Link sambungan bicara: http://nazreeyunus.blogspot.com/2010/05/ezam-mencabar-bukan-dicabar-melatah.html
Isnin, 31 Mei 2010
Ezam Mencabar bukan Dicabar? Melatah dalam menjawab, Politik Sumpah-Sumpah
Link sambungan bicara: http://nazreeyunus.blogspot.com/2010/05/ezam-mencabar-bukan-dicabar-melatah.html
MB SELANGOR - TAN SRI KHALID IBRAHIM MESTI KEKAL TAPI WAJIB BERUBAH
Sunday, May 30, 2010
Saya secara peribadi tidak menyokong sebarang usaha untuk menggugurkan Tan Sri Khalid selaku MB Selangor selagi beliau tidak melakukan sebarang kesalahan besar atau penyelewengan. Faktanya, beliau kini berjaya mentadbir Selangor dengan baik dan efisyen serta lebih penting lagi berusaha untuk melaksanakan ketelusan di dalam pentadbirannya. Jika ingin dibandingkan dengan MB negeri-negeri di bawah kuasa Bn/Umno, jauh bumi dari langit walaupun Tan Sri Khalid baru mencapai lebih kurang 2 tahun pentadbirannya. Berbagai usaha telah beliau lakukan sejajar dengan dasar merakyatkan Selangor. Tetapi, jangan kita taksub dengan beliau kerana masih ada beberapa kelemahan Tan Sri Khalid sepanjang pentadbirannya.
Saya bersetuju dengan beberapa pandangan ahli-ahli dan para penyokong PKR terutamanya yang ingin melihat Tan Sri Khalid tidak `meletakkan jawatan' beliau selaku ahli politik setelah beliau menduduki kerusi empuk MB. Beliau sebelum ini terkenal sebagai ahli koperat sebelum dibawa ke gelanggang politik dan kemudiannya agak lama juga berjuang sebagai pemimpin politik. Hasil perjuangannya di dalam politik lah maka beliau berpeluang menduduki kerusi MB Selangor kerana rakyat inginkan beliau menunaikan janjinya sebagai ahli politik. Politik bukan kotor jika kita tahu bermain politik yang bersih.
Pemimpin politik umpama panglima perang juga di dalam medan perjuangan. Panglima Perang dan juga askar laskar bukan sahaja tahu menggunakan senjata tetapi mesti tahu dan arif di dalam strategi peperangan. Panglima Perang yang bijak adalah yang arif tentang tipu muslihat musuh dan bagaimana untuk menghadapinya. Begitulah juga dengan pemimpin politik. Tan Sri Khalid kini umpama Panglima Perang di dalam PR di Selangor dan bertuahnya kita telah kenal musuh kita iaitu Umno. Tan Sri Khalid tidak boleh bermegah hanya dengan kepandaiannya `bermain senjata' tetapi alpa tentang strategi musuh. Di sinilah saya melihat kekurangan yang ada pada Tan Sri Khalid.
Sukar untuk kita nafikan sememangnya ada beberapa kroni Umno yang dahulunya makan hasil dari suapan Khir Toyo, kini masih menganga untuk disuap pula oleh Tan Sri Khalid. Saya bukan bermaksud Tan Sri Khalid wajib hanya memberi makan di kalangan kita sahaja, tetapi sekurang-kurangnya peluang boleh diberikan kepada muka-muka baru ini untuk merasai nikmat rezeki di bawah pemerintahan PR yang mereka bersusah payah menyokongnya sebelum ini. Jika di waktu zaman Bn/Umno samada di zaman Muhammad Taib atau Khir Toyo, mereka-mereka ini umpama `pengutip sisa' di jalanan dan tidak diberi peluang kerana di waktu itu amalan kronisma amat menebal, amat tidak masuk akal sekiranya ketika kita memerintah mereka ini masih menjadi `pengutip sisa' di jalanan lagi?
Jika pengalaman dijadikan faktor Tan Sri Khalid untuk terus memilih orang yang sama, maka sampai kiamatlah golongan mereka yang terpinggir di zaman Bn/Umno memerintah dulu tidak akan merasai kesan dan nikmat rezeki di bawah parti yang mereka sendiri perjuangkan kerana sampai bila mereka akan mendapat pengalaman sekiranya tidak diberi peluang? Seandainya mereka diberi peluang dan ternyata mereka gagal atau semata-mata ingin kaya cepat tanpa usaha, kita tidak akan membantah sekiranya Kerajaan Selangor tidak lagi memberi peluang kepadanya.
Sekarang ini bukan sedikit rungutan yang kita dengar bukan tentang keupayaan atau ketelusan Tan Sri Khalid sebagai MB, tetapi kerana sikapnya yang tidak bijak atau mempunyai kepintaran sebagai pemimpin politik. Beliau dikatakan mentadbir Kerajaan Negeri seperti mentadbir sebuah syarikat gergasi yang pernah beliau warisi dahulu. Mentadbir sebuah syarikat terlalu jauh bezanya dengan mentadbir sebuah negeri, apatah lagi sebuah negeri yang besar dan kaya seperti Selangor ini. Terlalu banyak musuh yang mengintai untuk merampas kuasa dan mereka ini mempunyai strategi yang mungkin Tan Sri Khalid tidak sedari. Mungkin mereka sudah ada yang meletakkan askar laskar mereka di dalam bangunan pejabat MB atau juga di mana-mana anak syarikat dan Majlis Perbandaran atau di mana jua dengan tujuan untuk meruntuhkan Kerajaan PR Selangor.
Tindakan segera mestilah dibuat dari sekarang. Tan Sri Khalid tidak perlu turun dari kerusi MB Selangor kerana beliau telah berjaya menunjukkan prestasi yang baik setakat ini. Tan Sri Khalid hanya perlu bertindak sebagai pemimpin politik atau sebagai Panglima Perang yang masih lagi di medan peperangan. Lakukan lah yang terbaik dan penuh kebijaksanaan asalkan tidak lari dari prinsip keadilan dan ketelusan. Semoga Selangor terus maju dan rakyatnya diberkati, InsyaAllah./wfauzdin.blogspot.com
Ahad, 30 Mei 2010
BAPA JUDI NASIHAT KAT KITA JANGAN PERCAYA KAT ANWAR !!
Maka, Bapa Judi ini pun menyebut tentang projek 16 Sept yang dulunya dicanangkan oleh Anwar. Aku tak tahu la mengapa bodoh sangat Bapa Judi ni, masakan dia tidak tahu mengapa projek 16 Sept itu gagal? Jika Anwar berbohong, mengapa berduyun-duyun MP Umno/Bn melancung ke Taiwan? Mengapa Pak Lah takut nak panggil Dewan bersidang untuk buktikan bahawa sokongan terhadap Anwar mencukupi? Dan, bukankah MP katak Zahrain pun akui projek 16 Sept memang satu perancangan Anwar dengan menyebut beberapa orang MP dari Bn yang menyokong Anwar? Kegagalannya adalah disebabkan tekanan dan takutnya geng-geng Bapa Judi ini untuk menyaksikan peralihan kuasa berlaku di Parlimen secara demokrasi bukan seperti di Perak.
Kerana takutnya itulah, maka usul tidak percaya ke atas kerajaan di bawah sekutu Apco itu tidak dapat diadakan. Ertinya, plan 16 Sept tidak bohong cuma ianya tidak dapat direalisasikan akibat kebaculan puak mereka.
Lagi satu, kita mahu percayakah kepada orang yang keluarkan lesen judi ini? Dia yang beri biasiswa untuk pelajar-pelajar agama baru-baru ini dan dia jugalah yang keluarkan lesen judi. Sama seperti kambing kita makan buat gulai, daging babi kita buat sup dan ajak orang makan ramai-ramai. Orang Non Muslim makan daging kambing, dan yang puak-puak mereka pilih daging apa?
Ooopss..lupa pulak aku nak bagitahu siapa yang aku maksudkan dengan Bapa Judi yang aku sebut ni. Kalau nak tahu, korang yanyalah YB Mahfuz, dia lebih tahu./mandor.blogspot.com
LIMPAHAN NIKMAT DI BAWAH PR DI SELANGOR
Bagi tujuan itu, dianggarkan sejumlah RM24.5 juta diperuntukkan setahun di bawah Program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) membabitkan 620 pemaju pangsapuri kos rendah di negeri ini.
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, meskipun agak terlambat menunaikan salah satu manifesto Pilihanraya Umum ke-12 (PRU12) kepada penghuni pangsapuri kos rendah yang menggunakan meter air pukal, namun usaha tetap dilakukan bagi membolehkan rakyat merasai dan menikmati sumber dari negeri Selangor.
“Kita anggap air adalah hak rakyat dan cara sebaiknya Kerajaan Negeri memberikan sejumlah bekalan itu secara percuma.
“Pada awalnya kita sudah melaksanakannya tetapi program hanya dijalankan di perumahan pangsa yang mempunyai meter individu kerana memudahkan pengiraan dibuat,” katanya pada Majlis Perasmian Pelancaran Sistem Kupon Air Percuma bagi pemilik rumah kos rendah di pangsapuri Sri Tanjung, USJ 16, dekat sini, semalam.
Pangsapuri yang mempunyai 1,000 unit kediaman itu dipilih sebagai perintis pelaksanaan program bagi menjalani tempoh percubaan selama tiga bulan dan jika berjaya sistem kupon akan diperkenalkan ke pangsapuri kos rendah lain di Selangor secara berperingkat.
