MANDOR.BLOGSPOT.COM

BIAR BUTA MATA JANGAN BUTA HATI

JOM MASUK AHLI


widgets
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DENGARKAN KOBAT FM ONLINE

Sabtu, 27 Februari 2010

SEMPENA MAULIDUR RASUL, MASJID BARU DI SHAH ALAM

Qariah Seri Muda Bakal Dapat Masjid Baru

Mohd Radzi Abdul Razak

Sambutan Maulidur Rasul pada tahun ini membawa khabar gembira buat qariah Baitul Mahabah, Seksyen 27 Shah Alam apabila Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bersetuju mencari tapak baru untuk membina sebuah masjid yang lebih besar.

Masjid baru itu diperlukan untuk menampung jumlah jemaah yang semakin meningkat di kawasan berkenaan.

Khalid menyatakan kesanggupannya itu pada karnival Maulidur Rasul dan Baitul Mahabah Mobile Alert (BMMA) di masjid berkenaan hari ini.

“Tuan Haji Ghazali kali ketiga menerangkan kepada saya apabila solat Jumaat melimpah-limpah orang berseolat, jadi kali ketiga saya pun faham. Kali pertama saya faham, bila kali ketiga saya lagi faham dan saya angguk,” katanya.

Sebelum ini, Nazir masjid Wan Mohd Ghazali Mahmud meminta bantuan Khalid untuk mendapatkan tapak baru bagi membesarkan masjid berkenaan. .

Katanya, masjid itu kini tidak lagi dapat menampung jumlah jemaah yang meningkat sehingga melimpah ke tepi jalan setiap kali solat Jumaat.

Dalam pada itu, Khalid memuji usaha jawatankuasa masjid berkenaan kerana menganjurkan pelbagai aktiviti untuk manfaat qariah.

“Ini fardhu kifayah bagi kita. Ini tanggungjawab kita supaya masyarakat-masyarakat muslimin, muslimat merasakan mereka ini sebahagian daripada masjid dalam kehidupan.

Turut hadir Ahli parlimen Kota Raja, Dr. Siti Mariah Mahmud dan ADUN Sri Muda, Mat Shuhaimi Shafiei.

Di majlis ini Baitul Mahabah Mobile Alert yang berperanan menghantar informasi kepada qariah menerusi sistem pesanan ringkas turut dilancarkan.

Karnival ini turut menyediakan pelbagai gerai jualan serta khidmat kerajaan seperti daftar pemilih dan pameran dari pihak bomba dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan./TVSelangor
Dicatat oleh WFAUZDIN NS di 10:32 PG Tiada ulasan:

PEDULI APA WANG EHSAN NAK SERAH PADA SESIAPA PUN

Agihan wang ehsan, Kelantan tak ambil peduli
Feb 26, 10

Kerajaan Kelantan tidak akan menyekat langkah kerajaan Pusat untuk memberi wang ehsan kepada rakyat negeri itu melalui Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP), kata Timbalan Pesuruhjaya PAS III Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah (bawah).

Beliau, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah Negeri, berkata apa yang menjadi tuntutan kerajaan negeri ialah wang royalti, bukannya wang ehsan.

"Soal dia nak bagi wang ehsan kepada rakyat Kelantan melalui JPP kita tidak sekat kerana itu hak mereka, malah kita tidak akan ambil tahu (kepada siapa wang itu hendak diberikan).

"Soal Kerajaan (Pusat) nak bagi wang ehsan serah pada dia, tetapi kita tetap tuntut royalti. kita akan usaha melalui pelbagai cara yang munasabah," katanya kepada pemberita, di Kota Bharu hari ini.

Beliau diminta mengulas mengenai kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bahawa kerajaan Pusat tetap mahu memberi wang ehsan kepada Kelantan kerana yakin ada rakyatnya yang mahu menerima pemberian berkenaan.

Kerajaan Kelantan bertegas mahukan kerajaan pusat membayar royalti minyak dan bukan wang ehsan walaupun pemimpin Barisan Nasional mendakwa, negeri tersebut tidak layak menerima royalti kerana dua telaga minyak yang didakwa milik Kelantan terletak lebih tiga batu nautika dari pesisiran pantai negeri itu.

Dua telaga minyak berkenaan terletak 150 batu nautika dari perairan Kelantan dan Kerajaan pusat bersetuju memberi RM20 juta wang ehsan kepada penduduk Kelantan, yang merupakan bayaran pertama sebanyak lima peratus daripada hasil dua telaga minyak pada 2008.

Perkara ini seperti yang termaktub dalam perjanjian Akta Peroleum 1974, iaitu bayaran lima peratus daripada hasil keuntungan minyak dan gas kepada kerajaan negeri./Malaysiakini
Dicatat oleh WFAUZDIN NS di 5:09 PG Tiada ulasan:

Khamis, 25 Februari 2010

ANWAR KENA BERSIHKAN DIRI DALAM MAHKAMAH, TAPI INIKAH MAHKAMAHNYA?

Mahkamah tolak permohonan Anwar
Feb 25, 10


Datuk Seri Anwar Ibrahim gagal dalam usaha perundangan terakhirnya untuk mendapatkan dokumen penting termasuk sampel spesimen Mohd Saiful Bukhari Azlan sebelum perbicaraan kes liwatnya bermula.

Panel tiga hakim Mahkamah Persekutuan diketuai Datuk Zulkefli Ahmad Makinuddin juga memutuskan bahawa Aturan 137 Kaedah-Kaedah Mahkamah Persekutuan tidak memperuntukkan bidang kuasa kepada Mahkamah Persekutuan untuk menyemak semula keputusan yang telah dibuat oleh mahkamah itu.

Turut sama bersidang adalah Hakim Datuk Wira Mohd Ghazali Mohd Yusoff dan Hakim Datuk Heliliah Yusof, lapor Bernama.

Hakim Zulkefli dalam penghakimannya berkata kes Anwar tidak sesuai untuk disemak kerana isu yang dibangkitkan oleh Anwar dalam permohonan semakannya telah dipertimbangkan oleh panel hakim Mahkamah Persekutuan sebelum ini.

Anwar memohon mahkamah agar menyemak semula keputusan Mahkamah Persekutuan sebelum ini yang menolak rayuannya untuk mendapatkan dokumen berkenaan sebagai persiapan untuk membela diri pada perbicaraan kes liwat itu.

Pada 29 Januari lalu, Mahkamah Persekutuan memutuskan Anwar tidak berhak untuk mendapatkan dokumen dan bahan berkaitan kes itu kerana ia masih lagi di peringkat pra-perbicaraan.

Antara dokumen penting yang diminta ialah kenyataan-kenyataan saksi yang direkodkan daripada Mohd Saiful selain Dr Osman Abdul HNONEamid dari Hospital Pusrawi dan tuan punya unit kondominium, Hassanuddin Abdul Hamid, kenyataan tiga
doktor dari Hospital Kuala Lumpur, nota ahli kimia, laporan perubatan dan rakaman kamera litar tertutup di kondominium tersebut pada waktu kejadian.

Anwar, 63, dituduh meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful, 24, di sebuah kondominium di Bukit Damansara, Kuala Lumpur pada 26 Jun 2008.

Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan yang dibuat oleh Anwar agar pihak pendakwaan membekalkan beliau dokumen berkenaan tetapi keputusan itu dibatalkan oleh Mahkamah Rayuan selepas membenarkan rayuan pendakwaan.

Sebelum itu, Karpal Singh, peguam utama Anwar, memberitahu mahkamah bahawa beliau kesal semakan itu didengar sekarang kerana tambahan bukti itu yang diminta itu, boleh digunakan dalam perbicaraan Anwar sekarang.

Karpal mengadu bahawa pihak pembela masih belum menerima senarai nama saksi pendakwa dan ini dianggap sebagai "pelakuan tidak wajar" pihak pendakwa bagi memastikan perbicaraan yang adil.

Katanya, Anwar telah membawa tiga pakar luar dan mereka tidak dibenarkan untuk melihat bukti tersebut.

"Adakah ini adil?" soal Karpal.

Zulkefli kemudiannya bertanya sama ada panel tiga hakim itu boleh menyemak keputusan yang dibuat oleh panel hakim lain, yang sudahpun mendengar merit hujah-hujahnya.

Karpal berkata, mahkamah boleh menyemak keputusannya sendiri kerana dengan jelas telah berlaku ketidakadilan.

"Malah, perbicaraan telah bermula tetapi kami masih lagi belum memperolehi dokumen-dokumen berkenaan," katanya.

Kemudiannya, peguamcara negara 11, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden pula, dalam hujahnya berkata, mahkamah tidak mempunyai kuasa untuk menyemak keputusannya kerana penghakiman yang dibuat oleh Mahkamah Persekutuan adalah muktamad.

Katanya, sebarang percubaan sebaliknya merupakan satu pembaziran proses mahkamah./Malaysiakini

Dicatat oleh WFAUZDIN NS di 11:54 PTG Tiada ulasan:

TINDAKAN BIJAK MB KEDAH

Rombakan exco di Kedah
24 Feb 2010

Beberapa anggota Exco Kerajaan Negeri Kedah, mungkin digugurkan setelah dua tahun memegang jawatan berkenaan bagi memberi peluang kepada muka baru untuk menggalas tugas terbabit.

"Saya akan tengok kesesuaian untuk mencari yang terbaik, nak bagi orang lain pula cuba kemahiran masing-masing, tapi saya akan maklumkan kepada Tuanku Sultan terlebih dahulu," katanya Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak kepada pemberita di sini Rabu.

Beliau berkata istiadat mengangkat sumpah memegang jawatan dijangka diadakan minggu depan dan akan turut melibatkan beberapa perubahan daripada segi portfolio setiap anggota exco.

Mengenai kuota pelantikan exco, Azizan berkata ia mungkin dikekalkan iaitu tujuh daripada Pas dan selebihnya daripada Parti Keadilan Rakyat.

Beliau juga berkata kerajaan Kedah akan membina dua pintu air untuk dijadikan tempat takungan air bagi mengatasi masalah kekurangan bekalan air setiap kali tiba musim kemarau.

Pintu air itu akan dibina di Sungai Jeniang dan Sungai Muda di Pinang Tunggal dekat sini, bagi memudahkan air disedut serta disalirkan ke empangan walaupun paras air sungai surut akibat kemarau.

"Sekarang ini, masalah timbul apabila paip tak sampai nak sedut air sebab air sungai surut, (tapi) bila ada tempat takungan, musim kemarau pun ada air," kata Azizan.

Beliau berkata kerajaan juga mengenai pasti kebocoran paip sebagai satu lagi punca berlaku kekurangan bekalan air.

"Jadi kena ganti semula semua paip ini," katanya./KLpost
Dicatat oleh WFAUZDIN NS di 4:20 PG Tiada ulasan:

Isnin, 22 Februari 2010

SATU LAGI KES UMNO MENYUSAHKAN ORANG


Kontroversi: Ibubapa Pelajar UITM Jengka Rasa Terkilan, Arahan Kosongkan Bilik Menyusahkan Mereka Gara-Gara Konvensyen UMNO Pahang !!

BANDAR JENGKA, 22 Feb [8.00 am] - Ramai ibubapa pelajar Universiti Teknologi Mara (UITM) cawangan Pahang dekat sini kecewa dengan tindakan UMNO Pahang menganjurkan konvensyen parti itu di kampus IPT berkenaan. Menurut salah seorang ibubapa yang ditemui, mengatakan bahawa tindakan UMNO Pahang itu jelas sekali mencabuli peraturan yang dibuat oleh mereka sendiri. Malahan, tindakan tersebut juga telah menyusahkan para pelajar itu sendiri. "Bayangkan, kami terpaksa datang dari jauh untuk mengambil barangan anak kami untuk dibawa balik ke kampung kerana bilik mereka digunakan sebagai tempat tinggal sementara perwakilan UMNO Pahang" kata seorang bapa yang tidak mahu dikenali. Katanya, beliau telah dihubungi oleh anaknya yang menyuruh beliau datang ke kampus berkenaan untuk mengambil segala barangan untuk dibawa pulang ke kampung buat seketika. Ini kerana bilik mereka akan digunakan oleh perwakilan UMNO Pahang yang berkampung selama tiga hari disitu. Tindakan ini amatlah tidak wajar sama sekali. Tambahan pula para pelajar terbabit baru saja mendaftar masuk untuk belajar di universiti berkenaan kira-kira dua bulan yang lalu. Bayangkan ada ibubapa yang terpaksa datang dari luar Pahang, dalam jarak yang jauh semata-mata untuk tidak mengambil barangan harian anak-anak mereka di kampus itu.

[Menurut sumber, semua barangan pelajar UITM diminta tidak ditinggal didalam almari atau bilik masing-masing. Ini kerana, pihak pentadbiran kampus takut barangan tersebut diusik atau dicuri oleh para perwakilan UMNO Pahang. Jika ini berlaku ia akan lebih menyusahkan para pelajar. Lantaran itulah, langkah terbaik dengan mengarahkan mereka mengosongkan bilik berkenaan. Perkara ini tidak menjadi halangan bagi mereka yang tinggal berkeatan dengan kampus atau negeri Pahang sendiri. Bayangkan bagi ibubapa pelajar yang datang dari luar negeri Pahang. Bukankah ini amat menyusahkan mereka yang baru sebulan lebih menghantar anak-anak terbabit untuk belajar di kampus berkenaan].

