JOM MASUK AHLI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DENGARKAN KOBAT FM ONLINE

Isnin, 31 Ogos 2009

Kepala lembu: Penerusan agenda Utusan Malaysia

Setelah sekian lama Utusan Malaysia mengasak isu perkauman, akhirnya lahirlah apa yang berlaku di Shah Alam selepas sembahyang Jumaat semalam, apabila sekumpulan umat Melayu membawa kepala lembu ke pejabat SUK Selangor.

Anggota Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkifli Ahmad menyifatkan apa yang berlaku itu adalah penerusan dari siri-siri laporan dan tulisan dari akhbar berkenaan yang bersifat berkauman.

Bagi beliau, apa yang berlaku juga akibat dari pengaruh akhbar Umno itu terhadap pembaca mereka khasnya di kalangan ahli Umno yang memiliki akhbar berkenaan.

Dr Dzul mengulas tindakan sekumpulan yang memperkenalkan diri mereka sebagai penduduk Seksyen 23 Shah Alam yang membantah keputusan kerajaan negeri memindahkan sebuah kuil Hindu di Seksyen 19 ke Seksyen 23, kawasan kejiranan mereka.

Mereka telah membuat demostrasi dengan membawa kepala lembu yang masih berdarah dan diletak di depan pintu pagar pejabat Sultan Salahudin yang menempatkan pejabat SUK dan MB Selangor.

Tindakan mereka ini dikira satu penghinaan kepada orang Hindu yang menjadikan lembu sebagai tuhan mereka.

Seorang pembaca The Malaysian Insider menyifatkan langkah ini bertentangan dengan Islam kerana Islam melarang mana-mana umatnya menghina tuhan-tuhan orang lain kerana dibimbangi mereka akan membalasnya dengan menghina tuhan orang Islam iaitu Allah.

Bagi Dr Dzul yang juga AJK PAS Pusat, mereka hanya menyambung apa yang telah disiar dan ditulis dalam akhbar mereka sahaja.

Sejak kebelakangan ini, akhbar berkenaan banyak menyiarkan tulisan yang disifatkan sebagai bersifat perkauman dan dilihat cuba membangkitkan semangat Melayu.

Antaranya tulisan bertajuk "Sedarlahh wahai Melayu" dan sebagainya. Penulis akhbar itu membayangkan seolah-olah Melayu dalam tertekan. Padahal, bagi kebanyakan pemimpin Pakatan, bukan Melayu yang tertekan tetapi Umno.

Atas sebab itulah pelbagai usaha dibuat untuk menarik PAS bersama mereka atas kepentingan Melayu dan Islam. Namun, ianya ditolak oleh PAS.

Sebahagian penyokong dan ahli PAS juga dikatakan ada yang terpengaruh dengan pendekatan perkauman dan agama sempit di Seksyen 23 Shah Alam ini. Atas dasar itulah juga dikatakan ada yang mengaku ahli PAS menyokong tindakan itu.

Sebelum ini, anggota Parlimen Shah Alam, Khalid Samad memaklumkan, pihaknya akan membuat dialog dengan penduduk Seksyen 23 tentang rancangan kerajaan negeri Selangor itu.

Menurutnya, apa yang berlaku adalah, Kuil Mariaman di Seksyen 19 itu dibina di atas tanah PKNS berhampiran dengan rumah penduduk di situ. Ia menyebabkan sering berlaku kesesakan di situ dan menyusahkan banyak pihak.

"Mereka telah 25 tahun membuat bantahan," kata Khalid.

Atas dasar itu, kerajaan negeri dengan persetujuan JK Kuil telah bersetuju memindahkan kuil itu ke seksyen 23 untuk kegunaan penganut Hindu di situ serta Seksyen 19 dan 20.

Tanah tapak industri milik PKNS di Seksyen 23 Shah Alam telah dipilih oleh kerajaan sebagai tapak baru kuil itu. Majlis Bandaraya Shah Alam juga telah bersetuju mengenainya.

"Selepas semua pihak setuju, barulah kita akan bincang dan terangkan kepada penduduk," kata Khalid yang juga YDP PAS Shah Alam./

Petikan .themalaysianinsider.com

Jumaat, 28 Ogos 2009

SIAPA MAIN ISU PERKAUMAN INI?

Samy Vellu kecam arak kepala lembu
Ogos 28, 09 4:46pm
Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu mengecam tindakan sekumpulan penduduk Seksyen 23 Shah Alam dengan beberapa NGO Melayu mengarak kepala lembu ke bangunan Setiausaha Kerajaan Selangor sebagai membantah idea membina kuil baru Hindu.

Katanya, lembu merupakan binatang suci kepada penganut Hindu, dan tindakan kumpulan tersebut tidak boleh diterima dan dianggap mencabar kebebasan beragama yang dijamin dalam Perlembagaan Persekutuan.

"Ia menjadi hak rakyat pelbagai agama, termasuk penganut Hindu untuk membina kuil dan tempat-tempat ibadat.

"Saya amat sedih kerana kumpulan ini telah mengarak kepala lembu ke bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (Selangor)," katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, tiada sesiapa pun yang harus dibenarkan untuk mencabar atau mempersendakan sebarang agama di negara ini.

Beliau bimbang tindakan tersebut boleh mengundang tindak balas dari masyarakat Hindu.

"Bagaimanapun, saya menggesa penganut Hindu khususnya supaya bertenang dan menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk mengambil tindakan," tambahnya.

Samy Vellu berkata, MIC mahu kerajaan dan pihak polis mengambil tindakan terhadap penganjur protes tersebut.

Katanya, mereka mesti dikenakan tindakan mengikut undang-undang kerana membahayakan keharmonian kaum di negara ini./Malaysiakini

ONG TEE KEAT HARUS BERSEDIA BERTEMPUR

'Semoga dapat saya bertempur lagi'
Ogos 27, 09 3:48pm

"Semoga umur saya panjang untuk menempuh hari-hari mendatang dan menghadapi pertempuran baru," tulis Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, yang dipecat daripada MCA, dalam blognya. Ungkapan tersebut menamatkan tulisan bekas timbalan presiden MCA itu dalam blognya hari ini ketika mengulas tindakan mengejut partinya lewat malam tadi.

Keputusan itu diambil oleh Majlis Presiden MCA susulan syor yang dibuat oleh jawatankuasa disiplin parti atas dakwaan mencemarkan reputasi parti selepas skandal seksnya.

Pemecatan Dr Chua dibuat selepas beliau berjaya menapak kembali dan memenangi pertandingan bagi jawatan timbalan presiden dalam pemilihan parti itu Oktober lalu.

"Saya tidak sangka bahawa lembaga disiplin MCA, yang diketuai oleh seorang peguam tua, menganggapnya wajar untuk mengesyorkan supaya saya dipecat atas alasan yang sama ketika saya meletak jawatan pada Januari 2008," katanya.

"Jika ada satu peruntukan untuk menjatuhkan hukuman mati di segi fizikalnya, saya pasti lembaga itu tidak akan teragak-agak untuk mengesyorkan saya diseret ke tali gantung."

Walaupun ramai yang melihat keputusan ini sebagai petanda berakhirnya karier politik Dr Chua, namun beliau tidak patah semangat. "Anggota keluarga dan rakan-rakan saya akan pergi bercuti sekejap. Saya perlu menikmati status 'tidak berparti' ini. "Jadi rakan-rakan memberi saya satu peluang untuk berehat," katanya lagi.

Mengimbau kembali saat-saat beliau mula menganggotai MCA pada 1985 sehingga melepaskan jawatan dalam parti dan kerajaan pada 2008, Dr Chua berkata, keadaannya kini jauh lebih teruk daripada sebelumnya.

"Hari ini, saya tidak ada parti. Apabila saya melepaskan semua jawatan parti (ketika itu), saya masih lagi ahli MCA. Hari ini, saya langsung tidak ada parti," katanya. "Tetapi apakah pemecatan saya akan meningkatkan imej MCA? Saya harus mengandaikan bahawa presiden (Datuk Seri Ong Tee Keat) sebersih dan seputeh kristal." Dr Chua, yang selama ini memang tidak sehaluan dengan presiden MCA, kemudian segera menambah: "Hanya masa yang akan menentukannya."

Ong, yang juga menteri pengangkutan, kini berdepan dengan tuduhan bahawa beliau mengambil wang RM10 juta Datuk Seri Tiong King Sing, pemegang saham utama Kuala Dimensi Sdn Bhd yang kontraktor utama projek pembangunan Zon Bebas Pelabuhan Kelang (PKFZ).

Sejak dipecat tengah malam tadi, Dr Chua berkata beliau kini sibuk membaca SMS yang tidak putus-putus diterimanya sejak semalam. Tulisan Dr Chua itu membayangkan keputusan tersebut bukanlah jalan mati untuknya./Malaysiakini

Khamis, 27 Ogos 2009

UMNO `TERKANGKANG' LAGI

Permatang Pasir: PR Menang Di Semua Saluran

27 Aug 09

Dari Merdeka Review
Lim Hong Siang

Pakatan Rakyat berjaya menyapu bersih semua saluran pengundian di DUN Permatang Pasir semalam, sementara menjauhkan jurang antara PR dengan BN dengan rekod 6-1, dalam pilihan raya kecil sejak Malaysia dilanda tsunami politik pada 8 Mac 2008.

UMNO-BN yang tidak meletakkan calon dalam pilihan raya kecil DUN Penanti, 31 Mei 2009, walau bagaimanapun mengekalkan rekod kekalahan 6 kali berturut-turut di Semenanjung Malaysia selepas PRU ke-12, dalam pertembungannya dengan Pakatan Rakyat.

Kemenangan mutlak PAS-PR

PAS dari PR semalam bernafas lega, apabila menundukkan calon UMNO-BN dengan kemenangan mutlak di kesemua saluran pengundian. Menurut keputusan terperinci yang terpapar, BN hampir menembusi saluran pengundian kedua di Permatang Ara (97% pengundi Melayu) dengan 287 undi, bagaimanapun tidak kesampaian apabila PAS-PR memperolehi satu undi lebih daripadanya.

Begitu juga apabila UMNO-BN dihampakan dengan 10 undi sahaja, di saluran pengundian kedua di Kampung Pelet, kawasan yang terdiri daripada 72% pengundi Melayu. PAS-PR memperolehi 185 undi, berbanding UMNO-BN dengan 175 undi.

