah bertindak segera sebelum pihak lain memainkan isu ini untuk merosakkan imej parti.

Kongres PKR semakin hampir. Segala aduan yang dikemukakan seperti `dibeku'kan. Kita akui memang sulit untuk mengadakan pemilihan semula, tetapi perlu diingat kita lebih sulit untuk mendapatkan sokongan dan kepercayaan orang lain terhadap parti. Apalah salahnya parti bekerja kuat sedikit demi untuk memulihkan imej parti menjelang PRU Ke 13 yang bakal tiba ini./wfauzdin.blogspot.com

TAHNIAH MB SELANGOR, TAHNIAH PR SELANGOR

Oleh: WFAUZDIN NS

SYABAS, kita ucapkan kepada Kerajaan PR Selangor yang tidak menyembunyikan atau melindungi mana-mana pegawai di bawah kerajaan negeri yang disyaki terlibat di dalam penyelewengan. Kes seorang Pengurus Kanan Yayasan Selangor yang telah ditahan reman selama 7 hari oleh SPRM bagi siasatan berhubung isu perbelanjaan Majlis Sambutan Ulang Tahun Ke 40 yayasan itu membuktikan ketelusan Kerajaan Negeri.

Majlis Sambutan Ulang Tahun ke-40 yayasan itu yang dikatakan melebihi RM300,000 adalah satu perbelanjaan yang melampau di bawah pemerintahan PR, mungkin biasa jika di bawah pemerintahan Umno. Itu bezanya. Buktinya, rumah MB Selangor di bawah Umno dahulu berapa juta? Jika mahu tahu lebih lanjut, tanya Tun Dr Mahathir berapa agaknya harga rumah Khir Toyo.

Blog-blog pro Umno termasuk media mereka cuba mengambil peluang untuk memburukkan imej Kerajaan Negeri di bawah PR, namun usaha mereka gagal kerana bukan sahaja MB Selangor yang tertekan untuk menjawab isu ini bahkan tidak semena-mena pemimpin Umno Selangor yang menggelabah dengan isu sekarang. Cuba semak bila kali terakhir Yayasan Selangor itu di audit? Bermula di zaman Umno kah atau di zaman PR?

Namun demikian, menyedari betapa Kerajaan PR Selangor sekarang terpaksa membersihkan segala `najis' peninggalan Umno dahulukala, MB Selangor bertindak pantas dengan mengadakan peraturan baru yang melibatkan semua syarikat di bawah Kerajaan Negeri. MB Selangor tidak mahu `pisang berbuah dua kali'. Menyerahkan kes ini terus kepada SPRM adalah satu langkah terpuji yang tidak mampu dilakukan oleh Kerajaan Negeri yang diperintah oleh Umno.

Kini, biarlah SPRM siasat sepenuhnya dan jika ada pegawai lain mahu pun pemimpin politik yang turut terlibat, SPRM mestilah mengambil tindakan. Selepas ini mungkin SPRM boleh mencuba menyiasat pula berapa kos perbelanjaan lawatan ke luar negara melibatkan sepasang suami isteri bernama Najib dan Rosmah pula./wfauzdin.blogspot.com

Rabu, 24 November 2010

AZMIN `ORANG MAHATHIR' DI DALAM PKR ? PULAK DAH !!

Oleh: WFAUZDIN NS

APABILA membaca satu artikel teman BatuApi@FireStone, saya merasa jauh ketinggalan di dalam mengenali peribadi dan jalan politik YB Azmin Ali. Di dalam artikel berkenaan Penulis merujuk kepada beberapa tulisan dari Marhaen Tua yang menarik minat saya untuk lebih kenal YB Azmin.

Kenapa saya berminat membaca pengisahan walaupun secara ringkas oleh Penulis? Ini adalah kerana saya peminat YB Azmin dan menyokong beliau untuk ditabalkan menjadi Timbalan Presiden PKR. Alhamdulillah, dikhabarkan bahawa YB Azmin telah pun berjaya secara tidak rasmi menjadi Timbalan Presiden PKR di dalam pemilihan parti yang baru saja selesai. Saya berharap kemenangan beliau tidak melalui jalan yang tidak lurus dan tidak amanah. Jika terbukti beliau menang hasil dari penipuan, saya adalah orang yang paling kecewa.

Saya tidak mahu mengulas apa yang diperkatakan oleh Penulis bahawa cetusan `reformasi' sebenarnya dimulakan oleh PAS. Ini bermakna mereka yang mendakwa pejuang reformasi di dalam PKR sekarang harus berterima kasih kepada PAS. Itu pendapat Penulis dan saya menganggap pendapatnya itu adalah `khilaf', iaitu tidak perlu diperdebatkan asalkan matlamatnya satu iaitu `mereformasi'kan negara ini.