Bagi pangsapuri Sri Tanjung sahaja, RM72,480 diperuntukan dan dalam tempoh tiga bulan percubaan, perkara berbangkit akan dikaji dan kelemahan diperbaiki supaya sistem pelaksanaan dapat dipertingkatkan.
Abdul Khalid berkata, pihaknya memikirkan bagaimana membantu pembeli menggunakan meter pukal yang tidak dapat menikmati manfaat itu sebelum ini, sebelum membuat kajian dan mendapati rakyat tidak boleh menunggu sehingga migrasi meter yang memakan tempoh masa lama dilakukan baru mereka boleh menikmati skim itu.
“Sebelum ini mereka yang mendapat manfaat adalah yang mempunyai meter air individu. Tetapi kita berpendapat, untuk menunggu penukaran meter pukal kepada individu mengambil masa dan lambat dilaksanakan kerana faktor kos dan sebagainya.
“Oleh itu, kita mengambil keputusan memberikan 20 meter padu air percuma berasaskan sistem kupon. Ia akan diberikan melalui beberapa proses dan dicetak oleh Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS),” katanya yang memaklumkan kupon diberikan hanya kepada mereka yang layak.
Abdul Khalid berkata, bagaimanapun proses mendapatkan kupon itu akan cuba diurus dengan baik dan tidak mewujudkan banyak birokrasi.
“Kalau usaha ini berjaya, mungkin pembayaran air dan kupon pemberian air percuma akan dilakukan dalam tempoh tiga bulan sekali.
“Malah kita akan memaklumkan kepada rakyat berapa jumlah kita bayar kepada Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) dan berapa banyak agensi itu agihkan air kepada tapak pangsapuri,” katanya yang berharap kaedah itu dapat membantu golongan berpendapatan rendah dan sederhana yang tinggal di pangsapuri.
Bagaimanapun, Abdul Khalid berharap, badan pengurusan bersama (JMB), pemaju atau perbadanan pengurusan (MC) tetap melaksanakan migrasi meter pukal kepada individu untuk menikmati manfaat lain kelak.
Hadir sama, Ketua Pengarah Eksekutif LPHS, Datin Paduka Alinah Ahmad yang memberikan penerangan berhubung mekanisme digunakan bagi pemberian air percuma menerusi sistem kupon./Sinar
NASIB BAIK PAS TOLAK KERJASAMA DENGAN UMNO
Saturday, May 29, 2010
Muktamar Khas Pas sememangnya membuat keputusan yang tepat di mana telah mengambil keputusan menutup pintu rundingan Kerajaan Perpaduan bersama Umno. Di sinilah letaknya kebijaksanaan kepimpinan PAS dengan mengambil pengajaran sejarah lampau musuh politik seagama dengannya itu. Presiden PAS beserta dengan Mursyidul Am PAS telah dapat menghidu dari jauh busuk dan tengiknya Umno ini dan ianya terbukti sekarang. Maka, pendekatan PAS untuk terus melakukan kerjasama dengan PKR dan DAP nampaknya lebih bijak dan lebih berhikmah dari segi strategi politik jangka masa panjang.
Keterbukaan DAP terutamanya di dalam memahami prinsip Islam yang dibawa oleh PAS kelihatan semakin menuju ke arah yang lebih positif. Buktinya, P.Pinang yang kini diterajui oleh DAP di bawah Lim Guan Eng serta merta mengharamkan judi yang baru diluluskan oleh pemimpin Umno itu. Begitu juga di Selangor dengan pemerintahan MB Tan Seri Khalid dari PKR. Sehingga kini saya tidak tahu apakah Kerajaan Negeri Kedah di bawah PAS akan turut mengikuti langkag dua buah kerajaan ini. Negeri Kelantan telah lama mengharamkan judi di negeri tersebut.
Isu judi berbeza dengan isu arak. Judi ditolak 100 % oleh semua agama di negara ini dan kewajaran Kerajaan Pusat untuk meluluskan lesen judi adalah semata-mata kerana inginkan wang yang masuk. Demi wang, mereka sanggup menjadi hina lebih hina dari yang bukan Islam. Pemimpin Umno patut malu dengan Lim Guan Eng yang Non Muslim tetapi amat bertanggungjawab terhadap rakyat di negeri tersebut. Lim Guan Eng tidak mahu rakyat di negerinya diperhambakan dengan judi. Tidak mustahil suatu ketika nanti, hasil hubungan baik PAS dengan DAP dan PKR, satu langkah yang lebih positif akan dapat diusahakan agar arak juga dapat diharamkan terus di bawah negeri-negeri PR.
Inilah yang PAS mahu capai hasil hubungan dengan DAP dan PKR. Bukan semata-mata untuk menegakkan Daulah Islam yang mungkin memakan masa yang agak panjang untuk memberi kefahaman tentang Negara Islam kepada mereka. Umno yang ahli-ahlinya majoriti Islam dan Melayu itu pun masih buta hati tentang perundangan Islam, inikan pula DAP dan ahli-ahli Non Muslim dari PKR. Jika Umno tidak buta hati mereka, sudah lama Umno akan dibubarkan dan mereka akan bersatu di bawah PAS.
Mungkin ada segelintir penyokong-penyokong atau ahli PAS yang dahulunya kecewa apabila PAS menolak Kerajaan Perpaduan bersama Umno, tetapi kini mereka telah diperlihatkan dengan wajah Umno yang sebenarnya. Wajah yang berselimut dengan Apco serta sekutu perniagaan judi itu sememangnya bukan jenis kawan yang halal untuk PAS bersekongkol. PAS lebih bermaruah jika terus bersama dengan DAP dan PKR, melainkan Umno akan berubah untuk mengenali agamanya yang sebenar./wfauzdin.blogspot.com
Sabtu, 29 Mei 2010
RAKYAT BANTAH JUDI, BUTAKAH MATA NAJIB ?
Judi bolasepak, rakyat terus protes... | ||
|
Minggu lalu, lima buah negeri - Pulau Pinang, Perak, Selangor, Terengganu dan Negeri Sembilan - mengadakan bantahan terhadap tindakan kerajaan itu.
Kemuncak bantahan hari ini di negeri-negeri adalah di rumah Timbalan Menteri Kewangan Datuk Awang Adek Hussin di Bachok sebelum bantahan besar-besaran di Istana Negara yang dijadual pada 3 Julai depan.
Bantahan di Bachok hari ini dianjurkan oleh Kempen Anti Judi (KEJI) dan disokong sebahagian besarnya oleh ahli PAS.
Bachok merupakaan kubu kuat PAS yang diduduki oleh Timbalan Presiden, Nasharuddin Mat Isa.
Penduduk yang berang dengan keputusan kerajaan itu membawa sepanduk menuntut pemberian lesen berkenaan ditarik balik.
Antara yang hadir di sini ialah ahli parlimen Kuala Krai, Hatta Ramli yang berkata Awang Adek dipilih oleh Barisan Nasional untuk menjadi Menteri Besar Kelantan, jika mereka menang pada pilihan raya 2008 yang lalu.
"Bayangkan,
Di Kedah, kira-kira 1,000 orang termasuk pemimpin politik dan penyokong PAS membanjiri Dataran Zero di Sungai Petani bagi membantah tindakan kerajaan meluluskan pemberian lesen judi.
'Tarik balik lesen judi'
Ketua Pemuda PAS negeri Ahmad Yahaya berkata demontrasi itu berlangsung selama 45 minit bermula jam 2.15 petang di mana beberapa tokoh PAS dan NGO turut hadir.
Ketik
Turut menyampaikan ucapan adalah Timbalan Speaker Izzat Shauki, Setiausaha Politik Menteri Besar Kedah, Sanusi Mohamad Noor, Pengerusi Gerakan Mansuh Judi (GMJ) Nasir Zakaria dan wakil dari Teras Keupayaan Melayu (Teras) Mohd Azmi Abdul Hamid dan wakil dari PSM.
Turut hadir dalam bantahan tersebut dua orang ADUN iaitu Abdullah Jusuh (Pantai Merdeka) dan Yahya Abdullah bagi DUN Jeneri.
Menurut Ahmad, ada di kalangan hadirin juga membawa poster antara lain berbunyi "Kita Bantah Judi Bola".
Manakala di Perlis, lebih dari 500 orang termasuk penyokong parti berkumpul di perkarangan Masjid Putra Kangar melaungkan 'Tolak Judi' sebagai tanda bantahan terhadap tindakan kerajaan itu.
Ketika dihubungi Malaysiakini petang ini, Ketua Pemuda PAS negeri Yaakob Abu Seman berkata bantahan tersebut berlangsung selama 40 minit bermula jam 1.50 petang, selepas orang ramai menunaikan solat Jumaat.
Rakyat benci judi
Katanya turut hadir adalah beberapa pimpinan PAS negeri termasuk pesuruhjaya PAS Hashim Jasin dan beberapa pemimpin Pemuda PAS dan pemimpin mahasiswa.
"Kita harap pemimpin Umno dapat menarik balik pemberian lesen judi ini," katanya sambil menambah ucapan mereka itu diselangi dengan ucapan takbir dan reformasi.
Di Selangor bantahan yang sama dibuat di beberapa masjid dengan Timbalan Ketua Pemuda PAS negeri Ahmad Zaidy Abdul Mutalib mengetuai kira-kira 500 orang membantah kelulusan lesen judi di Masjid Country Home Selayang.
Bercakap kepada Malaysiakini, Ahmad Zaidy berkata bantahan tersebut berlangsung selama 30 minit bermula kira-kira jam 2.10 petang di perkarangan masjid berkenaan.
