JOM MASUK AHLI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DENGARKAN KOBAT FM ONLINE

Khamis, 4 Februari 2010

Rayuan Batal Kes Liwat Anwar Didengar 12 Feb


PUTRAJAYA, 4 Feb [2.45 pm] - Peguam yang mewakili Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan dengan Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff (foto) di sini, hari ini. Pertemuan itu bertujuan memohon tarikh awal perbicaraan bagi mendengar rayuan Anwar untuk menangguhkan perbicaraan kesnya yang sedang berlangsung dan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak permohonannya untuk membatalkan pertuduhan liwat terhadapnya. Hakim Alauddin memaklumkan secara lisan kepada pihak-pihak yang berkenaan bahawa rayuan Anwar terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak permohonannya untuk membatalkan pertuduhan liwat akan didengar pada 12 Februari ini. Usul Anwar untuk mendapatkan perintah penangguhan bagi perbicaraan kes liwatnya akan turut didengar pada hari yang sama. Peguam Datuk Param Cumaraswamy berkata Hakim Alauddin turut memaklumkan kepada mereka bahawa tarikh perbicaraan bagi permohonan Anwar untuk menyemak semula keputusan Mahkamah Persekutuan yang mengetepikan permohonan untuk mendapatkan dokumen penting yang mempunyai kaitan dengan perbicaraan kes liwatnya akan ditetapkan paling awal menjelang minggu depan. Hakim Alauddin turut memaklumkan bahawa mereka sedang mencari seorang lagi hakim untuk menganggotai panel tiga hakim Mahkamah Persekutuan bagi mendengar permohonan semakan semula itu. Bagaimanapun, tarikh-tarikh berkenaan bukanlah rasmi memandangkan notis rasmi bagi perbicaraan pada 12 Febuari itu masih belum dikeluarkan manakala tarikh bagi permohonan semakan semula kehakiman akan hanya dimaklumkan kepada pihak-pihak yang berkenaan menjelang esok. Pertemuan itu turut dihadiri seorang lagi peguam yang mewakili Anwar iaitu Wan Anuar Shaddat dan Timbalan Pendakwa Raya Wong Chiang Kiat./Pahangdaily

Tiada ulasan:

Catat Ulasan