JOM MASUK AHLI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DENGARKAN KOBAT FM ONLINE

Isnin, 31 Januari 2011

HEBATNYA KERAJAAN NAJIB DAN JENTERANYA MENEWASKAN SEORANG WANITA ?

Oleh: WFAUZDIN NS

TERLEBIH dahulu diucapkan tahniah kepada `Kerajaan Malaysia beserta beberapa Kementerian dan agensinya' yang telah menewaskan PAS yang mewakili PR di dalam PRK Dun Tenang yang diumumkan malan tadi.

Calonnya, Mohd Azahar Ibrahim mengalahkan calon PAS Normala Sudirman dengan majoriti 3, 707 dengan mendapat undian 6, 699 manakala Normala memperoleh 2,992 undi. Bumi Tenang dibanjiri air sehingga ke tengah Pekan Labis iaitu banjir terburuk di kawasan tersebut, namun majoriti pengundi tetap yakin bahawa Kerajaan Bn adalah kerajaan terbaik buat mereka dan Labis khususnya tetap dilihat maju di bawah Bn.

Majoriti di Labis juga berpendapat bahawa `ketuanan Melayu' mesti dipertahankan, walaupun beberapa pemimpin di kalangan mereka memperlekehkan hukum Islam. Melayu lebih penting dari segalanya, sebab itu seperti biasa kawasan Felda tetap aset penting pendukung `ketuanan Melayu'. Alhamdulillah, di saat ramai Melayu tidak peka terhadap hukum Islam, DAP dan pengundi-pengundi Cina bersatu dengan PAS mempertahankan maruah Islam dari terus dicemari oleh mulut beberapa pemimpin mereka.

Ini satu perkembangan baik buat PAS dan PR. Islam semakin difahami oleh mereka dan biarlah Chua Soi Lek, Muhyiddin, Rais atau Isa Samad yang merasa amat sukar memahaminya. Majoriti pengundi-pengundi di Tenang juga merasakan perjuangan Islam tidak mempunyai tempat di sini terutamanya di kawasan felda. Sebab itu, hairan apanya jika kita lihat remaja-remaja di kawasan felda teramat baik akhlak mereka. Tiada masalah sosial di felda dan felda itu sendiripun bersih sebersihnya. Justeru, memang wajar Ahmad Maslan tidak menyahut cabaran ANAK untuk berdebat berkenaan isu felda. Ini adalah kerana majoriti penduduk felda tetap yakin felda bersih. Tidak lama lagi seluruh felda akan mendapat WIFI percuma sepertimana kem tentera di Bagan Pinang telah mendapat WIFI, kolam renang dan Padang Futsal yang dijanjikan dulu (?)

Sekali lagi tahniah buat Kerajaan 1 Malaysia di bawah Najib dan ternyata jentera kerajaan mereka amat kuat sehingga boleh menewaskan seorang wanita dari PAS./wfauzdin.blogspot.com
00:28 8 ulasan:
PAPA GOMO berkata...

harap bersabar......

apa cerita? kata Normala sudah jadi Duta KFC? he he he...

tu lah hangpa, sembah lagi Nik Ajis tu......

Hudud mana? Kat kelantan pun tak laksanakan....

Apa cerita??? Bila nak laksanakan???

Khak Ptuih

Tanpa Nama berkata...

Kesian Papagomo...dah le byk kali kantoi dlm penulisan fitnahnya. Ko ketinggalan Gomol woyy..pasal hudud kat Kelantan tu, ko pegi tanya Mamak kutty sebangsa dgn ko tu Mahdey...dia ada lagi simpan surat amaran jgn laksanakan hudud...tak pun ko mintak kat Najib ada lagi simpan dlm fail surat amaran kat Kelantan jgn laksana hudud...tak pun ko mintak kat Husam Musa surat tu...ko ni Blogger ketinggalan bas je memanjang...sian ko kan...ehehh..

lakenok berkata...

Hahah..Johor tempat lahir UMNO bro..
Felda pulak tuh..Saka UMNO masih kuat lg kt situ sbb Singapore selalu sampuk2 org Johor..
Jd diorang terpaksa men kuda kepang lg..
Whakaka!!!
PAPA GOMO??
Pthuii!!!
Klu Zaman Nabi dulu,kepala Papa Gomo dh tergolek kat tanah dh..
Tobat la woii..
Ko ne dh berapa lama x basahkan muka dgn air sembahyang..
Mati tu benar ,soalan Mungkar nakir tuh benar wahai PAPA GOMO!!!

Amuraria berkata...

PEDULIKAN PAPA GOMOI KA PAPA KHINZIR KA JANGAN LAYAN NANTI TERKENA SAMPOK KUMAN & VIRUS BABI JE GOMO NAYA TAK ADA OBAT ! KAHKAHKAH ! ISLAM AKAN MENANG AKHIRNYA !
ANGGAP SAJA SIKHINZIR GOMO TO MACAM BABI SOI LEK KAHKAHKAH !

Tanpa Nama berkata...

setakat cakap mahathir itu dan ini biasalah pas...takkan nak menuding jari kesalahan sendiri......nak seribu daya tak nak seribu dalih.....

Tanpa Nama berkata...

kami rakyat johor nie bukan apa.... pada kami tidak buta akan apa segala fahaman politik sekalipun.. bagi kami setiap jasa yang telah dihulurkan hendaklah dibalas.... sebab itulah kam masih lagi menyokong umno.... kerana sejarah yang telah membuktikan umno telah berkorban memperjuangkan hak2 melayu.... yang membuat umno itu berubah adalah kerana pemimpin-pemimpinnya yang tiada lagi matlamat dan hala tuju perjuangan mereka.... umno tetap sama seperti dahulu... cuma pemimpin mereka yang telah terkandas dengan matlamat yang sebenar... diharapkan pembaca komen ini sedar.... pertubuhan politik itu bersih.. tapi yang menjadikan ea kotor adalah pemimpin itu sendiri..

tungkaran hati.blogspot berkata...

Saya masih mengharapkan perjuangan PAS seperti dahulu, perjuangan yang jelas untuk diperjuangkan...tetapi kini setelah Nik Aziz menjadi penentu, dasar perjuangan PAS telah tersasar jauh....! juga jauh dihati saya.
Berdirilah PAS dengan bermaruah tanpa PKR dan DAP terutamanya, janganlah diperbodohkan oleh mereka...! kembalilah pada perjuangan asal semoga kita rakyat Malaysia dapat keberkatan daripada perjuangan PAS.
Kembalilah kepada perjuangan asal....sebuah negara Islam yang berdaulat!

WFAUZDIN NS berkata...

PAS tanpa PKR dan DAP dulu pun tak boleh laksanakan Undang2 Islam di Kelantan dahulu. Kerana apa? Kerana Umno yg menghalangnya. Jadi, mengapa salahkan hubungan PAS dengan PKR dan DAP? Di Tenang, terbukti yg hina Islam itu siapa? DAP ke PKR? Bukankahj MCA yg menjadi sekutu Umno? Bukankah DAP dan PKR bela PAS di Tenang? Sebab itu lah kita kena cerdik di dlm menilai hubungan PAS, PKR dan DAP. PAS tidak boleh bersendirian kerana bersendirian lebih mudah dibunuh oleh musuh...

Ahad, 30 Januari 2011

PKR LEMBAB UNTUK TENDANG `KATAK HITAM' INI

Oleh: WFAUZDIN NS

AKHIRNYA `katak hitam' pun melompat keluar. PKR nampaknya terlalu lembab untuk menendang keluar `katak hitam' ini sehinggakan terpaksa sang katak melompat sendiri. Tepat sekali masa yang dipilih oleh `katak hitam' ini iaitu mengumumkan keluar dari PKR beberapa jam sahaja rakyat Dun Tenang akan mengundi. Apa ertinya?

Ertinya, `katak hitam' ini berusaha untuk menentukan agar calon PAS tewas di Dun Tenang. Maka, media hari ini terutamanya TV menyiarkan berita `sang katak hitam' yang keluar dari PKR atas alasan tidak percaya lagi kepada Anwar dan Azmin. Itu sahaja. Masakan beliau mahu cerita tentang beliau tidak dipilih sebagai Naib Presiden PKR yang dilantik, sebaliknya N.Surendran yang dipilih.

Di dalamj Twitternya, `katak hitam' ini menyebut, " Selamat Pagi kepada semua Rakyat Malaysia. Saya dengan ini letak semua jawatan dalam Parti PKR Dan teruskan kerja saya melalui NGO Baru."

Cuba kita semak semula, siapakah yang menjadi `katak' yang berani mengosongkan kerusi mereka? Semuanya sekadar keluar parti dan lepaskan jawatan di dalam parti kemudian sebut tidak lagi percaya kepada pimpinan parti. Siapa berani kosongkan kerusi mereka untuk lihat samada mereka punyai pengaruh atau tidak? Semuanya bacul dan mahu makan gaji dan elaun `haram' sebagai Wakil Rakyat.

`Katak Hitam' ini pernah berjanji tidak akan keluar dari PKR kerana beliau masih yakin dengan PKR cuma tidak yakin dengan Anwar dan Azmin. Tetapi hari ini, `lidah yang makan biawak' ini bercakap macam `lidah biawak' juga. Beliau tahu beberapa jam lagi Dun Tenang akan mengundi, maka inilah saatnya untuk berbakti kepada Umno. Maka, jelas agenda `katak hitam' ini. Cuma, saya kesal PKR terlalu lembab untuk tendang `katak hitam' ini./wfauzdin.blogspot.com

Cina nyanyi 'The moon is my heart' bersama Nizar


Harakahdaily

LABIS, 30 Jan: Walaupun hujan lebat namun kira-kira 800 penduduk Cina pekan Labis setia mendengar ceramah yang diberikan oleh para pemimpin Pakatan Rakyat malam tadi.

Yang menariknya, mereka dengan penuh ghairah turut menyanyi bersama Datuk Seri Nizar Jamaludin apabila beliau menyanyikan lagu Cina, "The moon is my heart" (Bulan adalah hatiku).

Walaupun jam sudah menunjukkan waktu 11.30 malam namun mereka masih setia mendengar ucapan demi ucapan dari para pemimpin DAP, PAS dan PKR di pusat operasi DAP di pekan Labis itu.