Katanya selain itu, terdapat dua lagi protes iaitu di Masjid Besar Kuala Selangor dan di Masjid Besar Batu 14 di Hulu Langat.
Bencana Allah
Dalam
Ini kerana, katanya, judi memberi kesan yang tidak baik kepada masyarakat dan mendedahkan kepada bencana Allah.
Menurutnya lagi, mereka juga turut mengibarkan dua kain rentang yang berbunyi "Judi bola tetap haram" dan "Katakan ya untuk bola, Katakan tidak untuk judi" serta poster yang bertulis "Kami main bola, bukan main judi".
Sebanyak 500 risalah membantah kelulusan kerajaan memberi lesen judi turut diedarkan kepada orang ramai.
Tunjuk perasaan di Masjid Jumhuriyah Taman Dato Harun pula menyaksilan hampir 1,000 orang berhimpun mengecam kegelinciran Umno-BN dari landasan moral kerana menghalalkan operasi judi sukan di negara ini.
Laungan takbir bergema disebalik kain rentang dan sepanduk mengingatkan kerajaan bahawa judi itu haram, mencemar moral dan peruntuh institusi keluarga.
Di Melaka, Ketua Pemuda PAS negeri Kamarudin Sidek berkata kira-kira 500 orang hadirin termasuk penyokong PAS turut serta dalam bantahan lesen judi.
Menurutnya, bantahan itu berlangsung selama hampir setengah jam bermula 1.50 petang dengan dikawal kira-kira 20 anggota polis di masjid negeri, Masjid Al-Azim di Bandar Melaka
Menurut Kamarudin, beberapa pimpinan PAS dan PKR menyampaikan ucapan membantah keputusan kerajaan itu.
Antara mereka ialah Pesuruhjaya PAS negeri Abdul Ghani Abdul Rahman dan timbalannya, Adly Zahari.
Turut hadir adalah exco Pemuda PAS negeri serta wakil dari Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dan Pertubuhan Jamaah Islam Malaysia (JIM).
Dalam perhimpunan tersebut, mereka mengibarkan beberapa kain rentang yang antaranya berbunyi "Ya Untuk Bola, Tidak untuk Judi ".
Tiada kekecohan atau tangkapan dilaporkan.
Bantahan di Pahang dibuat semalam
"Tiada demonstrasi pada hari ini. Kita dah buat semalam," kata Suhaimi ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.
Menurutnya, kira-kira 300 penyokong Pakatan rakyat yang diketuai oleh Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berhimpun di padang Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) yang terletak bersebelahan dengan pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) semalam.
Antara mereka ialah Choong Siew Oon yang merupakan ADUN Tras dan Timbalan Ketua PKR Pahang Ram Ponoshan.
Perhimpunan itu berlangsung selama 20 minit bermula jam 10 pagi sebelum enam wakil dari setiap parti dibenarkan bertemu dengan menteri besar.
Menurut Suhaimi, selepas menyampaikan memorandum tersebut, mereka mengedarkan kira-kira 3,000 risalah kepada orang ramai di kawasan berhampiran.
Sementara itu, setiausaha Pemuda PAS Pulau Pinang, Nd Nor Harun ketika dihubungi Malaysiakini berkata, ratusan orang berkumpul membantah lesen judi di beberapa buah masjid di Pulau Pinang.
Antaranya di Masjid Kapitan Keling dan Masjid Permatang Janggus./Malaysiakini
SEMAKIN BANYAK EZAM BERCAKAP, SEMAKIN JELAS PUTAR BELITNYA
Friday, May 28, 2010
Jika cerita karut seperti ini kita anggap satu fitnah terbesar yang amat jijik dan jahat, tentunya perbuatan Ezam sesumpah juga tidak kurang jahat dan jijiknya dari Saiful. Beliau adalah orang yang akan bersama Saiful menanggung segala risiko samada di dunia mahupun di Akhirat akibat perbuatan jahatnya. Ezam sesumpah kini sudah berbelit-belit di dalam percakapannya apabila menyerang DS Anwar dan serangan itu berlanjutan pula ke atas keluarga bekas boss yang dipuja dan dipujinya dulu. Ini jenis manusia paling Munafik yang pernah wujud di dalam dunia politik negara kita.
Apabila Ezam sesumpah baru-baru ini membuat fitnah dengan menuduh DS Wan Azizah sendiri pernah memberitahunya tentang kununnya perangai buruk DS Anwar, kita sudah dapat meneka apakah tujuan Ezam berbuat demikian. Sebelum ini beliau banyak kali membuat tuduhan peribadi ke atas DS Anwar tetapi tidak berhasil untuk meyakinkan rakyat. Kelakuan buruk mamat Munafik ini tidak akan terhenti akibat dendam yang membara, maka diseretnya keluarga DS Anwar di dalam kes tersebut. Setelah bertahun beliau keluar dari KeADILan, baru kini muncul cerita DS Wan Azizah pula.
Ingatkah kita, lidah Ezam sesumpah ini banyak kali terbelit? Pada awal beliau keluar dari KeADILan, ditanya apa pandangannya tentang isu liwat, beliau berkata beliau tidak tahu dan biarlah mahkamah yang mengadilinya. Kemudian, apabila kes ini dibicarakan Ezam sesumpah berkata beliau yakin DS Anwar melakukan perbuatan tersebut setelah mendengar sendiri dari Saiful. Apabila semua cakap-cakap Ezam sesumpah ini dijadikan bangkai oleh rakyat, muncul pula idea mamat Munafik ini untuk menuduh DS Wan Azizah sendiri yang memberitahunya tentang kelakuan DS Anwar. Jika benar, bodoh benarkah DS Wan Azizah untuk bercerita masalah aib itu kepada Ezam. Dan, peliknya ketika itu mengapa Ezam tidak keluar dari parti segera? Mengapa DS Wan Azizah tidak berjumpa mana-mana ustaz atau Alim Ulamak yang ramai bersama parti KeADILan atau PAS untuk meminta nasihat jika benar DS Anwar berkelakuan buruk sedemikian? Mengapa perlu DS Wan Azizah bercerita dengan Ezam sesumpah?
Memang sudah jadi stail Ezam sesumpah, bila dia yang mulakan tuduhan dan fitnah ke atas sesiapa, dia akan minta orang yang dia fitnah itu saman atau bersumpah sepertinya untuk menjadi `sesumpah'. Untuk dia laporkan kepada pihak berkuasa, Ezam sesumpah tidak akan lakukan kerana dia bukan pejuang seperti dulu lagi. Dia kini hanya pencacai Umno sahaja yang diberi upah Senatak. Bukan Ezam tidak tahu syarat-syarat untuk bersumpah mengikut cara Islam, tetapi beliau sengaja mencabar orang lain untuk menjadi jahil sepertinya asalkan dia kelihatan sebagai hero Umno. Pernah anda dengar Ezam suruh Najib bersumpah junjung Al-Quran menyatakan tidak terlibat dengan rasuah atau komisyen kapal selam, APCO, dan berbagai lagi kemungkaran Najib? Pernah kita dengar Ezam sesumpah mencabar Khir Toyo menjunjung Al-Quran tidak terlibat dengan rasuah? Mungkin kita tidak akan mendengar Ezam sesumpah ini mencabar Hishamuddin menjunjung Al-Quran kerana tidak minum arak? Ezam sesumpah tidak akan berbuat demikian. Kerana apa? Kerana jiwanya kini terlalu lemah akibat badi Umno yang disertainya.
Perjuangan Ezam sesumpah kini hanya satu iaitu tentukan DS Anwar terpenjara dan keluarganya diaibkan walaupun DS Anwar tidak pernah mengaibkan keluarga Ezam sesumpah. Bagi saya yang pernah menderma sedikit wang untuk membela keluarga Ezam sesumpah sewaktu beliau terpenjara dahulu, Wallahi, saya tidak akan halalkan. Mudah-mudahan Allah akan selamatkan kita dan masyarakat dari manusia yang diutuskan oleh Iblis untuk merosakkan kita semua. Suatu hari nanti, Allah akan balas perbuatan manusia durjana ini dan tidak mustahil keluarga atau anak cucu mereka akan menerima kesan dari perbuatan insan terkutuk ini./wfauzdin.blogspot.com
Jumaat, 28 Mei 2010
LOMPAT PARTI - TIMBALAN PRESIDEN PKR PUJI PAS
'Lompat katak' perkukuhkan PKR | ||
|
Berucap semasa merasmikan kongres sayap Wanita dan Angkatan Muda Keadilan (AMK) parti itu malam ini, Syed Husin bagaimanapun mengakui bahawa sebahagian daripada pemimpin tersebut berbuat demikian kerana kecewa dengan PKR.
"Kita akui di antara mereka yang keluar itu memang ada sebilangan kecil yang merasa kecewa dengan parti
"Akan tetapi, perlu ditegaskan kebanyakan mereka yang melompat mempunyai masalah peribadi.
"Ada yang terbelenggu oleh masalah kewangan, ada yang marah kerana tidak mendapat apa yang mereka mahu dari parti ataupun kerajaan yang dipimpin parti," katanya di kongres keenam PKR di Kota Bharu.
Tambahnya, ada di kalangan pemimpin itu juga tidak dapat bekerjasama dengan anggota dan pemimpin bawahan parti.
"Selain itu ada pula yang gagal menjalankan tugas sebagai "wakil rakyat" dan sebagainya. Mereka mudah dibeli," katanya lagi.
