JOM MASUK AHLI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DENGARKAN KOBAT FM ONLINE

Isnin, 18 Mac 2013

PKR, PAS DAN DAP DI PAHANG - TIADA MASALAH MAHU UMUM KERUSI

Takde masalah PKR Pahang umum kerusi di Pahang.  Bukankah DAP juga dah umum kerusi di Bentong?  PAS juga pernah umum kerusi di Pahang termasuk Presiden mereka pernah menyebut Parlimen Pekan sebagai kerusi yang dipilihnya.  Bukankah Bentong kerusi PKR asalnya dan Pekan pun begitu?

Tetapi tidak menjadi masalah pun sebenarnya kerana tetap juga lawan kita Umno/Bn.  Di alam maya, ada yang sebut PKR umum kerusi di Pahang sebagai tidak menghormati rakan-rakan lain di dalam PR di Pahang.  Adakah DAP dan PAS sentiasa menghormati sesama PR?  Sekali lagi aku nak beritahu sebenarnya tiada masalah pun kerana masing-masing tentu ada sebab berbuat demikian, tetapi akhirnya pimpinan di atas yang buat keputusan.

Aku setuju dengan kenyataan Us Tuan Ibrahim Tuan Man, Pesuruhjaya PAS Pahang yang sebut bahawa pengumuman oleh PKR Pahang tentang kerusi-kerusi yang ditandingi oleh parti tersebut belum muktamad kerana ada kerusi-kerusi yang masih di dalam perbincangan.  Ertikata lain, tidak mustahil akan berlaku perubahan disaat-saat akhir, begitu juga di Bentong.  Memanglah di Bentong dikira lojik bahawa DAP dapat kerusi Parlimen, maka berbaloi juga PKR dapat dua kerusi di Dun Ketari dan Tanah Rata.  Ertinya ada 'tukar ganti' yang adil.

Harus diingat, andainya pimpinan atasan tetap juga mahu DAP bolot kedua-dua kerusi berkenaan iaitu di Ketari dan Tanah Rata, tidak bijak pula PKR mahu letak calon disitu kerana yang pasti Umno/Bn akan menang mudah.  Tetapi lebih tidak bijak lagi kita serah semuanya kepada DAP yang sebelum ini masuk 'rumah' kita dan 'halau' kita keluar bilik.  Jadi, pimpinan perlu bijak untuk mengatasi hal ini.

Pada aku PAS memang ada hak minta kerusi di mana-mana kawasan yang parti tersebut rasa boleh menang.  PKR pun begitu juga kerana menjaga 'amanah' iaitu kerusi ini bukan mudah dan boleh diserah begitu sahaja.  Tentu ada imbang tara, untung rugi dan hikmahnya jika pertukaran kerusi dibuat.  PKR pula jangan cepat melatah jika PAS sebut mahu bertanding di mana-mana yang mereka suka kerana PKR juga telah luahkan selera mereka di beberapa buah kerusi.  Jadi sekarang, semuanya adil buat PKR, PAS dan DAP kerana masing-masing ada hajat masing-masing.

Siapa yang boleh tunaikan hajat-hajat PKR, PAS dan DAP ini?  Tentunya kita berbalik kepada pimpinan parti masing-masing.  PKR wajib patuh pada pimpinan Pusat, PAS dan DAP juga mesti begitu.  Pimpinan Pusat pula pastinya akan buat keputusan yang menguntungkan PR.  Selepas itu, kita mesti bekerjasama untuk memenangkan mana-mana kawasan yang rakan-rakan kita tandingi walaupun dahulunya itu kerusi kita.

Jika mahu tunjuk ego, sudah pasti ego kita akan menguntungkan Umno/Bn.

Isnin, 11 Mac 2013

MANA HILANG 'TANDA' DI DAHI SEPOL ?


Ingat tak dulu waktu mula mula fitnah liwat, Saiful Bukhari ke sana ke mari dengan dahi bertanda. Kononnya dia seorang yang rajin bersolat tahajjud dan sujud kepada Allah SWT.

