JOM MASUK AHLI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DENGARKAN KOBAT FM ONLINE

Isnin, 8 November 2010

LAGI BANYAK KECAMAN, SOKONGAN PADA AZMIN MENINGKAT

Lega rasanya bila melihat YB Azmin terus diberi kepercayaan setakat ini untuk menduduki tempat teratas undian bagi kerusi Timbalan Presiden PKR. Setakat ini diberitakan setelah 1/3 Cabang PKR membuat pemilihan, YB Azmin terus di depan dengan kelebihan dua ribu lebih undian.

Jika sebelum ini beliau dihampiri rapat oleh Dato Zaid Ibrahim, setelah berbagai kecaman dibuat ke atas JPP malahan Ketua Umum sendiri dan tidak terlepas juga ke atas diri YB Azmin, semakin bertambah sokongan terhadap MP Gombak ini. Ini adalah kerana ahli-ahli menilai YB Azmin tidak seperti mereka yang anti beliau.

YB Azmin bukan baru di dalam PKR dan beliau sentiasa komited terhadap parti dan lebih hebat lagi beliau telah diuji sepanjang penglibatannya di dalam politik. Beliau tidak melangkah `kepala' orang atas demi kepentingan dirinya. Beliau bertanding di dalam pemilihan kali ini kerana terdapatnya kekosongan. Beliau bukan `anak emas' DS Anwar seperti yang didakwa oleh beberapa pihak. Sebab itulah beliau bukan pilihan DS Anwar untuk menjadi MB Selangor walaupun ada yang mengatakan beliau tergila-gila jawatan itu.

Bermacam-macam tuduhan dibuat kepada YB Azmin. Beliau tetap yakin bahawa akhirnya ahli-ahli sendiri yang boleh menilai kebolehannya samada layak untuk menduduki kerusi nombor dua itu. Umno sememangnya amat takut jika YB Azmin berjaya menduduki jawatan Timbalan Presiden PKR kerana Umno yakin DS Anwar akan di`beku'kan dipenjara nanti. Sekiranya DS Anwar terpenjara, Umno terpaksa berdepan pula dengan YB Azmin yang tidak kurang hebatnya. Umno tentu lebih suka jika Zaid menang kerana Umno amat kenal bekas menteri itu.

Kepada semua ahli PKR, pilihlah pemimpin yang kita lihat Umno tidak suka kerana itulah pilihan yang terbaik.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan