JOM MASUK AHLI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DENGARKAN KOBAT FM ONLINE

Sabtu, 30 April 2011

APA LAGI HAJAT KAMU ESKAY ?

Oleh: WFAUZDIN NS


PERTANYAAN untuk Eskay dan geng `three strooges', apakah lagi yang kamu mahu? Hajat kamu bersumpah laknat telah pun tertunai semalam. Adakah lagi hajat yang lain yang belum tertunai?

Jika kamu berhajat untuk melihat Anwar pula melakukan kerja bodoh seperti kamu itu, lebih baik kamu belajar menyebut `Bismillahirrahmanirrahim' dan belajar menyebut dua kalimah syahadah dengan betul tidak seperti semalam sehinggakan anak-anak sekolah PASTI pun ketawa mendengarnya.

Saya lihat semalam ada seorang pendakwah telah membekalkan kepada kamu sebuah buku agama mungkin berkaitan hukum menuduh orang lain melakukan zina. Maka, berpakatlah kamu bertiga mengaji dan berguru betul-betul bab berkaitan di dalam buku tersebut setelah kamu mampu menuturkan dengan betul dan lancar kalimah dua syahadah itu nanti.

Jika kamu sudah tamat mengaji, barulah kamu boleh menyalak menggesa Anwar bersumpah pula. Sekarang, apakah lagi hajat kamu selepas hajat bersumpah dan memakai baju kalis peluru tercapai? Ingin bersumpah di depan Kaabah pulakah? Kamu tentu banyak duit, bila-bila masa saja kamu boleh ke sana untuk bersumpah berapa ribu kali sekalipun.

Baiklah, setelah hajat kamu tertunai, saya rasa tibalah masanya hajat rakyat jelata yang ingin melihat orang yang menayangkan video lucah di Seri Carcosa itu ditangkap. Jangan ingat, bila sudah bersumpah maka isu tayangan video lucah akan ditenggelamkan. Rakyat tidak lupa dan tidak bodoh seperti kamu.

Jangan pula fikir apabila sudah bersumpah, maka kamu akan terlepas dari kes qazaf yang telah dibawa ke JAWI untuk dibicarakan. Mungkin kamu berharap ada sesuatu keistimewaan akan diberikan oleh JAWI ke atas kamu dan kes Qazaf tidak boleh dibicarakan sepertimana di dalam kes Liwat Saiful sebelum ini. Jika itu berlaku, kamu beruntung di dunia ini tetapi belum tentu kamu selamat di Akhirat kelak.

Kepada Jamil Khir, saya bukan tidak kenal beliau sewaktu di dalam KAGAT (Kor Agama Angkatan Tentera) dulu. Apa yang Jamil Khir buat semasa dia dalam KAGAT? Adakah tentera semakin kuat aspek kerohaniannya? Adakah tentera diwaktu itu tiada melakukan program maksiat? Jamil Khir tahu jawapannya.

Harap kali ini, Jamil Khir jangan ganggu urusan mahkamah syariah jika kes Qazaf dibawa oleh Anwar terhadap Eskay. Jika Jamil Khir masih berhajat untuk menganggu, lebih baik Jamil Khir belajar agama dari Eskay./wfauzdin.blogspot.com

ESKAY TIADA PILIHAN, TERPAKSA BERSUMPAH JUGA, KERANA APA?

Oleh: WFAUZDIN NS

SYABAS dan tahniah kepada sebilangan besar jemaah Masjid Amru Al-As, Bandar Baru Sentul hari ini kerana berani meluahkan kebenaran dan hak agar kelakuan sesat dapat dihindarkan berlaku di dalam Rumah Allah itu. Sejurus selepas Solat Jumaat, wajah Eskay tidak kelihatan untuk mengadakan perbuatan karut iaitu Sumpah Laknat, melainkan yang lebih awal muncul adalah Pengarah JAWI.

Petikan dari Malaysiakini, keadaan di Masjid Amru Al-As, Bandar Baru Sentul menjadi kecoh apabila penyokong PKR pimpinan ketuanya, Shamsul Iskandar Mat Akin mula melaungkan takbir serta ungkapan "kami mahu qazaf, bukan sumpah" selepas solat Jumaat hari ini (Malaysiakini).

Meskipun difahamkan Eskay tetap akan hadir bersumpah selepas Jumaat kemungkinan lewat tiba, apa yang penting kita patut bersyukur masih ramai yang sedar dan insaf bahawa perkara sumpah di dalam Islam tidak boleh dipersendakan. Masih ramai yang tidak sejahil puak mereka yang mahu agar tuduhan zina ini boleh diatasi dan diselesaikan dengan sumpah. Eskay sedar, beliau tidak mampu untuk menghadapi kes Qazaf kerana hukum tersebut akan memberi keadilan yang sebenar. Adakah Eskay mahu kepada keadilan Islam ataupun hanya mahu mengaibkan musuhnya?

Pelik bin ajaib, permohonan untuk membicarakan kes Qazaf terhadap isu ini lebih awal dipohon bagi pihak DS Anwar melalui Ketua AMK, Sdr Shamsul Iskandar bahkan beliau telah pun dipanggil untuk memberi keterangan di Pejabat JAWI. Tetapi, mengapa Pengarah JAWI memilih untuk hadir lebih awal ke Masjid berkenaan semata-mata untuk upacara sumpah tersebut? Mengapa beliau memilih membelakangkan kes Qazaf tetapi segera malah lebih awal dari Eskay untuk menyaksikan sumpah laknat?

Kita masih ingat kes sumpah laknat oleh Saiful dahulu, siapakah Pengarah dari Jabatan Agama Islam yang terlibat memaksa Imam Raml;an Poringgi mengadakan sumpah laknat buat Saiful? Alhamdulillah, akhirnya Imam Ramlan sedar betapa beliau telah dipergunakan oleh bosnya yang berkepentingan politik. Apa jadi pada Imam Ramlan selepas itu? Beliau digantung dan akhirnya ditamatkan perkhidmatan. Itulah cabaran bagi sesiapa sahaja yang ingin menegakkan kebenaran. Seandainya Eskay tetap mahu bersumpah hari ini kita merasa sedih kerana berkemungkinan ada Imam lain yang turut menjadi mangsa politik lagi.

Saya tetap yakin Eskay akan terus bersumpah kerana beliau tahu tiada jalan lain untuk beliau menghilangkan rasa malu akibat fitnahnya yang kini ditertawakan orang. Siapa mahu percaya cerita Eskay yang pada awalnya menyebut beliau tahu kes zina tersebut apabila terjumpa kamera tersembunyi sewaktu beliau ingin mengambil jam DS Anwar yang tertinggal. Beliau pun memanggil beberapa rakannya terlebih dahulu untuk menontonnya bagi memastikan kebenaran siapa pelaku di dalam video yang kununnya beliau jumpai itu sebelum ditayangkan kepada para wartawan. Tetapi semalam, beliau membuat pengakuan berbeza dengan menyebut bahawa beliau tahu watak lelaki tersebut adalah DS Anwar kerana beliau ada bersamanya ketika kejadian.

Dari segi fakta fizikal lelaki di dalam klip video siri I hingga setakat Siri II yang disiarkan oleh youtube dan dipanjangkan juga oleh media porno kita, jelas penipuan mereka. Tambahan pula apabila Eskay berbelit di dalam ceritanya. Sebab itu Eskay terlalu ingin untuk bersumpah kerana beliau tidak perlu menjawab apa jua kemusykilan.

Kita tidak pelik berapa ribu kali Eskay mahu bersumpah kerana yang kita inginkan adalah kes ini mesti mengikut apa yang Allah ajar pada kita. Sebelum itu, kita juga mahu tindakan ke atas Eskay dan juak-juaknya yang telah mengaku menayangkan video lucah berkenaan agar didakwa segera. Eskay boleh bersumpah setiap hari, ada kita kisah?/wfauzdin.blogspot.com

AKIBAT SUMPAH ESKAY, CERAMAH ANWAR MALAM TADI DEWAN KOSONG







Oleh: WFAUZDIN NS

BERKATNYA Eskay bersumpah walaupun beliau baca `Bismillahi...dan mengucap dua kalimah syahadah pun salah, maka ceramah Anwar malam tadi tiada sambutan. Dewan hanya separuh sahaja dipenuhi, ertinya sumpah Eskay dipercayai ramai.

Gambar yang sempat diambil hanyalah di dalam dewan sahaja, jika dilihat di luar sana sesiapa yang hadir sahaja boleh menganggarkan betapa berkesannya sumpah Eskay. InsyaAllah, sedikit masa lagi kita pamirkan kehadiran ceramah luar dan dalam dewan malam tadi di Ampang.

Ada kawan bertanya, mengapa Rahim Thamby tidak bersumpah? Rahim sudah jawab, dia hanya wakilkan sahaja pada Eskay. Sudah macam berwakil Wali pula nampaknya. Mungkin di antara three strooges itu, Eskay dilihat lebih `ulamak' dari Rahim atau Shuib. Sebab itulah, kita dengan bagaimana insan yang berjuang untuk agama ini membaca Bismillah dengan amat tertil sekali, dan melafazkan dua kalimah syahadah amat baik sekali.

Peliknya, jika mereka wakilkan kepada Eskay, mengapa Eskay hanya menyebut `aku' dan tidak `kami'? Mungkin aku itu bermaksud kami, namun apa pun tetap bersumpah juga. Peduli apa Eskay dengan pesanan seorang Ustaz yang menasihatinya tentang Sumpah menurut Islam serta Qazaf itu. Apa yang penting buat Eskay, alang-alang buat fitnah lebih baik bersumpah terus, fitnah pun masuk Neraka, persendakan sumpah pun Neraka juga. Jadi, apa beza?/wfauzdin.blogspot.com

LIHAT VIDEO INI - LEPAS INI ESKAY KENA BELAJAR MENGUCAP DAN BELAJAR BAB QAZAF




Tahniah kepada ustaz tu yang sedar tanggungjawabnya menegur geng three strooges yang jahil tu tentang apa dia sumpah. Tanggungjawab dia dah lepas, terpulang kepada geng strooges termasuk dengan yang ada kes dakwaan rogol budak bawah umur dulu untuk bersumpah, tapi dia cerdik tak mahu bersumpah. Dia guna wakil, katanya tapi kita dengar Eskay hanya sebut `aku' bukannya `kami' bertiga. Nampaknya Eskay yang bodoh.

Awal-awal lagi Eskay baca `Bismillah...' dah tak betul. Paling mengejutkan, mengucap dua kalimah syahdah langsung tak betul....cuba dengar dia mengucap...Macam orang tak biasa mengucap je....Bukankah tiap kali kita sembahyang ada lafaz dua kalimah syahadah di dalam bacaan Tahiyyat? Kalau mengucap macam tu, budak kelas PASTI pun ketawa dengar.