Cuma, saya seperti juga Penulis tentu tidak bersetuju dengan pandangan Marhaen Tua yang menyatakan bahawa Azmin adalah `orang Mahathir' di dalam PKR. Memetik kata-kata Marhaen Tua seperti yang disiarkan di dalam blog rakan saya itu;
" Sebagai kesimpulannya, peranan Azmin Ali untuk menjatuhkan Anwar Ibrahim daripada tampuk kuasa dalam UMNO dalam kabinet Malaysia adalah amat besar. Ini disedari sendiri oleh Wan Azizah. Yang amat penting lagi, segala gelagat Azmin Ali sejak dahulu sehingga sekarang amat disedari oleh Nurul Izzah. "

"Kerana itu kita tahu, Wan Azizah dan Nurul Izzah tidak merestui tindak-tanduk Azmin Ali terhadap Anwar Ibrahim. Adalah tidak menghairankan kenapa Wan Azizah dan Nurul Izzah tidak memberikan sokongan terbuka kepada Azmin Ali menjadi Timbalan Presiden PKR." - Marhain Tua

Saya tidak fikir ianya satu yang benar, walaupun tidak mustahil tetapi tidak lojik. Jika Azmin ingin jatuhkan Anwar semasa kedua-duanya masih berada di dalam Umno mungkin ianya boleh diterima akal. Ketika itu mungkin Mahathir bimbang akan pengaruh Anwar dan menggunakan Azmin untuk menjatuhkan beliau. Andaian itu boleh jadi betul.

Tetapi sekarang, kedua-duanya telah berada di luar Umno. Adakah Azmin masih di bawah pengaruh Mahathir lagi? Dan, jika benar sekali pun apa bijaknya Azmin untuk menuruti kemahuan Mahathir sekarang ini tatkala Mahathir pun sudah tidak berkuasa lagi di dalam kerajaan dan parti? Seandainya Azmin dikatakan `orang Najib' di dalam PKR, mungkin akal kita boleh menerimanya. Di dalam setiap ceramah Azmin yang saya ikuti, Azmin begitu kritikal terhadap Mahathir sejak beliau menjadi PM lagi sehingga kini. Azmin berjaya menanamkan kebencian rakyat terhadap Mahathir akibat perbuatan zalim bekas PM itu terhadap bekas Timbalannya sendiri.

Dalil yang mengaitkan Presiden PKR, DS WAn Azizah dan anak sulungnya YB Nurul Izzah yang tidak secara terbuka menyokong Azmin membuktikan kata-kata Marhaen Tua itu betul, adalah satu dalil yang `dhaif'. Cuba sebutkan siapakah calon Timbalan Presiden PKR yang secara terbuka disokong oleh DS Wan Azizah dan Nurul Izzah? Mungkin benar, DS Wan Azizah atau Nurul Izzah sudah ada calon yang mereka sukai kerana mustahil mereka tiada pilihan yang terbaik pada pandangan mereka. Tetapi, adakah mereka menyebut nama-nama calon yang mereka sukai itu secra terbuka atau menolak Azmin secara terbuka?

Sekali pun mereka berdua tidak menyukai Azmin sebagai Timbalan Presiden PKR, ini bukan bermakna mereka `mengiktiraf' atau mengakui bahawa Azmin adalah `orang Mahathir' di dalam PKR yang bakal menjatuhkan DS Anwar.

Azmin, tidak dapat dinafikan mempunyai kelemahan-kelemahan tertentu seperti manusia yang lain tetapi siapa boleh nafikan pengorbanan Azmin di dalam membela DS Anwar dan juga partinya sekarang? Jika benar Azmin adalah `orang Mahathir' di dalam PKR, peluang yang terbaik untuk Azmin hancurkan Anwar adalah sewaktu beliau merengkok di dalam penjara di bawah ISA dahulu. Ketika isteri Azmin turut dilibatkan dengan DS Anwar, saat itu adalah masa terbaik untuk Azmin bekerjasama dengan Mahathir. Mengapa Azmin menentang fitnah ke atas isteri dan anaknya sehinggakan Azmin sanggup melakukan ujian DNA bagi membuktikan segala tuduhan ke atas isteri dan anaknya itu adalah satu fitnah jahat.

Oleh yang demikian, sukar bagi akal yang waras mempercayai cerita sebegini. Mungkin ada yang berkata saya menyokong Azmin, maka sudah tentu saya tidak mempercayainya. Itu terpulang kepada masing-masing yang ada otak untuk berfikir. Di sebalik saya menyokong Azmin, saya juga percaya ada yang tidak kena dengan perjalanan pemilihan parti. Namun, saya masih yakin bahawa parti tidak akan menobatkan sesiapa sahaja sebagai pemimpin yang naik atas dasar penipuan. /wfauzdin.blogspot.com