Di seberang jalan, MCA juga mengadakan majlis ceramah namun hanya kira-kira 30 penonton menyertainya.

Jika suasana sokongan ini boleh diterjemahkan dengan undi esok, nescaya calon Pakatan dari PAS, Cikgu Normala Sudirman akan mendapat majoriti undi Cina esok.

Teresa Kok yang turut berada di situ menyifatkan hujan yang turun ini umpama kerja tuhan membersihkan segala daki rasuah di atas bumi Labis ini.

Selain beliau, turut berada di situ adalah Teng Chan Khim dan Tony Pua.

Selain di kawasan Cina, Pakatan juga mengandakan ceramah di 15 kawasan malam ini walau dalam hujan lebat.

Berikut adalah gambar yang dirakamkan oleh jurugambar Harakah, Wan Zahari Wan Salleh.

PRK DUN TENANG - KEJUTAN DARI PAS ESOK ?

Zulkifli Sulong

LABIS, 29 Jan: Sehingga minit-minit akhir kempen pilihan raya kecil Tenang, PAS masih optimis dapat membuat kejutan dalam pembuangan undi esok.

Pengarah Pilihan Raya PAS Dun Tenang, Salahudin Ayub (gambar) berkata, setelah membuat usaha terbaik, beliau telah meminta jenteranya dan semua ahli dan pimpinan PAS berdoa kepada Allah kerana hanya Dia yang berhak untuk menentukan segala-galanya.

Salahudin berkata demikian kepada Harakahdaily ketika dihubungi menjelang tengah malam 29 Januari iaitu menjelang tempoh kempen tamat sebelum pembuangan undi pilihan raya kecil esok.

Pembuangan undi bermula jam 8 pagi esok di 12 pusat mengundi yang mempunyai 32 saluran.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof menyeru penduduk di kawasan pilihan raya kecil Dewan Uundangan Negeri (DUN) Tenang menunaikan tanggungjawab mereka pada sebelah pagi bagi mengelak hujan lebat yang dijangka berlaku petang esok.

"Kita mahu pengundi turun mengundi di sebelah pagi...jangan tangguh-tangguh," katanya kepada pemberita selepas melawat dan memberi amanat kepada petugas SPR di Dewan Serba Guna Majlis Daerah Labis hari ini.

Abdul Aziz berkata semua 12 pusat yang mempunyai 32 saluran mengundi adalah selamat daripada kemungkinan dilanda banjir kerana terletak di tempat tinggi.

Bagaimanapun, beliau berkata banjir dikhuatiri berlaku di sebatang jalan sepanjang tiga kilometer menuju ke pusat mengundi Kampung Sawah Baru, iaitu Sekolah Kebangsaan Sawah Baru, kerana terletak di kawasan rendah dan mudah ditenggelami air.

"Pengundi tidak perlu risau kerana SPR telah mengadakan persiapan yang rapi dengan kerjasama pelbagai agensi seperti Jabatan Pertahanan Awam, Bomba dan polis bagi menyediakan kemudahan pengangkutan untuk membawa pengundi ke pusat berkenaan," katanya.

Kempen jalan lancar

Menurut Salahudin yang juga Naib Presiden PAS, segala perancangan gerak kerja kempen yang dirancang pihaknya berjalan lancar.


"Untuk malam ini, kita akan tingkatkan keselamatan dan nampaknya jentera kita bersiap sedia untuk menjalankan tugas itu dengan yang terbaik," katanya.

(Gambar: Calon PAS, Cikgu Mala sentiasa diserbu wartawan kemana beliau pergi)

Beliau berharap akan membuat kejutan dan untuk itu sentuhan terakhir sedang digerakkan pihaknya.

Jentera BN mensasarkan kemenangan lebih 5,000 undi majoriti namun sebuah badan penyelidikan, Ilham Centre menjangkakan jangkaan BN itu tidak akan berjaya.

Dalam tinjauan Harakahdaily pula, jentera PAS berjaya menembusi generasi kedua Felda dengan baik di samping kawasan pengundi Cina.

Namun begitu, BN masih mendapat sokongan kuat di kalangan peneroka Felda dan pengundi Melayu di kampung tradisional.

Pun begitu, calon PAS, Cikgu Mala berjaya mendapat sokongan kuat di kalangan pengundi wanita dan juga para guru yang ramai di Tenang ini.

"Jika PAS berjaya memikat lebih 60 peratus pengundi wanita, tidak ada sebab untuk PAS tidak menang," kata seorang pemerhati politik yang ditemui.

Esok, calon PAS, Cikgu Normala Sudirman dijangka memulakan pagi esok dengan melawat pusat mengundi yang terletak di Sekolah Kebangsaan Kampung Tenang iaitu di peti undi Kampung Redong.

Beliau dijangka sampai ke sana seawal jam 8. 30 pagi./Harakahdaily

TIDAK DAPAT SASAR CALON PAS, SENJATA DI HALA KEPADA SUAMINYA PULA

Oleh: WFAUZDIN NS

MERAPU tidak sudah-sudah Muhyiddin di Tenang. Beliau sudah tidak Tenang lagi apabila semua hujahnya tidak menunjukkan kredibiliti sebagai seorang TPM.

Bayangkan isu suami calon PAS yang mendapat MC pun beliau boleh pertikaikan. Beliau belum pun tanya doktor kerajaan yang memberikan MC kepada suami Puan Normala, beliau sudah menganggap suami calon PAS itu berbohong tentang sakitnya. Kenyataan beliau di dalam Malaysiakini, " Muhyiddin meminta pengundi di DUN Tenang, supaya membuat penilaian mereka sendiri terhadap perbuatan Ma'arof memberikan perakuan yang disifatkannya sebagai bohong untuk mendapatkan cuti sakit".(Malaysiakini)

Wahai Muhyiddin, mengapa tuding jari pada Ma'arof suami Puan Normala? Siasat dulu doktor yang memberinya cuti sakit tu. Masakan pesakit boleh tipu doktor dan doktor tidak langsung membuat pemeriksaan sebelum memberikan cuti sakit? Jangan jadi kurang cerdik dan memperlekehkan tugas seorang doktor. Jika doktor itu cuai dan tidak laksanakan tugas dengan betul, tindakan hendaklah diambil ke atas doktor. Jika suami Puan Normala `membeli' MC dari doktor, kedua-duanya perlu diambil tindakan.

Hakikatnya Muhyiddin terasa tertekan dengan sokongan semakin meningkat disaat akhir buat calon PAS. Serangan Muhyiddin selama ini tidak berkesan malahan hujahnya sering menjadi bahan tertawa. /wfauzdin.blogspot.com

Sabtu, 29 Januari 2011

UMNO GELABAH, MUHYIDDIN MERAPU TENTANG NIK AZIZ

Oleh: WFAUZDIN NS

SEBELUM saya berbicara lanjut tentang kenyataan dari pemimpin yang jahil tentang Islam ini, mari kita baca petikan dari kenyataan beliau terhadap Mursyidul Am PAS seperti yang disiarkan oleh Malaysiakini;

"Beliau yang juga menteri pelajaran berkata, label jahiliah terhadap mereka yang tidak mengundi PAS itu tidak sepatutnya keluar daripada mulut seseorang yang dikatakan mursyidul am dan dipanggil ustaz."

Nik Aziz yang juga menteri besar Kelantan itu dikatakan mengeluarkan perkataan jahiliah itu pada sidang media di Kampung Redong semalam, semasa berkempen dalam pilihan raya kecil DUN Tenang.

Muhyiddin berkata, Nik Aziz telah mengeluarkan pelbagai fatwa songsang termasuk menyatakan orang Pas tidak boleh memakan sembelihan orang Umno.

NONE"Tetapi di DUN Tenang ini, kita nampak orang PAS makan di kedai-kedai orang Umno," katanya sambil menambah, Nik Aziz juga mengeluarkan fatwa melarang wanita daripada menjadi calon dalam pilihan raya.

Beliau meminta umat Islam tidak terperangkap dengan fatwa songsang Nik Aziz itu." (Malaysiakini)

Pertamanya, beliau menyebut Mursyidul Am Pas Tuan Guru Nik Aziz tidak patut mengeluarkan kenyataan sedemikian kerana beliau dipangil `Ustaz'. Muhyiddin silap, Tuan Guru Nik Aziz tidak dipanggil `Ustaz' tetapi beliau dipanggil `Tuan Guru' yang martabatnya lebih tinggi dari Ustaz. Beliau tidak seperti Ustaz Nakhaie, Ustaz Firdaus (bekas Imam Besar Masjid Negara), jauh sekali seperti Ustazah Mashitah. Mereka ini pun hanya orang-orang Umno yang menggelar mereka `Ustaz', sedangkan gelaran itu pun tidak layak dipegang oleh mereka kerana seorang `Ustaz' tidak akan bersekongkol dengan parti sekular seperti Umno.

Kedua, menyerlahkan kebodohannya lagi apabila dikatakan Tuan Guru Nik Aziz mengeluarkan `fatwa' bahawa tidak boleh memakan sembelihan orang-orang Umno. Bila masa Tuan Guru Nik Aziz `berfatwa' sedemikian? Bolehkah Tuan Guru memberikan `fatwa' selain dari Mufti atau Majlis Fatwa? Ini fitnah yang dicipta oleh pemimpin sekutu Apco terhadap Tuan Guru Nik Aziz. Apa yang kita diajar, sekiranya seseorang itu menghina hukum Islam atau menolak hukum Islam maka sembelihannya tidak boleh kita makan kerana menghina hukum Islam dan menolaknya bererti kufur. Bolehkah kita makan sembelihan orang yang Kufur ini? Mengapa Umno pula yang terasa?

Ketiga, beliau mempersoalkan mengapa orang-orang PAS makan dikedai orang-orang Umno. Ini jelas menunjukkan PAS tidak mahu bermusuh dengan Umno, jauh sekali mengkafirkan Umno. Usahkan makan, terdapat anak orang PAS yang dikahwinkan dengan anak orang Umno. Ini tiada masalah, selagi mereka tidak memperlihatkan penderhakaan atau penentangan terhadap hukum Islam. PAS sedar, ahli-ahli Umno ramai yang jahil dan dikelabukan oleh pemimpin mereka tentang Islam. Justeru itu, PAS ingin memberikan kefahaman kepada mereka agar mereka tidak menentang Islam di dalam keadaan mereka tahu hukumnya.

