JOM MASUK AHLI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DENGARKAN KOBAT FM ONLINE

Khamis, 13 Mei 2010

ISU MASJID - BLOGGER TB BUAT LAPORAN POLIS

Isu masjid: Penulis blog heret BN ke JAIS
Jimadie Shah Othman
Mei 12, 10


PAS dilihat benar-benar mahu memulangkan 'paku buah keras' kepada BN apabila terus mengasak lawan politiknya berhubung dakwaan penyalahgunaan masjid untuk tujuan politik dengan memanjangkan kes tersebut kepada pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Cukup seminggu setelah BN dibidas oleh ahli parlimen PAS Khalid Samad, esok seorang penulis blog PAS akan tampil mengadu perkara itu secara rasmi kepada JAIS.

Abdul Rahman Talib atau lebih dikenali sebagai Tulang Besi akan tampil membuat laporan tersebut di pejabat JAIS di Shah Alam kira-kira jam 2 petang esok.

"Sebenarnya saya datang ini ada hal lain, peribadi. Terlanjur datang, saya buatlah laporan ini.

"Dan saya merasakan, JAIS ni sudah melampau. Dan nampak sangat perangai Pro-Umno mereka," katanya.

Pada 6 Mei lalu, Khalid mendakwa semasa kempen pilihan raya kecil Hulu Selangor pada 25 April, BN menganjurkan majlis bacaan Yassin dan solat hajat di sebuah masjid, untuk kemenangan calon BN.

Ahli parlimen Shah Alam itu mendakwa majlis tersebut diadakan pada 23 April - dua hari sebelum tarikh pengundian - di masjid Jamek Ar-Rahimah, Kuala Kubu Bharu.

Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Abdul Rahman - seorang perunding perniagaan di luar negara - berkata beliau membuat laporan tersebut berdasarkan laporan akhbar berhubung dakwaan Khalid itu.

"Laporan akhbar adalah rekod awam. Dalam mahkamah, laporan akhbar boleh jadi bukti. Setidak-tidaknya, JAIS wajib menyiasat dan memanggil ahli jawatankuasa masjid Ar-Rahimah," katanya ketika ditanya tentang asas aduan mahu dibuatnya.

Beliau juga menafikan berpakat dengan Khalid dalam hal tersebut demi meraih 'populariti politik' untuk kepentingan diri sendiri.

"Saya adalah pembayar cukai dalam negeri Selangor. Bagaimana saya tiada kena mengena (dalam kes ini)?

"Lagi pun, (menjadi) hak saya untuk buat laporan kerana sesiapa sahaja boleh membuat laporan sekiranya berlaku perlanggaran (terhadap) enakmen syariah Selangor?" kata pengusaha blog Malaysia Waves itu./Malaysiakini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan