JOM MASUK AHLI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DENGARKAN KOBAT FM ONLINE

Selasa, 18 Mei 2010

SIAPA `IBU AYAM' PELACUR WARTAWAN?

Awang Selamat Ibu Ayam Pelacur Kewartawanan

Dari: Tranungkite

Oleh Faris Aiman

Satu cadangan yang baik. Rasanya tidak pernah sebelum ini ada pandangan yang bernas dilontarkan oleh penulis pojok Mingguan Malaysia, Awang Selamat.Selama ini beliau hanya meneruskan agenda peribadinya menyelar dan memburukkan Anwar Ibrahim.Entah apa puncanya kebencian Awang begitu mendalam terhadap Anwar cuma Awang yang tahu.

Atau, mungkinkah upah yang diterimanya begitu lumayan hingga Awang tidak segan silu untuk melacurkan diri dan penanya untuk menguburkan kerjaya politik Anwar, sekali lagi hanya Awang yang tahu.

Bagaimanapun syor Awang supaya PKR bergabung dengan DAP dan dalam gabungan itu Anwar dilantik untuk menjadi Penasihat Bersama dengan Lim Kit Siang amat menarik. Sekurang-kurangnya ada juga sumbangan idea yang konstruktif daripada insan pembenci ini. Ini bererti kekuatan Pakatan Rakyat akan bertambah ampuh. PKR dan DAP akan merapatkan saf keMalaysiaan. Ia akan jadi dalil bahawa impian sebuah Malaysia di mana rakyatnya benar-benar bersatu akan merapati kenyataan.

PKR parti berbilang kaum, budaya dan agama. Begitu juga DAP. Cuma orang seperti Awang sahaja selama ini tidak jemu-jemu melayani pelanggan yang sama BN untuk memenuhi nafsu politik mereka supaya membisikkan di hati nurani rakyat bahawa kedua-duanya ada banyak perbezaan. Cara Awang dikira sama seperti Iblis berbisik di nurani manusia supaya sanggup melacurkan prinsip untuk menjadi lebih kaya.

Memang kita tahu selama ini BN nampak berkuasa kerana berjaya menguasai pelacur-pelacur kewartawanan seperti Awang. Dengan berbedakkan kalimah nasionalisme, agama Islam, dan ketuanan Melayu, Awang Selamat terus rela dikudakan oleh BN dan meraung-raung sebagai suara seksi politik meskipun wajahnya sudah kerepot dimamah usia dan bertambah hodoh didorong dosa.

Apa yang belum lagi dicadangkan oleh Awang ialah tindakan selepas itu. Natijah cadangan Awang (jika penggabungan itu berlaku) ialah meletakkan gabungan baru itu di landasan moral yang lebih tinggi dan ideologi yang lebih adil dan terjamin saksama.

Ini, adalah dimensi agama yang dijunjung oleh PAS. Memang terbentuknya Pakatan Rakyat adalah dalil paling kuat untuk membuktikan persefahaman dan keyakinan ini tidak mustahil dicapai.

Syor Awang kini menjadi petunjuk lebih jelas ke arah itu.

Umum harus bersyukur akhirnya Awang Selamat terpaksa akur akan potensi kekuatan Pakatan Rakyat dan menerima hakikat bahawa Pakatan Rakyat adalah kuasa politik masa depan. BN yang menjadi pelanggan tetap Awang tentu marah dengan pembelotan pemikiran Awang ini.

Umum tahu niat Awang membuat syor itu sebenarnya adalah untuk memerli PKR. Katanya, sudah lima Ahli Parlimen dan lima Ahli Undangan Negeri PKR meninggalkan parti itu. PKR, tegasnya, adalah parti yang sedang menguncup. Mungkin Awang lupa agaknya, atau, cuba mengalih pandangan umum kepada hakikat bahawa kira-kira 27 bulan lalu, wakil rakyat PKR cuma seorang sahaja di Parlimen.

Namun pada 8 Mac 2008, ia meningkat menjadi 31 orang di Parlimen dan PKR berjaya menguasai negeri paling makmur di Malaysia. Kini PKR kekurangan lima kerusi Dewan Rakyat, dan lima kerusi Dewan Undangan Negeri.

Umum tahu mengapa kemerosotan angka itu berlaku. Ia berpunca daripada kelemahan peribadi wakil-wakil rakyat berkenaan dan juga daya tarik kurang bermoral daripada BN yang mengumpan mereka dengan harta benda. Proses ini turut diusap dengan cara memualkan oleh pelacur seperti Awang.

Justeru itu, jika ditokok separuh lagipun jumlah Ahli Parlimen dan ADUN PKR meninggalkan parti menjelang pilihanraya umum ke-13, Awang harus ingat PKR akan masuk kancah pilihanraya kali ini dengan lebih 12 Ahli Parlimen dan bukan seorang sahaja seperti dalam kes pilihanraya ke-12.

Apa tah lagi jika diambil kira menjelang tarikh pilihanraya umum itu syor Awang sudah jadi kenyataan di mana PAS pun berdiri megah seiring PKR dan DAP di bawah satu panji-panji perjuangan. Jika Awang berani, pujuklah BN sebagai pelanggan tetapnya supaya meluluskan pendaftaran rasmi Pakatan Rakyat sebagai sebuah parti.

Beringat-ingatlah. Adalah diperhatikan bahawa Awang sebenarnya bukanlah insan berani. Awang hanya berlindung di sebalik lesen KDN Mingguan Malaysianya sahaja. Namun apabila diambil kira semua hujah, idea Awang ini sudah agak terlambat. Rakyat sudah pun tertambat dengan idea Pakatan Rakyat.

Sibu adalah dalil yang cukup kuat, jadi jika syor Awang yang kurang original ini supaya DAP dan PKR bergabung dan disambut oleh PAS ini menjadi realiti, Awang haruslah insaf dan segera berkemas untuk pindah keluar dari teratak pelacuran yang hapak dan hamis di Jalan Chan Sow Lin dan dimasukkan ke pusat pemulihan akhlak dan bertaubat daripada menjadi pelacur tegar. Sedihnya ketika itu agak sukar untuk Awang dibantu.

Ini kerana beliau bukan tergolong dalam kategori pelacur yang terperangkap dalam kancah hina itu tetapi ibu ayam yang aktif merekrut anak bangsanya untuk turut mengambil jalan pintas menjadi kaya dan bergelar dengan melacurkan profesion mereka sebagai wartawan. Sementara itu bermain-mainlah Awang dengan retorik agama, bangsa, budaya dan juga fitnah serta rasuah.

Sumber: Awang Selamat Ibu Ayam Pelacur Kewartawanan

Tiada ulasan:

Catat Komen