JOM MASUK AHLI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DENGARKAN KOBAT FM ONLINE

Sabtu, 16 April 2011

PRN SARAWAK - AWASI JAM AKHIR, KEPUTUSAN TAK RASMI

LAPORAN LANGSUNG

Gambar sekitar pilihan raya umum negeri Sarawak

4.02 petang – MESEJ PAKATAN RAKYAT: Pastikan setiap petugas mendapt Borang 14 bagi setiap saluran. Jika pegawai SPR enggan, ambil nama, IC, gambar dan buat laporan polis.

Ada beberapa laporan, terdapat beberapa kawasan di beberapa peti undi petugas SPR enggan memberikan Borang 14 kepada petugas Pakatan Rakyat.

Itu merupakan hak agen mengundi di sisi undang-undang.

3.15 petang – Pegawai SPR dilapor enggan memberikan Borang 14 kepada petugas Pakatan Rakyat di N47 Dun Bawang Assan.

Borang 14 adalah borang ‘Penyata Pengundian Selepas Pengiraan Undi’ yang mengandungi catatan jumlah undi yang diperolehi kedua-dua pihak bertanding.

3.00 petang – Menurut Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua, terdapat pegawai SPR didapati menyerahkan risalah BN kepada pengundi setelah mereka menyemak senarai daftar pengundi di Tudan, SM Baram.

2.40 petang – MESEJ PAKATAN RAKYAT: BN akan menjalankan operasi hitam penipuan antara pukul 3 hingga pukul lima petang. Petugas-petugas diminta pantau kehadiran pengundi-pengundi yang datang mengundi dan kelihatan meragukan dan berhat-hati dalam 3 jam terakhir.

2.30 petang – Dun N52 Tamin : Sukuan – KEADILAN 113, BN 38; Rumah Nangai -KEADILAN 93, BN 38; Rumah Empeni Bungkang & Rumah Pagah Pelepok KEADILAN 28, BN 8 (sumber: Twitter Ahli Dewan Undangan Negeri Teja, Chang Lih Kang)

2.15 petang – Menurut Timbalan Presiden KEADILAN, Azmin Ali, KEADILAN memenangi kerusi N34 Krian dengan majoriti kira-kira 3,000 undi.

KEADILAN memenangi 45 daripada 49 peti undi di Dun Krian. Calon KEADILAN di Dun Krian adalah Ali anak Biju.

2.00 petang – N31 Layar- Keputusan tidak rasmi di saluran SK Batu Genting: KEADILAN 74, BN 48, SNAP 6 (sumber: Twitter Bilik Gerakan Sarawak)

1.35 tengah hari – N70 Ba’kelalan- Keputusan tak rasmi: KEADILAN 596, BN 525 (sumber: Twitter Bilik Gerakan Sarawak)

1.30 tengah hari – N53 Kakus- Keputusan tidak rasmi saluran: SK Barau, KEADILAN 106, BN 57, Rosak 3 (sumber: Twitter Bilik Gerakan Sarawak)

1.10 tengah hari – N31 Layar- Keputusan tidak rasmi sehingga kini: KEADILAN – 55 , BN – 16 (sumber: Twitter Bilik Gerakan Sarawak)

1.05 tengah hari - N53 Kakus – Keputusan tidak rasmi: Saluran di SK Kuala Penyarai- KEADILAN 122, BN 70, PCM 1, bebas 5, rosak 1. (sumber: Twitter Bilik Gerakan Sarawak)

1.00 tengah hari - N52 Tamin – Keputusan tidak rasmi: Saluran di Rumah Tujoh Bejait Ulu Oya : KEADILAN – 113 , BN – 38 , undi rosak – 5. (sumber: Twitter Bilik Gerakan Sarawak)

12.50 tengah hari – Keputusan tidak rasmi di N53 Dun Kakus – Saluran di Sekolah Kebangsaan Kuala Penyarai- KEADILAN 122, BN 70, PCM 1, bebas 5, rosak 1. ( sumber: Twitter Bilik Gerakan Sarawak)

12.45 tengah hari – N31 DUN Layar, Daerah mengundi Bungkang : PKR 28 BN 8. Daerah mengundi Pelepok : KEADILAN 27 BN 8 (sumber: Twitter Timbalan Presiden KEADILAN, Azmin Ali).

12.40 tengahari – Pengiraan peti undi di saluran yang sudah ditutup bermula jam 12 tengahari tadi.

Di N70 Dun Ba’kelalan, secara tidak rasminya calon KEADILAN, Baru Bian mendahului dengan 245 undi dan BN 223 undi . Undi rosak adalah sebanyak tiga undi.