Beliau juga cuba meredakan kebimbangan di kalangan perwakilan berhubung perkembangan itu dengan mengatakan, jumlah pemimpin yang keluar parti itu tidaklah seramai yang didakwa.
"Bilangan yang keluar itu tidaklah seramai yang dibesar-besarkan... Kita tidak perlu bimbang sangat dan harus menghadapinya dengan sikap positif.
"Tiap-tiap bulan parti menerima sekitar 5,000 permohonan anggota baru. Beberapa bulan lalu, dalam tempoh tiga bulan (diterima) sebanyak kira-kira 50,000 permohonan," katanya dengan disambut tepukan kira-kira 500 hadirin.
Kesan baik dalam jangka panjang
Tambahnya, perbuatan "lompat katak" itu juga diakui memberi kesan buruk namun dalam tempoh panjang ia sebenarnya dapat menyucikan parti tersebut.
"Saya selalu mengatakan ini satu proses yang positif, iaitu sebagai proses penyucian walaupun bukan akibat dari tindakan parti sendiri pada permulaannya," katanya dengan memberi contoh pengalaman yang dialami PAS dan DAP.
Jelasnya, PAS dianggap akan "gulung tikar" oleh Umno apabila pemimpin kanannya meninggalkan parti itu, termasuk yang dipertuanya Asri Muda dan setiausaha agungnya Othman Abdullah.
"Umno dengan gembira mengisytiharkan PAS akan gulung tikar. (Kemudian), apa yang berlaku? PAS menjadi bertambah kuat," katanya lagi dengan disambut tepukan.
"Jadi mulai sekarang kita harus tegas dan tidak teragak-agak mengambil tindakan ke atas anasir-anasir yang merosakkan parti," tegasnya.
Bagaimanapun, beliau berkata peristiwa "katak lompat" itu saja tidak mencukupi untuk menguatkan PKR.
"PKR akan menjadi benar-benar kuat dan mantap hanya sekiranya kita mempunyai ramai pemimpin dan anggota yang berpegang teguh kepada ideologi atau dasar perjuangan Parti.
"Kita perlu bergerak cergas dalam parti dan di kalangan massa rakyat; jikalau tidak boleh setiap minit, setiap jam dan setiap hari, sekurang-kurangnya setiap minggu dan setiap bulan berterusan," katanya lagi./Malaysiakini
SENATAK EZAM DIMALUKAN DI JOHOR ?
Thursday, May 27, 2010
hahahaha..hahahaha..hahahaha..hahahaha...hahahah...padan muka dengan Senatak Ezam.
ini jer yang senatak ezam dapat kumpulkan..hahahaha
haha..hahah...haha....ini jer ker yang UMNOAPCO Tenggara mampu kumpulkan....ini Senator lah beb buat malu jer...hahaha..
video ini adalah kata2 ezam semasa dulu
Bro Lan ( bekas anak didikan Ezam ).....bersama MB Rakyat!!tahniah Bro..Senatak kene kitai dgn lu wa caya sama lu beb!!hahahaha
Hidup Anak Muda!!!!
Sumber: Suara anak Johor
Khamis, 27 Mei 2010
EZAM PUN `MAIN BELAKANG' JUGA
Beliau percaya DS Anwar peliwat hanya dengar cerita dari mulut Saiful tanpa bukti atau jika ada pun hanya sekadar melihat atau membelek dubur Saiful yang mungkin menonggeng di depannya. Kita punyai bukti bahawa Ezam Sesumpah juga `peliwat' dan kita ada bukti terang dan nyata. Maksud saya, Ezam Sesumpah adalah `peliwat politik' yang terang-terang `main belakang'. Beliau tiada jawatan penting di dalam parti sekutu Apco itu, tidak bertanding malah tidak dicalonkan langsung di dalam Pilihanraya Umum yang lalu. Beliau memasuki `pintu belakang' seterusnya menjadi Senatak. Permainan `pintu belakang' ini lah yang dikata `liwat politik' yang terbukti Ezam Sesumpah ceburi.
Di mana maruah dan kehebatan Ezam Sesumpah di mata Umno? Beliau seharusnya malu bila ditawarkan jawatan secara `liwat' begitu kerana mana mungkin kununnya selaku Pahlawan Melayu masuk gelanggang secara demikian. Dahulunya beliau pernah menggelarkan Hishamuddin sebagai `lembut', tetapi setidak-tidaknya Hishamuddin masuk Parlimen secara bertarung anak jantan.
Maka, jelaslah bahawa apa yang Ezam Sesumpah pernah katakan dulu, "Tunjukkan pada saya siapa yang masuk Umno itu ikhlas ?", adalah benar, tiada yang tidak benar melainkan benar belaka. Nas dan dalilnya, lihat Senatak Ezam Sesumpah./mandor.blogspot
P. BATU PUTEH DIMILIKI SINGAPURA DIKATAKAN MENANG-MENANG, KALI INI PUN `MENANG-MENANG' JUGA?
Oleh: Puad Ibrahim
SELEPAS hampir 20 tahun dipertikaikan, Singapura dan Malaysia akhirnya mencapai kata sepakat bersejarah untuk menghuraikan isu-isu tertunggak dalam Butiran Perjanjian (POA) melibatkan tanah Kereta api Tanah Melayu Berhad (KTMB).
Dalam satu pertemuan retreat antara Perdana Menteri, Lee Hsien Loong, dengan rakan sejawatannya dari Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak, kededua pihak bersetuju antara lain memindahkan stesen KTMB di Tanjong Pagar ke Pusat Pemeriksaan Kereta api Woodlands (WTCP) menjelang 1 Julai tahun depan.
Singapura dan Malaysia juga bersetuju membangunkan secara bersama tiga bidang tanah di Tanjong Pagar, Kranji dan Woodlands serta tiga lagi di Bukit Timah milik KTMB.
Singapura pula akan menawarkan kepada Malaysia tanah-tanah yang dibangunkan itu ditukar ganti kemudian berdasarkan nilai tanah yang sama dengan tanah-tanah di Marina South dan/atau Ophir-Rochor.
Dalam hal ini, Lee akan melawat Kuala Lumpur dalam masa sebulan ini untuk menyarankan pertukaran tersebut bagi pertimbangan Malaysia.
Dalam sidang media bersama selepas retreat itu di Hotel Shangri-La semalam, Lee menyifatkan pertemuannya dengan Datuk Seri Najib sebagai satu pertemuan membuahkan hasil.
'Saya dan Najib (Datuk Seri) mengadakan perbincangan dan perjanjian yang membuahkan hasil pagi ini (semalam). Kami membincangkan pelbagai bidang.
'Fokus kami ialah untuk meningkatkan hubungan dua hala pada masa kita menghadapi banyak cabaran dalam dunia yang tidak menenentu dan sedang melalui proses globalisasi pesat,' kata Lee.
Datuk Seri Najib pula berkata persetujuan yang dicapai merupakan satu detik bersejarah kerana isu-isu tertunggak POA selama 20 tahun seharusnya dapat dihuraikan.
'Hari ini adalah hari bersejarah kerana kita dapat melihat cahaya di hujung jalan berhubung isu-isu tertunggak berlarutan selama hampir 20 tahun,' katanya.
POA ditandatangani pada 1990 antara Perdana Menteri Singapura ketika itu, Lee Kuan Yew, dengan Menteri Kewangan Malaysia, Tun Daim Zainuddin.
Dalam POA itu, KTMB perlu memindahkan stesennya di Tanjong Pagar ke Bukit Timah dan selepas pemindahan itu tanah di Tanjong Pagar boleh dibangun secara bersama tetapi pelaksanaan perjanjian itu dipertikaikan kededua pihak.
Dalam kenyataan bersama yang dikeluarkan selepas retreat itu, kededua pemimpin bersetuju menyerahkan pembangunan bersama tanah-tanah KTMB itu kepada sebuah syarikat M-S Pte Ltd bagi melaksanakan pembangunan bersama.
Syarikat yang akan dibentuk secepat mungkin tetapi tidak selewat-lewatnya pada 31 Disember 2010 itu akan dimiliki oleh Khazanah Nasional Berhad dengan 60 peratus taruhan dan Temasek Holdings Limited 40 peratus taruhan.
Penyerahan tanah-tanah itu kepada M-S Pte Ltd pula akan berkuatkuasa pada masa ketika KTMB meninggalkan Stesen Kereta api Tanjong Pagar (TPRS).
Malaysia juga akan meletakkan pusat pemeriksaan Imigresen dan Kuarantin (CIQ) kereta apinya di WTCP, dengan Singapura membantu memudahkan pemindahan itu dan memastikan khidmat bas antara Stesen KTMB di WTCP dengan stesen MRT berdekatan disediakan untuk keselesaan penumpang.
Dalam kenyataan itu, kededua pemimpin juga bersetuju untuk menugaskan sebuah pasukan pelaksana bersama, diketuai Setiausaha Agung Kementerian Ehwal Luar Malaysia dan Setiausaha Tetap Kementerian Ehwal Luar Singapura, membincangkan butiran pelaksanaannya.
Ini termasuk penubuhan rangka kerja bagi mentadbir M-S Pte Ltd, melaksanakan sistem perhubungan gerak cepat antara Johor Bahru dengan Singapura dan menempatkan secara bersama CIQ di WTCP.
Pasukan pelaksana itu akan menyelesaikan kerja-kerja mereka menjelang 31 Disember ini dan hasil yang dicapai akan ditandatangani selepas diluluskan kededua pemerintah.