Tak macam Saiful dulu, ada Imam tolong betulkan kalau salah. Kali ni, buat sendiri je takde siapa nak bersubahat melainkan seorang pegawai agama dari JAWI yang aku pun tak tahu dia tu tahu ke tidak pasal sumpah ni.

Puak tu sibuk nak sangat Anwar bersumpah, tapi nak bawa ke mahkamah syariah tak mahu. Biarlah mahkamah syariah putuskan samada Anwar kena bersumpah atau tidak kerana tuduhan ini berat di sisi Islam. Mengapa pilih jalan mudah dengan bersumpah?

Sebabnya, kerana semua yang mereka cipta sudah ditertawakan orang. Skrip Eskay bercelaru dari terjumpa kamera tersembunyi, kemudiannya mengaku memang dia ada di dalam bilik masa kejadian. Mengapa mengaku ada dalam bilik? Terpaksa, pasal terakam pula kelibat orang ketiga. Dan, banyak lagi bahan ciptaan mereka yang kini sudah terbongkar. Untuk hilangkan aib diri sendiri, tiada pilihan....alang-alang buat dosa besar menfitnah...teruskan je dengan bersumpah.

Kesannya apa? Adakah orang percaya dengan kerja si Munafik? Kesannya, malam tadi puluhan ribu hadir di dalam ceramah Anwar di Ampang.....Anwar tidak terhina dengan sumpah si Fasik, malahan Anwar semakin disanjung....Yang terhina siapa? Si Fasik yang terhina...takut berdepan dengan orang ramai yang menanti selepas Jumaat. Bila orang ramai sudah balik, Si Fasik datang bersama three Strooges buat persembahan karut, lepas tu bergegas keluar....Di dunia lagi Allah tunjukkan mereka terhina di mata rakyat....rasa takut dengan sendirinya sehinggakan memakai baju kalis peluru......Bukti tiada kekuatan rohani untuk berdepan dengan kebenaran....

Anwar tetap disanjung, berani mengikut peraturan Islam dengan merujuk kes ini ke mahkamah Syariah, bukan berani melawan peraturan Islam seperti geng three strooges yang teramat jahil dan fasik itu. Apa pun tahniah kepada Polis yang menjaga puak jahil itu seperti mengiringi PM....mereka mungkin lupa yang mereka iringi dan kawal itu adalah penyebar video lucah yang salah di sisi undang-undang....Malaysia Boleh !!/mandor.blogspot.com

Jumaat, 29 April 2011

POLIS KEMPEN BURUKKAN ANWAR - NURUL IZZAH

KEADILAN kemuka bukti imej palsu Anwar


PETALING JAYA: KEADILAN hari ini mengemukakan bukti bergambar bahawa imej individu yang dikatakan sebagai Ketua Umum Keadilan, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam video fitnah adalah palsu.

Dalam sidang media di ibu pejabat Keadilan di Tropicana hari ini, Pengarah Komunikasi Keadilan, Nik Nazmi Nik Ahmad menunjukkan gambar imej potongan rambut individu di dalam video tersebut jauh berbeza dengan Anwar. “Dalam video ini, rambut individu tersebut adalah ‘slope’ dan lebih nipis dari Anwar.

Kalau kita lihat satu lagi gambar yang diambil ketika Ketua Umum di mahkamah, begitu hebat sekali rambutnya kerana tumbuh begitu cepat. “Gambar kedua ini tidak pula kita nampak begitu pendek seperti gambar yang pertama. “Ini merupakan satu lagi percanggahan yang dibuktikan, bahawa Umno memang sengaja dan berniat busuk untuk menjatuhkan maruah keluarganya,” ujar Nik Nazmi.


Dalam pada itu, Naib Presiden Keadilan, Tian Chua berkata, perbuatan melakukan sumpah laknat yang akan dilakukan oleh penyebar video fitnah oleh Datuk Shazril Eskay bukan sahaja tindakan yang menghina agama, bahkan membelakangkan prosedur undang-undang. “Ini merupakan perkara yang amat memalukan kerana mereka ingin memperlekeh dan mencemar kesucian institusi agama dan rumah ibadat.

“Saya turut mendapat aduan dan rungutan dari penduduk di Bandar Baru Sentul, iaitu di kawasan Parlimen Batu yang saya wakili. “Difahamkan oleh kawan-kawan, warga di kawasan Sentul rasa terhina kerana Eskay cuba mempermainkan kesucian rumah ibadat dan mereka akan bersuara dan mendeak untuk tidak gunakan masjid di kawasan mereka,” kata Tian.

Polis kempen burukkan Anwar

Dalam sidang media yang sama, Nurul Izzah membuat pendedahan bahawa beliau mendapat maklumat tentang tindakan seorang pegawai kanan polis, SAC 1 Datuk Dr Isa Abd Rahman yang telah pergi ke sekolah-sekolah di Kelantan dan menyatakan kepada guru-guru bahawa Anwar adalah ancaman kepada keselamatan negara.

Pegwai polis itu juga katanya, turut menyatakan watak di dalam video yang disebarkan adalah Anwar. “Kita mendapat sendiri maklumat ini dari para guru yang memaklumkan kepada kita. “Difahamkan bahawa, pihak polis selama 4 minggu berturut-turut telah menjelajah ke seluruh negeri kelantan untuk bersyarah mengenai perkara ini,” kata Nurul izzah. “Kita menolak politik lucah yang dibawa.

Dalam masa yang sama kami mengecam tindakan pegawai tinggi polis yang seolah-olah mendapat sokongan daripada pimpinan kerajaan,” katanya. Izzah berkata pihaknya akan membuat laporan dan bantahan rasmi terhadap pegawai tersebut dan Kementerian Pelajaran./KeadilanDaily

DATUK SK BOLEH BERSUMPAH SERIBU KALI SEBELUM BELIAU DITANGKAP

Kerana mu si buncit....
Oleh: WFAUZDIN NS

SETELAH dikatakan Datuk SK menyerahkan DNA nya kepada Polis, kini mara terus dengan kejahilannya untuk melakukan sumpah pula di sebuah masjid selepas Solat Jumaat esok. Adakah dengan caranya melakukan dua perkara itu akan membuatkan kita lupa bahawa beliau sepatutnya ditangkap atas kesalahan menayang dan mengedar video lucah?

Datuk SK mencabar DS Anwar untuk bersumpah bersamanya sekiranya Ketua Pembangkang itu menafikan beliau terlibat di dalam video seks berkenaan. Persoalannya, adakah DS Anwar akan mematuhi `ajaran' Datuk SK atau mematuhi nasihat dan fatwa dari Ulamak tersohor dunia Syeikh Yusof Al-Qardawi? Di dalam kaedah Islam, berani bukan bermakna berani melanggar hukum Islam tetapi berani sebenarnya adalah untuk menerima hukum Islam. Adakah Datuk SK berani berdepan dengan DS Anwar di dalam perundangan Islam di Mahkamah Syariah? Jika benar beliau berani, lupakan saja sumpah laknat yang sesat itu.

Ruang telah terbuka kini apabila kes video seks tersebut telah dibawa ke JAWI untuk dibicarakan di mahkamah syariah. Mungkinkah akan ada tangan ghaib yang akan menghalangnya seperti di dalam kes Liwat II sebelum ini? Sekiranya teramat sangat untuk melihat DS Anwar bersumpah, ini lah peluangnya kerana setelah kesemua bahan bukti atau saksi dibawa, jika Hakim berpendapat DS Anwar dan Datuk SK perlu bersumpah, maka DS Anwar sudah pasti akan mematuhinya. Itu pun jika mahkamah berpendapat dalam kes tuduhan zina ini ada atau tidak kaedah bersumpah setelah ketiadaan saksi.

Justeru itu, tiada bezanya perbuatan Datuk SK dengan Saiful sebelum ini. Saiful juga bersumpah dan Najib pun pernah bersumpah. Lojik pada akal, jika seseorang yang berani melakukan fitnah yang dosanya lebih besar dari membunuh itu, apa peliknya dengan bersumpah? Apatah lagi bila mengetahui segala kerja jahatnya itu dijadikan bahan ketawa orang ramai maka mereka tiada pilihan lain melainkan menggunakan senjata akhir iaitu bersumpah laknat. Rakyat pun tahu, tanpa sumpah laknat pun puak ini memang telah dicop sebagai laknat kerana menayangkan video lucah.

Bayangkan Ketua Paderi Kristian Katholik pun mengkritik pihak media terutamanya TV3 suku yang suka menayangkan video seks berkenaan. Di mana suara Jamil Khir, Mashitah dan yang lain-lain itu? Memalukan kita kepada Paderi Kristian ini./wfauzdin.blogspot.com

Khamis, 28 April 2011

APABILA SESUMPAH SUDAH TERBAU BANGKAI....

Khamis, 28 April 2011

Siapa si buncit ini?

Belah kiri tu cam askar je rambut dia...

Mana misai dan janggut?


Oleh: WFAUZDIN NS

AKU nasihatkan Ezam sesumpah sudah-sudahlah buat kerja fitnah tu. Takkan dendam kat Anwar tak habis-habis lagi? Dari kes Liwat, Ezam sesumpah tahu, kes video seks pun dia tahu, kes Anwar ejen Yahudi pun dia tahu sehinggakan apa yang DS Wan Azizah tak tahu, semua Ezam sesumpah tahu. Hebat betul Senator lantikan ini.

Malam tadi giliran Ezam sesumpah pula keluar TV3 suku setelah beberapa hari yang lalu bergilir-gilir pencacai katak yang keluar di stesyen TV berlidah Syaitan itu. Tak lama lagi, percayalah Zul Kulim pula akan keluar, lepas tu Zahrain pula. Masing-masing berebut nak cari peluang muncul dikaca TV sambil mengusap punggung Tok Jib.

Patutnya Ezam sesumpah bertegas suruh pihak berkuasa siasat keseluruhan video seks berkenaan, bermula dari yang menayangkan video tersebut sehinggalah siapa pelakunnya. Bukannya muncul di TV 3 suku hanya menuduh Anwar kununnya tidak bermoral. Bermoral sangatkah Ezam sesumpah yang bersubahat dengan puak kaki fitnah itu? Kalau ada yang berkata Ezam sesumpah sudah bernikah satu lagi di Indonesia, tentu Ezam sesumpah terasa hati dan mungkin dia akan kata itu fitnah. Itu baru bernikah, benda yang baik belum dikatakan Ezam sesumpah ada gundik di sana. Itulah fitnah yang boleh memecah belahkan sesama Islam.

Serupa juga Zul Kulim. Kalau ada yang mendakwa Zul Kulim masih belum bayar hutang orang sewaktu kempen Pilihanraya Umum dulu, tentu Zul Kulim terasa. Zul Kulim akan kata itu fitnah. Zahrain pula, beliau mesti marah jika ada yang kata dia keluar PKR jadi katak pasal tak dapat projek di P.Pinang. Mesti Zahrain kata fitnah juga. Jadi, fitnah ini bahaya jika terus dicanangkan.

