JOM MASUK AHLI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DENGARKAN KOBAT FM ONLINE

Rabu, 10 November 2010

SEDIH BILA MUSTAFA BANTU ZAID UNTUK `ROBOHKAN RUMAH' HASIL AIR MATA RAKYAT

48 jam tempoh diberi oleh Sdr Mustafa Kamil Ayub, seorang calon Timbalan Presiden PKR yang ditolak oleh ahli-ahli Cabangnya sendiri kepada PKR untuk membatalkan pemilihan PKR yang sedang berjalan. Dakwaannya sama seperti Zaid, iaitu pemilihan yang berjalan sekarang tidak berlaku adil. Aku rasa terlalu lama masa 48 jam itu, bukankah lebih baik kasi masa 1 jam sahaja?

Bukan susah sangat nak batalkan, hanya SU Agung PKR umumkan saja tak sampai pun 3 minit rasanya. Aku pun tak tahu mengapa Sdr Mustafa Kamil mendapat `penyakit' yang sama seperti Zaid. Jika Zaid yang berkelakuan begitu aku tak pelik pasal Zaid ni dari awal lagi berputar-putar cakapnya. Cuba semak balik semua kenyataan Zaid bermula dari beliau diterima masuk dalam PKR sampai sekarang. Sdr Mustafa Kamil ni tokoh harapan aku kalau Azmin tidak dipilih menjawat jawatan Timbalan Presiden PKR, tapi bila tengok perangai beliau sekarang fahamlah aku mengapa beliau tidak dipilih di Cabangnya sendiri.

Sejak semalam dan hari ini, `kenyang perut' media-media pencacai termasuk media yang bawa cerita Zaid minum arak, kaki judi dan sebagainya sewaktu PRK Parlimen Hulu Selangor itu dengan cerita yang keluar dari mulut Zaid dan Sdr Mustafa. Aku kesal Sdr Mustafa boleh hanyut sebegitu jauh angkara nafsu dan kuasa. Aku tidak ralat jika Zaid bersikap demikian kerana latarbelakang Zaid yang kita semua tahu.

Sdr Mustafa Kamil beri tempoh 48 jam kepada parti, jika tidak tindakan tegas akan diambil. Terasa nak ketawa pun ada tetapi lebih kepada simpati aku kat Sdr Mustafa. Cara percakapannya tidak langsung melambangkan beliau orang lama di dalam PKR. Bagaikan seorang `Presiden' lagak cakapnya sampai memberi `ugutan' akan mengambil tindakan tegas. Hebat Sdr Mustafa sekarang ini.

Maka, berkumpullah Sdr Mustafa di rumah Zaid menandakan `persahabatan' terjalin untuk sama-sama musnahkan `rumah' yang dibina dari air mata rakyat.

Tidak hairan jika Zaid yang ingin musnahkan `rumah' yang kita bina dengan berbagai dugaan dan rintangan sekian lama kerana Zaid baru saja `basuh kaki' masuk ke `rumah' kita itu. Peduli apa dia mahu runtuh atau terbakar `rumah' itu. Tapi, tergamak Sdr Mustafa ikut sekali? Bukankah beliau juga sama-sama bersusah payah bersama Azmin dan ramai lagi untuk membina `rumah' ini? /wfauzdin.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan