JOM MASUK AHLI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DENGARKAN KOBAT FM ONLINE

Sabtu, 8 Mei 2010

RTM TIDAK BERPOLITIK? SIAPA PERCAYA?

RTM nafi campurtangan politik dalam rancangannya
Mei 7, 10

RTM menafikan berlakunya campur tangan politik dalam penentuan sesuatu program yang disiarkan di stesen kerajaan itu.

Menurut Ketua Pengarah Penyiaran, Datuk Ibrahim Yahaya, RTM khususnya, Bahagian Berita Ehwal Semasa, tidak pernah menyekat petugasnya untuk berkarya secara objektif dan kreatif.

Katanya, dalam kenyataan media semalam, apa yang berlaku ialah Pengarah Bahagian Berita Ehwal Semasa RTM meminta penerbit membuat suntingan semula program berkenaan agar lebih mantap.

“Bagaimanapun penerbit berkenaan bertegas tidak mahu membuat suntingan semula sebaliknya menuntut agar diberikan arahan bertulis.

“Menjadi amalan RTM mengamalkan arahan lisan sebagai sebahagian daripada pentadbiran harian biasa tanpa perlu mengeluarkan arahan bertulis,” katanya.

Pada 28 April lalu, menerusi blognya, penerbit dokumentari rancangan "Galeri Mandarin Nasional" di TV2, Chou Z Lam (kanan), mendakwa rancangan sembilan bahagiannya itu diarah tidak disiarkan oleh Ibrahim.

"Pengarah berita RTM, Datuk Jumaat Engson berkata dokumentari itu ditarik balik kerana ia mempunyai elemen yang sensitif yang mungkin memudaratkan BN pada pilihan raya kecil Sibu akan datang dan juga pilihan raya negeri Sarawak,” kata Chou.

Menurut Ibrahim, RTM adalah media rasrni yang berpegang teguh kepada kewartawanan yang bertanggungjawab dengan memaparkan fakta-fakta yang memupuk perpaduan dan keharmonian.

“Laporan yang disiarkan perlu sentiasa mengambil kira kehendak khalayak ramai, berwibawa dan telus. RTM sentiasa menyajikan laporan membabitkan semua kaum atau keturunan sesuai dengan semangat Gagasan Imalaysia,” katanya.

Ibrahim berkata RTM juga sentiasa memastikan program yang diterbit dan disiarkan di TVI dan TV2 bermatlamat memberi manfaat kepada rakyat dan negara.

Pada 28 April lalu, Malaysiakini juga ada menghubungi ketua pengarah penyiaran itu untuk mendapatkan penjelasannya tetapi hanya memperolehi sebaris jawapan.

“Saya tidak membuat arahan itu...awak sepatutnya tanya kepada Chou,” kata Ibrahim dengan ringkas./Malaysiakini

Tiada ulasan:

Catat Komen