JOM MASUK AHLI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DENGARKAN KOBAT FM ONLINE

Isnin, 10 Mei 2010

KES TEMBAK - ROMBAK SEGERA PDRM

SHAH ALAM 9 MEI: Rentetan dua remaja ditembak polis dalam tempoh dua minggu termasuk seorang daripadanya mati, Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusoff memcadangkan kepimpinan polis Malaysia dirombak secepat mungkin demi menjamin keselamatan orang awam.

Beliau menyifatkan kes Aminulrashid Amzah, 15, dan Mohd Azizi Aziz, 17, mencalar imej institusi kepolisan yang separutnya dipandang tinggi sekaligus memperlihat kegagalan pihak berkuasa ini dalam menangani isu seperti ini.

"Apabila ia mewujudkan satu trend, ia menggambarkan imej institusi. Imej ini ialah dasar dan dalam hal ini, saya lihat isu sebenar ialah kepimpinan. polis gagal" katanya kepada TV Selangor hari ini.

Justeru, Yusmadi menggesa seluruh pimpinan melakukan perubahan melalui rombakan besar-besaran supaya keselamatan dan keamanan rakyat lebih terjamin pada masa depan.

"Gesaan daripada pimpinan rakyat ke arah mereformasikan isu polis. Isu bukan hanya Tan Sri Musa Hasan letak jawatan. Itu isu yang bagi saya tidak selesaikan. Ini isu institusi perlu rombakan yang besar," katanya.

Pada 26 April lalu, remaja berusia 15 tahun Aminulrashid Amzah mati ditembak polis ketika menaiki kereta di Jalan Mahjung, Seksyen 11 Shah Alam. Empat das tembakan dilepaskan dan satu peluru menembusi kepalanya.

Semalam, Mohd Azizi Aziz yang dua tahun lebih tua daripada Aminulrashid pula ditembak ketika menunggang motosikal di Jalan Seremban-Jelebu. Satu das tembakan dilepaskan dan menembusi perut ke ususnya.

Dalam kes Mohd Azizi, Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Osman Salleh memohon maaf kepada keluarga mangsa tetapi Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar tidak berbuat demikian sebaliknya mendakwa Aminulrashid ahli kumpulan penyamun.

Sebelum kedua-dua kes ini terjadi, kes Norizan Salleh, seorang ibu tunggal yang parah selepas bertalu-talu ditembak polis hingga kini masih belum selesai-selesai./TVSelangor

Tiada ulasan:

Catat Ulasan