Antara sembilan daerah mengundi, PAS-PR menang dengan margin majoriti yang paling selesa di Cross Street, dengan menyapu 75% undi. Cross Street terdiri daripada lebih 80% pengundi bukan Melayu. Sebaliknya, di daerah mengundi yang terdiri daripada 93% pengundi Melayu, Kubang Semang, menyaksikan PAS-PR merangkul 74% jumlah undi.

Di daerah mengundi seperti Sama Gagah, Permatang Pauh dan Permatang Tengah, PAS-PR berjaya mencatat nisbah jumlah undi 7:3, berbanding UMNO-BN.

UMNO-BN hanya mampu merapatkan jurang di daerah mengundi seperti Permatang Ara (43% undi), Kampung Pelet (42% undi) dan Bukit Indera Muda (40% undi). Dari struktur kaum pengundi, kawasan tersebut adalah kawasan Melayu majoriti, dengan Permatang Ara 97% pengundi Melayu, Kg.Pelet 72% pengundi Melayu dan Bukit Indera Muda 96% pengundi Melayu.

Pengundi muda tetap memihak PR

Walau bagaimanapun, PR kekal dengan kelebihannya di saluran pengundian ketiga dan keempat, memperlihatkan sokongan pengundi muda terhadap pakatan politik baru ini. Walaupun di kawasan yang majoritinya pengundi Melayu, misalnya di ketiga-tiga daerah pengundian di mana UMNO-BN “berjaya merapatkan jurang”, golongan pengundi muda tetap bersama PR. Di Permatang Ara misalnya, UMNO-BN kalah dengan satu undi di saluran pengundian kedua, tetapi kalah dengan 152 undi majoriti (PAS 349: BN 197) di saluran ketiga.

Di daerah mengundi Permatang Tengah misalnya, dengan majoriti 89% pengundi Melayu, jumlah undi di saluran pengundian ketiga, keempat dan kelima menyaksikan bagaimana UMNO-BN tewas dengan 491 undi majoriti, apabila PAS-PR memperolehi 804 undi dan UMNO-BN mendapat 313 undi.

UMNO-BN dijangka tidak berubah

Jelas, kelebihan UMNO-BN hanya pada saluran pengundian pertama dan kedua, iaitu golongan pengundi yang umurnya lebih lanjut, di kawasan pengundi Melayu majoriti. Peningkatan sokongan Melayu mungkin tidak jelas, khususnya di kubu politik Anwar Ibrahim. Tetapi, mungkinkah keputusan ini cukup untuk memberangsangkan pemimpin UMNO?

Pengarah Strategi PKR, Tian Chua meramalkan bahawa UMNO-BN akan terus dengan propagandanya seperti “Anwar pengkhianat”, “DAP hina Islam” dan sebagainya, memandangkan peningkatan undi 1% pun mungkin memberi kepuasan kepada UMNO.

“Sememangnya kami (PR) juga bimbang akan kehilangan undi Melayu, tetapi selagi kami mengambil pendekatan yang sederhana, mengekalkan sokongan dari struktur pengundi yang sedia ada, maka UMNO-BN akan musnah dengan sendirinya,” jelas Tian Chua kepada MerdekaReview.

Kelas pekerja bersama PR

Ahli Parlimen Batu ini mengingatkan bahawa golongan yang tidak mengundi semalam adalah dari kelas pekerja, yang tidak mempunyai cuti, malah mungkin keberatan untuk balik mengundi kerana tambang kenderaan yang mahal.

Beliau yakin bahawa penurunan peratus pengundian sebanyak 10%, dikenalpasti sebagai pengundi pekerja yang akan mengundi untuk PR. Maka, kemenangan PAS-PR semalam mengukuhkan keyakinan PR bahawa strategi dan pendekatan yang sama wajar diteruskan, untuk berdepan dengan PRU ke-13.

Cuma, bagaimana pula dengan UMNO-BN?/Anwaribrahimblog.com

KRISIS PERAK UMPAMA `PERSETUBUHAN HARAM' - PROF DR ABDUL AZIZ

Sidang Dun Perak: Bahas titah tuanku, gantung Zambry
Azamin Amin
Thu | Aug 27, 09

KUALA LUMPUR, 27 Ogos: Dato' Seri Nizar Jamaluddin berkeyakinan bahawa Persidangan Dun Perak 2 September depan akan berjalan lancar sekaligus tidak akan mengulangi kejadian dan insiden 7 Mei lalu akibat tindakan pihak tidak bertanggunjawab yang melanggar lunas peraturan dan undang-undang sedia ada.

Sidang minggu depan itu, katanya amat penting kerana titah Sultan Perak, Sultan Azlan Shah belum dibahaskan lagi malah pada 7 Mei itu, tiada persidangan pun yang berlangsung memandangkan keceohan yang berlaku berikutan pelantikan Speaker 'haram' yang baru, yang tidak mengikut peraturan Dun.

Adun Pasir Panjang dan Ahli Parlimen Bukit Gantang itu berkata kepada Harakahdaily pagi ini bahawa sidang itu juga akan membentangkan usul pengantunggan Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir dan Timbalan Speaker Hee Yit Foong oleh Jawantankuasa Hak dan Kebebasan yang dipengerusikan oleh Speaker V. Sivakumar.

Masing-masing dikehendaki membayar denda sejumlah RM500,000 dan RM250,000 setiap seoarang akibat tindakan mereka yang menghina DUN dan kuasa Speaker, katanya.

Bagaimanapun, berhubung status Speaker 'haram' Datuk M Ganesan yang dilantik 7 Mei lalu, Nizar menjelaskan, satu permohonan injuksi akan dibuat untuk menghalang dalam menjalankan tugas Speaker yang masih disandang oleh Sivakumar.

"Selama ini, Adun-adun Pakatan Rakyat Perak senantiasa mengikut peraturan dan yang memulakan kekacauan serta menggunakan pihak keselamatan untuk campur tangan serta mengheret keluar Speaker adalah pihak yang lagi satu.

"Mereka sebenarnya yang menghina Dewan dan Tuanku Sultan. Kita patuh pada peraturan...apabila Speker panggil, kita wajib hadir," katanya ketika dihubungi.

Nizar turut mengulas sidang Dun 'bawah pokok' 3 Mac lalu, berpunca daripada perbuatan menghalang Speaker dan Adun-Adun memasuki bangunan Dewan Undangan Negeri Perak.

Semalam Sivakumar telah memfailkan saman terhadap Setiausaha Kerajaan Negeri Perak Datuk Dr Abdul Rahman Hashim untuk menuntut ganti rugi, ganti rugi teruk dan ganti rugi contoh.

Writ saman itu yang difailkan melalui Tetuan Chan & Associates di pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Ipoh tengah hari semalam, mendakwa Setiausaha Kerajaan Negeri itu atau pekerja atau ejennya telah menghalang beliau dan anggota DUN daripada menghadiri dan memasuki Dewan Negeri yang terletak di Bangunan Perak Darul Ridzuan pada 3 Mac lepas.

Pada 21 Ogos lalu, pihak Adun Pakatan Rakyat telah menghantar notis guaman dan memberi tempoh selama 48 jam kepada Abd. Rahman untuk memberi aku janji supaya tidak campur tangan pada persidangan Dewan 2 September ini.

Sebelum ini turut mengulas isu krisis yang berlaku di Perak ialah pakar perlembagaan, Profesor Dr Abdul Aziz Bari yang berpendapat sidang Dun 7 Mei itu sebagai tidak sah.

Aziz menjelaskan dari awal lagi sidang telah menyingkirkan kedudukan dan kuasa Speaker V. Sivakumar yang kemudian berlanjutan kepada bermacami arahan dibuat oleh Setiausaha Dun dan Setiausaha Kerajaan yang tidak mempunyai bidang kuasa yang sah.

"Hari itu Hee Yit Foong yang bertindak memulakan sidang meskipun Sivakumar ada dan masih belum disingkirkan. Itu belum lagi mengambilkira kedudukan Hee yang sebenarnya masih di dalam penggantungan.

"Bagaimana Hee boleh dibenarkan memulakan prosiding yang kemudian memilih Datuk M Ganesan," soal Aziz.

Paling menyedihkan, kata Aziz lagi, sebagaimana sidang di bawah pokok Mac lalu ,sekali lagi polis memainkan peranan utama.

Aziz menyifatkan kekecohan di Dun Perak itu adalah yang kedua selepas rampasan kuasa oleh BN pada 5 Februari dan pihak polis juga menghalang sidang Dun Perak Mac lalu sehingga ia terpaksa diadakan di bawah pokok kira-kira 100 meter dari premis rasmi.

�Apa yang berlaku di Perak itu bagaikan persetubuhan haram yang melahirkan anak dan cucu yang kemudiannya melibatkan komplikasi dan kekeliruan tentang taraf dan hak anak-anak yang tidak berdosa itu,� katanya. /Harakahdaily

UMNO PARAH, MCA PULA BUAT HAL

Pecat Chua: Ong belum tentu tidur lena
Harakahdaily
Thu | Aug 27, 09
KUALA LUMPUR, 27 Ogos - Walaupun selepas memecat Timbalannya Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, Presiden MCA Datuk Seri Ong Tee Keat sepatutnya boleh tidur lena malam tadi, tetapi belum tentu beliau dapat menikmatinya.

Ketika Ong mempengerusikan mesyuarat memecat Chua di ibu pejabat MCA malam semalam, pada sebelah paginya satu laporan polis dibuat ke atas beliau oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kuala Dimensi Sdn Bhd (KDSB), Datuk Seri Tiong King Sing.

Tidak cukup dengan itu, dalam pemberontakan terbuka terhadap beliau, pada sebelah petangnya, enam MCA bahagian di Perak iaitu bahagian Bagan Datoh, Kampar, Tambun, Batu Gajah, Ipoh Timor dan Ipoh Barat menuntut Ong digantung dari parti yang dipimpinnya itu.

Malam tadi, Majlis Presiden MCA menerima cadangan Jawatankuasa Disiplin parti itu untuk memecat keahlian Timbalan Presidennya, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek berkuat kuasa serta merta.

Presidennya, Datuk Seri Ong Tee Keat berkata, keputusan sukar itu terpaksa dibuat kerana cakera padat digital (DVD) skandal seks Chua yang tersebar sebelum ini telah merosakkan imej parti.