Keempat dan akhir sekali, pemimpin jahil ini terus menerus mencipta fitnah bahawa Tuan Guru Nik Aziz pernah berfatwa melarang kaum wanita menjadi calon PAS. Mungkin ketika PAS mencalonkan seorang wanita berpuluh tahun dahulu beretanding di Terengganu, Muhyiddin belum lahir dari perut ibunya. Maka, beliau tidak tahu cerita. Tuan Guru Nik Aziz tidak mengeluarkan hukum melarang wanita bertanding, cuma beliau pernah menyebut bahawa PAS akan memilih wanita sebagai calon pilihanraya mengikut situasi dan keadaan semasa.

Jelas kepada kita, tidak banyak yang Muhyiddin tahu tentang sejarah PAS jauh sekali dasar PAS. Sebab itu, tidak hairan jika Muhyiddin selamba sahaja apabila Chua Soi Lek menghentam hukum Islam di dalam isu berjabat tangan baru-baru ini. Amat malang jika umat Islam di Tenang masih ingin mengikut nasihat pemimpin yang jahil ini./wfauzdin.blogspot.com

ISU CUTI SAKIT - JANGAN SAMAKAN NORMALA DENGAN BIBI ROSMAH

Oleh: WFAUZDIN NS

TIADA isu lagi untuk Umno menyerang kredibiliti calon PAS, Puan Normala Sudirman yang jauh lebih baik daripada calon Umno/Bn, Azhar yang tercemar akibat kes kecuaian dan salahguna kuasa di dalam kes lelongan tanah itu. Akhirnya, Umno mensasarkan suami calon PAS iaitu Ma'arof Abd Talib kununnya menyalahgunakan cuti sakit.

NONEIni merupakan satu tekanan buat calon PAS dan suaminya yang kini dilihat semakin mendapat sokongan dari pengundi-pengundi di Dun Tenang. Apakah benar cuti sakit itu disalahgunakan? Di dalam peraturan cuti sakit bagi kakitangan kerajaan, apakah ada larangan tertentu buat mereka yang mendapat cuti sakit sehingga menemani isterinya melakukan lawatan pun diangap salah?

Adakah selama ini sesiapa yang mendapat cuti sakit mesti berada di rumah berehat atau tidor sepanjang masa? Siapa boleh menafikan tugas dan tanggungjawab suami adalah berada di sisi isteri bagi menjaga keselamatannya? Isteri pula mesti ditemani suami ataupun muhrimnya hatta menunaikan fardhu Haji sekalipun. Apatah lagi, jika si isteri berjuang dan terpaksa menemui berbagai jenis manusia di merata pelosok kampung, wajarkah si suami membiarkan si isteri keseorangan?

Puan Normala Sudirman tidak tergamak meniru Rosmah Mansor yang merayap merata luar negara dan menginap di hotel mewah tanpa sang suami. Biarlah Rosmah berperangai begitu kerana Najib `redha'.

Sebelum ini, jabatana pelajaran negeri mengeluarkan notis menukarnya ke sebuah sekolah di Johor Bahru, selepas tercetus spekulasi yang isterinya bakal dipilih sebagai calon PAS dalam pilihan raya kecil DUN Tenang. Apa pun, kita mengharapkan ini semua tidak melemahkan semangat Puan Normala dan suaminya.

Kita berbangga kerana suami Puan Normala amat bertanggungjawab terhadap isterinya. Muhyiddin jelas menghina profesyen kedoktoran yang memberikan cuti sakit seolah-olah pengesahan dari doktor kerajaan itu diragukan./wfauzdin.blogspot.com

Jumaat, 28 Januari 2011

UMMI HAFILDA - DI ANTARA NYAMUK RAJA NAMRUD ATAU NYAMUK PEMBAWA PENYAKIT ?

Oleh: WFAUZDIN NS

SEMAKIN hampir tarikh mengundi di PRK Dun Tenang, maka muncul lagi wanita ini. Ummi Hafilda yang juga adik kepada Timbalan Presiden PKR Azmin Ali yang juga dikatakan telah di`buang' dari status anak kepada Arwah ayahnya hari ini hadir di Ibu Pejabat Polis DiRaja Malaysia Bukit Aman untuk berjumpa dengan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Datuk Seri Mohd Bakri Zinin dan membuat laporan polis tentang beberapa isu fitnah yang dihadapinya.

Ummi bagaimanapun gagal berjumpa mahupun membuat laporan polis dengan Bakri kerana beliau difahamkan Bakri mempunyai urusan penting yang lain. “Kita sudah buat temu janji hari ini dengan Datuk Seri (Bakri) malangnya beliau ada urusan penting lain dan kita akan buat satu lagi temu janji yang baru pada satu tarikh yang akan diberitahu kelak,” kata peguam mewakili Ummi Mohd Khairul Azam Abdul Aziz ketika ditemui FMT.

Mengapa Ummi memilih untuk berjumpa terus dengan Datuk Bakri? Apa salahnya beliau membuat laporan Polis sahaja dan sertakan apa yang patut beliau sertakan tanpa berbincang dengan Pegawai Atasan Bukit Aman ini? Perlu bincang apa lagi, buat laporan dan biarlah Polis lakukan siasatan sepertimana orang lain tanpa berjumpa dan berbincang terlebih dahulu dengan Pegawai tersebut.

Kisah `nyamuk' dengan Raja Namrud kununnya dijadikan alasan untuk wanita berumur ini untuk menjatuhkan karier politik DS Anwar. Beliau lupa, nyamuk yang diutuskan Allah bagi menghapuskan Raja Namrud adalah kerana raja tersebut zalim. Itu bukan nyamuk biasa jauh sekali untuk dibandingkan dengan wanita yang mengaku Islam tetapi tidak menutup aurat ini. Beliau boleh menjadi `nyamuk' tetapi mungkin sebagai `nyamuk' pembawa penyakit iaitu penyakit fitnah.

Wanita tua yang malang ini terus membuat fitnah ke atas abang dan kakak iparnya. Beliau mendakwa Azmin telah melacurkan isterinya kepada DS Anwar. Baca di sini. Untuk pengetahuan, wanita malang ini telah diberi kesempatan untuk menjadi Saksi Pendakwa semasa kes Liwat 1 dahulu, tetapi tiada apa pun yang mampu beliau buktikan untuk mensabitkan salah laku samada DS Anwar mahupun abangnya Azmin dan kakak Iparnya Shamsidar. Malahan, Azmin tampil dengan berani untuk mengadakan ujian DNA ke atas salah seorang anaknya yang dituduh adalah hasil kecurangan isteri beliau bersama DS Anwar, namun terbukti anak itu adalah anak Azmin dan Shamsidar. Keterangan wanita tua ini hancur lebur di mahkamah.

Kini beliau muncul kembali dengan membuka semula cerita lama yang diperbaharui. Meloyakan tekak bila melihat wanita tua ini membuat muka sedih menceritakan dirinya yang kununnya telah hilang maruah dan diaibkan. Siapa yang aibkan diri kamu jika bukan kerana perbuatan kamu sendiri? Baru-baru ini dikatakan Azwan Ali juga adik beliau turut meloya dengan perangai wanita tua ini. Kesihan nasibnya seperti sampah terbuang di lorong Hj Taib./wfauzdin.blogspot.com

SEBUTIR PERMATA DI BUMI FELDA ? KESIHAN......

Oleh: WFAUZDIN NS

FELDA oh felda...di sinilah tempatnya untuk PAS mencari kemenangan di dalam PRK Dun Tenang pada 30 hb ini nanti. Kaum Cina sibuk minta dirikan sekolah atau perbesarkan sekolah, dikatakan orang felda minta padang Futsal. Celah gigi je untuk ditunaikan padang Futsal.

Kaum Cina bertanya mengapa harga barang semakin tinggi, diberitakan Melayu felda bertanya bila mahu turap jalan. Seorang pemimpin Cina sekutu mereka bertanya, apa ada pada nilai-nilai Islam yang mengharamkan wanita Islam bersalam dengan lelaki yang bukan Muhrim, pemimpin Melayu sekutu Apco menjawab, jangan timbulkan isu salam lagi. Bukan mahu marah, cuma jangan timbulkan saja.

Calon puak sekutu Apco akan dipanggil ke mahkamah nanti atas kes kecuaian dan salahguna kuasa sehingga terlelong tanah orang. Tetapi calon tu sebut, itu fitnah peribadi dan semuanya dah selesai. Apa yang selesai? Selesai kesemuanya tanah-tanah Melayu?

Apabila ada pemimpin Cina dari pihak sini yang dulunya masuk penjara kerana mempertahankan anak gadis Melayu Islam yang diperkosa oleh anak Thamby Melaka, pemimpin Cina dari Pulau Mutiara ini hadir bercerita tentang bagaimana negeri di bawahnya begitu mengambil berat tentang kemajuan Islam, datang pula puak-puak Melayu berkumpulan menyorak ceramahnya sambil menjerit-jerit macam beruk lapar pisang. Maklumlah, dah dapat T-Shirt dacing baghdad dengan topi sudu sudah dikira kaya Melayu puak tu.

Masa Pilihanraya Kecil di Galas, saiz badan calon kita dipertikaikan kununnya gemuk tak larat berjalan. Gemuk tentunya berpenyakit. Bagaimana mahu berkhidmat kepada rakyat nanti, dakwa puak tu. sekarang calon mereka tidak gemuk, tetapi kurang sedikit dari Pelawak Kuman. Ertinya, calon mereka bagus bentuk badannya.

Merungut puak-puak mereka di dalam hati, manakan tidak calon mereka tiada apa jawatan dalam parti yang melayakkan menjadi calon, tetapi oleh kerana Pak Sembab suka, maka jadilah calon. Buang masa yang lain dok bina kerjaya politik sikit punya lama, alih-alih dapat kepada yang goyang kaki di rumah. Mewarisi kerusi ayah, cukuplah. Yang lain tu, pandai-pandai la nak hidup.