Sumber: Pahang Daily
Dicatat oleh WFAUZDIN NS di 5:22 PG 1 ulasan:

Ahad, 21 Februari 2010

DUA EKOR DATO' DI BULI DI TV 9 ?

Hujah TV9 Isu P.Pinang

Tidakkah anda telah saksikan wakil UMNO memperbodohkan Diri Sendiri dan Turut Diketawakan Prof Agus…Yang Cukup menggelikan hati ialah apabila mereka berdua tidak mampu berkata apa-apa ketika Prof.Agus membacakan data-data yang sama sekali menyangkal tuduhan-tuduhan mereka terhadap KM P.Pinang Lim Guan Eng kononnya beliau bersikap perkauman dan tidak adil terhadap kaum Melayu Di P.Pinang.

Dr. Agus Sebagai Pengacara Rancangan Hujjah TV 9 Membela Kerajaan Pulau Pinang, menyangkal hujjah Dato’ Zainul Azman(Presiden Persatuan Anak Melayu Pulau Pinang) dan Dato’Jamilah Abu Bakar(Exco Wanita Umno)

Sumber: Sabahdaily.com

Dicatat oleh WFAUZDIN NS di 5:01 PG Tiada ulasan:

SAMBUTAN TAHUN BARU CINA DI SELANGOR MENGEJUTKAN PUSAT

20,000 Hadiri Sambutan Tahun Baru Cina Peringkat Negeri Selangor

Nur Diyana Nawar Ibrahim

Kira-kira 20,000 masyarakat tempatan pelbagai bangsa dan usia menghadiri sambutan Tahun Baru Cina peringkat Selangor di Tokong Dong Zen di Jenjarum, Banting, malam tadi.

Kaum Melayu dan India tidak ketinggalan meraikan sambutan kebudayaan masyarakat Tiong Hua itu dalam suasana majmuk dan harmoni.

Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim dan barisan Exco Selangor juga memeriahkan acara makanan tradisi 'Yee Sang' bersama pemimpin masyarakat tempatan.

Kehadiran pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR), PAS dan DAP, antaranya , Ahli Parlimen Batu, Tian Chua; Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Alam Shah, M Manoharan tambah menyerikan lagi majlis itu.

Sambutan itu anjuran Jawatankuasa Tetap Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar Selangor dan Tourism Selangor.

Khalid turut menyampaikan perutusan Tahun Baru Cina dan melawat ke sekitar kawasan Dong Zen, selain menyampaikan angpau kepada orang kurang upaya, anak yatim dan warga tua.

Dalam ucapannya, beliau berkata majlis berkenaan dianjur bertujuan mengeratkan hubungan masyarakat pelbagai kaum di negeri itu.

“Kita mahu semua rakyat di negeri ini mengenali lebih dekat budaya dan perayaan masyarakat Tionghua,” katanya.

Beliau menganggap majlis pada tahun ini lebih meriah kerana Tokong Dong Zen sedang menganjurkan Festival Bunga-bungaan dan Tanglung yang bermula sejak 12 Februari hingga 28 Februari.

Pengunjung juga dihidang dengan pelbagai acara menarik antara persembahan muzik gabungan 24 Gendang Tionghua, Tarian Singa, Magik Pertukaran Topeng Tionghua dan nyanyian artis Cina, kebudayaan Melayu dan lagu Hindustan./TVSelangor
Dicatat oleh WFAUZDIN NS di 2:01 PG Tiada ulasan:

Sabtu, 20 Februari 2010

DUIT RAKYAT UNTUK PEMUDA UMNO?

GERAK Minta Najib Perjelas Pemberian Dana RM 2 juta Kepada Pemuda UMNO

Perdana Menteri Najib Razak dilaporkan meluluskan peruntukan RM 2 juta untuk membiayai aktiviti Pergerakan Permuda Umno.

Menurut seorang exco pemuda yang enggan dikenali , wang itu adalah untuk program-program ‘jelajah satu malaysia’ untuk menyebarkan slogan-slogan anjuran Najib.

Peruntukan itu cukup besar itu untuk sebuah parti yang mempunyai tiga juta ahli dan bukan semuanya membayar yuran RM 2 setiap orang.

Setakat ini Umno mahupun sayap pemudanya tidak merasakan perlu untuk mengulas laporan laman Malaysian Insider ini.

Laporan ini menimbulkan pelbagai tanda tanya mengenai sumber kewangan Umno dan ketelusan parti itu mengenai urusan kewangannya.

Namun yang jelas Umno parti mewah dan banyak syarikat yang menjadi penderma secara sukarela atau sebaliknya.

Yang perlu dipastikan ialah dana RM 2 juta yang dilaporkan diberi kepada Pemuda Umno bukan wang rakyat yang diguna untuk agenda politik.

Wakil Gerakan Rakyat Integriti dan anti Korupsi (GERAK) Mohd Aizuddin Nur Zakaria berkata Umno seharusnya memberi penjelasan mengenai laporan Malaysia Insider ini.

"Sepatutnya diisytiharkan dari mana datangnya sumber wang tersebut. Jadi kalau Najib dengan dia punya orang kata, rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan, dengan KPI beliau sendiri, maksudnya tak tercapai lagilah KPI yang dilaung-laungkan itu" kata Aizuddin. /TVSelangor

Dicatat oleh WFAUZDIN NS di 2:01 PG Tiada ulasan:

Rabu, 17 Februari 2010

HAJI HADI TERJUN LAUT !!


Hadi terjun laut selamatkan mangsa lemas
Salhan K Ahmad
Feb 17, 10

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sedang memancing pada petang Ahad lalu di Pantai Rusila, Marang bersama dua orang anaknya apabila beliau mendengar jeritan meminta tolong.

Lantas, beliau bersama anaknya berusia 20-an itu, terjun ke laut untuk menyelamatkan seorang lelaki yang nyaris lemas ketika mandi di pantai berkenaan.

Ini diceritakan oleh Herman Shamsudeen, timbalan ketua pemuda PAS Wilayah Persekutuan, yang juga menulis mengenai perlakuan 'hero' Hadi di blognya.

Selain sedikit butiran umum mengenai kejadian tersebut, Herman turut memuatkan dua keping gambar yang dirakam oleh seorang individu pada masa itu.

NONE"Saya dapat gambar ini melalui seseorang melalui Facebook (foto). Itu memang gambar (Hadi), susah sikit untuk dikenali sebab dia tidak memakai serban," kata Herman ketika dihubungi.

Salah sebuah foto berkenaan menunjukkan seorang lelaki yang dikatakan sebagai Hadi -- berbaju kemeja-T, berkain pelikat sambil duduk berlunjur di atas pasir pantai.

Di sebelah 'Hadi' itu pula duduk seorang lagi lelaki yang dikatakan sebagai mangsa kejadian tersebut.

Herman bagaimanapun enggan mendedahkan nama individu yang menghantar gambar berkenaan kepadanya.

Menurut Herman lagi, Hadi, 63, ternyata masih "gagah" dan mampu bertindak pantas semasa menyelamatkan mangsa tersebut.

"Memang tidak disangka, seorang pemimpin yang punyai ramai pengikut sanggup terjun ke laut sendiri tanpa mengharapkan anak-anak buahnya mendahuluinya.

"Selalunya, orang-orang besar dan pemimpin utama akan suruh anak buah mereka terjun untuk selamatkan mangsa," kata Herman dalam tulisannya.

Dalam catatan tambahan dalam tulisan tersebut, beliau juga memohon maaf kerana menyiarkan dua keping foto tersebut.

"Tok Guru pasti marah kalau tahu ana siarkan gambar dan tulis macam nie. Ana minta maaf pada dia.

"Beliau tidak suka perkara ini dibesarkan, tapi itulah hakikat dirinya yang kita kena tahu. Semoga kita dapat mencontohi beliau," katanya./Malaysiakini
Dicatat oleh WFAUZDIN NS di 6:46 PTG Tiada ulasan:

PERBICARAAN ANWAR, NAJIB TERUS DITEKAN

AS Gesa Perbicaraan Anwar Dijalankan Secara Adil

Fazallah Pit

Kira-kira seminggu selepas lebih 50 Ahli Parlimen Australia membuat desakan supaya menggugur pertuduhan konspirasi kedua terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim, Pengerusi Jawatankuasa Hubungan Luar Senat Amerika Syarikat, John Kerry pula mahu perbicaraan itu dijalankan dengan adil dan saksama.

“Saya meminta kerajaan Malaysia, khususnya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak supaya memastikan perbicaraan yang adil dan saksama terhadap Anwar," katanya pada satu kenyataan media yang dikeluarkan Timbalan Setiausaha Media, Tomeika Bowden

Kerry berkata, Timbalan Perdana Menteri itu pernah menghadapi perbicaraan yang sama buat kali pertama kira-kira satu dekad lalu tetapi kes itu memihak kepada Anwar.

Katanya, pertuduhan berkenaan mirip kes yang dibawa lebih sedekad lalu dan hanya muncul kembali sebaik sahaja Ketua Umum Keadilan itu kembali ke Parlimen dan berperanan sebagai Ketua Pembangkang.

"Saya menggesa kerajaan Malaysia menyediakan perlindungan perundangan sewajarnya sebagaimana yang patut diperoleh rakyat mahupun Ahli Parlimen. Cara penyelesaian kes yang boleh membina kewibawaan sistem kehakiman Malaysia," katanya.

Minggu lalu, lebih 50 ahli Parlimen Australia termasuk wakil kerajaan dan pembangkang mendesaak kerajaan Malaysia menggugurkan tuduhan liwat terhadap Anwar Ibrahim./TVSelangor
Dicatat oleh WFAUZDIN NS di 5:51 PTG Tiada ulasan:

Selasa, 16 Februari 2010

USAH PUTAR BELIT LAGI YB ZUL, BERAMBUS JE CEPAT

Aku terbaca dalam Malaysiakini, YB Zul pelik mengapa tarikh beliau mengadap Lembaga Disiplin PKR bersamaan dengan tempoh beliau ke luar negara. Beliau juga hairan, kununnya ada beberapa pemimpin PKR tidak dipanggil oleh Lembaga Disiplin, itu mungkin kroni kata YB Zul lagi. Lebih melucukan, beliau mengaku tidak faham atau tidak tahu apa pendirian PKR terhadap isu kalimah Allah yang mana isu ini lah yang membuatkan beliau dihadapkan ke Lembaga Disiplin PKR.

YB Zul ini memang suka cari publisiti murahan, asalkan beliau dilihat seperti hero atau pejuang Melayu dan Islam. Beliau tidak kira media mana yang panggil beliau malahan beliau pun lebih suka mencari media haprak musuh Islam itu untuk suarakan perasaan bodohnya itu. Pelik juga, selaku MP dari PKR, beliau sendiri tidak tahu apakah pendirian PKR terhadap isu kalimah Allah ini. Sedangkan aku budak hulu kampung pun tahu dan entah berapa kali DS Anwar maklumkan bahawa pendirian PKR adalah selaras dengan pendirian dan pendapat dari Ulamak tersohor dunia Syeikh Yusof Qardhawi. Akhbar Keadilan dan harakah juga pernah siarkan pendapat serta pendirian PKR ini. Peliknya, YB Zul seorang loyar (peguam) tidak tahu? Apa beliau buat selama ini? Tu lah, asyik ke sana ke mari mencari salah PR je sehinggakan apa yang pimpinan PKR dan PR nyatakan beliau tidak mengetahuinya.

Senang cerita, YB Zul panggil semua media haprak yang beliau berkenan sangat tu, buat sidang media dan umumkan bahawa `saya akan keluar dari PKR kerana tidak lagi yakin dengan PKR untuk melaksanakan Islam, saya lebih yakin dengan Umno'. Atau pun, bagitahu dunia bahawa `saya akan keluar dari PKR dan tidak akan menyertai mana-mana parti politik kerana saya yakin jika berada di dalam Bebas, saya boleh mendirikan kerajaan Islam di mana saya lebih percaya kepada rakan Bebas saya iaitu Ibrahim Al-Kataki'.

Aduhh...lamanya aku nak menanti pengumuman YB Zul keluar dari PKR. Sebabnya ada kawan aku dah siap bernazar jika YB Zul keluar PKR dia nak botakkan kepala dan berpuasa 3 hari. Begitu besar harapan dia agar loyar buruk ini keluar cepat dari PKR. Dia ingat dia lebih Melayu dari Umno dan lebih Islam dari PAS? Sebenarnya, dia ni lebih belit dari ular !!
Dicatat oleh WFAUZDIN NS di 9:40 PTG 1 ulasan:

NIK AZIZ ULAS KES LIWAT DS ANWAR

Biar mahkamah tentukan

BACHOK - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kesal dengan sikap segelintir pihak yang terlebih dahulu menjatuhkan hukuman terhadap Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, kes liwat yang dihadapi Anwar masih dijalankan dan biar mahkamah menentukan sama ada Ketua Umum Pakatan Rakyat (PR) itu bersalah atau tidak.