Jika cukup bukti, cukup saksi, ada kes bawa saja ke mahkamah. Buat apa guna media canangkan benda yang menjijikkan ini. Tidak terfikirkah kita isu ini akan merosakkan minda anak-anak kita? Jangan kerana nak jaga maruah laki bini kat Putrajaya tu kita sanggup nak rosakkan minda anak bangsa dan ugama kita?/wfauzdin.blogspot.com

DATUK SK SERAH DNA, ADA SIAPA KISAH ?

Siapa si buncit ini?


Bila pulak Anwar Masuk Tentera?....Tengok rambut dia tu, tapi esoknya sudah panjang pulak..

Oleh: WFAUZDIN NS

Datuk SK @ Three Strooges katanya dah serah DNA beliau kepada pihak Polis. Ada kita kisah? Peduli apa dia nak serah DNA samada disuruh atau secara sukarela. Kalau dia pelawa Rahim Thamby Chik atau Shuib untuk serah DNA pun peduli apa kita. Ada kita kisah?

Yang kita kisah adalah mengapa tukang tayang video lucah masih belum ditahan atau didakwa? Mereka sudahj mengaku tayang video lucah di sebuah hotel di khalayak umum, maka pengakuan sudah ada, tunggu apa lagi? Pasal siapa yang beraksi tu, biarkan je TV 3 suku main tiap-tiap malam sampai rakyat Malaysia percaya bahawa pelaku lelaki yang berperut buncit dan berambut ala-tentera tu adalah Anwar, insan yang paling ditakuti oleh sekutu Apco. Selagi seluruh rakyat Malaysia tidak percaya bahawa itu adalah Anwar, menjadi kewajipan TV3 suku menyiarkannya setiap hari.

Aku kesihan juga dengan kakitangan TV 3 suku terutamanya pembaca berita tu, tak pasal-pasal bersubahat mengeluarkan kata-kata busuk dan jijik meracuni pemikiran anak bangsa sendiri. Buat kaum Cina dan India, ada mereka kisah? Kaum Melayu saja yang tak habis-habis diperbodohkan.

Sudah berapa lama isu video seks ini bermain di media dan entah berapa pikul di antara kita yang menanggung dosa akibat tidak mahu kembali kepada Islam. Allah sediakan undang-undang dan peraturan untuk manusia yang beriman, tetapi manusia jahil ini tetap dengan sikap degil dan angkuh mereka. Aku pun tak tahu mengapa nasihat para Mufti yang mereka lantik sendiri, mereka tidak pakai dan humbankan ke dalam tong taik. TV 3 suku paling biadab sekali tanpa sedikit pun menghormati pandangan Ulamak. Maklumlah siapa bos TV 3 suku tu? Semenjak bila TV 3 Suku hormat Islam? Tengok sajalah program mereka penuh dengan program maksiat. Memang sesuai untuk jadi penyambung lidah Syaitan.

Susah sangat ke nak ikut kaedah Islam? Kita bukan mahu Anwar dibela atau disanjung, tetapi jangan sampai insan ini diaibkan sedemikian rupa. Mana hati perut menteri-menteri Melayu yang mengaku Islam ini, tidak beranikah bersuara? Rais Yatim yang terkenal dengan budaya ini, di mana budaya Melayu sekarang ini? Rais Yatim sukakah melihat TV 3 Suku buat kerja lucah setiap hari?

Ada yang kata pihak Polis terlibat, aku tak percaya Polis terlibat di dalam isu video seks ini tetapi aku hairan mengapa baru saja Blogger yang disiasat Polis kerana menyiarkan klip video lucah di dalam blognya, tiba-tiba melakukannya lagi. Mengapa begitu mudah video seks yang dikatakan ada satu saja yang asal dan telah diserah kepada Polis boleh dimuat turun ke dalam youtube? Kalau ada yang dakwa pihak Polis terlibat, susah juga aku nak bela Polis dalam hal ini walaupun aku percaya Polis di negara ini teramat telus dan jujur./wfauzdin.blogspot.com

VIDEO KENYATAAN ANWAR - BELASAH TV3, UTUSAN, NAJIB DAN ROSMAH



Dari Keadilan Daily

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansur disifatkan begitu terdesak, sehingga sanggup menjadikan video fitnah sebagai strategi untuk mempertahankan kuasa, kata Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Mereka tak boleh lawan kita (Pakatan Rakyat) dengan isu dasar dan pentadbiran. Jadi mereka gunakan cara ini, iaitu mencemarkan karektor orang lain.

“Strategi Najib ialah dengan memperalatkan TV3 dan Utusan Malaysia. Tetapi sehingga hari ini, mereka tidak jawab dakwaan (bekas pegawai kanan polis) Datuk Mat Zain.

Menurutnya, Mat Zain Ibrahim, yang juga bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, telah menulis surat kepada Ketua Polis Negara berhubung beberapa isu termasuk penyebaran video fitnah, yang melibatkan sumber polis sendiri.

“Dia (Mat Zain) menuntut untuk memulihkan tahap profesionalisme polis yang telah terjejas teruk akibat rasuah, penipuan dan penyalahgunaan kuasa. Perkara ini ditujukan kepada Peguam Negara Gani Patail dan Musa Hasan.

“Jadi, media diminta bersikap adil dan tolong tanyakan kepada mereka, dakwaan bekas pegawai senior polis ini,” tegas Anwar.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas memberikan keterangan lebih sejam berhubung laporannya terhadap Trio Datuk T, di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, petang tadi.

Anwar, yang berpakaian kemeja biru tiba bersama isterinya yang juga Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah kira-kira jam 2.50 petang.

Keterangan itu susulan daripada laporan polis yang dibuat di balai yang sama pada 22 Mac lalu.
Soalan Tak Berkaitan

Sementara itu, peguam Anwar, Sivarasa Rasiah berkata, soalan yang ditanyakan pegawai polis tidak ada kaitan dengan laporan anak guamya.

“Sebahagian besar soalan tidak tertumpu kepada laporan. Apa yang dituntut ialah siasatan terhadap ketiga mereka kerana jelas mereka melakukan kesalahan.

“Pertama memiliki dan menayangkan video lucah di khalayak ramai. Kedua, mengugut Datuk Seri Anwar dan Presiden KEADILAN, Datuk Seri Wan Azizah untuk meletakkan jawatan mereka dalam politik.

“Mereka bertiga secara terbuka telah mengaku dan sepatutnya didakwa,” ujar Sivarasa.

Menurut beliau, pegawai yang mengambil keterangan kali ini telah ditukar, iaitu pegawai penyiasat DSP Shanmugam Moorthy dan pegawai perakam keterangan, ASP Asrul.

“Mereka memberitahu kita secara terbuka bahawa tindakan kali adalah atas arahan Peguam Negara, Gani Patail.

“Jelas, kedua institusi polis dan perundangan negara telah diperalatkan untuk kepentingan pihak tertentu. Politik negara ini seolah-olah telah dibawa ke longkang,” sinis Siva.

Turut hadir di IPD Dang Wangi petang itu ialah, Naib Presiden Keadilan, Tian Chua, Nurul Izzah Anwar, pengarah biro komunikasi, Nik Nazmi Nik Mahmud, dan Timbalan Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Khairul Anuar Ahmad Zainuddin.

APABILA SESUMPAH SUDAH TERBAU BANGKAI....

Siapa si buncit ini?

Belah kiri tu cam askar je rambut dia...

Mana misai dan janggut?


Oleh: WFAUZDIN NS

AKU nasihatkan Ezam sesumpah sudah-sudahlah buat kerja fitnah tu. Takkan dendam kat Anwar tak habis-habis lagi? Dari kes Liwat, Ezam sesumpah tahu, kes video seks pun dia tahu, kes Anwar ejen Yahudi pun dia tahu sehinggakan apa yang DS Wan Azizah tak tahu, semua Ezam sesumpah tahu. Hebat betul Senator lantikan ini.

Malam tadi giliran Ezam sesumpah pula keluar TV3 suku setelah beberapa hari yang lalu bergilir-gilir pencacai katak yang keluar di stesyen TV berlidah Syaitan itu. Tak lama lagi, percayalah Zul Kulim pula akan keluar, lepas tu Zahrain pula. Masing-masing berebut nak cari peluang muncul dikaca TV sambil mengusap punggung Tok Jib.

Patutnya Ezam sesumpah bertegas suruh pihak berkuasa siasat keseluruhan video seks berkenaan, bermula dari yang menayangkan video tersebut sehinggalah siapa pelakunnya. Bukannya muncul di TV 3 suku hanya menuduh Anwar kununnya tidak bermoral. Bermoral sangatkah Ezam sesumpah yang bersubahat dengan puak kaki fitnah itu? Kalau ada yang berkata Ezam sesumpah sudah bernikah satu lagi di Indonesia, tentu Ezam sesumpah terasa hati dan mungkin dia akan kata itu fitnah. Itu baru bernikah, benda yang baik belum dikatakan Ezam sesumpah ada gundik di sana. Itulah fitnah yang boleh memecah belahkan sesama Islam.

Serupa juga Zul Kulim. Kalau ada yang mendakwa Zul Kulim masih belum bayar hutang orang sewaktu kempen Pilihanraya Umum dulu, tentu Zul Kulim terasa. Zul Kulim akan kata itu fitnah. Zahrain pula, beliau mesti marah jika ada yang kata dia keluar PKR jadi katak pasal tak dapat projek di P.Pinang. Mesti Zahrain kata fitnah juga. Jadi, fitnah ini bahaya jika terus dicanangkan.

Jika cukup bukti, cukup saksi, ada kes bawa saja ke mahkamah. Buat apa guna media canangkan benda yang menjijikkan ini. Tidak terfikirkah kita isu ini akan merosakkan minda anak-anak kita? Jangan kerana nak jaga maruah laki bini kat Putrajaya tu kita sanggup nak rosakkan minda anak bangsa dan ugama kita?/wfauzdin.blogspot.com

Rabu, 27 April 2011

WAKAKAKA...KOMEN MEMBER AKU PASAL VIDEO SEKS SIRI II....