Bagaimana hebat pun puak tu merungut, disumbat lima puluh ringgit dan tabur sikit dedak atau jagung ayam, hilanglah bisingnya. Macam ayam daging, biar mereka gemuk, lepas tu pakat sembelih. Kesihan...../wfauzdin.blogspot.com

AYUH PERANTAU, KEMBALI KE KAMPUNG DAN KITA RAIKAN KEMENANGAN ISLAM

Oleh: WFAUZDIN NS

AYUH..Jom kita tabalkan Puan Normala Sudirman sebagai Wakil Rakyat yang baru di kawasan Dun Tenang pada 30 Januari ini. Jangkaan bahawa PAS boleh membuat kejutan pada pilihanraya boleh diterima akal kerana calon Umno kini terpaksa bertahan dan berselindung hanya di sebalik media dan jentera Kerajaan.

Calon PAS berpeluang merampas kerusi DUN Tenang jika sekurang-kurangnya 75 peratus pemilih berdaftar keluar mengundi dalam pilihan raya kecil Ahad ini, kata ketua penerangan PAS Johor, Mazlan Aliman. Bagi mencapai hasrat tersebut, adalah amat penting semua pengundi di luar kawasan pulang untuk mengundi.

Kepada mereka semua, pulanglah ke kampung untuk membuktikan kepada Umno bahawa parti ini tidak boleh menungkat langit di bumi Johor. Buktikan rakyat Johor tidak selama-lamanya boleh dibeli maruah mereka setelah dikatakan tanah-tanah di Johor juga boleh dibeli oleh pihak luar. Agama Islam yang begitu disanjung di bumi Johor tidak lagi bolehg dipermainkan atau dipersendakan oleh pemimpin yang terbukti rendah moralnya itu. Jika kaum Cina sendiri malu untuk menerima pemimpin ini, adakah kaum Melayu berugama Islam boleh berpeluk tubuh dengan sikap biadab beliau?

Umno di Johor perlu diajar bahawa ugama Islam mesti dihormati kalau pun Umno sendiri tidak mahu mendaulatkannya. Jika Umno tidak mampu mempertahankan ugama suci ini, serahkan kepada PAS untuk memeliharanya.

Ayuh lah, abang, adik dan kakak untuk kembali ke kampung halaman bersama Cikgu Normala. PAS teramat sukar untuk memenangi pilihanraya ini seandainya saudara-saudari tidak bersama di sini. Lakukan lah pengorbanan besar kali ini. Selamat kembali./wfauzdin.blogspot.com

Khamis, 27 Januari 2011

`AYAH kencing berdiri, anak kencing berlari', Dua-Dua Kaki Kencing

Oleh: WFAUZDIN NS

`AYAH kencing berdiri, anak kencing berlari'. Maksudnya dua beranak ini `kaki kencing'. Itulah yang berlaku kepada Chua Soi Lek yang sebelum ini membuat fitnah besar terhadap hukum Islam berkaitan isu salam tangan di antara wanita Islam dengan lelaki yang bukan Muhrim. Mangsa fitnah beliau adalah Muslimat iaitu calon PAS di PRK Dun Tenang Puan Normala Sudirman.

Anaknya pula iaitu MP Labis, Chua Tee Yong melakukan fitnah terhadap Puan Normala dengan mendakwa calon PAS ini mempersoalkan penjualan arak sewaktu berkempen di sebuah kedai menjual arak. Apabila ditanya di kedai mana dan bila masa Puan Normala berkata demikian, anak `pelakon biru' ini tidak mampu menjawabnya.

PAS telah menghantar surat peguam kepada Ahli Parlimen Labis, Chua Tee Yong, menuntutnya memohon maaf dalam tempoh 24 jam berhubung fitnahnya itu. Begitulah hebatnya parti komponen BN di dalam membantu calon Umno di dalam PRK Dun Tenang ini. Peliknya, tingkah laku mereka tidak mendapat kesan mendalam kepada pemimpin Umno yang mengaku memperjuangkan Islam itu.

Nampaknya tuduhan Umno selama ini bahawa PAS tunduk kepada DAP terbukti tidak benar kerana terbukti DAP sendiri membela PAS di dalam isu ini. Apa yang boleh dibuktikan sekarang adalah Umno yang tunduk kepada MCA dan Gerakan kerana Umno gagal mempertahankan maruah Islam yang dihina oleh sekutu mereka itu.

Persoalannya, adakah pengundi-pengundi Islam di Tenang akan mengikut jejak langkah Umno ini?/wfauzdin.blogspot.com

Rabu, 26 Januari 2011

HATI-HATI LANTIK DATUK KHUSRIN, JANGAN KITA MENYESAL NANTI

Oleh: WFAUZDIN NS

DIBERITAKAN Kerajaan PR Selangor bersedia untuk menerima Datuk Khusrin sebagai SUK dan mungkin membenarkan beliau mengangkat Sumpah menyimpan rahsia. Namun, MB Selangor menyebut bahawa perkara ini akan dibincangkan di dalam Mesyuarat Exco terlebih dahulu. Baca di sini.

Mungkin MB Selangor sudah berfikir banyak kali untuk mengambil keputusan yang amat `pahit' ini. Jika membaca kenyataan Pesuruhjaya PAS Selangor Dr Hassan Ali sebelum ini, beliau berkata untuk dirinya tiada masalah berurusan dengan Datuk Khusrin kerana beliau ada pengalaman bekerja dengannya. Adakah ini sedikit sebanyak memujuk ketegasan MB Selangor agar menerima SUK yang beliau sendiri `tiada selera'?

Apa pun terserahlah kepada bijak pandai di kalangan Exco Kerajaan Negeri Selangor untuk mengambil keputusan nanti. Kita telah `gagal' di dalam usul pindaan perlembagaan baru-baru ini dan adakah kita harus terus menerima `kegagalan' kali kedua dengan isu SUK ini? Sedih rasanya bila membayangkan kita menjadi Kerajaan memerintah, tetapi seolah-olah tidak `memerintah'. Rakyat telah bersama kita, yang tidak bersama kita adalah di luar sana. Mengapa perlu kita menoleh ke luar sana?

Memang sukar bagi MB Selangor dan para Exconya untuk menerima `kegagalan' kali kedua ini. Namun, apa pilihan yang mereka ada? Jika akhirnya kita terpaksa `tunduk' lagi, maka ribuan tahniah diucapkan kepada Datuk Khusrin dan bosnya di luar sana. Cuma mahu kita berpesan, jangan suatu hari kita mernyesal dan ianya tidak berguna lagi. Mungkin DS Nizar ada jawapannya.,/wfauzdin.blogspot.com

ANWAR JUGA SANGGUP DEBAT ISU LIWATNYA JIKA NAJIB BERANI

Oleh: WFAUZDIN NS

BERSUNGGUHKAH Najib mahu `londeh'kan Anwar sekaligus untuk membuat Ketua Umum PKR itu demam jika berdebat dengannya? Atau, Najib sekadar meneruskan sikap penipunya kepada rakyat terutamanya kepada pengundi-pengundi di Tenang? Saya rasa semua orang samada dari Umno mahu pun Pembangkang ingin sekali melihat Anwar `demam' dan di`telanjang'kan oleh Najib. Masalahnya, mampu atau beranikah Najib berdarah Pahang ini?

Anwar ketika mengulas kenyataan Najib, beliau bersedia untuk berdepan dengan Najib dari segi ekonomi sehinggalah ke hal peribadi masing-masing.

NONENamun katanya, jika Najib berterusan menyerangnya secara peribadi, beliau sanggup berdepan dengannya.

"Beliau tidak tolak cadangan saya (untuk berdebat) tetapi kata saya akan demam atau sakit, dan bercakap mengenai melondehkan Anwar... saya tidak mahu melayan isu peribadi ini, saya mahu membincangkan ekonomi.

"Tetapi jika beliau mahu meneruskan, saya memang bersedia, malah termasuk membincangkan kes liwat. Saya boleh jawab dan saya juga mahu timbulkan isu rasuah, pembunuhan, mencuri isteri orang lain, Port Dickson, - semua itu boleh dibawa dan dibincangkan juga,” kata Anwar (Malaysiakini).

Bayangkan, jika Anwar sanggup berdepan dengan Najib walaupun berkaitan dengan kes liwatnya yang Najib kununnya tahu banyak perkara, dan Najib masih `malu-malu' untuk berdebat, maka kita boleh nilai sendiri kredibiliti Najib. Kita tahu ramai pencacai-pencacai dalam Umno dan di luar Umno yang mahu cari makan tidak mahu sungguh Najib berdebat dengan Anwar. Mereka adalah seperti Ezam sesumpah, KJ, Rais Yatim termasuk juga `firaun besar' Zul Kulim.

Mengapa mereka bimbang sangat jika Najib berdebat dengan Anwar? Bukankah yang pasti `demam' dan `terlondeh' nanti adalah Anwar? Atau, sebenarnya mereka tahu siapa sebenarnya yang bakal `demam' atau `pitam' di atas pentas perdebatan itu nanti. Anwar telah memberikan pengajaran yang amat berguna kepada pemimpin Umno sewaktu beliau berdebat dengan Shabery Chik. Malang buat Shabery ketika itu kerana mungkin beliau terlupa membawa `tisu atau sapu tangan' untuk mengesat air liurnya.

Percayalah, atas apa jua isu Najib tidak akan ada keberanian untuk berdebat dengan Anwar. Beliau hanya berani bercakap seorang diri di depan kamera TV dan di akhbar pencacai sahaja. Malang sungguh ahli-ahli Umno kerana Presiden mereka sendiri tidak sangup untuk menghunus dan bertempur mengunakan `keris telanjang Umno' itu. Keris tersebut hanya layak dicium dan dijulang atas pentas Umno dan PERKASA sahaja./wfauzdin.blogspot.com

PKR - ANTARA MUSTAFA KAMIL, CHEGU BARD DAN GOBALA

Oleh: WFAUZDIN NS

PKR telah menunjukkan kematangannya dan cuba sedaya upaya untuk menunjukkan keadilan dan ketelusan di dalam menguruskan parti. Ini terbukti apabila Pengarah Biro Latihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Mustaffa Kamil Ayub tetap diberi notis tunjuk sebab daripada PKR disebabkan tindakannya menghalang proses pemilihan parti peringkat Pusat di Cabang Pasir Salak pada 25 September tahun lalu.