Sementara itu Terminal Penumpang Stesen Kereta api Tanjong Pagar juga akan dikekalkan memandangkan ia mempunyai ciri-ciri sejarah penting, bahkan bakal menjadi pusat utama bagi pembangunan yang disarankan itu. Bangunan lama Stesen Kereta api Bukit Timah di Blackmore Drive juga boleh dikekalkan.
Ditanya tentang nilai tanah-tanah yang akar ditukar ganti itu, Lee berkata:
'Ia adalah bidang-bidang tanah amat bernilai yang telah kami bangunkan, dan sebab itu POA, seperti yang dahulu, dan lebih-lebih sekarang ia telah dikemaskini, merupakan saranan yang saling menguntungkan kededua negara.'
PERJANJIAN YANG DICAPAI
PERKARA KHILAF MEREKA LANTANG, YANG NYATA MEREKA BISU !!
Judi bola: JAIS, mufti S'gor dibidas kerana membisu | ||
|
Gesaan itu ditimbulkan oleh ahli parlimen Shah Alam Khalid Samad berikutan jabatan itu "menyepi" dalam isu pemberian lesen judi sukan pada sidang medianya hari ini.
Khalid berkata, tindakan itu bercangah dengan sikap jabatan itu sebelum ini -- dalam isu penggunaan masjid sebagai pentas politik dan juga berhubung penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam.
"Saya nak desak JAIS dan pengarahnya untuk mebuktikan bahawa dia tidak ada apa-apa kepentingan dan kesetiaan politik.
"Dalam isu-isu yang jelas pihak umno dan BN bersalah, jelas kelihatan beliau mendiamkan diri," katanya.
Beliau menjelaskan, JAIS membisu apabila beliau menimbulkan isu mengenai satu anjuran majlis tahlil dan bacaan yassin untuk calon BN di pilihan raya kecil Hulu Selangor.
"Majlis tahlil dan bacaan yasin hendak diadakan untuk calon BN tapi JAIS dan pengarahnya diam membisu.
"Sedangkan sebelum itu bising dengan soal menggunakan masjid untuk kepentingan politik.
"Kononnya kuliah dan tazkirah ringkas yang disampaikan (Datuk) Nik Abdul Aziz (Nik Mat) melanggar peraturan yang ditetapkan oleh JAIS, yang disokong dan diperkenan oleh Sultan.
"Maka digunakan (sebagai modal untuk) lagakan PAS, Pakatan Rakyat dengan Sultan, tapi bila saya dedahkan tentang isu sepanduk itu, JAIS diam," katanya.
Khalid juga berkata JAIS juga mungkin terlibat bersama Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dalam mengadakan demonstrasi bagi menyatakan bantahan berkenaan.
"Kalau tak silap saya JAIS dan MAIS terlibat dalam menganjurkan program demonstrasi tentang isu kalimah Allah, sedangkan isu itu pada hukumnya adalah harus.
"Dalam isu judi bola sepak ini, hukumnya jelas (haram). Tapi mengapa JAIS mendiamkan diri.
"Kenapa tidak dianjurkan bantahan, naikkan sepanduk di semua masjid dan surau membantah tindakan kerajaan BN.
"Ini hanya boleh dijelaskan melalui sokongan politik (Khusrin). Dalam banyak keadaan, beliau bertindak sebagai ejen Umno," katanya lagi.
Beliau turut mempersoalkan sama ada Khusrin bertindak sedemikian sebagai tanda kesetiaan kepada pemimpin Umno.
"Adakah Datuk Khusrin ini tetap setia kepada Umno dan BN dan masih mengenang jawatan dia sebagai setiausaha politik kepada Tan Sri Muhammad Muhd Taib dan masih bertindak atas kapasiti sedemikian rupa?
"(Jadi)
Tambahnya, beliau juga mendesak mufti negeri itu supaya segera mengeluarkan fatwa berhubung pemberian lesen judi tersebut.
Katanya, beliau bimbang masyarakat akan menjadi semakin ghairah untuk berjudi sekiranya tiada fatwa dikeluarkan.
"Orang yang tak pernah berjudi pun mungkin akan berjudi juga akibat keghairahan promosi (perlawanan bola sepak) Piala Dunia," katanya lagi./Malaysiakini
Rabu, 26 Mei 2010
JUDI BOLA - SURAT ANAK TUN GHAFAR KEPADA JAMIL KHIR
Selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w yang sangat kasih kepada umatnya. Baginda sentiasa merasa begitu berat melihat penanggungan umatnya di dunia lebih-lebih lagi di akhirat.
Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Jamil Khir Baharom
Terlebih dahulu saya berdoa agar Allah s.w.t agar memberi keterbukaan di hati Dato’ sewaktu membaca surat ini seperti mana saya cuba membuka hati saya sewaktu menulisnya. Saya penuh sedar bahawa saya bukanlah insan yang tidak berdosa, tetapi saya yakin Dato’ sedia maklum bahawa dosa-dosa kita sama ada yang terdahulu, kini dan masa akan datang tidaklah wajar menjadi penghalang untuk kita mengingatkan sesama muslim.
“Barangsiapa di antara kalian yang melihat kemungkaran, hendaklah ia mengubahnya dengan tangannya; jika tidak mampu, hendaklah dengan lisannya; jika tidak mampu, hendaklah dengan hatinya. Akan tetapi, yang demikian itu (dengan hati) adalah selemah-lemahnya iman.” [HRMuslim]. Dalam riwayat lain disebut, “dan di luar itu, sudah tidak ada lagi sebutir keimanan pun”.
Surat ini ditulis dengan tujuan menyatakan pendirian terhadap isu kelulusan lesen perjudian bola sepak sempena kejohanan Bola Sepak Piala Dunia akan datang yang telah diluluskan oleh Kerajaan baru-baru ini. Mudah-mudahan dengan misi surat ini Dato’ sebagai menteri yang dipertanggungjawabkan dalam hal ehwal agama, akan memikirkan dengan wajar, bijaksana dan penuh berhati-hati terhadap hak Allah dan hak sesama manusia.
Saya memilih menulis surat ini secara terbuka kerana media cetak dan elektronik aliran perdana lebih berminat membesar besarkan isu seperti pernikahan yang menyalahi undang-undang syarak walaupun ianya telah menepati hukum ALLAH. Mereka seolah-olah mendapat arahan untuk melenyapkan pandangan dan teguran-teguran yang tidak menyokong tindakan Kerajaan meluluskan lesen perjudian tersebut.
Ini terbukti apabila saya selaku Naib Presiden Pertubuhan Mantan Wakil Wakil Rakyat UMNO (PAKKU) mengeluarkan kenyataan akhbar pada 18hb Mei 2010 meminta Kerajaan membatalkan serta merta lesen judi tersebut tidak ada satu pun media cetak dan elektronik aliran perdana mengeluarkan kenyataan tersebut.
Yang Berhomat Dato’,
Sesunguhnya, pertimbangan pengeluaran lesen judi atas alasan untuk mengawal dan mengetahui jumlah wang pertaruhan (seperti yang dinyatakan oleh Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussien) adalah tertolak di sisi Islam. Dalil pengharaman judi adalah qatie’ dan tidak boleh dipertimbangkan lagi. Kawalan seharusnya tertumpu pada usaha kerajaan menyekat judi yang gelap mahupun terang dengan melipatgandakan modus operandi agensi-agensi penguatkuasaan dan mengenakan hukuman yang lebih berat, bukan ‘menghalalkan’nya. Saya ingin bertanya di manakah letaknya kesahihan kenyataan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman bahawa polis sudah mengenal pasti suspek dan lokasi sindiket judi bola itu? Jika demikian, mengapa tidak dihapuskan kegiatan itu sama sekali? Apakah polis tidak berupaya menghapuskan sindiket-sindiket tersebut? Apakah meluluskan lesen judi tersebut merupakan pendekatan terbaik untuk mengatasi ketidakupayaan polis?
Jika itu alasannya maka mengapa tidak Kerajaan menghalalkan sahaja perkara-perkara haram yang lain seperi pelacuran, pengedaran dadah dan lain-lain kemungkaran atas alasan untuk ‘mengawalnya’ pada masa akan datang?
Padahal, kerajaan seharusnya mesti lebih serius, kreatif dan komited untuk membanteras semua perkara haram itu sama ada melalui kaedah dakwah dan tarbiah (pendidikan) mahupun dengan penguatkuasaan undang-undang. Kita seharusnya berfikir ke arah bagaimana hendak mengikut hukum yang telah ditetapkan Allah, bukan mencari jalan untuk menyimpang daripada hukum-Nya.
Saya dimaklumkan bahawa kedua-dua mantan Perdana Menteri sebelum ini telah menolak permohonan syarikat tersebut untuk mendapatkan lesen judi ini. Kelulusan lesen judi yang terbaru ini juga menimbulkan persoalan apakah keuntungan RM500 juta yang dikaut oleh individu tertentu dalam sekelip mata itu tidak mengalir kepada beberapa lagi orang tertentu?
Saya ingin bertanya apakah Yang Berhormat Dato’ selaku Menteri yang bertanggung jawab tentang hal-hal Agama telah turut sama merestui meluluskan lesen judi ini apabila Menteri Kewangan mengemukakan cadangan tersebut. Walaupun jika sekiranya atas sebab-sebab tertentu cadangan tersebut tidak dibincangkan dalam msuarata kabinet apakah Dato’ sebagai orang yang jauh lebih arif dari saya tentang hukum ALLAH tidak menyatakan pendirian dan menentangnya habis-habisan?
