JOM MASUK AHLI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DENGARKAN KOBAT FM ONLINE

Khamis, 11 Februari 2010

KES RACUN ARSENIK DS ANWAR DITUTUP

Dzulfikar Mashoor
KUALA LUMPUR, 11 Feb: Hakim Mahkamah Majistret, Hafizah Saun tengah hari ini memutuskan bahawa kes ‘arsenik Anwar’ yang membabitkan 30 orang kena tuduh (OKT) pada 11 tahun lalu ditutup.

Menurutnya, mahkamah menganggap sedemikian kerana pasukan pendakwaraya gagal mengemukakan saksi utama, Pengarah Siasatan Jenayah Polis Bukit Aman, Datuk Bakri Zenin di kandang pedakwaan.

Pun begitu, Hafizah menganggap kes itu tetap prima facie selepas mendengar kesaksian daripada 19 saksi yang lain.

Mereka yang memberi keterangan tersebut terdiri daripada jurukamera, pegawai polis yang melakukan penangkapan serta orang awam yang menyaksikan penangkapan kesemua OKT tersebut.

Dr Mohd Hatta Md Ramli, salah seorang OKT merakamkan syukur kepada Allah kerana membebaskan beliau bersama-sama 26 yang lain daripada perdakwaan tersebut.

Ketika menghubungi Harakahdaily tengah hari tadi, beliau mengganggap pembebasan kesemua OKT daripada dakwaan menyertai perhimpunan haram 'arsenik Anwar' itu sebagai suatu kemenangan buat rakyat, termasuk dua orang tertuduh, Omar Tan dan Mohamad Zaidi Mat Amin yang telah pun meninggal dunia beberapa tahun lalu.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kuala Krai turut merakamkan penghargaan kepada kesemua anggota pasukan peguambela kerana bersabar dan tekun untuk menyelesaikan kes tersebut sejak 11 tahun lalu./Harakahdaily

Tiada ulasan:

Catat Ulasan