JOM MASUK AHLI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DENGARKAN KOBAT FM ONLINE

Sabtu, 27 Februari 2010

PEDULI APA WANG EHSAN NAK SERAH PADA SESIAPA PUN

Agihan wang ehsan, Kelantan tak ambil peduli
Feb 26, 10

Kerajaan Kelantan tidak akan menyekat langkah kerajaan Pusat untuk memberi wang ehsan kepada rakyat negeri itu melalui Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP), kata Timbalan Pesuruhjaya PAS III Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah (bawah).

Beliau, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah Negeri, berkata apa yang menjadi tuntutan kerajaan negeri ialah wang royalti, bukannya wang ehsan.

"Soal dia nak bagi wang ehsan kepada rakyat Kelantan melalui JPP kita tidak sekat kerana itu hak mereka, malah kita tidak akan ambil tahu (kepada siapa wang itu hendak diberikan).

"Soal Kerajaan (Pusat) nak bagi wang ehsan serah pada dia, tetapi kita tetap tuntut royalti. kita akan usaha melalui pelbagai cara yang munasabah," katanya kepada pemberita, di Kota Bharu hari ini.

Beliau diminta mengulas mengenai kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bahawa kerajaan Pusat tetap mahu memberi wang ehsan kepada Kelantan kerana yakin ada rakyatnya yang mahu menerima pemberian berkenaan.

Kerajaan Kelantan bertegas mahukan kerajaan pusat membayar royalti minyak dan bukan wang ehsan walaupun pemimpin Barisan Nasional mendakwa, negeri tersebut tidak layak menerima royalti kerana dua telaga minyak yang didakwa milik Kelantan terletak lebih tiga batu nautika dari pesisiran pantai negeri itu.

Dua telaga minyak berkenaan terletak 150 batu nautika dari perairan Kelantan dan Kerajaan pusat bersetuju memberi RM20 juta wang ehsan kepada penduduk Kelantan, yang merupakan bayaran pertama sebanyak lima peratus daripada hasil dua telaga minyak pada 2008.

Perkara ini seperti yang termaktub dalam perjanjian Akta Peroleum 1974, iaitu bayaran lima peratus daripada hasil keuntungan minyak dan gas kepada kerajaan negeri./Malaysiakini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan