JOM MASUK AHLI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DENGARKAN KOBAT FM ONLINE

Sabtu, 13 November 2010

SYABAS MUSTAFA KAMIL, TINDAKAN BERANI, BIJAK DAN BERTANGGUNGJAWAB

Oleh: WFAUZDIN NS

SATU keputusan yang berani, bijak dan bertanggungjawab. Itulah yang boleh saya katakan apabila dimaklumkan bahawa Sdr Mustafa Kamil Ayub nekad untuk terus berjuang dan bertanding di dalam merebut kerusi Timbalan Presiden PKR. Saingannya kini hanyalah YB Azmin Ali setelah Dato Zaid Ibrahim `merajuk' keluar.

Di dalam artikel saya sebelum ini, saya meluahkan rasa kebimbangan seandainya Sdr Mustafa Kamil tergamak `meruntuhkan rumah' yang dibina sekian lama oleh beliau bersama kesemua pejuang reformasi dengan `darah dan air mata' semata-mata mengikut langkah `orang baru' Zaid Ibrahim. Ternyata Sdr Mustafa Kamil masih waras dan beliau berani memperjudikan nasibnya sekarang bagi memartabatkan parti yang kita cintai ini. Sekurang-kurangnya harapan media pencacai untuk melihat PKR hancur di tangan orang lama seperti beliau tidak menjadi kenyataan.

Pengorbanan Sdr Mustafa Kamil harus dibalas oleh parti dengan mengambil tindakan terhadap segala aduan dan tegurannya terhadap pemilihan kali ini. Sekira terbukti ada asas dan bukti yang nyata, tiada salahnya bahkan menjadi wajib bagi parti menangguhkan atau mengadakan pemilihan semula dengan memperbaiki semula segala kelemahan yang dikenal pasti. Semua ahli parti mesti diterangkan dengan jelas mengapa pemilihan perlu ditangguhkan, dibatalkan ataupun perlu diteruskan.

Seandainya Dato Zaid dari awal lagi menarik diri, tentunya peluang lebih cerah buat Sdr Mustafa Kamil bagi merebut jawatan nombor dua ini. Apabila sekarang berada di penghujung pemilihan, mungkin peluang buat Sdr Mustafa Kamil agak tipis walaupun tidak mustahil. Namun, bagi saya yang lebih penting Sdr Mustafa Kamil sebenarnya telah `berjaya' di dalam satu dari perjuangannya iaitu berani menegur parti, berani berdepan dengan JPP bahkan bersemuka dengan Presiden Parti demi untuk menegakkan keadilan. Tentu jauh berbeza dari pemimpin yang berani di luar tidak berani berdepan dan bersemuka.

Saya merasa lega dengan keputusan Sdr Mustafa Kamil ini. Sekurang-kurangnya bagi saya samada YB Azmin menang atau Sdr Mustafa Kamil yang menang, kedua-dua mereka adalah tokoh lama, teruji dan berwibawa untuk memimpin PKR. Mereka ini lah harapan kita di masa akan datang. Semoga tiada serangan peribadi di antara kedua-dua tokoh ini agar pemilihan kali Justify Fullini dapat diterima dengan hati terbuka. Syabas, Sdr Mustafa Kamil./wfauzdin.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan