JOM MASUK AHLI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DENGARKAN KOBAT FM ONLINE

Ahad, 7 Februari 2010

BOIKOT UTUSAN MELOYA - KETUA AMK

AMK Seru Rakyat Boikot Utusan

Utusan Malaysia menjadi sasaran kritikan ramai pihak kerana rela diperalatkan pemerintah untuk mencemar maruah mantan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat Shamsul Iskandar Md Akin menyeru rakyat Malaysia untuk sekali-lagi bangun mengajar lidah nakal pemerintah ini dengan memboikot akhbar itu sepertimana 10 tahun lalu.

Mengulas mengenai laporan Utusan yang sengaja menggunakan perkataan ‘lagi’ dalam laporan muka depan ini Shamsul berkata Utusan nyata tidak bertanggungjawab walhal penggunaan perkataan itu digugurkan oleh hakim kerana tidak betul.

Apa yang jelas ujar Shamsul, ialah Utusan Malaysia sekali lagi sanggup memfitnah untuk menjatuhkan kredibiliti Anwar sebagai pemimpin di mata rakyat.

“ Tapi kita lihat apa yang dilapor dalam Utusan Malaysia, dibesar-besarkan, ini diliwat lagi, berulang kali kerana mereka ingin menunjukkan kepada masyarakat awam, Anwar Ibrahim ini perangainya begini. Walaupun dalam mahkamah perkara ini telah dibatalkan” ujarnya kepada Tv Selangor.

Walaupun ada pihak yang telah membuat laporan polis terhadap Utusan Shamsul berkata cara terbaik untuk rakyat bertindak balas ialah memulau akhbar itu dan syarikat-syarikat yang menempatkan iklan dalam Utusan,

“ Pada saya, saya tidak risau. Saya lihat mood rakyat, mereka sudah muak dengan Utusan Malaysia. Saya hendak beritahu secara langsung pada hari ini, mulai sekarang seluruh rakyat mesti berhenti membeli Utusan Malaysia dan tidak keterlaluan kalau saya katakan, kita mesti mula memboikot iklan-iklan dari syarikat-syarikat yang mereka iklankan dalam surat khabar Utusan Malaysia kerana Utusan Malaysia tidak lagi menjadi wadah penyebar maklumat pemikiran rakyat, ia menjadi wadah yang membuatkan rakyat tidak boleh berfikir”. SALMIAH DRUHAMAD DRAHSIN/TVSelangor

Tiada ulasan:

Catat Ulasan