"ANALISIS KONSPIRASI BARU VIDEO LUCAH UMNGOK!!..Kenapa Dato SK yang bagi DNA??.(kemungkinan dalam kemungkinan)

1. Kemungkinan jahat ialah Umngok ingin membawa isu ini agar DSAI dapat menyerahkan DNA aslinya...hehe

2. Jika Dato SK boleh berbuat demikian..kenapa DSAI tidak boleh juga?...hehe

3. Jika DNA DSAI di perolehi..ia akan digunakan untuk Persempadanan semula Kes yang membabitkan DNA Y sipolpol itu...hehe

4. Terbukti di dalam Video Sex Umngok itu ialah Dato SK... Tetapi rancangan Umngok ialah untuk memalukan DSAI..kerana wajah Dato SK lebih kurang sama sahaja dengan DSAI...hehe

5. Sebab itu saat genting Kes Sipolpol dalam pembicaraan akhir. Oleh itu Umngok berusaha untuk mendapatkan DNA sebenar DSAI bagi Perbahasan akhir Hujjah Pendawaan itu. Sebab itu Umngok melalui Produksi Sexnya menerbitkan Video Sex itu. Tetapi Video sex itu ialah Video sex yang membabitkan Dato SK Mengongkek dengan pelacur. Oleh kerana Dato SK dahulu kawan baik DSAI...dan rupa mereka seakan-akan serupa sahaja....Umngok dengan pantas memanipulasikan video itu untuk kepentingan politik umngok yang sekarang ini tengah nazak...hehe

6. Kenapa dato SK yang bagi DNA?...ini satu lagi cerita yang bakal di belitkan oleh Umngok. Untuk movie sex selanjutnya nanti...kemungkinan Dato SK tidak bersalah...dan DNA yang Dato SK bagi tu tidak sepadan. Dan episod selanjutnya kemungkinan ada lagi DNA Y bagi meneruskan jalan cerita sex lagi...hehe

7. Jika berlaku tidak kesempadanan semula video sex itu....ada lagi kes pembicaraan yang kali ini mengisahkan Kisah Video Sex Mengongkek dengan amoi. Setelah sipolpol membuat pengakuan asalnya bahawa ia di sontut hanya selama 5 minit sahaja. Bagi citer video sex Umngok kini yang umngok membuat fitnah tuduhan kepada DSAI yang mengatakan ia mengongkek dengan amoi selama 7 minit..waawww..lama cikit...hehe

8. Walaupun Umngok masih lagi membuat tuduhan yang tidak berasas. Umngok tetap mahu membuktikan yang mereka tetap benar mahu DSAI di tuduh. Sedangkan bukti dengan jelas bahawa banyak kemungkinan pelakon(Dato SK) didalam video lucah umngok itu tidak benar kepada DSAI. Bukti pertama:

(a) bayang-bayang yang lain dalam video itu...macam super impose...hehe
(b) rambut dsai seperti rambut G.I(rambut askar)..pendek bahagian belakang...hehe
(c) Kutei pelakon itu kulop(Dato SK ni kulop ke?)..cuba pause kejap..negok kulop lah pulok...hehe
(d) janggut yang pandek atau tiada...bila cukur?..kat mahkamah panjang.. lah pulak esok paginya...hehe
(e) pelakon itu kotei kecik cikit...tak sama size yang ory..hehe

9. Walaubagaimana pun ia adalah konspirasi baru bagi tuduhan yang berterusan dari umngok. Memandangkan Kes Sipolpol hampir selesai...hehe

10. Bagi konspirasi kali ini adalah bagi meneruskan agenda fitnah umngok. Kemungkinan ia adalah bagi mengantikan kan kes sipolpol yang hampir selesai...hehe

Broad You by: Pusat Kajian Startegy IB Foundation, United Kingdom, London....warkhakhakaah...hehehehehe''"

* Sedikit Edit Dari Blogger Utk Jaga Aib Pihak Tertentu....hehehe....

To see the comment thread, follow the link below:

http://www.facebook.com/n/?photo.php&fbid=170782749643370&set=a.152301318158180.39383.100001349397499&type=1&mid=4222944G4d286238G293afaeG11&bcode=5g9wnBOS&n_m=zek_riy%40yahoo.com

TIMBALAN PRESIDEN PAS - JIKA TUAN IBRAHIM ENGGAN BERTANDING, MAT SABU BOLEH MENANG

Oleh: WFAUZDIN NS

AKU ada terbaca di dalam artikel oleh MSO, kununnya ada bayangan bahawa Tuan Guru Nik Aziz mahu agar Tuan Ibrahim Tuan Man bertanding jawatan Timbalan Presiden PAS. Betulkah ada bayangan dari Tuan Guru Nik Aziz?

Seandainya betul, aku pun suka jika Tuan Ibrahim Tuan Man dipilih menjadi Timbalan Presiden PAS kerana beliau mempunyai kesemua kelayakan untuk memegang jawatan itu. Bahkan, jika berlaku pertandingan tiga penjuru di dalam Muktamar PAS nanti di antara Us Nasha, Tuan Ibrahim dan Mat Sabu, aku yakin Tuan Ibrahim boleh menang dengan selesa.

Masalahnya, Tuan Ibrahim memberitahu beliau menolak untuk bertanding jawatan nombor 2 di dalam parti tersebut. Sekiranya keputusan beliau itu terus kekal sehingga tarikh akhir penamaan calon, maka tidak syak lagi yang diyakini boleh memenangi jawatan Timbalan Presiden PAS pada jangkaan aku adalah Mat Sabu. Benar, Mat Sabu bukan ustaz jauh sama sekali mahu digelar Ulamak. Tetapi Mat Sabu adalah pejuang Islam yang gigih dan telah diuji dengan berbagai ujian. Itulah kelayakan yang ada pada Mat Sabu yang membolehkannya bertanding di situ.

Paling menarik, Mat Sabu tidak asing dengan pemimpin dan penyokong-penyokong dari rakan lain di dalam PR. Ini penting untuk PAS lebih rapat dan mesra dengan rakan sekutu dari PKR dan DAP. /wfauzdin.blogspot.com

Selasa, 26 April 2011

KES LIWAT - PERSOALAN YANG MENGUJA KITA BERFIKIR

Oleh: WFAUZDIN NS

SAYA telah banyak mengikuti ulasan dan komen dari orang ramai samada melalui blog atau facebook berkaitan kes fitnah Liwat II melibatkan DS Anwar yang kini semakin ke penghujung.

Saya tertarik dengan beberapa persoalan dari mereka, di antaranya adalah seperti berikut;

1. Mengapa Pertuduhan berbeza dengan laporan Saiful yang mendakwa beliau dipaksa, sedangkan pertuduhan di bawah Seksyen 377B membawa maksud sukarela atau suka sama suka? Tidakkah wajar digunakan Seksyen 377C yang lebih tepat dengan laporan Saiful?

2. Saiful mendakwa beliau dipaksa, tetapi tiada kesan di duburnya kemasukan secara paksa. Diberitahu bahawa KY Jelly digunakan, tetapi lojiknya jika dipaksa mesti juga walau sedikit ada kesan melecet, luka, lebam di mana-mana bahagian tubuh badan atau didubur memberi erti ada paksaan berlaku dan ada tentangan dari Saiful yang muda dan gagah itu.

3. Sepanjang perbicaraan, tiada dibuktikan Saiful berada di dalam bilik kondo tempat yang dikatakan berlaku kejadian. Yang ada hanya kelibat Saiful memasuki kondo dan berada di lift sahaja.

4. Memang mereka telah memperolehi DNA melalui barang-barang Anwar sewaktu Anwar ditahan di dalam lokap Polis, tetapi adakah mereka telah membuktikan bahawa DNA yang mereka perolehi itu adalah air mani Anwar yang kununnya terdapat di dalam dubur Anwar?

5. Diberitahu bahawa DNA telahpun di`usik' terlebih dahulu oleh Jude Pereira Pegawai Polis yang menyiasat kes ini sebelum dihantar ke makmal.

6. Dimaklumkan juga bahawa terdapat lebih sample DNA disekitar dubur Anwar. Saiful membuat pengakuan bahawa beliau hanya diliwat oleh Anwar seorang. Mengapa tiada ujian dilakukan terhadap sample DNA yang lain selain dari DNA `Y'?

7. Tiada bahan bukti lain dijumpai di tempat kejadian melainkan sehelai bulu kepunyaan Anwar. Jika Saiful berada di bilik itu bersama Anwar, mengapa bulu Saiful tidak dibawa sebagai bahan bukti kes?

Sebenarnya banyak lagi persoalan yang pelik tapi benar di dalam kes ini. Namun, kita yakin pihak mahkamah sudah tentu ada keputusan yang baik dan bijak di dalam isu ini. Jika dahulu kes fitnah Liwat I menimbulkan seribu satu keganjilan, tidak semestinya ia boleh berulang lagi.

Sekiranya mahkamah memutuskan Anwar perlu membela diri, kita akan dapat menyaksikan lebih banyak persoalan yang lebih menarik lagi. Buat ketika ini, syabas kita ucapkan kepada Tim Pembela kerana telah berjaya merungkai banyak perkara./wfauzdin.blogspot.com

KES LIWAT - TULANG BESI CUBA MERUNGKAI PERSOALAN

Tuesday, April 26, 2011 Justify Full
Pendakwaraya Tidak Nafi Saiful Berbohong. Anwar Tak Perlu Sumpah

Penggulungan Karpal semalam tidak dapat dijawab dan dipatahkan oleh Pendakwaraya.

Antara pembohongan Saiful adalah:

1.0 Beliau mendakwa beliau dipaksa oleh Anwar untuk diliwat. PAdahal beliau dituduh di bawah Seksyen 337b yang menunjukkan liwat berlaku dengan sukarela. Ini BERLAWANAN dengan dakwaan Saiful yang mengatakan beliau dipaksa.

2.0 Saiful mengaku beliau duduk minum kopi dan makan karipap selepas beliau diliwat. Ini bukan tanda-tanda orang yang dipaksa untuk diliwat. Ini tanda-tanda orang itu sukarela untuk diliwat kerana orang yang dipaksa untuk diliwat pasti menunjukkan kesan-kesan emosional dan tidak mungkin boleh duduk dan minum kopi. Lagi bukti Saiful berbohong.

3.0 Saiful mengaku beliau merapati “Anwar” apabila beliau dipanggil. Padahal pada waktu itu beliau boleh menjerit dan lari keluar dari bilik, sekiranya beliau dipaksa. Lagi bukti Saiful berbohong.

(Laporan kronologi boleh dibaca di sini).

Pendakwaraya pula tidak menjawab hujjah2 Karpal ini. Pendakwaraya tidak berjaya membuktikan bahwa Saiful tidak makan karipap dan minum kopi selepas diliwat.

Pendakwaraya tidak pula menjelaskan mengapa Saiful tidak lari dan menjerit apabila beliau dipanggil masuk ke dalam bilik.

Pendakwaraya semata-mata bergantung kepada tuduhan kononnya wujud air mani Anwar dalam jubur Saiful. Pada waktu yang sama, Pendakwaraya tidak dapat beritahu bagaimana air mani Anwar boleh masuk jubur Saiful sedangkan pakar-pakar membuktikan tiada "tembusan" berlaku ke atas lubang jubur Saiful Bukhari.

Namun, kita semua tahu air mani lelaki Y itu adalah sebenarnya air mani Saiful Bukhari sendiri.

Dengan kata lain, Pendakwaraya tidak mampu menafikan Saiful Bukhari seorang pembohong. Dan Pendakwaraya sendiri pembohong sebab kata air mani lelaki Y adalah air mani Anwar Ibrahim.

Akhir sekali, Allah SWT menunjukkan kepada kita sedikit demi sedikit bahawa seluruh kes ini adalah satu fitnah yang maha besar ke atas Anwar tajaan Najib dan UMNO.