Tujuannya adalah untuk memberi gambaran kononnya dia adalah seorang yang kuat beribadat dan beramal soleh. Ia untuk memudahkan dia menyebar fitnah dan dusta berkaitan Dato Seri Anwar Ibrahim.

Walaupun Tulang Besi yakin tanda di dahi itu tidak lebih dari make up semata-mata. Semalam agaknya tergesa2 si Saiful buat kerja terlupa nak make-up dahi dia kot.

Harapannya apabila orang lihat dahi nya yang bertanda itu, maka orang ramai akan lupa berkaitan dengan fakta kes.

Misalnya, ramai orang tidak sedar yang sehingga hari ini TIADA SATU RAKAMAN CCTV wujud untuk membuktikan Saiful masuk ke apartment di mana kejadian liwat itu dikatakan berlaku. Yang ada hanyalah gambar Saiful keluar dari lif sahaja. Ertinya, tiada bukti Saiful masuk ke dalam apartment tersebut. Kalau dia tak masuk, macamana kejadian liwat berlaku?



Sumber:  TULANG BESI
--
Posted By Tulang Besi to Malaysia Waves

Rabu, 6 Mac 2013

GANDINGAN TOKOH LAMA DAN ANAK MUDA DI INDERA MAHKOTA PASTI GOYANGKAN UMNO/BN

Heboh disebut bahawa calon PR di kawasan Dun Semambu, salah satu Dun di Parlimen Indera Mahkota, Kuantan adalah seorang anak muda yang aktif di dalam gerakan Kumpulan Hijau menentang Lynas, Sdr Lee Chean Chung.  Berita ini hampir tepat jika dilihat sekarang ini beliau semakin aktif di dalam gerak kerja parti apatahlagi beliau adalah Pemangku Cabang Keadilan Indera Mahkota dan juga Penyelaras Dun Semambu.

Jentera Dun Semambu di bawah Lee Chean Chung telah mula bergerak
Apa yang pasti, kerusi Dun Semambu tidak menjadi rebutan samada dari PAS mahu pun DAP.  Ini kerusi terbaik untuk Keadilan menangi selain dari kerusi Dun Teruntum, seperti juga PAS berpeluang besar di Dun Beserah dan Tanjung Lumpur.  Maka, tepat sekali Sdr Lee Chean Chung berhadapan dengan calon samada dari MCA mahupun Umno.  Di Dun Semambu, Umno mungkin cuba untuk merampasnya dari MCA atas alasan kononnya untuk meraih undi kaum Melayu sekiranya sudah pasti Sdr Lee Chean Chung bertanding mewakili PR.  Namun, adakah MCA begitu mudah untuk menyerahkan kerusi yang kini disandangnya?

Anak muda dan aktivis yang disukai semua kaum di Semambu
Secara umumnya, Parlimen Indera Mahkota boleh dikatakan hampir pasti dikekalkan oleh PR.  Calon Parlimen Indera Mahkota sudah semestinya adalah Dato' Fauzi Abd Rahman, Pengerusi Keadilan Pahang.  Beliau mempunyai pengaruh yang cukup besar di kawasan tersebut khususnya di kawasan Beserah dan Semambu.  Dikatakan juga tidak kurang yang mahukan Dato' Fauzi bertanding di Dun Tanjung Lumpur tetapi lebih baik dan berpeluang cerah jika beliau terus mencuba di kerusi Parlimen Indera Mahkota.

Gandingan tenaga muda, Sdr Lee Chean Chung dan tokoh penuh berpengalaman yang juga bekas tokoh Umno Pahang itu pastinya menyumbang sesuatu yang menggembirakan buat PR di Pahang ini.  Nampaknya jika ada cubaan calon Bebas berbangsa Melayu untuk memecahkan undi Melayu di kedua-dua kerusi ini termasuk di Dun Teruntum pasti akan kecundang dan tidak mustahil bakal kehilangan deposit.  

Kali ini rakyat hanya fikirkan untuk menolak Umno/Bn dan menabalkan PR ke Putrajaya, bukan lagi isu perkauman apatahlagi calon Bebas yang bakal muncul nanti dilihat ingin mengambil kesempatan untuk menguji ketaatan para penyokong PR terhadap Pakatan.