TS Khalid kata menangkan Anwar di Kajang dulu baru boleh cerita pasal pemilihan dalam PKR. Masalahnya dia yang umum awal kenapa? Bila dah umum, tentulah ramai yang mahu bertanya. Tak pasal-pasal Anwar pun ditanya, Wan Azizah ditanya dan Azmin pun ditanya.
Sebab itu aku kata, TS Khalid ini pentadbir yang baik tetapi dari segi politik 'Zero'. Politik bukan bermakna menjaga kepentingan diri atau puak, politik seperti Azmin pun tiada gunanya juga. Sebab itu, ramai yang tidak suka Azmin tetapi mereka tidak mahu Khalid jadi Timbalan Presiden PKR. Mahu tak mahu, jika tiada yang tampil selain dari Azmin dan Khalid untuk merebut jawatan Timbalan Presiden PKR, aku pasti ahli-ahli PKR dengan berat hati terpaksa memilih Azmin juga. Harapan mereka agar Azmin berubah sikap itu saja.
TS Khalid tidak boleh dibiarkan menjadi Timbalan Presiden kerana PKR tidak mampu untuk di'korporat'kan seperti Negeri Selangor semenjak tahun 2008. Mahu buat rundingan MOu air Selangor dengan Kerajaan Pusat pun Khalid tidak tahu berbudi bahasa dengan rakan-rakan di dalam PR bahkan dengan bosnya di dalam parti pun beliau ke belakangkan. Beliau rela agar Faekah saja menatap perjanjian yang 'latest' itu daripada ditunjukkan walau seminit untuk Anwar lihat dan teliti.
Sekarang lihatlah betapa ramai yang meragui kandungan MOu itu. Terfikir oleh ramai orang mengapa tiba-tiba Najib begitu berlembut dengan isu air? Kebetulan PRK Kajang? Jika Najib benar-benar telah berubah, ayuh, kembalikan pula royalti buat Kelantan dan Terengganu. Hapuskan wang ihsan yang tidak wujud sepatutnya itu. Ini semua politik, dan Khalid tidak tahu strategi politik Najib. Anwar mungkin sudah baca helah Najib, kita tunggu saja lah.