Tulang Besi

Isnin, 25 April 2011

SAIFUL PEMBOHONG TEGAR - PEGUAMBELA ANWAR

KUALA LUMPUR: Peguam Anwar, Sankara Nair hari ini membongkar beberapa kepincangan kes pendakwa raya dalam hujah penggulungannya di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Menurut Sankara, ia menjadi alasan kukuh bahawa kejadian liwat yang didakwa Saiful sebenarnya tidak pernah berlaku.

Pertama, Sankara mempersoalkan kenapa polis hanya menjumpai sehelai sahaja rambut Anwar Ibrahim di ruang tamu di unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara sedang kan manusia secara purata mengalami keguguran hampir 100 helai bulu daripada badan mereka setiap hari. “Manusia keguguran 100 helai rambut secara purata setiap hari. Tetapi kenapa polis hanya menjumpai sehelai sahaja bulu dari tubuh Anwar di ruang tamu unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara,” kata Sankara.

Beliau turut mempersoalkan jika benar kejadian liwat itu berlaku pihak polis pasti akan turut menemui bulu Saiful dalam bilik yang didakwa kononnya kejadian tersebut berlaku. Sebaliknya, kata Sankara, hanya bulu yang dikatakan milik Anwar sahaja yang dijumpai di ruang tamu unit kondo itu.

Sankara seterusnya menegaskan bahawa Saiful sebenarnya seorang penipu tegar kerana keterangan bohongnya sepanjang perbicaraan berlangsung. Menurut beliau, Saiful tidak pernah berada dalam bilik mahupun unit kondo itu pada waktu yang didakwa dalam pertuduhan. Dalam hujahnya, selaku saksi pendakwaraya, Saiful tidak pernah membuktikan dirinya berada dalam kondo itu pada masa kejadian didakwa berlaku. “Dia pembohong tegar. Dia tidak pernah berada di unit 11-5-1 Kondo Desa Damansara. Dia hanya membuatkan dirinya kelihatan seperti berada di kondo itu dengan keluar masuk lif yang dirakam kamere litar tertutup,” kata Sankara.

AZMIN, MUSTAPHA KEDUANYA MESTI CERDIK

Oleh: WFAUZDIN NS

NAMPAKNYA `berperang' lagi dua tokoh di dalam PR ini di antara Azmin Timbalan Presiden PKR dengan Mustapha Ali Setiausaha Agung PKR. Semuanya angkara media berlidah Syaitan yang kaum Cina sendiri sudah tidak mempercayainya. Hanya kaum Melayu sahaja sebilangan yang masih `beriman' dengan Utusan yang meloyakan itu.

Semuanya bermula apabila kenyataan Mustapha Ali berkaitan pandangan PAS terhadap DS Anwar di dalam isu video seks disiarkan oleh akhbar pencacai tersebut. Kenyataan Mustapha yang disiarkan oleh akhbar porno tersebut menyebabkan Azmin Ali melenting kerana kenyataan tersebut seolah-olah tidak menghormati DS Anwar selaku Ketua Pembangkang dan PKR sendiri selaku sekutu PAS di dalam PR. Kenyataan yang membuatkan Azmin melenting ialah apabila Mustapha Ali menyebut bahawa PAS akan mengkaji hubungannya di dalam PR setelah siasatan kes video seks itu selesai.

Di dalam Harakahdaily pula kemudiannya, Mustapha Ali menafikan beliau bermaksud sedemikian dan beliau meminta akhbar porno berkenaan memohon maaf atau bersedia untuk diambil tindakan kerana memutarbelitkan kenyataannya. Ini bererti Mustapha Ali tidak berkata seperti yang dilaporkan itu.

Di dalam Malaysiakini hari ini, Mustapha Ali membidas Azmin Ali kerana mempercayai akhbar berkenaan yang diketahui kepunyaan Umno. Mustapha Ali menasihatkan Azmin agar lebih mempercayai media lain seperti Harakah. Mustafa berkata, Azmin tidak seharusnya mempercayai apa yang disiarkan oleh media 'milik Umno' semalam yang menyebut PAS akan menyemak semula hubungannya dengan PKR ekoran skandal video seks yang dikaitkan dengan ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim (Malaysiakini).

Saya tertanya juga, mengapa Azmin percaya kepada laporan dari akhbar kepunyaan Umno tersebut? Dan lebih penting lagi, jika Mustapha Ali tidak mahu sesiapa mempercayai akhbar berkenaan atau mana-mana media pro Umno, mengapa media seperti itu dijemput atau dibenarkan hadir di dalam sidang medianya? Jika beliau bertanya mengapa Azmin tidak menyemak kenyataan beliau di dalam Harakah atau Harakahdaily, persoalannya mengapa kenyataan beliau lewat disiarkan sedangkan media pro Umno terlebih dahulu menyiarkannya? Mungkin inilah kelemahan media rasmi PAS yang selalu ketinggalan dan `slow' di dalam menyiarkan sesuatu isu. Tidak hairanlah jika ramai di kalangan kita yang lebih awal mengetahui sesuatu berita itu melalui media lain seperti Malaysiakini.

Saya pernah menulis betapa sepatutnya semua pimpinan PR jangan memberi ruang kepada mana-mana media yang kerapkali menipu atau suka memutarbelitkan kenyataan demi kepentingan pihak tertentu. Jika ini tidak dilakukan, bayangkan seorang Timbalan Presiden PKR boleh terperangkap dengan media haprak ini, apatah lagi rakyat biasa.

Bagi saya, Azmin Ali pun silap kerana cepat melatah dan terperangkap dengan media yang beliau sendiri kenal betapa busuknya lidah syaitan ini. Mustapha Ali pula salahnya besar juga kerana melayani media pro Umno seperti itu tetapi tidak mahu sesiapa mempercayai media yang beliau layani itu. Pelik betul kedua-dua tokoh ini./wfauzdin.blogspot.com

HIDUP LAGI KERAJAAN PERPADUAN KERANA DIGALI OLEH UMNO

Oleh: WFAUZDIN NS

BARU saja Umno ingin bernafas sedikit, tiba-tiba Setiausaha Agung PAS menafikan sekeras-kerasnya kenyataan beliau yang disiarkan di dalam media pencacai bahawa PAS akan kaji hubungannya dengan PKR setelah selesai kes Anwar. Mustapha Ali meminta agar akhbar tersebut memohon maaf atau bakal dikenakan tindakan oleh beliau di atas penyiaran berita putar alam itu.

Apabila kenyataan Mustapha Ali tersiar, maka ada pemimpin Umno sudah mula memasang angan-angan untuk mendirikan kerajaan perpaduan di antara PAS-Umno. Isu kerajaan perpaduan ini sudah lama dibuang ke dalam `tong najis' oleh PAS tetapi dikutip balik oleh Ahmad Maslan. Apa kata Ahmad Maslan? "Sekiranya PAS mengambil keputusan untuk tidak bersama lagi dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP dalam pakatan pembangkang, kami sedia berbincang idea mengenai kerajaan perpaduan," katanya (agendadaily).

Saya rasa tiada pemimpin PAS yang terliur dengan Umno. Cuma Umno yang masih perasan atau gila talak dengan PAS. Saya tidak tahu samada masih ada seorang dua pemimpin atau ahli PAS yang sanggup melutut dengan Umno dan teringin untuk bersama di dalam kerajaan perpaduan yang diperkatakan oleh Ahmad Maslan.

Kepada semua pimpinan PR, mereka harus berhati-hati kerana di kala ini puak Apco sedang hebat menjalankan propaganda mereka. Hajat mereka cuma satu iaitu Anwar mesti dihalang dari terus memimpin PR dan PAS akan kembali bersekelambu dengan Umno. Nampaknya Umno akan terus mengigau dengan `Kerajaan Perpaduan' yang mengarut itu. /wfauzdin.blogspot

USAH MIMPI KAMI MAHU MELUTUT DENGAN UMNO

Oleh: WFAUZDIN NS

RAKYAT dah pasang niat, samada DS Anwar disabitkan bersalah atau tidak tumpuan rakyat kini adalah untuk menjatuhkan kerajaan Umno/Bn di dalam PRU Ke 13 akan datang. Apabila PR berjaya menduduki Putrajaya, barulah kita akan ketahui siapa sebenarnya yang selama ini menipu rakyat, yang merompak hak rakyat dan konspirator fitnah yang banyak memecah-belahkan masyarakat.

Justeru itu, kita biarkan saja pihak Polis mahu siasatan kes video seks itu seberapa lama yang ia mahu. Begitu juga dengan trio datuk T, samada mereka ditangkap atau dilindungi rakyat sudah tidak peduli lagi kerana yang paling besar tugas kita selaku rakyat yang bermaruah adalah untuk menguburkan Umno/Bn di negara ini. Samalah juga dengan kes Liwat, rakyat sudah tidak peduli lagi berapa hari Saiful tidak membasuh duburnya kerana maruah dan nasib kita bukan terletak pada dubur pemuda itu. Itu beza kita dengan satu pihak lagi yang bersekutu dengan Apco itu.

Adakah mereka ingat dengan mensabitkan Anwar dengan liwat dan video seks itu maka PKR akan berkubur? Kalau dulu PKR hanya ada seorang Ahli Parlimen sebagai wakil kita boleh berjuang dengan gigih, masakan ketiadaan DS Anwar kita mahu melutut dengan sekutu Apco? Kita masih ada PKR, DAP dan PAS yang boleh menyambung perjuangan Anwar.

Silap besar mereka jika ingat PR akan hancur apabila Anwar tiada. Bahkan, PR akan menjadi bertambah kuat dan bersemangat lagi untuk menghentikan kezaliman Umno/Bn. Perjuangan kita bukan kerana batang tubuh Anwar tetapi untuk agama dan negara. Umno usah bermimpi untuk melihat PKR akan menjadi seperti Parti Melayu Semangat 46 yang mati setelah ramai pemimpinnya melutut dengan Umno./wfauzdin.blogspot.com

Ahad, 24 April 2011

APA CERITA NI, NIK ABDUH ?

MENYALAHKAN PIHAK LAIN, NIK ABDUH KENA BELAJAR LAGI DENGAN AYAHANDANYA

Oleh: WFAUZDIN NS

MEMANG tiada pilihan lain untuk terus memimpin PAS selepas Muktamar PAS bulan Jun ini nanti melainkan Presiden PAS yang ada sekarang iaitu Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang. Saya pun melihatnya begitu dan ramai di kalangan pimpinan PAS pun berasa sedemikian walaupun dikatakan ada pencalonan untuk memberi cabaran kepada tokoh utama PAS tersebut.

Saya turut bersetuju dengan pandangan Datuk Husam Musa bahawa perlunya Tuan Guru Hj Hadi terus memimpin PAS kerana tiada alasan kukuh untuk menamatkan kepimpinan beliau. PAS harus terus diterajui oleh pemimpin bertaraf Ulamak, dikenali diserantau dunia serta mempunyai serta boleh berdiplomasi dengan rakan-rakan di dalam PR. Sehingga kini, Tuan Guru Hj Hadi masih mengekalkan status itu tetapi bukan bererti beliau `perfect' seratus peratus. Mana ada manusia yang sempurna seratus peratus, tetapi Tuan Guru Hj Hadi masih lagi yang terbaik dari yang baik di dalam PAS.

