JOM MASUK AHLI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DENGARKAN KOBAT FM ONLINE

Isnin, 6 Februari 2012

HASSAN JATI - SURUH ORANG WALA' MASA DIA JADI KETUA SAJA....

Thiqah, Wala' dan Road-Show

Kedengaran juga ada pihak yang ingin membuat road-show ke seluruh Negara. Bagi saya itu adalah hak dia dan lagi banyak dia cakap, lagi jelas pendiriannya yang dangkal. Hanya dia perlu ingat, kesalahannya kali ini bukan kesalahan kali pertama. Dulu dia pernah ditegur dan sudah pun diberi amaran. Kali ini dia lajak lebih jauh lagi maka dan bagi yang menganggap pemecatan beliau agak drastik; perlu diberi amaran dulu dan sebagainya, harap ingat kembali peristiwa lampau.

Mungkin dia akan mencanangkan bahawa dia dipecat kerana DSAI. Itu jelas satu pembohongan. Dia dipecat kerana sikap dirinya sendiri. Semasa road-show boleh cakap apa yang dia suka, reka cerita dan sebagainya, tapi semua tahu, dia dipecat kerana sikapnya. Sikapnya yang tidak mahu terima pendirian parti dan kesungguhannya membawa mesej UMNO/BN untuk mempengaruhi ahli PAS dan rakyat jelata.

Dulu dia juga yang menjadi juara wala’ dan thiqah. Tetapi itu hanya ketika dia sebagai ketua. Semua kena dengar cakap dia. Kalau tidak maka tidak wala’, tidak thiqah serta tidak cukup tarbiyyah dan sebagainya. Tetapi apabila dirinya bukan ketua, nampak gayanya konsep tersebut tidak lagi releven.

Mungkin itulah yang berlaku apabila dikuasai hawa nafsu. Terlalu membesarkan diri, dengan beranggapan bahawa dirinya sahaja yang betul dan yang lain semuanya bagaikan parasit. Parasit ini sebenarnya hidup di atas kekuatan yang lain dan secara perlahan merosakkan pihak yang menanggungnya. Itulah apa yang ingin dilakukan. Tetapi, Alhamdulillah, Allah sayangkan PAS dan memberi PAS kemampuan untuk ‘nyah-parasit’ dan inilah yang telah berlaku.

Parasit sudah pun dinyahkan dan dengan itu PAS akan mara ke hapadan bagi memenuhi kehendak rakyat dan ummat Islam untuk menggantikan UMNO dengan menjadi wadah politik ummat Islam yang utama di negara Malaysia.

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD
 

Rabu, 1 Februari 2012

VIDEO - ARTIS INI PUN MAHU JADI PENGAMPU DAN PENCACAI?



Apabila artis yang tidak tahu apa-apa pun tentang politik dan hak asasi di dalam sesebuah negara, malahan tidak pernah menjenguk pun Fasal-Fasal di dalam Perlembagaan Persekutuan, apabila mereka masih mahu bercakap tentang politik maka ternampaklah kebodohan mereka.

Jika mereka tidak berminat untuk mengambil tahu tentang politik, hanya berminat untuk memikirkan tentang perut masing-masing maka jadilah mereka ini seperti ayam daging yang dipelihara oleh Umno.  Mereka dikurung di dalam reban atau kandang, diberi makan sehingga kenyang kemudiannya di timbang, dijual dan disembelih.

Lihat saja komen-komen dari beberapa artis di dalam video di atas.  Osman kering pun mahu bercakap pasal politik walaupun ideanya kering samasekali seperti keringnya tubuh beliau.  Faizal Hussin bercakap sebiji macam Ketua Umno Cawangan yang berkelulusan darjah enam.  Tetapi masih mahu bercakap soal politik. 

Jika artis ada yang bengap seperti ini mungkin kita tidak hairan.  Tetapi, orang yang ada ilmu agama dan dianggap ulamak muda (ular makk?) pun turut sama level dengan artis, ianya amat malang sekali.  Itulah jadinya jika dibiarkan Umno terlalu lama berkuasa.  Dari sejahil-jahil artis, sampai ke se `Ular mak' tinggi pun menjadi bodoh dibuatnya.