Mengulas tindakan pemecatan itu dalam blognya, Chua berkata: "Sekarang saya telah dipecat, saya harap beliau (Ong) boleh tidur lena". Image

Ketika mesyuarat untuk memecatnya akan diadakan, Chua tiba di ibu pejabat MCA. Bagaimanapun, beliau tidak dibenarkan hadir ke mesyuarat itu kerana beliau adalah pihak yang berkepentingan.

Ketika diminta menjangkakan keputusan mesyuarat itu oleh para wartawan, Chua memegang lehernya dan tiga kali berkata, "Gantung mati".

Menurut beliau, sejak pemilihan parti Oktober tahun lalu, Ong "melihatnya sebagai musuh ketat dan ancaman paling besar."

Dalam pemilihan itu, Chua mencipta kejutan apabila beliau yang terpaksa melepaskan jawatan dalam parti dan kerajaan ekoran skandal video seks berjaya menewaskan tiga calon lain untuk memenangi jawatan Timbalan Presiden.

Beliau memperoleh 1,115 undi untuk mengatasi Datuk Seri Ong Ka Chuan (1,001 undi), Datuk Donald Lim Siang Chai (209) dan Lee Hack Teik (10 undi).

Selepas kemenangannya itu, Chua melihat usaha-usaha untuk menyingkirkannya menjadi "agenda utama" Ong.

"Presiden MCA telah menggariskan tiga agenda utama parti (iaitu), ekonomi, politik dan keharmonian antara kaum. Tetapi hakikatnya, penyingkiran Chua Soi Lek kelihatan menjadi agenda beliau yang paling penting," kata beliau.

Ahad lalu, bekas Naib Presiden MCA yang kini menyertai PKR, Datuk Chua Jui Meng mengaitkan krisis MCA itu dengan agenda Umno.

Menurut beliau, khabar angin yang tersebar luas di dalam Barisan Nasional (BN) mendakwa bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak berpuas hati melihat Ong menjadi Presiden MCA dan lebih suka Chua memimpin parti itu.

Beliau mendakwa, Umno tidak puas hati dengan dengan cara Ong yang juga Menteri Pengangkutan mendedahkan skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).

Jika didedahkan skandal itu, dakwa beliau lagi, ramai pemimpin Umno yang terlibat.

Dakwaan itu tampil selepas dakwaan Ahli Jawatankuasa Pusat MCA, Datuk Tee Lian Ker baru-baru ini bahawa ramai tokoh Umno dan MCA berada dalam "payroll" Ketua Pegawai Eksekutif KDSB yang menjadi pemaju PKFZ.

Skandal PKFZ sebelum itu semakin panas apabila Tiong mendakwa Ong menerima RM10 juta darinya.

Ketika bertindak balas terhadap dakwaan itu, Ong membuat laporan polis, mengemukakan saman RM500 juta terhadap Tiong serta melemparkan tuduhan terhadapPengerusi Kelab Penyokong Barisan Nasional (BNBBC) itu.

Tuduhan tersebutlah yang mendorong Tiong mengemukakan laporan polis terhadap Ong semalam.

Tiong yang juga Ahli Parlimen Bintulu juga dipercayai menyerahkan beberapa dokumen kepada polis, yang dijangka menjadi bukti penting kepada dakwaan bahawa Ong menerima RM10 juta darinya.

Wang itu dikatakan diserahkan secara berperingkat-peringkat di Hotel PJ Hilton di Petaling Jaya. _

Analisis: Yang tersirat dan tersurat di Permatang Pasir

27 Aug 2009

Oleh Darwis Said

SATU pengajaran yang boleh ditimba Barisan Nasional (BN) berikutan keputusan pilihan raya kecil Permatang Pasir yang boleh dijadikan bekal menjelang pilihan raya umum Malaysia ke-13 ialah cuba elak daripada menggunakan isu perkauman untuk menambat hati pengundi.

Memang benar ada trend menunjukkan bahawa pengundi Melayu di Malaysia masih berbelah bahagi dalam sokongan mereka kepada BN, khususnya Umno, dan ini dapat dilihat dalam pilihan raya kecil di Manek Urai, Kelantan, bulan lalu.

Namun, tidak semua pengundi Melayu Permatang Pasir mengundi berdasarkan corak pengundian yang dilihat parti itu dalam pilihan raya kecil Manek Urai, kata pengamat dan aktivis politik di Malaysia.

'Strategi menimbulkan isu perkauman dan agama, serta menyerang peribadi pemimpin pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, sebagai pengkhianat orang Melayu menimbulkan kesan sebaliknya ke atas BN,' kata pensyarah kanan Universiti Sains Malaysia (USM) di Pulau Pinang, Dr P. Sivamurugan, ketika dihubungi sejurus selepas keputusan pilihan raya kecil Permatang Pasir diumumkan kelmarin.

Sebaliknya, isu-isu seperti kes kematian Teoh Beng Hock, rasuah, ketelusan, integriti dan moral yang diketengahkan pembangkang lebih melekat di hati pengundi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) itu.

Calon BN, Rohaizat Othman, yang dibelenggu pelbagai skandal, kalah di tangan calon Parti Islam SeMalaysia (PAS), Ustaz Mohd Salleh Man, dengan majoriti 4,551 undi.

Ustaz Mohd Salleh mendapat sokongan 9,618 undi manakala Rohaizat hanya mampu menarik 5,067 undi.

Majoriti undi Ustaz Mohd Salleh mungkin rendah sedikit berbanding majoriti 5,433 undi yang diraih bekas penyandang kerusi DUN itu, Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman, juga daripada PAS, yang meninggal dunia pada 31 Julai lalu, dalam pilihan raya umum Mac tahun lalu.

Namun, ia boleh dianggap satu kemenangan besar kepada PAS jika diambil kira peratusan jumlah pengundi yang keluar mengundi kelmarin, kata Dr Sivamurugan.

Kelmarin, 73.1 peratus atau 14,832 daripada 20,350 pengundi berdaftar di Permatang Pasir keluar mengundi, berbanding lebih 82 peratus yang keluar mengundi pada 8 Mac 2008.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Kamaruddin Jaafar, semasa dihubungi berkata rakyat sukar menerima pendekatan BN-Umno yang sering menimbulkan isu perkauman dan menyerang para pemimpin Pakatan Rakyat (PR), khususnya Datuk Seri Anwar dan Mursyidul PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, yang dikatakan seorang ulama palsu.

Permatang Pasir terletak dalam kawasan Parlimen Permatang Pauh, kawasan pimpinan Datuk Seri Anwar, Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Kira-kira 72 peratus pengundinya adalah orang Melayu, hampir 26 peratus pengundi Cina, dan bakinya pengundi kaum lain.

Tindakan BN-Umno memainkan politik perkauman menjauhkan mereka daripada para pengundi Cina, manakala percubaannya memujuk pengundi Melayu dengan memaparkan PAS sebagai parti yang terlalu bertolak ansur dalam melaksanakan nilai Islam dan menjadi konco kepada Parti Tindakan Demokratik (DAP) yang anti-Islam gagal.

Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin, bagaimanapun berkata beliau kecewa dengan sikap pengundi kawasan Permatang Pasir yang tidak mahukan perubahan.

Beliau, yang juga Timbalan Presiden Umno, berkata kekalahan BN menunjukkan pengundi terlalu selesa dengan keadaan mereka ketika ini sehingga tidak mahukan pembangunan.

'Kita menerima keputusan ini kerana mengikut apa yang diamalkan dalam demokrasi berparlimen dan kita menghormati keputusan rakyat,' katanya.

Pengarah Pilihan Raya BN, Dr Ahmad Zahid Hamidi, pula berkata penduduk Permatang Pasir 'sudah memberi mesej bahawa mereka tidak mahukan perubahan, jadi kita jangan salahkan calon, jangan juga salahkan jentera'.

Namun, Dr Sivamurugan menekankan bahawa Rohaizat setakat mampu meraih 5,067 undi - lebih rendah berbanding 5,571 undi yang diraih calon Umno, Ahmad Sahar Shuib, pada pilihan raya umum tahun lalu.

'Ini menunjukkan bahawa penyokong BN sendiri pun tidak mahu mengundi beliau,' ujarnya.

Dalam pada itu, Perdana Menteri dan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak, dipetik akhbar Utusan Malaysia sebagai berkata pihaknya akan mengkaji semua faktor yang membawa kepada kekalahan BN bagi memastikan ia berjaya dalam pilihan raya pada masa depan.

'Dari satu segi kita dapat kurangkan majoriti undi parti lawan dan dari satu segi lain kita dapati ada faktor-faktor yang telah menyebabkan kekalahan kepada BN.

'Faktor-faktor ini harus diteliti dan diperbaiki supaya usaha kita pada masa depan akan lebih berjaya,' ulas Datuk Seri Najib, sambil menambah bahawa beliau 'tahu apa sebabnya'.

Kajian itu memang perlu dilakukan BN dengan segera.

BN kalah tujuh daripada lapan pilihan raya kecil sejak peristiwa 'tsunami' politik yang berlaku dalam pilihan raya umum Malaysia ke-12 tahun lalu.

Jika BN mahu mengelakkan kejadian 'tsunami politik' 2008 itu daripada berulang pada pilihan raya umum Malaysia ke-13, maka satu kajian jujur dan telus terhadap faktor-faktor yang menyebabkan kekalahannya dalam tujuh pilihan raya kecil itu harus dijalankan secara serius dan terperinci.

Strategi dan taktik pilihan raya baru perlu diterokai, manakala pendekatannya pula perlu diubah supaya lebih sesuai dengan trend perkembangan dan selera politik generasi pengundi masa kini di Malaysia.

Jika tidak, BN berpotensi menghadapi 'bencana politik' lebih mengejutkan berbanding apa yang berlaku pada 8 Mac 2008./KLPost


Memang ada trend menunjukkan bahawa pengundi Melayu di Malaysia masih berbelah bahagi

MCA BERGOLAK? CHUA SOI LEK DIPECAT

Kes seks: MCA pecat Dr Chua
Ogos 26, 09 3:38pm
kemaskini 12.12pm Majlis Presiden MCA lewat malam ini memecat Timbalan Presidennya Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berhubung skandal seks yang dihadapi bekas menteri itu awal tahun lalu.