“Anwar Ibrahim orang berilmu, cerdik tetapi dituduh dengan benda yang tidak diketahui lagi kebenarannya, dituduh secara besar-besaran. Dalam Islam, kalau benda boleh mengaibkan tak boleh didedahkan," katanya kepada media selepas merasmikan Pondok Ahmadiah Islamiah dan Sambutan Maulidur Rasul di Kampung Aman Luar, Kandis dekat sini, semalam.

Beliau mengulas pengiktirafan dunia barat terhadap Anwar yang diberi penghormatan menyampaikan ucaptama pada forum US-Islamic World di Doha baru-baru ini.

Pada 3 Februari lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memulakan perbicaraan kes Anwar yang dituduh meliwat pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan dan ditangguhkan sehingga 18 Februari ini.

Sementara itu, mengulas mengenai isu pembuangan bayi, Nik Abdul Aziz menyifatkan peningkatan kes itu sejak akhir-akhir ini berpunca daripada kejahilan individu yang tidak dapat membezakan antara dosa dan pahala.

“Buang bayi berpunca daripada manusia yang tidak tahu dosa pahala, bukan kerana ada atau tidak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), atau bukan juga kerana tidak ada rumah kebajikan. Ia berlaku akibat daripada perbuatan zina," katanya.

Menurutnya, mereka yang melakukan perbuatan membuang bayi seperti orang tua yang berfikiran seperti 'budak-budak yang tidak tahu apa-apa'.

“Orang yang macam ini macam binatang. Malah lebih teruk lagi daripada binatang,” katanya ketika mengulas kenyataan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang mengarahkan semua pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bersedia 24 jam untuk memberikan bantuan dalam usaha menangani kes pembuangan bayi./Sinar
Dicatat oleh WFAUZDIN NS di 6:40 PTG Tiada ulasan:

APABILA UMNO SUDAH GILA BERARAK.....

Harakahdaily
KUALA TERENGGANU, 16 Feb: “Tidak cukup dengan sambut maulud setahun sekali, berarak, angkat sepanduk, berselawat, dalam masa yang sama kita tengok di hadapan mata kita, hukum-hukum Islam, perintah Allah Taala tidak diamalkan,” kata Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Sehubungan itu, beliau mengajak umat Islam supaya memahami bahawa dibangkitkan Rasulullah s.a.w. untuk mengajar manusia supaya beramal dengan Islam.

“Marilah kita sedar dan faham perkara besar dengan bangkitnya Rasulullah s.a.w. mengajar manusia supaya beramal dengan Islam,” ujarnya ketika menyampaikan ceramah di pekarangan Surau Istiqamah, Padang Nenas, malam tadi.

Turut berucap pada majlis ceramah yang diadakan bersempena Nadwah Ulama PAS Terengganu itu ialah Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali dan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Abu Bakar Chik.

Katanya, berita kedatangan Rasulullah s.a.w. dibawa oleh Allah Taala melalui semua nabi dan rasul.

Jelasnya, Allah memerintahkan nabi-nabi dan rasul-rasul mengarahkan umat masing-masing supaya beriman, menolong dan berjuang bersama-sama dengan Rasulullah sekiranya sempat dengan baginda s.a.w. untuk memenangkan Islam.

“Menolong untuk memenangkan Islam, menang untuk apa, menang untuk memerintah, mendirikan kerajaan,” ujarnya yang menafsirkan ayat 81, surah Aali Imran berhubung perintah Allah tersebut.

Jelasnya, setelah dibangkitkan Nabi Muhammad s.a.w. menjadi rasul, maka Rasulullah mengajak kaum keluarganya dan mereka yang ditemui supaya mengucapkan dua kalimah syahadah di samping mengajak mereka mendirikan kerajaan yang beramal dengan hukum-hukum Allah sebagaimana yang diturunkan di dalam al-Quran.

Tambahnya, Nabi s.a.w. juga mengumpulkan para sahabat, orang-orang beriman selain mengajak ahli-ahli kitab Yahudi dan Kristian dan mengutuskan surat kepada raja-raja dalam dunia supaya menganut Islam dan menerima Islam sebagai agama yang memerintah dan berdaulat.

Justeru itu, tegasnya perjuangan itu tidak berhenti walaupun Rasulullah s.a.w. sudah wafat.

Maka, katanya, adalah tidak cukup dengan sekadar sambutan Maulidur Rasul setahun sekali dengan berarak, mengangkat sepanduk dan berselawat tetapi dalam masa yang sama tidak melaksanakan perintah Allah Taala.

Tambahnya, akibat tidak melaksanakan hukum-hukum Islam menyebabkan keadaan menjadi huru-hara dengan peningkatan jenayah seperti rompakan, kecurian, pembunuhan dan sebagainya.

Di samping itu, ujarnya, bencana semakin banyak berlaku kerana manusia meninggalkan perintah Allah supaya beramal dengan hukum-Nya dalam semua perkara.

“Marilah kita sedar dan faham perkara besar dengan bangkitnya Rasulullah s.a.w. mengajar manusia supaya beramal dengan Islam,” ujarnya.

Tambahnya lagi, para sahabat dibunuh dan dihalau dari kamung halaman kerana berjuang bersama-sama Rasulullah s.a.w untuk mendirikan kerajaan dan memerintah dengan syariat Allah./Harakahdaily

Dicatat oleh WFAUZDIN NS di 5:39 PTG Tiada ulasan:

PEMIMPIN ISLAM SENDIRI ANJUR SAMBUTAN TAHUN BARU CINA ?

Gambar ini sekadar hiasan...hehehe..

15 Februari 2010

Zambry sudah menggelabah, hina Bangsa Cina adakan sambutan Hari Raya Cina !

1 Rabiul Awal 1431H.

Saya sangat terkejut dengan tindakan MB mahkamah Perak yang mendahului zaman dengan mengadakan sambutan Hari Raya Cina di kediaman rasmi MB Perak di Ipoh kelmarin. Kononnya seperti yang dilaporkan oleh media sambutannya mendapat sambutan yang hangat dari pelbagai bangsa di perak.

Inilah sejarah baru dalam negara kita bila seorang pemimpin UMNO mengadakan rumah terbuka khususnya di kediaman rasmi bertaraf Menteri Besar di Perak. Sebelum ini kita dengar cerita kucing bertanduk dan ikan keli bersisik, sekali ini ianya berlaku di Perak dengan seorang yang mengaku Melayu mengadakan sambutan Hari raya Cina.

Nampak sungguh Zambry sangat menggelabah dan cuba menarik sokongan orang Cina demi mempertahankan kerajaan haram yang disahkan oleh mahkamah minggu lepas. Walaupun tidak menyalahi syariat namun ia telah melanggar adat susila yang selama ini kita amalkan. Nampak sangat "bodohnya".

Sebelum ini saya ada terdengar desas desus yang mengatakan Zambry akan mempergunakan HRC untuk menarik sokongan masyarakat Cina supaya kembali menyokong BN. Tidak terfikirlah sampai ketahap ini.

memang tidak masuk akal dan hanya dilakukan oleh orang yang tidak berakal bila mengadakan hari terbuka bangsa lain. Kalau hendak dikatakan menghina mungkin boleh tetapi yang pasti Zambry sudah melukai hati penulis dan saya kira inilah yang dirasakan oleh penyokong Pakatan Rakyat khususnya orang yang sebangsa dengan saya.

Sebenarnya sewajarnya rumah terbuka TBC hanya dianjurkan oleh pemimpin BN yang berbangsa Cina. Seperti yang akan dilakukan hari ini oleh ADUN Cenderiang, Dr. mah Han Soon ianya tepat dan sebenarnya Zambry kalaulah dia cerdik hanya mempergunakan sambutan HRC anjuran MCA itu untuk kepentingan politiknya dan BN.

Itulah kebiasaan yang dilakukan oleh semua pemimpin UMNO selama 50 tahun lebih dan tradisi ini telah dicabuli oleh MB kerajaan BN Haram di Perak. Bertambahlah koleksi pelanggaran sekali ini pelanggaran amalan budaya dan adat resam.
Sumber: Idhamlim.blogspot
Dicatat oleh WFAUZDIN NS di 1:28 PG Tiada ulasan:

Isnin, 15 Februari 2010

TUAN IBRAHIM TUAN MAN TETAP PERTAHAN MUSTAFA ALI

Tindakan persoal kedudukan Setiausaha Agung Pas tidak berasas

SHAH ALAM - Segala urusan pentadbiran adalah melalui Setiausaha Agung sebagaimana prosedur yang telah ditetapkan semenjak Pas ditubuhkan pada 1951, kata Naib Presiden Pas, Tuan Ibrahim Tuan Man.

Menurutnya, tindakan Exco Pemuda Pas Pusat, Abdullah Karim mempersoalkan kedudukan Setiausaha Agung Datuk Mustafa Ali yang mengelolakan aduan sehingga Jawatankuasa Disiplin dilihat hanya menerima arahan Mustafa tidak berasas.

“Prosedur tersebut sudah wujud daripada dahulu lagi, ia bukan suatu yang pelik dan tidak timbul soal itu,” katanya.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatan Disiplin berkata, dalam siasatan setiap aduan yang diterima, tidak wujud istilah berat sebelah.

“Setiap aduan yang diterima akan disiasat, namun jika tiada bukti, aduan tersebut ‘dilepaskan’, dan aduan beliau (beliau) juga sebenarnya disiasat,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Tuan Ibrahim berkata, adalah lebih baik sekiranya Abdullah menumpukan perhatian untuk memperkasakan parti daripada menghentam Jawatankuasa Disiplin.

Bagaimanapun Tuan Ibrahim enggan mengulas lanjut ketika diminta mengulas mengenai tindakan Abdullah sanggup bersumpah dengan nama Allah bahawa kenyataan beliau di dalam blognya yang mengatakan aduan Abdullah berhubung penglibatan ahli Pas dalam ‘konspirasi menjatuhkan pakatan pembangkang’ tidak benar.

Ditanya adakah Abdullah juga bakal menerima nasib seperti Khalid Samad dan Datuk Hasan Ali yang disiasat kerana membuat kenyataan terbuka, Tuan Ibrahim berkata: “Kita tidak boleh sewenangnya mengambil tindakan ke atas mana-mana individu melainkan ada aduan oleh Jawatankuasa Pusat melalui Setiausaha Agung diterima oleh Jawatankuasa Disiplin.”

Terdahulu, portal berita melaporkan Abdullah yang sebelum ini mengecam Tuan Ibrahim dalam isu jawatankuasa disiplin kini bersumpah dengan nama Allah bagi mempertahankan hujahnya.

Abdullah yang juga Ketua Pemuda Pas Pahang mempersoalkan kedudukan Setiausaha Agung Pas Datuk Mustafa Ali yang mengelolakan aduan kepada jawatankuasa disiplin kerana ia dilihat memberikan kuasa yang cukup besar kepadanya seolah-olah jawatankuasa itu hanya menerima arahan dari Setiausaha Agung.

Abdullah dalam aduan sebelum ini mendakwa jawatankuasa disiplin Pas berat sebelah apabila memejamkan mata terhadap aduan tertentu, termasuk yang dilaporkannya kepada pejabat agungnya./Sinar
Dicatat oleh WFAUZDIN NS di 4:14 PG Tiada ulasan:

Ahad, 14 Februari 2010

RM 2 JUTA PUNYA PASAL, SANGGUP JADI KATAK ?


Guan Eng tetap dakwa tender syarikat RM2 punca Zahrain keluar PKR

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng tetap mendakwa punca Ahli Parlimen PKR Bayan Baru ,Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim keluar daripada parti itu Jumaat kerana gagal mendapatkan kelulusan tender bernilai RM40 juta untuk mengurus projek Bukit Jambul Golf Resort pada sebuah syarikat RM2.

"Saya rasa Zahrain masih lagi geram kerana saya tidak luluskan tender tersebut pada syarikat dua ringgit itu dan punca beliau keluar parti dengan mengatakan saya seorang diktator," katanya.

Menurut Guan Eng beliau tidak meluluskan tender tersebut kerana syarikat yang disokong kuat oleh Zahrain baru sahaja ditubuhkan dua bulan sebelum tender projek dikeluarkan iaitu pada akhir September 2008.

"Saya rasa punca utama beliau letak jawatan ialah gagal dapat projek itu. Adakah saya diktator jika saya tidak beri kelulusan tender berjuta-juta itu kepada syarikat 'dua ringgit' itu?," katanya kepada wartawan di Pulau Pinang Sabtu sebagai mengulas tindakan Zahrain.

Serentak dengan itu beliau mempersoalkan kenapa Zahrain tidak letak jawatan lagi sebagai Pengerusi dan anggota lembaga pengarah Island Golf Properties Sdn Bhd sedangkan jawatan itu dilantik oleh kepimpinan parti dalam pakatan pembangkang.-13/2/2010/Agendadaily

Dicatat oleh WFAUZDIN NS di 2:29 PG Tiada ulasan:

Sabtu, 13 Februari 2010

Hanipa Maidin Sertai Pasukan Peguam Anwar

Penasihat Undang-undang PAS, Hanipa Maidin menyertai pasukan peguam Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam membantu mengendalikan kes konspirasi kedua.
Selain Karpal Singh sebagai peguam utama, Anwar diwakili Datuk Param Cumaraswamy, Datuk CV Prabakharan, Ram Karpal Singh Deo, Sankara Nair, Mohd Radzlan Jalaludin dan Marisa Regina Fernando.