12.35 tengahari – Sebanyak 800 pusat mengundi sudah ditutup daripada 1,749 pusat mengundi, seperti dilapor Malaysiakini.

12.30 tengah hari - Peratusan keluar mengundi di N11 Dun Batu Lintang masih rendah, dilaporkan hanya 23 peratus yang keluar membuang undi sehingga jam 12 tengah hari.

Calon KEADILAN, See Chee How membuang undi tepat jam 8 pagi di DUN Sentosa.

12.20 tengah hari – Terdapat petugas SPR di Sekolah Kebangsaan Kuala Baram, N65 Senadin memberikan risalah BN kepada pengundi selepas menyemak daftar pengundi. Ia dimaklumkan Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Lanjan, Elizabeth Wong melalui laman Twitter-nya.

12.10 tengah hari – Ketua Pemuda PBB, Datuk Fidillah Yusof mengasari petugas wanita KEADILAN dengan menarik keluar agen mengundi KEADILAN dari pusat mengundi.

12.00 tengah hari – Peratusan keseluruhan yang keluar mengundi setakat ini adalah 30 peratus.

11.54 pagi – Tiga pusat membuang undi di dalam N51 DUN Balingian ditutup jam 11.30 pagi tadi. Antaranya Kenyana, Suyong dan Liok, manakala peratusan keluar mengundi di daerah Tutus dalam DUN Balingian sebanyak 60.77 peratus.

11.40 pagi – Peratusan keluar mengundi di N35 Dun Belawai sudah mencecah 41 peratus.

11.30 pagi – Di N07 Semariang, BN membina pondok panas di luar pagar pusat mengundi sedangkan peraturan pilihan raya sekarang tidak membenarkan pondok panas dibina. KEADILAN membuat bantahan kepada SPR namun mereka tidak mengendahkan laporan itu.

Perkara yang sama juga dilapor berlaku di N33 Dun Kalaka. Pondok panas BN berada dalam zon bebas 100 meter dari pusat pengundian di Kampung Kabong, Sekolah Kebangsaan Chung Hwa, Sekolah Abg Leman, Sekolah Kebangsaan Kupang.

11.20 pagi – Di N27 Dun Simanggang, DAP membuat laporan kepada polis dan SPR kerana BN dikatakan mempunyai pondok panas dalam kawasan pusat mengundi SK Sri Aman Kampung Muhibbah, dan juga kewujudan kain rentang BN dalam jarak kurang 50 meter dari pusat mengundi, seperti dilapor Malaysiakini.

Calon DAP, Leon Donald menentang calon SUPP Francis Harden di Simanggang.

11.05 pagi – Calon KEADILAN N28 Engkelili, Marudi anak Mawong dilapor dihalang masuk ke pusat pengundian ketika melakukan lawatan.

11.00 pagi – Terdapat dua Dun yang peratusan keluar mengundinya dilapor masih rendah. Dun tersebut adalah N30 Saribas – 30 peratus dan N28 Engkelili – 30 peratus. Calon KEADILAN bagi N30 Saribas adalah Abg Zulkifli Abg Engkeh.

10.54 pagi - Peratusan tidak rasmi yang keluar mengundi di N70 Ba’ Kelalan dilaporkan sebanyak 70 peratus. Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Sarawak, Baru Bian merupakan calom KEADILAN di N70 Ba’ Kelalan.

10.50 pagi – Berikut adalah peratusan tidak rasmi yang keluar mengundi di tiga Dun berikut: N35 Belwai – 53 peratus , N11 Batu Lintang – 11 peratus.

10.42 pagi – Laporan tidak rasmi menyebut terdapat tiga pusat mengundi yang dilapor telah ditutup dan peratusan pengundi yang keluar di pusat berkenaan adalah seperti berikut: N18 Tebedu – 60 peratus , N21 Simunjan – 60 peratus(peratusan tidak rasmi).

Calon KEADILAN di N18 adalah Dr Christopher anak Kiyui, dan di N21 calonnya adalah Mashor bin Hossen.

10 pagi - N44: Petugas KEADILAN tangkap kes undian 2 kali di Dewan Undangan Negeri (Dun) Machan. Bantahan dibuat tapi pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) enggan tandatangan borang banatahan.

Petugas KEADILAN sedang berunding dengan pegawai SPR di SK Ulu Ranan yg tidak mahu terima bantahan.

9 pagi - Proses mengundi bermula jam 8 pagi tadi.

Sumber: KeadilanDaily

Tiada ulasan:

Catat Ulasan