Keputusan itu dicapai setelah ia bermesyuarat selama beberapa jam sejak 9 malam ini susulan syor yang dikemukakan oleh jawatankuasa disiplin yang menyiasat kes itu awal bulan ini.

Presiden MCA Datuk Seri Ong Tee Keat berkata beliau sendiri akan memaklumkan keputusan yang dibuat "dengan berat hati" dan "kolektif" itu kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, selaku pengerusi BN.

Dalam sidang media di Wisma MCA kira-kira tiga jam sebelum keputusan itu dicapai, Dr Chua memaklumkan beliau dikehendaki keluar mesyuarat majlis tersebut kerana ia ingin memutuskan tindakan terhadapnya.

Beliau sebelum itu hadir lebih kurang dua jam di mesyuarat Majlis Presiden MCA.

Tokoh yang dianggap pencabar utama Ong, Dr Chua menambah, laporan jawatankuasa disiplin yang dihantar kepadanya jam 5.30 petang ini mendedahkan syor memecat beliau.

Kata Dr Chua lagi, Majlis Presiden selalunya sekadar "cop getah" untuk meluluskan syor yang dibuat oleh jawatankuasa disiplin.

Beliau berharap "Ong akan tidur lena malam ini" selepas pemecatannya.

Katanya, sejak pemilihan parti Oktober tahun lalu - yang menyaksikan kenaikan kembali Dr Chua kepada jawatannya sekarang - Ong "melihatnya sebagai musuh ketat dan ancaman paling besar."

Awal bulan ini, jawatankuasa itu menyiasat aduan bahawa Dr Chua telah mencemarkan imej parti selepas muncul dalam satu DVD yang menunjukkan beliau adakan hubungan seks dengan seorang wanita.

Pengadu tersebut Eng Cheng Guan, yang juga pengerusi MCA bahagian Simpang Renggam, mendakwa insiden itu mencemarkan reputasi parti kedua terbesar dalam komponen BN itu.

Eng bagaimanapun menarik balik aduannya tetapi jawatankuasa disiplin meneruskan siasatan terhadap Dr Chua.

Mesyuarat malam ini difahamkan diadakan secara tergesa-gesa, manakala akhbar Sin Chew Daily melaporkan Dr Chua hanya dimaklumkan mengenainya pada kira-kira jam 4.30 petang semalam.

Penghujung 2007, DVD yang dirakam secara rahsia yang menunjukkan babak-babak seks Dr Chua dengan teman wanitanya diedarkan di beberapa tempat di Johor.

Susulan itu, awal 2008, Dr Chua mengejutkan negara dengan mengaku berterus terang bahawa beliaulah lelaki dalam DVD itu dan mengumumkan peletakan semua jawatan dalam kerajaan dan parti. /Malaysiakini

Rabu, 26 Ogos 2009

PAS SEMAKIN DIYAKINI - ZAID IBRAHIM

PAS DAHULU DAN SEKARANG

Oleh Zaid Ibrahim

Saya telah dijemput untuk menghadiri satu seminar anjuran PAS di Kota Bharu pada Sabtu lalu (15 Ogos). Terima kasih saya ucapkan kepada pimpinan PAS Kelantan kerana penghormatan dan kepercayaan yang diberikan kepada saya.

Maklumlah sayalah orang yang menyaman kerajaan negeri pada suatu masa dulu berhubung soal hukum hudud. Namun sebagaimana yang pernah saya jelaskan dahulu, saman itu dibuat atas dasar perundangan dan Perlembagaan, dan tidak ada kena-mengena dengan agama. Kalau ingin tahu lebih lanjut hal itu, saya telah jelaskan dalam buku saya "Saya Pun Melayu".


Yang menarik dalam seminar Sabtu lalu adalah perbincangannya berkisar hal-hal dalamam dan permasalahan parti yang diperkatakan secara terbuka. Itulah tanda keterbukaan PAS masa kini. Seminar itu diadakan di dewan Kelantan Trade Centre, sebuah bangunan canggih bertaraf lima bintang, untuk membuat post-mortem keputusan pilihan raya kecil Manek Urai serta merangka perancangan kekuatan PAS di masa depan. Kalau dalam tahun 1990 dulu bila UMNO teruk, pemimpin mereka berkata PAS hanya dapat bertahan satu penggal saja. Kini terbukti PAS telah memerintah Kelantan selama lima penggal dan sekarang menguasai Kedah pula. PAS telah bertambah maju manakala UMNO bertambah tempang.

Di seminar itu, saya telah mencadangkan PAS supaya jangan berpuas hati sebagai parti orang Kelantan sahaja. PAS, sebagai rakan kongsi dalam Pakatan Rakyat, dan sekarang berkuasa di Kedah, harus befikir sebagai parti nasional. Putrajaya mesti menjadi sasaran PAS dan Pakatan Rakyat. Amatlah perlu PAS meneroka jalan baru dalam usahanya meluaskan pengaruh. Bukan saja intipati mesej politiknya perlu disampaikan dengan yang lebih canggih, pendekatan baru juga diperlukan supaya lebih ramai orang Melayu dan Islam menerimanya. PAS harus yakin bahawa ia adalah alternatif kepada UMNO untuk orang Melayu.

Pada masa yang sama, mesej politik PAS pula mestilah mendapat sokongan semua kaum, atau sekurang-kurangnya orang bukan Islam tidak menentang atau menolak PAS. PAS mesti memperjuangkan hak asasi manusia atau "human rights" yang memangpun dituntut oleh Islam. PAS perlu menerima hakikat bahawa Malaysia ada lebih 100 suku kaum dan kepercayaan agama yang berbeza. Saya setuju dengan kata-kata Nik Amar Abdullah, Timbalan Pesuruhjaya PAS II Kelantan, iaitu cara atau proses penyampaian sama pentingnya dengan dasar dan intipati perjuangan parti. Kita mesti bulatkan kata. Jangan pula pepat di luar, pencong di dalam.

Walau pun sudah banyak perubahan dalam PAS hari ini berbanding tahun-tahun 1990-an dahulu, masih ada segolongan kecil pemimpin mereka yang was-was tentang cita-cita parti lain dalam Pakatan Rakyat. Mungkin ada juga parti lain dalam Pakatan yang turut syak wasangka terhadap PAS. Ini mesti berubah dan perlu diatasi oleh pucuk pimpinan Pakatan. Hanya kekuatan muafakat sebenar dari ketiga-tiga parti Pakatan ini mampu mengatasi Barisan Nasional.

Kita tahu UMNO akan sentiasa mempermainkan cita-cita kita dalam Pakatan kerana memang tabiat mereka suka memperlekehkan keupayaan orang lain. Bukan sahaja Pakatan, malah orang Melayu dan Islam yang mereka tak suka juga mereka hina dan jatuhkan maruah. Tetapi itu tidak mengapa. Gabungan PAS, KeADILan dan DAP serta parti parti lain di Sabah dan Sarawak mampu mengatasi BN jika pilihan raya yang bersih dan adil dapat diadakan. Syaratnya kita mesti teguh bersatu. Ketiga-tiga parti Pakatan ini tahu bahawa mereka hanya mampu mengatasi BN dengan dasar yang kukuh dan kemas yang dicapai secara perundingan dan konsensus serta boleh dipercayai oleh rakyat semua kaum. Menjadi rakan hanya untuk membantu dalam masa berkempen pilihan raya tidak cukup. Kita harus menjadi sahabat dan saudara seperjuangan untuk memastikan berakhirnya era ketidakadilan UMNO dan BN.

Pucuk pimpinan ketiga-tiga parti ini sudah pun bersetuju dengan prinsip-prinsip utama perjuangan Pakatan Rakyat. Cuma huraian yang terperinci perlu dibuat di atas platform dan dasar bersama ini. Jika ini dapat dipenuhi dengan isi yang memuaskan, maka proses untuk mendaftarkan Pakatan Rakyat sebagai satu gagasan atau wadah rasmi akan berjaya tidak lama lagi. Sebagaimana yang saya katakan sebelum ini, apa-apa isu remeh dan salah faham sesama pemimpin dan ahli perlu diselesaikan segera. Rakyat pula diharap bersabar dengan proses ini. Saya yakin jika rakyat dapat menanggung sengsara UMNO dan BN lebih 50 tahun, apa salahnya diberi peluang untuk Pakatan bersiap sedia mengharungi badai politik. Insya Allah hasrat rakyat melihat Pakatan bersatu melawan BN satu lawan satu akan tercapai juga akhirnya.

*Zaid Ibrahim ialah bekas Menteri Jabatan Perdana Menteri, kini pemimpin Pakatan Rakyat. Tulisan ini dipetik dari http://www.myzaidibrahim.com/.

LOMPAT PARTI ? TAKTIK USANG UMNO

Tiada ADUN Selangor lompat parti: Dr Hasan

SHAH ALAM – Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali menyifatkan dakwaan bahawa lapan Ahli Dewan Negeri (ADUN) termasuk lima Exco Kerajaan Negeri daripada parti Pas dan juga Parti Keadilan Rakyat (PKR), keluar daripada parti sebagai satu dakwaan yang tidak berasas.

Beliau yang juga Pesuruhjaya Pas Selangor berkata, hampir tidak ada kemungkinan, sama ada ahli Exco Pas atau ADUN-ADUN Pas, yang akan meninggalkan Pas untuk bertindak sebagai ADUN Bebas atau memasuki mana-mana parti lain.

“Kita tidak pernah membincangkan perkara ini, sama ada dalam mesyuarat Exco mahupun dengan Menteri Besar (Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim) sendiri.

“Bahkan, dalam :kala�ngan ahli exco, Menteri Besar MB, dan saya sendiri juga tidak mengambil apa-apa sikap berhubung perkara ini,” katanya ketika ditemui Sinar Harian semalam.

Menurut Dr Hasan, perkara itu hanya diada-adakan oleh pihak yang ingin melihat perpecahan berlaku dalam PR.

Mengenai 100 ahli PKR Bukit Antarabangsa yang kembali ke pangkuan UMNO, seperti yang dilaporkan Sinar Harian sebelum ini, Dr Hasan berkata:

“Saya nak senarai nama, nombor kad pengenalan, alamat, tarikh masuk dan keluar parti serta pengakuan bahawa dia keluar daripada parti.