Hanipa mengesahkan pelantikannya ketika dihubungi Malaysian Insider.

“Secara rasmi, saya memulakan penyertaan (dalam pasukan Anwar) semalam. Saya hanya akan memainkan peranan macam biasa, macam peguam-peguam lain... Sumbangan saya sebagai peguam sahaja,” kata Hanipa.

Selain kes di mahkamah sivil, Anwar juga ada memfailkan tuntutan qazaf di Mahkamah Syariah.

“Setakat ini, saya hanya akan terlibat dalam kes sivil,” kata Hanipa yang mempunyai kepakaran kedua-dua bidang syariah dan sivil.

Perbicaraan kes liwat Anwar ini, yang kedua sejak 1998, bermula 3 Feb lalu di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur./TVSelangor
Dicatat oleh WFAUZDIN NS di 1:53 PTG Tiada ulasan:

Perbicaraan Anwar 'tidak adil' Mengikut Standard Antarabangsa

Perbicaraan Anwar 'tidak adil'
Feb 12, 10 7:33pm

Bekas pelapor khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Datuk Param Cumaraswam berkata, mengikut standard antarabangsa, perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah yang paling tidak adil.

Param (kanan) yang juga salah seorang peguam Anwar berkata, keengganan pihak pendakwaraya untuk memberi senarai saksi dan bukti kepada mereka, amat sangat dikesali.

"Ianya bercanggah dengan prinsip yang terima dalam keadilan sejagat," katanya.Param berkata, taktik yang digunakan oleh pihak pendakwaraya itu, dalam perbicaraan kes ini, harus dihentikan.

Karpal Singh, seorang lagi peguam Anwar, bersetuju bahawa perjalanan perbicaraan kes liwat Anwar adalah tidak adil kerana walaupun sudah seminggu berlalu, pihak peguambela masih belum memperolehi senarai saksi.

"Mengapa pendakwaraya merahsiakan senarai saksi? Pihak peguambela perlu tahu siapakah saksi-saksi.

"Sepanjang 40 tahun menjadi peguam, ini adalah kali pertama di mana senarai (saksi) tidak diberikan oleh pihak pendakwaraya," kata Karpal (kiri).

Seorang lagi peguam, Sankara Nair berkata dokumen-dokumen harus disediakan awal bagi mengelakkan penangguhan untuk pihak peguambela mendapatkan pandangan pakar.

"Sehingga hari ini, kami dihalang memperolehi lebih banyak bukti walaupun hakim (Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah), telah mengarahkan pihak pendakwa berbuat demikian," katanya.

Pada 16 Julai lalu, Hakim Mohamad Zabidin mengarahkan pendakwaraya menyerahkan kepada pihak peguambela, senarai saksi, bukti, rakaman CCTV dan laporan perubatan berhubung kes tersebut.

Bagaimanapun, keputusan itu dibatalkan selepas pihak pendakwaraya mengemukakan rayuan. Selepas itu, Mahkamah Persekutuan juga menolak rayuan Anwar./Malaysiakini
Dicatat oleh WFAUZDIN NS di 1:41 PTG Tiada ulasan:

Jumaat, 12 Februari 2010

`KATAK EMAS' KETUA PERHIMPUNAN SERAH MEMO BODOH

Si Katak Emas Berahim Ali, yang juga Presiden Perkasa (Perkasam?) dilaporkan mengumpulkan segala orang-orang yang tidak cerdik untuk bersamanya menyerahkan memorandum kepada MB Selangor di hadapan bangunan Pejabat SUK Selangor hari ini. Memorandum itu bukan untuk melaporkan kehilangan injin, rasuah pimpinan Umno, royalti minyak di Kelantan, pembunuhan Altantuya, kapal selam yang tidak boleh menyelam, rahsia keselamatan yang bocor, perbelanjaan rakus oleh Adun Umno Selangor, rasuah Khir Toyo, mahu pun tentang YBK yang tidak bayar cukai tanah, tetapi memorandum itu adalah untuk bantah tindakan kerajaan Selangor ke atas YBK.

Katak Emas Berahim Ali rakyat Kelantan yang kini telah dibuli dengan wang ihsan oleh kerajaan pusat. Beliau tidak peduli itu semua, sebab itu beliau ambil tahu tentang YBK yang tidak membayar cukai itu. Beliau bercadang bawa kes royalti ke mahkamah kerana beliau arif tentang mahkamah di Malaysia ini. Mengapa beliau tidak bawa ke mahkamah tentang YBK yang tidak bayar cukai tanah itu? Kita tahu kenapa kerana itu adalah stail Si Katak Emas berjuang.

Apa yang penting, hari ini SPRM telah mengistiharkan MB Selangor bersih dari amalan rasuah. Isu YBK juga dikatakan telah dilaporkan kepada SPRM, dan lihatlah nanti apa keputusan mahkamah. Rakyat Selangor tidak akan menjual YBK kepada mereka yang rakus ini. Pengerusi YBK sendiri terbukti rakus ketika menjadi Adun Selangor dengan berbelanja melebihi peruntukan. Orang seperti ini diharapkan untuk menjaga YBK?

Biarlah mereka berhimpun 24 jam di Selangor, di Penang atau di mana-mana sahaja negeri di bawah PR. Kita teruskan dengan tugas kita membela rakyat dan usah peduli dengan orang-orang yang tidak cerdik ini. Biarkan katak emas terus berada di bawah tempurungnya.
Dicatat oleh WFAUZDIN NS di 7:20 PTG Tiada ulasan:

Bebas dari galas biawak hidup’ – PKR P Pinang

‘
Mohd Sabri Said
PULAU PINANG, 12 Feb: Parti Keadilan Rakyat (PKR) Negeri Pulau Pinang ibarat terlepas daripada 'menggalas biawak hidup' ekoran tindakan bekas pengerusi perhubungan negeri merangkap Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Hashim mengisytiharkan keluar parti pagi tadi.

Setiausaha PKR negeri, Senator Mustaffa Kamal Mohd Yusoff ketika dihubungi sebentar tadi beranggapan Zahrain bermasalah jika masih menjadi ahli parti kerana terus mengancam dari dalam.

Tambahnya, PKR negeri sama sekali tidak merasakan kehilangan 'sebutir permata' berikutan tindakan Zahrain mengisytiharkan sebagai anggota Parlimen Bebas.

"Keadilan Negeri Pulau Pinang tidak langsung kehilangan sebutir mutiara yang bersinar walaupun beliau pernah menerajui kepimpinan PKR apabila diberikan kepercayaan memimpin oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim setelah bebas dari penjara dulunya," tegas beliau.

Apa pun, katanya Zahrain bukan seorang pejuang tulen yang sanggup berhadapan dengan pahit maung pada era reformasi sebaliknya diambil sewaktu PKR sudah meningkat atau kata lain di waktu Anwar telah dibebaskan.

Waktu itu, ujarnya ramai kenalan Anwar berduyun-duyun menghampirinya di samping melobi untuk menghulurkan tangan membantu memperkasakan perjuangan sedangkan pada awalnya golongan terbabit tidak nampak muka.

Beliau juga hairan melihat sikap Zahrain pada tahun 2010 yang sepatutnya bekerja keras membantu PKR Pusat ataupun negeri walaupun sudah tidak memegang apa-apa jawatan di peringkat negeri.

"Saya rasa bangga dengan ucapanya sewaktu peralihan kuasa kepada Dr Mansor di Yayasan Aman, Penanti di mana beliau berkata walaupun tiada apa-apa jawatan di peringkat negeri tetapi atas dasar perjuangan beliau tetap berdiri di belakang Dr Mansor, " jelasnya.

Rupa-rupanya, kata Mustaffa Kamal apa yang dikatakan tidak menjadi kenyataan kerana Zahrain tewas di tengah jalan perjuangan./Harakahdaily

Dicatat oleh WFAUZDIN NS di 4:49 PTG Tiada ulasan:

ZAHRAIN KELUAR PKR, KHIANATI PENGUNDI - ANWAR

Anwar Kecewa Zahrain Tidak Bentang Masalah Ke Parti.

Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim kecewa dengan tindakan Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Hashim yang tidak membawa masalah yang dihadapinya ke pengetahuan parti.

“Sebagai rakan satu parti dan kawan, saya kecewa kerana beliau tidak pernah membawa perkara ini ke peringkat parti, kecuali perselisihan peribadinya dengan Lim Guan Eng.

“Saya kecewa kerana janji yang kita buat kepada penduduk kawasan Bayan Baru... mereka memberikan kita mandat, mereka berkorban untuk memilih beliau (Zahrain) sebagai jurucakap Pakatan Rakyat, bukannya wakil bebas ataupun jurucakap mesra Barisan (Nasional),” katanya kepada wartawan di pekarangan Mahkamah Rayuan.

Beliau mengulas tindakan Zahrain keluar PKR walaupun tetap tidak menyokong Barisan Nasional (BN)./TVSelangor
Dicatat oleh WFAUZDIN NS di 4:21 PTG Tiada ulasan:

Khamis, 11 Februari 2010

ANWAR, NIZAR GEMPUR UMNO MALAM INI

Oleh: WFAUZDIN NS

IBARAT harimau terluka, kedua-dua pemimpin PR yang telah dizalimi ini akan meneruskan perjuangan mereka tanpa mengenal erti tewas dan gentar. DS Anwar kini di dalam proses untuk membersihkan namanya dari terus menjadi mangsa konspirasi politik musuh ketatnya, manakala DS Nizar pula yang baru dirampas kerusinya secara tidak berdemokrasi akan terus mempertahankan haknya. Inilah dua tokoh pemimpin yang tidak pernah serik untuk memberitahu rakyat betapa negara ini sedang menghadapi kehancuran akibat mainan politik yang jahat dan rakus.

Malam ini, bertempat di Dewan Kompleks Sri Siantan, Jalan Sungai Tua, Batu Cave, Selangor mulai jam 9 mlm, kedua-dua pemimpin ini akan mendedahkan berbagai kemungkaran dan kezaliman Umno/Bn. Sudah pastinya rakyat akan menantikan apakah reaksi kedua-dua pemimpin ini setelah keduanya merasai kesan kezaliman ke atas diri mereka. DS Anwar dikatakan telah mula kekurangan sokongan puak reformasi apabila melihat kekurangan golongan ini ke mahkamah beberapa hari lalu. Benarkah begitu? Jika benar, apa perlunya amaran demi amaran dibuat oleh pihak berkuasa untuk mencegah penyokong-penyokong DS Anwar berhimpun secara aman di mahkamah? Baru-baru ini ceramah DS Anwar dihalang oleh mereka, kerana apa? Takut kepada pemimpin yang dikatakan kehilangan penyokong inikah?

Us Azizan pemimpin dari PAS Kedah pula mahu rakyat Perak menerima secara terbuka keputusan mahkamah ke atas DS Nizar. Mursyidul Am PAS pula mahukan rakyat Perak sekurang-kurangnya `benci' kepada keputusan itu dan kerajaan haram yang dilantik itu. Bagaimana pula pendirian kita? Justeru itu, marilah kita bersama-sama mendengar sendiri dari mulut pemimpin yang telah menjadi mangsa kezaliman ini.

Selain dari DS Anwar dan DS Nizar, ceramah pada malam ini juga akan dipanaskan suasananya dengan pidato YB Azmin Ali. Apakah isu di Selangor atau pendedahan penglibatan Pemuda Umno di dalam isu pembakaran gereja seperti yang didakwa oleh YB Azmin turut akan didedahkan? Sama-sama kita saksikan malam nanti.

Harapan kita, kezaliman tidak berterusan lagi malam ini. Jangan lagi ada sekatan untuk merealisasikan demokrasi di negara ini. PR telah diasuh untuk tidak menjadikan negara ini huru-hara dan kacau bilau. Oleh itu, jangan khuatir kepada perhimpunan ceramah malam ini. Kepada pihak berkuasa, utamakan lah tugas kamu membenteras jenayah yang semakin menular sekarang ini dari kamu terus mengawasi kami yang tidak pernah terbukti melakukan huru-hara./Kembali ke laman asal di sini.
Dicatat oleh WFAUZDIN NS di 6:42 PTG Tiada ulasan:

Statistik - 80.8% rakyat Kelantan tolak wang ehsan


Nazri Abdullah

KOTA BHARU, 11 Feb: Majoriti rakyat Kelantan menolak pemberian wang ehsan oleh kerajaan Pusat bagi menggantikan bayaran royalti petroleum terhadap negeri itu.

Dalam satu kaji selidik yang dibuat Pusat Kajian Strategik (PKS) Kelantan berhubung tuntutan royalti negeri itu, 80.8 peratus atau 5,721 dari 7,077 responden tidak bersetuju menerima wang ehsan berbanding royalti.

Manakala 1,023 atau 15.5 peratus sahaja bersetuju dengan tindakan kerajaan pusat tersebut.

Berhubung tindakan kerajaan negeri menuntut royalti pula, 95.1 peratus dari jumlah keseluruhan responden menyokong tindakan kerajaan negeri dan hanya dua peratus tidak bersetuju manakala 2.8 peratus lagi memberikan jawapan tidak pasti.

Sekiranya, tuntutan royalti tidak mampu diselesaikan melalui meja rundingan, 83.2 peratus atau 5,886 dari responden bersetuju tuntutan tersebut dipanjangkan ke mahkamah.

