JOM MASUK AHLI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DENGARKAN KOBAT FM ONLINE

Selasa, 20 Oktober 2015

KEWUJUDAN KERAJAAN PH DI SELANGOR, ITU KEHENDAK AKAR UMBI

Meja Bulat telah putuskan Pakatan Harapan (PH) adalah gabungan Pembangkang yang baru menggantikan Pakatan Rakyat (PR).  Parti Keadilan juga di dalam mesyuarat MPPnya sebanyak dua kali telah mengesahkan kewujudan PH.  

P.Pinang di bawah Dap telah merealisasikan kehendak tersebut apabila mengistiharkan P.Pinang adalah negeri di bawah Pakatan Harapan, iaitu di bawah Dap, Keadilan dan Amanah.  Selangor masih berdiam diri dan beberapa desakan telah dibuat agar Azmin segera melaksanakannya walaupun tiada arahan khusus dari PH atau Keadilan sendiri untuk berbuat demikian.  Sewajarnya Azmin selaku MB dan juga Timbalan Presiden Keadilan bijak membaca kehendak akar umbi.  Jika beliau gagal melaksanakannya, aku yakin Azmin akan mendapat masalah besar di dalam mempertahankan kerjaya politiknya dan lebih malang lagi jangka hayat Selangor di bawah PH mungkin sukar untuk dipertahankan.

Justeru itu, Azmin perlu bijak menangani isu ini.  Mewujudkan PH di Selangor tidak semestinya membuang Pas begitu saja.  Selangor perlu dilihat diwakili oleh Keadilan, Dap dan Amanah, manakala Pas boleh saja meneruskan peranan parti tersebut selagi PH dan Keadilan tidak memutuskan hubungan dengan parti berkenaan.

PRU 14 tidak dijangka akan diadakan dua tahun atau lebih.  Di dalam situasi Najib selaku PM dan Presiden Umno sekarang berada di dalam keadaan amat kritikal, PRU14 bila-bila masa saja akan diadakan dan mungkin diadakan serentak dengan PRN Sarawak.  Jika ini berlaku, PH tidak banyak masa untuk bersatu dan saling bekerjasama.  Jika Pas dan PSM merasakan mahu terlibat di dalam menentukan kejatuhan rejim di dalam kerjasama ini, ruang masih terbuka untuk kedua-dua parti ini.   

Semoga Azmin tidak dilihat cuba melambat-lambatkan kerjasama baik ini.




Selasa, 6 Oktober 2015

PETISYEN MAHU TUNJUK HEBAT?

Atas apa nawaitu sekalipun untuk mengadakan Mesyuarat Tergempar MPP dengan menggunakan petisyen oleh samada 25 ahli MPP atau kurang, ianya jelas menunjukkan sikap tidak bertanggungjawab ahli-ahli MPP terhadap Presiden.

Apakah itu cara untuk menunjukkan pengaruh kamu?  Aku mahu tanya, mesyuarat MPP diadakan sekerap bila?  Mesyuarat Biro Politik pula diadakan sekerap bila?  Apakah kamu tidak terlibat langsung di dalam mesyuarat tersebut?  Apakah Presiden tidak terlibat di dalam kedua-dua mesyuarat itu?

Adalah lebih mudah dan bijak jika menggunakan kesempatan itu untuk menyuaakan apa jua permasalahan mahupun cadangan.  Mengapa perlu wujudkan petisyen dan mesyuarat tergempar?  Penting sangatkah idea kamu?  Adakah lebih penting dari kewujudan Pakatan Harapan?  

Jangan rosakkan nama kelian dengan melakukan kerja sedemikian rupa.  Ahli-ahli di akar umbi memerhatikan gelagat kamu semua.  Bertindak biadab terhadap Presiden bukan amalan parti reformasi ini.  Melakukan petisyen seolah-olah suara kamu disekat sebelum ini sedangkan setiap bulan parti mengadakan mesyuarat MPP dan lebih kerap lagi adalah Mesyuarat Biro Politik.  Mengapa tidak gunakan saluran yang sedia ada?

Jangan tunjuk hero di dalam parti ini.  Kamu bakal dicampakkan pada waktu dan ketikanya.