“Mana-mana parti boleh mengatakan bahawa 500 ahli keluar parti dan mendakwa menerima 100 ahli baru. Itu biasa tetapi saya yakin tidak ada dalam kalangan ahli Pas di negeri ini yang keluar parti,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali juga menafikan akan berlakunya penghijrahaan beramai-ramai wakil rakyat keluar dari PR.

“Sebelum ini saya dengar 12 ADUN yang akan keluar, lapan daripadanya adalah daripada Pas. Sekiranya lapan ADUN Pas keluar ini bermakna habislah Pas di negeri Selangor,” katanya.

Dr Halimah berkata, beliau sendiri berasa geli hati dengan spekulasi tersebut dan menyifatkannya sebagai perkara di luar jangkaan dan terlalu pelik.

“Bagaimanapun, tiada sebab untuk ADUN-ADUN keluar daripada PR. Ini merupakan suatu manipulasi dan cerita yang dikeluarkan sengaja direka-reka oleh pemikir UMNO yang mungkin ramai ADUN mereka yang digantung atau sebagainya dilihat seakan tidak ada kerja lain.

“Kemungkinan oleh sebab itu, mereka mereka-reka pelbagai cerita yang seperti ini. Tetapi semua itu tidak benar sama sekali kerana Pas mempunyai prinsip yang tersendiri,” katanya./SH

Selasa, 25 Ogos 2009

VIDEO - PENYOKONG UMNO MARAH LA PLAK!!

BUDAYA BARU ANAK DIDIK UMNO-PATUT KALAH

Tuesday, August 25, 2009

KITA MEMANG MEMINTA APABILA BERLAKUNYA SETIAP KALI PILIHANRAYA AKAN ADA MANA-MAAN CALON PAKATAN YANG DIBELI UMNO ATAU AKAN ADA BUDAK-BUDAK SEKOLAH YANG DIUPAH,NAIK MOTOSIKAL UMPAMA BUDAYA SAMSENG DAN INI AKAN MEMPENGARUHI PENGUNDI UNTUK BERTAMBAH BENCI DENGAN UMNO.DALAM PAKATAN PUN ADA JIKA HENDAK MELAKUKANNYA.AKAN TETAPI MENDENGARKAN AKAN NASIHAT BAHAWA BUDAYA INI AKAN MEROSAKAN NAMA PARTI MAKA PAKATAN TIDAK MELAKUKANNYA.

KALAU PAKATAN NAK BUAT,LAGI BESAQ PUN BOLEH...TAPI OLEH KERANA BAKAL MEMERINTAH DALAM PILIHANRAYA KE 13 NANTI BUDAYA SEBEGITU RUPA KITA TAK BENARKAN.

Isnin, 17 Ogos 2009

Terkini Permatang Pasir

Zulfikar Mashoor, Haris Zalkapli & Mohd Sabri Said
Mon | Aug 17, 09 | 9:02:56 am MYT
Image

Dikemaskini 11.45- PAS lwn BN. Dua penjuru. Itu pengumuman rasmi oleh SPR sebentar tadi. Sungguhpun terdapat 15 bantahan terhadap kedua-dua calon, namun SPR memutuskan calon PAS Ustaz Salleh Man dan calon BN Rohaizat Othman layak bertanding pada 25 Ogos depan.

11.30 pagi

Ahli Parlimen Padang Serai N. Gobalakrishnan telah cedera dan dibawa oleh ambulan apabila berlakunya pergelutan antara beliau dan pihak polis menyebabkan beliau cedera.

10.55 pagi

Sungguhpun riuh dengan kehadiran penyokong, keadaan sekitar kawasan penamaan calon terkawal dan tenang. Ketika ini wakil kedua-dua parti yang bertanding - PAS dan BN, masing-masing dibenarkan melihat borang penamaan calon yang dipamerkan di luar IBKN bagi membuat semakan dan bantahan. Wakil yang dibenarkan lima orang sahaja setiap kumpulan.

10.20 pagi

Calon Bebas dan pakar motivasi Kamarul Ramizu Idris, yang pernah bertanding di Bukit Gantang dan Penanti tidak dapat menyerahkan borang pencalonan kerana lewat dan hadir selepas pukul 10.00 pagi tadi.

10.05 pagi

Suasana sekitar penamaan calon hari ini, diwarnai dengan pemakaian topeng 'H1N1' oleh kebanyakan pemimpin dan penyokong kedua-dua parti - PAS dan Barisan Nasional bagi mengelak angkitan wabak influenza A itu.

Ini termasuklah para petugas terdiri daripada anggota pasukan keselamatan, kakitangan pilihan raya dan pengamal media juga mengenakan topeng perlindungan pernafasan sebagai langkah berjaga-jaga.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof semalam meminta semua parti yang bertanding mengawal penyokong iringan bagi mengawal ketenteraman dan mengelak jangkitan wabak itu..

9.45 pagi

Calon PAS, Salleh Man pula tiba bersama para pemimpin parti tersebut dan Pakatan Rakyat.Ketua Umum PKR, Dato' Seri Anwar Ibrahim tiba kira-kira jam 8.45 pagi. Turut hadir sama ialah Naib Presiden, Salahuddin Ayub dan Setiausaha Agung PAS, Dato' Mustafa Ali dan

Rohaizat menyerahkan borang pencalonnya pada jam 9.03 pagi ini, diikuti oleh Salleh selepas itu.

9.20 pagi

Polis menganggarkan terdapat kira-kira lebih 5,000 orang hadir untuk menyokong calon PAS, Ustaz Mohd Salleh Man, berbanding Barisan Nasional (BN), yang mempunyai anggaran kira-kira 800 penyokong sahaja.

9.15 pagi

Mursyildul Am dan Presiden PAS tiba ke pusat penamaan calon. Sebelum itu, calon PAS dan rombongan masuk ke pusat penamaan calon. Kedua-dua mereka dikatakan tersekat di tengah-tengah penyokong yang ramai sebelum ini. Lim Guan Eng juga tiba ke pusat penamaan calon. Beliau diiringi lain-lain pemimpin DAP, PKR dan PAS.

Jam 8.52 pagi

Calon BN, Rohaizat Othman, memasuki kawasan penamaan calon di dewan Institut Kemahiran Belia Negara IKBN Bukit Mertajam dan menyerahkan borang pencalonannya./Harakahdaily

PENGUNDI HANTU, AKHIRNYA MEREKA MENGAKU

PRK: KJ mengaku ada 1,000 hantu

17 Aug 2009 8:26AM
PERGERAKAN Pemuda Umno mendakwa terdapat pengundi hantu bagi pilihan raya DUN Permatang Pasir pada 25 Ogos ini.

Ketuanya Khairy Jamaluddin berkata ini berdasarkan laporan terdapat pengundi luar yang didaftarkan sebagai pemilih di kawasan itu.

"Kita dapati beberapa orang Melayu didaftarkan di rumah yang dihuni oleh orang Cina dan ada juga pengundi Cina didaftarkan alamatnya di rumah orang Melayu," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Pemuda Umno di Butterworth semalam, lapor Bernama.

Khairy berkata sejak pilihan raya umum lepas terdapat kira-kira 1,000 pengundi didaftarkan di Permatang Pasir dan trend itu adalah tidak normal kerana jumlahnya terlalu besar.

Beliau berkata perkara itu akan dikemukakan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi membolehkan tindakan sewajarnya diambil bagi menangani isu itu.

"Kita akan kumpulkan bukti secukupnya dan kemukakan kepada SPR," katanya.

Pilihan raya kecil DUN Permatang Pasir bakal menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon BN Rohaizat Othman, Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang Mohd Salleh Man dan seorang calon bebas Kamarul Ramizu Idris.

Penamaan calon pilihan raya kecil itu ditetapkan esok.

Kerusi DUN Permatang Pasir kosong berikutan kematian penyandangnya Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman daripada PAS yang meninggal dunia pada 31 Julai akibat sakit jantung.Sementara itu, proses penamaan calon bagi pilihanraya kecil DUN Permatang Pasir akan berlangsung mulai jam 9 pagi ini. / Mkini BM

Ahad, 16 Ogos 2009

KEMPEN ANTI ANWAR TIDAK LAKU

Orang ramai yang lalu lalang dihadapan bangunan UMNO berhampiran Jalan Batas Baru, K.Trengganu tidak pun peduli kepada sebuah kanopi yang dipasang ditepi jalan itu.

Apatah lagi mahu ambil pusing, melihat ‘banner’ yang direntangkan pada kanopi itu atau mahu melihat apa yang berlaku dibawah kanopi.

Kelmarin, tinjauan Buletin Online mendapati hanya 3 orang sahaja yang ‘duduk’ bersembunyi dalam kanopi itu, tidak ada kempen, tidak ada risalah yang diedarkan kepada orang ramai.

Isu ‘Anwar Pengkhianat’ kali kedua baru-baru ini dicetuskan kembali oleh Timbalan Presiden UMNO Tan Sri Muhyidin Yassin, yang juga pernah menjadi rakan karib dan sekutu Anwar ketika dalam Umno.

Pada 2 Ogos lalu, Utusan Malaysia melaporkan, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai pengkhianat besar terhadap perjuangan orang Melayu.

Muhyidin menyifatkan Anwar sebagai pemimpin lidah bercabang kerana sanggup memutarbelitkan fakta mengenai usaha UMNO untuk memartabatkan orang Melayu.

Muhyiddin berkata, Anwar selaku Ketua Pembangkang kini menyebarkan dakyah untuk mencipta persepsi negatif terhadap usaha UMNO dalam mempertahankan hak keistimewaan Melayu dan institusi raja.

“Dia kata kepada semua orang bahawa UMNO zalim, tetapi beritahu saya sekarang dalam cara apa yang kita zalim? Kenapa dia tidak beritahu ini semasa dia jadi pemimpin kita?” kata Muhyidin ketika merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Sri Gading di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM).

Tiadanya sambutan kempen tandatangan yang dianjurkan oleh Puteri dan Pemuda UMNO Terengganu membuktikan bahawa isu ulangan ‘Anwar Pengkhianat’ tidak mendapat perhatian.