Ketua Pegawai Penyelidik PKS, Zainal Abidin Hussin ketika merumuskan hasil kajian itu berkata, rakyat Kelantan sememangnya menyokong dan bersama kerajaan negeri dalam menuntut hak royalti tersebut.

"Rakyat Kelantan bersama kerajaan negeri dalam usaha menuntut hak royalti seperti termaktub dalam Akta Pembangunan Petroleum (1974).

"Ini juga satu referendum rakyat negeri dan mereka menolak kaedah kerajaan pusat yang menukar royalti kepada wang ehsan," katanya.

Kaji selidik tersebut dibuat merangkumi sepuluh jajahan iaitu Kota Bharu, Bachok, Pasir Mas, Tumpat, Tanah Merah, Jeli, Machang, Pasir Puteh, Kuala Krai dan Gua Musang.

Responden pula adalah berumur 21 tahun ke atas mewakili pelbagai latar belakang kerjaya termasuk kakitangan kerajaan pusat, kerajaan negeri, swasta dan bekerja sendiri.

Kerajaan pusat sebelum ini mengumumkan akan memberi wang ehsan RM20 juta kepada Kelantan berbanding RM 2 bilion royalti yang dituntut kerajaan negeri itu./Harakahdaily

Dicatat oleh WFAUZDIN NS di 2:46 PTG Tiada ulasan:

KES RACUN ARSENIK DS ANWAR DITUTUP

Dzulfikar Mashoor
KUALA LUMPUR, 11 Feb: Hakim Mahkamah Majistret, Hafizah Saun tengah hari ini memutuskan bahawa kes ‘arsenik Anwar’ yang membabitkan 30 orang kena tuduh (OKT) pada 11 tahun lalu ditutup.

Menurutnya, mahkamah menganggap sedemikian kerana pasukan pendakwaraya gagal mengemukakan saksi utama, Pengarah Siasatan Jenayah Polis Bukit Aman, Datuk Bakri Zenin di kandang pedakwaan.

Pun begitu, Hafizah menganggap kes itu tetap prima facie selepas mendengar kesaksian daripada 19 saksi yang lain.

Mereka yang memberi keterangan tersebut terdiri daripada jurukamera, pegawai polis yang melakukan penangkapan serta orang awam yang menyaksikan penangkapan kesemua OKT tersebut.

Dr Mohd Hatta Md Ramli, salah seorang OKT merakamkan syukur kepada Allah kerana membebaskan beliau bersama-sama 26 yang lain daripada perdakwaan tersebut.

Ketika menghubungi Harakahdaily tengah hari tadi, beliau mengganggap pembebasan kesemua OKT daripada dakwaan menyertai perhimpunan haram 'arsenik Anwar' itu sebagai suatu kemenangan buat rakyat, termasuk dua orang tertuduh, Omar Tan dan Mohamad Zaidi Mat Amin yang telah pun meninggal dunia beberapa tahun lalu.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kuala Krai turut merakamkan penghargaan kepada kesemua anggota pasukan peguambela kerana bersabar dan tekun untuk menyelesaikan kes tersebut sejak 11 tahun lalu./Harakahdaily

Dicatat oleh WFAUZDIN NS di 1:08 PTG Tiada ulasan:

Anwar: Bukti Kukuh Hakim Berat Sebelah

Hakim Mohamad Zabidin Diah akan mengumumkan apakah beliau akan menarik diri dari perbicaraan konspirasi dua Anwar Ibrahim apabila mahkamah bersidang semula 18 Februari depan.

Ketua pasukan peguambela Karpal Singh dalam penghujahannya berkata Hakim Zabidin Diah tidak mempunyai pilihan lain melainkan mengundur diri kerana telah 'menipu' semasa menolak permohonan kliennya meminta mahkamah memberi amaran kepada Utusan Malaysia.

Ditemui di perkarangan mahkamah, Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat berkata pihak pembelaan mempunyai justifikasi kukuh untuk mencurigai Hakim Zabidin.

“Permohonan menukarkan hakim itu dari kami kerana kami kemukakan bukti yang nyata dan sahih beberapa keputusan yang dibuat untuk melindungi media yang jelas memfitnah dan menipu berulang kali dan keengganan berbuat apa-apa menyebabkan kami curiga sama ada hakim akan bersikap adil ataupun tidak,”katanya di pekarangan Kompleks Mahkamah Jalan Duta.

Pasukan peguambela, diketuai Singa Bukit Gelugor, Karpal Singh, dalam penghujahannya berkata Hakim Zabidin Diah gagal menguruskan kes ini secara objektif dan saksama.

Mereka menggesa mahkamah memberi amaran kepada Utusan Malaysia yang menyiarkan dua laporan berniat jahat terhadap Anwar pada 4 Februari lalu. Karpal sekali lagi membuat gesaan yang sama keesokan harinya selepas akhbar pro-pemerintah itu menyiarkan gambar sebuah katil dengan kapsyen mendakwa kejadian liwat itu berlaku di atas katil tersebut.

“Berkaitan dengan 2 laporan dalam Utusan Malaysia, dimana saya menyatakan hakim seperti bohong. Aapabila dia menyatakan apa yang berlaku mengenai Saiful menunjukkan katil dalam bilik itu bukan dalam mahkamah terbuka, hakim ada menyatakan itu dalam mahkamah terbuka dan oleh itu tidak ada apa-apa kesalahan oleh Utusan Malaysia tetapi itu tidak berlaku dalam mahkamah terbuka.

“Oleh itu, apa yang jadi kepsyen kepada gambar di mana Saiful menunjukkan katil, itu bermakna hakim tidak menyatakan apa yang benar, dan oleh itu, ia mencukupi untuk dia menarik diri sebagai hakim,”katanya.-YUSMAWATI MHD YUSOF/TVSelangor
Dicatat oleh WFAUZDIN NS di 10:55 PG Tiada ulasan:

Laporan Polis Saiful Aneh, Ragu

Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim meragui adanya ancaman bunuh seperti yang didakwa Saiful Bukhari Azlan.

Beliau bagaimanapun menyerahkan kepada polis untuk menyiasat dan menggesa satu siasatan turut dibuat terhadap sumber Saiful.

“Cuma yang meragukan itu ialah kerana Facebook saya, blog dengan fanpage itu dah lebih 60 ribu, jadi kalau begitu ada seorang buat catatan, dalam masa singkat hilang nama dia dan dalam masa singkat itu dia boleh email kepada Saiful, patut teliti siapa yang email,"katanya di perkarangan Kompleks Mahkamah Jalan Duta hari ini.

Saiful mendakwa beliau dimaklumkan ugutan ini melalui sumber yang tidak mahu dinamakan. Beliau kemudiannya memfailkan satu laporan polis di Balai Polis Sentul.

Saiful, yang bimbangkan keselamatannya menyeru orang-ramai agar tidak terlalu obses dengan perbicaraan ini dan berkata sejak dua hari lalu rumahnya diserang buah busuk yang beliau percayai perbuatan sihir.

“Perlu disiasat apa mainan atau hendak cari perhatian ke saya tidak tahu, tapi aneh sebab selalu fans page saya ramai dan kekal tapi teserah pada siasatan. Saya minta pegawai semak dan memang betul, masuk sekejap bagi komen dan kemudian hilang,”katanya.-YUSMAWATI MHD YUSOF/TVSelangor


Dicatat oleh WFAUZDIN NS di 10:46 PG Tiada ulasan:

UNDIAN AKHBAR SINAR - 94 % TIDAK SETUJU KEPUTUSAN MAHKAMAH BERKAITAN MB PERAK

Keputusan Mahkamah Persekutuan isytihar Datuk Seri Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar Perak yang sah diterima semua pihak
Setuju
6%
Tidak setuju
94%
Jum. Undian : 6039

Sumber: Sinar Harian
Dicatat oleh WFAUZDIN NS di 10:16 PG Tiada ulasan:

TINDAKAN TEGAS PADA YB ZUL, ANWAR TIADA MASALAH PAS BERBINCANG DENGAN UMNO

Anwar: Zulkifli akan dikenakan tindakan tegas

Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan mengenakan tindakan tegas terhadap Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Zulkifli Nordin berikutan kenyataan yang dikeluarkannya bertentangan dengan prinsip parti dan dasar Pakatan Rakyat (PR).

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwear Ibrahim berkata, prinsip parti jelas bahawa hanya ahli yang mempersetujui dasar parti kekal dalam PKR.

“Itu dalam proses mesyuarat jawatankuasa disiplin dan kita akan tegas. Tidak mahu orang cari alasan untuk apa-apa, kita ikut prinsip saudara setuju pada dasar saudara kekal, tidak setuju tidak ada pilihan,’katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai kenyataan Zulkifli bahawa DAP tidak diperlukan dalam PR yang dianggap sebagai punca utama masalah dalaman yang melanda pembangkang.

Anwar dengan tegas menyifatkan kenyataan itu sebagai pendapat peribadi Zulkifli yang dimanipulasi media Umno untuk memecahbelahkan oarang Melayu dan Cina.

“Itu pendapat peribadi dia yang bertentangan dengan pendirian pimpinan dan dasar Pakatan Rakyat serta Keadilan. Dalam konvensyen baru-baru ini PR telah memutuskan untuk menerima tiga-tiga parti induk PKR, Pas dan Dap menerima beberapa prinsip asas perlembagaan, nbaik bahasa, hak istimewa orang Melayu, agama Islam dan kedudukan Raja-raja.

“Tapi dipermainkan media Umno untuk memecahbelahkan diantara Melayu dan Cina dan ini diteruskan. Media Umno memperbesarkan seolah-olah DAP menetang hak ke istimewaan orang Melayu. Ia tidak berbangkit kerana pimpinan DAP, Keadilan dan Pas telah menandatangani bersama,”katanya.

Dalam pada itu, Anwar berkata beliau tidak menghalang sekiranya Pas ingin mengadakan perbincangan dengan Umno dan Pakatan Rakyat sedia maklum mengenai perkara itu.

Katanya, bagaimanapun Pas tidak berganjak dengan pendirian bersama Pakatan Rakyat untuk menengakkan prinsip mereka.

Terdahulu Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat melahirkan hasrat untuk melihat Umno dan Pars duduk semeja membincangkan isu berkaitan agama Islam.-YUSMAWATI MHD YUSOF (TVS)

Dicatat oleh WFAUZDIN NS di 9:28 PG Tiada ulasan:

Rabu, 10 Februari 2010

Ezam akhirnya kantoi - penipu dan penakut hadir ke mahkamah

Dua hari berturut-turut Ezam yang kononnya dianggap panglima (sebenarnya anjing kurap) oleh umno gagal hadir ke Mahkamah untuk dibicarakan kes isu arsenik.

Ezam sebenarnya tidak berani berdepan dengan reformis-reformis lain yang turut hadir ke mahkamah atas kes yang sama.

Peguamnya memberitahu bahawa Ezam kini berada di Jakarta sebab itu beliau tidak dapat hadir ke mahkamah.

Allah itu Maha Besar.... Maklumat yang saya baru terima, Ezam akhirnya kantoi sebab beliau ditemui sedang makan bersama Anuar Shaari di Restoran O'brien di pusat beli belah The Curve Damansara.

Jelas bahawa Ezam berbohong dan penipu serta takut serta malu untuk berdepan dengan reformis. "kusangkakan ayam sabung..rupanya ayam piru"...

Mahkamah sepatutnya keluar waran tangkap kepada Ezam kerana gagal hadir ke mahkamah.

Sumber: Rakyat Marhaen

Dicatat oleh WFAUZDIN NS di 3:56 PG Tiada ulasan:

Selasa, 9 Februari 2010

RAKYAT TETAP ANGGAP ZAMBRY MB TIDAK SAH - ANWAR

Dzulfikar Mashoor
KUALA LUMPUR, 9 Feb: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berpendapat rakyat lebih layak membuat keputusan sama ada memilih Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin atau Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar Perak melalui pilihan raya kecil peringkat negeri.

“Keputusannya adalah keputusan rakyat dan ini adalah isu demokrasi, suatu kepentingan politik, siapa sebenarnya yang mendapat mandat dan sokongan rakyat,” ujarnya di lobi Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, petang ini.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh berkata, walaupun Zambry berjaya diputuskan sebagai menteri besar melalui mahkamah, namun keputusan tersebut bukan mewakili rakyat.

“Saya percaya Zambry dan Umno/BN sendiri tidak bersedia berdepan dengan rakyat melalui pilihan raya, mereka lemah dan longlai untuk berdepan dengan kita.

“Maka Umno tidak boleh berselindung di sebalik apa-apa, termasuk mahkamah selama-lamanya, kecuali perlu kembali diputuskan oleh rakyat (melalui) pilihan raya,” jelasnya.

Beliau yang juga Ketua Umum PKR tidak terkejut dengan keputusan Mahkamah Persekutuan menolak permohonan rayuan Nizar.

“Sebenarnya saya tidak terkejut dengan keputusan awal Mahkamah Persekutuan, tetapi sepertimana kita faham Pakatan Rakyat Perak dan Kebangsaan menyatakan,” jelasnya.

Beliau juga menyeru semua kepemimpinan Pakatan Rakyat supaya bersikap bijaksana dan rasional meneruskan persiapan menghadapi pilihan raya peringkat negeri Perak yang dijangka diadakan bila-bila masa.