Marilah sama-sama kita merenung kembali firman Allah yang telah kita dengar sejak dahulu lagi tentang pengharaman judi ini.
Ertinya : Mereka bertanya kepada mu tentang arak dan judi. Katakanlah: ""Pada keduanya itu terdapat dosa besar dan beberapa manfaat kecil bagi manusia, tetapi dosa keduanya lebih besar dari manfaatnya" ( Al-Baqarah : 219)
Dan juga larangan selanjutnya:
Ertinya ; Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya (meminum) arak, berjudi, (berkorban untuk) berhala, mengundi nasib dengan panah, adalah perbuatan keji termasuk perbuatan Syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan. ( Al-Maidah : 90)
Yang Berhormat Dato’
Saya amat terpegun apabila ada teriakan dari organisasi-organisasi bukan Islam termasuk parti DAP yang telah beberapa kali meminta segala bentuk perjudian dihapuskan sama sekali di negara di mana Islam adalah agama rasminya. Amatlah memalukan sekali, apabila pada masa yang sama kerajaan yang mana UMNO menjadi tulang belakangnya terus menghalalkan aktiviti yang jelas haram di sisi Islam ini. Bukankah ini nanti akan membuktikan bahawa pemimpin-pemimpin UMNO telah melanggar perlembagaan UMNO itu sendiri?
Sehubungan itu, saya menjemput ahli-ahli UMNO menyemak buku perlembagaan parti. Di manakah letaknya perjuangan UMNO dalam hal menegakkan Agama Suci ini? Hati kecil setiap manusia yang cintakan kebenaran dan kedamaian sama ada Islam atau pun bukan Islam sudah mengakui akan keburukan judi menerusi pengalaman hidup dan juga pemikiran yang waras (oleh orang Islam dan bukan Islam). Bukankah Islam itu sesuai dengan fitrah manusia? Sepatutnya kita ‘ berhijrah’ dari yang buruk kepada yang baik, bukan sebaliknya.
Saya ingin mengingatkan bahawa satu kemungkaran boleh menjadi ‘mata rantai’ kepada kemungkaran yang lain. Justeru, judi atas apa jua jenis dan bentuknya akan menyebabkan berlakunya beberapa keburukan yang berikut:
i) KUCAR – KACIRNYA INSTITUSI RUMAH TANGGA
Akan berlaku krisis antara suami isteri akibat habisnya wang belanja keperluan rumah untuk berjudi. Anak-anak akan menderita akibat krisis rumah tangga.
ii) BELUNGGU HUTANG
Orang yang berjudi tidak pernah senang. Ramai yang terpaksa berhutang kerana memburu kemenangan yang tidak pernah datang. Tidak mustahil ada yang akan kembali mencari Along untuk berhutang.
iii) PERJUDIAN SECARA ONLINE OLEH KANAK-KANAK
Ia sudah pasti akan mendorong kanak-kanak di bawah umur turut terlibat tanpa dapat diawasi oleh ibu-bapa mereka, apatah lagi kalau ibu-bapa mereka sendiri terlibat. Duit ibu bapa akan di curi jika mereka tidak mencuri di luar. Dalam erti kata yang lain ianya akhirnya akan mendorong kanak-kanak menjadi pencuri dan lain-lain kegiatan tidak bermoral.
iv) KUALITI DAN PRODUKTIVITI MENURUN
Budaya berjudi akan menyebabkan kelembapan dalam kerja dan usaha kita dalam usaha menjadi negara maju dengan acuan tersendiri. Kalau dulu ada yang leka menonton bola sepak secara keterlaluan, kini keadaan bertambah buruk apabila ketagihan judi bola sepak pula menular. Dan ada yang mula terbiasa dengan cara mencari keuntungan secara singkat dan cepat tanpa usaha dan mempertingkatkan kemahiran diri.
Yang untung dalam hal perjudian ini amat kecil dan oleh segelintir individu yang kecil pula. Yang rugi dan menderita akhirnya kelak terlalu ramai di samping kita mendapat kemurkaan Allah.
Itulah beberapa hikmah mengapa judi diharamkan Allah swt. Ia adalah hukum yang telah disepakati secara Ijmak' oleh para ulama. Malangnya tidak ramai tokoh agama seperti Mufti Perak yang berani menegur secara terbuka tindakan Kerajaan ini. Umat Islam tertanya tanya mengapakah Majlis Fatwa Kebangsaan membisu seribu bahasa dalam perkara yang amat penting ini sepertimana mereka membisu dalam isu Kerajaan membayar RM77 juta kepada Apco, sebuah syarikat Zionis Yahudi yang mana seluruh dunia tahu mereka membunuh dan berlaku kejam terhadap umat Islam di bumi Palestin dan merampas Tanah Suci Baitul Muqaddis.
Lihat saja pasport antarabangsa kita hanya sebuah negara saja yang kita rakyat Malaysia tidak boleh lawati ia itu Israel. Apakah mereka juga berfungsi seperti media cetak dan elektronik aliran perdana yang seolah-olah telah mendapat arahan tidak resmi untuk menenggelamkan isu ini?
Justeru, dengan rendah hati saya merayu agar DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong dan Raja-Raja Melayu selaku Ketua Agama memainkan peranan agar lesen perjudian ini dibatalkan serta merta. Saya sering mengingatkan diri saya sendiri pangkat, kedudukan dan kemewahan di dunia ini adalah sementara sahaja. Kita semua akan menghadapi-Nya jua suatu masa nanti. Semua pihak akan dipertanggungjawabkan di mahkamah Allah Khadi Rabbul Jalill.
Saya yakin kita sama-sama akan berpegang kepada peringatan Allah melalui firman-Nya:
“Dan janganlah kamu mengatakan terhadap apa yang disebut-sebut oleh lidah mu secara dusta ‘ini halal dan ini haram’, untuk mengada-adakan kebohongan terhadap Allah. Sesungguhnya orang-orang yang mengadakan kebohongan terhadap Allah tiadalah beruntung” an-Nahl 16:116.
Akhir sekali, saya memohon agar Yang Berhormat Dato’ memikirkan juga apakah akibat yang akan berlaku jika kemungkaran judi ini diteruskan oleh pihak yang berkuasa. Saya, Dato’ dan kita semua tidak mahu azab Allah turut terkena ke atas Malaysia yang tercinta ini kerana kealpaan dan kederhakaan kita. Sabda Nabi SAW,
“Allah tidak menghukum suatu bangsa kerana kesalahan beberapa orang di antara mereka, sampai mereka melihat kemungkaran (dilakukan) di antara mereka, sedangkan mereka mampu menghentikannya, tetapi mereka tidak menghentikannya. Apabila mereka berbuat seperti itu (tidak menghentikan kemungkaran), maka Allah akan mengazab (orang yang melakukan kemungkaran) secara khusus dan (bangsa itu) secara keseluruhan” [HR Ahmad].
Saya akan menyokong siapa sahaja sama ada individu mahu pun mana- mana organisasi yang menentang segala bentuk perjudian di negara tercinta ini. Saya berdoa agar seluruh rakyat Islam bangkit bersama menentang sekeras-kerasnya perjudian ini kerana cintakan bangsa, negara dan agama adalah teras kebahagiaan kita di dunia dan akhirat.
Untuk yang Berhormat Dato’ saya ucapkan terima kasih atas kesudian membaca seterusnya meneliti isi surat ini. Semoga Allah mengurniakan taufik dan hidayah buat kita untuk menjalankan amanah-Nya sebagai hamba Allah dan khalifah di muka bumi. Amin.
Sekian. Wassalam.
Yang benar,
TAMRIN TUN GHAFAR
Sk : Kebawah DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong
Kebawah DYMM Raja Raja Melayu
YAB Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak, Perdana Menteri merangkap Presiden UMNO
YAB Tan Sri Haji Muhyiddin Yassin, Timbalan Perdana Menteri merangkap Timbalan Presiden UMNO
Ahli Ahli Majlis Tertinggi UMNO
Ahli Ahli Majlis Fatwa Kebangsaan
Mufti Mufti
Media Cetak dan Elektronik
BERANIKAH RAJA KATAK INI BERDEBAT?
Judi: Pemuda PAS cabar PERKASA berdebat | ||
|
Muktamar PAS akan berlangsung di Kota Bharu dari 9 hingga 13 Jun depan.
Dalam SMSnya kepada Malaysiakini hari ini, Nasrudin mencadangkan debat perdana itu dengan tajuk "kemungkaran judi bercambah dalam negara: tanggungjawab siapa". Pemberian lesen judi bola sepak itu mendapat tentangan hebat daripada Pakatan Rakyat serta masyarakat Islam dan bukan Islam.
Jumaat lalu, demontasi membantah lesen judi itu diadakan serentak oleh lima negeri - Selangor, Perak, Pulau Pinang, Terengganu dan Negeri Sembilan.
Manakala Jumaat ini, demonstrasi bantahan yang sama akan diadakan di Kedah, Perlis, Kelantan, Pahang dan Selangor./Malaysiakini
Selasa, 25 Mei 2010
EZAM OH EZAM, LANGKAHMU SEMAKIN SUMBANG
Sebaik sahaja Ezam raja sesumpah menyanjung `keris telanjang' Umno, beliau telah lupa segala atur langkah keramat perjuangan yang diajarkan oleh gurunya DS Anwar sekian lama. Kini, beliau mula belajar pencak silat mengikut tari Umno yang beliau sendiri tahu sentiasa sumbang tarinya. Namun, demi masa depan yang diharapkan dari Umno Ezam rela meletakkan maruahnya lebih rendah daripada Ibrahim Al-Kataki walaupun sedikit tinggi daripada Zahid Md Arip atau Ruslan Kassim rakan se`pengkhianatan'nya.