Terbaru, sokongan terbuka oleh Us Nik Abduh Nik Abdul Aziz, anak kepada Mursyidul Am PAS yang menyatakan sokongan kuat beliau terhadap Tuan Guru Hj Hadi. Di dalam akhbar Sinar hari ini, Nik Abduh `menyerang' Prof Dr Aziz Bari yang mengkritik kepimpinan Tuan Guru Hj Hadi Awang sehinggakan menganggap Presiden PAS itu sebagai libialiti kepada PR. Sebagai seorang pemerhati dan peminat kepada PR, tidak salah Prof Dr Aziz mengkritik Presiden PAS tetapi beliau tidak boleh menggesa agar Tuan Guru Hj Hadi dijatuhkan. Oleh kerana itu, Nik Abduh mengkritik Prof Dr Aziz Bari dengan nada yang agak keras sesuai dengan kerasnya kritikan Prof Dr Aziz terhadap Presiden PAS. Itu tidak salah.

Tetapi apa yang tidak kena dengan kritikan Nik Abduh terhadap Prof Dr Aziz di dalam beliau mempertahankan Tuan Guru Hj Hadi? Apa yang tidak kena adalah apabila Nik Abduh menyindir dengan menyebut, mengapa Tuan Guru Hj Hadi di persalahkan dengan kekalahan 5 kerusi PAS yang ditandingi di dalam PRN Sarawak baru-baru ini sedangkan bukan Tuan Guru Hj Hadi yang mencalonkan Baru Bian sebagai calon KM Sarawak jika PR memerintah Sarawak.

Sindiran Nik Abduh itu amat tidak bertanggungjawab samasekali kerana beliau cuba mengungkit perkara yang lepas lebih-lebih lagi ingin melepaskan tanggungjawab terhadap kekalahan PAS di Sarawak. Mungkin Nik Abduh fikir jika calon PAS dinamakan sebagai calon KM Sarawak, maka PAS boleh menang? Nik Abduh sepatutnya fikir juga mengapa kerusi PAS di Galas dapat dirampas, mengapa PAS tewas di Tenang, Merlimau dan Kerdau. Adakah yang bertanding di kerusi berkenaan adalah dari kaum Cina, India, Iban atau berbangsa Kristian? Mengapa PAS tewas di kubu sendiri dan juga di kawasan majoriti Melayu itu?

Saya hormat pendirian Nik Abduh mempertahankan Tuan Guru Hj Hadi tetapi mempertahankan Hj Hadi dengan menyerang keputusan PR di Sarawak bukan satu cara yang cerdik. Sepatutnya Nik Abduh teliti dahulu perkara-perkara berikut sebelum mengaitkan kekalahan PAS di Sarawak;

1. Adakah keputusan menamakan Baru Bian dari PKR sebagai bakal KM Sarawak tidak mendapat persetujuan kepimpinan PAS?

2. Mengapa ayah Nik Abduh iaitu Tuan Guru Nik Aziz sendiri menyeru agar rakyat di Sarawak menyokong semua calon PR di Sarawak dan tidak pernah kita dengar mana-mana pemimpin PAS yang mengeluarkan kenyataan tidak bersetuju dengan keputusan PR menamakan Baru Bian sebagai calon KM Sarawak?

3. Sepanjang kempen berjalan, pimpinan PAS semuanya menyatakan berpuas hati dengan sokongan rakyat terhadap PAS di kawasan yang ditandingi oleh PAS, bahkan disaat-saat akhir PAS begitu yakin akan memenangi sekurang-kurangnya dua kerusi. Ketika itu mengapa isu Baru Bian tidak menjadi isu yang besar?

4. Adakah Nik Abduh tidak tahu betapa kesemua kawasan yang ditandingi oleh PR termasuk kawasan PAS ini telah diserang dengan segala tipu helah beserta rasuah politik oleh puak mereka?

5. Adakah DAP yang memenangi banyak kerusi di Sarawak adalah kerana Baru Bian bakal menjadi KM Sarawak?

Sekiranya bukan Baru Bian dinamakan sebagai calon dan diletakkan kaum Melayu Islam samada dari PKR atau PAS sebagai bakal KM Sarawak, adakah Nik Abduh yakin PAS boleh memenangi hatta satu kerusi di Sarawak? Atau, mungkin PAS dapat menang kesemua lima kerusi yang ditandinginya, tetapi mustahilkah berbelas kerusi lagi yang ditandingi oleh PKR atau DAP juga bakal hilang? PKR atau DAP juga akan mendakwa mereka tewas kerana calon bakal KM Sarawak itu tidak sesuai sama seperti yang Nik Abduh katakan sekarang.

Mungkin ada yang tidak mengundi PAS kerana Baru Bian dinamakan sebagai calon KM Sarawak, tetapi untuk menyatakan itu punca PAS tewas di Sarawak adalah satu jawapan yang tidak bertanggungjawab. PAS sebenarnya berjaya menambah peratusan undi walaupun tewas kesemua kerusi, masakan Nik Abduh tidak mengetahui akan kejayaan PAS ini?

Justeru itu, saya amat tidak berkenan dengan cara Nik Abduh membela Tuan Guru Hj Hadi sehingga sanggup menyerang orang lain. Apatah lagi Nik Abduh bersuara selepas `peperangan' selesai dan orangnya tumpas, sedangkan beliau tidak bersuara sewaktu PR melangkah ke medan `peperangan'. Ini menunjukkan Nik Abduh menyembunyikan perasaan tidak puas hatinya terhadap keputusan PR di Sarawak di dalam keadaan pimpinan utama PAS lebih arif dan tahu mengapa PR membuat keputusan sedemikian.

Nik Abduh seharusnya mensasarkan Prof Dr Aziz Bari tanpa melibatkan pihak lain. Saya bimbang nanti ada pihak yang mendakwa Nik Abduh juga adalah libialiti kepada PR. Beliau seharusnya belajar dari ayahandanya tentang politik terutamanya di luar Kelantan./wfauzdin.blogspot.com

Sabtu, 23 April 2011

AKHIRNYA, PAS AKAN KELUAR DARI PR ?

Oleh: WFAUZDIN NS

RAMAI yang tertanya adakah kenyataan Setiausaha Agung PAS, Mustapha Ali di dalam sidang medianya semalam seolah-olah mulai mencurigai moral DS Anwar. Kebanyakan blog pro Umno telah menafsirkan sedemikian, maka ada dikalangan kita yang mungkin terpedaya dengan `spin' oleh media mereka.

Apa yang Mustapha Ali beritahu? Menjawab soalan Agendadaily, Mustapha Ali berkata, PAS hanya akan putuskan soal hubungan parti itu dalam pembangkang selepas keputusan kes babitkan Anwar terutama isu video seks selesai siasatan. Ertinya, PAS mahukan siasatan dilakukan maka itu juga kehendak semua rakyat di negara ini bahkan DS Anwar juga mahu beliau disiasat, sebab itulah beliau membuat laporan Polis.

Seterusnya, Mustapha Ali menegaskan, “Kita ada beberapa kaedah. Biar polis siasat dulu, sebab proses kerajaan sekarang ikut undang-undang serta perlembagaan bukan ikut kaedah Islam,” katanya. PAS katanya akan ikut undang-undang sedia ada malah menegaskan orang yang siar rakaman itu juga melakukan kesalahan". Jelas, bahawa PAS juga mahu agar mereka yang terlibat menayangkan video lucah tersebut diambil tindakan. " Bagaimanapun, PAS akan menyatakan pendirian parti itu jika kerajaan memutuskan kes itu di Mahkamah Syariah dan ikut undang-undang Islam"(AgendaDaily).

Sebagai sebuah parti Islam sudah semestinya PAS mahu agar kerajaan membawa kes ini mengikut kaedah-kaedah Islam. Bagi saya, tidak perlu puak mereka meracuni PAS untuk keluar dari PR seandainya keputusan menunjukkan terbukti DS Anwar terbabit di dalam kes tersebut kerana PKR sendiri akan memutuskan tindakan terhadap DS Anwar. Sudah tentu ahli-ahli PKR tidak bersedia menerima pemimpin yang mempunyai moral yang rendah. Maknanya, jika Umno ingin mengambil kesempatan di suatu masa nanti dengan harapan PAS kembali berpeluk dengan Umno, mereka tersilap perkiraan kerana di dalam PR perjuangan mereka bukan untuk batang tubuh DS Anwar.

Samada DS Anwar ditangkap atau dipenjarakan malahan jika umur beliau pendek, PR termasuk PAS akan terus menjadi musuh kepada Umno/Bn selagi Umno/Bn terus kekal sebagai parti yang rasuah, zalim dan banyak menyusahkan rakyat. Rakyat sudah berpengalaman berjuang menentang Umno/Bn tanpa DS Anwar kerana di dalam PR kini kami mempunyai ramai tokoh dan pemimpin yang hebat dan berani.

Kita boleh membaca gerak tari lawan sekarang iaitu mereka mahu PR berpecah belah hanya kerana DS Anwar. Seharusnya mereka mesti berani membawa kes DS Anwar ini mengikut hukum Islam yang sebenar sekiranya mereka mahu melihat keadilan benar-benar wujud. Paling tidak, kes ini mesti dibicarakan di mahkamah Syariah bukan mahkamah sivil agar hajat mereka untuk menyaksikan DS Anwar bersumpah mengikut Islam akan terlaksana setelah segala bukti dan saksi dikemukakan. Adakah mereka berani berbuat demikian? Adakah mereka masih ingin bergantung dengan mahkamah sivil yang semua rakyat tahu rekod dan sejarahnya apabila membicarakan insan yang bernama Anwar ini?

Kesimpulannya, kita mahu DS Anwar dibawa ke mahkamah Syariah untuk memberi keadilan kepada yang menuduh dan yang tertuduh. Sekiranya kesemua proses ini dilaksanakan dan terbukti nyata DS Anwar terbabit, maka tidak perlu rakyat menurunkan DS Anwar atau PAS juga DAP menjauhkan diri, ahli-ahli PKR sendiri akan turunkan beliau dari puncak pimpinan parti. Selepas itu, PKR akan terus wujud bersama rakyat dan terus berjuang bersama PAS dan DAP sehingga PR menjejakkan kaki ke Putrajaya. Umno akan kecewa untuk melihat PAS melutut kepada parti sekular tersebut./wfauzdin.blogspot.com

PAS PERLU BERSEDIA UNTUK MENGGANTIKAN TEMPAT ANWAR

Oleh: WFAUZDIN NS

MUKTAMAR PAS dijadualkan pada bulan Jun nanti dan saya merasakan tiada kehangatan di dalam pemilihan pimpinan kali ini sebagaimana Muktamar yang lalu. Mudah dijangka, Tuan Guru Hj Hadi Awang akan terus dikekalkan sebagai Presiden PAS kerana terbukti bahawa beliau sahaja setakat ini yang berwibawa memimpin PAS.