Tambahnya lagi, dijangkakan persiapan tersebut turut diperlukan untuk menangkis serangan-serangan media propaganda yang dimiliki oleh Umno.

“Selain memperkuatkan parti dan jentera Pakatan Rakyat menghadapi pilihan raya kecil pada bila-bila masa, tidak mustahil kita terpaksa menghadapi serangan bertubi-tubi dari media-media Umno selepas ini,” katanya.

Pengerusi DAP Kebangsaan, Karpal Singh berkata, rakyat lebih layak membuat keputusan memilih Menteri Besar Perak yang baru.

“Keputusan ‘Mahkamah Rakyat’ lebih layak buat keputusan berhubung Menteri Besar Perak yang sah, mahkamah hanya terdiri lima Hakim sahaja, mahkamah rakyat lebih dari itu,” jelasnya.

Seperti kenyataan Nizar tengah hari tadi, beliau turut mencabar Zambry membubarkan Dun demi membenarkan pilihan raya kecil peringkat negeri Perak diadakan dalam masa terdekat.

Ujarnya, keputusan mahkamah itu sebenarnya tidak menyelesaikan fundamental politik di Perak kerana rakyat mengganggap Zambry sebagai menteri besar yang tidak sah, selepas Umno kudeta kerajaan dari Pakatan Rakyat./Harakahdaily

Dicatat oleh WFAUZDIN NS di 5:58 PTG 2 ulasan:

SEMPENA TAHUN BARU CINA - DISKAUN TOL, HARGA BARANG MELAMBUNG, TAHNIAH 1 MALAYSIA

Ramai mengeluh harga ikan naik

Oleh JUNHAIRI ALYASA dan SUHANA VERU
berita@kosmo.com.my

HARGA beberapa jenis ikan serta udang di pasar basar sekitar Kuala Lumpur naik mendadak sejak minggu lalu.


KUALA LUMPUR - Orang ramai sekitar ibu negara mula mengeluh apabila harga beberapa barangan keperluan terutamanya hasil laut dan sayur-sayuran di pasar-pasar basah meningkat secara mendadak.

Tinjauan Kosmo! di Pasar Pudu, Pasar Sungai Besi, Pasar Keramat dan Pasar Chow Kit di sini semalam mendapati, kebanyakan harga barangan keperluan itu meningkat melebihi 10 peratus sejak minggu lalu.

Antara hasil laut yang mengalami kenaikan ialah ikan senangin daripada RM18 kepada RM24


sekilogram, kerapu (RM16 ke RM20), bawal putih besar (RM20 ke RM40), bawal tambak besar (RM40 ke RM60), udang harimau (RM40 ke RM70) tenggiri (RM16 ke RM18) dan ikan parang (RM10 ke RM13).

Selain itu, harga barang keperluan lain seperti limau nipis, cili api Thailand dan timun turut naik.

Malah, terdapat kemungkinan harga barang terbabit akan naik lagi bermula minggu depan sebelum perayaan Tahun Baru Cina./Kosmo

Dicatat oleh WFAUZDIN NS di 5:16 PTG Tiada ulasan:

Bala:"Pegawai Khas Najib Ada Ditempat Kejadian Semasa Altantuya Diculik"

Pegawai Khas kepada Perdana Menteri Najib Razak berada di tempat kejadian apabila dua anggota polis menculik warga Monglia Altantuya Shariibuu untuk di bunuh, kata penyiasat persendirian P. Balasubramaniam.

Bala mengesahkan beliau nampak pegawai khas Najib, Nasir Safar, dalam sebuah kereta berwarna biru ketika Azilah Hadri dan Sirul Azhar menculik Altantuya pada 19 Oktober 2006 sebelum bekas model itu dijumpai mati dibom, 17 hari selepas itu.

Hal ini didedahkan peguam Bala, Americk Sidhu kepada Suara Keadilan melalui emel.

Nasir ketika ini menjadi tumpuan setelah beliau menghina kaum India dan Cina sebagai bangsa pendatang. Beliau juga menggunakan ungkapan "India pengemis, Cina jual tubuh' pada majlis 1Malaysia di Melaka baru-baru ini.

Tunduk kepada kemarahan orang ramai, pejabat Perdana Menteri mengumumkan minggu lalu bahawa Nasir sudah meletak jawatan atas perbuatannya itu.

Pendedahan bahawa Nasir turut didakwa terbabit dalam pembunuhan Altantuya dan berada di tempat kajadian warga Mongolia itu diculik menguatkan persepsi umum tentang pembabitan Najib dalam kes Altantuya.

Americk berkata, pada hari kejadian Balasubramaniam nampak sebuah kereta Proton biru melalui depan perkarangan Abdul Razak Baginda dengan perlahan ketika Azilah dan Sirul mengarahkan Altantuya masuk ke kenderaan mereka.

Katanya, tingkap kereta Proton itu terbuka dan Balasubramaniam melihat wajah pemandu kereta berkenaan tetapi tidak mengecamnya.

Namun beliau masih mampu memberi lakaran wajah orang itu kepada polis ketika disoal siasat. Polis kemudian memberitahu Bala bahawa pemandu kereta itu orang awam yang tinggal berhampir rumah Razak, kata Americk.

Walaupun polis tidak mengambil berat hal itu, Americk berkata, Balasubramaniam tiada maklumat apa- apa berkaitan lelaki berkenaan sehinggalah wajah itu terpapar dalam blog berikutan kenyataan kontrovesial Nasir di Melaka.

"Balasubramanian kemudian mengecam lelaki itu sebagai Nasir Safar sebagai orang yang memandu kereta Proton biru itu di depan rumah Razak Baginda," katanya.

Bala adalah penyiasat persendirian yang diupah Razak bagi mengelak dirinya diganggu Altantuya. Dalam akuan bersumpahnya Bala memberitahu bahawa Abdul Razak mendedahkan hubungan sulit antara Najib dan Altantuya.

Bala bagaimanapun ditawarkan RM5juta oleh seorang rakan Rosmah Mansor untuk menarik balik SD itu serta meninggalkan Malaysia. Adik Najib, Nazim pula didakwa mengugut Bala atas keselamatan keluarganya.

Bala kini berlindung di luar negara namun telah menyatakan kesediaan untuk bekerjasama dengan pihak berkuasa dengan syarat soalsiasat itu dibuat di negara jiran kerana beliau bimbang keselamatannya jika kembali ke Malaysia.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia masih belum menemubual Bala mengenai dakwaannya itu walaupun sudah dihubungi oleh peguam Bala. /TVSelangor

Dicatat oleh WFAUZDIN NS di 4:27 PTG Tiada ulasan:

Semangat Seksyen 51A Diketepi Mahkamah

Kegagalan pasukan peguambela Datuk Seri Anwar Ibrahim memperoleh dokumen relevan nyata bertentangan dengan semangat Seksyen 51A Kanun Prosedur Jenayah.

Tanpa dokumen itu, pasukan pembelaan Anwar sukar menyediakan pembelaan yang rapi dalam menghadapi pertuduhan yang mencurigakan.

Seksyen itu dipinda dan mula dikuat kuasa sejak 6 Mac 2006 bagi memberi keadilan kepada kedua-dua pihak termasuk tertuduh.

Parlimen memasukkan Seksyen 51A dalam kanun it dengan meletakkan tanggungjawab terhadap pendakwa untuk membekal kepada pembela sebelum perbicaraan bermula, semua dokumen yang hendak diguna oleh pendakwa dalam perbicaraan.

Tujuan Parlimen dalam memasukkan seksyen itu dapat dilihat melalui perbahasan Ahli Parlimen ketika meluluskan rang undang-undang itu.

Walaupun perbahasan semasa meluluskan rang undang-undang pindaan itu bukan sebahagian dari seksyen berkenaan tetapi ia boleh dijadikan sebagai tingkap untuk melihat sebab dan falsafah di sebalik kepentingan seksyen itu.

Datuk Seri Mohd Radzi Sheikh Ahmad selaku Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri ketika itu memberitahu Dewan Rakyat:

"Fasal 8 ialah fasal yang memasukkan seksyen baru 51A. Beberapa pihak mengemukakan pandangan mereka untuk mewajibkan pihak pendakwa membekalkan kepada pihak pembelaan mana-mana dokumen atau laporan yang menjadi sebahagian dari kes pendakwaan sebelum perbicaraan dimulakan."

"Pemberian apa-apa dokumen atau laporan yang akan dikemukakan oleh pihak pendakwa dalam kesnya kepada pihak pembelaan akan memberi peluang kepada pihak pembelaan untuk menyediakan kes mereka dengan lebih sempurna."

"Ini akan membawa keadilan bukan sahaja kepada tertuduh tetapi kepada semua pihak. Selain itu, ia menjimatkan masa mahkamah apabila pihak pembela tidak memohon untuk penangguhan jika dokumen itu lebih awal diberi."

"Jawatankuasa berpendapat fakta yang menguntungkan kepada pembelaan yang diperoleh semasa siasatan hendaklah diberi demi keadilan sesuatu kes."

Sebelum seksyen itu dilulus dan diguna pakai, Timbalan Pendakwa raya kerap membantah permohonan mana-mana tertuduh untuk mendapat dokumen terutama kenyataan saksi pihak pendakwa.

Ini menimbul persepsi bahawa kerja sebenar peguam bela dalam mana-mana kes jenayah hanya bermula pada hari perbicaraan ketika saksi pendakwa mula memberi keterangan.

Situasi itu menimbulkan keadaan tidak adil kepada seseorang tertuduh.

Dalam kes Anwar, hak beliau mendapatkan bahan bukti dan dokumen relevan dinafikan, meskipun peruntukan Seksyen 51A Kanun Prosedur Jenayah jelas berpihak kepadanya. /TVSelangor

Dicatat oleh WFAUZDIN NS di 4:16 PTG Tiada ulasan:

KES LIWAT DS ANWAR - MENGAPA HAKIM DIMINTA TARIK DIRI?

Bela Fitnah Utusan : Hakim Diminta Tarik Diri

Peguambela Anwar Ibrahim hari ini meminta Hakim Mohamad Zabidin Mohd Diah untuk menarik diri setelah beliau dilihat sebagai berat sebelah dalam mengadili perbicaraan konspirasi kedua terhadap mantan timbalan perdana menteri itu.

Permohonan oleh Karpal Singh itu dibuat setelah Hakim Zabidin Mohd Diah enggan mengenakan sebarang tindakan mahupun mencela Utusan Malaysia kerana merekacipta fakta pada dua hari berturut-turut.

Permohonan itu akan dibahas esok setelah pendakwaraya meminta masa untuk membalas hujah yang dikemukakan oleh Karpal.

Anwar berkata tindakan Utusan Malaysia menyiarkan laporan fitnah terhadapnya semata-mata bertujuan mengaibkan beliau di mata rakyat.

Pada Khamis lalu, Utusan Malaysia menyiarkan laporan kononnya pengadu Mohd Saiful Bukhari Azlan memberi keterangan bahawa beliau tak rela diliwat lagi.

Rekod mahkamah menunjukkan Saiful tidak pernah memberi keterangan sebegitu.

Apabila Karpal membantah, Hakim Mohamad Zabidin mengaku laporan Utusan itu adalah nakal, namun beliau enggan mengambil sebarang tindakan terhadap akhbar itu.

Alasan hakim ialah laporan itu tidak ditulis dihadapan beliau.

Keesokan harinya Utusan sekali lagi bertindak angkuh, kali ini menyiarkan gambar-gambar yang berkapsyen Saiful menunjukkan kepada hakim katil di bilik tidur utama tempat beliau mendakwa diliwat.

Sekali lagi akhbar kawalan Umno ini merekacipta fakta kerana tidak ada keterangan seperti itu dalam rekod mahkamah.

Dan sekali lagi Hakim Mohamad Zabidin tidak mengambil tindakan terhadap Utusan. Beliau beranggapan apa yang disebut oleh Utusan adalah sebahagian daripada percakapan dalam Mahkamah.

Ternyata mahkamah tidak bersedia membetulkan membiarkan media Umno dan Barisan menyalurkan fitnah supaya mengelirukan rakyat. Ini katilnya, padahal tidak ada langsung dalam keterangan malahan dalam kamera itu berbeda besar dengan apa yang disebut. Jadi kalau beginilah cara mahkamah mengendalikan saya bimbang proses itu tidak dapat menjamin keadilan. Itu sebabnya.

Menurut Anwar, alasan hakim membenarkan utusan menggunakan gambar dan kapsyen ini jelas disanggah sendiri oleh Ketua pendakwaraya sendiri Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden.

"Bila kita beri keterangan yang memperkuatkan alasan saya hendak mengemukakan juga tuntutan ini ialah apabila pendakwa bersama mengatakan ia tidak betul, selepas itu bila saya katakan apa ni? Mahkamah macam mana macam ini? Pendakwa macam mana macam ini?" kata Anwar.

"Datuk Yusof mengatakan, ya kita silap dan kita akan bawa Karpal ke kamar hakim, tetapi terlepas dah lepas dah...kita hendak tengok apa jawapan Datuk Yusof hari ini, dia akan jawab afidavit saya kemudian esok pagi kita terus (perbicaraan)".