Tindakan PKR ini menunjukkan adanya langkah atau respon terhadap beberapa aduan yang diterima, dan diharapkan tindakan tegas seperti ini perlulah berterusan tanpa mengira sesiapa. Sebelum ini terdapat beberapa Cabang yang diarahkan untuk mengadakan pemilihan semula akibat terdapatnya bukti berlaku salah laku atau menyalahi peraturan mesyuarat.

Difahamkan masih terdapat beberapa aduan lagi yang belum diketahui statusnya. Ini termasuk aduan yang seringkali dipersoalkan oleh penyokong-penyokong Chegu Bard . Tempoh yang dijanjikan oleh Setiausaha Agung PKR untuk menyelesaikan perkara ini nampaknya tersasar tetapi kita harus memberikan lebih banyak masa kepada beliau asalkan hasilnya nanti memberi keadilan kepada semua. Kepada SUA pula, laksanakanlah amanah tersebut dengan jujur dan ikhlas. Jangan ragu untuk membuat keputusan walaupun dilihat tidak popular.

Berbalik kepada isu Sdr Mustafa Kamil, PKR mestilah mengadilinya dengan betul. Jika terbukti beliau bersalah sekali pun, saya merasakan kesalahannya tidak seberat kesalahan dan pengkhianatan yang dibuat oleh YB Gobala. YB Gobala sehingga kini berterusan menyerang pimpinan parti dan menunjukkan gelojohnya untuk dipecat dari PKR. PKR haruslah memecat YB Gobala segera kerana keangkuhannya itu.

Buat Chegu Bard pula, ada ketikanya kita terpaksa terlalu banyak mengalah dengan parti demi parti juga. Apa yang penting, prinsip harus dipertahankan dan bijak memilih saat dan waktu untuk bertindak. Saya percaya, parti tidak berniat untuk menyapu kesemua masalah di bawah `karpet' kerana di dalam PKR kita mempunyai ramai pimpinan yang berani menegur parti tidak seperti Umno. Satu kesilapan besar jika parti berbuat demikian./wfauzdin.blogspot.com

Selasa, 25 Januari 2011

UMNO SELANGOR LEBIH AWAL TERKUBUR

USUL PINDAAN DI TOLAK PENANDA UMNO LEBIH AWAL TERKUBUR DI SELANGOR

Oleh: WFAUZDIN NS

RAKYAT Selangor serta seluruh rakyat di negara ini telah menjadi saksi bagaimana usul pindaan untuk mengembalikan kuasa Sultan Selangor khususnya ditolak oleh golongan hipokrit. Mereka mencari seribu alasan untuk menolak usul ini bukan mencari alasan positif untuk menyokongnya. Kini, baru kita semua sedar siapa sebenarnya Umno dan apa tujuan Umno selama ini menuduh Kerajaan PR Selangor sebagai penderhaka Sultan.

Syabas dan tahniah buat Kerajaan Negeri Selangor terutamanya kepada MB Selangor yang berusaha sedaya upaya untuk mendaulatkan kembali kuasa Sultan. Sekurang-kurangnya harapan saki baki mereka (jika ada) yang kepingin sangat untuk membentuk kerjasama politik dengan Umno terkubur dengan peristiwa pagi semalam. Umno memperlihatkan bahawa parti ini tidak patut dijadikan teman sebantal walaupun atas alasan perpaduan Melayu atau Islam. Golongan yang membelakangkan institusi raja wajar dipinggirkan.

Apa pun, Kerajaan PR Selangor tidak berhenti setakat ini. Seperti yang diperkatakan oleh MB Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim, beliau akan pergi ke seluruh Selangor termasuk di kawasan kerusi Barisan Nasional (BN) untuk menerangkan isu pindaan itu yang mana Kerajaan PR sudah berusaha sedaya upaya untuk memartabatkan institusi raja dengan mengembalikan kuasa Sultan tapi gagal. Katanya lagi, "Saya berharap kita bersama-sama belajar. Mengapa kita tak buat perubahan. Kita jaga Selangor, kita wakil rakyat. Takkanlah kita nak benarkan (Kerajaan) Persekutuan halang pembangunan (negeri ini), katanya (Malaysiakini)

Kita sedia maklum, Negeri Selangor adalah sebuah negeri yang paling maju di negara ini dan begitulah juga pemikiran rakyat di negeri ini. Mungkin di sesetengah tempat terutamanya di kawasan Felda, mereka masih kabur dengan agenda Kerajaan PR kerana mereka masih dikongkong. Seandainya kongkongan terhadap mereka boleh diatasi oleh Kerajaan PR Selangor, nescaya harapan Umno untuk bertapak di negeri ini menjadi seperti harapan Umno di Kelantan. Jika Kelantan sebuah negeri yang jauh kebelakang jika dibandingkan dengan Selangor dari segi kekayaan dan kemajuan masih mampu bertahan selama lebih 20 tahun, apakah Selangor tidak boleh mencapai setahap itu?

InsyaAllah, berkat usaha gigih PR di Selangor serta kebijaksanaan MB Selangor, negeri terkaya ini tetap menjadi aset penting buat PR selepas Kelantan. Jika kita berusaha gigih tanpa menghiraukan perbezaan pendapat sesama kita yang remeh temeh, nescaya Umno bakal terkubur lebih cepat dari tarikh Pilihanraya Umum ke 13./wfauzdin.blogspot.com

`Firaun Besar' Dari Kulim Pun `Cover' Najib


Oleh: WFAUZDIN NS

ZUL Kulim `firaun besar' telah lama kita ketahui memang kaki temberang semasa berada diu dalam PKR lagi. Beliau sendiri pun mengaku bahawa beliau memang suka temberang kununnya atas arahan Anwar semasa berada di dalam PKR. Bayangkan seorang `ustaz' pejuang Islam yang berani kununnya, boleh melakukan pembohongan dek kerana arahan Anwar. Pelik apanya sekarang dia temberang lagi tapi atas arahan bos baru sekutu Apco?

Zul Kulim yang menenggek di atas kerusi Parlimen Kulim Bandar Baru yang tidak diredhai oleh majoriti pengundi kawasan tersebut, di dalam tulisannya di sini, cuba membela Najib agar tidak berdebat dengan Anwar. Beliau mahu Najib setaraf dengan dia yang penakut lagi bacul kerana beliau sendiri pun takut berdebat dengan YB Khalid Samad tentang isu Kalimah Allah. Banyak kali dicabar, kecut peguam tak ada kelas ini.

Menariknya, Zul Kulim alih perhatian pada isu liwat DS Anwar. Beliau cabar Anwar berdebat dengan Saiful. Lepas tu cabar Anwar berdebat dengan Karpal Singh dan juga YB Gobala. Sedangkan beliau sendiri penikus dengan debat. Kenapa tidak sahut cabaran YHB Khalid Samad untuk berdebat? Mengapa sibuk mahu bela Najib? Ada udang balik kopiah dia kot.

Lagi menunjukkan beliau jahil lagi kaki temberang, apabila beliau mengulas mengapa Anwar tidak mahu bersumpah seperti Saiful. Mengapa Anwar mematuhi fatwa Ulamak Dr Yusof Qhardhawi yang tidak mermbenarkan Anwar bersumpah dan tidak memakai nasihat Dr Asri. Maknanya, Zul Kulim ini tidak iktiraf keilmuan Dr Yusof Qardhawi. Zul Kulim menulis, katanya, " Heran ya, kalau pasal sumpah cepat pulak nak berfatwa, ikut Islam konon tak boleh bersumpah. Sedangkan kalau diikut hukum, berdebat-debat ini dilarang Rasulullah saw."

Lihat betapa `cerdik'nya MP Kulim Bandar Baru yang dipecat dari PKR ini. Saya yang tidak sebodoh beliau pun tahu bahawa perdebatan ini sudah lama dipraktikkan di kalangan Ulamak dahulu kala, bahkan dipraktikkan juga oleh Imam dari 4 mazhab. Banyak kisah hasil dari perdebatan antara Ulamak ini ada yang membawa kerahmatan. Ada Paderi yang memeluk Islam setelah berdebat dengan Ulamak atau ilmuan Islam. Zul Kulim tidak tahu kah di dalam Al-Quran ada menyebut tentang perdebatan atau berhujah dengan musuh Islam? Atau sebenarnya beliau tahu, tetapi disebabkan perangainya yang kaki temberang, beliau sanggup temberang demi membela Najib?

Sepanjang tulisannya itu, paling kelakar apabila beliau sebut Anwar suruh beliau berjumpa Najib untuk selesaikan masalah liwat. Siapa Zul Kulim di sisi Anwar sehingga kuat sangat pengaruhnya itu? Beliau pun Anwar yang `kasi makan' bertanding di Kerusi Parlimen setelah PAS `campak'kannya. Perasan sungguh si kaki temberang ini. Baru-baru ini beliau mahu serang DAP dan PAS juga PKR di dalam isu Azan. Akhirnya, beliau kelu tidak berkata apabila mengetahui yang menentang suara Azan itu adalah peguam ahli dari MCA. Di situ kita boleh tahu standard otak Zul Kulim.

Saya nasihatkan Zul Kulim, beliau kena banyak mengaji semula. Semenjak beliau dipecat dari PKR, apa jua yang beliau dedahkan sedikit pun tidak menguntungkan Najib, jauh sekali merugikan Anwar, malahan lebih menampakkan kebodohannya sendiri. Seperti yang beliau nasihatkan Anwar, saya yang tidak sebodoh beliau ingin menasihatkannya agar sahut cabaran YB Khalid Samad dahulu sebelum sibuk mahu campor urusan debat Anwar - Najib./wfauzdin.blogspot.com

Isnin, 24 Januari 2011

PRK DUN TENANG - BERSABARLAH NORMALA, PERTAHANKAN MARUAH KAMU DAN ISLAM BIARPUN KAMU TEWAS

Ok Tak ?

Ini Ok ke?

Calon PAS, Normala....Tak ok kot !!