Mungkin tumpuan hangat hanya kepada jawatan Timbalan Presiden PAS yang besar kemungkinan Mat Sabu akan mencabar Us Nasha. Saya tidak bimbang dengan pemilihan pimpinan PAS kerana PAS telah membuktikan bahawa sehangat mana pun pertandingan di dalam jawatan tinggi parti tersebut, kesatuan di dalam PAS tetap utuh dan tiada seorang pun yang tewas terpinggir jauh sekali dari melompat parti. Inilah yang amat saya kagumi di dalam PAS yang tiada diperolehi dari mana-mana parti sekalipun di negara ini. Itulah hikmahnya berjuang kerana Allah bukan kerana jawatan dan kedudukan.

Walaupun Muktamar PAS kali ini tidak hangat, tetapi Muktamar kali ini adalah penentu kepada yang lebih besar iaitu menyediakan pemimpin yang benar-benar bersedia untuk berdepan dengan Umno terutamanya. Kita telah dibayangkan bahawa DS Anwar mungkin akan dianiayai lagi dengan begitu hebat tekanan yang dihadapinya sekarang. Kes fitnah liwat II masih belum selesai, timbul pula kes video seks yang kini hangat diperkatakan. Masakan di antara dua kes tersebut, mereka gagal kenakan DS Anwar walaupun satu kes?

Justeru itu, PAS harus bersedia mulai sekarang untuk menerajui PR dan meneruskan perjuangan yang dibawa oleh DS Anwar sekiranya beliau terperosok ke penjara sekali lagi. Kita berdoa agar beliau selamat dari dizalimi, namun kita harus juga mengenali puak-puak mereka yang tidak akan berhenti selagi DS Anwar masih memimpin kita. Sehubungan itu, Muktamar PAS kali ini harus menyediakan pimpinan yang benar-benar mampu memimpin PR sehingga ke Putrajaya.

Memimpin PAS mungkin tiada masalah, tetapi memimpin PR bukan satu tugas yang ringan. Memimpin PR yang ada di bawahnya PKR dan DAP, memerlukan pemimpin yang bijak, diplomasi dan tegas. Saya yakin Tuan Guru Hj Hadi Awang mampu memikul amanah tersebut kerana beliau pastinya akan dibantu oleh Mursyidul Am PAS Tuan Guru Nik Aziz yang begitu disukai oleh kaum-kaum bukan Melayu di dalam PR. Tetapi, siapakah pimpinan lain yang boleh bekerjasama dengan baik dan efisyen berganding dengan Tuan Guru Hj Hadi?

Pimpinan inilah yang diharapkan agar ahli-ahli PAS fikirkan supaya nanti PAS mampu menjadi ketua di dalam PR lebih baik dan berkesan setelah ketiadaan DS Anwar. Sudah tentu pemimpin ini mempunyai hubungan yang baik dan mesra dengan pimpinan PKR dan DAP. Maka, jawatan Timbalan Presiden PAS serta Naib-Naib Presiden PAS haruslah terdiri dari pemimpin seperti ini. Kali ini Muktamar PAS diharapkan sebagai Muktamar terakhir PAS sebagai Pembangkang di negara ini sebelum kita ke Putrajaya, InsyaAllah./wfauzdin.blogspot.com

TIBA-TIBA VIDEO SEKS SUDAH TERBANG KE TAIWAN, NAMUN GAGAL MENGESAHKAN PELAKUNYA

Oleh: WFAUZDIN NS

VIDEO Seks yang kununnya melibatkan DS Anwar sudah sampai ke Taiwan? Diberitakan video seks itu hanya ada satu salinan asal dan kini berada di tangan pihak Polis yang menyiasat, masa bila sudah berada di Taiwan? Sebelum ini, video tersebut juga dimuatkan ke dalam Youtube, siapa yang memuatkannya sehingga Eskay pun naik pening?

Hari ini, seperti dilaporkan oleh Malaysiakini, " Berita Harian pada tajuk utamanya hari ini memetik sumber sebagai berkata sebuah agensi penyiaran terkemuka Korea Selatan yang menganalisis rakaman video seks mendapati pelaku dalam rakaman itu sepadan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

NONEMenurut akhbar milik Umno itu, polis juga telah mengenalpasti lokasi video seks tersebut dirakamkan - iaitu di sebuah kondominium di pinggir Kuala Lumpur - dan wanita terbabit adalah dipercayai seorang pelajar di sebuah institusi pengajian tinggi swasta di ibu negara (Malaysiakini).

Jika benar itu laporan dari pakar di Taiwan, ertinya sama juga dengan pendapat mereka yang telah menonton video berkenaan iaitu memang ada iras watak lelaki berperut buncit tersebut dengan Anwar. Maka, tiada beza dengan pendapat pakar dari Taiwan tersebut. Sepadan dan juga seiras, tetapi tidak disahkan siapa sebenarnya.

Persoalan lain, dikatakan bahawa Polis mengesahkan aksi tersebut berlaku di sebuah kondomunium di dalam negara, tetapi sebelum ini kita diberitahu aksi tersebut berlaku di sebuah hotel. Masalah jam pula memeningkan. Heboh diperkatakan jam itu kununnya hadiah dari kerabat Arab Saudi, tetapi Polis menyebut jam berkenaan dibeli di Taiwan tahun 2004. Mungkin sebab itu pihak Polis tidak menumpukan soal jam Omega yang kununnya kepunyaan Anwar.

Apa pun yang kita bincangkan dengan isu karut ini, yang pasti pelaku yang mengaku menayangkan video lucah tersebut masih duduk goyang kaki melihat betapa undang-undang di negara ini menjadi haru-biru dan rakyat terus dibuai dengan cerita jijik sedemikian./wfauzdin.blogspot

LAPORAN POLIS - KOTAK UNDI TIDAK DISITA, DIUSIK -

Kotak undi 'diusik' - PKR buat laporan polis

Aidila Razak
Apr 22, 11

Calon PKR bagi kerusi dewan undangan negeri Senadin Dr Micheal Teo dan agen pilihan rayanya semalam membuat laporan polis bahawa peti undi 'diusik' ketika pertarungan sengit pada pilihan raya Sarawak, Sabtu lalu.

NONEDalam laporannya di balai polis Miri pada jam 5 petang, Teo mendakwa sebahagian besar daripada 44 kotak undi dari Senadin, di mana beliau tewas kepada calon BN dengan hanya 58 undi didapati tidak mengikut peraturan yang ditetapkan.

Katanya, agennya Peter Abong, diminta bersama agen BN bagi memeriksa kotak-kotak undi oleh pegawai pengurus pilihan raya Chai Ko Het pada 18 April, dua hari selapas tarikh pengundian.

“Kami tidak memohon tetapi dipanggil untuk memeriksa. Apa (Peter) didapati ialah kertas undi telah dipindahkan ke sebuah bekas yang lebih besar yang tidak disita.

“Lebih kurang 10 kota undi yang tidak mempunyai sebarang tandatangan, lapan cop mohornya telah diusik dan dua lagi cop mohornya di tempat yang salah,” kata Teoh ketika dihubungi.

NONEMengikut Seksyen 25A (2) (a) Peraturan Pilihan Raya 1981 di bawah Akta Pilihan Raya 1958, semua kertas undi mesti dimasukkan kembali ke dalam kotak undi selepas pengiraan.

Seksyen 26E (d) akta yang sama pula memnyatakan semua kotak undi dan kandungannya mesti disimpan di tempat yang selamat bagi tempoh enam bulan selepas pilihan raya di mana kemudiannya, ia akan dimusnahkan kecuali diarahkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya.

“Kami rakamkan 47 gambar kota undi dan kertas undi dan melampirkannya bersama laporan polis,” kata Teo./Malaysiakini

Jumaat, 22 April 2011

MENGAPA PERKASA TERLALU BUSUK HATINYA?

Oleh: WFAUZDIN NS

APABILA DAP memenangi banyak kerusi di dalam PRN Sarawak baru-baru ini, sekaligus meningkatkan imej dan prestasi PR di Sarawak dan sekaligus memalukan Bn di Sarawak, ini semua membuatkan beberapa pihak yang pro Bn terutamanya Umno mulai rasa bimbang dan `sakit hati'.

PERKASA yang kununnya mengaku sebuah pertubuhan yang bersifat `non - partisme', namun akhirnya menunjukkan belang bahawa pertubuhan yang diterajui oleh Ibrahim Ali MP Bebas dari Pasir Mas itu sebenarnya penyokong tegar Umno/Bn. PERKASA dikenali ramai sebagai pertubuhan yang taksub kepada Melayu secara membabi buta sehinggakan seolah-seolah menganggap bumi Malaysia ini hanya milik orang-orang Melayu sahaja.

Membaca kenyataan PERKASA Cawangan Sarawak di dalam mengulas kemenangan besar DAP di Sarawak, Ketuanya Abang Abdul Nasser Abang Hadari berkata, " Pakatan Rakyat, lebih-lebih lagi DAP harus dipersalahkan dan dipertanggungjawabkan oleh kaum Cina jika kaum pribumi Sarawak menidakkan semua tuntutan kaum Cina.” (Malaysiakini). Inilah kenyataan busuk hati dan pendendam oleh PERKASA sedangkan selama ini apa yang PERKASA perjuangkan di Sarawak sehingga ramai kaum Melayu dan Bumiputera di Sarawak hidup susah dan ketinggalan dalam banyak segi?

Berbeza dengan kaum Cina, mereka mempunyai pandangan jauh di dalam politik dan tidak hanya memikirkan soal perut dan sogokan yang sementara semata-mata. Anggapan PERKASA termasuk Tun Mahathir bahawa DAP membawa perkauman di Sarawak adalah hujah yang tidak mempunyai fakta yang tepat. Adakah PERKASA dan Tun Mahathir tidak melihat perjuangan DAP di Semenanjung di mana parti ini sanggup bekerjasama dengan PAS dan PKR bagi mewujudkan sebuah negara yang adil dan bersih dari amalan rasuah? Contoh terbaik kepimpinan DAP boleh dilihat di P.Pinang sekarang ini yang mana tiada satu kaum pun yang terpinggir.

Di Sarawak, semangat ini dibawa oleh DAP dan sudah tentu rakyat mempercayai DAP dari SUPP setelah melihat ketelusan dan keadilan pimpinan DAP di P.Pinang. Jika benar DAP membawa isu perkauman, mengapa sepanjang kempen DAP di Sarawak tiada satu pun laporan dibuat oleh mana-mana pihak mendakwa DAP bermain dengan sentimen perkauman? Mengapa setelah DAP berjaya dengan cemerlang, isu ini timbul?