Ekoran dua keputusan kontroversi itu , Anwar berkata beliau terpaksa menfailkan permohonan meminta Mohamad Zabidin menarik diri dari perbicaraan.

Ini kerana Mohamad Zabidin membuat keputusan yang mencerminkan kemungkinan beliau tidak akan mengadili kes ini bersandarkan tahap keadilan yang diperlukan.

Anwar berkata hakim Zabidin telah menunjukkan beliau tidak berkecuali dan bebas sebagaimana yang sepatutnya.

"Saya hendak tekankan kita sudah bersedia Karpal sebagai peguam mengatakan kita bersedia mulakan hari ini. Tetapi kita hendak tentukan hakim dengar jangan batalkan dan tutup peluang perbicaraan oleh peguam sebelum dia buat keputusan" tambahnya lagi./TVSelangor
Dicatat oleh WFAUZDIN NS di 12:35 PG Tiada ulasan:

Isnin, 8 Februari 2010

PENDAKWA CUBA HALANG - KARPAL

Dzulfikar Mashoor

KUALA LUMPUR, 8 Feb: Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim melahirkan rasa bimbang dengan cara penghakiman kes liwat yang melibatkannya.

"Saya bimbang proses itu tidak dapat menjamin keadilan,” jelasnya ketika ditemui wartawan di lobi Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, Jalan Duta di sini, pagi ini.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan Hakim Mohamad Zabidin Md Diah dan pasukan pendakwaraya supaya bersikap adil dalam sesi penghujahan saksi utama kes liwat, Mohd Saiful Bukhari Azlan yang sepatutnya berlangsung hari ini.

“Sepatutnya Tuan Hakim (Zabidin) kena dengar permohonan (peguam bela), bukan batalkan dan tutup perbicaraan peguam sebelum beliau membuat keputusan.

"Yang saya nak tekankan di sini, kita dah bersedia seperti peguam Karpal katakan, kita sebenarnya bersedia memulakan perbicaraan hari ini,” ujarnya yang juga Ketua Pembangkang.

Perbicaraan kes liwat beliau pagi tadi ditangguhkan ekoran pasukan peguam bela membuat permohon mengetepikan Mohamad Zabidin dari mendengar perbicaraan kes tersebut.

Permohonan tersebut dibuat oleh Karpal Singh apabila Mohamad Zabidin enggan mengenakan tindakan ke atas Utusan Malaysia yang menyiarkan beberapa butiran eksklusif mahkamah, termasuk gambar saksi utama Saiful Bukhari, 25, menunjukkan lokasi kes liwat di Kondominium Desa Damansara.

Selain menganggap hakim cuba bersikap bias dalam proses perbicaraan, Karpal turut mendakwa pasukan pendakwaraya yang diketuai oleh Peguamcara II Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden cuba menghalang pasukan peguam bela Anwar menyoal Saiful berkaitan lokasi-lokasi yang ditunjukkannya Jumaat lalu.

Karpal Singh turut menganggap Mohamad Zabidin tidak melaksanakan tanggungjawabnya kerana membiarkan Utusan Malaysia menghina mahkamah dengan mendedahkan beberapa butiran eksklusif berhubung kes itu./Harakahdaily

Dicatat oleh WFAUZDIN NS di 4:39 PTG Tiada ulasan:

Perbicaraan Konspirasi 2 Terhadap Anwar Ditangguh Esok

Perbicaraan konspirasi ke-2 Datuk Seri Anwar Ibarhim ditangguhkan esok, berikutan peguam Karpal Singh memfailkan permohonan agar hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah menarik diri dari terus mendengar perbicaraan itu atas alasan beliau berlaku berat sebelah berikutan keengganannya mengenakan tindakan terhadap laporan akhbar Utusan yang secara jelas menokok tambah fakta kes itu.

Anwar yang juga mantan Timbalan Perdana Menteri menyifatkan tindakan mahkamah mendiamkan diri seolah- olah memberi ruang kepada akhbar milik UMNO Barisan Nasional untuk menyalur fitnah dan mengaibkannya.

"Saya memang bimbang bila media menghukum, memfitnah dan mengaibkan. Saya juga bimbang bila mahkamah tidak dapat beri jaminan untuk penghakiman yang telus," kata Anwar./TVSelangor
Dicatat oleh WFAUZDIN NS di 4:27 PTG Tiada ulasan:

Ahad, 7 Februari 2010

Jangan Putar Belit Tawaran Nik Aziz : Kata Mohd Amar

Media diingatkan supaya tidak memutar belit kenyataan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berhubung kesediaan beliau untuk berdialog dengan Umno kononnya pemimpin itu kini menyokong saranan kerajaan perpaduan yang pernah ditolaknya.

Timbalan Pesuruhjaya I PAS Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah bimbang kenyataan Menteri Besar Kelantan itu akan dimanupulasi untuk mencetuskan kontroversi baru.

“Ini tiada kaitan langsung dengan istilah kerajaan perpaduan. Mesti faham baik-baik kenyataan Tok Guru ini sebelum membuat laporan... jangan cuba nak tokok tambah.

“Tok guru hanya sebut sedia berdialog dengan Umno dalam isu berkaitan agama sahaja, tidak lebih dari itu. Persoalan sama ada dialog itu mencerminkan kerajaan perpaduan tidak pernah disebut.

“Media nampaknya seolah-olah amat tertarik benar dengan kenyataan Tok Guru ini. Saya tengok sehari dua ini kerap benar lapor mengenai berita itu,” kata beliau ketika ditemui selepas mengadakan ceramah umum di pekan Gunung lewat malam tadi.

Ekoran tawaran Nik Aziz itu, Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak memberi reaksi bahawa pendirian tegas PAS amat diperlukan sebelum sebarang keputusan dibuat kerana pengalaman sebelum ini membuktikan parti tersebut tidak konsisten dan selalu berdolak-dalik dalam pendiriannya.

“Kalau kita tengok reaksi Najib itu seolah-olah beliau ingin kaitkan pada isu kerajaan perpaduan dulu. PAS tidak pernah berdolak-dalik dalam perkara ini. Kalau kata dia (Umno) yang tak mahu, betul.

“Sebab tok guru sendiri pernah hantar surat pada Najib minta diadakan dialog ini tiga bulan lepas tapi tidak dijawab sampai sekarang,” katanya.


Khamis lepas Nik Aziz membuat kenyataan bahawa beliau sedia berdialog dengan Umno dalam isu berkaitan dengan agama, dan perkara yang sama juga turut diulanginya semalam.

Malah semalam, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, PAS sudah lama bersedia untuk berdialog dengan Umno-Barisan Nasional, bukan sahaja dalam isu Islam tetapi juga soal-soal berkaitan kepentingan rakyat.

Terdahulu, ketika menyampaikan ceramah Mohd Amar mengingatkan seluruh ahli serta penyokong PAS agar tidak terpengaruh dengan dakyah politik kotor Umno yang sanggup melakukan apa saja demi kepentingan politik mereka menghadapi pilihan raya umum ke-13.

“Pengerusi Badan Perhubungan Umno ngeri (Kelantan), Datuk Pa (Datuk Seri Mustapa Mohamed) telah sebut kita sekarang ini berada dalam suasana pilihan raya.

“Berdasarkan kepada pengalaman lepas, pada musim-musim begini akan banyaklah janji-janji ditaburnya.

“Tidak kurang juga fitnah bercorak kelemahan PAS disebar meluas menggunakan seluruh jentera kerajaan,” katanya.- MalaysianInsider

Dicatat oleh WFAUZDIN NS di 3:06 PTG Tiada ulasan:

Keputusan Zambry Atau Nizar Sebagai MB Perak Diketahui Selasa Ini

07 Februari, 2010

Oleh Jocelyn Ann Dragon

PUTRAJAYA, 7 Feb (Bernama) -- Teka-teki siapakah yang menerajui Perak, akan terjawab apabila Mahkamah Persekutuan mengumumkan keputusannya Selasa ini (9 Feb).

Pada hari tersebut, panel lima hakim, yang diketuai Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff, akan mengumumkan keputusan mereka sama ada Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir daripada Barisan Nasional (BN) kekal sebagai Menteri Besar atau Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin daripada pakatan DAP-PKR-PAS, mendapat semula jawatan itu.

Penghakiman itu juga akan merungkai isu perlembagaan sama ada ketua negeri boleh membuat pertimbangan dengan mengatasi undang-undang sedia ada, dalam menentukan sama ada ketua kerajaan telah hilang kepercayaan daripada majoriti wakil-wakil yang dipilih.

Selain Alauddin, panel hakim berkenaan dianggotai Hakim Besar Malaya Tan Sri Arifin Zakaria dan Hakim-hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Zulkefli Ahmad Makinudin, Datuk Wira Ghazali Mohd Yusoff dan Datuk Abdull Hamid Embong.

Ini merupakan rayuan peringkat terakhir bagi Mohammad Nizar dalam cubaannya mendapatkan semula jawatan Menteri Besar Perak. Bagaimanapun, pihak yang kalah dalam sesuatu kes mahkamah, boleh memohon Mahkamah Persekutuan menyemak semula penghakimannya mengikut Peraturan 137 Peraturan-peraturan Mahkamah Persekutuan bagi mencabarnya berdasarkan hujah daripada sudut perlembagaan.

Panel hakim itu telah menangguhkan penghakimannya pada 5 Nov tahun lepas setelah selesai mendengar hujah para peguam yang mewakili Dr Zambry dan Mohammad Nizar dalam kes berkenaan.

Konflik tentang siapakah yang sebenarnya berhak menjadi Menteri Besar Perak, timbul tahun lepas apabila tiga wakil rakyat daripada pakatan DAP-PKR-PAS meninggalkan parti masing-masing untuk menjadi wakil Bebas dan menyebabkan kedua-dua pihak mempunyai jumlah kerusi yang sama iaitu 28, dalam Dewan Undangan Negeri Perak yang mempunyai 59 kerusi.

Mereka ialah Jamaluddin Mohd Radzi (Behrang) dan Mohd Osman Mohd Jailu (Changkat Jering), yang meninggalkan PKR pada 30 Jan dan mengisytiharkan diri sebagai anggota Bebas yang menyokong BN. Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Jelapang Hee Yit Foong daripada DAP mengikut jejak mereka empat hari kemudian.

Berikutan perkembangan itu, Sultan Perak, Sultan Azlan Shah menitahkan Mohammad Nizar, iaitu anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Pasir Panjang, supaya melepaskan jawatan sebagai Menteri Besar dan menitahkan Dr Zambry mengangkat sumpah menduduki kerusi itu pada Februari tahun lepas setelah mengisytiharkan bahawa BN mempunyai majoriti dalam dewan undangan negeri itu.

Pada 13 Feb tahun lepas, Mohammad Nizar, 52, mengambil tindakan undang-undang bagi mendapatkan perisytiharan bahawa beliau adalah Menteri Besar Perak yang sah dan memohon perintah mahkamah bagi menghalang Dr Zambry daripada menunaikan tugas sebagai Menteri Besar.

Pada Mei tahun lepas, dalam keputusannya, Mahkamah Tinggi mengembalikan kedudukan Nizar sebagai Menteri Besar Perak yang sah, sebelum Mahkamah Rayuan mengubah keputusan itu dan mengisytiharkan bahawa pelantikan Dr Zambry sebagai Menteri Besar Perak adalah mengikut perlembagaan.


-- BERNAMA

Dicatat oleh WFAUZDIN NS di 2:49 PTG Tiada ulasan:

Tanpa 'jeneralnya' pun, Pakatan tetap kukuh


Humayun Kabir
Feb 6, 10


Pakatan Rakyat akan terus kukuh walaupun jika ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim didapati bersalah atas tuduhan liwat dan merengkok dalam penjara.

Inilah mesej yang disampaikan oleh Anwar ketika berucap kepada kira-kira 2,000 orang yang menghadiri majlis ulangtahun pertama rampasan kuasa BN di Perak, yang dianjurkan oleh Pakatan di Air Tawar malam tadi.

Anwar percaya Umno tersalah tanggapan bahawa dengan mengeluarkannya dari arena politik, Pakatan akan tumbang.

Ketua pembangkang itu, yang mendakwa tuduhan liwat terhadapnya adalah satu konspirasi politik oleh musuh politiknya, menegaskan bahawa beliau berdepan dengan tugas yang berat.

"Insya-Allah, kita harap akan menang kes ini kerana kita mempunyai pasukan peguam yang kuat yang diketuai oleh Karpal Singh," katanya.

Dewan gemuruh dengan tepukan apabila Anwar menegaskan bahawa sama ada beliau di dalam atau di luar penjara, perjuangan politik Pakatan tidak akan terjejas dan tetap akan diteruskan.

Kehadiran anggota polis yang ramai tidak menghalang orang ramai membanjiri dewan untuk mendengar ucapan beberapa pemimpin Pakatan termasuk Lim Kit Siang dan menteri besar Pakatan, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin

Walaupun terdapat spekulasi bahawa keputusan Mahkamah Persekutuan Selasa ini mengenai siapakah menteri besar Perak yang sah, mungkin berpihak kepada Nizar, tetapi pemimpin Pakatan tidak begitu optimistik.

Tetapi apabila giliran pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham naik ke pentas dan bertanya sama ada Nizar akan menang, dewan gemuruh dengan laungan 'ya'.