Oleh: WFAUZDIN NS

ADAKAH Normala Sudirman calon PAS di PRK Dun Tenang akan menjual maruah diri dan agamanya hanya kerana mahukan undi dari pilihanraya ini nanti? Beliau kini digasak begitu hebat oleh puak-puak sekutu Apco yang mengaku Islam dan juga puak-puak sekutu Apco yang Non Muslim di dalam kempen di Tenang sekarang.

Tuduhan `zina' ke atas Normala bebas diperkatakan melalui blog pro sekutu Apco Yahudi Laknatullah ini. Memang itu ajaran Apco jika inginkan sesuatu kejayaan hendaklah berani melakukan fitnah dan mencipta pembohongan. Jika mahukan undi, kamu mesti tentang mereka habis-habisan walaupun terpaksa menghina ugama kamu sendiri. Inilah yang berlaku di Tenang sekarang. PAS terpaksa hadapi ini semua dengan dibantu oleh sekutunya dari PKR dan DAP.

Puak sekutu Apco itu amat tidak senang sekali apabila melihat calon PAS Normala mempertahankan hukum Islam dengan tidak bersalam dengan lelaki yang bukan Muhrimnya. Mereka lebih senang bersekongkol atau bersetuju dengan pemimpin yang pernah melakukan aksi lucah dan berzina di hadapan kamera, dan pemimpin yang digelar `Bintang Porno' ini lah yang memperlekehkan hukum Islam. Itulah yang diajar oleh Apco Yahudi Laknatullah.

Saya tidak tahu sejauh mana keimanan penganut-penganut ugama Islam di kawasan Dun Tenang. Mereka kini berhadapan dengan dugaan yang amat berat iaitu memilih di antara menyelamatkan agama Islam atau memungut umpan dan habuan duniawi yang ditaburkan oleh sekutu Apco. Saya pun tidak pasti sampai bila orang-orang Melayu yang berada di Dun Tenang masih sanggup dibuli dan dicucuk hidung mereka seolah-olah Allah tidak menganugerahkan mereka untuk berfikir.

Memang benar, sekarang mereka boleh bermewah dengan apa yang mereka perolehi terutamanya para Peneroka Felda. Tidakkah mereka bimbang nikmat yang mereka perolehi ini nanti akan hilang dan akan digantikan dengan kesengsaraan akibat tindakan mereka bersekutu dengan penghina Islam ini? Fikir-fikirkan lah sebelum terlambat. Mengejar habuan dunia jangan sampai menentang perjuangan Islam. /wfauzdin.blogspot.com

ROSAK SUDAH JAMIL KHIR.....

Oleh: WFAUZDIN NS

JAMIL Khir semenjak `bermazhab' Umno sekarang nampaknya sudah pandai membuat fitnah dan cerita bohong. Sebentar tadi di dalam Buletin Utama TV 3 suku, Jamil Khir menuduh PAS dahulunya mengharamkan wanita jadi calon, kini mengambil calon wanita di PRK Dun Tenang.

Jamil Khir bukan orang politik pada asalnya, mungkin beliau tidak tahu apa pun tentang politik. Sebab itu beliau tidak tahu sejarah bahawa PAS berpuluh tahun dahulu pernah mencalonkan wanita sebagai calon di Terengganu.

Mengapa Jamil Khir tidak ulas tentang kenyataan Chua Soi Lek yang mempersendakan hukum wanita Islam menyentuh kulit lelaki yang bukan Muhrimnya? Chua Soi Lek telah mempersendakan hukum ini apabila calon wanita dari PAS tidak bersalam dengan kaum lelaki yang bukan dari muhrimnya. Beliau juga mempersendakan DS Wan Azizah yang menggunakan sarung tangan bila bersalam dengan kauim lelaki.

Inilah akibatnya apabila bermazhab Umno. Mata menjadi `buta' dan mulut menjadi `bisu'. Jamil Khir juga sudsah pandai `merasuah' apabila menyampaikan sumbangan kepada rakyat di Labis. Mengapa sekarang? Apa tujuannya?/wfauzdin.blogspot.com

Ahad, 23 Januari 2011

PEMIMPIN MENGAKU ISLAM BERSEKONGKOL DENGAN `PELAKUN LUCAH' HINA ISLAM

Oleh: WFAUZDIN NS

APA masalahnya dengan Negara Islam yang amat menggusarkan Muhyiddin Yassin? Kita mahu tahu juga apakah ugama anutan TPM ini sehinggakan begitu takut kepada Hukum yang diturunklan oleh Allah SWT sehinggakan sanggup bersetuju dan redha dengan kerja-kerja MCA memburukkan agenda Negara Islam?

Memetik kenyataan di dalam Malaysiakini, TPM Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata tindakan Presiden MCA Datuk Dr Chua Soi Lek membangkitkan agenda PAS bagi menubuhkan sebuah negara Islam jika Pakatan Rakyat berkuasa adalah baik bagi "mengingatkan masyarakat Cina" berhubung keputusan mereka. Kenyataan beliau ini membuat kita ragu kepada kepercayaan dan keimanan beliau terhadap Islam. Terus terang, jika Muhyiddin diletakkan sebagai Imam Sembahyang, saya pasti tidak akan menjadi Makmumnya.

Seterusnya Muhyiddin memburukkan cita-cita PAS untuk mendaulatkan Islam dengan menghasut Kaum Cina yang Non Muslim agar tidak yakin dengan Negara Islam. Beliau dilaporkan berkata, "isu berkenaan bukan satu perkara baru, PAS masih menyimpan hasrat mereka untuk membentuk Negara Islam jika berjaya menguasai Putrajaya. Sejak daripada dahulu pun PAS tidak pernah mengatakan mereka nak pinda perlembagaan mereka... Itu (membentuk Negara Islam) masih ada. Jadi baik juga MCA mengingatkan pada masyarakat Cina," katanya pada sidang media selepas penamaan calon dalam pilihan raya DUN Tenang.

Kalau selama ini PAS bertungkus lumus mendekati rakan-rakan dari kaum Cina termasuk dari DAP untuk menerangkan keadilan Islam, lain pula kerja manusia bernama Muhyiddin ini. Sudahlah beliau tidak yakin dengan Hukum Allah, beliau menghasut pula orang lain agar sama bebal dan terus jahil bersamanya. Amat malang sekali jika umat Islam di Johor khususnya di Dun Tenang ini menyokong kerja jahat dan durhaka Muhyiddin ini. Beliau memalukan Islam di kaca mata masyarakat bukan Islam.

Oleh kerana adanya pimpinan yang jahil seperti ini, tidak hairanlah jika `pelakun lucah' Soi Lek berani mempertikaikan tentang hukum sentuhan kulit di antara wanita Islam dengan lelaki yang bukan Muhrimnya. Islam terlebih dahulu dihina oleh penganutnya sendiri yang memegang jawatan tinggi dan berkuasa. Beliau ingat dunia ini warisan pusaka keturunannya tanpa pencipta. Percayalah, Muhyiddin tidak akan ke mana-mana akibat perbuatannya yang menghina Islam ini. Beliau akan tersungkur dan menjadi hina selepas ini akibat perbuatannya.

Saya pasti, serangan demi serangan terhadap Islam yang dibawa oleh PAS akan menambahkan lagi semangat Jihad pejuang-pejuang PAS di Dun Tenang. Saya tidak pasti samada kaum Cina di Tenang akan menjadi bebal dan sebodoh Muhyiddin. Pengundi-pengundi di Tenang tidak harus lupa si Penipu besar ini yang pernah berjanji minyak petrol Ron 95 tidak akan naik, tetapi selang beberapa minggu ianya dinaikkan.

Kini, masa untuk mengajar si Penipu besar ini. Di dalam isu sentuhan kulit wanita dan lelaki yang bukan Muhrim dan penolakan Negara Islam, sekali lagi ingin kita bertanya, di mana suara Jamil Khir? Di mana suara PERKASA? Bisukah Harussani? Ularmak Muda tiada komenkah tentang ini? Mereka semua telah dibisukan, maka kita yang wajib ke depan dengan memastikan kemenangan PAS di dalam PRK Dun Tenang nanti./wfauzdin.blogspot.com

Sabtu, 22 Januari 2011

FOTO SEKITAR PENAMAAN CALON DI TENANG - SELAMAT BERJUANG









Oleh: WFAUZDIN NS

SELAMAT berjuang buat semua petugas, jentera kempen dan semua penyokong PR di PRK Dun Tenang. Bukan sesuatu yang mudah untuk berdepan dengan jentera Umno yang sudah pastinya dibantu oleh jentera kerajaan itu.

Longgokan wang ringgit telah bermula lebih awal sebelum hari Penamaan Calon pagi tadi dengan berbagai peruntukan dicurahkan. Bayangkan sebuah masjid Jamek sahaja senang-senang mendapat peruntukan segera berjumlah RM 100 Ribu. Buat warga Felda pula, mereka bagaikan `ayam daging' yang diberi makan agar gemuk segera untuk `disembelih'.

Tidak ada sejarah Umno menghadapi Pembangkang tanpa menggunakan segala jentera kerajaan dan wang kerajaan. Kesemua peruntukan dicurahkan segera diangap kebetulan. Peliknya, SPR masih percaya dengan `kebetulan' ini walaupun telah banyak kali SPR menyaksikan perkara yang sama setiap kali pilihanraya.

Itu masih belum dikira dengan kempen setiap hari siang dan malam melalui TV. Begitulah yang mesti dihadapi oleh PR setiap kali pilihanraya. Apapun, selamat berjuang dan bertawakkal kepada Yang Maha Esa./wfauzdin.blogspot.com

LAGI SOKONGAN KEPADA SULTAN DAN MB SELANGOR

Rakyat S'gor berkumpul ikrar sokong Sultan, MB
Jan 21, 11

Lebih 100 orang hari ini berhimpun di luar perkarangan Masjid Diraja Sultan Suleiman, Kampung Raja, Klang selepas selesai sembahyang Jumaat bagi menyatakan sokongan dan taat setia kepada Sultan Selangor, menteri besar dan pentadbiran Pakatan Rakyat.

NONESambil melaungkan "Daulat Tuanku", "Hidup Rakyat" dan "Hidup Pakatan" , mereka berarak ke Istana Alam Shah di Klang kira-kira empat kilometer dari masjid itu.