Di dalam blognya, Ezam bersusah payah untuk memikirkan alasan untuk memperlihatkan usaha MB Selangor Tan Sri Khalid menubuhkan SELCAT sebagai tidak telus. Berikut sedikit tulisan Ezam sesumpah berkaitan SELCAT;
"Tindakan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim mengarahkan SELCAT untuk menyiasat dakwaan dan penyelewengan didalam syarikat konsesi pasir tunggal di negeri Selangor, SEMESTA Sdn Bhd yang didedahkan oleh Ahli Parlimen Kapar, Yb S Manikavasagam adalah satu tindakan yang BERNIAT JAHAT dan SALAH kerana;
i] bercanggah dengan prinsip ketelusan
ii] bersifat menutup menutup penyelewengan [eyewash]
iii] bertujuan mempengaruhi siasatan tersebut dengan “gundah gujara” [with fear and favour]
iv] tidak menghormati perlembagaan persekutuan
v] tidak menghormati institusi kehakiman
SELCAT memperolehi bidang kuasa daripada arahan Dewan Undangan Negeri. Jesteru Menteri Besar tanpa mandat DUN tidak boleh sewenang-wenangnya mengarahkan SELCAT untuk membuat siasatan apatah lagi siasatan tersebut bersifat JENAYAH yang mana SELCAT tidak mempunyai bidangkuasa untuk menyiasat." (ezam-mohdnor.blog)
Pertamanya ingin kita bertanya Ezam sesumpah, mengapa beliau tidak membuat sebarang laporan atau tindakan jika beliau sendiri yakin bahawa penubuhan SELCAT itu BERNIAT JAHAT atau SALAH? Bukankah Ezam ini terkenal dahulunya yang tidak henti-henti suka membuat laporan sehinggakan berkotak-kotak? Setelah berada di dalam `geng kerajaan', masakan Ezam takut untuk membuat laporan? Sebenarnya hati kecil Ezam merasakan bahawa tindakan MB Selangor itu adalah satu tindakan yang lebih telus dari mana-mana kerajaan negeri yang ada. Cuma, bila diri sudah terjual maka mulut kelu untuk berkata.
SELCAT bercanggah dengan prinsip ketelusan? Persidangan SELCAT yang diadakan secara terbuka sehinggakan boleh diikuti melalui internet itu dikatakan tidak telus? Terbukti SELCAT sebelum ini berupaya mendedahkan berbagai salah laku pemimpin Umno termasuk bekas MB Selangor Khir Toyo, isterinya dan beberapa Exco mereka sebelum ini. Cumanya, tiada susulan dari pihak yang berkuasa walaupun segala bukti berjaya didedahkan. Sekaligus SELCAT tidak boleh dikatakan untuk menutup segala penyelewengan kerana semua rakyat boleh mengetahui perjalanan SELCAT.
Tidakkah SELCAT sebenarnya banyak boleh membantu pihak berkuasa seperti SPRM seandainya SPRM peka dan serius dengan sesuatu kes yang dibawa ke SELCAT. Bagaimana Ezam sesumpah boleh menuduh SELCAT boleh mempengaruhi siasatan? Mungkin maksud Ezam, SELCAT mungkin boleh menyusahkan pihak yang ingin `cover' sesuatu kes yang melibatkan sekutu di dalam parti Ezam. Contohnya seperti isu banglo mewah Khir Toyo, lawatan BALKIS, pembelian hadiah dan cenderahati yang meragukan dan berbagai lagi kes yang telah dibawa ke SELCAT sebelum ini. Di mana akhirnya kes tersebut?
Tuduhan bahawa SELCAT tidak menghormati Perlembagaan dan institusi kehakiman adalah tuduhan berat jika benar. Maka, Ezam semestinya mengambil tindakan segera membuat laporan terhadap Kerajaan Negeri Selangor. Mengapa Ezam sesumpah menyalak di luar sahaja? Adakah beliau bimbang dengan adanya SELCAT, semakin banyak pula nanti isu-isu dan kes penyelewengan masa lampau Umno mentadbir Selangor akan terdedah.
Kita seharusnya bersyukur di atas keberanian MB Selangor menangani segala tuduhan ke atas Kerajaan PR Selangor sehingga kini. Terbaru semalam, MB Selangor ulangi lagi kesediaannya untuk bekerjasama dengan SPRM untuk membuat siasatan ke atas kerajaan Selangor. Bahkan, MB Selangor mempelawa SPRM mengadakan pejabatnya di bangunan pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor. Saya syorkan sekiranya SPRM menolak pelawaan tersebut, Tan Sri Khalid mungkin boleh mempelawa Ezam sesumpah untuk menetap di pejabat MB Selangor./wfauzdin.blogspot.com
POLITIK KATAK, MONYET DAN KETAM AMAT MENARIK
Mutaligat |
Kisah lompat parti bermula sebaik sahaja keputusan Pilihanraya Umum ke-12 diumumkan di mana BN kalah paling teruk dalam sejarah politik Malaysia. |
NAJIB KE SINGAPURA UNTUK SERAH TANAH KTMB ?
Malaysia setuju serah tanah KTMB di Singapura | ||
|
Keputusan itu dicapai pada pertemuan Datuk Seri Najib Razak dan rakan sejawatannya dari Singapura Lee Hsien Loong di Hotel Shangri-La Hotel di Singapura.
Pada sidang akhbar bersama itu, kedua-dua pemimpin berkenaan berkata tanah yang akan dikosongkan itu akan dimajukan oleh sebuah syarikat usaha sama Malaysia-Singapura dikenali M-S Pte Ltd yang akan ditubuhkan sebelum 31 Dis tahun ini.
Syarikat itu melibatkan Khazanah Nasional Berhad dari Malaysia yang akan memegang 60 peratus kepentingan, dan Temasek Holdings Limited, cabang pelaburan kerajaan Singapura, yang akan memegang baki 40 peratus ekuiti dalam syarikat usaha sama itu.
Menurut satu kenyataan bersama, pertemuan Najib dan Lee banyak berkisar kepada Perkara-perkara Dipersetujui (PoA) mengenai tanah KTMB di Singapura yang menjadi penghalang kepada hubungan baik antara kedua-dua negara.
Tana
Menurut kenyataan berkenaan, tanah-tanah yang dimajukan itu boleh ditukar, berdasarkan nilai masing-masing, dengan tanah di Marina South dan Ophir Rochor di Singapura.
Kedua-dua negara akan membuat penilaian masing-masing, dan Lee dijangka melawat Kuala Lumpur dalam tempoh sebulan ini, dengan cadangan mengenai penukaran tanah itu untuk pertimbangan Malaysia. -Bernama
Isnin, 24 Mei 2010
JAMIL KHIR - KITA TANYA SOAL JUDI, DIA CERITA PASAL LOMPAT PARTI
Hakikatnya malam semalam di dalam satu ceramah umum di Kedah, telah dibuktikan dengan jelas tiada sebarang niat Adun-Adun dari PR yang ingin melompat parti. Justeru itu, usahlah Jamil Khir bersusah payah untuk mengutip isu berkenaan. Sewajarnya beliau selaku Menteri yang bertanggungjawab di dalam urusan berkaitan agama Islam terlebih dahulu peka dan sensitif dengan isu lesen judi bola sepak yang baru diluluskan itu.
Tidak hairan jika beliau tidak mampu untuk bersuara membela agama di dalam kabinet Najib sedangkan sewaktu beliau menjadi Pengarah KAGAT di dalam ATM iaitu satu organisasi sekecil itu pun beliau gagal melahirkan warga tentera yang mempunyai kemantapan iman yang kuat. Masakan beliau berupaya mengubah dasar negara di dalam keadaan jawatan yang beliau pegang sekarang pun datangnya dari belakang tanpa melalui pilihan raya.
Siapalah Jamil Khir yang mungkin ingin mengubah Umno dari dalam sepertimana juga Mashitah Ibrahim dan Firdaus bekas Imam Besar Masjid Negara itu. Apa yang mereka lakukan di dalam kabinet Najib? Memalukan, sebaik sahaja Jamil Khir dilantik sebagai Menteri yang menjaga agama tiba-tiba lesen judi bola sepak diluluskan. Tidakkah Jamil Khir, Mashitah dan Firdaus merasa tercabar? /mandor.blogspot.com
Ahad, 23 Mei 2010
JUDI DAN ARAK , LESEN DAN PREMIS SERTA BLOGGER DUNGU
Sunday, May 23, 2010
ISU JUDI DAN KILANG ARAK - BLOGGER PRO UMNO MENGAPA BEBAL SANGAT?
ISU judi nampaknya semakin menjerat leher Umno yang sering mendakwa sebagai parti yang menyelamatkan bangsa Melayu dan memperjuangkan Islam. Isu APCO yang semakin sinonim dengan parti kebangsaan ini pun tidak cukup lidah mereka ingin menepisnya hinggakan terpaksa guna kuasa dan undang-undang bagi menyelamatkan maruah mereka. Dan, DS Anwar menjadi mangsa kerana Ketua Pembangkang itu tidak mahu bersekongkol dengan APCO/Yahudi tersebut.
