Calon DAP, Dyana Sofya tewas di Teluk Intan dengan majoriti tipis bukan kerana isu Hudud. Jika Hudud jadi penyebab kekalahan, PR takkan dapat tingkatkan jumlah Kerusi di Parlimen dalam PRU 13 yang lalu kerana semua tahu PAS sememangnya konsisten untuk perjuangkan Hudud.
Dyana tewas bagi aku hanya kerana ada dua sebab. Pertama, terdapat pertikaian di kalangan pemimpin dan penyokong DAP terhadap pemilihan Dyana sebagai calon DAP di situ. Ertinya, mungkin ada undi sabotaj atau ramai yang tidak keluar mengundi kerana tidak setuju dengan calon pilihan DAP tersebut. Bagi mereka Dyana masih muda dan baru dikenali di kawasan itu, mungkin pada mereka ada tokoh lain yang saepatutnya lebih layak bertanding bagi berdepan dengan Pengerusi Gerakan, Datuk Mah.
Kedua, kita semua tahu jumlah yang keluar mengundi amat mengecewakan iaitu sekitar 66% saja berbanding 80% sewaktu PRU 13 yang lalu. Pengundi-pengundi luar juga tidak pulang mengundi kerana mungkin terlalu yakin calon DAP akan menang mudah. Lojiklah dengan jumlah hanya 66% mengundi tambahan pula pengundi-pengundi luar tidak pulang mengundi, maka kita hilang banyak undi. Itu pun Dyana masih mampu memberikan tentangan sengit kepada calon Bn yang mendapat bantuan dari jentera kerajaan pusat dan negeri. Tidak pelik jika tewas.
Kita mungkin pelik jika dengan keadaan pengundi sekitar 66% itu kita masih mampu menang. Itu memang pelik sebab bukan mudah kita boleh lawan jentera Bn di dalam PRK. Itu belum bicara soal undi awal dan undi pos lagi. Maka, jangan salahkan Hudud atas kekalahan ini.