Media pencacai seperti Utusan Meloya pun menyambut dakwaan bodoh dari PERKASA dan Tun Mahathir ini. Mungkin Tun Mahathir merasa malu setelah di`import' berkempen di Sarawak, namun Bn terus hilang 8 kerusi termasuk kerusi bekas Timbalan Ketua Menteri Sarawak. Suatu pukulan hebat dari DAP buat Tun Mahathir dan juak-juaknya. Mahathir terasa suatu ketika kaum Cina amat menyanjunginya, tetapi kini cakap Tun Mahathir bukan sahaja ditolak oleh kaum Cina bahkan kaum Melayu sendiri pun lebih suka melihat Tun berehat sahaja di rumah.

Saya yakin, isu perkauman yang ditimbulkan oleh Tun Mahathir dan digerakkan oleh PERKASA serta Utusan Meloya ini akan berterusan sehingga PRU Ke 13 nanti. Bn kini amat tertekan kerana Sarawak kini dilihat bukan lagi talian hayat buat Bn bagi mengekalkan kuasa di Putrajaya./wfauzdin.blogspot.com

CERAMAH ANWAR DI P.PINANG DIBATALKAN

Anwar batalkan lawatan dua hari ke Pulau Pinang

Susan Loone
Apr 22, 11

Ketua pembangkang dan ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim telah membatalkan lawatan dua harinya ke Pulau Pinang yang sepatutnya dijadualkan bermula hari ini.

Menurut sumber dalaman parti, Anwar, yang juga ahli parlimen Permatang Pauh terpaksa mendapatkan rawatan perubatan di Kuala Lumpur kerana sakit tulang belakangnya berulang.

Sumber itu bagaimanapun tidak dapat mengesahkan sejauh keseriusan sakit tersebut berikutan jadual ketat Anwar ketika berkempen pada pilihan raya negeri Sarawak minggu lalu.

Timbalan presiden PKR Azmin Ali dijangka menggantikan Anwar di Pulau Pinang.

Anwar dijadualkan menghadiri beberapa majlis termasuk menghadiri perbincangan 'maqasid syariah' di Dewan Sri Pinang di Georgetown./Malaysiakini

Khamis, 21 April 2011

`SUSU DIBALAS TUBA' - MENGAPA KITA SAKIT HATI BILA KAUM CINA BERSATU ?

Oleh: WFAUZDIN NS

PEPATAH `Susu Dibalas Tuba' yang diperkatakan oleh PERKASA terhadap DAP boleh dijadikan bahan ketawa oleh golongan cerdik pandai. Apa kata jika kaum Cina mengatakan bahawa selama ini kebanyakan mereka hanya mendapat `tuba' bukan `susu'?

Apakah PERKASA ingat di negara ini semua kaum Cina hidup mewah? Mungkin ada beberapa kerat yang dapat `susu' yang terdiri dari kroni-kroni puak tertentu termasuk beberapa taukeh judi yang kaya raya. Mengapa kita perlu sakit hati bila kaum Cina lebih cerdik dari kita berpolitik?

Saya mengulas isu ini setelah membaca laporan yang disiarkan di dalam Malaysiakini, "Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) cawangan Sarawak mendesak kerajaan BN supaya jangan keterlaluan melayan tuntutan kaum Cina yang didakwanya sanggup “membalas susu dengan tuba”.

NONE“Sejak PERKASA dilancarkan di Sarawak, ia tidak pernah mempersoalkan sebarang tuntutan kaum Cina demi menghormati Gagasan 1Malaysia dan demi keharmonian negeri Sarawak dengan memberi pengorbanan dan toleransi yang amat tinggi dalam hal ini. “Pakatan Rakyat, lebih-lebih lagi DAP harus dipersalahkan dan dipertanggungjawabkan oleh kaum Cina jika kaum pribumi Sarawak menidakkan semua tuntutan kaum Cina,” katanya (Malaysiakini).

Jika kaum Melayu masih ramai yang buta di dalam berpolitik, yang langsung tidak peka kepada untung nasib orang Melayu yang semakin tertekan, masalah harga barang yang semakin tinggi, masalah pendidikan, agama, sosial dan sebagainya maka mengapa kita sakit hati atau dengki dengan kaum Cina yang bijak berpolitik itu? Sepatutnya kita belajar dari mereka bagaimana untuk bersatu meruntuhkan keegoan pemerintah yang tidak peduli akan nasib rakyat? Mengapa kita harus terhutang budi dengan sehelai kain pelekat atau kain batik?

Memang kaum Cina lebih pasif di dalam menunjukkan ke arah mana mereka di dalam politik, sebab itu sukar untuk kerajaan menafsirkan sokongan mereka. Namun demikian, walaupun mereka pasif tetapi akal mereka ligat memikir yang mana satukah parti yang benar dan yang mana satukah parti yang selalu menipu. Berbeza dengan kaum Melayu yang jelas begitu aktif berpolitik dan mudah dibaca arah sokongan mereka. Tetapi, kaum Melayu sering tidak menggunakan akal untuk menilai yang mana benar atau tidak.

Tidak hairanlah amat sukar untuk kita melihat kaum Cina bercerita soal video seks yang kebanyakan kaum Melayu sibuk bercerita di kedai-kedai kopi. Bagi kaum Cina, isu tersebut tidak membantu kehidupan rakyat apatah lagi mereka tahu isu tersebut hanyalah fitnah dan bohong semata-mata.

Ingin saya peringatkan PERKASA agar tidak menyalahkan kaum Cina kerana kebijaksanaan mereka berpolitik, tetapi PERKASA kena selidik mengapa terlalu mudah kaum Melayu diperkotak-katikkan oleh pemimpin yang kununnya berjuang untuk Melayu ini. PERKASA juga harus buktikan bahawa selama ini kaum Cina yang mana mendapat `susu' dan yang mana mendapat `tuba'. Jika kerajaan sendiri yang memberi `tuba' kepada rakyat, mengapa pula kaum Cina mahu disalahkan?/wfauzdin.blogspot.com

TIMB PRESIDEN PAS - MAT SABU BAKAL PENCETUS `REVOLUSI'?

Oleh: WFAUZDIN NS

SEBELUM ini saya ada menulis tentang perlunya Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang dikekalkan sebagai Presiden PAS di dalam pemilihan parti Jun nanti. Memang ada beberapa kelemahan yang terdapat di dalam kepimpinan beliau tetapi pada saya ianya boleh diatasi sekiranya beliau mempunyai Pembantu yang lebih `vokal' di dalam merealisasikan hasrat PR untuk ke Putrajaya.

Pembantu yang saya maksudkan itu adalah Timbalan Presiden dan juga Naib Presiden yang lebih serius, bijak dan mudah bekerjasama di dalam satu Pakatan. Saya masih mengharapkan agar Husam Musa berada di sisi Presiden PAS, namun Husam Musa awal-awal lagi sudah tarik `hand brake' untuk bertanding jawatan nombor dua itu. Justeru itu, saya berfikiran bahawa tiada pilihan lain untuk mengantikan Husam Musa yang boleh diharapkan membantu Presiden kecuali Mohamad Sabu.

Dalam pemilihan parti dua tahun lalu, Mohamad Sabu tewas kepada penyandangnya Us Nasharuddin Mat Isa, dalam pertandingan tiga penjuru. Seorang lagi calon ialah Husam Musa.
husam musa mat sabu nasharuddin mat isa 220409Us Nasha mendapat 480 undi, Husam (281) dan Mat Sabu pula memperolehi 261 undi. Tokoh aktivis yang popular sebagai 'Abang Mat' itu kini layak untuk bertanding jawatan tersebut selepas mendapat tiga pencalonan dari Kubang Kerian, Bukit Bintang dan Muar.

Sekiranya di dalam pemilihan yang lalu hanya berlaku pertandingan dua penjuru samada Husam Musa atau Mat Sabu sahaja yang berdepan dengan Us Nasha, saya meramalkan agak sukar untuk Us Nasha berada di kerusi nombor dua seperti sekarang. Apabila berlaku pertandingan 3 penjuru, maka pecahan undi berlaku dan keputusan berpihak kepada Us Nasha.

Penggal Us Nasha telah pun hampir berakhir dan ahli-ahli PAS terutamanya boleh menilai adakah Us Nasha berjaya membantu Presiden PAS di dalam meningkatkan sokongan rakyat kepada PAS serta memberi impak yang besar kepada kesatuan dan kekuatan Pakatan Rakyat. Jika majoriti ahli PAS menganggap bahawa Us Nasha masih berupaya membantu Presiden, maka tidak mustahil Us Nasha masih menjadi pilihan.

Kehebatan Mat Sabu bukan sahaja kepada keberanian dan kekuatan pidatonya, tetapi beliau dilihat begitu rapat dengan kepimpinan DAP terutamanya Lim Guan Eng. Sememangnya DAP sering `bercakaran' dengan PAS di dalam isu yang melibatkan hukum Islam yang mahu diperjuangkan oleh PAS. Walaupun begitu, tentangan dari DAP terhadap PAS tidak begitu serius sehingga boleh mengakibatkan perpecahan DAP - PAS. Oleh kerana itu, kehadiran Mat Sabu yang dilihat intim dengan beberapa kepimpinan utama DAP amat diperlukan agar `percakaran' di dalam beberapa isu boleh dikurangkan.

Keperibadian Mat Sabu juga amat disenangi oleh berbagai golongan tua dan muda terutamanya di luar bandar. Cara pidatonya yang lantang, berfakta dan mudah difahami serta diisi dengan jenaka begitu menusuk hati yang mendengarnya. Beliau bukan seorang ustaz, jauh sekali Ulamak tetapi beliau tetap tegas di dalam memperjuangkan dasar PAS. Kehebatan Mat Sabu tidak kurang hebatnya jika dibandingkan dengan Ketua Umum PKR DS Anwar. Tidak menghairankan jika Mat Sabu kerap kali dijadikan mangsa, ditahan, dilokap, dipukul dan beliau juga pernah difitnah dengan isu khalwat suatu ketika dahulu.

Memang tepat jika Mat Sabu diberi peluang untuk berada di kerusi nombor dua di dalam PAS memandangkan PAS kini berdepan dengan politik yang lebih mencabar. Cabaran terbesar PAS adalah menghadapi `musuh dalam selimut' yang sentiasa berusaha agar PAS berjuang bersendirian tanpa rakannya DAP dan PKR. Musuh-musuh ini akan terus berusaha untuk meretakkan hubungan di antara PAS dengan DAP dan PKR, di dalam masa yang sama cuba untuk membawa PAS kembali ke dalam `selimut Umno'.

Cabaran ini lah yang saya rasa boleh diatasi sekiranya Mat Sabu digandingkan dengan Presiden PAS nanti. Mana tahu, sekiranya demokrasi di negara ini tidak lagi terpakai atau disalahgunakan, maka stail kepimpinan seperti Mat Sabu boleh mencetuskan `revolusi' untuk kebangkitan rakyat. Maka, apa salahnya?/wfauzdin.blogspot.com