Kumpulan tersebut menyerahkan memorandum taat setia kepada Sultan dan menolak campur tangan pihak luar ke atas pentadbiran Selangor.

Namun begitu, ketika cuba berarak, mereka dihalang oleh kira-kira 50 anggota polis yang telah berkawal dan membuat sekatan.

NONEAkibatnya berlaku tolak-menolak.

Kedua-dua pihak kemudiannya berunding dan pihak polis bersetuju membenarkan sepuluh wakil kumpulan itu ke istana.

Memorandum itu antaranya menyatakan bahawa rakyat Selangor berusaha sedaya upaya mempertahankan institusi raja selaras dengan prinsip Raja Berpelembagaan.

Turut hadirketua-ketua kampung daripada beberapa kawasan di Klang.

Nafi berkumpul, tapi berarak

Antara mereka yang dibenarkan terus masuk ke istana adalah ADUN Meru, Dr Abd Rani Osman, Ketua Pemuda PKR, Shamsul Iskandar Md Akin.

Manakala ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad hanya menunggu di pagar istana.

Sementara itu, ditemui wartawan selepas penyerahan memorandum, Shamsul Iskandar berkata, tidak wajar anggota polis menghalang rakyat daripada berarak ke istana.

"Kenapa kita tidak dibenarkan berarak sedangkan kumpulan satu lagi dibenarkan siap dapat liputan meluas daripada pihak media," katanya merujuk perhimpunan anjuran NGO antikerajaan negeri Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS) sebelum ini.

NONE

Sambil mendakwa perkara itu pilih kasih, Shamsul Iskandar mempertikaikan tindakan polis 'menghalang' perhimpunan itu yang "diadakan secara aman".

Ditanya mengenai permit berhimpun, Shamsul Iskandar berkata perkara itu tidak dilakukan kerana mereka "bukan berkumpul", tapi berarak.

"Kita berarak bukan berkumpul, buat apa kita nak mohon permit daripada Polis, malah, kita percaya GAPS pun tak mohon permit polis untuk berarak serah memorandum tempoh hari," katanya.

kumpulan itu bersurai kira-kira sejam kemudian tanpa tangkapan dan insiden tidak diingini.

Pada 12 Januari lalu, perhimpunan yang sama diadakan di Shah Alam melibatkan 400 orang, susulan pelantikan setiausaha kerajaan (SUK) yang didakawa membelakangi menteri besar./Malaysiakini

`PELAKON LUCAH' YANG CELAKA HINA ISLAM ?

Oleh: WFAUZDIN NS

BENARKAH `pelakon lucah' ini menghina hukum Islam sewaktu berkempen di Tenang? Kata Chua Soi Lek sepertimana yang telah dilaporkan oleh Malaysiakini, " Normala will not come here to a Chinese temple, she doesn't even shake hands with the people. I have received complaints about this. She is like Anwar Ibrahim's wife. She wears gloves when she shakes hands. If you can accept this kind of Islamic value, go ahead and vote for PAS,"

Terjemahan lebih kurang begini Normala (calon PAS) tidak akan datang ke kuil ini, dia tidak akan berjabat tangan dengan orang ramai. Saya telah menerima aduan tentang perkara ini, Dia seperti isteri Anwar Ibrahim.. Dia memakai sarung tangan jika hendak berjabat tangan, jika anda semua boleh menerima nilai-nilai Islam sebegini, teruskan dan undilah PAS.” Sepenuhnya sila baca di SINI.

Begitu sekali pandangan seorang Presiden MCA terhadap hukum Islam? Mana suara yang selalu terpekik terlolong menyalak bagai anjing yang kununnya hebat sangat membela Islam? Mana PERKASA? PEWARIS? PEKIDA ? Pemuda Umno? Di mana suara Jamil Khir? Harussani ? Bisu semuakah? Atau, kerana `pelakon lucah' itu pemimpin Komponen Bn?

Kerusi Dun Tenang kamu kata kamu boleh menang dengan mudah. Muhyiddin kata mahu tambah majoriti berlipat kali ganda sehingga mencapai 5000 majoriti. Tetapi, mengapa setara ini kamu benarkan pemimpin kurang ajar ini berkempen?

Saya tidak tahu lah jika pengundi-pengundi Islam di Tenang khususnya masih lagi memberi undi kepada puak-puak ini. Nampak sangat mereka gilakan habuan dunia sehingga sanggup bersekongkol dengan pemimpin seperti ini. Kalau benarlah seperti yang dilaporkan oleh berita tersebut, pemimpin ini patut diludah mukanya./wfauzdin.blogspot.com

Jumaat, 21 Januari 2011

BLOGGER YANG HIDUP HANYA MENGEMBANGKAN FITNAH, MATI LEBIH BAIK BUATNYA

Oleh: WFAUZDIN NS

BETAPA ruginya aku tak datang semasa perjumpaan Bloggers PR dengan MB Kelantan Tuan Guru Nik Aziz baru-baru ini. Bayangkan, seperti yang dilaporkan oleh KL Today yang mendedahkan satu blog pro-BN iaitu Papagomo mendakwa di dalam pertemuan itu setiap blogger yang hadir diberikan wang tunai sebanyak RM500, sebuah komputer riba laptop, kemudahan percuma talian broadband dan sebuah telefon mudah alih jenama Blackberry.

Tetapi, itu cuma kisah dari beberapa kisah fitnah dari Blogger paling bodoh yang tidak tahu bagaimana lagi untuk berhujah bagi mengampu Umno. Blogger ini fikir bahawa semua Blogger sama sepertinya yang hidup hanya memikirkan perut. Sebab itu jika dilihat pada perut Blogger ini dipenuhi dengan najis dan bangkai.

Bukan sedikit Blogger pro Umno seperti beliau yang hidup dengan memakan bangkai. Jenis ini kita percaya tidak pernah mendapat didikan agama sejak kecil dan beliau lahir pun mungkin semata-mata untuk membantu Iblis dan Syaitan untuk menyesatkan orang lain. Jauhilah kita dari mendapat zuriat atau keturunan seperti Blogger ini. Di masa kecil tidak mahu mampus, apabila besar menyusahkan dan menyesatkan orang lain. Apa beza kerja beliau dengan Syaitan?

Aku setuju kita pakat-pakat adakan Solat Hajat untuk memberi kesedaran kepada Blogger celaka ini. Seandainya hidup beliau akan menghasilkan banyak lagi fitnah, mati tentulah lebih baik untuknya agar dosanya tidak bertambah. /wfauzdin.blogspot.com

SEBUT SAHAJA KERUSI DIKOSONGKAN, PENYAKIT PUN HILANG

Oleh: WFAUZDIN NS

SPEAKER Dun Selangor Datuk Teng Chang Khim telah mengistiharkan kerusi Dun Pelabuhan Kelang kosong ekoran kegagalan YB Badrul Hisham Abdullah menghadiri persidangan Dewan selama 6 bulan tanpa alasan munasabah. SPR masih belum menerima surat secara rasmi dari Speaker dan Najib pula berkata Bn akan mengkaji kesahihan kekosongan itu terlebih dahulu.

YB Badrul Hisham Abdullah yang memenangi kerusi tersebut atas tiket PKR, kemudiannya keluar dari PKR menjadi Bebas dan akhirnya menjadi ahli Umno menyebut bahawa beliau akan menggunakan saluran undang-undang bagi mempertahankan kedudukannya sebagai DUN Pelabuhan Klang. Di samping itu, beliau berkata akan tetap hadir pada persidangan Dun Isnin ini kerana masih belum menerima surat rasmi mengenai kekosongan kerusi tersebut.

Secara tiba-tiba boleh pula YB ini hadir sidang dan hilang segala sakitnya setelah mendengar pengumuman Speaker tersebut. Di sini, rakyat di Dun Pelabuhan Kelang boleh menilai sendiri `permainan' Wakil Rakyat mereka. Sudahlah undi dari rakyat `dijual'nya kepada Umno, YB ini tidak mempunyai tanggungjawab langsung kepada pengundi-pengundi di kawasannya.

Sekiranya terpaksa diadakan PRK di situ, saya yakin rakyat di Pelabuhan Kelang tidak akan memaafkan beliau dan Umno. Sebab itulah seboleh-bolehnya pihak mereka tidak mahu diadakan pilihanraya kecil di kawasan tersebut walaupun terpaksa ke mahkamah. Adakah mahkamah di negara ini boleh diyakini? Kita tunggu dan lihat./wfauzdin.blogspot.com

PRK DUN MERLIMAU, BUKAN MUDAH BUAT PR DI MELAKA

NONEOleh: WFAUZDIN NS

ADUN Merlimau, Melaka Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan meninggal dunia pada jam 8.10 malam tadi di Hospital Pakar Putra, Melaka selepas mengalami serangan jantung. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham dan keluarganya diberi kekuatan serta kesabaran dengan ujian ini.

Kematian Mohamad Hidhir dijangka bakal menyebabkan pilihan raya kecil ke-15 diadakan sejak Pilihanraya Umum 2008. Melaka, sebuah negeri yang mengambil alih tempat Johor yang begitu `pekat' Umno nya akan diuji kali ini. Buat PR, bukan mudah untuk memenangi Pilihanraya di negeri Hang Tuah tersebut. Kekuatan Umno di Melaka bukan kerana rakyat Melaka menolak PR, jauh sekali kerana kepimpinan Ali Rustam tetapi adalah kerana keburukan demokrasi di negeri tersebut jika di bandingkan dengan lain-lain negeri.

Setiap program ceramah oleh PR di Melaka sentiasa mendapat provokasi melampau oleh Umno khususnya. Bukan sedikit program ceramah oleh PAS atau PKR yang diganggu dengan program ceramah Umno yang diadakan bersebelahan. Sukar untuk difahami bagaimana permit boleh diberikan di dalam keadaan sedemikian. Pernah beberapa tahun dahulu, ceramah Presiden PAS Tuan Guru Hj Hadi Awang diganggu dengan jeritan `Dajal' oleh Ali Rustam yang berceramah bersebelahan.

