JOM MASUK AHLI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DENGARKAN KOBAT FM ONLINE

Selasa, 20 September 2016

MB-MB PATUT TUKAR PM SEBELUM PM TUKAR MEREKA

Khabarnya Najib becadang mahu tukar 4 orang MB.  Pahang, N.Sembilan, Terengganu dan Kedah, kalau tak silap.  Sebab apa kena tukar?  Kalau Kedah, mungkin atas faktor kesihatan. Tapi bagaimana dengan yang lain?

Tentu ada sebab.  Di Tganu, mungkin untuk perkuatkan Umno Tganu atau untuk menguatkan kerajaan Umno/Bn di negeri tersebut kerana sekarang ini Umno di Tganu bagaikan telor dihujung tanduk .  Selepas Mat Said dicampak dari Kerusi MB Tganu, kerajaan Umno/Bn di Tganu semakin kritikal.  MB Negeri Sembilan dan Pahang jelas tidak begitu lantang bahkan hampir tidak bersuara untuk mempertahankan Najib di dalam isu 1MDB.  Samada mereka faham apa yang berlaku menyebab mereka tidak vokal membela Najib disaat PM diserang dari dalam dan luar negara.  

Najib kini perlukan sokongan padu, perlukan banyak orang untuk mempertahankannya.  Rosmah sudah tidak mampu mempertahankan suaminya kerana Rosmah juga menjadi liabiliti kepada Najib.  Beberapa Menteri telah mula mengampu dan mempertahankan Najib dan ini tidak cukup selagi terdapatnya MB yang dipilih oleh Najib tidak ikut serta mempertahankannya.  

Atas sebab ini aku rasa memang wajar Najib berkira-kira untuk menukar beberapa orang MB.  Najib semakin terdesak dan tertekan.  Sehubungan itu, jika MB-MB ini bijak, mereka harus tukar PM sebelum PM menukar mereka.  Bukankah begitu?