ISU lompat lagi melanda PKR. Jeremy Malazad, Adun Kadamaian, mengisytiharkan beliau telah melepaskan semua jawatan serta keluar dari PKR semalam. Jangan terperanjat selepas ini, Jelani Hamdan, Adun Matunggong turut akan berbuat demikian walaupun kita masih mengharapkan beliau masih mempunyai akal sebagai manusia bertamaddun dan bermoral.
Apa pun alasan yang diberikan, mereka kena tahu rakyat pilih mereka bukan kerana kehebatan mereka secara peribadi tetapi kerana yakin dengan parti yang beliau wakili iaitu PKR. Ertinya, rakyat mahukan perubahan yang diperjuangkan oleh PKR/PR di Sabah. Jika ikhlas beliau ingin berjuang sendiri tanpa PKR, nah, sila kosongkan kerusi Dun yang mereka wakili dan kembalikan semula kepada rakyat untuk memilih samada mereka masih yakin dengan PKR/PR atau tidak. Mengapa bacul takut untuk kosongkan kerusi? Mahu makan elaun Adun dengan cara menghisap darah rakyat?
Alasan beliau, "kejayaan BN menangani pelbagai isu yang dibangkitkan di negeri itu semasa pilihan raya umum ke-13 membuatkan beliau meneliti semula kedudukannya sebagai wakil rakyat PKR. "Saya sudah berjanji untuk menjadi wakil rakyat terbaik dalam memberi sumbangan dan khidmat yang diperlukan oleh rakyat, dan saya percaya rakyat di Sabah semakin yakin dengan pendekatan dan kesungguhan kerajaan BN dalam menyelesaikan isu berbangkit," katanya.
Jelas, beliau tidak sanggup menghadapi kesusahan sebagai Adun Pembangkang. Beliau mahu naik dengan hasil sokongan rakyat tetapi tidak sanggup menempuh kesusahan seperti rakyat Sabah telah tempuh berpuluh tahun lamanya. Memang bangsat jenis ini.
Satu perkara lagi, siapa yang mencalonkan orang seperti ini menjadi calon PKR? Bukankah Ketua Umum PKR berkali-kali tegaskan bahawa pada PRU 13 PKR akan tentukan calon terbaik tanpa ada spesis katak seperti ini? Memang kita tidak boleh selami hati dan niat seseorang kecuali melihat pada zahirnya, tetapi sedikit sebanyak aku rasa ada yang tidak kena dengan sistem pemilihan kita dalam PKR. Unsur camportangan dari tokoh-tokoh tertentu di dalam PKR bagi mencatur calon pilihan masing-masing usah dinafikan. Memang wujud dalam menentukan calon di dalam PRU 13 yang lalu.
Ada kawasan yang telah meletakkan calon pilihan kawasan tersebut, tetapi di penghujungnya dicantas dan dinaikkan tokoh lain yang belum teruji dengan perjuangan parti. PKR jangan cuba nafikan perkara ini. Ia bukan saja berlaku di Sabah, tetapi berlaku juga di Semenanjung. Paling khianat, mereka bukan saja keluar parti dan menjadi calon Bebas tetapi membuat pengakuan menjadi calon Bebas yang pro Bn. Oleh itu, alasan katak ini memang tidak masuk akal samasekali. Mereka tidak bersetuju dengan kepimpinan sepatutnya mereka kritik kepimpinan dari dalam, bukannya menjadikan kepercayaan rakyat sebagai pertaruhan. Apakah Adun ini fikir semua rakyat yang mengundi beliau bersetuju dengan alasannya itu?
Apa pun, PKR mesti peka dengan hal ini. Ini bukan pertama kali berlaku di dalam PKR. Sebuah negeri telah jatuh angkara pengkhianat seperti ini. DS Anwar, mahu atau tidak beliau terpaksa tegas selepas ini. Jangan benarkan mana-mana tokoh di dalam PKR membina politik individu masing-masing. Badan seperti JPRP harus dimansuhkan kerana terlalu banyak kontroversi tentang keputusan badan yang diterajui oleh Azmin ini.
Di dalam kongres PKR tidak beberapa lama lagi, tentukan isu seperti ini diperdebatkan dengan serius jika mahu imej PKR dipulihkan.