Sebelum ini isu arak, sehinggakan Blogger pro Umno terpaksa bermain silap mata untuk memperbodohkan pengunjung-pengunjung blog mereka yang sudah sememangnya dungu itu dengan menyiarkan foto tipu menggambarkan Dato' Zaid Ibrahim sedang minum arak. Kali ini, Blogger mereka yang tidak pernah cerdik itu cuba untuk bermain dengan isu judi pula. Kita tahu mereka terpaksa mengampu dan mengipas bos mereka yang sedang panas dengan isu judi bola sekarang ini. Blogger ini sekali lagi mengambil kesempatan di atas kedunguan ahli-ahli Umno dan pengunjung blog mereka dengan hujah, "mengapa negeri-negeri di bawah kerajaan PR tidak mengharamkan judi dan arak". "Mengapa kilang arak di Shah Alam tidak ditutup". Mengapa lesen judi dikeluarkan?
Mari kita mengajar mereka yang jahil ini supaya lebih cerdik dan jangan sampai jahil ke tahap gaban. Pertamanya soal lesen, mereka tahukah siapa yang berkuasa penuh untuk mengeluarkan lesen judi dan kilang arak? Kerajaan negeri atau Persekutuan? DAN, yang paling PENTING, siapa lebih berkuasa, Kerajaan Pusat atau Kerajaan Negeri? Mengapa Kerajaan Pusat masih mahu menambah satu lagi lesen perjudian dengan lesen judi bola ini? Kilang arak terbesar di Shah Alam dan Pusat Judi terbesar di Genting itu siapa yang luluskan lesennya beroparasi? Blogger pro Umno tidak tahukah? Ok lah, untuk memudahkan mereka mengaji ilmu ini, kita siarkan apa yang dinyatakan di dalam Blog Justice For All ini. Buat Blogger yang rendah minda itu, sila semak intisari di bawah dengan merujuk panduan dan Akta-Akta di bawah;
a) Perlembagaan Persekutuan,
b) Akta Rumah Perjudian Terbuka 1953
c) Akta Pertaruhan Pool 1967
d) Akta Perlesenan Perniagaan 1948
Perlembagaan Persekutuan
JADUAL KESEMBILAN
[Perkara 74, 77]
Senarai Perundangan
Senarai I—Senarai Persekutuan
4. Undang-undang dan tatacara sivil dan jenayah dan pentadbiran keadilan, termasuk—
(l) Pertaruhan dan loteri
Dan negeri hanya kawal panggung wayang sahaja..
Senarai II—Senarai Negeri
(f) Pelesenan panggung, panggung wayang dan tempat hiburan awam.
Lesen Perniagaan (perjudian) di seluruh negeri adalah diproses dan dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Pelesenan di bawah kuasa-kuasa dalam Akta Perlesenan Perniagaan 1948. Pihak Berkuasa Pelesenan adalah Presiden-Presiden Majlis Perbandaran, Pegawai Daerah dan Pegawai-Pegawai yang dilantik oleh Menteri Persekutuan sebagai Pihak Berkuasa Pelesenan.
Pihak Berkuasa Pelesenan adalah melaksanakan tugas-tugas mereka di bawah kawalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Persekutuan. Ini adalah disebabkan bahawa Akta Perlesenan Perniagaan 1948 telah pun diisytiharkan sebagai undang-undang Persekutuan sebagai mengikut Perlembagaan Persekutuan. Di bawah Ordinan tersebut, Kerajaan Negeri tidak ada kuasa di sisi undang-undang untuk memberi apa-apa arahan kepada Pihak Berkuasa Pelesenan supaya tidak mengeluarkan Lesen Perniagaan yang dipohon oleh pemegang Lesen Pertaruhan Pool.
Dan kerajaan negeri, hanya ada kuasa hadkan premis judi melalui Pihak Berkuasa Tempatan iaitu melalui Undang-Undang Kecil [Penggunaan Premis-Premis]. Undang-Undang Kecil ini adalah dibuat di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1961, dan oleh itu ditadbir oleh Kerajaan Negeri. Harus diingat, kerajaan negeri hanya boleh hadkan premis atau tempat judi, bukannya lesen judi. Macamana nak hadkan judi kalau guna secara online..tanpa premis..tak boleh nak tutup pusat judi jika ada lesen. Macam di Genting Highland, ada berani ke UMNO Pahang atau Jaip pergi tutup pusat judi tu? tentu jawapannya tidak.
Jadi kerajaan negeri hanya boleh kawal judi untuk umat islam sahaja, bukannya lesen judi..ini boleh dilihat dalam enakmen negeri masing-masing..
Sebagai contoh Seksyen 79A Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Sembilan) (Pindaan) 2004 yang menyatakan : "Orang Islam yang berjudi atau didapati berada di tempat perjudian adalah melakukan suatu kesalahan di bawah dan apabila disabitkan boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM 3,000.00 atau penjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya"
Kalau hujah negeri PR boleh sekat judi, itu hujah dangkal kerana kerajaan negeri tiada kuasa..hanya ada kuasa berkaitan premis judi sahaja. Kalau guna online, kerajaan negeri mana boleh sekat judi tanpa premis ini..
P/S - Terima kasih buat Justice For All.
8 comments:
- beji said...
-
sekarang malaysia mahu di satukan.
Kalau sebahagian anggota badan sakit,satu tubuh akan menderita sakit.
Judi dan Arak adalah kuman penyakit yang berbahaya.
Jika dibiarkan maka satu malaysia akan sakit. - May 23, 2010 7:06 AM
- mahaza said...
-
Kalau Khir Toyo pun boleh cabar Kerajaan Negeri tutup premis judi (atau batalkan lesen permis judi sebanyak 4,000 lebih di Selangor (sapa luluskan dia taknak cerita pulak) apatah lagi rakyat marhaen yang tak tahu sangat fasal undang-undang nih.
- May 23, 2010 7:13 AM
- hassan1663 said...
-
Contohi Kelantan, mereka tidak lanjutkan lesen-lesen premis judi dan hadkan prtemis jual arak ... gunakan kuasa tersebut. On-line tu biaq pi la ...
- May 23, 2010 7:17 AM
- pis said...
-
hassan1663 had kan premis jual arak adakah sama dengan tidak membenarkan penjualan arak, karutlah tu.lesen judi kat kelantan diberikan 30 tahun sekali ke? setahu saya kerajaanpas dah memerintah 20 tahun lebih.mesti ada lesen kerajaan pas bagi approval. bayangkan kerajaan yang "dikenali" sebagai islamik dari orang lain bagi approval lesen judi lepas tu kalau orang lain bagi approval pas terpekik terlolong cari politikal gain. belum cerita selangor dan penang pas langsung tak de fungsi. tantawi jangan lah belakun macam hero hindustan hentikanlah baik kita fikir perpaduan melayu islam.wajib tu. lesen judi biar untuk cina. islam takutkan allah jangan main judi. pepaduan tak de macam mana islam nak kuat. cuba tuan hassan sokong kerana alllah jangan main nak bela je. yang salah kita kata salah.
- May 23, 2010 12:14 PM
-
-
umno bijak sebab nak nasihat kerajaan selangor bahaya judi yang bermaharajalela di selangor semenjak PR take over susah, buat isu judi bola biar rakyat bersuara. satu isu judi bola yang sementara pas kecoh macam mana hal nye dengan selangor dan penang, pas/tantawi tutup mata ke takut DAP. cuba demo ade berani ka? fauzudin lu sokong berdasarkan partike atau kerana allah.
- May 23, 2010 12:22 PM
- WFAUZDIN NS said...
-
saya sokong parti kerana Allah lah!! Bukan sokong parti kerana APCO!! Kerajaan Pusat ibarat ketua keluarga, tunjuklah contoh utk anak2 ikut...Jgn bapak beli dadah tapi bgtahu anak jgn hisap dadah!! Kita tak kata negeri2 bawah PR semua bersih, tapi jauh lebih bersih dari yg diperintah oleh BN walaupun baru berapa tahun. Cuba bygkan jika Kerajaan Pusat haramkan terus kelulusan judi dlm Malaysia, apa masalah? Jgn nak org lain buat baik, tapi kita lah yg beriya2 kasi masuk yg jahat. Tentang perpaduan ni, Umno hanya sebut bila masa dia dah terkangkang lemah. Bila kuat, tokey judi Cina tu la kawan yg dia pilih dan ikut.
- May 23, 2010 12:50 PM
-
-
Wahai PIS. Mana ada lesen judi kat Kelantan. Jgn jadi bodoh. Yg ada lesen adalah arak yg terlalu kecil jumlahnya di Kelantan di tempat penempatan kaum Cina kerana arak dibenarkan oleh ugama mereka. Judi tidak ada langsung di Kelantan kecuali yg pandai2 main judi secara sendiri. Bukan disediakan tempat utk mereka. Jadi, kena tahu fakta dulu baru boleh berhujah ok.
- May 23, 2010 2:06 PM
-
-
Ni satu lagi, Lesen judi hanya dikeluarkan oleh Kerajaan Pusat, Premis sahaja di bawah kerajaan negeri. Sebab itulah negeri2 di bawah PR cuma berkuasa hadkan premis. Di Kelantan, judi langsung tiada premis. Di negeri lain bawah PR, usaha pengurangan jauh lebih baik dari negeri2 bawah Bn. Masalah yg harus kita fikir adalah, MANA LEBIH MENJANA AKTIVITI JUDI, LESEN KAH ATAU PREMIS? Kini, tambah lagi lesen iaitu lesen judi bola..bukan nak mengurangkan atau menghapuskan!!
- May 23, 2010 2:12 PM