Inilah corak amalan demokrasi yang dipraktikkan di Melaka. Di negeri berkenaan, saluran maklumat daripada akhbar PR seperti Harakah atau Suara Keadilan begitu sukar sekali. Tiada siapa yang berani menjualnya secara terbuka. Rakyat di Melaka sentiasa dimomokkan bahawa PAS atau PKR adalah pemecah belah masyarakat. Hanya kaum Cina sahaja mempunyai sedikit kelebihan kerana DAP di Melaka tidak mendapat sekatan sehebat PAS atau PKR.

InsyaAllah, pilihanraya kecil kali ini kita mengharapkan strategi yang lebih baik dan berkesan daripada PR untuk menghadapi mereka. PAS Melaka terutamanya tentu telah memikirkan cara sebaiknya untuk menghadapi Umno dengan cara kotor mereka itu. Inilah peluang untuk PAS Melaka membuktikan bahawa Umno tidak boleh mendabik dada dengan kekuatan mereka sekarang./wfauzdin.blogspot.com

Khamis, 20 Januari 2011

YB GOBALA TIDAK SABAR LAGI UNTUK DIUPECAT OLEH PKR?

Gobala di dalam Majlis Pelancaran Parti KITA
Oleh: WFAUZDIN NS

MENARIK untuk kita memerhatikan tingkah laku YB Gobalakrishnan seorang MP dari PKR yang kununnya hebat dan berani mengkritik Ketua Umum PKR. Berbagai tuduhan sebelum ini beliau lemparkan kepada DS Anwar sehingga ke tahap yang tidak masuk akal langsung iaitu menuduh DS Anwar anti Hindu.

Semalam beliau hadir di dalam Majlis Pelancaran Parti KITA yang diterajui oleh Dato Zaid Ibrahim sekutu YB Gobala yang sama-sama mahu melihat DS Anwar jatuh di dalam politik. YB Gobala telah ditanya tentang perkembangan politiknya di dalam PKR setelah berbagai kontroversi yang beliau wujudkan di dalam parti. Beliau di dalam kenyataannya menegaskan bahawa beliau masih lagi ahli PKR dan Anwar Ibrahim tidak boleh memecat beliau.

Kita semua tahu bahawa di dalam PKR kuasa memecat tidak berada di tangan DS Anwar, malahan Presiden Parti sekalipun. Terdapat Jawatankuasa yang dibentuk untuk memecat mana-mana ahli di dalam PKR. Justeru itu, mengapa YB Gobala menyebut DS Anwar tidak boleh memecatnya? Tidak lain tidak bukan hanyalah kerana YB Gobala ingin menunjukkan keegoaannya.

Kita akan lihat nanti di mana YB Gobala akan melakukan lebih hebat daripada apa yang pernah beliau lakukan kerana teringin sangat untuk ditendang keluar dari PKR. Beliau sedia maklum, di dalam PRU akan datang beliau tidak akan terpilih lagi sebagai calon PKR kerana PKR tidak perlu Wakil Rakyat yang ego sepertinya. Sebab itu, beliau ingin mencari jalan awal untuk melangkah keluar.

Saya berharap PKR tidak lagi memberi muka kepada YB Gobala walau sebanyak mana pun jasanya kepada DS Anwar mahu pun parti. Jangan kerana kesihan kepada beliau atas jasa-jasanya, maka parti terpaksa menanggung biawak hidup. Masih ramai lagi yang berjasa dan ikhlas kepada parti yang boleh menggantikan beliau./wfauzdin.blogspot.com

MB SELANGOR MEMBAZIR RM 10 JUTA HANYA KERANA MENYELAMATKAN UMAT ISLAM DI PREMIS ARAK?

Oleh: WFAUZDIN NS

TERBUKTI bahawa kerjasama di antara PAS dengan PKR dan DAP lebih baik malah lebih menguntungkan umat Islam. Contohnya dapat kita lihat di Selangor, walaupun yang memimpin Kerajaan Selangor adalah PKR, namun semua pandangan dari rakan PAS dan DAP diambil kira. Kerjasama ini tidak akan berlaku sekiranya PAS bersama Umno, MCA, MIC dan Gerakan kerana PAS cukup mempelajari sejarah lampau di mana Umno telah mengkhianati PAS.

Isu agama mungkin dikatakan sukar buat PAS bersama dengan PKR lebih-lebih lagi DAP, tetapi itu hanyalah jangkaan Umno dan itu jugalah harapan Umno agar PR tidak mampu bersatu. Tetapi kita telah buktikan sebaliknya. Di dalam isu pekerja Islam di premis arak telah menjadi satu modal besar buat Umno untuk memecah belahkan PR di Selangor. Bantahan oleh Umno terhadap YB Ronnie Liu yang kununnya menentang larangan umat Islam bekerja di premis arak tidak memberi kesan apa-apa pun kerana rakyat Selangor tahu sikap Umno terhadap Islam selama ini.

Apabila kita membaca di sini, kita lihat isu ini dapat diselesaikan dengan penuh hikmah dan bijaksana. Itulah untungnya jika kita memilih kerajaan yang dipimpin oleh parti yang peka kepada rakyat. Umno tidak akan terfikir bagaimana Kerajaan Negeri Selangor sanggup berhabis duit sebanyak RM 10 Juta semata-mata untuk menyediakan alternatif dan membantu pekerja-pekerja Islam yang berhenti kerja di premis arak untuk mencari kerja lain yang halal. Wang tersebut juga akan digunakan untuk menawarkan mereka latihan keusahawanan dan bantuan modal bagi memulakan perniagaan. Antara sektor perniagaan yang ditawarkan bantuan modal adalah kecantikan, jahitan, masakan, membaiki telefon bimbit dan lain-lain. Kerajaan Selangor tidak sayang untuk menghabiskan sejumlah wang tersebut asalkan rakyat Selangor tidak terpaksa mencari makan secara haram.

Apakah ini nanti akan dianggap satu tindakan populis oleh Najib? Adakah ini hanya taktik Kerajaan Negeri Selangor semata-mata? Pedulikan tuduhan jahat mereka, yang pasti sesiapa yang ingin memohon bantuan yang disediakan boleh terus ke Unit Perancangan Ekonomi Negeri (UPEN), Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam. Selama 50 tahun lebih Umno memegang kuasa di Pusat atau di beberapa Negeri, pernahkah Umno terfikir untuk melakukan seperti ini? Jawapannya tidak, bahkan Najib pernah bercita-cita untuk meluluskan lesen judi Bola Sepak Piala Dunia dan ingin mewujudkan Hub Hiburan di negara ini.

Justeru itu, tepat sekali keputusan PAS untuk terus bersama PR dan menolak Umno ke tepi. Seandainya PR menerajui Putrajaya, boleh kita bayangkan kerjasama dan persefahaman ini tentunya lebih baik dan menguntungkan rakyat. Selepas ini Umno akan terus mencari isu untuk meruntuhkan kerjasama di dalam PR, tetapi kita percaya pemimpin kita lebih bijak dan cerdik dari pemimpin mereka walaupun pemimpin mereka mendapat bantuan khidmat nasihat dari Apco. /wfauzdin.blogspot.com

BERANI ATAU TIDAK PENGERUSI SPR KALI INI?

Oleh: Mandor

SPEAKER Dun Selangor, YB Datuk Teng Chang Khim hari ini mengisytiharkan kerusi Dewan Undangan Negeri Pelabuhan Klang kosong berikutan kegagalan penyandangnya, YB Badrul Hisham Abdullah menghadiri sidang Dewan Undangan Negeri Selangor selama lebih setengah tahun. Pengumuman itu dibuat petang semalam di Bangunan Sultan Abdul Aziz Shah di Shah Alam.

Pengerusi SPR malam tadi berkata, beliau belum terima surat rasmi daripada Speaker. Beliau mempertikaikan mengapa Speaker tidak memaklumkan kepadanya terlebih dahulu sebelum mengadakan pengumuman di media. Bukankah maklumat rasmi beliau belum terima, maka tunggulah. Masalah Speaker nak umumkan pada media itu bukan satu kesalahan dan itu juga maklumat tidak rasmi. Apa masalahnya?

Perlantikan SUK Negeri Selangor pun MB Selangor tidak tahu, kisah apanya? Sekarang ini Pengerusi SPR kena berhati-hatilah buat keputusan samada disahkan kerusi tersebut kosong atau tidak. Jangan kena cucuk hidung pula nanti. Kita tunggu berani atau tidak Pengerusi SPR ini buat keputusan tanpa dicucuk hidung./mandor.blogspot.com

VIDEO - MUFTI PERAK KATA ANWAR LEBIH MUNAFIK DARI ABDULLAH BIN UBAI




Oleh: WFAUZDIN NS

CUBA anda dengar dan teliti klip video di atas. Wajahnya seperti yang kita kenali iaitu bertaraf Mufti. Tetapi apabila mendengar cara dia menjawab persoalan, tidak ubah seperti Ketua Umno Cawangan sahaja apabila memburukkan peribadi DS Anwar. Langsung tiada hujah jauh sekali berpandukan pada fakta, sekadar menjawab sesuka hati. Tidak melambangkan langsung ilmu yang beliau miliki.

Di antara lain, intipati yang beliau perkatakan tentang DS Anwar adalah;

- DS Anwar seorang pendendam.
- DS Anwar lebih teruk dari Abdullah bin Ubai seorang Munafik di zaman Nabi.
- Beliau mendakwa `menangkap' DS Anwar untuk dikahwinkan.
- Beliau mendakwa DS Anwar ingin `menyerang' Istana sebaik sahaja ABIM ditubuhkan.
- Beliau turut bersetuju bahawa DS Anwar adalah penyokong Islam Liberal (Agama serupa) dan menyebut bahawa jika DS Anwar berkata awal dahulu beliau akan jatuhkan hukum `murtad' kepada DS Anwar.

Beginikah cara seorang Mufti berhujah? Seorang Mufti boleh terpedaya dengan soalan provokasi dan andaian semata-mata?

Saya rasa mungkin lain jadinya jika soalan tentang Najib ditujukan kepada beliau. Jika DS Anwar dianggap lebih teruk dari Abdullah bin Ubai, tidak mustahil Najib akan dianggap lebih mulia dari sahabat Nabi dan Rosmah lebih agung dari isteri Nabi.

Begitulah jadinya ulamak di akhir zaman./wfauzdin.blogspot.com