Sebelum ini pada tahun 2007, Akhbar Harian The Star, bertarikh 3 Ogos 2007, melaporkan bahawa naib ketua pemuda UMNO, Khairy Jamaludin melabelkan Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang pernah mengetuai Pergerakan tersebut sebagai pengkhianat kepada perjuangan Melayu.

Malahan di dalam pengakuannya, Khairy berkata bahawa Anwar ialah satu alat yang digunakan oleh Amerika Syarikat dan Yahudi dan dia harus di buru sehingga tiada lagi tempat untuknya melarikan diri.

Khairy juga menegaskan bahawa tindakan Anwar untuk menghapuskan Dasar Ekonomi Baru (DEB) adalah semata-mata untuk memenangi sokongan bukan Melayu dan Pergerakan Pemuda amat marah dengan tindakan tersebut.

Cubaan kali kedua UMNO menggunakan isu ‘Anwar Pengkhianat’ menunjukkan UMNO benar-benar sudah tidak ada modal politik yang boleh digunakan, kecuali menggunakan isu ‘racist’ ataupun perkauman.

Buktinya, negeri Terengganu yang mempunyai majoriti, lebih dari 95% penduduknya terdiri dari kalangan orang Melayu, kelihatannya tidak juga ‘termakan’ dengan umpan ‘perkauman’ UMNO. -buletinonline

Sabtu, 15 Ogos 2009

UMNO TUDUH ANWAR PENGKHIANAT? ANWAR JAWAB



16 OGOS 2009 (AHAD)

“ANWAR AKAN JAWAB SIAPA PENGKHIANAT MELAYU”

PROGRAM I :

PELANCARAN JENTERA DAN BILIK GERAKAN PKR PILIHANRAYA KECIL DUN PERMATANG PASIR

TEMPAT : PERMATANG PASIR

MASA : 9.00 – 12.00 MALAM

PENCERAMAH :

1) YB DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM

2) YAB LIM GUAN ENG

3) YB PROF MANSOR OTHMAN

4) YB SAIFUDIN NASUTION

5) YBHG MAT SABU

6) YB DATO’ ZAHRAIN HASHIM

PROGRAM 2 : CERAMAH PERDANA

TEMPAT : TAMAN CERMAI, PERMATANG PAUH

MASA : 9.00 – 12.00 MALAM

PENCERAMAH:

1) YB DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM

2) YB DATO’ SERI HAJI HADI AWANG

3) YB LIM KIT SIANG

4) YBHG MAT SABU

Sumber: biaqpila.blogspot

GEMPAR!! CERAMAH KJ DIHADIRI PULUHAN RIBU RAKYAT

Saturday, August 15, 2009

Dari Johor kita balik ke Seksyen 6, Shah Alam... tapi dalam majlis anjuran parti yang sama... satu-satunya parti yang memperjuangkan "Bangsa MeLAYU"... satu-satunya parti yang memartabatkan agama Islam di Malaysia dengan menyuburkan budaya "Rasuah" ops... 'Politik Wang" (maaf)...

Satu-satunya parti yang mendaulatkan agama Islam di Malaysia dengan mendirikan pusat judi haram ops halal (sebab ada lesen) yang terbesar di Asia...

Satu-satunya parti yang berjaya memperkenalkan agama Islam di Malaysia dengan menjadikan Malaysia sebagai pasaran jualan arak haram ops halam (sebab ada lesen) jenis Martell kedua di Asia selepas negara China...

Kali ni kita ke majlis ceramah anjuran UMNO (baca UMNgOk) bersama penceramah tersohornya KJ..!

Ternyata kehebatan KJ amat-amat terserlah selepas ceramahnya berjaya menarik lebih empat puluh ratus tiga puluh lapan ribu juta hadirin..!


Tahniah UMNO (baca UMNgOk)...!!! Tahniah KJ...!!! anda memang pejuang..!

Punya semangat KJ berceramah berapi-api sampai nak jatuh songkok yang KJ pakai... air liur jangan cakap la... memang orang yang duduk depan skali kenyang telan air liur KJ sebab KJ ni jenis tak reti nak simpan air liur dekat tepi bibir macam Mat Strawberry...

Kah kah kah kah kah kah kah kah kah ... !!!
Sumber:/perisik-rakyat

WAJAH SYUHADAK?

Gambar; Tanda-Tanda Syahid..?

Oleh usinwafer


Tanda-Tanda Syahid Lagi-Lagi Muncul Pada Jenazah Air dan Eko Peyang







Muslimdaily.net memperoleh laporan dari beberapa kerabat dan saksi mata yang telah melihat kondisi kedua jenazah.Berikut adalah bukti dan persaksian kepada Muslimdaily di lapangan.
Salah satu pelayat menyaksikan ketika keranda jenazah masuk, sontak tercium bau wangi yang menyebar ke seluruh ruangan. Kejadian ini sempat membuat keheranan para pelayat, karena didalam ruangan yang sempit tersebut udara sangat pengap dan pengunjung berjubel dalam satu ruangan.

Terlihat jelas bulir-bulir keringat menempel di tubuh keduanya. Keluarnya keringat ini sama seperti seseorang yang masih hidup dan dalam kondisi kegerahan, ingat !!! mereka berdua sudah enam hari meninggal.

Aliran darah juga terlihat keluar dari telinga dan kepala jenazah seperti yang terjadi dengan seseorang yang masih hidup ketika terluka.

sumber; http://www.muslimdaily.net/berita/lokal/3871/tanda-tanda-syahid-lagi-lagi-muncul-pada-jenazah-air-dan-eko-peyang
Dipetik dari: Utara Online

PRK DUN P.PASIR - UMNO SEKALI LAGI AKAN `DIRATAH' ?

Permatang Pasir: Salleh lwn Rohaizat
Abdul Rahim Sabri
Ogos 14, 09
11:23am

kemaskini 10.45pm PAS malam ini menamakan Pesuruhjaya Pulau Pinang, Salleh Man sebagai calonnya dalam pilihanraya kecil DUN Permatang Pasir pada 25 Ogos. Petang ini, BN mengumumkan calonnya iaitu setiausaha Umno bahagian Permatang Pauh, Rohaizat Othman.

Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan pemilihan Rohaizat di Bukit Merah, Permatang Pasir pada jam petang tadi.

Nama Rohaizat pernah disebut-sebut akan dicalonkan bertanding dalam pilihanraya kecil DUN Penanti baru-baru.

Bagaimanapun, ia tidak menjadi kenyataan apabila BN memutuskan untuk tidak meletakkan calon bertanding di kerusi tersebut.

Manakala Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang pula mengumumkan pemilihan Salleh di pejabat ADUN Permatang Pasir malam ini.

Pemilihan calon PAS itu diumumkan oleh Hadi di hadapan ribuan penyokong parti.

Turut hadir ialah Ketua Menteri Pulau Pinang yang juga setiausaha agung DAP, Lim Guan Eng; Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak; Timbalan Presiden PAS, nasharuddin Mat Isa; Setiausaha Agong PAS, Datuk Mustafa Ali; Ketua PKR Pulau Pinang, Datuk Zahrain Hashim; Pengerusi DAP Pulau Pinang, Chow Guan Yow dan Pengarah Induk Pilihanraya Permatang Pasir, Datuk mahfuz Omar.

Kerusi DUN Permatang Pasir kosong ekoran kematian penyandangnya, Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman kerana serangan jantung pada 31 Julai lalu.

Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) menetapkan tarikh penamaan calon pada 17 Ogos ini.

Calon bebas

Sebelum ini, seorang pakar motivasi, Kamarul Ramizu Idris telah menyuarakan hasratnya untuk mencuba nasib sekali lagi bertanding sebagai calon bebas di Permatang Pasir.

Kamarul sebelum ini pernah bertanding sebagai calon bebas dalam pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang dan DUN Penanti tetap gagal.

Berikutan itu, pilihan raya kecil DUN Permatang Pasir dijangka menyaksikan pertandingan tiga penjuru di antara BN, PAS dan calon bebas./Malaysiakini

Jumaat, 14 Ogos 2009

TV 3 MENDAPAT UNDIAN TERCOROT PENGUNJUNG BLOG?

Blog ini telah memulakan pungutan (poll) suara selama dua minggu berkaitan media manakah yang boleh diharapkan di dalam memberikan berita yang agak adil. Seramai 127 pengunjung blog ini telah menyertai pungutan suara tersebut dan berikut adalah keputusannya:

"DI ANTARA MEDIA-MEDIA BERIKUT, MANA SATUKAH YANG BOLEH DIHARAPKAN WALAU SEDIKIT UNTUK BERLAKU ADIL DALAM PEMBERITAANNYA?"

1. Berita Astro Awani - 56 %
2. Berita TV 3 - 1 %
3. Berita RTM - 2 %
4. Berita NTV7 - 33 %
5. Berita TV 9 - 5 %

Kembali Ke Laman Asal.


MUHYIDIN PENGKHIANAT SEBENAR - NIZAR

Pengkhianat sebenar adalah Muhyidin?
Ali Hashim
Fri | Aug 14, 09 | 7:56:44 am MYT
ImagePERMATANG PAUH, 14 Ogos: Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Seri Nizar Jamaluddin menyelar pemimpin Umno yang menyifatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai pengkhianat kerana pengkhianat sebenar adalah Umno dan Muhyidin Yassin adalah salah seorang darinya.

Ini kerana beliau dan Umnolah yang diberikan mandat untuk menjaga kepentingan agama, bangsa dan negara selama ini.

Nizar tidak menyebut secara jelas tetapi dipercayai kerana peranan Muhyidin dalam hubungan antara Malaysia dan Singapura serta kedudukan orang Melayu di Johor.

"Umno dan Barisan Nasional adalah parti yang telah mengkhianati orang Melayu dan Umat Islam dalam negara ini. Mereka telah mengkhianati amanah dan tanggungjawab yang sepatutnya mereka laksanakan sebagai pemimpin dan khalifah di muka bumi ini.

"Sebagai pendokong amanah mereka sepatutnya adil tanpa mengkhianati dalam apa jua aspek. Tapi kita lihat bagaimana sikap dan tindakan mereka apabila adanya bantahan dan rakyat tidak menyokong kepimpinan mereka maka amanah yang sepatutnya mereka laksanakan itu mereka kesampingkan walaupun yang mengharapkan sokongan daripada mereka itu adalah orang Melayu dan umat Islam sendiri."

Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyidin Yassin memulakan serangan ke atas Anwar dan menyifatkan beliau pengkhianat. Ia dibuat menjelang pilihan raya kecil Permatang Pasir, Dun yang terletak dalam kawasan Parlimen Anwar iaitu Permatang Pauh.

Ia juga dibuat serentak dengan serangan berterusan terhadap Pakatan Rakyat khasnya dalam usaha yang dilihat sebagai mahu memecahkan hubungan antara parti-parti itu.

Ini kerana, Pakataan dilihat sebagai cabaran utama kepada BN dan Anwar adalah pemimpin utamanya.

Nizar yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang berkata Umno dan Barisan Nasional perlu sedar bahawa rakyat sudah tidak menyokong mereka lagi untuk terus mentadbir negara ini.

"Sehubungan dengan itu sekali lagi dalam pilihan raya kecil yang kelapan dalam negara yang akan diadakan selepas Penanti baru-baru ini, Umno dan Barisan Nasional harus diberi pengajaran dan kesedaran kepada mereka di kerusi Permatang Pasir pula bahawa rakyat sudah tidak memerlukan mereka untuk meneruskan perjuangan sebagai pemerintah dalam negara ini," katanya.

Beliau berkata demikian semasa menyampaikan ceramah dalam majlis 'Sepetang Bersama Menteri Besar Pakatan Rakyat Negeri Perak' anjuran Dewan Muslimat kawasan Permatang Pauh. _/Harakahdaily

KJ DAH SERIK NAK BERDEBAT?

DEBAT GERAK: KHAIRY MENOLAK LAGI

Oleh Ust Nasrudin Hj Hasan At Tantawi

1. Seminggu lepas GERAK menghubungi saya untuk menjemput saya sebagai panel debat antara dua ketua pemuda iaitu PAS dan UMNO . Spontan , saya jawab saya setuju !

2. Kemudiannya saya bertanyakan tarikh dan tajuk . Saya dimaklumkan bahawa taraikhnya ialah 13 hb Ogos ini dan tajuknya pula : Rasuah dan Masa Depan Negara : Perana Pemimpin Politik Muda

3. Malangnya , semalam saya dimaklumkan oleh pihak Gerak bahawa debat itu terpaksa dibatalkan kerana Khairy Jamaludin menolak penyertaannya .
4. Ini adalah kali ke 6 Khairy menolak debat antara saya dengan beliau . Nampaknya Wacana Ilmiah yang dicadangkan oleh Pemuda PAS pun telah menemui jalan - jalan buntu .

5. Khairy membuat kenyataan akhbar bahawa beliau ingin terlebih dahulu bertemu 4 mata dengan saya dan ingin mengetahui apa sebenarnya tujuan saya mahu mengadakan wacana ilmiah tersebut .

6. Agak melucukan sikap Khairy ini . Apa yang membuatkan beliau payah faham atau sengaja buat - buat tak faham . Surat rasmi telah dihantar dan butiran yang termaktub di surat itu juga jelas . Kalau beliau masih juga tidak memahami dan mahu memahami apa yang saya mahu dan fikirkan mengenai wacana tersebut , sila move dan kita bertemu dalam wacana kelak . Insyaallah , di situ Khairy akan faham !

7 . Sebagaimana saya sebut sebelum ini , isu beliau nak bertemu saya 4 mata terlebih dahulu adalah tidak berbangkit kerana sepatutnya beliau terlebih dahulu boleh menyambut dan menerima kehadhiran saya di parlimen tempohari [ sewaktu saya menghantar surat rasmi untuk mengajak pemuda UMNO berwacana ] jika benar beliau mahu bertemu dengan saya . Tetapi kenapa beliau hanya menghantar naibnya Dato' Razali pada waktu itu . Sekarang , mulalah rindu nak berjumpa saya :)

8. Malang bagi UMNO yang hanya tahu bagaimana bertindak dengan menggunakan kekerasan tetapi gagal untuk berhujjah dengan menggunakan kekuatan minda dan kebenaran fakta dan juga ketulenan nas yang diwahyukan Allah swt .

9. Kekerasan itu pula hanya memperalatkan pihak Polis Raja Di Malaysia . UMNO tidak juga berani untuk bertindak sendiri biarpun sering digembar gembur bahawa mereka mempunyai skuad pemuda lasak laa , skuad ala komando laa .... UMNO .. UMNO .... macam pendekar Mustar !

10. Cuma apa yang saya boleh sebut di sini , Pemuda PAS bersedia untuk bermain dalam apa jua bentuk games . UMNO nak berhujjah , kita bersedia untuk berhujjah . UMNO nak guna komandonya .... ehem... Pemuda PAS insyaallah tidak akan berundur biarpun 1 mm ./Tranungkite

CERAMAH `PENGKHIANAT' TETAP DAPAT SAMBUTAN RAKYAT

Rakyat sudah pandai menilai: Anwar

REMBAU – Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin usaha UMNO dan Barisan Nasional (BN) untuk menjatuhkannya tidak akan berhasil.

Beliau berkata, ini kerana perkara sedemikian sudah berlanjutan sejak sekian lama, bagaimanapun ia berjaya ditepis kerana sikap masyarakat kini yang sudah pandai menilai.

:“UMNO melalui pemimpinnya sudah beberapa kali mencuba untuk menjatuhkan saya dan perkara ini sudah berlanjutan sehingga 11 tahun. Saya sudah biasa dengan percubaan yang dilakukan UMNO, namun tidak sesekali akan berundur, sebaliknya terus memperjuangkan hak rakyat.

“Tindakan (Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin) Muhyiddin yang satu ketika dahulu merupakan rakan seperjuangan menghebahkan isu pengkhianat membuktikan mereka sudah tidak berdaya untuk meraih sokongan rakyat, sehinggakan sengaja menghebahkan isu saya sebagai pengkhianat yang seakan tidak jelas tanpa bukti kukuh,” katanya.

:Beliau berkata demikian ketika hadir pada majlis Ceramah Sambutan Kemerdekaan Kali Ke-52 yang berlangsung di Kampung Selemak, di sini, malam semalam.

Hadir sama, bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim; Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Mohamad Sabu dan Pesuruhjaya Pas Negeri Sembilan, Zulkefly Mohamad Omar.

Selain itu menurutnya, BN dan UMNO sengaja menggunakan media massa aliran utama sebagai alat untuk menjatuhkannya dan PR melalui penyebaran pelbagai fitnah bagi mengaburi mata rakyat.

Bagaimanapun katanya, perbuatan sedemikian tidak berjaya kerana masyarakat sudah celik dengan isu semasa.

Katanya, PR tidak akan sesekali berundur dan mendakwa terus memperjuangkan segala isu yang kian dicemari laporan tidak benar segelintir media massa aliran utama yang dikuasai kerajaan serta berharap seluruh rakyat menyedari hakikat sebenar.

“Mereka (BN-UMNO) mempunyai media massa tersendiri untuk digunakan bagi kepentingan mereka. Namun, mereka harus sedar bahawa masyarakat masa kini sudah celik serta mengetahui tindakan yang sudah dilakukan kepada rakyat yang tidak berdosa.

“Saya menyeru kepada seluruh rakyat untuk bersama dengan menguatkan PR sekali gus menguasai keseluruhan Pilihan Raya Umum 2013 demi mewujudkan kerajaan rakyat mentadbir negara. Kami tidak akan berundur dan terus akan berjuang sampai bila-bila,” katanya.

Program dihadiri lebih 2,000 penyokong PR itu dianjurkan bagi menerangkan mengenai pelbagai isu semasa, di samping bersama menyambut Bulan Kemerdekaan dengan mengibarkan Jalur Gemilang.

Pada majlis sama, turut diadakan sambutan hari lahir Ahli Parlimen Permatang Pauh itu yang disambut PR negeri dan Bahagian Rembau./SH

TEOH DISERET SEBELUM MATI?

Teoh mungkin diseret sebelum mati: Forensik

SHAH ALAM: Saksi forensik polis dalam prosiding inkues kematian Teoh Beng Hock hari ini tidak menolak kemungkinan mendiang mungkin diseret sebelum ditemui mati tertiarap di atas lantai tingkat lima Plaza Masalam, di sini, Julai lalu.

Pegawai penyiasat Cif Inspektor Mazli Jusoh, 31, dari cawangan forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor berkata demikian selepas ditunjukkan kesan geseran pada tapak kasut sebelah kanan mangsa yang ditemui di tempat kejadian./metro

UMNO USAH MENGHARAP PAS KELUAR DARI PAKATAN

PAS tetap setia berjuang dengan DAP, tidak akan tinggalkan Pakatan

12 Aug 2009 12:23PM
KL: Pas tetap tidak akan keluar daripada pakatan pembangkang walaupun ia berdepan pelbagai konflik termasuk isu penjualan arak.

Naib Presidennya, Salahuddin Ayub berkata, Pas tetap setia dan berjuang dengan DAP dan pakatan pembangkang meskipun parti itu tidak menghormati prinsip tertentu perjuangannya.

''Apa sahaja isu dan masalah yang timbul walaupun membabitkan prinsip kami tidak dihormati, kami tetap bersama pakatan pembangkang.

''Kami akan duduk berbincang dan menyelesaikan segala konflik yang melanda dengan bijak,'' katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini semalam.

Beliau mengulas kenyataan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin hari ini, yang mencabar Pas keluar daripada pakatan pembangkang berikutan tindak tanduk DAP dalam gabungan itu yang tidak menghormati prinsip perjuangan dibawa Pas selama ini.

Khairy turut berkata, perkembangan politik di Selangor dan Pulau Pinang membuktikan Pas tidak dihormati ekoran kenyataan pemimpin DAP yang mengguris hati pemimpin serta penyokong Pas.

Menurut Khairy, ia juga terbukti apabila satu-satunya wakil rakyat Pas yang memenangi pilihan raya umum lalu tidak mendapat sebarang tempat dalam barisan Exco kerajaan negeri. / Utusan

Ahad, 9 Ogos 2009

ISU ARAK DI SELANGOR - PEMUDA UMNO AMAT BENCI ARAK?

Saturday, August 8, 2009

Pemuda UMNO telah dilaporkan menjemput PAS bersama-sama dengan mereka untuk berdemontrasi mempertahankan isu pengharaman arak di MBSA baru-baru ini.