Dalam ucapannya, Nizar berkata jika menang kes tersebut, beliau akan memohon perkenan Sultan untuk membubarkan dewan undangan negeri bagi mengadakan piliha raya negeri yang baru.

Beliau juga menjangka Menteri Besar Datuk Seri Zambry Abd kadir juga akan melakukan perkara yang sama./Malaysiakini
Dicatat oleh WFAUZDIN NS di 1:48 PG Tiada ulasan:

MUZAKARAH DENGAN UMNO, INI PENJELASAN TOK GURU

KOTA BHARU. Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, menjelaskan tujuan muzakarah yang dicadangnya dengan pemimpin Umno hanya untuk mengetahui kenapa parti itu menolak dasar perjuangan Islam.

Menurutnya lagi, pada masa yang sama ingin mendapat penjelasan kenapa parti itu juga melawan perjuangan PAS yang ingin menegakkan Islam.

Sedangkan, tambahnya amat tidak wajar parti itu menentang perjuangan PAS memandangkan ianya diperjuangkan oleh orang Melayu yang menegakkan Islam.

Beliau berkata demikian kepada media selepas melancarkan Sahabat Cyber Sayang Kelantan (Sain) dan pelancaran facebook Tok Guru sempena majlis Hi-Tea Kelantan Facebookers Ghatering di Perdana Resort petang ini.

Menurutnya, Umno juga perlu menjelaskan kenapa parti itu tidak mahu bersama dengan dasar perjuangan Islam yang dibawa PAS kepada umum.

“Itu saja cadangan saya untuk bermuzakarah, tidak ada perkara lain, Umno kena jelas kenapa partinya menolak perjuangan Islam, yang lain tu biar dulu,” ujarnya lagi.

Pada masa yang sama, beliau melahirkan rasa syukur kerana Umno Kelantan menyambut baik saranannya itu.

Bagaimanapun, menurutnya, bukan sahaja Umno Kelantan yang harus bersetuju, yang penting sekali dalam soal ini Umno di peringkat pusat.

Tambahnya, apa yang ingin dimuzakarah ialah soal agama, bukannya teori, falsafah atau sebagainya.

Menjawab tuduhan Umno yang mendakwa cadangan muzakarah itu dibimbangi beliau tidak konsisten sebagaimana pertemuan sebelum ini yang dikatakan batal, beliau menafikan perkara itu.

“Bila tidak jadi? Siapa yang batal pertemuan? Saya nak jumpa dengan orang, tetapi orang tak mari (datang) nak jumpa macam mana,” ujarnya yang juga Menteri Besar Kelantan.

Tegasnya, hasrat untuk mengadakan muzakarah itu setakat ini hanya melalui cadangan.

“Lepas ni kita akan teruskan dengan usaha lain pulak melalui tulis surat ke, facebook ke, pandailah kita buatnya,” ujarnya lagi.

Tambahnya, cadangan itu telahpun dikemukakan melalui surat kira-kira tiga bulan lalu untuk mengadakan pertemuan bagi mengadakan muzakarah tersebut.

Bagaimanapun, menurutnya sehingga kini belum ada jawapan berhubung perkara itu.

Beliau mempersoalkan tentang imbuhan kepada qari dan qariah di peringkat antarabangsa sebanyak RM2,000 sebulan.

“Nak bagi tu baguslah, tetapi apa tujuan pertandingan bacaan quran itu dibuat, saja untuk dilagukan atau untuk diambil manfaat hasil dari bacaan,” ujarnya./Harakahdaily

Dicatat oleh WFAUZDIN NS di 1:33 PG Tiada ulasan:
Catatan Terbaru Catatan Lama Laman utama
Langgan: Catatan (Atom)

PIMPINAN PKR

PIMPINAN PKR
Ketua Umum



widgeo

MASA ITU EMAS


widget

LAGU BUATMU DS ANWAR

Jumlah Paparan Halaman

PELAWAT MULAI 26 JUN 2009


widgets

Senarai Blog Saya

  • Pahang Daily Online
    Ketua Polis Selangor Mengesahkan 'Tiada unsur khianat' Dikesan Dalam Siasatan Letupan Gas Putra Heights
    7 jam yang lalu
  • WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM
    PARTI LEBAI PATUT BERSYUKUR RAMAI ANAK MUDA TIDAK PULANG DAN MEREKA SANGGUP DI 'NERAKA' KAN
    2 bulan yang lalu
  • MiLo SuaM
    Tengku Razaleigh ada bincang penubuhan kerajaan baru ketika mengadap Agong kata pembantu
    4 tahun yang lalu
  • Biaqpila
    LIVE AJL 34
    5 tahun yang lalu
  • RAKYAT MARHAEN
    NOTIS PENUTUPAN BLOG RAKYAT MARHAEN
    7 tahun yang lalu
  • Laman Rasmi
    Tun M jamin Anwar jadi PM kerajaan Harapan
    7 tahun yang lalu
  • DUNIACACAMARBA
    Alfa Romeo 4C 2014
    8 tahun yang lalu
  • Manjung Mari
    Dewan Ulama Pas - Tolong-tolong perati gambar ni...
    9 tahun yang lalu
  • KOBAT (Kor Bekas Angkatan Tentera)
    ISU FITNAH LIWAT DS ANWAR - FATWA YUSOF QARDHAWI
    10 tahun yang lalu
  • Laman M@RHAEN

Arkib

  • ►  2020 (1)
    • ►  Jun (1)
  • ►  2019 (5)
    • ►  Oktober (1)
    • ►  Ogos (2)
    • ►  Jun (1)
    • ►  Februari (1)
  • ►  2018 (1)
    • ►  Januari (1)
  • ►  2017 (1)
    • ►  November (1)
  • ►  2016 (4)
    • ►  November (1)
    • ►  September (1)
    • ►  April (1)
    • ►  Mac (1)
  • ►  2015 (15)
    • ►  Oktober (2)
    • ►  September (2)
    • ►  Ogos (1)
    • ►  Julai (1)
    • ►  Jun (2)
    • ►  Mei (1)
    • ►  Mac (2)
    • ►  Februari (2)
    • ►  Januari (2)
  • ►  2014 (35)
    • ►  Disember (1)
    • ►  November (3)
    • ►  Oktober (1)
    • ►  September (1)
    • ►  Ogos (5)
    • ►  Julai (1)
    • ►  Jun (1)
    • ►  Mei (3)
    • ►  April (4)
    • ►  Mac (7)
    • ►  Februari (3)
    • ►  Januari (5)
  • ►  2013 (15)
    • ►  Disember (2)
    • ►  November (5)
    • ►  Oktober (1)
    • ►  Jun (1)
    • ►  Mei (1)
    • ►  April (1)
    • ►  Mac (3)
    • ►  Februari (1)
  • ►  2012 (22)
    • ►  Disember (1)
    • ►  Oktober (1)
    • ►  September (2)
    • ►  Ogos (5)
    • ►  Julai (2)
    • ►  Jun (2)
    • ►  April (2)
    • ►  Mac (2)
    • ►  Februari (2)
    • ►  Januari (3)
  • ►  2011 (382)
    • ►  Disember (4)
    • ►  November (4)
    • ►  Oktober (4)
    • ►  September (4)
    • ►  Ogos (6)
    • ►  Julai (9)
    • ►  Jun (35)
    • ►  Mei (32)
    • ►  April (72)
    • ►  Mac (62)
    • ►  Februari (63)
    • ►  Januari (87)
  • ▼  2010 (986)
    • ►  Disember (61)
    • ►  November (112)
    • ►  Oktober (85)
    • ►  September (65)
    • ►  Ogos (102)
    • ►  Julai (105)
    • ►  Jun (59)
    • ►  Mei (67)
    • ►  April (117)
    • ►  Mac (117)
    • ▼  Februari (62)
      • SEMPENA MAULIDUR RASUL, MASJID BARU DI SHAH ALAM
      • PEDULI APA WANG EHSAN NAK SERAH PADA SESIAPA PUN
      • ANWAR KENA BERSIHKAN DIRI DALAM MAHKAMAH, TAPI INI...
      • TINDAKAN BIJAK MB KEDAH
      • SATU LAGI KES UMNO MENYUSAHKAN ORANG
      • DUA EKOR DATO' DI BULI DI TV 9 ?
      • SAMBUTAN TAHUN BARU CINA DI SELANGOR MENGEJUTKAN P...
      • DUIT RAKYAT UNTUK PEMUDA UMNO?
      • HAJI HADI TERJUN LAUT !!
      • PERBICARAAN ANWAR, NAJIB TERUS DITEKAN
      • USAH PUTAR BELIT LAGI YB ZUL, BERAMBUS JE CEPAT
      • NIK AZIZ ULAS KES LIWAT DS ANWAR
      • APABILA UMNO SUDAH GILA BERARAK.....
      • PEMIMPIN ISLAM SENDIRI ANJUR SAMBUTAN TAHUN BARU C...
      • TUAN IBRAHIM TUAN MAN TETAP PERTAHAN MUSTAFA ALI
      • RM 2 JUTA PUNYA PASAL, SANGGUP JADI KATAK ?
      • Hanipa Maidin Sertai Pasukan Peguam Anwar
      • Perbicaraan Anwar 'tidak adil' Mengikut Standard A...
      • `KATAK EMAS' KETUA PERHIMPUNAN SERAH MEMO BODOH
      • Bebas dari galas biawak hidup’ – PKR P Pinang
      • ZAHRAIN KELUAR PKR, KHIANATI PENGUNDI - ANWAR
      • ANWAR, NIZAR GEMPUR UMNO MALAM INI
      • Statistik - 80.8% rakyat Kelantan tolak wang ehsan
      • KES RACUN ARSENIK DS ANWAR DITUTUP
      • Anwar: Bukti Kukuh Hakim Berat Sebelah
      • Laporan Polis Saiful Aneh, Ragu
      • UNDIAN AKHBAR SINAR - 94 % TIDAK SETUJU KEPUTUSAN ...
      • TINDAKAN TEGAS PADA YB ZUL, ANWAR TIADA MASALAH PA...
      • Ezam akhirnya kantoi - penipu dan penakut hadir ke...
      • RAKYAT TETAP ANGGAP ZAMBRY MB TIDAK SAH - ANWAR
      • SEMPENA TAHUN BARU CINA - DISKAUN TOL, HARGA BARAN...
      • Bala:"Pegawai Khas Najib Ada Ditempat Kejadian Sem...
      • Semangat Seksyen 51A Diketepi Mahkamah
      • KES LIWAT DS ANWAR - MENGAPA HAKIM DIMINTA TARIK D...
      • PENDAKWA CUBA HALANG - KARPAL
      • Perbicaraan Konspirasi 2 Terhadap Anwar Ditangguh ...
      • Jangan Putar Belit Tawaran Nik Aziz : Kata Mohd Amar
      • Keputusan Zambry Atau Nizar Sebagai MB Perak Diket...
      • Tanpa 'jeneralnya' pun, Pakatan tetap kukuh
      • MUZAKARAH DENGAN UMNO, INI PENJELASAN TOK GURU
      • BOIKOT UTUSAN MELOYA - KETUA AMK
      • BN PERINTAH P.PINANG, MELAYU DAPAT APA ?
      • WANG IHSAN BUKAN UNTUK BINA STADIUM, KOLAM RENANG ...
      • Perak: Nizar dahului, Zambry ekori rapat
      • ROYALTI MINYAK - AMANAH AYAH SENDIRI PUN TIDAK TER...
      • ISU PERKAUMAN TAK LAKU DI P.PINANG, PAS TETAP SOKO...
      • KESIHAN PUAK-PUAK INI, MENYALAK TAK TENTU PASAL
      • DEMO BANTAH GUAN ENG DAPAT PERMIT POLIS ?
      • FRU, Trak Penyembur Air Bersiap Sedia Di Mahkamah ...
      • FOTO BUKTI JENTERA KERAJAAN DIGUNAKAN DALAM KEMPEN...
      • JASAD DALAM PARTI, JIWA DI LUAR PARTI - GUAN ENG
      • UTUSAN AKHBAR JIJIK - ANWAR
      • Rayuan Batal Kes Liwat Anwar Didengar 12 Feb
      • APABILA NASIR TERJEMAHKAN SUARA NAJIB
      • FOTO WAJAH BAPA `MANGSA LIWAT'
      • KES LIWAT DS ANWAR - SKRIP KONSPIRASI 2
      • YB KHALID MENJELASKAN KEADAAN, MARI KITA BERFIKIR
      • RINTIHAN NURUL IZZAH, TERIMA KASIH TOK GURU NIK AZIZ
      • Ayuh pemuda! Bangun tentang kezaliman
      • DPPK Gopeng: SIASAT KENYATAAN ABDULLAH ABDUL KARIM
      • AKUILAH HAKIKAT, RAMAI TERKEJUT DENGAN KEPUTUSAN INI
      • INI JAWAPAN GUAN ENG TERHADAP TUDUHAN ZAHRAIN
    • ►  Januari (34)
  • ►  2009 (222)
    • ►  Disember (34)
    • ►  November (29)
    • ►  Oktober (40)
    • ►  September (3)
    • ►  Ogos (37)
    • ►  Julai (70)
    • ►  Jun (9)
Tema Ringkas. Dikuasakan oleh Blogger.