Kempen PR di Sg Acheh Giat Dijalankan
che'GuBard hari ini menafikan khabar berita yang mengatakan terdapat masalah di antara PAS dan PKR di DUN Sg Acheh.
Kempen
menyantuni rakyat di Sg Acheh sedang giat dijalankan ketika ini oleh
semua pihak dari Pakatan Rakyat. Kempen kesedaran juga dilaksana bagi
memastikan Pulau Pinang dipertahan dan mendapat mandat lebih besar.
Seperti
jaminan awal che'GuBard sebelum ini, tidak akan ada pertembungan 3
penjuru di Sg Acheh. Pasti hanya ada seorang calon PR sahaja akan
berdepan dengan BN dan diyakini dalam tempoh 48 jam pimpinan PR (Majlis
Presiden) akan putuskan siapa yang bakal mewakili PR di Sg Acheh.
che'GuBard yakin pertimbangan yang dibuat adalah secara menyeluruh.
che'GuBard juga
menyeru semua jentera khususnya PKR agar bersedia menerima apa jua
keputusan itu nanti dan akan terus bekerja malah akan lebih agresif
mendekati pengundi saat akhir bagi kemenangan PR.
Agenda kita memperkukuh kerajaan PR P.Pinang yang
diiktiraf pentadbiran terbaik harus jelas dan mengatasi semua
kepentingan lain. Hasrat Rakyat tidak wajar dikhianati.
Malah
jika tidak terpilih che'GuBard tetap akan mengekalkan momentum jentera
dan sendiri akan turun berkempen demi kemenangan rakyat. Kita bukan
seperti BN yang dikenalpasti banyak tempat berlaku penutupan bilik
gerakan kerana kecewa.
Kesempatan ini juga, che'GuBard menyeru untuk semua
jentera BN yang kecewa untuk bersama dalam jentera rakyat dan membantu
kemenangan Pakatan Rakyat.
che'GuBard