Khairy Jamaluddin dilaporkan berkata:

“MARANG, Aug 7 — The Umno Youth movement today invited its PAS counterpart to be together with the movement in a ceramah to be held in Shah Alam on Aug 14 to lash out at certain parties that had been insulting Islam.
Umno Youth head Khairy Jamaluddin said the movement wanted to see to what extent PAS Youth would go to criticise its coalition partner, the DAP, which was becoming more bold in insulting Islam lately.”


Saya tak tahu samada hendak tergelak atau menangis atas pelawaan Khairy Jamaluddin ini. Ini kerana apa yang hendak di demonstrari atau diprotes oleh Pemuda UMNO ini?

Saya tak nak cerita yang saya tahu berkenaan dengan geng-geng KJ sewaktu mereka belajar di Oxford dulu. It biarlah para pembaca siasat sendiri.

Saya cuma ingin mengetahui kalaulah pelawaan Khairy ini pelawaan ikhlas, saya ada beberapa pertanyaan kepada beliau dan seluruh warga UMNO Selangor dan Malaysia:

a. Mungkinkah Pemuda UMNO seharusnya memprotes keberadaan 3 orang Melayu Islam dalam Lembaga Pengarah Calrsberg terlebih dahulu. Bagaimana UMNO boleh mengizinkan 3 orang Melayu Islam duduk dalam Lembaga Pengarah Calrsberg sedangkan lesen arak diberikan oleh Menteri Kewangan. Menteri Kewangan dengan mudah dapat mengarahkan Calrberg untuk memecat ketiga-tiga orang ini. Bukankah begitu?

http://announcements.bursamalaysia.com/EDMS/hsubweb.nsf/1c0706d8c060912d48256c6f0017b41c/48256aaf0027302c48256b8b0036a2a5/$FILE/Carlsbg-Products-CorpInfo-DirectorsProfile%20(725KB).pdf

b. Mengapa Pemuda UMNO tidak memprotes pemberian 10 lesen ”Special Draw” oleh Najib tanpa permintaan dari mana-mana kaum. Judi pun seharam arak juga kan?

Hakikatnya para pembaca sekelian, sewaktu 50 tahun UMNO memerintah Selangor, tiada apa yang dilakukan mereka untuk mengawal penjualan arak dan aktiviti judi di Selangor.

Berkat dari kerajaan Pakatan Rakyat barulah pengharaman arak dan judi ke atas orang-orang Islam dapat dijalankan dengan secara agresif.

Mana mungkinUMNO Selangor mampu menjalankan pengharaman dengan efektif kerana yang mengeluarkan lesen arak dan judi adalah UMNO juga

Nasib baiklah PAS tidak termakan dengan perangkap Pemuda UMNO ini. Kalau tidak PAS pun terpaksa menyokong amalan judi dan arak ini kelak

Sumber: Tulang Besi/Malaysiawaves.com

Sabtu, 8 Ogos 2009

UNDIAN AKTA ISA OLEH KDN - RAMAI TAK SUKA ISA?

Laman berita KDN kian popular gara-gara undian ISA
Jimadie Shah Othman
Ogos 7, 09
7:22pm

Selepas 24 jam undian isu ISA diberitakan, jumlah pengunjung laman web berita Kementerian Dalam Negeri (KDN) naik mendadak tetapi peratusan mereka yang mahu akta kontroversi itu dimansuhkan menurun sedikit.

Seramai 8,076 responden atau 91 peratus mahu ISA dihapuskan awal malam ini berbanding hanya 481 atau 92 peratus memilih jawapan yang sama semalam.

NONEUndian yang bermula hampir jam 9 malam kelmarin dijangka akan terus berjalan selama seminggu – seperti undian bagi isu-isu lain sebelumnya.

Lima soalan dikemukakan, masing-masing dengan tiga pilihan jawapan, bermula dengan "pada pandangan anda, ISA adalah...".

Semakan Malaysiakini, sehingga 7 malam ini, mendapati 7,688 responden atau 87 peratus menganggapnya "kejam" bagi soalan pertama itu.

Semalam, 597 responden atau 88 peratus menganggapnya demikian.

Majoriti responden, kira-kira 93 peratus daripada 7,605 responden, yang menentang akta itu menyatakan mereka "faham dan tahu sepenuhnya mengenai ISA".

Mereka - 7,443 responden atau 94 peratus - juga mengetahui isu ISA melalui bahan bacaan./Malaysiakini

Selasa, 4 Ogos 2009

CICAK MENGKARUNG AJAK ANWAR BERDEBAT?

Oleh: Mandor.blogspot.com

ALKISAH, terdapat seekor `cicak mengkarung' yang entah dari mana datangnya tiba-tiba mencabar DS Anwar berdebat pasal betapa wajarnya Akta ISA itu dikekalkan. Sila baca di SINI. Yang paling melucukan tu, dia mengaku dia ahli Pas pulak tu. Sejak bila Pas sokong Akta zalim ISA ni? Sejak bila Parti Islam SeMalaysia ni bersekongkol dengan kezaliman tahan orang tanpa bicara ni?

Cicak mengkarung tu sebenarnya bukan ahli Pas sejati, jika benar pun beliau ahli Pas maka beliau adalah salah seorang ahli Pas yang jahil sesangat. Nasib baik Pas tak ramai orang jahil semacam cicak mengkarung sekor tu. Elok lah Pas pecat je cicak mengkarung tu pasal dah terang-terang dia menentang hukum Allah.

Apabila puak-puak tu berhimpun tak dapat sokongan orang ramai, mulalah desak kerajaan tangkap DS Anwar, Hj Hadi dan Kit Siang serta pemimpin GMI tu. Itulah stail cabuk mereka, bila dah tak dapat berhujah, guna kuasa. Selagi itulah mereka tetap jadi bengap. Siapa cicak mengkarung tu nak berdebat dengan DS Anwar? Dia hanya layak berdebat dengan Ketua Pemuda Pas cawangan je atau berdebat di kedai-kedai kopi sambil main dam. Mana Najib, mana Muhyiddin atau Hishamuddin? Berani ke mereka tu cabar DS Anwar berdebat pasal Akta ISA? Kita masih ingat sewaktu debat DS Anwar dengan Shabery pasal minyak dahulu, Shabery cuba timbulkan isu Akta ISA untuk mengenakan DS Anwar. Apa jadi? DS Anwar berjaya menjawabnya dengan hujah dan ternyata meleleh air liur Shabery.

Memalukan betul puak-puak yang sokong Akta ISA ni. Orang-orang kafir pun nampak jelas akta itu zalim, inikan pula orang-orang Islam yang mengaku beriman kepada Allah. Sebab itulah Majlis Fatwa kena cepat beri fatwa pasal Akta ISA ini. Jika dilambatkan, nanti bertambah ramai orang-orang yang jahil seperti cicak mengkarung tu. Jangan sibuk nak bercakap pasal sebatang lilin je.

Kepada cicak mengkarung, kamu balik je rumah cermin muka tu dulu jika nak ajak DS Anwar berdebat. Kamu kena banyak bekerja kuat lagi untuk memperbodohkan rakyat agar percaya bahawa Akta ISA tu adil seadil-adilnya. Lepas itu, barulah buat perhimpunan. Jika tidak, perhimpunan kamu nanti macam orang jual ubat je./kembali ke LAMAN ASAL.

Isnin, 3 Ogos 2009

EZAM CALON UMNO DI PERMATANG PAUH ATAU MINAH RONGGENG?



Oleh: Mandor.blogspot.com

PERMATANG Pasir kini sudah diratakan tanahnya untuk menyiapkan `pusara' Umno untuk kali yang ke berapa aku dah tak larat nak kira. Yang aku tahu `tanah kubur' masih merah lagi kat Manek Urai. Di situ terpacaknya `nisan' Umno. Kini, Permatang Pasir pulak. Seperti biasa, Umno tetap berkata `Kita yakin menang kerana rakyat sudah sedar '. Kalimah itulah sebenarnya yang menguburkan Umno di Kuala Terengganu dan Manek Urai.

Tidak seperti sebelumnya, kita tak dapat lihat lagi mana-mana pemimpin Umno di P.Pinang terutamanya di Permatang Pauh berebut nak jadi calon. Jika di Penanti, Umno hanya menjadi tukang sorak di luar gelanggang, di bumi P.Pinang ini juga kali ini adakah Umno masih berminat untuk jadi tukang sorak lagi? Yang pasti, Ketua Umno Bahagian Permatang Pauh sudah menyatakan kurang seleranya beliau untuk tawarkan diri menjadi calon. Tidak seperti semasa PRK Parlimen Permatang Pauh dulu. Kenapa kali ini agak tawar semua pemimpin Umno untuk menjadi calon? Mungkin sudah merasa betapa azabnya berdepan dengan PR?

Sekiranya Umno memikirkan azabnya untuk berdepan dengan PR, kita cadangkan apa kata kalau Umno pujuk agar `Minah Ronggeng' bekas calon PRK Penanti baru-baru ini untuk bertanding semula? Tentu kali ini ada cerita baru dari `Minah Ronggeng' untuk kita perdengarkan kepada pengundi-pengundi di Permatang Pasir pula seperti cerita CD umpan rasuah dan jawatan TKM P.Pinang yang hangat sewaktu di dalam PRK Penanti yang lalu.

Oleh kerana baru-baru ini setelah Umno terkangkang di Manek Urai tetapi masih menganggap sokongan orang-orang Melayu masih kuat kepada Umno, kita yakin Umno akan masuk bertanding. Soalnya siapa calon Umno nanti? Yang pasti bukan peraih ikan. Agak lojik juga jika kita cadangkan agar `raja sesumpah' Ezam bertanding di sana. Bukankah Ezam terlalu kepingin bertandang di bumi Permatang Pauh? Lagi pun masa bila Umno nak bayar jasa-jasa Ezam ini? Begitu banyak telah Ezam korbankan untuk Umno melebihi banyaknya `kotak-kotak' yang selalu dipikul oleh Ezam tu. Amat wajar Ezam bertanding dan rakyat di Permatang Pauh pun sudah lama tidak mendengar raja sesumpah ini bersumpah. Di antara raja sesumpah `Pak Tonggeng' dengan `Minah Ronggeng' ini, aku rasa dua-dua sesuai untuk mewakili Umno./Kembali ke Laman Asal.